(BMM 1054) BENTUK KATA DAN PROSES PEMBENTUKAN KATA DOCX

Title (BMM 1054) BENTUK KATA DAN PROSES PEMBENTUKAN KATA
Author Nurul Afini
Pages 8
File Size 26.3 KB
File Type DOCX
Total Downloads 408
Total Views 492

Summary

1.0 PENGENALAN Sejauh manakah pemahaman kita tentang morfologi? Apakah morfologi itu merupakan ilmu yang menggunakan Bahasa Melayu tinggi-tinggi, yang kata-katanya bombastik dan sukar difahami? Atau apakah ia ilmu yang hanya dipelajari oleh para intelek dan bijak pandai? Kemahiran dalam bidang morfo...


Description

1.0 PENGENALAN Sejauh manakah pemahaman kita tentang morfologi? Apakah morfologi itu merupakan ilmu yang menggunakan Bahasa Melayu tinggi-tinggi, yang kata-katanya bombastik dan sukar difahami? Atau apakah ia ilmu yang hanya dipelajari oleh para intelek dan bijak pandai? Kemahiran dalam bidang morfologi amat dituntut terutama bagi pendidik jurusan bahasa Melayu. Pendidik berkarisma mampu menyampaikan hujah, cadangan dan pembelajaran yang berkesan dalam kalangan muridnya. Guru berkarisma mampu menyelesaikan isu-isu dalam pendidikan dengan penuh yakin berpandukan pelbagai rujukan. Jika ditelusuri, dalam kehidupan sehari-hari manusia berkomunikasi dengan menggunakan bahasa. Bahasa mempunyai sistem. Menurut Bloch dan Trager dalam Permulaan Ilmu Linguistik, (Arbak, 1983) bahasa di dunia mempunyai sifat-sifat umum yang terdiri daripada bunyi, struktur, sistem, makna dan arbitrari. Sistem bahasa dapat dilihat daripada sistem sebutan, sistem ejaan, sistem kata, tatabahasa dan laras bahasa. Dengan in, morfologi akan membincangkan aspek-aspek bahasa Melayu agar kita dapat menguasai bidang komunikasi dan penulisan dengan baik sekaligus mencapai kritea guru berkarisma. 2.0 PENGENALAN MORFOLOGI Sebelum kita mengkaji dengan lebih mendalam tentang cabang-cabang ilmu morfologi, adalah wajar untuk kita mentelaah terlebih dahulu makna di sebalik perkataan ini. Secara amnya, istilah morfologi dipinjam daripada bahasa Inggeris iaitu morphology. Istilah morphology terbentuk daripada dua unsur iaitu morpho dan logy. Morpho membawa pengertian bentuk, manakala logy bermaksud pengetahuan atau ilmu. Oleh itu, apabila digabungkan morfologi bermaksud ilmu atau pengetahuan tentang bentuk kata. Morfologi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan 2005 ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Selain itu, ia juga bermaksud kajian tentang struktur dan bentuk sesuatu. Mengambil pandangan Lyons (1970), beliau mendefinisikan morfologi sebagai bidang yang mempelajari struktur dalam bentuk-bentuk kata. Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, (2004:43) berpendapat bahawa morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. Manakala Abdullah Hassan juga ada menyatakan definisi morfologi dalam bukunya Linguistik Am (2007: 117), morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan 2...


Similar Free PDFs