jenis jenis agnostisme dan perbezaan PDF

Title jenis jenis agnostisme dan perbezaan
Author athirah
Course Quantity Surveying
Institution Universiti Teknologi Malaysia
Pages 7
File Size 120.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 88
Total Views 150

Summary

perbezaan antara agnostisme, teisme, ateism, jenis jenis agnostisisme, pandangan ahli pemikir agnostisme...


Description

1.1

Jenis-jenis Agnostik

1.1.1

-

Agnostisme lemah dan Agnostisme tegar

Agnostisme lemah adalah agnostik yang bersifat lemah lembut, ringan, terbuka, empirikal atau sementara. Mereka tidak terlalu berkeras dalam menentang atau mempercayai sesuatu pendapat. Hal ini kerana, mereka berpendapat bahawa kewujudan Tuhan pada masa ini tidak semestinya tidak dapat diketahui. Manakala agnostisme tegar pula lebih bersifat keras, tertutup, tegas atau kekal mengesahkan bahawa kewujudan Tuhan tidak diketahui dan tidak dapat diketahui untuk selama-lamanya. Mereka tetap berpegang pada pemahaman mereka bahawa kita tidak akan dapat membuktikan kewujudan Tuhan.

1.1.2

-

Agnostik teisme dan Agnostik ateisme

Agnostik teisme adalah pahaman yang percaya bahawa Tuhan wujud tetapi mereka tidak mengenali kewujudan Tuhan. Mereka hanya berpegang kepada kepercayaan mereka tanpa perlu bukti dari kajian saintifik. Agnostik Ateisme pula tidak percaya kepada Tuhan dan mendakwa bahawa Tuhan tidak wujud kerana mereka tidak mempunyai bukti tentang kewujudan Tuhan. Kepercayaan mereka adalah berdasarkan pembuktian secara fizikal dan kajian saintifik.

1.1.3

Agnostisme Apatetik

Agnostisme apatetik adalah kelompok yang tidak menggap kewujudan Tuhan itu adalah perkara yang penting dalm hidup mereka. Mereka hanya mengambil sikap tidak peduli dan acuh tidak acuh tentang kewujudan Tuhan. Persoalan tentang kewujudan Tuhan hanyalah bersifat falsafah yang tidak mempunyai nilai praktikal serta tidak memberi kesan pada pengalaman manusia. Pada mereka, kewujudan tuhan bukanlah sesuatu yang serius atau penting.

1.1.4

Ignostisme

Ignostisme adalah kelompok yang mempersoalkan asas kewujudan Tuhan. Selain itu, mereka menganggap Tuhan adalah istilah abstrak iaitu perkara yang berbeza kepada orang yang berbeza mengikut tradisi agama yang masing-masing.

1.2

1.2.1

Pandangan Ahli Pemikir Agnostisme

Immanuel Kant Menurut pendapat Immanuel Kant, kepercayaan kepada Tuhan hendaklah bersandarkan pada iman dan ianya tidak boleh dicapai dengan akal tanpa sokongan pemerhatian, eksperimen atau penyelidikan yang bersifat empirikal.

1.2.2

David Hume Pada pendapat David Hume, tiada bukti yang mencukupi untuk seseorang mempercayai mukjizat Tuhan atau keabadian hanya dengan berasaskan hukum empirikal dan logik akal semata-mata sahaja.

1.2.3

Sir William Hamilton Falsafah manusia mempunyai keterbatasan dalam menjustifikasikan teologi iaitu kajian tentang tuhan dan fakta-fakta yang berkaitan dengannya. Hal ini kerana kewujudan Tuhan itu tidak dapat diketahui melalui bukti dan akal manusia. Namun pada pendapat mereka, kewujudan tuhan itu adalah satu hakikat bahawa manusia perlu bergantung pada wahyu. Iman dan ajaran-ajaran teologi

1.2.4

Herbert Spencer Pada pendapat Herbert Spencer, prinsip kewujudan Tuhan atau segala bentuk di peringkat tertinggi adalah satu idea yang bersifat sekular dan tidak diketahui. Maka, manusia tidak seharusnya membuat kesimpulan sama ada secara positif atau negatif tentang sifat asasnya.

1.3

1.3.1

Penyebab wujudnya golongan agnostik

Pemahaman dan penghayatan ajaran Islam yang lemah

Antara punca pemahaman dan penghayatan ajaran Islam yang lemah adalah meminggirkan Islam sebagai satu cara hidup. Kehidupan seharian yang tidak berlandaskan ajaran Islam menjadikan kurangnya penerapan Islam sebagai satu cara hidup. Seterusnya, mempelajari ajaran Islam secara asas kerana menganggap ia sekadar pendidikan formal yang perlu dipelajari. Ajaran Islam merangkumi pelbagai aspek kehidupan dan ia seharusnya dipelajari dengan lebih mendalam agar pegangan terhadap agama Islam menjadi benteng keimanan yang kuat dan kukuh. Selain itu, punca lain yang menyebabkan kelemahan pahaman dan penghayatan ajaran Islam adalah sesebuah individu itu menjalani kehidupan sebagai seorang Islam hanya kerana mereka dilahirkan dalam keluarga Islam dan mewarisi agama yang menjadi pegangan keluarganya. Dalam erti kata lain, corak kehidupan yang baik tidak akan diperoleh jika ilmu agama tidak dijadikan sebagai panduan hidup.

1.3.2

Persekitaran yang mempengaruhi pemikiran, keperibadian dan cara hidup

Persekitaran semasa membesar memainkan peranan yang amat penting dalam mencorak pemikiran, keperibadian dan cara hidup. Membesar dalam persekitaran yang bertentangan dengan prinsip biah solehah seperti kebaratan, hedonisik, materialistik dan sebagainya boleh menjadi salah satu penyebab munculnya golongan

agnostik. Didikan dan cara hidup ibu bapa juga penting dalam mencorak kehidupan anak-anak. Seterusnya, menerima maklumat dan pengaruh yang luas daripada anasiranasir negatif serta merosakkan daripada media elektronik, media cetak, alam siber, teknologi gajet dan sebagainya juga adalah persekitaran yang mempengaruhi pemikiran, keperibadian dan cara hidup sesebuah individu itu. Akhir sekali, memilih dan bergaul dengan rakan pergaulan yang salah juga boleh memberi pengaruh yang negatif. Hal ini kerana, keperibadian rakan-rakan mencorakkan sahsiah seseorang itu.

1.3.3

Pemikiran skeptikal tanpa perisai iman

Punca wujudnya pemikiran skeptikal ini adalah melampaui batas dan tetap dalam keraguan walaupun kandungan Al-Quran dan kejadian-kejadian yang berlaku dalam kehidupan adalah bukti dan keterangan yang nyata. Seterusnya, mencari kebenaran Tuhan dan agama dengan bersandarkan akal fikiran dan tidak menerima perkara yang bertentangan dengan akal fikirannya. Selain itu, membuat perbandingan agama dan beberapa aliran pemikiran tanpa merujuk pada Al-Quran dan Al-Hadis. Akhir sekali, mempersetujui aliran pemikiran yang sesuai dengan jiwa ataupun yang dapat memenuhi kehendak atau kepentingannya.

1.3.4

Penyelewengan akidah dan pemikiran oleh golongan berkepentingan

Kewujudan golongan agnostik ini juga berpunca dari penyelewengan akidah dan

pemikiran

oleh

golongan

berkepentingan.

Antara

sebab

terjadinya

penyelewengan akidah dan pemikiran ini adalah kerana memilih pimpinan syaitan dengan meninggalkan pimpinan Ar-Rabb. Selain itu, menilai dan memberi tafsiran terhadap ajaran Islam mengikut acuan kepentingan diri yang kononnya mengikut peredaran zaman. Seterusnya, mempunyai sikap kurang peka terhadap sejarah dan realiti semasa yang menunjukkan terdapat golongan atau badan-badan tertentu (termasuk golongan agamawan dan ahli politik) yang mempunyai agenda tersirat untuk menyimpangkan akidah umat Islam. Punca yang terakhir adalah mempunyai

sikap taksub dan mengamalkan taklid buta terhadap sesuatu fahaman, prinsip atau tokoh-tokoh tertentu yang diyakininya walaupun jelas kebatilannya.

1.4

Perbezaan Teisme, Ateisme dan Agnostisisme

1.4.1

Teisme

Teis adalah pahaman yang mempercayai, mengakui dan mengimani kewujudan Tuhan atau makhluk Ilahiah. Golongan Teisme juga mempercayai bahawa Tuhan adalah pencipta alam semesta. Kepercayaan golongan Teisme juga tidak bersyarat dan tidak memerlukan pembuktian secara empirikal. Mereka juga tidak mempersoalkan kewujudan Tuhan dan sifat-sifatNya. 1.4.2

Ateism

Golongan ateis menolak secara mutlak kewujudan Tuhan atau segala yang bersifat ketuhanan. Mereka berpegang dengan hujah bahawa tiada bukti yang mengesahkan kewujudan Tuhan dan kegagalan sains membuktikannya dijadikan asas penolakan. Selain itu, golongan ateis juga percaya bahawa hidup merupakan satu proses di mana tiada ruang untuk kewujudan Tuhan. 1.4.3

Agnostisme

Golongan agnostik pula tidak mempunyai kepastian dan meragui kewujudan Tuhan. Mereka merasakan bahawa mengetahui dan membuktikan kewujudan Tuhan itu bukanlah sesuatu yang penting. Agnostik juga beranggapan bahawa manusia layak memilih jalan hidup mereka mengikut keyakinan masing-masing serta tidak terikat dengan mana-mana agama.

Teisme Ateism  Mempercayai dan  Menolak

Agnostisme  Meragui dan tidak pasti

wujudnya

sama ada Tuhan wujud

mengimani

mutlak

wujudnya Tuhan

Tuhan atau segala

atau

yang bersifat Ilahiah

makhluk

Ilahiah 

secara

Mempercayai



Menetapkan

hujah

bahawa tiada bukti

atau tidak 

Merasakan

bahawa

mengetahui wujud

Tuhan

atau

itu tidak

Tuhan



sebagai

wujudnya Tuhan dan

bukanlah sesuatu yang

pencipta alam

kegagalan

penting

Memiliki

mengesahkan

kepercayaan tidak

kewujudannya

bersyarat

sebagai

dan

tidak

sains 



Menyakini

asas

kehidupan sesuai dengan keyakinan

bahawa

Tuhan dan sifat-

hidup adalah satu

sifatNya.

proses di mana tiada ruang

manusia

harus memilih menjalani

penolakan

mempersoalkan

Menganggap

masing-

masing serta tidak terikat pada mana-mana agama

untuk

kewujudan Tuhan. Jadual 1 Perbezaan, Teisme, Ateism, Agnostisme

Kesimpulan Dalam konteks ini, usaha yang lebih agresif dan konsisten perlu dipergiatkan bagi membendung masalah-masalah yang berkaitan akidah termasuklah fahaman ateism dan agnostik yang semakin menular dalam kalangan umat Melayu khususnya umat Islam. Antara strategi untuk menangani masalah penyimpangan akidah umat Islam adalah dengan berpandukan empat unsur pengukuhan akidah iaitu akidah perlulah dipasak dengan menanam asas akidah yang kukuh yang melibatkan keluarga, masyarakat, system Pendidikan dan persekitaran. Seterusnya, akidah perlulah dibentuk menerusi ilmu, kepimpinan dan jaringan kerja Islam. Selain itu, akidah perlulah disuburkan dengan menterjemahkan budaya Islam, nilai moral masyarakat bertamadun dan kehidupan berkualiti. Akhir sekali,akidah perlulah dilindungi melalui penguatkuasaan undang-undang dan pembasmian elemen-elemen perosak akidah dan akhlak. Walaubagaimanapun, peranan semua pihak tidak kira di peringkat atasan atau bawahan adalah penting dalam membendung permasalahan ini. Namun, cara berdakwah yang baik dan menghormati pandangan semua pihak perlulah diaplikasi demi menjaga hubungan sesama manusia seperti yang dituntut oleh ajaran Islam. Kesatuan sistem dalam fahaman dan pegangan

akidah Islam, amalan syariah dan sistem akhlak boleh memberikan impak besar dan menyumbang secara berterusan dalam memastikan akidah dan perpaduan umat Islam terjamin manakala kestabilan masyarakat pula terus terpelihara....


Similar Free PDFs