Hubungan Antara Pengetahuan, Kefahaman, dan Amalan Kaunselor-Kaunselor Pelatih Terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 PDF

Title Hubungan Antara Pengetahuan, Kefahaman, dan Amalan Kaunselor-Kaunselor Pelatih Terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998
Author Muzalifah Azmi
Pages 18
File Size 282.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 197
Total Views 258

Summary

TAJUK Tahap Pengetahuan, Kefahaman, dan Amalan Kaunselor-Kaunselor Pelatih Terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 Latifah binti Ibrahim Muzalifah binti Azmi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia ABSTRAK Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 diwujudkan bagi mem...


Description

TAJUK

Tahap Pengetahuan, Kefahaman, dan Amalan Kaunselor-Kaunselor Pelatih Terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998

Latifah binti Ibrahim Muzalifah binti Azmi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia

ABSTRAK

Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 diwujudkan bagi memastikan semua pihak yang terbabit dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sentiasa peka dari pelbagai aspek terutama dari sudut kebajikan dan keselamatan. Mempunyai ilmu, memahami dan mengamalkan semua perkara yang terdapat dalam Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Kesannya, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pengetahuan, kefahaman dan amalan kaunselor pelatih di Universiti Sains Malaysia terhadap Kod Etika Kaunseling dan Akta kaunselor 1998. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan antara faktor semester pengajian kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Borang soal selidik telah diedarkan kepada kaunselor pelatih di Universiti Sains Malaysia. Seramai 60 orang bagi kaunselor pelatih yang telah mengikuti Kursus Etika dan Perundangan Dalam Kaunseling dipilih menjadi sampel bagi kajian samada di peringkat ijazah mahupun sarjana. Borang soal selidik tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A: Latar belakang responden, dan B: Etika kaunseling. Kaedah statistik yang digunakan iaitu statistik deskriptif, statistik inferensi (Ujian Oneway ANOVA). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kefahaman kaunselor pelatih terhadap etika kaunseling di Universiti Sains Malaysia adalah tinggi. Namun, tahap amalan bagi Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berada pada tahap sederhana. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara faktor semester pengajian dengan tahap pengetahuan, kefahaman, dan amalan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Kata Kunci: Kod Etika Kaunselor, Akta Kaunselor 1998, kaunselor, pengetahuan, kefahaman, amalan

PENGENALAN

Perkhidmatan kaunseling bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Perkhidmatan kaunseling telah mula bertapak di Malaysia seawal tahun 40an lagi dengan terbitnya buku bertajuk ‘A Guide to Careers in Malaya for Parents, Teachers, And Pupils” pada tahun 1939 (Sapora Sipon dan Hapshah Yusof, 2010). Menurut Abdul Halim Othman (2009) perkhidmatan kaunseling telah mendapat tempat dalam masyarakat dan institusi di Malaysia dan sesuai dengan perkembangannya, maka lebih banyak kajian dan penulisan berkaitan bidang kaunseling terhasil. Antara perkara yang muncul hasil dari perkembangan bidang kaunseling di Malaysia ini adalah Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 diwujudkan bagi memberi garis panduan kepada semua kaunselor dalam menjalankan tugas masing-masing berdasarkan kepada peraturan. Keadaan ini turut disokong dengan pendapat Sapora Sipon dan Hapshah Yusof (2009) yang menyatakan bahawa hubungan kaunseling yang diwujudkan merupakan interaksi mendalam yang berbentuk dua hala (interaksi kaunselor dan klien). Dalam melaksanakan sesi kaunseling, kaunselor perlu mempunyai prinsip-prinsip yang akan digunakan sepanjang sesi berlangsung bagi mengelakkan berlaku kecederaan kepada klien.

Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 merupakan satu bentuk garis panduan bagi menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor. Terdapat pelbagai kajian lepas berkaitan Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Kajian ini meliputi semua aspek yang telah digariskan dalam Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Umi Shamsiah Abu Bakar (2007) telah mengkaji berkaitan Amalan Tingkahlaku Beretika Kaunselor Pelatih. Hasil kajian Umi Shamsiah mendapati bahawa tiada perbezaan antara faktor demografi jantina dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih dari aspek menjaga kerahsiaan tetapi terdapat perbezaan antara faktor demografi jantina dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih dari aspek tidak mengeksploitasi, melayan dengan hormat dan bertindak dengan pemberitahuan persetujuan. Dapatan juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan antara faktor demografi etnik dengan amalan tingkah laku beretika kaunselor pelatih dari aspek menjaga kerahsiaan, tidak mengeksploitasi, melayan dengan hormat dan bertindak dengan pemberitahuan persetujuan. Nurul Hasyimah Mat Rani dan Wan Marzuki Wan Jaafar (2013) pula menjalankan kajian berkaitan Amalan Etika Dalam Kalangan Kaunselor Di Malaysia. Fokus kajian yang dijalankan oleh Nurul Hasyimah dan Wan Marzuki adalah amalan etika, isu dan aduan etika, amalan etika dan tatalaku kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling di Malaysia.

Nurul Hasyimah Mat Rani (2006) turut menjalankan kajian kepada kaunselor pelatih berkaitan tahap pengetahuan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor. Hasil kajian yang diperolehi pengkaji mendapati tahap pengetahuan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor adalah tinggi dan tidak terdapat perbezaan antara faktor demografi etnik dengan tahap pengetahuan kaunselor pelatih terhadap etika kerahsiaan, etika persetujuan pemberitahuan dan etika hubungan dua hala. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara faktor demografi tahun pengajian dengan etika kerahsiaan dan etika persetujuan pemberitahuan tetapi terdapat perbezaan antara faktor demografi tahun pengajian dengan tahap pengetahuan etika hubungan dua hala.

Kajian berkaitan hubungan antara kefahaman, kesedaran, dan amalan etika kerahsiaan dalam kalangan kaunselor di Malaysia yang dijalankan oleh Mohd Bokhari, Syed Najmuddin, dan Rosli Saadan (2012) pula menunjukkan bahawa kaunselor mempunyai kesedaran dan amalan terhadap etika kerahsiaan, namun kefahaman legal dan kefahaman etika mereka adalah di peringkat sederhana. Kesedaran dan amalan etika kerahsiaan kaunselor yang dikaji menunjukkan bahawa mereka memahami komponen kesedaran dan amalan etika kerahsiaan bukan secara mendalam iaitu hanya di peringkat permukaan (surface) sahaja. Kesedaran dan amalan etika kerahsiaan hanya akan berfungsi dalam sesi kaunseling kerana iannya menjadi keperluan asas hubungan terapeutik antara klien dengan kaunselor.

METOD KAJIAN Peserta kajian Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang dilakukan berfokus kepada 60 orang kaunselor pelatih yang masih mengikuti pengajian dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia. Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah persampelan rawak mudah di mana sampel yang dipilih adalah mewakili kumpulan yang dikaji secara keseluruhannya (Gray dan Airasian, 2000 dalam Othman Mohamed, 2001). Oleh itu, seramai 60 orang kaunselor pelatih di USM dipilih sebagai subjek kajian supaya mereka dapat memberikan maklumat berkaitan pengetahuan, kefahaman, dan amalan Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998.

Prosidur kajian Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Inventori Kod Etika Kaunselor yang dihasilkan oleh Nurul Hasyimah Mat Rani dan Wan Marzuki Wan Jaafar serta telah mendapat kebenaran menggunakan instrumen daripada pihak yang berkenaan. Instrumen ini juga telah mendapat pengesahan pakar (psikologi, kaunseling) bagi memperoleh kesahan kandungan. Proses pengumpulan data dilaksanakan setelah semua prosedur bagi menggunakan instumen ini diperolehi dan telah diedarkan kepada kaunselor pelatih yang sedang dan telah mengikuti kursus Etika Kaunselor tanpa mengira semester. Pengumpulan data kuantitatif dalam kajian ini adalah menggunakan soal selidik sepenuhnya.

Alat ujian kajian Instrumen digunakan dalam kajian ini ialah Inventori Kod Etika Kaunselor bagi mengukur tahap kefahaman, pengetahuan, dan amalan dalam kalangan kaunselor terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi hasil dari dapatan kajian sebelumnya.

Analisis kajian Analisis yang digunakan bagi kajian ini adalah analisis deskriptif untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kefahaman, dan amalan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Analisis secara Oneway ANOVA digunakan dalam mendapatkan keputusan perbezaan tahap pengetahuan, kefahaman, dan amalan kaunselor pelatih berdasarkan kepada semester pengajian. Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 19.0 digunakan bagi mendapatkan keputusan data hasil borang yang diedarkan sebelumnya. Data yang diperolehi dinyatakan dalam bentuk jadual dan rajah seterusnya dijelaskan dengan pernyataan bagi setiap jadual dan rajah yang diberikan.

KEPUTUSAN KAJIAN

Interpretasi skor min untuk menentukan tahap kefahaman, pengetahuan, dan amalan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 adalah seperti Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Interpretasi skor min ________________________________________________________ Skor min Tahap ________________________________________________________ 1.00-30.00 Rendah 31.00-60.00 Sederhana 61.00-100.00 Tinggi ________________________________________________________ i. Tahap Pengetahuan, Kefahaman, dan Amalan kaunselor Pelatih Terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998.

Berdasarkan Jadual 2, didapati bahawa secara keseluruhannya tahap pengetahuan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 adalah berada pada tahap tinggi dengan skor min 53.56. Manakala, tahap kefahaman kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 mempunyai nilai purata skor min sebanyak 53.37. Hasil analisis dari SPSS menunjukkan tahap skor min bagi aspek amalan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 adalah sederhana di mana hasil skor min adalah sebanyak 47.95.

Jadual 2: Skor min, dan sisihan piawai tahap pengetahuan, kefahaman, dan amalan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998

Min

Sisihan Piawai Tahap

Pengetahuan Kaunselor Pelatih

53.55

.79

Kefahaman Kaunselor Pelatih

53.37

.78

Amalan Kaunselor Pelatih

47.95

.70

Tinggi Tinggi Tinggi

ii. Tahap perbezaan Pengetahuan Kaunselor Pelatih Terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan kepada semester

Hipotesis yang diuji dalam bahagian ini adalah seperti berikut:

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min pengetahuan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan tahap semester.

Hasil analisis untuk menguji hipotesis adalah seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3 : Analisis Ujian One way ANOVA dijalankan bagi menguji perbezaan antara skor min pengetahuan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998

berdasarkan

tahap

semester

Multiple Comparisons Dependent Variable: pengetahuan (I) semester (J) semester Mean Difference (I-J) Std. Error Sig. pengajian pengajian sem 1

sem 2 -1.0250 sem 3 2.6250 sem 4 -2.0417 Others 1.0795 sem 2 sem 1 1.0250 sem 3 3.6500 sem 4 -1.0167 Others 2.1045 sem 3 sem 1 -2.6250 sem 2 -3.6500 sem 4 -4.6667 Others -1.5455 sem 4 sem 1 2.0417 sem 2 1.0167 sem 3 4.6667 Others 3.1212 Others sem 1 -1.0795 sem 2 -2.1045 sem 3 1.5455 sem 4 -3.1212 Based on observed means. The error term is Mean Square (Error) = 37.912.

2.57577 2.81039 2.99189 2.86103 2.57577 2.24831 2.47144 2.31130 2.81039 2.24831 2.71510 2.57019 2.99189 2.47144 2.71510 2.76748 2.86103 2.31130 2.57019 2.76748

.997 .927 .976 .998 .997 .623 .997 .933 .927 .623 .570 .985 .976 .997 .570 .865 .998 .933 .985 .865

Scheffe 95% Confidence Interval Lower Bound Upper Bound -9.2347 7.1847 -6.3325 11.5825 -11.5777 7.4943 -8.0394 10.1985 -7.1847 9.2347 -3.5160 10.8160 -8.8938 6.8605 -5.2622 9.4713 -11.5825 6.3325 -10.8160 3.5160 -13.3204 3.9871 -9.7374 6.6464 -7.4943 11.5777 -6.8605 8.8938 -3.9871 13.3204 -5.6995 11.9420 -10.1985 8.0394 -9.4713 5.2622 -6.6464 9.7374 -11.9420 5.6995

Independent Samples Test Levene’s Test for Equality of Variances F

Pengetahu an kaunselor pelatih

Equal variances assumed Equal variances not assumed

Sig.

t-test for Equality of Means

T

.231 .635 -.329

df

26

-.392 19.646

Sig. Mean Std. Error (2Difference Difference tailed)

95% Confidence Interval of the Difference Lower Upper

.745

-1.025

3.12

-7.4342

5.3842

.699

-1.025

2.61

-6.4885

4.4385

Daripada Jadual 3, didapati nilai bagi Levene’s Test, p = .64, di mana menunjukkan nilai p adalah lebih besar dari tahap signifikan 0.000 (p>0.05). Oleh kerana tahap signifikan lebih besar daripada 0.05, maka hipotesis nul gagal ditolak. Hal ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min pengetahuan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan semester.

iii. Tahap perbezaan Kefahaman Kaunselor Pelatih Terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan kepada semester

Hipotesis yang diuji dalam bahagian ini adalah seperti berikut:

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min kefahaman kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan tahap semester.

Hasil analisis untuk menguji hipotesis adalah seperti dalam Jadual 4.

Jadual 4 : Analisis Ujian One way ANOVA dijalankan bagi menguji perbezaan antara skor min kefahaman kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan tahap semester.

Multiple Comparisons Dependent Variable: kefahaman (I) semester pengajian sem 1

(J) semester Mean pengajian Difference (I-J) sem 2 -2.6000 sem 3 1.5833 sem 4 -1.4722 Others .8409 sem 2 sem 1 2.6000 sem 3 4.1833 sem 4 1.1278 Others 3.4409 sem 3 sem 1 -1.5833 sem 2 -4.1833 sem 4 -3.0556 Others -.7424 sem 4 sem 1 1.4722 sem 2 -1.1278 sem 3 3.0556 Others 2.3131 Others sem 1 -.8409 sem 2 -3.4409 sem 3 .7424 sem 4 -2.3131 Based on observed means. The error term is Mean Square (Error) = 36.512.

Std. Error 2.52778 2.75803 2.93615 2.80773 2.52778 2.20643 2.42540 2.26824 2.75803 2.20643 2.66451 2.52230 2.93615 2.42540 2.66451 2.71592 2.80773 2.26824 2.52230 2.71592

Sig. .900 .987 .993 .999 .900 .471 .994 .682 .987 .471 .857 .999 .993 .994 .857 .947 .999 .682 .999 .947

Scheffe 95% Confidence Interval Lower Bound Upper Bound -10.6567 5.4567 -7.2073 10.3740 -10.8306 7.8861 -8.1081 9.7899 -5.4567 10.6567 -2.8492 11.2158 -6.6026 8.8582 -3.7886 10.6704 -10.3740 7.2073 -11.2158 2.8492 -11.5481 5.4370 -8.7817 7.2969 -7.8861 10.8306 -8.8582 6.6026 -5.4370 11.5481 -6.3433 10.9695 -9.7899 8.1081 -10.6704 3.7886 -7.2969 8.7817 -10.9695 6.3433

Independent Samples Test Levene’s Test for Equality of Variances F

Kefahaman kaunselor pelatih

Equal variances assumed Equal variances not assumed

Sig.

t-test for Equality of Means

T

4.11 .053 -.823

Df

26

-1.242 23.620

Sig. Mean Std. Error (2Difference Difference tailed)

95% Confidence Interval of the Difference Lower Upper

.418

-2.600

3.16

-9.092

3.892

.226

-2.600

2.10

-6.923

1.723

Daripada Jadual 4, didapati nilai bagi Levene’s Test, p = .053, di mana menunjukkan nilai p adalah lebih besar dari tahap signifikan 0.000 (p>0.05). Oleh kerana tahap signifikan lebih besar daripada 0.05, maka hipotesis nul gagal ditolak. Hal ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min kefahaman kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan semester pengajian.

iv. Tahap Perbezaan Amalan Kaunselor Pelatih Terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan kepada semester

Hipotesis yang diuji dalam bahagian ini adalah seperti berikut:

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min amalan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan tahap semester.

Hasil analisis untuk menguji hipotesis adalah seperti dalam Jadual 5.

Jadual 5 : Analisis Ujian One way ANOVA dijalankan bagi menguji perbezaan antara skor min amalan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan tahap semester.

Multiple Comparisons Dependent Variable: amalan (I) semester pengajian sem 1

(J) semester Mean pengajian Difference (I-J) sem 2 1.9500 sem 3 5.2500 sem 4 5.1389 Others 4.5227 sem 2 sem 1 -1.9500 sem 3 3.3000 sem 4 3.1889 Others 2.5727 sem 3 sem 1 -5.2500 sem 2 -3.3000 sem 4 -.1111 Others -.7273 sem 4 sem 1 -5.1389 sem 2 -3.1889 sem 3 .1111 Others -.6162 Others sem 1 -4.5227 sem 2 -2.5727 sem 3 .7273 sem 4 .6162 Based on observed means. The error term is Mean Square (Error) = 27.723.

Std. Error 2.20262 2.40326 2.55846 2.44656 2.20262 1.92261 2.11341 1.97647 2.40326 1.92261 2.32177 2.19785 2.55846 2.11341 2.32177 2.36656 2.44656 1.97647 2.19785 2.36656

Sig. .939 .324 .411 .497 .939 .571 .686 .791 .324 .571 1.000 .999 .411 .686 1.000 .999 .497 .791 .999 .999

Scheffe 95% Confidence Interval Lower Bound Upper Bound -5.0704 8.9704 -2.4099 12.9099 -3.0156 13.2934 -3.2752 12.3206 -8.9704 5.0704 -2.8279 9.4279 -3.5471 9.9249 -3.7268 8.8723 -12.9099 2.4099 -9.4279 2.8279 -7.5112 7.2890 -7.7324 6.2779 -13.2934 3.0156 -9.9249 3.5471 -7.2890 7.5112 -8.1591 6.9267 -12.3206 3.2752 -8.8723 3.7268 -6.2779 7.7324 -6.9267 8.1591

Independent Samples Test Levene’s Test for Equality of Variances F

Amalan kaunselor pelatih

Equal variances assumed Equal variances not assumed

Sig.

3.34 .07

t-test for Equality of Means

Sig. Mean Std. Error (2Difference Difference tailed)

95% Confidence Interval of the Difference Lower Upper

T

Df

.847

26

.405

1.950

2.30

-2.783

6.683

1.118

24.65

.274

1.950

1.74

-1.643

5.543

Daripada Jadual 5, didapati nilai bagi Levene’s Test, p = .07, di mana menunjukkan nilai p adalah lebih besar dari tahap signifikan 0.000 (p>0.05). Oleh kerana tahap signifikan lebih besar daripada 0.05, maka hipotesis nul gagal ditolak. Hal ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min amalan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan semester pengajian.

PERBINCANGAN

Hasil kajian mendapati kaunselor mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang tinggi terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Namun, mempunyai tahap amalan yang sederhana terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Perbezaan yang ketara ditunjukkan dari hasil dapatan kajian yang menunjukkan semakin tinggi tahap pendidikan, semakin tinggi pengamalan Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 998. Perkara ini membuktikan tahap amalan kaunselor terhadap Kod Etika Kaunselor akan semakin baik apabila kaunselor mulai faham berkaitan tugas dan tanggungjawab sebenar (Nor Junainah binti Mohd Isa, 2009)

Ujian Oneway ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara semester dan tahap pengetahuan dan kefahaman terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 dan tidakbagi aspek amalan juga adalah tidak terdapat ...


Similar Free PDFs