38636407-Pembangunan-Politik-Dalam-Konteks-Hubungan-Etnik-Di-Malaysia PDF

Title 38636407-Pembangunan-Politik-Dalam-Konteks-Hubungan-Etnik-Di-Malaysia
Author Raraa Syahirah
Pages 31
File Size 1.1 MB
File Type PDF
Total Downloads 5
Total Views 84

Summary

Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia Disediakan oleh : Norfasihah Binti Ibrahim 2010200328 Wan Siti Nafisah Binti Wan Mohd Nasir 2010290204 Shakirah Binti Ahmad Shah 2010416562 Nor Hazwani Binti Basiran 2010239238 Siti Norhazwani Binti Ibrahim 2010868558 Norelmi Najiha Binti ...


Description

Accelerat ing t he world's research.

38636407-Pembangunan-PolitikDalam-Konteks-Hubungan-Etnik-DiMalaysia Raraa Syahirah

Related papers CT U full compile Muhd Fakhrul

Modul Hubungan Et nik Edisi Kedua Mujahid Firdaus Modul Hubungan Et nik Edisi ke 2 Rachel T ing

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

Disediakan oleh : Norfasihah Binti Ibrahim 2010200328 Wan Siti Nafisah Binti Wan Mohd Nasir 2010290204 Shakirah Binti Ahmad Shah 2010416562 Nor Hazwani Binti Basiran 2010239238 Siti Norhazwani Binti Ibrahim 2010868558 Norelmi Najiha Binti Ismail 2010296904 Nor Hafizah Binti Mhd Ayob 2010436064 Kumpulan : AP2243D

Untuk : Cik Nor Afifah Binti Abdul Hamid Pensyarah CTU553 (Hubungan Etnik) Pusat Pemikiran Islam UiTM Shah Alam

30 September 2010

Ringkasan ‘Rambut sama hitam, hati lain-lain’. Begitulah yang boleh dikatakan apabila menyentuh isu berkenaan politik. Setiap inividu pasti mempunya pandangan, pendapat dan kefahaman yang berbeza mengenai perkara ini. Hal ini mungkin kerana cara penyampaian dan penerimaan dalam pelbagai bentuk proses perlaksanaan politik itu sendiri. Laporan ini bertujuan mengkaji sejauh mana perkembangan politik dalam negara sejak dari sebelum Malaysia (terdahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu) mencapai kemerdekaann sehinggalah pasca-merdeka dewasa kini. Segala maklumat yang terkandung dalam laporan ini diperoleh daripada pelbagai sumber bercetak dan elektronik. Laporan terhadap isu ‘Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia’ akan diserahkan kepada pensyarah CTU553. Antara aspekaspek yang dibincangkan dalam laporan ini adalah realiti politik dalam negara, keterlibatan etnik dalam bidang politik, cabaran dan isu-isu hangat yang tercetus, kemajmukan etnik, pengukuhan perpaduan dan saranan untuk memperbaiki situasi politik terkini. Konklusinya, perkembangan politk tanah air masih lagi berada ditahap yang stabil. Walau bagaimanapun, isu-isu yang tercetus kebelakangan ini boleh menggugat kestabilan politik kita. Justeru, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing agar perkara ini tidak berlaku.

1

Penghargaan

Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Kami sembah pembuka bicara. Bersyukur kami ke hadrat Illahi, dengan limpah kurnia-Nya dapat kami laksanakan tugasan ini dengan sempurna hingga ke akhirnya, Alhamdulillah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah CTU553, cik Nor Afifah binti Abdul Hamid, kerana telah membuka ruang untuk kami mengkaji skop tugasan ini dengan mendalam serta memberikan tunjuk ajar yang tidak putus-putus sehingga kami berjaya menyiapkan tugasn ini. Juga, setinggi-tinggi penghargaan kami lontarkan kepada semua pihak yang telah menghulur tangan, menyumbang idea dan memberi kritikan membina terhadap hasil kerja kami sepanjang proses perlaksanaan tugasan ini. Diharapkan, hasil yang kami persembahkan berupaya menyampaikan maklumat terbaik kepada semua pihak. Segala kekurangan yang terzahir dalam laporan ini amatlah kami kesali. Sesungguhnya, yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu juga daripadaNya. Sebagai hamba-Nya, kami telah berusaha sehabis daya untuk menghasilkan satu laporan yang terbaik untuk perkongsian bersama. Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, harap semua berpuas hati. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t.

2

ISI KANDUNGAN Ringkasan

1

Penghargaan

2

1.0

PENDAHULUAN

4

2.0

REALITI POLITIK DALAM NEGARA 2.1 SEMENANJUNG MALAYSIA 2.2 SABAH 2.3 SARAWAK

5 9 11

3.0

PENGLIBATAN ETNIK DALAM BIDANG POLITIK

13

4.0

POLITIK SEMASA 4.1 PERKEMBANGAN 4.2 CABARAN 4.3 ISU-ISU HANGAT

15 16 18

5.0

KEMAJMUKAN ETNIK DI MALAYSIA

21

6.0

KE ARAH PENGUKUHAN ETNIK DAN PEMBENTUKAN NEGARA 6.1 RUKUN NEGARA 6.2 PEMBENTUKAN BARISAN NASIONAL (BN) 6.3 PAKATAN RAKYAT

24

7.0

SARANAN KE ARAH PEMANTAPAN POLITIK ANTARA ETNIK

27

8.0

KESIMPULAN

28

Rujukan

29

3

1.0

PENGENALAN

Di Malaysia, telah wujudnya banyak parti politik kerana variasi etnik yang pelbagai. Kepelbagaian etnik ini secara langsung mahupun tidak telah merancakkan agenda politik dalam negara. Secara positifnya, situasi ini telah berjaya mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan masyarakat. Bahkan, sehingga ke hari ini, semangat perjuangan yang ada dalam diri setiap individu telah memberi kesan yang unik terhadap imej politik negara Malaysia dari seluruh perspektif sama ada negara mahupun dunia. Bermula daripada zaman penjajahan, pemimpin-pemimpin pada ketika itu telah berusaha keras dalam memenangi kemerdekaan tanah air. Ditambah juga dengan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum yang pada ketika itu begitu utuh dan tebal demi membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Juga, buruh-buruh asing yang pada ketika itu merasakan kelompok mereka teraniaya dan ingin memperjuangkan hak yang lebih saksama telah mencorakkan politik semasa yang lebih kuat berbanding sekarang pada ketika itu. Berbeza kini, sikap individualistik lebih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita yang seperti tidak ambil peduli dengan perkara yang berlaku di sekeliling. Secara teorinya, Malaysia telah lama mengamalkan demokrasi. Namun, suatu yang masih menjadi persoalan dan tunjang utama kepada politik tempatan adalah ketelusan dan sejauh mana pengaplikasian sistem ini dalam pengurusan negara.

4

2.0

REALITI POLITIK DALAM NEGARA

2.1

SEMENANJUNG MALAYSIA

SEBELUM MERDEKA

1943

1 Apr 11 Mei 1946 1946

Jan 27 Feb 1949 1949

UMNO

MCA

Zaman Pendudukan Jepun Malayan Union

SELEPAS MERDEKA

16 Sept 1951

Jan 1952

IMP

Perikatan UMNO-MCAMIC

Jawatan Kuasa Perhubungan Kaum/Communities Liaison Committee (CLC)

1974

Barisan Nasional (BN)

Mac Jan 2008 1952

Pakatan Rakyat (DAPPKR-PAS)

2.1.1 Sebelum Merdeka

2.1.1.1 Zaman Pendudukan Jepun Penjajahan British telah meninggal kan kesan terhadap hubungan etnik dan corak pembangunan politik di Malaysia. Bermula daripada dasar British yang telah mambawa masuk buruh dari China dan India untuk menjana ekonomi tempatan pada masa itu. Hal ini disebabkan kekayaan hasil bumi tanah Melayu pada ketika itu. British juga telah mengasing kan meraka daipada penduduk tempatan dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan sistem persekolahan. Masyarakat Cina telah ditempatkan di lombong-lombong, bandar ataupun di pekan kerana mereka telah diletakkan di sektor perniagaan. Masyarakat India telah ditempatkan di estet-estet dan bekerja sebagai buruh estet. Manakala masyarakat melayu telah menjalankan kegiatan pertanian sara diri dan traditional seperti pertanian dan menangkap ikan. Mereka juga telah ditempatkan di kampung-kampung. Hal ini telah menyebabkan terdapat jurang perkauman antara semua etnik yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu (Cina, India dan Melayu).

5

Pada tahun 1943, pihak Jepun telah datang ke Tanah Melayu. Mereka telah menjalankan dasar berbaik-baik dengan masyarakat Melayu pada ketika itu. Hal ini kerana pihak Jepun menganggap masyarakat Melayu adalah sebagai pemilik sah di Tanah Melayu dan mempunyai kepentingan dari segi politik. Oleh kerana itu, terdapat orang Melayu yang diambil untuk bekerja oleh pihak Jepun dalam pentadbiran awam. Pihak Jepun juga telah mengiktiraf gelaran sultan dan Agama Islam serta mengakui raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat melayu. Selain itu, pihak Jepun juga telah membebaskan pemimpin-pemimpin Kesatuan Melayu Muda seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestman dan Ishak Haji Muhammad. Pihak Jepun juga telah menggalakkan Ibrahim Yaakob menubuhkan Pasukan Pembela Tanah Air (PETA) pada tahun 1943 dan Kesatuan Rakyat Istimewa Senanjung (KRIS). Atas sebab untuk mendapatkan negara India, Jepun telah mengamalkan dasar berbaik-baik denagn orang India di Tanah Melayu pada masa itu, untuk mendapatkan sokongan mereka. Manakala, layanan pihak Jepun terhadap masyarakat Cina pada masa itu adalah lebih buruk. Ini kerana, masarakat Cina di seberang laut telah memberikan sokongan yang padu kepada negara China semasa Perang China-Jepun pada tahun 1937.

2.1.1.2 Malayan Union Pada 1 April 1946, Rancangan Malayan Union telah diperkenalkan yang menggabungkan kesemua negeri di Tanah Melayu di bawah satu unit pentadbiran British. Rancangan ini telah dipersetujui oleh kebanyakan masyarakat Cina dan India kerana memudahkan kaum bukan Melayu menjadi rakyat Malayan Union berdasarkan prinsip jus soli (kelahiran). Rancangan untuk menubuhkan Malayan Union telah mendapat kekangan hebat dari masyarakat Melayu sendiri. Hal ini kerana, orang Melayu bimbang hak keistimewaan dan kedudukan politik orang Melayu pada ketika itu akan tergugat disebabkan hak kewarganegaraan yang longgar. Selain itu, kuasa raja-raja Melayu akan terjejas. Hal ini telah melahirkan rasa tidak puas hati antara masyarakat Melayu dan masyarakat bukan Melayu.

2.1.1.3 United Malays National Organization (UMNO) UMNO telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Penubuhan ini telah menyatupadukan mayarakat Melayu yang pada ketika itu membantah terhadap rancangan Penubuhan Malayan Union. Hal ini telah menyebabkan Malayan Union telah dibubarkan oleh pihak British. Seterusnya pada Februari 1948, British telah membubarkan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu. 6

Pertikaian terhadap hak kewarganegaraan telah berlanjutan dan tiada penyelesaian walaupun setelah pertukaran kepada Persekutuan Tanah Melayu. Masayrakat Cina menganggap hak kewarganegaraan sebagai halangan kepada masyarakat bukan melayu tuk mendapat taraf tersebut kerana salah satu syarat kelayakan ialah penguasaan Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun masyarakat Melayu tempatan bersetuju dengan syarat tersebut kerana dengan cara ini kuasa-kuasa raja Melayu dapat dikembalikan.

2.1.1.4 Jawatankuasa Perhubungan Kaum/Communities Liaison Committee (CLC) Atas usaha Dato’ Onn Jaafar dan Malcom MacDonald (Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara) CLC telah ditubuhkan untuk mewujudkan kesefahaman dan kerjasama yang lebih baik dalam kalangan pelbagai etnik di Tanah Melayu pada ketika itu. CLC merupakan pertubuhan separa politik kerana perkambangan CLC adalah di bawah pengawasan British dalam setiap perjumpaan CLC dan ahli-ahli CLC terdiri daripada pemimpin politik dan dan ahli pentadbir. CLC juga memberi perhatian kepada hubungan politik orang Melayu dan orang yang bukan Melayu. Jadi, pengambilan orang bukan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan serta pengenalan pilihan raya tempatan dan berkerajaan sendiri untuk mewujudkan lahi hubunagn etnik yang harmoni. Dalam isu pilihan raya pula, CLC telah mencadangkan satu peralihan kerajaan secara berperingkat-peringkat di Tanah Malayu. Hal ini dilaksanakankan dengan cara mewujudkan pilihan raya secara berperingkat.

2.1.1.5 Malaysian Chinese Association (MCA) Parti ini dianggotai oleh masyarakat Cina dan memperjuang dan mempertahahankan kepentingan orang Cina. Selain itu, hasrat parti ini juga untuk mewujudkan hubungan berbaik-baik dan kerjasama antara orang Cina dengan etnik lain di Tanah Melayu. Tambahan pula, parti ini berhasrat untuk membersihkan imej orang Cina yang sering dikaitkan dengan Parti Komunis Malaya (PKM)

2.1.1.6 Independent Malayan Party (IMP) Parti ini telah ditubuhkan pada 16 September 1951 oleh Dato’ Onn. Parti ini telah ditubuhkan oleh Dato’ Onn selepas beliau keluar daripada pada tahun 1951. Hal ini kerana beliau ingin membuka keahlian UMNO ingin dibuka kepada orang bukan Melayu dan seterusnya mencetus kemarahan orang-orang Melayu pada ketika itu. 7

Penubuhan parti ini telah mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin bukan Melayu seperti H.S. Lee, Heah Joo Siang, Tan Cheng Lock, P.P Narayanan dan K.L. Devaser kerana mereka berpendapat ini adalah satu usaha untuk menjalin kerjasama pelbagai etnik pada ketika itu.

2.1.1.7 Perikatan UMNO-MCA-MIC Pada Januari 1952 perkongsian kuasa antara dua buah parti terbesar di Tanah Melayu antara UMNO dan MCA. Perikatan ini telah memenangi sembilan kerusi dalam Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada 16 Februari 1952. Pada Oktober 1954 Parti Perikatan UMNO-MCA ini telah disertai olah MIC. Parti ini telah bertanding dalam Pilihan Raya Persekutuan yang pertama pada 27 Julai 1955. Hasil daripada kerjasama ini, parti ini telah memenagi 51 buah kerusi daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan.

8

2.1.2 Selepas Merdeka

3.1 Barisan Nasional (BN) Parti Perikatan ditelah ditukar kepada Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974. Hal ini dalah untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara etnik dengan parti-parti politik di Malaysia supaya setiap kumpulan etnik mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam proses politik di Malaysia.

3.2 Pakatan Rakyat Menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008, Pakatan rakyat telah dibentuk. Pakatan ini adalah diantara Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Semalaysia (PAS). Selain itu, menjelang pilihanraya 2008, keadaan parti politik di Malaysia turut dipengaruhi oleh Hindu Rights Actions Force (HINDRAF) yang dipimpin oleh beberapa orang peguam yang berbangsa India. Ini telah mengakibatkan BN tidak dapat memenangi 2/3 daripada kerusi di dalam pilihan raya tersebut.

2.2

SABAH Ogos 1961

Dis 1961

UNKO

USNO

1962

Pasok Momogun

Jun 1964

15 Julai 1975

1975

UPKO

BERJAYA

PBS

Parti politik yang pertama di Sabah ialah United National Kadazan Organisation (UNKO) pada Ogos 1961, diikuti dengan United Sabah National Organisation (USNO) pada Disember 1961, United National Pasok Momogun Organisation (Pasok Momogun) pada tahun 1962 dan Borneo Utara National Party (BUNAP) yang ditukar kepada Sabah National Party (SNAP). Parti Perikatan Sabah yang dianggotai UNKO, USNO, Pasok Momogun dan SNAP.

9

Pada Jun 1964, UNKO dan Pasok Momogun telah bersetuju ingin membentuk United Pasok Momogun Kadazan Organization (UPKO) bagi mempertahankan kepentingan kaum bumiputera bukan Islam di Sabah. Perlantikan Datuk Donald Stephens (UNKO) sebagai Ketua Menteri Sabah yang pertama pada tahun 1963 telah menimbulkan rasa tidak puas hati daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Mustapha. Hal ini kerana, jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah sepatutnya disandang oleh calon dari USNO yang mendapat 16 kerusi, manakala UNKO hanya memperolehi 12 kerusi. Kesan daripada ini, kerjasama antara golongan Bumiputera Islam dan bukan Islam tidak dapat dicapai. Perselisihan antara dua pemimpin Bumiputera, Donald Stephens dan Tun Mustapha tentang isu kelulusan permit dan lesen balak, penggantian setiausaha kerajaan dan dasar Donal Stephens yang lebih mengutamakan kepentingan masyarakat Kadazan-Dusun. Krisis ini berakhir apabila Donald Stephens diminta melepaskan jawatannya dan diganti dengan Peter Lo dari parti SCA (dahulu dikenali sebagai SNAP sebelum 1965). Pada tahun 1967, Tun Mustapha telah berjaya menjadi Ketua Menteri Sabah (gabungan USNO-SCA). Walaubagaimanpun, pimpinan beliau membuat banyak pertikaian mengenai projek pembangunan, pinjaman luar negara dan dasar-dasar yang dibuat olehnya. Pada 15 Julai 1975, Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) dibawah pimpinan Tun Fuad Stephen (nama Islam Donald Stephen) telah diwujudkan. BERJAYA telah memenagi pilihan raya pada tahun 1976 dan layak untuk membentuk kerajaan. Parti Bersatu Sabah (PBS) dibawah pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan telah mencabar kepimpinan BERJAYA pada Mac 1985 yang dipimpin oleh Datuk Harris Salleh. Setelah banyak konflik berlaku, namun akhirnya PBS telah memenangi Pilihan Raya Negeri pada April 1985. PBS berjaya memimpin Sabah dari tahun 1985 hingga 1994 dan diambil alih oleh UMNO Sabah dan Barisan Nasional yang telah memperkenalkan siatem penggiliran Ketua Menteri Sabah. Namun, ia dibubarkan pada Mac 2004. Dalam Pilihan Raya Negeri 1994, Barisan Nasional telah meperkenalkan sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah dimana setiap kelompok etnik utama akan mendapat peluang yang sama untuk memerintah Sabah sebagai Ketua Menteri secara bergilir-gilir selama dua tahun.

10

2.2

SARAWAK

Parti politik yang pertama di Sarawak ialah United People’s Party (SUPP) pada Jun 1959 yang ditubuhkan oleh orang Cina dan selepas itu muncul pula Parti Negara Sarawak (PANAS) pada tahun 1960. Parti Bumiputera bukan Islam yang pertama ialah Sarawak Nasional Party (SNAP) pada tahun 1961. Pada tahun 1962, orang Melayu dan Melanau dari Lembah Rejang menubuhkan suatu parti iaitu Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) seterusnya diikuti denganParti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) ditubuhkan oleh beberapa orang pemimpin Iban dan Sarawak Chinese Association (SCA) oleh sekumpulan ahli perniagaan Cina yang kaya. Parti Parikatan Sarawak telah dibentuk diantara PANAS, SNAP, PESAKA, BARJASA dan SCA pada 22 Oktober 1962. PANAS telah keluar daripada parti ini pada 15 April 1963 disebabkan oleh terdapat rasa kecugiraan terhadap dua parti Bumiputera Islam iaitu PANAS dan BARJASA. Pada Januari 1973, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diantara PANAS, BARJASA dan PESAKA. Penerimaan SUPP dalam menubuhkan kerajaan campuran Sarawak selepas pilihan raya oleh golongan bumiputera pada tahun 1970 mencerminkan kompromi politik antara etnik telah bermula dalam proses politik di Sarawak.

11

Ketua Menteri Sarawak yang pertama ialah Stephen Kalong Ningkan dari SNAP pada tahun 1963. Namun, pelbagai masalah telah timbul separti pengenalan undang-undang yang membenarkan kaum Cina membeli tanah masyarakat Bumiputera, isu pengantian pegawai British dan pegawai dari Semenanjung dan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Sarawak. Hal ini berakhir apabila beliau dipecat dan digantikan dengan Penghulu Tawi Sli pada tahun 1966. Selepas pilihanraya pada tahun 1970, Tun Abdul Rahman Ya’kub dari Parti Bumiputera telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang memperlihatkan kenaikan hegemoni Bumiputera Islam (Melayu dan Melanau). Bermula pada Mac 1981 sehingga ke hari ini, peralihan kuasa kepada Tun Abdul Taib Mahmud. Perpaduan etnik Iban tergugat apabila terbentuknya Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) pada Julai 1983 kerana SNAP dipimpin oleh James Wong Kin Min seorang pemimpin yang bukan orang Iban. PBDS ingin mewujudkan sebuah parti baru yang mmperjuangkan

untuk

memulih

semula

hegemoni

orang

Iban

di

Sarawak.

Walaubagaimanpun, masalah perpecahan etnik ini dapat diselesaikan oleh Tun Abdul Taib Mahmud. Pada hari ini, SNAP, PBB dan SUPP telah bernaung di bawah Barisan Nasional. Kewujudan Barisan Nasional di Sarawak sedikat sebanyak telah dapat menyelesaikan masalah mengenai hubungan etnik di Sarawak.

12

3.0

PENGLIBATAN ETNIK DALAM BIDANG POLITIK

Sepanjang lebih 50 tahun Malaysia mempertahankan kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh golongan terdahulu, pelbagai parti politik telah ditubuhkan. Dalam tempoh ini juga, banyak parti yang ditubuhkan terpaksa dibubarkan atas pelbagai aspek yang mengekang kelangsungan pertumbuhannya. Walau bagaimanapun, perkembangan ini masih dianggap positif kerana dasar perlembagaan negara yang mengamalkan sistem demokrasi parlimen serta penubuhan parti-parti baru yan...


Similar Free PDFs