CTU552_Kertas Kerja Berkumpulan_Antivaksin Musuh Masyarakat PDF

Title CTU552_Kertas Kerja Berkumpulan_Antivaksin Musuh Masyarakat
Course Philosophy and current issues
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 20
File Size 1 MB
File Type PDF
Total Downloads 28
Total Views 628

Summary

BAHAGIAN A:PROFIL KUMPULANARAHAN : Sila isi maklumat di bawah.NAMA KUMPULAN : Kumpulan 6KETUA : NURUL ‘AIN NAJWA BINTI ZAHAR AZUAR (2020627728)SETIAUSAHA : NUR AINA AFIQAH BINTI ALIAS (2020846514)NO NAMA NO MATRIK NAMA KELAS 1 HUSNA NABILA BINTI RUZMI 2020489608 AS2012B 2 NURUL HANANI BINTI NOR AIHA...


Description

CTU552/APIK/2020/2021 SEM 2

BAHAGIAN A: PROFIL KUMPULAN ARAHAN: Sila isi maklumat di bawah. NAMA KUMPULAN : Kumpulan 6 KETUA

: NURUL ‘AIN NAJWA BINTI ZAHAR AZUAR (2020627728)

SETIAUSAHA

: NUR AINA AFIQAH BINTI ALIAS (2020846514)

NO 1 2

NAMA

NO MATRIK

HUSNA NABILA BINTI RUZMI NURUL HANANI BINTI NOR AIHAN @ MOHD FAIZAL

2020489608 2020473514

1

NAMA KELAS AS2012B AS2012B

CTU552/APIK/2020/2021 SEM 2

FALSAFAH DAN ISU SEMASA CTU552 FALSAFAH KEHIDUPAN: Antivaksin Musuh Masyarakat AS2012B Nama dan no. pelajar: 1.

HUSNA NABILA BINTI RUZMI (2020489608)

2.

NUR AINA AFIQAH BINTI ALIAS (2020846514)

3.

NURUL ‘AIN NAJWA BINTI ZAHAR AZUAR (2020627728)

4.

NURUL HANANI BINTI NOR AIHAN @ MOHD FAIZAL (2020473514)

Nama pensyarah : 1) DR NURSHAHIRA BINTI IBRAHIM

KERTAS KERJA KRITERIA Pengenalan Fakta + huraian Cadangan & Kesimpulan Rujukan Etika & Moral Professional JUMLAH

MARKAH 2 8 2

ULASAN ARTIKEL JUMLAH

KRITERIA Pendahuluan Isi & huraian Kesimpulan

MARKAH 4 12 4

4 4

Rujukan Etika & Moral Professional

5 5

20 Markah

JUMLAH

30 Markah

1

JUMLAH

CTU552/APIK/2020/2021 SEM 2

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

HALAMAN

1.0 PENGENALAN

3-4

2.0 REALITI SEMASA

5-8

3.0 FAKTOR ISU SEMASA

9

4.0 KESAN TERHADAP INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA

10 - 11

5.0 KAEDAH MENGATASI

12 - 14

6.0 KESIMPULAN

15

7.0 RUJUKAN

16

8.0 LAMPIRAN

17-18

2

CTU552/APIK/2020/2021 SEM 2

1.0 PENGENALAN

Berdasarkan Kamus Merriam-Webster, falsafah kehidupan membawa maksud kepada visi atau sikap seseorang individu atau pandangan filosofis terhadap kehidupan dan hala tuju hidup secara menyeluruh. Dalam kata lain, falsafah hidup juga disebut sebagai prinsip hidup di mana, ia menjadi satu keperluan untuk mempunyai spesifik pedoman atau nilai dan idea sendiri. Manusia sebetulnya menggunakan falsafah untuk melakukan beberapa perkara termasuklah, mencari kebenaran dengan menjelajah rahsia alam, persekitaran bahkan diri sendiri, mengulas semula pengalaman yang telah dilalui secara logik, dan mampu menghuraikan sesuatu masalah atau isu menggunakan punca dan hujah yang sesuai. Secara tidak langsung, manusia akan menjadi lebih teliti, tenang dan matang dalam menangani sesuatu isu, sekaligus membina asas dan kerangka kehidupan lebih kuat. Globalisasi kini pada era 2020 telah dikejutkan dengan pandemik yang dikenali sebagai COVID19 atau lebih dikenali sebagai Koronavirus 2019. Memandangkan COVID-19 merupakan virus yang menjangkiti saluran pernafasan, ia boleh membawa kepada skop gejala yang lebih serius bermula dengan selesema kepada radang paru-paru (pneumonia) (Wikipedia, n.d.). Sejak bulan November 2020, angka kematian kerana pandemik COVID-19 telah mencapai 1.22 juta kes di seluruh dunia termasuklah negara Malaysia sendiri. Oleh dengan itu, sesuatu tindakan bagi mengekang penularan wabak ini amatlah wajar diambil serius oleh semua pihak. Seterusnya, ini menjadikan sektor pembuatan vaksin mesti dilakukan dengan secepat mungkin dan menggunakan pelaburan yang amat besar. Beralih kepada isu utama, vaksin merupakan bahan yang mengandungi antigen, di mana ia diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan daripada struktur mikroorganisma (virus atau bakteria) yang sama ada dimatikan atau dilemahkan (Yeong, 2015). Jelasnya di sini, antigen tersebut berfungsi untuk merangsang sistem imuniti manusia yang boleh membentuk ketahanan atau lebih tepat imuniti terhadap jangkitan penyakit, spesifiknya di sini ialah COVID-19. Pentingnya untuk kita sebagai makhluk yang dikurniakan akal untuk mencari dan menambah ilmu pengetahuan sesuatu perkara seperti di dalam konteks ini iaitu kepentingan mengambil vaksin. Manusia itu sendiri merupakan makhluk yang Tuhan sudah menciptakan akal, dilahirkan dengan sifat ingin tahu atas segala sesuatu di hadapannya. Dalam skop epistemologi, manusia sering berhadapan dengan konsep kesahihan, kepercayaan, justifikasi, pelbagai masalah skeptisisme, sumber, dan kaedah skop pengetahuan (Wikipedia, n.d.). Isu pengambilan vaksin bukan sahaja diutarakan di negara Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Hal ini kerana, berlaku penentangan dan penolakan vaksin oleh golongan antivaksin seolah-olah mereka langsung tidak mengambil peduli mengenai kepentingan vaksin.

3

CTU552/APIK/2020/2021 SEM 2

Golongan seperti ini amat dikhuatiri kerana tindakan mereka yang bukan sahaja menolak vaksin malahan mereka juga boleh mengelirukan dan menghasut pemikiran masyarakat tentang ‘sisi buruk’ pengambilan vaksin. Dalam situasi sebegini, masyarakat kita iaitu rakyat Malaysia sendiri mestilah rujuk semula Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pembangunan intelektual. Menurut Ahmad Mohd. Salleh (2008), beliau menyatakan terdapat unsur yang mesti diberti perhatian kepada daya berfikir iaitu, memiliki kemahiran 3M (mendapat, meningkat dan menyebarkan ilmu ) (Saharia Hj. Ismail, 2015). Masyarakat mestilah mencari fakta dan ilmu yang sudah sedia ada dan mengukuhkan lagi pendirian agar tidak terjebak dengan konspirasi karut. Tambahan, sudah menjadi tanggungjawab seorang insan juga untuk menyebarkan ilmu yang benar dan tepat supaya tidak terpesong dan akhirnya memakan diri dan juga orang lain. Berdasarkan prinsip pertama rukun negara, bangsa dan negara Malaysia dibina atas kepercayaan kepada Tuhan. Sekali lagi, setiap individu memang falsafah hidup tersendiri yang juga bergantung kepada agama yang dianuti. Keruntuhan agama boleh merosakkan sifat peribadi seseorang individu malahan bangsa dan juga negara. Dari segi agama Islam secara umumya, tidak mengharamkan pengambilan vaksin kerana agama Islam sendiri menuntut penganutnya bagi menghalang sebarang perkara yang boleh memudaratkan orang lain. Selain itu, vaksinasi melengkapkan objektif syariah kerana sesiapa yang menerima vaksin akan berada dalam keadaan yang baik dan posisi yang stabil untuk melaksanakan dan menegakkan ibadah wajib. Jelas lagi bersuluh, semua pihak mestilah bertanggungjawab dalam memainkan peranan dalam memperkasakan pendidikan awam tentang vaksin kepada masyarakat tidak mengira bangsa dan agama supaya kepercayaan terhadap keberkesanan vaksin dapat ditingkatkan di samping membidas teori konspirasi dan penyebaran maklumat yang tidak sahih.

4

CTU552/APIK/2020/2021 SEM 2

2.0 REALITI SEMASA

Walaupun zaman kini beralih dari semasa ke semasa, pengertian falsafah kehidupan masih kekal sejak ia dikaji oleh pakar-pakar falsafah. Ia adalah ungkapan yang menggambarkan gaya hidup atau sikap yang merupakan sebahagian daripada kehidupan seseorang individu mahupun berkumpulan. Bercakap tentang cara hidup, falsafah kehidupan juga sering dikaitkan dengan agama, misalnya Islam, Kristian dan lain-lain. Walaubagaimanapun, falsafah atau prinsip seseorang itu juga boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor lain seperti, sosial, ekonomi, dan politik. Dari situ, timbulnya pelbagai isu dan masalah mengenai bagaimana seseorang itu boleh membina sistem nilai mereka yang penting kerana sekaligus ia memaparkan bagaimana mereka hidup dan menormalisasikannya. Sesetengah pihak juga tidak segan-silu melemparkan kritis dan rasa benci terhadap mereka yang mengamalkan gaya hidup yang berbeza dari segi pelbagai cara misalnya, perbezaan budaya. Oleh sebab itu, betapa pentingnya kita mesti memahami dan mendalami konsep falsafah itu kerana ia berkaitan dengan mencari kebijaksanaan tanpa henti. Bak kata mutiara, selagi mana kita hidup, selagi itulah kita akan terus mempelajari perkara baharu kerana ilmu milik Tuhan itu luas dan pelbagai. Begitu juga dengan meneliti kehidupan zaman sekarang apabila seluruh dunia sedang menghadapi pandemik COVID-19 yang telah membunuh ramai orang tidak kira umur. Salah satu initiatif setiap kerajaan negara ialah menjalankan program imunisasi dan sudah tentu negara Malaysia tidak lari daripada mendapatkan bekalan dos vaksin. Antara vaksin yang telah negara kita dibekalkan ialah vaksin BioNTech, Pfizer, CoronaVac dan juga Oxford AstraZeneca. Walaupunbagimanapun, menurut akhbar tempatan Metro, seramai enam individu meninggal dunia ketika mereka menjalani peringkat akhir ujian klinikal vaksin Pfizer. Sejak daripada isu ini, bertambahlah jumlah golongan yang tidak mempercayai COVID-19 dan vaksin. Mereka sesukati menggunakan berita ini sebagai ‘dalil’ untuk menentang kebenaran kewujudan COVID-19 dan keberkesanan vaksin itu sendiri di pelbagai platform media sosial (Abdullah, 2020) Dengan itu, bebanan telah meningkat apabila kerajaan akan meyakinkan orang ramai yang tidak mempercayai kewujudan virus ini. Hakikatnya, setiap negara akan menghadapi masalah yang sama hatta di negara maju seperti AS dan UK walaupun kini zaman sudah beralih lebih moden dan berteknologi. Berdasarkan kaji selidik mengenai tinjauan berkaitan penerimaan dan penolakan vaksin COVID-19 di Malaysia yang telah dijalankan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan (BPK), Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan (IPTK) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peratusan responden yang menerima vaksin lebih ramai berbandingan yang menolak vaksin. 5

CTU552/APIK/2020/2021 SEM 2

Rajah 1: Respons Keseluruhan Terhadap Vaksin COVID-19 di Malaysia

Mengikut gambar Rajah 1 diatas yang dikeluarkan oleh pihak BPK, IPTK dan KKM, seramai 45.7% terdiri dari responden lelaki dan 54.3% merupakan responden perempuan. Demografi penerimaan dan penolakan vaksin COVID-19 oleh Universiti Malaya dengan tajuk tinjauan dalam talian iaitu The Use Of The Health Belief Model to Assess Predictors of Intent to Receive The COVID-19 Vaccine and Willingness to Pay, seramai 95% majoriti responden yang menerima vaksin mempunyai tahap pendidikan tinggi. Manakala tinjauan yang dilakukan oleh BPK dengan tajuknya COVID-19 Vaccine: Accept or Refuse?, responden yang tiada pendidikan formal adalah paling tinggi tidak bersetuju menerima vaksin tersebut. Seterusnya, gambar Rajah 2 pula menunjukkan peratusan responden yang menerima vaksin COVID-19 di seluruh dunia dan di Malaysia.

6

CTU552/APIK/2020/2021 SEM 2

Rajah 2: Peratusan Penerimaan Vaksin COVID-19 (Global dan Malaysia)

Manakala, gambar Rajah 2 dia atas menunjukkan peratusan penerimaan vaksin COVID-19 di beberapa negara dan di Malaysia sendiri. Jelas dari situ, dua negara teratas yang mempunyai peratusan tertinggi iaitu negara Ecuador (97.0%) dan Indonesia (93.3%). Bagaimanapun, masih terdapat segelintir golongan yang menolak vaksin atas sebab beberapa faktor yang berkait rapat dengan psikologi, politik dan saintifik. Hal ini sekaligus mendorong mereka untuk menyebarkan maklumat yang salah kepada orang ramai agar mereka juga tidak perlu mengambil vaksin. Berdasarkan aksiologi ilmu yang membawa maksud kepada penerangan nilai ilmu yang seseorang perolehi, ia mestilah digunakan untuk kepentingan dan kesejahteraan umat manusia. Jika ingin dikaitkan dengan isu perdebatan vaksin, pakar pembuatan vaksin dan pihak terlibat dengannya sudah pasti arif dan lebih berpengetahuan tentang kebaikan vaksin itu sendiri. Bahkan, mereka juga mengesahkan, tiada penggunaan bahan-bahan yang tidak halal seperti yang telah dipersoalkan dan diperbesarkan oleh masyarakat iaitu janin dan daging khinzir. Bukan itu sahaja, sesetengah masyarakat juga kabur dengan pendirian mereka apabila mereka berimaginasi bahawa vaksin ini akan membawa kepada penghapusan umat manusia, kemandulan secara kekal dan mampu mengubah genetik seseorang. Setelah kerajaan menjalankan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, masih ramai segelintir

7

CTU552/APIK/2020/2021 SEM 2

rakyat Malaysia yang membebankan kerajaan dengan tidak mengambil peduli terhadap initiatif ini walhal, ini merupakan langkah pencegahan untuk melindungi individu daripada jangkitan wabak tersebut. Sikap rakyat sebegini diambil serius oleh kerajaan dan disifatkan sebagai tidak rasional dan sukar untuk bertolak-ansur. Hal ini perlu berbalik kepada penekanan elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana, rakyat Malaysia mesti menjadi individu yang bertanggungjawab terhadap keselamatan diri, keluarga, masyarakat mahupun negara walaupun, pengambilan vaksin ini tidak menggunakan paksaan sama sekali. Selain itu, memandangkan ramai juga golongan antivaksin yang menggunakan hujah ‘agama’ bagi menentang penerimaan vaksin, fatwa antarabangsa mengambil initiatif ‘istihalah’ yang membawa maksud kepada bahan terlarang boleh diguna pakai sebagai ubat-ubatan. Malahan, agama Islam sendiri mengajar untuk menghalang sesuatu yang mendatangkan kemudaratan kepada diri dan orang lain. Sebagai rakyat yang mempunyai kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan, kita mestilah percaya dan yakin bahawa Allah Maha Penyembuh Segala Penyakit tetapi, kita sebagai hambaNya mestilah berusaha untuk mengubati penyakit kerana tawakal tanpa usaha bukan caranya.

8

CTU552/APIK/2020/2021 SEM 2

3.0 FAKTOR ISU SEMASA

Antivaksin kebiasaannya mengeluarkan penyataan yang tidak masuk akal untuk menolak daripada menerima vaksin sama ada pada diri mereka sendiri atau pada ahli keluarga mereka. Mereka juga mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan yang bukan-bukan di media sosial. Ini menyebabkan kemarahan kepada sesetengah pihak yang menyokong pengambilan vaksin. Salah satu sebab mereka menolak pengambilan vaksin adalah kerana mempercayai pengambilan dos tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk kepada seseorang. Antivaksin. Keadaan negara sekarang yang dilanda wabak COVID-19, dengan keadaan yang semakin teruk, mereka masih berpegang dengan pendirian mereka untuk menolak vaksin walaupun Kementerian Kesihatan telah menyataan tiada kesan sampingan yang dialami oleh mereka yang telah menerima vaksin tersebut (Raja Rahim & Abd Malik, 2021). Faktor kedua adalah kerana ragu-ragu dengan bahan-bahan yang terdapat di dalam vaksin tersebut. Kepada mereka yang beragama Islam, terdapat sesetengah vaksin yang mengandungi DNA khinzir di mana pengambilan haiwan tersebut adalah haram tetapi terdapat pilihan lain diberikan untuk mereka. Ada juga berkata bahawa mereka hanya patut mengikut apa yang diajarkan oleh agama. Menurut Oh My Media, diambil dari media sosial bekas pelakon, Zul Yahya percaya bahawa mereka hanya perlu mengambil Habatus Sauda dan madu sebagai vaksin untuk melindungi diri. Faktor ketiga adalah kerana vaksin mengandungi bahan yang berbahaya. Vaksin telah diuji sebelum diberikan kepada mereka yang memerlukan vaksin tersebut. Telah dinyatakan bahawa vaksin tidak mempunyai kandungan yang membahayakan tetapi mengandungi antigen yang berbentuk sama ada virus hidup, yang dimatikan, protein virus yang disucikan, toksin yang telah dilemahkan atau secebis struktur bakteria (Izza, 2016). Kita perlulah peka dan mengambil tahu tentang kandungan yang terdapat didalam vaksin tersebut tanpa bertindak melulu menyebarkan perkara yang tidak benar tanpa menyelidik terlebih dahulu. Rakyat Malaysia perlulah membuka mata dan menerima apa yang memberikan kebaikan kepada diri, masyarakat dan negara. Kedegilan antivaksin yang menolak penerimaan vaksin akan menimbulkan masalah kepada pihak kesihatan yang telah berusaha keras mencari penawar untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Diharapkan masyarakat dapat disedarkan daripada konspirasi golongan antivaksin, terutamanya diwaktu sekarang yang dilanda wabak Covid 19.

9

CTU552/APIK/2020/2021 SEM 2

4.0 KESAN TERHADAP INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA

Isu antivaksin di negara kita perlu diberi perhatian penuh agar kita dapat mengelakkan kesankesan buruk berlaku. Antara kesan golongan antivaksin kepada individu ialah mereka berpotensi menghasut individu lain untuk bertukar menjadi golongan antivaksin. Hal ini demikian berlaku dengan cara mereka mempengaruhi pemikiran individu yang lemah pendirian hidup atau dalam erti kata lain tidak berpegang kepada falsafah hidup yang betul. Sebagai contoh, rakyat yang hanya percaya kata-kata dalam media sosial tanpa usul periksa akan kesahihannya cenderung untuk diracun oleh pengguna siber yang lain. Mereka yang kurang mempraktikkan unsur-unsur dalam Falsafah Pendidikan Negara tidak mampu menilai antara fakta dan propaganda yang tersebar luas di laman Web. Hal ini demikian disokong lagi oleh Dr Megat Mohamad Amirul Amzar selaku Exco Perancangan Strategik, Kempen Vaksinasi dan Medical Mythbusters Malaysia. Beliau berkata golongan antivaksin ini sering memberi komen-komen di laman web popular seperti KKM demi menyatakan pendirian mereka untuk menolak vaksin COVID-19 (Mat Hayin, 2021). Hal ini memberi impak kepada individu di negara kita untuk ragu-ragu akan keberkesanan vaksin dan kesan vaksin tersebut terhadap diri dan keluarga mereka. Padahal, fakta berkaitan keselamatan penggunaan vaksin tersebut telah jelas dibuktikan oleh sains dan teknologi terkini dan sudah diyakini status halal oleh pihak JAKIM dan KKM, namun mereka masih was-was untuk mendapatkan suntikan vaksin. Jelaslah disini bahawa golongan antivaksin mampu memberi kesan buruk kepada pendirian dan pemikiran seseorang individu di negara kita. Selain itu, golongan antivaksin juga memberi impak kepada masyarakat kita. Golongan antivaksin akan menyebabkan perpaduan masyarakat kita menjadi goyah. Hal ini demikian kerana persepsi yang salah terhadap kegunaan vaksin yang ditularkan oleh golongan ini akan mencetuskan kekacauan dan perbalahan dalam masyarakat setempat. Menurut Doktor Helmi Yusoh selaku Penyelidik Komunikasi Vaksin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau berkata persepsi masyarakat terhadap pandemik ini akan mempengaruhi tanggapan mereka terhadap isu vaksin (Mat Hayin, 2021). Persepsi masyarakat terhadap isu vaksin tersebut sangat dipengaruhi oleh maklumat-maklumat yang disampaikan oleh kumpulan antivaksin melalui platform seperti WhatsApp, Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram. Maklumat dan perdebatan yang tidak tepat mengenai vaksin di media sosial dan media cetak akan mengelirukan cara masyarakat kita berfikir dan membuat sesuatu keputusan. Hal ini demikian seterusnya mendorong masyarakat untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin. Hal ini dikukuhkan lagi dengan penyataan Pakar Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun. Beliau menyatakan bahawa golongan antivaksin dikhuatiri boleh mengelirukan

10

CTU552/APIK/2020/2021 SEM 2

pemikiran masyarakat (Mohd Sanusi, 2020). Masyarakat kini lebih mudah percaya kepada perkara yang berasaskan testimoni dan berkaitan kospirasi. Sifat mudah percaya tersebutlah yang akan melemahkan perpaduan rakyat kita. Hal ini kerana masyarakat dengan tidak bertanggungjawab dan tanpa rasa bersalah akan terus menyebarkan lagi konspirasi yang tidak berasas tentang isu vaksin tersebut kepada orang lain dan seterusnya menyebabkan antivaksin terus berkembang di kalangan masyarakat kita. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa kumpulan antivaksin membawa kepada kemusnahan perpaduan masyarakat di negara kita. Di samping itu, golongan antivaksin juga menjadi ancaman kepada negara kita. Kemunculan golongan antivaksin mampu mengakibatkan keharmonian negara terencat. Hal ini demikian kerana mereka boleh merencatkan usaha kerajaan dalam mengekang penularan wabak berbahaya seperti penularan virus COVID-19. Hal ini demikian disebabkan wujudnya kucar-kacir dan perasaan panik diantara rakyat seterusnya akan melemahkan perpaduan antara kaum di negara kita. Rakyat menjadi kurang yakin kepada kebolehan kerajaan dalam menangani virus COVID-19 disebabkan kemelut politik yang melanda negara dan ini mendorong salah faham menjadi lebih teruk. Menurut Pakar Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata bekalan vaksin...


Similar Free PDFs