Fail Meja Penolong Kanan Pendidikan Khas PDF

Title Fail Meja Penolong Kanan Pendidikan Khas
Author W. Wan Othman
Pages 208
File Size 1.7 MB
File Type PDF
Total Downloads 185
Total Views 925

Summary

1 GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAMBAU NAMA SEKOLAH : SMK MAMBAU ALAMAT : JALAN SEREMBAN, 70300 SEREMBAN NO. TELEFON : 06-6310500 NO. FAKS : 06-6327389 E-MAIL : [email protected] 2 MAKLUMAT PEGAWAI NAMA : JAMILAH BINTI KADIR JAWATAN ...


Description

1

GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAMBAU

NAMA SEKOLAH

:

SMK MAMBAU

ALAMAT

:

JALAN SEREMBAN, 70300 SEREMBAN

NO. TELEFON

:

06-6310500

NO. FAKS

:

06-6327389

E-MAIL

:

[email protected]

2

MAKLUMAT PEGAWAI

NAMA

:

JAMILAH BINTI KADIR

JAWATAN HAKIKI

:

PK PENDIDIKAN KHAS

GRED

:

DG48

SEKOLAH

:

SMK MAMBAU, SEREMBAN

UNIT

:

PENDIDIKAN KHAS

TARIKH MEMEGANG JAWATAN

:

1 JULAI 2012

NO. KELUARAN

NO. PINDAAN

TARIKH

1

1

1 JANUARI 2014

3

SEMAKAN DAN KELULUSAN Dokumen ini disediakan oleh: JAMILAH BINTI KADIR PENOLONG KANAN (PENDIDIKAN KHAS) SMK MAMBAU

DISEMAK DAN DILULUSKAN OLEH

.................................................... PUAN HASMAH BINTI OTHMAN PENGETUA SMK MAMBAU SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

4

1.0 Rukun Negara Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat yang prograsif yang akan menggunakan sains dan teknologo moden;

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:-

Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan Dan Kesusilaan

5

2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai

kesejahteraan

diri

serta

memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara”

6

3.0 Matlamat Pendidikan Kebangsaan “ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan

mencapai

kesejahteraan

diri

serta

memberikan

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara ”.

4.0 Teras Pendidikan 

Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan



Bekerja dengan penuh tanggungjawab



Berusaha mengikis sikap dan mementingkan diri sendiri



Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan



Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara



Berpegang teguh kepada ajaran agama

7

5.0 Misi dan Visi Kementerian Pendidikan Malaysia Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

6.0 Objektif Kementerian Pendidikan Malaysia 

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.



Melahirkan

insan

yang

beriman,

berakhlak

mulia,

berilmu,

berketerampilan dan sejahtera. 

Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.



Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

7.0 Nilai Teras Kementerian Pendidikan Malaysia 

Berakhlak mulia



Amanah



Rajin



Ikram



Berilmu



Berfikir

8

8.0 Piagam Pelanggan: JABATAN PENDIDIKAN NEGERI Kami warga Jabaatan Pendidikan Negeri Sembilan dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami bagi :  Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan dimulakan.  Memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guruguru mengikut perkiraan yang ditetapkan.  Menempatkan guru-guru dan kakitangan sokongan ke sekolah-sekolah tidak lewat dari 14 hari bekerja setelah menerima bekalan dari Kementerian Pendidikan Malaysia.  Memastkan semua permohonan da tuntutanyang berjkaitan kewangan diprosesoleh Jabatan Pendidikan Negeri dalam tempoh 14 hari bekerjadari tarikh permohona diterime.  Menguruskan

perkara-perkara

berkaitan

pejawatan

dan

perkhidmatanpersonel dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.  Menguruskan pengisian jawatan Pengetua/Guru Besar/ Penolong kanan dan ketua Bidang dalam tempoh 3 bulan sebelum berlakunya kekosongan.  Memastikan setiap calon yang telah mendaftardapat mengikuti peperiksaan mengikut jadual dan prosidur yang ditetapkan.  Memastikan setiap pelanggan sentiasa mendapat maklumat yang jelas dan tepat dengan menerima layanan dan perkhidmatan yang mesra.  Sentiasa memberikan layanan dan pekhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh 5 minit.  Menentukan segala surat aduan dan rayuan diberi jawapan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tasrikh penerimaan.  Sentiasa bersedia menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.

9

9.0 Falsafah Pendidikan Khas Pendidikan Khas adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan Negara.

10.0 

Objektif Pendidikan Khas Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas



Menyediakan pendidikan yang sesuai dan releven kepada setiap murid dengan keperluan khas.



Menyediakan peluang untuk mencungkil bakat terpendam dan mengembangkan potensi murid dengan keperluan khas.



Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.



Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang Pendidikan khas.

11.0

Kandungan Kurikulum Pendidikan khas

Kurukulum Pendidikan Khas Maslah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insane yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia berasakan ;  Komunikasi  Kerohanian sikap dan nilai  Kemanusiaan  Sains dan Teknologi  Perkembangan Fizikal dan Estetika  Keterampilan Diri

10

12.0

Fungsi Unit Pendidikan khas

Unit Pendidikan Khas bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aspek-aspek beerkaitan,  Perancangan dan pengurusan dasar.  Pengurusan Kokurikulun.  Pengurusan Kokurikulum.  Pengurusan murid.  Pembangunan.  Penyelenggaraan dan perolehan.  Latihan dan perkembangan staf.  Khidmat sokongan  Pengurusan Pentadbiran.  Pengurusan kewangan bagi murid-murid kurang upaya.

13.0 

Objektif Unit Pendidikan Khas Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas



Menyediakan pendidikan yang sesuai dan releven kepada setiap murid dengan keperluan khas.



Menyediakan peluang untuk mencungkil bakat terpendam dan mengembangkan potensi murid dengan keperluan khas.



Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.



Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang Pendidikan khas.

11

14.0 VISI SEKOLAH Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

15.0 M I S I SEKOLAH Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

16.0 MATLAMAT SEKOLAH    

Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia dan serba boleh. Melahirkan pelajar gemilang dalam semua mata Pendidikan. Menyediakan pelajar celik IT demi kemajuan diri, agama, bangsa dan negara. Menyediakan pelajar-pelajar berbakat danberketerempilan dalam bidang sahsiah dan kokurikulum

12

17.0 VISI PENDIDIKAN KHAS Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan Falsafah Pendidikan Khas

5.0 M I S I PENDIDIKAN KHAS Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid yang berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan member sumbang bakti kepada masyarakat dan Negara.

13

6.0 Carta Organisasi: Jabatan Pendidikan Negeri

KS Pengurusan

KS Pengurusan

KS Pengurusan

Akademik

Pemb.Kemanu

Perkid.

FAIL MEJA Penolong Kanan Pendidikan Khas

14

7.0 Carta Organisasi: PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan Mambau HASMAH BINTI OTHMAN PENGETUA

YM TENGKU ADNAN B. RAJA DAUD PK PENTAD.& KURIKULUM

JAMRI BIN AHMAD PK HAL EHWAL MURID

ROMSINA BT ABD KARIM PK KOKURIKULUM

JAMILAH BINTI KADIR PK PPKI

RAHIMAH SHAMSUDDIN PENYELARAS PPKI

NORHAYATI MOHD PENYELARAS HEM

NANTHAMALAR S PENYELARAS KO.

SHAHINA A. GURU PPKI

SITI NORONI PENYELARAS KU

SURIANI SHAFIEI GURU PPKI

NURUL AIDA ALI PPM N17

ROHAYA BIDIN GURU PPKI

NORFAIZAH GURU PPKI

FAZEEDATUL AZUA PPM N17

MALINI ZAKI PENYELARAS INKL.

MOHD NAZRI GURU PPKI

CHE HASLINA GURU PPKI

SYAWALNITA PPM N17

FAIL MEJA Penolong Kanan Pendidikan Khas

15

8.0 Senarai Tugas Bertanggungjawab Kepada Pengetua, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mambau. Di dalam Merancang, Menyelaras, Melaksana Dan Mengambil Tindakan Susulan Ke Atas Perkara-Perkara Berikut: 1.     

       

2.

Pentadbiran Umum Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan peringkat sekolah. Menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guruguru pendidikan khas. Memberikan taklimat kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru aliran perdana dan guru-guru pendidikan khas (yang baru khasnya) tentang pengurusan kelas pendidikan khas. Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat Penolong Kanan / Penyelaras Pendidikan Khas bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas. Mempastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut disediakan dan sentiasa dikemaskini. Mengadakan perjumpaan bulanan dengan semua guru pendidikan khas. Menguruskan perjumpaan guru pendidikan khas dengan ibu bapa / penjaga murid pendidikan khas. Mengendalikan aduan ibu bapa / penjaga bersama-sama dengan guru pendidikan khas. Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif (jika ada). Merancang , melaksana dan menyelia Program Disleksia (jika ada). Mempastikan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas dilaksanakan. Mempastikan semua guru dan murid pendidikan khas serta PPM berada di perhimpunan pagi pada setiap hari (tertakluk kepada amalan sekolah dan keupayaan murid pendidikan khas).

Pengurusan Kurikulum  Menyediakan satu peraturan kelas pendidikan khas dan mendapatkan persetujuan daripada pihak pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa / penjaga.  Mempastikan suasana kelas pendidikan khas kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.  Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual waktu mengikut opsyen sebelum sesi persekolahan tahun semasa berakhir.  Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing (u.p. Pegawai Khas Pendidikan Khas).

16

 

    

Menyediakan jadual pencerapan dan mencerap pengajaran guru pendidikan khas mengikut jadual. Mempastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) sentiasa berada bersama dengan guru pendidikan khas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan dikemaskini. Mempastikan rekod prestasi dan laporan pencapaian akademik murid pendidikan khas dikemaskini sebelum diedarkan kepada ibu bapa / penjaga. Menubuhkan Jawatankuasa Inklusif untuk menginklusifkan murid pendidikan khas yang berpotensi untuk belajar di kelas aliran perdana. Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid pendidikan khas yang bersedia untuk menduduki peperiksaan awam. Merancang pembelian BBM untuk kegunaan guru-guru pendidikan khas. Memastikan Ketua Panitia melengkapkan Fail Panitia masing-masing.

3.

Pengurusan Ko-kurikulum  Merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas sepanjang tahun seperti sukan, kelab atau persatuan dan pasukan beruniform.  Mendaftarkan kelab atau persatuan dan unit beruniform murid pendidikan khas dengan pihak-pihak yang berkenaan (rujuk kepada Penolong / Guru Kanan Kokurikulum sekolah untuk prosedur pendaftaran).  Mendokumentasikan segala perkara yang berkaitan dengan kelab atau persatuan dan unit beruniform seperti pendaftaran, peraturan, bayaran tambahan, pakaian, masa perjumpaan dan lain-lain. Semua dokumen ini hendaklah disimpan di dalam Fail Kokurikulum Pendidikan Khas.  Memastikan guru penasihat menyediakan kertas kerja untuk aktivitiaktiviti kokurikulum yang dirancang.  Memastikan guru-guru penasihat menyediakan surat, dokumen dan membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi melaksanakan setiap aktiviti kokurikulum.  Memastikan guru-guru penasihat mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa / penjaga murid pendidikan khas sebelum aktiviti dijalankan.  Memastikan guru-guru penasihat menyediakan laporan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan.  Memastikan semua laporan aktiviti kokurikulum dimasukkan ke dalam Fail Kokurikulum Pendidikan Khas.

4.

Pengurusan Kewangan Pendidikan Khas  Mempastikan peruntukan Geran Perkapita (PCG) kelas pendidikan khas tahun berikutnya dituntut berdasarkan enrolmen 31 Oktober tahun semasa.  Mempastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas tahun semasa dibuat apabila terdapat pertambahan bilangan

17

 



murid pendidikan khas (mengikut syarat pekelilingan kewangan semasa). Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas supaya peruntukan PCG pendidikan khas dapat dibelanjakan dengan cekap. Mendapatkan penyata akaun daripada Bendahari Program Pendidikan Khas untuk mengetahui baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas pada setiap bulan untuk dimaklumkan kepada semua guru pendidikan khas. Mempastikan Guru Kelas Pendidikan Khas mendapatkan surat kuasa mengutip bayaran tambahan persekolahan dan buku resit daripada Pengetua / Guru Besar sebelum mengutip yuran.

5.

Pengurusan Hal Ehwal Guru/PPM Pendidikan Khas  Mencalonkan nama guru pendidikan khas yang belum mengikuti kursus pendedahan pendidikan khas kepada Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing (u.p. Pegawai Khas Pendidikan Khas) supaya mereka dapat dihantar berkursus.  Mempastikan semua guru pendidikan khas di bawah penyeliaannya mendapat bayaran insentif mengajar kanak-kanak cacat.  Mempastikan semua guru pendidikan khas di bawah penyeliaannya tidak disalahgunakan oleh pihak pentadbir sekolah.

6.

Pengurusan Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas  Memastikan murid pendidikan khas dinilai sepanjang tempoh percubaannya (bersama dengan semua guru pendidikan khas) dan keputusannya dicatatkan dalam Lampiran A : Borang Pengesahan Penempatan (Rujuk Lampiran 2). Lampiran A yang telah dilengkapkan mesti dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi tujuan pengesahan penempatan (jika sesuai) atau dilanjutkan tempoh percubaan (tidak sesuai atau dilanjutkan tempoh percubaan).  Menghantar permohonan kemasukan dan pertukaran murid pendidikan khas ke Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing (u.p. Pegawai Khas Pendidikan Khas) untuk dipanjangkan ke Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Bagi pertukaran sekolah, setelah diluluskan permohonannya, pastikan Fail Peribadi Murid dan segala dokumen murid berkenaan dihantar ke sekolah baru.  Mempastikan semua murid pendidikan khas berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan Kad Orang Kurang Upaya (OKU).  Mempastikan setiap murid pendidikan khas mempunyai buku akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).  Mempastikan borang permohonan segala jenis bantuan kewangan bagi semua murid pendidikan khas yang layak menerimanya diproses dan dihantar sebelum tarikh tutup.

18

  

Mempastikan murid-murid pendidikan khas (pembelajaran) yang mengikut program inklusif mendapat pinjaman buku teks. Mempastikan sekolah mengeluarkan Sijil Berhenti kepada murid-murid pendidikan khas yang berhenti sekolah atau yang tamat persekolahan. Mempastikan ibu bapa / penjaga yang ingin melanjutkan tempoh persekolahan anak mereka yang berumur melebihi 19 tahun membuat permohonan secara bertulis kepada Menteri Pendidikan Malaysia. Permohonan ini hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

7.

Pengurusan Data Pendidikan Khas  Mempastikan data JPK dan laporan status program pendidikan khas dikemaskini dan dihantar kepada Pejabat Pendidikan Daerah masingmasing sebelum atau pada 5 haribulan setiap bulan.  Memastikan data online dikemaskini mengikut tarikh yang ditetapkan  Mempastikan salinan laporan status program pendidikan khas disimpan di dalam Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas.

8.

Pengurusan Stok/Inventori Pendidikan Khas  Mempastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Unit Pend...


Similar Free PDFs