MISTAKE OF LAW VS MISTAKE OF FACT PDF

Title MISTAKE OF LAW VS MISTAKE OF FACT
Author M. Bin Mohd Nanyan
Pages 14
File Size 256 KB
File Type PDF
Total Downloads 393
Total Views 959

Summary

KURSUS UNDANG UNDANG JENAYAH 1 CRIMINAL LAW 1 IIM 3005 MISTAKE OF LAW VS MISTAKE OF FACT TUTORIAL GROUP 2 DISEDIAKAN OLEH / PREPARED BY MOHD FARIDZHUAN FIRDAUS BIN MOHD NANYAN IIM160037 INTAKE 2016/2017 DISEDIAKAN UNTUK/ PREPARED FOR DR NARIZAN BINTI ABDUL RAHMAN 18 DISEMBER 2018 SYARIAH & LAW D...


Description

KURSUS UNDANG UNDANG JENAYAH 1 CRIMINAL LAW 1 IIM 3005

MISTAKE OF LAW VS MISTAKE OF FACT TUTORIAL GROUP 2

DISEDIAKAN OLEH / PREPARED BY MOHD FARIDZHUAN FIRDAUS BIN MOHD NANYAN IIM160037 INTAKE 2016/2017

DISEDIAKAN UNTUK/ PREPARED FOR DR NARIZAN BINTI ABDUL RAHMAN 18 DISEMBER 2018

SYARIAH & LAW DEPARTMENT ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES, UNIVERSITY OF MALAYA 2018

ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN ..................................................................................................................... 1 BANDING DAN BEZAKAN ANTARA KESILAPAN FAKTA (MISTAKE OF FACT) DAN KESILAPAN UNDANG-UNDANG (MISTAKE OF LAW) ......................................... 2 APAKAH KESILAPAN UNDANG-UNDANG BOLEH MENJADI SATU DALIHAN JENAYAH? ............................................................................................................................... 5 HURAIKAN ELEMEN KESILAPAN YANG BOLEH MENJADI DALIHAN JENAYAH .. 6 KESIMPULAN .......................................................................................................................... 9 RUJUKAN ............................................................................................................................... 12

PENDAHULUAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT. Dari-Nya kita memohon pertolongan dan keampunan , seta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan . Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT, maka mereka tidak sesat selamanya . Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya. Dalam pengecualian am Bab 4 Kanun Keseksaan1 (KK), terbahagi kepada beberapa cabang dalam dalihan yang boleh kita huraikan antaranya adalah “mistake, accident, necessity, infancy, insanity, intoxication , consent, duress. private defence”. Dalam tugasan kali ini, penulis akan menghuraikan secara terperinci apa itu kekhilafan, samada khilaf fakta ataupun khilaf undang-undang. Pengecualian am membawa makna cara untuk menafikan dakwaan ataupun tuduhan pendakwa atau mengakui fakta yang wujuhd tetapi menonjolkan fakta-fakta lain yang mampu memberi justifikasi kepada perbuatan yang diadukan oleh pendakwa. Beban bukti terletak kepada Orang Kena Tuduh (OKT). Dalihan terbahagi kepada dua iaitu dalihan lengkap “complete defence” dan dalihan separa lengkap “partial defence”. Kategori bagi dalihan pula iaitu sebagai justifikasi “justification, dan sebagai kemaafan “excuse”. Justifikasi diautoritikan lagi dalam KK melalui seksyen 76-79, dan 96-109. UndangUndang membenarkan sesuatu perbuatan yang lazimnya salah, dilakukan oleh sesorang dalam keadaan tertentu. Dalam justifikasi, OKT tidak bertanggungan. Dalihan kemaafan pula diperuntukkan dalam seksyen 80, 82-86 KK. Kemaafan dalam dalihan ini membawa maksud seseorang itu tidak dapat dipersalahkan di atas tindakannya. Sebagai contoh seksyen 82-83 KK menyatakan faktor bawah umur, seksyen 84-86 faktor mabuk dan tidak sempurna akal. Ciri dibernarkan kemaafan oleh undang-undang adalah ketidakupayaan pelaku (paksaan, tidak sempurna akal) , keadaan pelaku (kanak-kanak, mabuk).

1

Kanun Keseksaan. Petaling Jaya: International Law Book Services.

1

BANDING DAN BEZAKAN ANTARA KESILAPAN FAKTA (MISTAKE OF FACT) DAN KESILAPAN UNDANG-UNDANG (MISTAKE OF LAW) Khilaf fakta dan khilaf undang-undang terkategori di bawah dalihan justifikasi. Hal ini kerana, kedua-dua khilaf ini menjaga kepentingan yang sedang terancam seperti menjaga nyawa. Kedua, ianya kerana mendatangkan gangguan atau kerosakan yang agak seimbang ataupun minima gangguan yang diterima.

Khilaf fakta menurut seksyen 76 KK menyatakan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang terikat, atau oleh kerana kesilapan fakta percaya dirinya terikat, di sisi undangundang. Khilaf undang-undang pula menurut seksyen 79 adalah perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang dibernarkan, atau oleh kerana kesilapan fakta percaya dirinya dibenarkan oleh undang-undang. Perbuatan yang dilakukan kerana ia dibenarkan oleh undang-undang atau kerana khilaf percaya ia diluluskan oleh undang-undang. Dalam bahasa mudahnya, tidak begitu faham tentang undang-undang. Kedua dua seksyen 76 dan seksyen 79 ini harus dibaca bersama.

PERSAMAAN Bagi persamaan antara khilaf fakta dan khilaf undang-undang, seksyen 762 dan 793 KK menyatakan “a person”, “by mistake of fact”, “not by mistake of law” dan “in good faith believes”. Sesuatu tindakan yang dilakukan hendaklah oleh seseorang dalam keadaan terancam. Dalam pada masa yang sama, tindakan yang dilakukan itu hendaklah oleh seseorang dalam keadaan suci hati untuk melakukan tindakan itu. Persamaan lain, tindakan oleh sesorang itu merasakan dirinya dibernarkan oleh undang-undang ataupun diluluskan oleh undangundang.

Khilaf fakta, dalam Kes US lwn Calley (1973), di dalam satu pertempuran di Vietnam, Lt. Calley telah berjaya menawan satu perkampungan yang dipercayai didiami oleh musuh-

Section 76: Nothing is an offence which is done by any person who by reason of mistake of fact not law in good faith believes himself to be bound by law to do it. 3 Section 79: Nothing is an offence which is done by any person who by reason of mistake of fact and not by reason of mistake of law in good faith believes himself to be justified by law in doing it. 2

2

musuh. Memandangkan Lt. Calley gagal mengesan dan mengecam musuh-musuhnya, ketuanya telah mengarahkan Lt. Calley membunuh kesemua penduduk kampung tersebut. Lt. Calley telah membunuh 22 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua. Lt. Calley hanyalah pegawai yang menurut arahan daripada ketuanya untuk melakukan tindakan tersebut. Lt. Calley tidaklah melakukan apa-apa kesalahan. Pada Ogos 19 2009, apabilla beliau berucap di sebuah majlis "Kiwanis Club", Lt. Calley menyatakan permohonan maaf sebagai rasa simpati dalam tragedi berdarah My Lai.

Katanya : “There is not a day that goes by that I do not feel remorse for what happened that day in My Lai. I feel remorse for the Vietnamese who were killed, for their families, for the American soldiers involved and their families. I am very sorry ... If you are asking why I did not stand up to them when I was given the orders, I will have to say that I was a Second Lieutenant getting orders from my commander and I followed them—foolishly, I guess4

Misalan : “A,seorang pegawai Mahkamah, yang telah diperintahkan oleh Mahkamah itu supaya menangkap Y, dan, selepas siasatan yang wajar, dengan mempercayai Z adalah Y, menangkap Z. A tidaklah melakukan apa-apa kesalahan.

Secara ringkasnya, khilaf fakta adalah apa-apa khilaf yang tidak berkaitan dengan undang-undang.

Dalam khilaf undang-undang, contohnya kes Kasim Isab Sub. OKT telah membuat perjanjian dengan JKR India untuk memecahkan batu satu kawasan yang merupakan kawasan hutan simpan untuk pembuatan jalanraya. OKT telah ditahan, dituduh dan disabitkan di bawah Undang-Undang Perhutanan India kerana melakukan kerja-kerja di kawasan larangan tanpa mendapat keizinan daripada Jabatan Perhutanan India. OKT kemudiannya membuat rayuan dan salah satu alasannya adalah khilaf di bawah seksyen 79. Mahkamah rayuan bersetuju

4

Calley Apologizes for role in My Lai massacre. (2009). NBCNews.com. Retrieved from http://www.nbcnews.com/id/32514139/ns/us_news-military/t/calley-apologizes-role-my-lai-massacre

3

bahawa OKT telah khilaf kerana OKT dengan “suci hati” percaya bahawa kebenaran itu telah diperolehi daripada Jabatan Perhutanan.

Misalan :

A nampak Z melakukan apa yang ternampak kepada A sebagai kesalahan membunuh orang, A pada menjalankan, menurut sebaik-baik keputusannya yang diambil dengan suci hati, kuasa yang diberi oleh undang-undang kepada semua orang bagi menangkap pembunuhpembunuh yang sedang melakukan kesalahan membunuh orang, menangkap Z, dengan tujuan hendak membawa Z ke hadapan pihak-pihak berkuasa yang sepatutnya, A tidaklah melakukan apa-apa kesalahan, walaupun didapati kemudiannya kelak bahawa Z bertindak bagi mempertahankan dirinya.

PERBEZAAN Jika khilaf fakta digunakan sebagai maafan “excuse” , maka khilaf undang-undang pula digunakan sebagai “mitigating factor” iaitu hanya untuk mengurangkan hukuman. Dalam kes Chirangi (1952)5 OKT dalam keadaan keliru (suffer from bilateral cataract) dan dalam keadaan separuh sedar telah jatuh dari sebuah bukit, ternampak seolah-olah seekor harimau sedang datang menerkam kearahnya. OKT capai sebilah kapak di sebelahnya dan menyerang ‘harimau’ itu. Apabila sedar sepenuhnya, dia dapati di sebelahnya terbaring anaknya, Ghudsai. Didakwa atas pertuduhan membunuh akan tetapi Mahkamah setuju bahawa khilaf fakta telah berlaku dan perbuatannya dibenarkan oleh undang-undang.

Adalah sukar untuk mahkamah membezakan antara keduanya kerana ia memerlukan penelitian ke atas fakta-fakta. Dalam kes-kes terdahulu juga, mahkamah melihat kepada faktafakta kes untuk menentukan samada ianya adalah khilaf fakta-atau khilaf undang-undang. Jika hakim melihat ianya adalah satu khilaf undang-undang, tidak ada pertahanan ataupun dalihan atas ketidakpedulian undang undang berdasarkan printip Latin “ingorantioa juris non exusat”, tidak tahu undang-undang bukan satu dalihan.

5

1952 CriLJ 1212

4

Dalam satu kes terkini , R V Perham (2016) 6 , perayu disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi (kes sebelum ini) atas kesalahan “dangerous operation of vehicle”. Isunya adakah samada perayu betul-betuk tidak nampak “incoming vehicle” yang dipandu oleh Smith (si mati). Mahkmah memutuskan bahawa rayuan ditolak kerana dalihan “mistake of fact” tidak begitu kuat sebagai hujah untuk menegakkan diri perayu. Hal ini kerana saksi yang berada di tempat kejadian melihat kenderaan yang dipandu oleh perayu, sebuah treler apa bila hendak melakukan pusingan U, tidak berhenti dan mengamalkan langkah berhati-hati sebaliknya terus melakukan pusingan. Lantas, si mati yang datang daripada arah bertentangan mengalamai kegagalan dan terus mengalamai kemalangan akibat pelanggaran dengan treler itu. Dalam pada masa yang sama juga, keadaan masa sekita adalah dalam pukul 9.30 pagi, adalah tidak menjadi satu dalihan kepada perayu jika tidak nampak kenderaaan sekitarnya sungguhpun sebuah treler mempunyai “blind spot” tertentu. Jelas disini bahawa, mahkamah menafsirkan bahawa beratnya sesuatu fakta untuk dijadikan sebagai dalihan adalah dengan melihat kepada faktafakta kes. Angaapan tidak ada kenderaan “incoming” adalah tidak “reasonable”.

Apabila terdapat khilaf fakta dan khilaf undang-undang dalam sesuatu kes. Maka mahkamah akan melihat khilaf manakah yang lebih berat, yang lebih terzahir untuk dijadikan sebagai dalihan. Seaindainya khilaf undang-undang menjadi pemberatnya maka, tidak ada pertahanan untuk khilaf undang-undang berdasarkan prinsip Latin yang telah dinyatakan.

APAKAH KESILAPAN UNDANG-UNDANG BOLEH MENJADI SATU DALIHAN JENAYAH? Sudah tentu tidak. Dalam undang-undang, kesilapan undang-undang tidak boleh dijadikan alasan untuk dalihan. Hal ini juga selaras dengan prinsip Latin “ingorantioa juris non exusat”, tidak tahu undang-undang bukan satu dalihan. Di Eropah, Negara-negara yang menggunakan Roman law, menggunakan prinsip yang sama tetapi istilah yang berbeza, “nemo censetur ignorare legem” (nobody is taught to ignore the law).

6

75 MVR 425

5

Dalam kes R v. Syed Ahmad Al-Sagoff, OKT telah dituduh menyebabkan kecederaan dengan tujuan untuk memaksa pengakuan salah daripada seseorang tahanan, bertentangan dengan seksyen 330 KK. Dia ialah seorang anggota polis di zaman Jepun di Singapura. Beliau menyatakan bahawa dia terpaksa patuh arahan ketuanya. Tambahan pula, adalah menjadi peraturan di dalam International Law (dakwaannya) untuk patuh arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa Jepun kerana beliau bekerja di bawah mereka. Beliau menekankan bahawa KK telah dimansuhkan pemerintah Jepun ketika itu. Mahkamah menolak dalihan ini kerana tiada undang-undang International yang sebegitu rupa yang menghendaki seseorang itu mematuhi arahan-arahan yang bertentangan dengan undang-undang Jenayah wilayah berkenaan jika kesalahan dilakukan. KK yang terpakai sebelum kedatangan Jepun tetap terpakai walaupun Jepun menguasai Singapura dan tiada undang-undang yang dibuat oleh pihak Jepun yang memansuhkan KK.

Mahkamah berkata bahawa KK tidak iktiraf mengikut perintah membuta-tuli dari pihak atasan. Seorang penjawat awam mestilah menggunakan budi-bicara sendiri kecuali beliau percaya dengan suci hati dan munasabah yang beliau mesti patuh kepada perintah itu walaupun beliau telah khilaf bahawa perintah itu dibenarkan oleh undang-undang. Dengan khilaf yang dilakukan oleh Al-Sagoff ialah khilaf undang-undang, bukan khilaf fakta. Namun begitu, khilaf itu boleh diambil kira untuk mengurangkan hukuman.

HURAIKAN ELEMEN KESILAPAN YANG BOLEH MENJADI DALIHAN JENAYAH Terdapat lima elemen yang perlu ditekankan di dalam elemen khilaf fakta, pertama adalah kesilapan fakta, tidak disebabkan kesilapan undang-undang, suci hati, dibenarkan oleh undang-undang, dan diluluskan oleh undang-undang.

1) Kesilapan Fakta Definisi kesilapan fakta dinyatakan oleh hakim-hakim berikut dalam kes-kes yang pernah dibicarakan,

6

KOH CLARKSON MORGAN ; Mistake of fact refers to error as to any state of thing. It arise from inadequate information, forgetfulness, negligence or superstitious.

WILLIAM CJ (SULONG NAIN V PP [1947] ); Court; now mistake, as this term is understood in jurisprudence, is used in the sense of misconception or error of judgment to produce the result attained.

RATANLAL DHIRAJLAL ; mistake means erroneous, ignorance or misunderstanding of the truth and resulting in the erroneous act.

Dalam kes Sulong Nain v PP (1947), Mahkamah memutuskan kesalahan itu adalah pelanggaran larangan mutlak. Sekiranya seseorang membawa senjata ke balai polis, ada kesilapan yang digunakan dalam bidang perundangan. Dia tahu bahawa dia membawa dan sengaja membawa senjata. Mahkamah memutuskan bahawa ianya adalah khilaf undangundang dan bukannya khilaf fakta . Justeru, perayu tidak boleh berdiri di atas seksyen 76 dan seksyen 79 KK. Mahkmah rayuan memutuskan, jika perayu telah tersilap tentang apa yang dia bawa, maka dia akan bertanggungan dengan khilaf undang-undang. Kes, Bonda Kui V King Emperor (1943)7, Seorang perempuan melihat satu lembaga berbentuk manusia menari dalam keadaan tidak berpakaian bersama penyapu diikat bersamanya, perempuan itu menyangka itu adalah semangat roh jahat yang membunuh manusia. Jadi dia memukul roh jahat itu sehingga jatuh ketanah dengan menggunakan kapak. Kemudian ia mendapati roh itu adalah kakaknya iparnya. Seksyen 79, iaitu khilaf undangundang terpakai dalam kes ini.

2) Bukan Disebabkan Oleh Khilaf Undang Undang

Definisi

bukan

disebabkan

oleh

khilaf

Hakim Ray ( Tustipada Mandal[1951] )

7

AIR 1943 Pat 64

7

undang-undang

diterangkan

oleh

“mistake as to existence of any law on a relevant subject as well as to mistake as to what the law is. Where there is an error of mixed question of fact and law, it should be treated as mistake of fact.. Hence, the appellants who were misled to an error of fact, that there is no law prohibiting transportation of cattle between provinces o account of an error of law that there was a central government of india’s directive that such laws are ultra vires, such a mistake should be regarded as Mistake of fact rather than mistake of law”

Seperti yang telah diterangkan didalam penulisan sebelum ini, kesilapan undangundang bukan satu pertahanan diri. Prinsip Latin, "ignorantia juris non excusat" dan juga "maxim" undang-undang keterangan "every man is presumed to know the law" menjadi asas khilaf undang-undang ini. Dalam kes Koo Cheh Yew V. Pp [1980] 8, tertuduh telah dituduh dengan mengimport piano daripada Afrika ke Malaysia. OKT mendakwa bahawa dia tidak tahu mengenai larangan pengimportan piano daripada Afrika Selatan ke malaysia. Hakim Chan Min Tat menyatakanan ketidakpedulian undang-undang adalah bukan satu maafan dan tertuduh tidak boleh lari daripada liabiliti. Dalam kes Abdullah V R [1954]9 Perayu telah didakwa atas merogol dibawah seksyen 375 KK atas merogol kanak-kanak di bawah umur. Perayu menyatakan bahawa di dengan suci hati menyatakan gadis itu berusia lebih daripada 16 tahun. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kesalahan itu dibawah kekhilafan fakta.

3) Suci Hati Seksyen 52 KK menafsirkan “suci hati”, tidaklah boleh dikatakan atau dipercayai dengan suci hati apa-apa yang dilakukan atau dipercayai dengan tiada hemat dan cermat yang semestinya. Makna suci hati dalam undang-undang ini adalah, apabila sesuatu tindakan itu dilakukan dengan niat tiada selain daripada itu, dan perkara itu dilakukan dengan pernuh berhati-hati, hemat dan cermat.

8 9

[1980] 2 MLJ 235 [1954] MLJ 195

8

Persoalan suci hati juga akan ditimbangtarakan oleh mahkamah dengan melihat kedudukan latarbelakang tertuduh, dibawah keadaan apa dia membuat tindakan tersebut dan keupayaan mental untuk melaksanakannya. Dalam kes Mohd Ibrahim V. PP[1963] 10 perayu dituduh memiliki dengan tujuan untuk perniagaan sebanyak 65 salinan buku bertajuk “Tropic of Cancer” (buku lucah). possession for purpose of sale 65 copies of a book entitled “tropic of cancer”(obscene). Perayu mendakwa bahawa dia tidak boleh membaca dan menulis kandungan berbahasa Inggeris dan tidak tahu bahawa buku itu adalah buku lucah.

THOMSON CJ; “it’s implied that reading is the only means to acquire knowledge(contended by the Accused, the accused).However, this is untrue. Knowledge can come to the mind through the ear and eye. The accused had benefit of the assistance of an English-speaking lawyers clerk in ordering books and there is no reason why he should not have had the assistance of the same person in ascertaining their contents. There was a length of time of him being the manager of the bookshop and he should know the nature of the books.”

Dalam seksyen 292 KK menghalang penjualan, penyewaan dan penyebaran kandungan buku lucah secara awam dan mengedakannya dalam apa apa buku, risalah, kerjtas, rajah lukisan, gambaran atau oatung yang lucah. Perkara ini akan menjadi sesuatu yang mempermainkan undang-undang sekiranya dibenarkan oleh mahkamah bahawa dia dengan suci hatinya tidak tahu mengenai kandungan buku yang dijual oleh perayu. Mana-mana orang yang ingin menjual buku-buku itu akan alasan menjual buku itu dengan tidak mengetahui bahasa Inggeris dan dengan demikian akan terlepas daripada hukuman. Oleh itu, pendakwaan boleh dijangka membuktikan tidak pengetahuan tetapi kewujudan cara memperoleh pengetahuan.

10

[1963] 1 MLJ 289

9

Pengetahuan bahawa perayu seorang penjual buku bukanlah menjadi sesuatu isu yang memberikesan kepada awam. Ianya adalah kandungan buku lucah yang meracuni minda orang awam. Sekiranya kesalahan itu tidak menjadi liabiliti ketat secara semualajadiya, maka pertahanan itu adalah satu kesilapan. Ia dibangkitkan, tidak akan bertindak sebagai perlindungan kepada perayu sebagaimana perayu tidak bertindak dengan suci hati (penjagaan dan perhatian yang wajar).

D) Diluluskan oleh Undang-Undang

Seksyen 76 KK menyatakan tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang menjadi, atau yang, oleh kerana kesilapan fakta dan bukannya oleh kerana kesilapan undang-undang, dengan suci hati percaya dirinya, terikat di sisi undang-undang melakukannya. Seksyen ini adalah terkandung di bawah khilaf fakta, apabila seseorang itu percaya bahawa dia terikat oleh undang-undang untuk melakukan sesuatu tindakan itu. Pertahanan ini adalah sah berbanding khilaf undang-undang kerana khilaf undang-undang tidak dilindun...


Similar Free PDFs