Exam January 2017, questions and answers PDF

Title Exam January 2017, questions and answers
Author FARRAH DIANNA MALUDIN
Course Hubungan Etnik
Institution Universiti Malaysia Sabah
Pages 24
File Size 327.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 159
Total Views 213

Summary

LAMPIRAN Q Skema Jawapan Peperiksaan Akhir, Kursus Hubungan Etnik (UW00102), Sesi 2016/2017, Semester 1 1. Konsep asas hubungan etnik yang digambarkan sebagai A+B+C=A+B+C dikenali sebagai: A. B. C. D. 2. Berikut merupakan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union 1946, kecuali: A. B. C. D. 3. asimilasi. ...


Description

LAMPIRAN Q Skema Jawapan Peperiksaan Akhir, Kursus Hubungan Etnik (UW00102), Sesi 2016/2017, Semester 1

1.

Konsep asas hubungan etnik yang digambarkan sebagai A+B+C=A+B+C dikenali sebagai: A. B. C. D.

2.

Berikut merupakan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union 1946, kecuali: A. B. C. D.

3.

asimilasi. akulturasi. akomodasi. amalgamasi.

kedaulatan Raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu dihapuskan. gabenor berkuasa secara menyeluruh termasuk bidang kuasa hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. gabenor memerintah bersama Majlis Penasihat sehingga Majlis Perhubungan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan ditubuhkan. prinsip jus soli diterima sebagai syarat menjadi warganegara di Persekutuan Tanah Melayu khususnya kepada masyarakat bukan Melayu.

Pernyataan berikut merupakan cara kerajaan memberi limpahan kemakmuran kepada rakyat melalui transformasi ekonomi. I. II. III. IV.

A. B. C. D.

Membasmi kemiskinan tanpa mengira etnik dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Pembahagian dalam penguasaan ekuiti korporat antara masyarakat Melayu dan bumiputera diseimbangkan dengan kaum Cina dan India. Menggiatkan pertumbuhan ekonomi di samping menghapuskan ketidakseimbangan ekonomi antara etnik agar perpaduan dapat dicapai. Meningkatkan dan menambah pelbagai kemudahan infrastruktur seperti pendidikan dan kemudahan sosial seperti jalan raya, pengangkutan untuk kepentingan rakyat merentasi etnik. I dan II III dan IV I, II dan IV I, II, III dan IV

1/24

LAMPIRAN Q 4.

Pilih pernyataan berikut yang ada kaitan dengan tujuan Dasar Ekonomi Baru (DEB). I. II. III. IV.

A. B. C. D. 5.

Membasmi kemiskinan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi tanpa mengira etnik. Merupakan era baharu bagi kaum Melayu untuk terlibat dalam bidang perdagangan, perindustrian dan perniagaan. Melibatkan agensi lain seperti Malaysian Industrial Development Finance (MIDF), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dan Bank Bumiputera. Memberi perhatian terhadap transformasi kemajuan di luar bandar dan pembangunan aktiviti di bandar dalam usaha mewujudkan masyarakat industri. I dan II III dan IV I, II dan IV I, II, III dan IV

Pilih pernyataan berikut yang ada kaitannya dengan cara untuk mencapai slogan ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ yang dikatakan masih belum wujud dan hanya merupakan suatu cita-cita, idaman dan harapan yang terus diperjuangkan. I. II.

III.

IV.

A. B. C. D.

Masyarakat perlu membuat pelbagai kegiatan yang dianggap memenuhi prasyarat mencapai perpaduan. Masyarakat perlu membuat perundingan untuk menghasilkan persetujuan dan kompromi serta tolak ansur supaya perasaan tidak puas hati dan konflik dapat diselesaikan. Masyarakat majmuk bebas bertindak dan berperi laku yang bersifat pro keamanan, keharmonian dan antikeganasan demi survival diri, keluarga dan kelompok sosialnya. Masyarakat perlu mencari jalan penyelesaian melalui perundingan jika timbul sebarang konflik, pergeseran dan pertelingkahan disebabkan perbezaan sosial dalam sesebuah masyarakat majmuk. I dan II III dan IV I, II dan IV I, II, III dan IV

2/24

LAMPIRAN Q 6.

Pilih pernyataan berikut yang ada kaitan dengan era konflik berlaku di Tanah Melayu. I. II. III. IV.

A. B. C. D. 7.

I dan II III dan IV I, II dan IV I, II, III dan IV

Antara pernyataan berikut yang manakah tidak berkaitan dengan teori sosial? A. B. C. D.

8.

Parti UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 bertujuan menentang perlembagaan Malayan Union. Komunis atau Bintang Tiga merampas kuasa secara kekerasan selama 14 hari selepas tamatnya penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada 16 Ogos 1945. Tunku Abdul Rahman dan Chin Ping mengadakan perundingan di Baling Kedah pada tahun 1955 bagi menamatkan ancaman Parti Komunis Malaya (PKM). Kerajaan kolonial British menubuhkan badan perunding untuk mengembalikan kesepaduan sosial inter etnik dengan cara menubuhkan Communities Liaison Committee (CLC) pada tahun 1949.

Menunjukkan sifat manusia yang cuba memenuhi keperluan diri melalui kerjasama dengan individu lain. Proses pertukaran sosial yang memerlukan amalan tolak ansur dan tidak menghasilkan pergantungan sosial. Melihat manusia terlibat dalam aktiviti sosial bagi mendapatkan ganjaran, keuntungan dan meminimumkan kos. Menggariskan soal tingkah laku iaitu pembelajaran yang dibentuk melalui ganjaran dan denda berdasarkan prinsip ekonomi klasik.

Pilih pernyataan berikut yang ada kaitannya dengan peranan makanan dan sumbangannya terhadap kesepaduan sosial. I. II. III. IV.

A. B. C. D.

Makanan menyumbang kepada kesepaduan sosial apabila diterima dan dinikmati bersama-sama dengan etnik lain. Nasi lemak dan rendang berperanan memupuk dan menjalin hubungan inter etnik melalui proses penyediaannya. Kepelbagaian makanan yang ada dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia memainkan peranan menyumbang kepada perpaduan sosial. Proses akomodasi dan akulturasi berperanan dalam aspek makanan dalam kalangan anggota masyarakat dan menguatkan rasa entiti sebagai bangsa Malaysia. I dan II III dan IV I, II dan IV I, II, III dan IV

3/24

LAMPIRAN Q Soalan 9 berdasarkan pernyataan berikut:

Aminah dan Ramasamy telah berkahwin lima tahun yang lepas, dan mempunyai tiga orang anak sehingga kini. Mereka hidup bahagia walaupun berasal daripada kebudayaan yang berbeza.

9.

Situasi di atas jelas menunjukkan satu hubungan yang dapat diwakili melalui formula A. B. C. D.

10.

Manakah pernyataan berikut yang tidak berkaitan dengan usul yang ditekankan dalam Penyata Razak tahun 1956? A. B. C. D.

11.

A+B+C=A A+B+C=D A + B + C = ABC A+B+C=A+B+C

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan menengah kebangsaan. Sekolah Jenis Kebangsaan menggunakan bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris sebagai bahasa pengantar. Penggunaan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan dan sistem naziran yang berbeza. Bagi memupuk kesatuan dalam proses pembinaan negara bangsa, bahasa Melayu dijadikan sebagai kursus wajib untuk semua pelajar.

Memupuk perpaduan nasional memerlukan paradigma yang sahih, landasan pegangan (nilai) yang tepat, pemikiran yang sihat, jiwa murni yang bersih serta benih patriotisme yang subur, tidak dipengaruhi oleh persepsi yang berbahaya terhadap hubungan etnik. Antara berikut, persepsi manakah yang merosakkan hubungan etnik? I. II. III. IV.

A. B. C. D.

Melayu hanya tolong Melayu, Cina hanya tolong Cina dan India hanya tolong India – kita tidak perlu memikirkan kepentingan kaum lain. Isu dan sentimen perkauman merupakan senjata politik kita – biarkan rakyat bercakaran sesama sendiri, kemenangan parti kita lebih penting. Lihatlah masyarakat bandaran terus maju, namun biarkan masyarakat pedalaman hidup mundur – mereka tidak layak menikmati kekayaan negara ini. Setiap rakyat bebas bercakap mengenai apa-apa sahaja biarpun menyakitkan hati kaum lain – keamanan negara ini bukan tanggungjawab kita, itu urusan pihak keselamatan. I dan II III dan IV I, II dan IV I, II, III dan IV

4/24

LAMPIRAN Q 12.

Bagi sesetengah pihak, kepelbagaian agama dilihat sebagai penghalang perpaduan kerana pemikiran mereka yang sempit lagi dangkal terhadap keperluan dan kepentingan hidup beragama, lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Cara hidup beragama sebenarnya dapat menjamin keharmonian sosial dan perpaduan nasional dengan mengambil ingatan bahawa: I. II. III. IV.

A. B. C. D. 13.

semua agama mengajarkan tentang perpaduan semanusia tanpa mengira kaum, bahasa dan budaya. konflik agama berlaku kerana penganut agama itu sendiri tidak memahami agamanya sendiri apatah lagi agama-agama yang lain. semua individu harus menghormati perbezaan dalam ajaran agama masingmasing demi memelihara keharmonian hidup bersama. isu dan persoalan agama akan merosakkan hubungan etnik apabila diputarbelitkan demi kepentingan politik pihak tertentu. I dan II III dan IV I, II dan IV I, II, III dan IV

Tidak ada negara moden yang tidak mempunyai dasar bahasa dan pendidikan kebangsaan. Bahasa kebangsaan dan pendidikan nasional merupakan teras penting dalam pembinaan negara-bangsa Malaysia, namun pengasingan kegiatan ekonomi berasaskan ciri kaum tertentu dan pemisahan kaum menerusi aliran persekolahan yang bercorak perkauman merupakan petunjuk berbahaya terhadap: I. II. III. IV.

A. B. C. D.

pembentukan masyarakat majmuk kolonial yang bercanggah dengan masyarakat majmuk nasional. proses sejarah dan sosial yang dibentuk oleh kuasa kolonialis melalui tindakan segregasi sekali gus mengakibatkan polarisasi. pertumbuhan secara negatif masyarakat majmuk dan kehidupan mereka akibat pengaruh dualisme ekonomi dan dualisme pendidikan. perkembangan cara hidup dan pemikiran masyarakat yang dipengaruhi oleh prejudis dan prasangka perkauman yang berbahaya terhadap sesama mereka. I dan II III dan IV I, II dan IV I, II, III dan IV

5/24

LAMPIRAN Q 14.

Memahami konsep-konsep penting dalam wacana ilmiah mengenai hubungan etnik dapat membantu menjernihkan kefahaman generasi muda terhadap sejarah hubungan etnik di negara ini. Justeru, memahami fakta-fakta sejarah sebenarnya lebih penting berbanding sekadar menghafalnya. Pilih padanan konsep dan fakta yang tepat. I.

II.

III.

IV.

A. B. C. D. 15.

Interaksi positif antara individu dan kelompok dapat memperakrab integrasi antara etnik dengan syarat interaksi sosial tersebut tidak melibatkan hanya sesama satu kaum sahaja. Jurang ekonomi dan jurang pendidikan yang luas antara kaum menunjukkan jurang perpecahan yang lebar antara kaum lantas memperlihatkan jurang perpaduan berada dalam situasi kritikal. Usaha merapatkan jurang kemajuan ekonomi dan pendidikan secara konstruktif melibatkan pelbagai etnik bertujuan untuk membina kesepaduan sosial sesama rakyat menerusi falsafah keseimbangan sosial. Etnosentrisme merujuk kepada suatu perasaan yang memandang tinggi terhadap kaum tertentu dan memandang hina terhadap kaum lain akibat stereotaip, prasangka dan prejudis perkauman. I dan II III dan IV I, II dan IV I, II, III dan IV

Neokolonialisme merupakan musuh dalam selimut yang jarang disedari oleh rakyat dalam mana-mana negara yang pernah dijajah. Neokolonialisme jelas bercanggah dengan gagasan pembinaan negara-bangsa moden dan perpaduan nasional yang dibentuk berdasarkan acuan negara-bangsa itu sendiri. Dalam konteks Malaysia, ini merupakan ancaman terhadap Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Anasir neokolonialisme yang sangat berbahaya terhadap hubungan etnik ini dapat dikesan dalam bentuk: I. II. III. IV.

A. B. C. D.

neokolonialisme epistemologi - penjajahan pemikiran dan kegiatan ilmu. neokolonialisme politik - menerima tanpa kritis ideologi dan sistem politik Barat. neokolonialisme pendidikan - mengekalkan aliran persekolahan bercorak perkauman. neokolonialisme bahasa - mengagungkan bahasa penjajah atas nama kemodenan. I dan II III dan IV I, II dan IV I, II, III dan IV

6/24

LAMPIRAN Q 16.

Konsep “bangsa Malaysia” merujuk kepada proses kontinuitif yang membabitkan seluruh rakyatnya untuk berkongsi semua aspek ketatanegaraan Malaysia, malah menjunjung identiti kesatunegaraan (negara Malaysia) dan jati diri kesatubangsaan (bangsa Malaysia), dengan merapatkan jurang perbezaan ras, etnik dan budaya secara holistik, tetapi gagasan murni ini jelas dicabar oleh: I. II. III. IV.

A. B. C. D. 17.

sentimen dan politik perkauman yang tidak terkawal, liar dan berbahaya terhadap semua etnik. egosime perkauman yang melampaui batas akibat segregasi pendidikan dan ekonomi sejak zaman kolonial. terlalu mementingkan diri, parti dan kepentingan kaum secara sempit dan tajam sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan agama. ketamakan untuk memonopoli kekayaan tanpa mempertimbangkan hak kaumkaum lain yang dibelenggu kemunduran dan kemiskinan. I dan II III dan IV I, II dan IV I, II, III dan IV

Dalam falsafah sejarah, pernah diungkapkan: “Ingatlah, harga masa silam sama mahalnya dengan harga masa depan”. Pilih penyataan yang benar tentang persepsi negatif antara etnik yang pernah memberikan kesan buruk terhadap hubungan etnik di Tanah Melayu. I. II.

III.

IV.

A. B. C. D.

Tindakaan KMM memberikan sokongan terhadap tentera Jepun mengakibatkan orang Cina menganggap orang Melayu merupakan tali barut Jepun. Tindakan orang bukan Melayu menyokong Malayan Union dianggap oleh orang Melayu sebagai tidak menghormati hak orang Melayu sebagai peribumi Tanah Melayu. Tindakan kejam MPAJA membunuh anggota KMM dan polis Jepun (Melayu) dilihat oleh orang Melayu sebagai tindakan balas dendam untuk membunuh orang Melayu. Tindakan ribuan pemuda Cina yang enggan menyertai khidmat tentera (Perkhidmatan Nasional) untuk menentang PKM pada era darurat dianggap oleh orang Melayu sebagai mengkhianati Tanah Melayu. I dan II III dan IV I, II dan IV I, II, III dan IV

7/24

LAMPIRAN Q 18.

Hasil kajian DNA membuktikan usia orang Melayu lebih tua kira-kira 10,000 tahun (kewujudannya) berbanding orang Cina di China. Kajian ini turut membuktikan orang Melayu bukanlah berhijrah menyusuri Taiwan, seperti dakwaan Peter Belwood. Pilih penyataan yang benar tentang keserumpunan Melayu di Alam Melayu. I.

II.

III.

IV.

A. B. C. D.

Teori Migarsi yang mendakwa rumpun Melayu berasal dari Tibet merupakan teori palsu yang bercanggah dengan bukti sejarah, budaya dan linguistik, seperti dihujahkan menerusi Teori Evolusi. Selama 1500 tahun (sejak abad pertama Masehi), peribumi rumpun Melayu merupakan pasak politik, ekonomi (perdagangan serantauan dan antarabangsa) dan kebudayaan berperadaban di Kepulauan Melayu. Alam Melayu merupakan satu-satunya peradaban maritim dan empayar kelautan yang hebat pernah terbina dalam sejarah dunia sekali gus menyaksikan keunggulan peribumi rumpun Melayu berdiri megah di pentas serantauan dan antarabangsa. Kegiatan kolonialisme Barat bukan sahaja telah meruntuhkan kuasa politik peribumi rumpun Melayu, malah terhapusnya peranan dan golongan pedagang peribumi secara beransur-ansur selama 300 tahun akibat dasar monopoli perdagangan kolonialis Barat. I dan II III dan IV I, II dan IV I, II, III dan IV

8/24

LAMPIRAN Q 19.

Pilih pernyataan yang benar mengenai isu hubungan etnik dalam konteks pergolakan politik di Tanah Melayu. I.

II.

III.

IV.

A. B. C. D.

Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union bukanlah bermakna mereka anti-Cina dan anti-India kerana mereka bersedia memberikan hak kerakyatan dan berkongsi Tanah Melayu dengan orang Cina dan India meskipun dengan syarat yang ketat. Sambutan positif tokoh-tokoh Cina dan India terhadap gagasan nasional Dato’ Onn pada tahun 1950-an menunjukkan sikap keterbukaan dan kerelaan orang bukan Melayu untuk hidup harmoni dengan orang Melayu sebagai satu bangsa Malaya di Tanah Melayu. Orang Melayu menuntut syarat hak kerakyatan Tanah Melayu diperketatkan dengan tujuan murni iaitu untuk menyekat individu yang tidak setia kepada Tanah Melayu dan berpotensi menjadi ancaman kepada Tanah Melayu dan rakyat berbilang etnik, khasnya bahaya anasir dan puak komunis. Usaha Dato’ Onn untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu dan menubuhkan IMP bukanlah kerana beliau mengkhianati hak dan perjuangan Melayu, tetapi Dato’ Onn nekad menyatukan rakyat berbilang etnik menerusi perjuangan nasional agar mereka keluar daripada kepompong politik perkauman yang berbahaya. I dan II III dan IV I, II dan IV I, II, III dan IV

9/24

LAMPIRAN Q 20.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengiktiraf kedudukan istimewa Melayubumiputera di samping mengiktiraf kepentingan sah etnik bukan Melayu-bumiputera, seperti termaktub dalam Perkara 153. Secara prinsipnya, apakah perbezaan antara hak istimewa dengan kedudukan istimewa? I.

II.

III.

IV.

A. B. C. D.

Hak istimewa bertunjangkan sentimen etnosentrisme egoistik tetapi kedudukan istimewa berasaskan falsafah keadilan iaitu untuk mengagihkan kekayaan negara dan peluang kemajuan secara adil kepada seluruh rakyat Malaysia. Hak istimewa hanya mementingkan satu kaum tertentu sahaja (seperti di Israel dan Afrika Selatan zaman aparteid), namun kedudukan istimewa tetap mengiktiraf hak dan kepentingan sah etnik yang lain agar seluruh rakyat dapat hidup harmoni dan makmur. Hak istimewa memperlihatkan secara tajam penekanan terhadap keunggulan mutlak satu kaum sahaja (politik, ekonomi dan sosial) dalam sesebuah negara, sedangkan kedudukan istimewa menjunjung falsafah keseimbangan (perkongsian dan permuafakatan) antara etnik demi membangunkan dan memajukan negara secara holistik. Hak istimewa bermotif memonopoli semua hak dalam negaranya atas nama dan kepentingan satu kaum sahaja, dengan merampas hak serta menafikan kepentingan kaum yang lain, manakala kedudukan istimewa pula bertujuan untuk membela masa depan dan melindungi nasib etnik peribumi yang tertindas (mundur dan miskin) pada zaman penjajahan. I dan II III dan IV I, II dan IV I, II, III dan IV

10/24

LAMPIRAN Q 21.

Malaysia merupakan negara yang unik dari segi sejarah dan budaya. Di negara inilah terhimpunnya tiga rumpun bangsa yang besar di dunia iaitu Melayu, Cina dan India. Di sinilah, bertemunya tiga peradaban besar di pentas antarabangsa menerusi proses sejarahnya yang menarik, lebih daripada 1500 tahun, sehinggalah terbentuknya Malaysia. Pilih penyataan yang benar tentang sejarah pembentukan Malaysia. I.

II.

III.

IV.

A. B. C. D.

Pembentukan Malaysia berjaya dilakukan atas dasar penggabungan empat wilayah iaitu Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak, bukannya penggabungan negeri-negeri yang menjadi anggota Persekutuan Malaysia. Sabah dan Sarawak bukanlah “masuk” Malaysia kerana Sabah dan Sarawak memainkan peranan penting dalam proses pembentukan Malaysia, bersama Tanah Melayu dan Singapura, malah tanpa sokongan Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak akan berjaya dibentuk. Sabah dan Sarawak merupakan rakan setaraf dengan Tanah Melayu, bukannya rakan junior atau anggota baharu dalam Persekutuan Malaysia, bahkan Sabah dan Sarawak diberikan autonomi (kuasa khas perundangan) dalam aspek kewangan dan imigresen, namun autonomi ini tidak diberikan kepada negerinegeri lain dalam negara ini. Selepas pembentukan Malaysia, cabaran pembinaan negara-bangsa Malaysia menjadi lebih berat kerana proses perpaduan menerusi pembangunan negara ini turut melibatkan wilayah Sabah dan Sarawak, dengan saiz kawasan luar bandarnya yang lebih besar di samping taraf kemajuan penduduknya yang lebih mundur berbanding Semenanjung Malaysia. I dan II III dan IV I, II dan IV I, II, III dan IV

11/24

LAMPIRAN Q 22.

Patriotisme bermakna mempertahankan kedaulatan negara hatta dengan darah dan nyawa rakyatnya sendiri, namun ini tidaklah bermakna mereka berhak menumpahkan darah dan mencabut nyawa sesiapa pun atas nama patriotisme. Apakah pengajaran penting tragedi berdarah 13 Mei 1969? I. II. III.

IV.

A. B. C. D. 23.

Kebebasan bersuara yang disalahgunakan untuk kepentingan politik kepartian merosakkan hubungan etnik ke tahap paling kritikal. Isu dan persoalan perkauman merupakan api rusuhan yang paling mudah membakar keharmonian rakyat dan kestabilan negara. Anarki perkauman mengakibatkan reputasi negara tercemar malah menyebabkan pelabur-pelabur asing enggan melabur dan menarik semula pelaburan mereka di negara ini. Jurang ekonomi dan pendidi...


Similar Free PDFs