Contoh Minit Mesyuarat PDF

Title Contoh Minit Mesyuarat
Author Nur Qamarina
Course Bahasa Melayu Kerjaya (Sains dan Teknologi)(Local)
Institution International Islamic University Malaysia
Pages 3
File Size 72.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 8
Total Views 162

Summary

Download Contoh Minit Mesyuarat PDF


Description

KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) MINIT MESYUARAT PROGRAM HIJAUKAN BUMI BIL. 2/2019 Tarikh : 23 Mei 2019 Masa : 3.00 petang – 4.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Kelab Pencinta Alam Sekitar

YANG HADIR:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Muhammad Alif bin Zakaria Nur Najihah binti Yunus Munirah binti Daud Norazah binti Ahmad Fuad Ahmad Afzan bin Muhyiddin Junaini binti Amsar Lutfi Hadi bin Abdul Ghafar Rosnani binti Kassim

Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK Jamuan AJK Teknikal AJK Hadiah dan Cenderamata AJK Tugas-tugas Khas AJK Protokol

YANG TIDAK HADIR:

1. Emilia Nur Shahida binti Nasrun

1.1

Cuti Sakit

UCAPAN PENGERUSI 1.2

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah.

1.3

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat. Tindakan: makluman

2.0

PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1

Minit Mesyuarat Program Hijaukan Bumi Kali 1/2019 dibentangkan dan disahkan dengan beberapa pindaan seperti yang berikut: 2.1.1 Perkara 3.2 ‘…jumlah peserta yang telah mendaftar ialah sebanyak 31 orang.’ dipinda kepada ‘…jumlah peserta yang mendaftar ialah seramai 31 orang.’ Pencadang : Nur Najihah binti Yunus

3.0

Penyokong : Ahamd Afzan bin Muhyiddin PERKARA BERBANGKIT 3.1

Perasmi Program 3.1.1 AJK Pengurusan Majlis memaklumkan bahawa perasmi program masih belum diputuskan kerana pihak pengurusan majlis masih menunggu maklum balas daripada pihak Naib Canselor. Tindakan: AJK Pengurusan Majlis

3.2

Menu Jamuan 3.2.1 AJK Jamuan memaklumkan bahawa pihak mereka masih lagi memilih menu jamuan yang bersesuian untuk program tersebut dan masih menantikan jumlah sebenar peserta yang akan terlibat. Tindakan : Makluman

4.0

PERKARA BAHARU 4.1

Atur Cara Program 4.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa atur cara program akan mengalami sedikit perubahan berdasarkan kesesuaian program yang bakal dijalankan. Tindakan : Makluman

4.2

Cadangan Cenderamata dan Hadiah 4.2.1 Pengerusi mencadangkan supaya setiap peserta diberikan sijil penyertaan dan cenderamata. Tindakan : AJK Cenderamata dan Hadiah 4.2.2 AJK Cenderamata dan Hadiah memaklumkan bahawa hadiah cenderamata untuk perasmi program telah dipilih iaitu hadiah berbentuk plak. Tindakan : makluman

5.0

HAL-HAL LAIN 5.1

AJK Tugas-tugas Khas mencadangkan supaya setiap jawatankuasa memakai pakaian seragam yang ditempah khas. Tindakan : semua ahli

5.2

Pengerusi menasihati semua ahli jawatankuasa supaya komited dengan tugas masing-masing dan sentiasa mengemas kini gerak kerja. Tindakan : semua ahli

6.0

PENANGGUHAN MESYUARAT 6.1

Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat seterusnya akan diadakan pada dua minggu dari tarikh mesyuarat kali kedua berlangsung. Tindakan : makluman

6.2

Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan bacaan tasbih kaffarah dan Surah al- Asr. Tindakan : makluman

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

………………………… (Nur Najihah Binti Yunus) Setiausaha

……………………………. (Muhammad Alif bin Zakaria) Pengerusi...


Similar Free PDFs