Full-Montessori PDF

Title Full-Montessori
Author Wan Arief
Pages 24
File Size 1.2 MB
File Type PDF
Total Downloads 354
Total Views 448

Summary

PEMARKAHAN FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KAC3023 - EARLY CHILDHOOD CURRICULUM SEMESTER 1 SESI 2015/2016 TAJUK TUGASAN: LAPORAN KURIKULUM MONTESSORI (DI DALAM MALAYSIA) DAN PERBANDINGAN DENGAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) DISEDIAKAN ...


Description

Accelerat ing t he world's research.

Full-Montessori Wan Arief

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

RINGKASAN UNIT HASIL PEMBELAJARAN Perniagaan Wan KONSEP TADIKA ATAU PRASEKOLAH DAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN Ikmal Firdaus PRA3102 05 Asas Pengajian Kurikulum Dan Model Prasekolah Andrew Tan

PEMARKAHAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KAC3023 - EARLY CHILDHOOD CURRICULUM

SEMESTER 1 SESI 2015/2016

TAJUK TUGASAN: LAPORAN KURIKULUM MONTESSORI (DI DALAM MALAYSIA) DAN PERBANDINGAN DENGAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

DISEDIAKAN OLEH: NAMA

NO. MATRIK

NAZLIZA BINTI MOHAMAD NAWI

D20122062068

NURAINI BINTI AB RAHMAN

D20132065347

MOHD AZLY BIN CHE HAHSIM

D20132065339

MUHAMAD HASHIM BIN YAKOB

D20132065385

MUHAMAD NASARUDIN BIN CHE AZID

D20122062083

MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD SHARIF

D20122062046

WAN ARIEF NIZAMUDDIN BIN WAN KHARUDDIN

D20122062084

KUMPULAN A

DISEDIAKAN UNTUK: DR. ZAHARAH BINTI OSMAN 1

ISI KANDUNGAN

Tajuk

Halaman

1.0

PENDAHULUAN

3

2.0

LATAR BELAKANG KURIKULUM MONTESSORI 2.1 Sejarah Model Montessori 2.2 Logo Montessori 2.3 Visi dan Misi Mantessori

4 4

3.0

KAEDAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MONTESSORI 3.1 Kaedah Pendidikan Montessori 3.1.1 Persekitaran Pusat Prasekolah 3.1.2 Kanak-kanak 3.1.3 Guru 3.1.4 Bahan 3.1.5 Kurikulum

7 8 8 9 9 9 9

4.0

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN KURIKULUM MONTESSORI DI MALAYSIA 4.1 Dasar Kerajaan Membenarkan Penggunaan Kurikulum dari Luar 4.2 Kesedaran Ibu Bapa dan Masyarakat di Malaysia 4.3 Bukti Keberkesanan Model Montessori di Malaysia Melalui Kajian

10 10 10 11

5.0

BAHAN-BAHAN MONTESSORI 5.1 Permainan Bahan Montessori yang Digunakan Semasa Pameran

12 13

6.0

TADIKA DI MALAYSIA YANG MENGGUNAKAN KURIKULUM MONTESSORI DI MALAYSIA

14

7.0

PERBANDINGAN ANTARA MODEL KURIKULUM MONTESSORI 17 DAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) 7.1 Kandungan Kurikulum 17 7.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 17 7.3 Penekanan Pembelajaran 18 7.4 Standard Pengajaran dan Pembelajaran (Peranan Guru) 18 7.5 Akautabiliti Guru 19 7.6 Pengurusan Bahan 19 7.7 Jadual Waktu Harian 20 7.7.1 Contoh Rancangan Harian yang Terdapat dalam 20 Program Montessori 7.7.2 Contoh Rancangan Harian yang Terdapat dalam KSKP 20

8.0

KESIMPULAN

21

LAMPIRAN Strategi Pemasaran Tadika 2

1.0

PENDAHULUAN

Kursus Kurikulum Awal Kanak-kanak (KAC3023) merupakan kursus major dalam program Pendidikan Awal Kanak-kanak yang mendedahkan pelajar kepada teori, model dan kajian berkaitan dengan kurikulum program pendidikan awal kanak-kanak. Pelbagai model kurikulum dibincangkan dan dibandingkan seperti Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dengan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak dari luar negara.

Bagi tugasan berkumpulan, setiap pelajar kursus (KAC3023) dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk melaksanakan tugasan berkaitan dengan pameran mengenai Model Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak yang dijalankan di dalam Malaysia dan di luar negara. 6 kumpulan yang diwujudkan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A merupakan Model Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak yang dijalankan di dalam Malaysia, manakala kumpulan-kumpulan pada bahagian B pula merupakan Model Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak yang dijalankan di luar negara iaitu Singapura, Indonesia, dan Filipina. Bahagian A terbahagi kepada 3 kumpulan dan bahagian B juga terbahagi kepada 3 kumpulan.

Selain itu, satu program besar mengenai pameran kurikulum awal kanak-kanak telah dilaksanakan dengan bantuan penubuhan suatu jawatankuasa. Perbincangan bersama-sama dengan setiap ahli jawatankuasa telah menghasilkan persetujuan memberi tajuk pameran iaitu “Hari Pameran Kanak-kanak”. Melalui hasil mesyuarat bersama ahli-ahli jawatankuasa, juga semuanya bersetuju dan bersepakat untuk menlaksanakan program “Hari Pameran Kanakkanak” seperti pada tarikh yang sudah berlangsung iaitu 29 Oktober 2015 bersamaan dengan hari khamis. Masanya pada pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Berdasarkan kenyataan di atas, kumpulan kami telah memilih Model Kurikulum Montessori yang sedang giat dijalankan di dalam Malaysia. Dalam pameran yang lepas, kumpulan kami telah mempamerkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, Bahan Bantu Mengajar (BBM), Alat Bantu Mengajar (ABM), dan aktiviti-aktiviti sepenuhnya berkaitan Model Kurikukulum Montessori. Kumpulan kami juga menyediakan laporan ilmiah setelah program “Hari Pameran Kanak-kanak” selesai dilaksanakan. Sebagai memahami lebih terperinci mengenai Model Kurikulum Montessori, topik-topik seterusnya membincangkan sejarah, logo, visi, misi dan lain-lain yang berkaitan Montessori.

3

2.0

LATAR BELAKANG KURIKULUM MONTESSORI

2.1

Sejarah Model Montessori

Model pendidikan Montessori ini diasaskan oleh Maria Montessori (1870-1952) yang merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang terancat akal (Standing, 1962). Pada tahun 1899, beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliau menghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan-rakanya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal (Standing, 1962). Di samping itu, beliau menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut.

Sumbangannya terhadap kanak-kanak menjadikan Maria Montessori seorang tokoh yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang doktor. Melalui kaedah pembelajaran yang di perkenalkan oleh beliau kepada kanak-kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-kanak biasa (Lee Gutek, 2004). Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan hasil pencapaian yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki kanak-kanak normal.

Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat semua kanakkanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan mereka. Ciri-Ciri berikut adalah yang pertama “Semua kanak-kanak mudah untuk menerima sesuatu pembelajaran”. Kedua ialah, “Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif”. Ketiga ialah, “Semua kanak-kanak ingin belajar”. Keempat ialah, “Semua kanakkanak belajar melalui bermain dan bekerja”. Kelima ialah, “Semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan” dan akhir sekali, “Semua kanak-kanak ingin berdikari” (Malone & Came, 2007).

Matlamat program ini adalah sebagai satu pembentukan individu yang menekankan intelektual secara umum terhadap sesuatu subjek. Disamping itu juga, pengurusan bahan dengan mengunakan bahan yang konkrit yang dibina khusus untuk mengajar. Antara prinsipprinsip terpenting Montessori adalah melalui pendekatan individu, kepentingan tugas 4

kehidupan yang sebenar dan kurikulum berteraskan urutan-urutan sesuatu aktiviti tertentu. Selain itu, model yang mengunakan tiga bentuk kurikulum iaitu menekankan aktiviti amali dalam sesi pembelajaran dan pengajaran, mengunakan peralatan sensorial untuk membantu perkembangan dan seterusnya melibatkan konseptual dan juga peralatan akedemik untuk memudahkan pengajaran dapat disampaikan dengan berkesan kepada kanak-kanak (Lee Gutek, 2004).

Pada penerbitan hasil kajian jurnal di Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa kanakkanak Montessori telah menjadi bertambah baik dari segi tingkah laku dan kemahiran akademik di Montessori Children berbanding kumpulan kawalan dari sistem aliran utama. Kaedah Montessori dalam pendidikan yang dihasilkannya dari pengalaman ini telah dipraktikkan dengan jayanya terhadap kanak-kanak dan sangat terkenal di kebanyakkan tempat di serata dunia. Kaedah pendidikan beliau telah dipraktikkan serta mendapat galakan dan sokongan di serata dunia.

Negara Malaysia juga menggunakan model Montessori. Pusat perkembangan kanakkanak yang melaksanakan model Montessori iaitu pusat perkembangan bebas adalah “First Step” yang ditubuhkan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada tahun 1992 dan dipindahkan ke Bandar Utama, Petaling Jaya pada tahun 2008. Pusat “First Step” merupakan antara pencetus terawal yang melaksanakan model pendidikan Montessori di Malaysia (First Step, 2008).

2.2

Logo Montessori

5

PENERANGAN MAKSUD LOGO MONTESSORI PERKARA

PENERANGAN

Rama-rama dan Kasut

Melambangkan pembelajaran melalui alam sekitar flora dan fauna.

Kasut

Melambangkan

penerokaan

yang

mengamalkan

keselamatan diri dalam melakukan sesuatu aktiviti dan sesuatu perkara. Kanak-kanak

Melambangkan pembelajaran dengan semangat setia kawan, menerapkan nilai murni seperti tolak ansur, bertanggujawab dan lain-lain.

Kayu

Melambangkan kekuatan silibus yang diterapkan dan dirangka melalui konsep montessori.

Hijau

Melambangkan keindahan dan kedamaian dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.

Kuning

Melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang dalam melakukan sesuatu perkara.

2.3

Visi dan Misi Montessori

Montessori mempunyai visi untuk mendukung dan membimbing kanak-kanak menjadi individu yang cerdas dalam menghadapi era globalisasi.

VISI  PRE-SCHOOL MONTESSORI menyediakan lingkungan pembelajaran Montessori, mencerdaskan anak dengan mendorong cara pembelajaran yang tersendiri untuk mempersiapkan kanak-kanak menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan produktif.

 PRE-SCHOOL MONTESSORI menyediakan lingkungan pembelajaran Montessori, kepada semua kanak-kanak berumur dalam lingkungan mengembangkan

disiplin

diri

dengan

bebas

belajar

dan

3-6 tahun untuk berkarya

secara

bertanggungjawab dan mencapai potensi maksimum sebagai pelajar, profesional, dan anggota masyarakat.

6

MISI  PRE-SCHOOL MONTESSORI mempunyai misi yang tersendiri seperti:  

Menyediakan prasarana dan lingkungan pembelajaran yang aman dan kondusif.



Menitikberatkan nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak tersebut.



3.0

Memberikan pendidikan yang bermutu dan kesempatan pembelajaran pada anak.

Mendukung pertumbuhan akademi dan emosional anak sehingga anak terus berjaya.

KAEDAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MONTESSORI

Zaidatul menyatakan Profesor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub dari Universiti Kebangsaan Malaysia menjelaskan pembelajaran di tadika yang menggunakan kurikulum Montessori lebih fleksibel dan anjal berbanding tadika biasa kerana kanak-kanak diberi peluang untuk meneroka sesuatu dengan sepenuhnya tanpa bergantung kepada jadual waktu dan peraturan tadika. Kaedah pembelajaran dalam pendidikan Montessori ini lebih mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran yang menyeronokkan dengan bantuan alat-alat autentik dan natural. Pendekatan kaedah pembelajaran mereka lebih kepada konsep kemahiran hidup.

Profesor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub dalam Zaidatul mendapati unsur dan elemen yang digunakan dalam model Montessori mengadungi kelas pelbagai umur dan bahan pengajaran yang khusus serta tiada gred atau markah. Elemen yang diterapkan dalam pembelajaran ini juga adalah belajar secara individu atau kumpulan kecil untuk membolehkan kanak-kanak lebih berdikari dalam melakukan sesuatu aktiviti yang disediakan. Persekitaran pembelajaran yang selamat, menarik dan mempunyai kebebasan untuk melakukan sebarang aktiviti juga merupakan unsur pembelajaran yang terdapat dalam pembelajaran ini yang membolehkan kanak-kanak menggunakan deria mereka dengan cekap dan sesuai dengan persekitaran yang telah disediakan. Montessori menekankan kepada:

7

1. Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Bahan bantu mengajar yang disediakan mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria mereka sepenuhnya. 2. Lebih menekankan kepada ‘Sensory teaching and learning’. Kaedah ini lebih tertumpu kepada latihan daya penglihatan, pendengaran, dan sentuhan yang bermatlamat agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan deria yang cekap. 3. Tingkah laku kanak-kanak merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan mereka. ‘The part to intellectual development is through the hand’ merupakan tema penting dalam kaedah montessori.

Sumber: http://www.ukm.my/monline/pendidikan-montessoridan-pengaplikasiannya-kepada-pendidikan-awalkanak-kanak

3.1

Kaedah Pendidikan Montessori

3.1.1

Persekitaran Pusat Prasekolah

Suasana persekitaran pendidikan Montessori mempunyai kawasan yang luas untuk kanakkanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan taman permainan dan juga kebun bunga untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan.

Peralatan asas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan pelbagai lagi bersesuaian dengan umur kanak-kanak sebagai memudahkan mereka menggunakan kemudahan tersebut di samping dapat mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu proses pembelajaran. Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik, teratur, sistematik dan indah.

8

3.1.2

Kanak-kanak

Berdasarkan kepada aktiviti individu. Kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalam aktiviti-aktivtiti yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih mana-mana projek yang mereka sukai.

Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak mengikut arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua.

3.1.3

Guru

Kawalan orang dewasa sangat minimum. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapat “self rewarding”, motivasi intristik. 3.1.4

Bahan

Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu. Berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut. Bahan dibina daripada mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan dibina dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi contohnya kayu yang digilap.

3.1.5

Kurikulum

Terdapat beberapa set aktiviti yang dijalankan di antaranya ialah:

1. Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian Aktiviti seharian yang bukan sahaja boleh dilakukan di sekolah malah di mana sahaja. Contohnya, membasuh baju, melipat pakaian. Ia lebih kepada kemahiran.

9

2. Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria Aktiviti yang menggunakan deria yang ada iaitu deria rasa, sentuh, lihat, dengar dan sebagainya. Kemahiran untuk memudahkan pelajar merasa sesuatu dengan menggunakan deria yang ada.

3. Aktiviti yang bercorak akademik Lebih kepada pengajaran akademik seperti pengajaran abjad, nombor dan sebagainya.

4.0

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN KURIKULUM MONTESSORI DI MALAYSIA

4.1

Dasar Kerajaan Membenarkan Penggunaan Kurikulum dari Luar

Menurut Sufean Husssin et al. (2005), terdapat banyak prasekolah atau tadika-tadika di Malaysia yang beroperasi tanpa menggunakan sistem yang digunakan oleh Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Prasekolah Montessori atau tadika-tadika yang menggunakan sepenuhnya Model Kurikulum Montessori. Hal ini demikian kerana perkembangan dasar kerajaan sendiri dan idea-idea baru yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan menjadi dasar perubahan terhadap pembentukan kurikulum yang telah sedia ada.

4.2

Kesedaran Ibu Bapa dan Masyarakat di Malaysia

Menurut Sufean et al. (2005), tadika-tadika Montessori tidak kurang penting di Malaysia memandangkan ibu bapa kini lebih cenderung mendaftar anak-anak mereka ke pengajian pendidikan awal tersebut. Mereka menginginkan anak-anak mereka mendapat peluang pembelajaran dalam suasana yang menyeronokan di samping memupuk disiplin dalam kehidupan. Terdapat juga tadika-tadika Montessori yang menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan sebagai rujukan bagi membantu proses perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.

Tinjauan Sufean et al. (2005) di salah sebuah tadika yang menggunakan Model Kurikulum Montessori di Subang Jaya, mendapati pendekatan yang digunakan berdasarkan kepada falsafah Montessori seperti insan yang kreatif, kanak-kanak mempunyai bakat dalam 10

setiap pelajaran, memastikan perkembangan kanak-kanak ditingkatkan secara holistik, kanakkanak boleh melakukan penemuan yang unik dan kanak-kanak boleh mencapai potensi yang optimum di dalam peringkat perkembangan mereka.

4.3

Bukti Keberkesanan Model Montessori di Malaysia Melalui Kajian

Aisha (2007), dalam artikelnya yang bertajuk “Kaedah Montessori Ransang Kanak-kanak”, menyatakan bahawa Montessori menyedari tentang hukum semula jadi bahawa kanak-kanak yang diberi ransangan persekitaran dengan spontan akan mengubah kelakuan mereka. Kelakuan yang biasa diubah daripada individu yang tidak memberi perhatian dan tidak menentu kelakuaannya menjadi individu yang mempunyai disiplin diri bersandarkan pada realiti dan hidup secara harmoni dengan masyarakat.

Aisha (2007), tertarik dengan kaedah Montessori yang membiarkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkembang secara sendiri berdasarkan dua prinsip iaitu kreativiti spontan dan perkembangan menyeluruh. Kreativiti spontan merujuk kepada inisiatif kreatif semulajadi manusia khasnya kanak-kanak tanpa diberitahu apa dan bila aktiviti-aktiviti tersebut perlu dilakukan. Sebagai contoh, kanak-kanak selalu melakukan aktiviti dalam situasi yang sama seperti menaiki tangga dan mereka tidak akan berhenti selagi tidak puas. Selain itu, kanakkanak seronok mengendalikan objek konkrit dalam kehidupan seharian seperti memakai butang baju, menuang air dalam cawan dan membuka pintu. Aktiviti-aktiviti rutin seperti ini membolehkan kanak-kanak membina kemahiran hidup lebih praktikal iaitu kemahiran asas yang diperlukan untuk menjaga diri sendiri.

Aisha (2007), mendapati bahawa tadika yang menggunakan Model Kurikulum Montessori tidak mengutamakan abjad atau huruf kepada kanak-kanak. Pembelajaran tertumpu kepada isyarat mereka iaitu boleh membaca dan mengira dengan tepat dalam jangka masa pendek. Kanak-kanak juga gemar kepada bahan dan kegiatan melatih deria. Dengan cara melihat, menyentuh, mendengar, menghidu dan merasa sesuatu, kanak-kanak belajar membezakan dan merumus ciri dan bilangan sesuatu benda.

11

5.0

BAHAN-BAHAN MONTESSORI

Bahan-bahan yang digunakan dalam Model Montessori mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahannya didaktik iaitu dibentuk untuk mengajar...


Similar Free PDFs