252066140 Audit Sekolah Checklist PDF

Title 252066140 Audit Sekolah Checklist
Author Din Dang
Course Law
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 19
File Size 124.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 499
Total Views 664

Summary

Audit SekolahDisertakan oleh Portal Kewangan Sunday, 02 November 2008 Terakhir dikemaskini Sunday, 01 November 2009Audit Sekolah1 Pengenalan 2 Definisi Audit 3 Fungsi Audit 4 Peringkat Audit 4 Audit Dalaman 4 Audit Luaran 5 Apa yang diaudit 6 Pelbagai Kesilapan pengauditan 7 Kesalahan : Penyediaan d...


Description

Portal Rasmi Unit Kewangan JPN Kedah

Audit Sekolah Disertakan oleh Portal Kewangan Sunday, 02 November 2008 Terakhir dikemaskini Sunday, 01 November 2009

Audit Sekolah 1 Pengenalan 2 Definisi Audit 3 Fungsi Audit 4 Peringkat Audit 4.1 Audit Dalaman 4.2 Audit Luaran 5 Apa yang diaudit 6 Pelbagai Kesilapan pengauditan 7 Kesalahan : Penyediaan dan Penyerahan Penyata Kewangan 8 Kesalahan :Wang Belum Bank 9 Kesalahan :Akaun Belum Bayar 10 Kesalahan : Pungutan Tanpa Mengeluarkan Resit 11 Kesalahan : Baucer Bayaran Tanpa Dokumen Sokongan 12 Kesalahan :Perbelanjaan Tanpa Kebenaran 13 Kesalahan : Pembelian Melebihi Had 14 Kesalahan :Peruntukan Tidak dibelanjakan 15 Kesalahan :Buku Daftar Kedatangan Murid Tidak Kemaskini 16 Kesalahan :Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun 17 Kelemahan di Peringkat Juauaudit 17.1 Bidang Tugas 17.2 Kuasa Juruaudit 17.3 Bilangan Kakitangan tidak mencukupi 17.4 Masa Tidak Mencukupi 18 Masih Teknik Tradisional 19 Hanya melihat dokumen atau rekod yang disediakan 19.1 Pemeriksaan tidak menyeluruh 19.2 Tiada Kepakaran 19.3 Kewangan Setahun diaudit dalam tempoh singkat 19.4 Pemeriksaan Mengejut 19.5 Tidak Peka Dengan Aduan 19.6 Meminta Bantuan Biro Pencegahan Rasuah 19.7 Elak Daripada disiar dalam Akhbar 20.0Cara Mengatasi 21.0Cadangan Untuk Mengatasi 22.0Dokumen Pertama 23.0Dokumen Kedua 23.1 Kumpulan Wang Kerajaan 23.2 Kumpulan Wang Suwa 23.3 Kumpulan Wang Asrama 24.0 Bibliografi Pengenalan Audit dan pengauditan adalah perkara penting dalam pengurusan sesebuah organisasi . Setiap organisasi tidak akan terlepas daripada pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan melibatkan akauntabiliti yang amat diperlukan . Justeru itu audit dan pengauditan amat penting dalam mengekalkan akauntabiliti. Laporan audit yang berkualiti dapat meningkatkan akauntabiliti awam bagi mencapai kecemerlangan pengurusan kewangan. Di peringkat sekolah , pengauditan menjurus kepada kewangan yang melibatkan sumber kewangan kerajaan. Sumber Wang Kerajaan lebih dititikberatkan berbanding dengan sumber kewangan yang lain. Kewangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru diaudit oleh juruaudit dalaman yang dilantik oleh PIBG. Sementara kewangan Koperasi Sekolah diaudit oleh pegawai daripada Jabatan Koperasi. Audit adalah suatu proses sistematik untuk memperoleh dan menilai bukti secara objektif mengenai pernyataan tentang kegiatan kewangan, dengan tujuan untuk menentukan kesesuaian antara pernyataan-pernyataan tersebut dengan kriteria yang telah ditetapkan, serta penyampaian hasil-hasilnya kepada pemakai yang berkepentingan. http://kedah.edu.my/kewangan

Dikuasai oleh Joomla!

Dijanakan : 5 March, 2013, 01:19

Portal Rasmi Unit Kewangan JPN Kedah

Fungsi utama pengauditan dalam pengurusan kewangan sekolah ialah : Mengkaji dan menilai operasi pengurusan kewangan sekolah diuruskan dengan teratur bagi memastikan dasar, peraturan dan undang-undang yang digubal oleh Kementerian Pendidikan dipatuhi oleh pihak pengetua atau guru besar. Mengkaji dan menilai operasi-operasi pengurusan dari segi kesempurnaan, kemampuan, kecekapan, keberkesanan dan ekonominya. Menentukan kekukuhan, kesempurnaan dan kemampuan rekod-rekod dan sistem perakaunan, sistem maklumat pengurusan serta sistem kawalan dalaman. Membuat laporan hasil pengauditan dan mengesyorkan langkah-langkah yang sistematik kepada Pusat Tanggungjawab. Menyiasat secara khusus sekiranya berlaku sebarang penyelewengan menurut arahan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan. Membantu Perbendaharaan Negara bagi memantapkan lagi dasar , prosedur, sistem dan skop Audit Dalam.

Pengauditan kewangan di sekolah terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu : a. Audit Dalaman b. Audit Luaran

Audit Dalaman Pengauditan Dalaman biasanya dilakukan oleh guru-guru yang dilantik oleh pengetua . Biasanya guru-guru ini adalah kemahiran dan pengalaman dalam pelajaran Prinsip Akaun atau pelajaran Perdagangan. Audit Luaran Pengauditan Luaran dilakukan oleh pegawai yang datang dari Jabatan Pendidikan Negeri. Pegawai-pegawai ini akan memastikan pengurusan kewangan berjalan dengan lancar. Pada peringkat Kementerian Pendidikan, Unit Audit Dalam ditubuhkan pada tahun 1982 setelah keluar arahan melalui pekeling : Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1979 Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 1982. Unit Audit Dalaman ini akan membantu Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan dalam membuat pemeriksaan audit. Kemudian, pada tahun 1995, dibentuk Bahagian Audit Sekolah. Bahagian Audit Sekolah ini merupakan cantuman Unit Audit Dalaman dan Cawangan Audit Sekolah. Kerja-kerja pengauditan ini tertakluk kepada banyak pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan . Antaranya ialah : Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2/ 1979 mengenai Audit Dalaman di agensi-agensi Kerajaan Pusat Semua arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Pengauditan mestilah mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh International Organisation of Supreme Audit Instition.

Apa yang diaudit Di dalam proses pengauditan, pihak audit akan menghantar surat kepada pihak sekolah melalui Pejabat Audit Sekolah Negeri, Bahagian Audit Sekolah Dan Audit Dalam, Kementerian Pendidikan Malaysia memberitahu jadual atau masa pegawai Bahagian Audit akan membuat pengauditan di sekolah-sekolah yang berkaitan. Di samping itu pihak audit juga menyatakan bahan atau rekod perakaunan yang perlu disediakan. Di antaranya ialah :Buku Tunai bagi semua Kumpul Wang yang dikendalikan Buku Kedatangan murid dan penyata bulanan termasuk tahun sebelum dan tahun semasa Buku Stok dan Buku Daftar Harta Sekolah Buku Resit Terimaan Buku Kegunaan Telefon Buku Perbelanjaan Pos Buku Panjar Wang Runcit Buku rekod penghuni asrama (Jika ada) Penyata Bank, slip masuk bank, pangkal cek termasuk bulan Januari http://kedah.edu.my/kewangan

Dikuasai oleh Joomla!

Dijanakan : 5 March, 2013, 01:19

Portal Rasmi Unit Kewangan JPN Kedah

Sijil Simpanan Tetap, Sijil Baki akhir bank, sijil Pelaburan lain. a. Satu salinan fotostat PCG b. Satu salinan Carta Organisasi/ Carta Aliran Pembayaran yuran c. Satu salinan perjanjian kantin dan kedai buku

Baucer penerimaan bantuan pelajaran dan lain-lain peruntukan kerajaan Dokumen-dokumen penyokong setiap pembayaran (bil / invois) Dokumen-dokumen berhubung dengan semua jenis biasiswa Dokumen-dokumen berhubung dengan perjanjian Surat kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri / Bahagian Teknik dan Vokasional termasuk viremen hapuskira dan sebagainya. Buku rekod jualan, belian bagi projek yang dikendalikan Penyata kira-kira seperti pada 31 Disember dari syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan sekolah Dokumen-dokumen berkaitan dengan projek bantuan modal/ gotong royong Majalah Sekolah (Jika diterbitkan) Buku rekod penghuni asrama Lain-lain dokumen yang diperlukan ialah: Jadual pecahan akaun belum terima dan akaun belum bayar seperti pada 31 Disember Senarai stok Surat Pengakuan Borang Serahan Guru/Daftar kutipan harian Sijil Baki Bank pada 31 Disember 1999 dari pihak bank Selain daripada itu terdapat juga kertas-kertas kerja yang dikehendaki iaitu:Penerimaan dan Pendapatan Pembayaran dan Perbelanjaan Sebarang bil /invois dan dokumen berkaitan yang ditulis dalam bahasa selain dari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hendaklah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan disahkan oleh pengetua. Di samping itu juga terdapat pesanan dari bahagian audit bagi memudahkan dan melancarkan lagi pengauditan dibuat. Turut disertakan juga nama pegawai yang menjalankan tugas sebagai pengauditan di sekolah berkenaan.

Pelbagai Kesilapan pengauditan Ada pelbagai kelemahan dan kesilapan yang ditemui oleh Juruaudit Sekolah . Hasil penemuan ketika pengauditan ini diedarkan kepada semua pengetua dan guru besar . Kesalahan : Penyediaan dan Penyerahan Penyata Kewangan Juruaudit mendapati penyediaan Penyata Kewangan setiap tahun bagi sekolah-sekolah tidak memuaskan. Punca utama kesalahan dalam Penyata Kewangan ialah : Jumlah pendapatan terkurang atau terlebih dinyatakan kerana kesilapan dalam memperakaunkan terimaan tahun lalu dan terimaan tahun semasa yang tidak diambil kira dalam pendapatan semasa. Jumlah perbelanjaan kurang tepat kerana terdapat bil-bil tahun lalu diambilkira sebagai perbelanjaan semasa. Kesilapan dalam penyediaan penyata untung rugi bagi akaun Kedai Buku. Pada umumnya, Pengurusan Penyata Kewangan Sekolah masih mempunyai kelemahan dari segi penyelenggaraan dokumen dan rekod serta penyediaan penyata tersebut. Penyata kewangan kerapkali perlu dibetulkan kerana kesilapan atau ketinggalan yang material dan fundamental yang menjejaskan ketepatan angka-angka yang ditujukan dalam Penyata Kewangan Sekolah. Kesalahan ini adalah mengenai isu yang sama dan telah beberapa kali dilaporkan. Oleh itu pihak sekolah hendaklah memandang serius perkara ini, supaya kesalahan dan ketinggalan yang sama tidak akan berulang lagi Dokumen terpenting ialah Buku Tunai. Jika Buku Tunai gagal dikemaskini, pengetua tidak akan dapat mengetahui kedudukan kewangan semasa, kedudukan kewangan sekolah, kutipan yang diterima , penerimaan dan pembayaran dan sistem kawalan.Penyalahgunaan wang mudah berlaku jika Buku Tunai tidak dikemaskini setiap masa. http://kedah.edu.my/kewangan

Dikuasai oleh Joomla!

Dijanakan : 5 March, 2013, 01:19

Portal Rasmi Unit Kewangan JPN Kedah

Pengetua mestilah memastikan wang di dalam bank sama dengan baki wang di buku tunai. Sebaik-baiknya pengetua menyemak dan menandatangani akaun di Buku Tunai dengan baki di bank adalah seimbang. Langkah-langkah berikut dicadangkan bagi mengatasi kesalahan dalam Penyata Kewangan : Pengetua dan Guru Besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah. Pengetua / Guru Besar perlu membuat penyelidikan yang rapi terhadap pegawai-pegawai di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang-undang, peraturan kewangan,pekeliling-pekeliling dan arahan-arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap. Sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada perlu dipertingkatkan supaya lebih berkesan dan cekap. Pengetua / Guru Besar perlu memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnya Pengetua / Guru Besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang dibangkitkan.

Kesalahan :Wang Belum Bank Mengikut peraturan kewangan, Pengetua / Guru Besar hendaklah memastikan semua pungutan wang tunai diakaunkan ke dalam buku tunai dan dimasukkan ke bank. Peraturan ini penting dari segi kawalan dalaman untuk memastikan semua pungutan telah diakaunkan dengan betul dan sempurna. Berdasarkan pengauditan yang dibuat, wang belum bank ini terbahagi kepada dua kategori . Kategori pertama merupakan kutipan yang sudah diterima dan dikeluarkan resit murid tetapi tidak diserahkan ke pejabat untuk direkodkan dalam Buku Tunai dan dimasukkan ke bank. Kategori kedua pula adalah kutipan yang telah diserahkan ke pejabat dan dikeluarkan resit pejabat serta direkodkan dalam Buku Tunai tetapi belum dimasukkan ke bank. Perkara ini berlaku kerana kurang penyeliaan oleh Pengetua / Guru Besar yang bertanggungjawab. Keadaan ini boleh memberi ruang kepada penyalahgunaan wang pungutan sekolah. Oleh itu, Pengetua / Guru Besar hendaklah membuat penyeliaan yang rapi bagi memastikan segala pungutan diakaunkan dan dibankkan tepat pada masanya.

Kesalahan :Akaun Belum Bayar Akaun Belum Bayar merupakan tanggungan sekolah yang belum dijelaskan sehingga akhir tahun kewangan 1996 walaupun bekalan atau perkhidmatan telah diterima dalam tahun kewangan tersebut. Punca utama masalah ini ialah daripada penyelenggaraan Daftar Bil yang tidak lengkap dan kemaskini. Tindakan lewat atau tidak menjelaskan bil-bil bukan sahaja menyalahi peraturan A.P 103 malah memberi gambaran yang pengurusan kewangan adalah tidak cekap. Akaun belum bayar ini biasanya melibatkan : Bil-bil daripada pembekal Bayaran balik gaji Bayaran kepada KWSP Lain-lain kepada pihak ketiga. Contohnya sebuah sekolah gagal membayar kepada syarikat pembekal dari tahun 1991 hingga 1998. Kes ini tentu menjejaskan reputasi baik Kementerian Pendidikan . Selain itu ia menganiayai syarikat pembekal tersebut. Sedangkan syarikat itu perlukan pusingan modal.

Kesalahan : Pungutan Tanpa Mengeluarkan Resit Arahan Perbendaharaan 60 menyatakan semua terimaan hendaklah dikeluarkan resit rasmi bagi mengakuterima wang yang dibayar kepada pihak sekolah. Pemeriksaan audit menunjukkan peraturan ini tidak dipatuhi sepenuhnya terutama sekolah tidak mengeluarkan resit semasa pungutan dibuat. Perkara ini berulang setiap tahun dan pegawai yang bertanggungjawab hendaklah memastikan bahawa peraturan kewangan dipatuhi setiap masa. Kes-kes yang dimaksudkan ini antaranya adalah terimaan seperti bantuan per kapita dan wang kedai buku.

Kesalahan : Baucer Bayaran Tanpa Dokumen Sokongan Mengikut Arahan Perbendaharaan 99a dan Arahan Perbendaharaan 107 setiap bayaran mestilah disokong dengan : baucer bayaran Bil Invois http://kedah.edu.my/kewangan

Dikuasai oleh Joomla!

Dijanakan : 5 March, 2013, 01:19

Portal Rasmi Unit Kewangan JPN Kedah

Resit Borang pesanan bagi mengelakkan bayaran palsu. Semua perkara di atas amat penting bagi menjaga akauntabiti. Dokumen tersebut menjadi bukti sahih pembayaran telah dilakukan secara sah dan dalam pengetahuan pengetua sendiri . Selain itu dokumen ini penting untuk urusan stok dan semakan pengurusan kewangan. Tanpa dokumen yang lengkap, pengetua akan dianggap membuat pembayaran tanpa prosedur, tidak menjaga reputasi Kementerian Pendidikan , membuat keuntungan sendiri dan menyeleweng daripada tugas seorang pengetua.

Kesalahan :Perbelanjaan Tanpa Kebenaran Pemberian bantuan pelajaran ke sekolah-sekolah dan pungutan yang dibuat oleh sekolah adalah untuk tujuan tertentu bagi kepentingan murid-murid sahaja. Peruntukan yang telah disediakan untuk sesuatu tujuan hendaklah digunakan untuk maksud yang telah ditetapkan. Perbelanjaan selain daripada yang diluluskan adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pusat Tanggungjawab atau pihak berwajib. Seringkali juga pengetua membuat perbelanjaan tanpa mengikut peruntukan yang ditetapkan. Pengetua dan guru besar dianggap gagal merancang dalam kewangan. Sekiranya peruntukan tidak mencukupi, maka permohonan pindah peruntukan mestilah dikemukakan. Kesalahan : Pembelian Melebihi Had Barangan yang dibeli hendaklah tidak membazir dan mestilah mendapat kebenaran daripada Pusat Tanggungjawab. Selalunya barangan ini mahal seperti pembelian komputer dan mesin cetak. Sekiranya sekolah masih ada peruntukan, kelulusan pembelian akan diberi. Kesalahan :Peruntukan Tidak dibelanjakan Kesan daripada peruntukan yang tidak dibelanjakan akan menyebabkan sekolah mempunyai lebihan wang yang banyak. Jimat cermat tidak timbul jika kelulusan untuk pembelian telah diberikan oleh Pusat Tanggungjawab Pelajar yang terlibat mungkin kekurangan bahan jika peruntukan tidak dibelanjakan. Selalunya melibatkan peruntukan bagi mata pelajaran : Sains Kemahiran Hidup Pendidikan Seni. Pengetua atau Ketua bidang merasakan semua bahan telah mencukupi dan tidak perlu sebarang pembelian lagi. Ketua Panitia tidak peka dengan keperluan guru-guru dan para pelajar. Perubahan mendadak dalam pengajaran dan pembelajaran tidak diterima. Kesalahan :Buku Daftar Kedatangan Murid Tidak Kemaskini Bilangan pelajar mestilah yang dilaporkan mestilah sama dengan di dalam Buku Daftar Pelajar. Buku Dafata Murid dapat membantu pengetua membuat tuntutan perkapita. Kesalahan :Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun Melalui pekeliling dari Kementerian Pendidikan ( Rujukan KP(S) 1583/29 / Jld.9(71) bertarikh 1 Julai 1999 ) mendapati sekolah kerap terlebih bayar gaji dan elaun kepada pegawai perkhidmatan pendidikan . Pada tahun 1999, diadapati 441 kes lebihan bayaran gaji dan elaun yang melibatkan RM1.02 juta. Kes ini melibatkan 308 sekolah yang telah disiasat. Ketua Audit Negara dalam Laporan Audit 1997 amat memandang berat kes-kes sedemikian dan tentunya menjejaskan nama baik keseluruhan Kementerian Pendidikan. Punca utama lebihan bayaran gaji dan elain ini ialah : cuti tanpa gaji cuti separuh gaji meletak jawatan tindakan tatatertib ( buang kerja ) elaun memangku / tanggungkerja imbuhan tetap perumahan cuti bersalin ( anak keenam dan seterusnya ) bertukar lain-lain http://kedah.edu.my/kewangan

Dikuasai oleh Joomla!

Dijanakan : 5 March, 2013, 01:19

Portal Rasmi Unit Kewangan JPN Kedah

Strategi bagi mengatasi masalah lebihan bayaran gaji dan elaun ini pada masa depan ialah : Kenalpasti Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang terlibat dalam lebihan bayaran gaji Kutip semula amaun yang terlebih bayar Adakan Daftar Khas Maklumat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang diberi kelulusan cuti tanpa / separuh gaji dan lain-lain. Mengeluarkan nama pegawai / kakitangan daripada Lembaran Gaji dengan serta merta dan sediakan Borang SG20 dan Kew 8. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang memohon cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji hendalah menandatangani Surat Akujanji. Hukuman dikenakan kepada pengetua, guru besar atau pembantu tadbir kewangan . Antaranya ialah tindakan tatatertib dan surcaj kerana kecuaian dan kegagalan mematuhi semua Arahan Perbendaharaan. Kelemahan di Peringkat Juauaudit

Bidang Tugas Melalui Akta Pendidikan 1996, Menteri Pendidikan atau pegawai-pegawai yang diberi kuasa , hanya membuat pemeriksaan terhadap penyata kira-kira sekolah kerajaan sahaja. Juruaudit hanya memeriksa sekolah yang menerima bantuan kerajaan sahaja. Sekolah swasta tidak termasuk dalam senarai juruaudit. Seringkali kerajaan dipersalahkan jika berlaku kelemahan di : Sekolah di bawah agensi MARA Dan lain-lain agensi. Sekolah agama di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sekolah swasta

Kuasa Juruaudit Juruaudit Sekolah berhak melihat : Segala rekod Buku Baucer Dokumen Wang Tunai Setem Cagaran Barang-barang Harta benda lain yang tertakluk kepada pengauditan. Apa yang berlaku , semua perkara di atas tidak terletak di satu tempat. Ada kalanya sistem pengurusan tidak teratur dan ada pihak pentadbiran di sekolah tidak ambil peduli. Hal ini berlaku kepada pengetua atau guru besar yang telah berumur dan hendak pencen. Bilangan Kakitangan tidak mencukupi Tidak ramai yang berminat dengan kerja-kerja pengauditan ini. Tidak semua mampu meneliti dan menyemak perkaraperkara yang kecil-kecil. Tidak semua orang mampu melihat angka-angka di dalam penyata kewangan, resit dan sebagainya. Akhirnya perkara-perkara besar dan penting sahaja yang diselia . Ada juga yang mengatakan hanya kaum perempuan yang mampu menyemak perkara yang remeh-temeh . Orang perempuan dikatakan lebih tekun dan teliti. Mereka lebih cekap menjalankan proses pengauditan di sekolah-sekolah. Lagipun mereka lebih mematuhi peraturan dan tidak menggunakan budi bicara lansung. Masa Tidak Mencukupi Biasanya pegawai audit yang datang ke sekolah datang dari Jabatan Pendidikan Negeri. Pegawai ini akan berulang-alik ke sekolah mengikut waktu pejabat. Bilangan pegawai yang datang biasanya 2 orang. Sekolah yang besar, masa yang lama akan diambil untuk membuat pengauditan. Jarak yang jauh seperti dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di Shah Alam ke Sabak Bernam memakan masa yang lama untuk berulang-alik. Ia juga melibatkan kos penginapan , pengangkutan dan sebagainya. Contohnya mereka terpaksa memeriksa buku resit yuran pelajar. Kalau ada 3000 pelajar di sekolah itu, maka 3000 helai http://kedah.edu.my/kewangan

Dikuasai oleh Joomla!

Dijanakan : 5 March, 2013, 01:19

Portal Rasmi Unit Kewangan JPN Kedah

salinan yuran diperiksa. Jadi tidak mungkin juruaudit dapat memeriksa perkara-perkara sebegini.

masih Teknik Tradisional Belum ada proses pengauditan secara : berkomputer dan seragam di seluruh negara pengauditan secara on line penggunaan kamera digital atau kamera video. Rakaman suara. Hanya melihat dokumen atau rekod yang disediakan Penyata Kewangan yang disemak oleh Juruaudit sebenarnya masih mempunyai kelemahan yang ketara. Sekiranya semua resit a...


Similar Free PDFs