BUSINESS EXERCISE PDF

Title BUSINESS EXERCISE
Course Business Management
Institution Kolej Matrikulasi Selangor
Pages 14
File Size 234.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 632
Total Views 934

Summary

SKEMA ULANGKAJI PSPMSKEMA SET BBAHAGIAN A (40 MARKAH) (a) Berikan dua (2) kepentingan pengurusan pengeluaran. (2 markah) i. Menjamin kelancaran perancangan ii. Kurangkan kesan yang tidak baik iii. Memastikan sumber perniagaan diurus secara optima (mana-mana 2 kepentingan = 2 x 1m = 2m)(b) Jelaskan r...


Description

CLO3

AP025 PENGURUSAN PERNIAGAAN 2

KMKN

SKEMA ULANGKAJI PSPM2 SKEMA SET B

BAHAGIAN A (40 MARKAH) 1. (a) Berikan dua (2) kepentingan pengurusan pengeluaran.

(2 markah)

i. Menjamin kelancaran perancangan ii. Kurangkan kesan yang tidak baik iii. Memastikan sumber perniagaan diurus secara optima (mana-mana 2 kepentingan = 2 x 1m = 2m) (b) Jelaskan reka bentuk pengeluaran berikut : i. Simplification

(1 markah)

Menekan pengurangan usaha dalam bilangan, bahagian, pemasangan atau pilihan agar dapat memudahkan dan mempercepatkan penghasilan produk. ii. Modular

(1 markah)

Melibatkan gabungan komponen atau modul standard dalam pelbagai cara untuk menghasilkan beberapa produk yang unik. (c) Terangkan maksud Susun Atur Secara Proses dan berikan satu (1) contoh. (2 markah) Aktiviti pengeluaran disusun dengan mengumpulkan manusia dan alatan yang sama fungsinya dalam satu tempat. Contoh: susun atur di perpustakaan, sekolah, hospital dan pasaraya. (huraian = 1m; contoh = 1m) (d) i. Jelaskan konsep Sistem Tepat Pada Waktu (JIT).

(2 markah)

Just In Time (JIT) adalah kaedah pengeluaran yang mengumpulkan kesemua bahan dan bahagian yabg diperlukan pada setiap tahap pengeluaran tepat pada masa yang diperlukan. Tujuan pengeluaran JIT adalah untuk mengelakkan pembaziran yang dikaitkan dengan lebihan pengeluaran, masa menunggu yang lama dan inventori berlebihan. syarikat hanya menghasilkan sejumlah pengeluaran yang diperlukan atau diminta pengguna sahaja. JIT dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan mengurangkan kemungkinan kerosakan atau kerugian akibat penimbunan barang. (mana-mana 2 huraian = 2 markah)

ii. Jelaskan ISO 14000.

(2 markah) 1

CLO3

AP025 PENGURUSAN PERNIAGAAN 2

KMKN

Satu siri standard yang direka untuk melindungi isu-isu berkenaan alam sekitar bagi organisasi di pasaran antarabangsa. Meliputi sistem pengurusan alam sekitar/pengauditan alam sekitar/penilaian persembahan alam sekitar/pelabelan alam sekitar/life sycle assessments/aspek alam sekitar didlm standard produk 2. (a) i. Senaraikan dua (2) jenis produk pengguna. 1. 2. 3. 4.

(2 markah)

Produk mudah beli Produk beli belah Produk istimewa Produk tidak dicari

(mana-mana 2 jenis produk pengguna = 2 markah) ii. Jelaskan maksud jenama pengedar dan berikan satu (1) contoh jenama pengedar. (2 markah) Penjenamaan mengikut pengedar yang menjual produk di pasaran. Jenama diberikan oleh peruncit atau pemborong. Mereka tidak mempunyai kilang pengeluaran tetapi menjual dengan jenama mereka sendiri. Contoh: Tesco, Singer (mana-mana 1 huraian, 1 contoh = 2 markah) (b) i. Senaraikan dua (2) faktor yang mempengaruhi harga. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

(2 markah)

Objektif Pemasaran/Objektif Syarikat Kos Pengeluaran Pertimbangan Organisasi Persaingan Jenis Pasaran dan Permintaan Pengguna Dasar Kerajaan Paduan Pemasaran

(mana-mana 2 faktor = 2 markah) ii. Jelaskan kaedah harga berasaskan persaingan.

(2 markah)

Syarikat boleh meletakkan harga yang sama, lebih tinggi atau kurang daripada harga pesaing utama. Bagi syarikat bersaiz kecil mereka akan mengikut harga yang ditetapkan oleh pemimpin pasaran. Strategi ini sesuai digunakan untuk mengelakkan peperangan harga yang boleh mengelirukan pengguna. (mana-mana 2 huraian = 2 markah) iii. Jelaskan perbezaan di antara harga diskaun fungsi dengan harga diskaun kuantiti. (2 markah) 2

CLO3

AP025 PENGURUSAN PERNIAGAAN 2

KMKN

Diskaun fungsi ialah pengurangan harga yang ditawarkan kepada saluran seperti peruncit @ pemborong manakala diskaun kuantiti ialah diskauan harga jika pembelian dibuat dalam kuantiti yang besar. (c) i. Berikan dua (2) objektif promosi.

(1 markah)

1. Memberitahu kebaikan produk 2. Memujuk pelanggan sasaran untuk membelinya ii. Berikan maksud jualan peribadi.

(2 markah)

Persembahan peribadi oleh tenaga jualan firma untuk tujuan untuk membuat jualan serta membina hubungan pelanggan. Contohnya layanan jurujual di kedai, lawatan penjual ke rumah/ syarikat. (d) Jelaskan maksud pengedaran Intensif.

(2 markah)

Pengedaran yang merangkumi liputan yang paling luas dan maksima. Pengeluar ingin memastikan produk mereka mudah didapati di merata kedai seperti tisu, minuman dan makanan ringan serta sabun dan lainlain. 3. (a) Berikan dua (2) peranan perniagaan antarabangsa. i. ii. iii. iv.

(2 markah)

Tukaran Asing Pasaran Luas Guna Tenaga Pemindahan Teknologi

(mana-mana 2 peranan = 2 markah) (b) Berikan dua (2) cabaran politik dan undang-undang yang akan dihadapi oleh perniagaan yang menjalankan perniagaan antarabangsa. (2 markah) i. Paksaan untuk menjayakan program tempatan ii. Polisi dan undang-undang bercanggah dengan negara asal

iii. Syarat yang dikenakan untuk menggunakan bahan mentah tempatan iv. Penyekatan aliran keluar keuntungan dari operasi (sebahagian % disyaratkan dilabur semula) v. Peraturan perdagangan yang ketat (tarif & bukan tarif disebabkan prosedur) vi. Dasar keutamaan oleh kerajaan tempatan vii. Cukai korporat yang tinggi (mana-mana 2 cabaran = 2 markah) (c) Huraikan dengan ringkas kempen kerajaan berikut dalam mengalakkan perdagangan antarabangsa. i. Pembiayaan Eksport

(2 markah) 3

CLO3

AP025 PENGURUSAN PERNIAGAAN 2

KMKN

Skim ini memberi kemudahan kepada pengeksport untuk mendapatkan dana segera bagi mengeksport produk yang dijual secara kredit Contoh: Skim Pembiayaan Semula Kredit Eksport - pengeksportpengeksport boleh mendapatkan pembiayaan 95% - 100% daripada nilai pesanan eksport mereka daripada EXIM Bank (mana-mana 2 huraian = 2 markah) ii. Hub Halal

(2 markah)

Hub halal ialah aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran produk halal oleh pengeluar atau syarikat yang telah melepasi piawaian yang telah ditetapkan oleh agensi tertentu yang mempunyai kelulusan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Industri PKS berasaskan produk halal mampu meningkatkan KDNK dan sentiasa berkembang dengan inovasi teknologi terkini. melonjakan pendapatan negara. Menggalakkan penglibatan para pelabur antarabangsa melabur di Malaysia dalam industri halal. Contohnya, teknologi pemprosesan dan pembungkusan dalam industri herba- Korea Selatan, Taiwan dan China. (mana-mana 2 huraian = 2 markah) (d) Senaraikan dua (2) objektif perlindungan perdagangan. 1. 2. 3. 4.

(2 markah)

Melindungi industri penting Menggalakkan perkembangan industi baru Mengatasi imbangan pembayaran negatif Menjamin peluang pekerjaan

(mana-mana 2 objektif = 2 markah) 4. (a) Jelaskan maksud tindakan beretika berikut : i. Pendekatan Hak Moral

(1 markah)

Pendekatan ini menyatakan bahawa manusia memiliki hak-hak yang perlu dipertahankan dan tidak boleh dilucutkan semata-mata oleh keputusan individu. Selagi sesuatu tindakan atau keputusan yang dibuat itu dapat mengekalkan hak-hak tersebut, ia dianggap betul.

ii. Pendekatan Keadilan

(1 markah)

Pendekatan ini menilai keputusan dan kelakuan pengurus syarikat tentang sejauh mana keadilan mereka membahagikan ganjaran dan perbelanjaan di antara individu, kumpulan atau organisasi. 4

CLO3

AP025 PENGURUSAN PERNIAGAAN 2

(b) Terangkan maksud tanggungjawab sosial.

KMKN

(1 markah)

Perbuatan memilih dan mengambil tindakan yang dapat memberikan manfaat kepada kesejahteraan dan kepentingan masyarakat dan organisasi. (c) Jelaskan maksud pemecah rahsia.

(2 markah)

Menyediakan saluran dan sokongan kepada anggota organisasi yang ingin mendedahkan sebarang amalan tidak beretika yang wujud. Program-program khas haruslah disediakan untuk membolehkan maklumat tentang salah laku/melanggar peraturan didedahkan tanpa memberi implikasi negatif kepada pemecah rahsia.

BAHAGIAN B (75 MARKAH)

5

CLO3

AP025 PENGURUSAN PERNIAGAAN 2

KMKN

1. (a) Berikut adalah jadual pelaksanaan pembinaan kilang oleh Syarikat Putra Sdn. Bhd. Berdasarkan jadual yang diberi jawab soalan yang berkaitan : KEGIATAN Mencari tapak

KOD KEGIATAN A

KEGIATAN PENDAHULU -

JANGKA MASA (MINGGU) 3

B C D E F G H

A B A D C,E F G

3 5 2 4 3 1 1

Membersih tapak Membina bangunan Menyusun atur peralatan Bekalan air dan elektrik Mengrekrut pekerja Memilih pekerja Membuka kilang

i. Lukiskan carta PERT/CPM untuk aktiviti di atas.

3 MUL

A

3

5

B

C

2

4

D

E

(5 markah)

3

1

1

F

G

H

TAMA

(Setiap laluan = 2 x 2m = 4m ; format = 1m) ii. Kenalpasti laluan genting (CPM) bagi pembinaan kilang tersebut. (3 markah) Laluan i = A–B–C–F–G–H

Laluan ii

= 3 + 3 + 5 + 3 + 1 + 1 = 16 minggu

(1m)

=A–D–E–F–G–H = 3 + 2 + 4 + 3 + 1 + 1 = 14 minggu

(1m)

Laluan genting ialah A – B – C – F – G – H

(1m)

iii. Berapa lamakah masa yang diambil bagi menyiapkan kilang tersebut. (1 markah) A–B–C–F–G–H = 3 + 3 + 5 + 3 + 1 + 1 = 16 minggu

(1m)

(b) Syarikat Crunchy Delights (SCD) merupakan syarikat pengeluar biskut AREO. Biskut ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada pengguna. 6

MULA

B A

D

ECH

I

J

CLO3

AP025 PENGURUSAN PERNIAGAAN 2

KMKN

SCD ingin membuka kilang baru di Kedah. Huraikan tiga (3) faktor yang perlu diambil kira oleh SCD dalam perancangan lokasi tapak baru. (9 markah) i. Bekalan tenaga buruh (1m) Mudah untuk mendapatkan sumber tenaga buruh merangkumi buruh mahir, separuh mahir dan kurang mahir serta kos upah buruh yang berpatutan. (1m) SCD perlu memastikan lokasi kilang yang ingin dibina berdekatan dengan bekalan tenaga buruh/penempatan orang ramai untuk mengurangkan kos buruh seperti pengangkutan dan penginapan mereka. (1m) ii. Berdekatan dengan sumber bahan mentah (1m) Sebagai jaminan bekalan bahan mentah tidak terputus serta meminimumkan kos penghantaran. (1m) SCD perlu memastikan kilangnya berdekatan dengan sumber bekalan bahan mentah untuk pengeluaran biskut bagi mengurangkan kos pengangkutan dan terputus bekalan bahan mentah. (1m) iii. Berhampiran dengan pengguna dan pasaran (1m) Organisasi harus memberi tumpuan kepada saiz pasaran besar yang menjanjikan pulangan keuntungan maksimum (1m)@ memudahkan dan mempercepatkan pengedaran produk kepada pengguna dan meminimumkan kos pengedaran. (1m) SCD perlu memastikan kilang yang ingin dibina berdekatan dengan pasaraya atau kedai-kedai runcit yang berhampiran untuk memasarkan produk biskutnya. (1m) iv. Kemudahan infrastruktur (1m) Kemudahan infrastruktur yang lengkap menjadi pertimbangan utama kepada firma dalam pemilihan lokasi tapak. (1m) @ Kemudahan seperti bekalan air, elektrik, sistem komunikasi dan sistem perhubungan dapat memudahkan proses pengeluaran. (1m) SCD perlu memastikan lokasi kilang biskutnya mempunyai jalingan jalanraya yang baik untuk mengangkut bahan mentah supaya bahan mentah tidak cepat rosak @ sistem komunikasi yang baik seperti telefon, internet untuk memudahkan pesanan barang-barang. (1m) v. Kemudahan khidmat sokongan (1m)

kemudahan seperti subkontraktor dan institusi kewangan dapat membantu firma mendapatkan khidmat seperti penyelenggaraan, bekalan, sumber pembiayaan dan urusan pembayaran. (1m) SCD perlu memilih lokasi yang berdekatan dengan subkontraktor bagi menyelenggarakan mesin menghasilkan biskut. (1m) vi. Sistem pengangkutan dan logistik (1m)

7

CLO3

AP025 PENGURUSAN PERNIAGAAN 2

KMKN

Kemudahan jaringan pengangkutan darat, udara dan laut seperti jalan raya, lebuh raya, landasan keretapi, lapangan terbang dan pelabuhan memudahkan urusan logistik. (1m) SCD perlu memastikan produk biskut dapat dihantar dengan cepat ke pasaran untuk mengelakkan kos menyimpanan. (1m) (terima mana-mana 3 faktor, fakta = 1 markah, huraian = 1 markah, contoh/kaitan kes = 1 markah ; 3 x 3 = 9 markah) (c) Frozen Foods Sdn.Bhd (FFSB) merupakan sebuah syarikat pengeluar produk makanan sejuk beku di Kuala Nerang, Kedah. Kuantiti permintaan produk tersebut semakin menurun sehingga menyebabkan jualan menurun. Huraikan proses kawalan kualiti bagi pengeluaran produk makanan sejuk beku di syarikat ini. (12 markah) i. Rancang (1m) Tumpu pada operasi semasa, pengumpulan maklumat serta pendapat, membincangkan alternatif penyelesaian, analisis data, cadangan penambahbaikan atau tindakan pembetulan dan merancang perubahan. (1m) FFSB perlu mengumpul maklumat berkaitan perubahan citarasa pengguna yang menyebabkan permintaan berkurang seperti mengambilkira khasiat dan kualiti bahan mentah dalam pengeluaran produk makanan sejuk bekunya. (1m) ii. Buat (1m) Melaksanakan perubahan operasi, penambahbaikan, menyelaras prosedur kerja, dan kutipan data secara sistematik untuk tujuan penilaian. (1m) FFSB perlu melaksanakan penambaikan seperti menggunakan bahan mentah yang segar dan berkualiti untuk memastikan produk makanan sejuk beku yang dihasilkan berkhasiat dan bermutu tinggi serta tahan lama. (1m) iii. Semak (1m) Memantau operasi dan meneliti segala perubahan sebenar yang berlaku. (1m) FFSB perlu memantau dan menganalisis prestasi operasi dan kerja, sama ada berjaya atau tidak menghasilkan produk makanan sejuk beku mengikut piawaan dari segi kualiti yang ditetapkan. (1m) iv. Tindakan (1m) Mengambil tindakan pembetulan atau penambahbaikan. Jika prestasi telah bertambah baik, piawaikan prosedur kerja yang baru untuk operasi itu. (1m) 8

CLO3

AP025 PENGURUSAN PERNIAGAAN 2

KMKN

Jika FFSB mendapati produk makanan sejuk beku yang dihasilkan tidak mencapai piawaian sebagaimana yang ditetapkan, FFSB perlu membuat tindakan pembetulan seperti memeriksa bahan yang digunakan, suhu, kebersihan tempat kerja atau mengubah prosedur kerja yang baru. (1m) 2. (a) Kos pengeluaran coklat herba adalah seperti berikut : Kos tetap Kos berubah

RM20 000 RM 5 seunit

Hitungkan : i. Kos seunit Kos seunit

=

25 000 20%

(2 markah)

= = ii.

Jangkaan Jualan Margin keuntungan

Harga tokokan Harga tokokan

kos berubah seunit + kos tetap Jumlah jualan 5 + 20 000 (1m) 25 000 RM 5.80 (1m)

= = =

(2 markah) kos seunit 1 – pulangan yang diinginkan dari jualan 5.80 (1m) 1 – 0.20 RM 7.25 (1m)

iii.

Jumlah keuntungan yang diperolehi jika jangkaan jualan berjaya dicapai. (2 markah) Keuntungan = harga tokokan seunit – kos seunit = RM7.25 – RM5.80 (1m) = RM1.45 (1m)

iv.

Harga tokokan baharu jika keuntungan ditetapkan sebanyak 12%. (2 markah) Harga tokokan

= = =

kos seunit 1 – pulangan yang diinginkan dari jualan 5.80 (1m) 1 – 0.12 RM 6.59 (1m)

(b) Azela merupakan seorang pengusaha kilang menjahit baju ingin mengeluarkan sejenis baju sukan. Pasaran sasarnya adalah semua peringkat umur iaitu bermula dari kanak-kanak. Dia bercadang untuk memasarkan produknya di pasaraya, kedai produk sukan dan melalui pesanan mel. Berdasarkan gambarajah, jelaskan dua (2) tahap saluran pengedaran yang sesuai bagi memasarkan produk beliau. (6 markah) Pengedaran Peruncitan (1m) 9

CLO3

AP025 PENGURUSAN PERNIAGAAN 2

Pengeluar

Peruncit

KMKN

Pengguna

(1m)

Azela menggunakan hanya satu tahap orang tengah iaitu peruncit sebagai perantara antara pengeluar dan pengguna. (1m) Azela mengedarkan produknya ke pasar raya/kedai produk sukan. (1m) Penglibatan peruncit memaksa Azela membuka gudang berhampiran peruncit. Ini dapat memendekkan masa dan memudahkan urusniaga. (1m) Pengedaran Langsung (1m) Pengeluar

Pengguna

(1m)

Azela tidak mempunyai sebarang perantara @ orang tengah. Azela menjual secara langsung baju sukan kepada pengguna melalui pesanan mel. (c) Cik Farhana mempunyai sebuah syarikat SFEmpires telah menjalankan perniagaan dengan memasarkan produk seperti baju Muslimah, tudung, kasut dan beg tangan. Terdapat ramai pesaing dalam bidang perniagaan yang sama. Terangkan tiga (3) bentuk promosi jualan yang boleh digunakan untuk memperkenalkan jenama SFEmpires. (6 markah) i.

Rebat (½m) SFEmpires memberikan kupon dalam bentuk pengurangan harga jualan yang diberi kepada pembeli yang menunjukkan bukti pembelian sesuatu produk untuk menggalakkan pembelian. (1m) Contoh Cik Farhana boleh memberikan rebat tunai RM50 bagi yang membeli baju SFEmpires nilai RM500 ke atas. (½m)

ii.

Hadiah (½m) Satu barangan percuma yang diberikan apabila membeli sesuatu produk. (1m) Contoh Cik Farhana memberikan hadiah kerongsang kepada pembeli baju jenama SFEmpires. (½m)

iii.

Diskaun jualan (½m) Harga tawaran yang lebih rendah dari harga asal. (1m) SFEmpires memberikan diskaun jualan 30% kepada 100 pelanggan yang pertama. (½m)

3. Syarikat Herbagus Sdn. Bhd. (SHSB) yang merupakan sebuah syarikat multinasional mengeluarkan produk perubatan berasaskan herba. Melalui usaha penyelidikan dan pembangunan, produk SHSB telah berjaya mendapat perhatian 10

CLO3

AP025 PENGURUSAN PERNIAGAAN 2

KMKN

masyarakat dunia kerana ia berkesan, selamat digunakan serta bebas daripada kesan sampingan. (a) Jelaskan maksud syarikat multinasional.

(2 markah)

Organisasi yang melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan di peringkat antarabangsa dengan tahap penglibatan yang tinggi. (1m) Merupakan syarikat yang bersaiz besar, beroperasi di banyak negara, di mana syarikat bukan sahaja menjual produk mereka di pasaran luar tetapi juga mengeluar, menjalankan penyelidikan, melatih pekerja tempatan serta membangunkan produk baru di pasaran yang mereka masuki. (1m) Mempunyai sumber kewangan dan tenaga manusia yang besar, dapat mengawal seluruh aktiviti syarikat di seluruh dunia. (1m) (b) Jelaskan tiga (3) tujuan Syarikat Herbagus Sdn. Bhd. berusaha menjadi syarikat multinasional. (6 markah) i. Meningkatkan jualan dan keuntungan (1m)

SHSB dapat menjalankan pengeluaran secara besar-besaran pasaran luas. (1m)

kerana

SHSB akan berusaha menurunkan kos pengeluaran untuk menghasilkan produk perubatan berasaskan herba, meningkatkan jualan dan keuntungan, operasi lebih cekap dan efektif, mencapai ekonomi bidangan. (1m) ii. Meningkatkan saiz pasaran (1m)

SHSB dapat meluaskan pasaran dengan mengeksport produk perubatan berasaskan herba ke pasaran dunia. Kuantiti permintaan akan meningkat daripada penduduk antarabangsa. (1m) iii. Memperolehi teknologi baru (1m)

SHSB melalui hubungan dua hala dapat melakukan pertukaran maklumat, teknologi. (1m) SHSB dapat mengimport mesin berteknologi dan tenaga pakar dari luar negara untuk menghasilkan produk perubatan berasaskan herba. Ini membolehkan SHSB meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran produknya. (1m) iv. Kekurangan sumber bahan mentah (1m)

SHSB dapat mencari bekalan bahan mentah untuk pengeluaran produk perubatan berasaskan herba dengan mudah. Bahan mentah yang tidak ada dalam negara dapat diimport bagi membolehkan proses pengeluaran berterusan. (1m) (mana-mana 3 tujuan; fakta = 1 m, huraian = 1m; 3 x 2 = 6m) 11

CLO3

AP025 PENGURUSAN PERNIAGAAN 2

KMKN

(c) Sesebuah syarikat multinasional mengh...


Similar Free PDFs