Modul GMGA 2023 Dasar Awam PDF

Title Modul GMGA 2023 Dasar Awam
Author N. Shaharuddin
Pages 152
File Size 905.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 290
Total Views 373

Summary

Dasar Awam KANDUNGAN Prakata ix Penghargaan xi Kata Kunci xiii Matlamat dan Objektif Kursus xv BAB 1 PENGENALAN DASAR AWAM Objektif Bab 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Definisi Konsep Dasar Awam 2 1.2.1 Sifat Dasar Awam 4 1.3 Bentuk-Bentuk Dasar Awam 5 1.4 Klasifikasi Dasar Awam 7 1.5 Sistem Dasar Awam 9 1.6...


Description

Dasar Awam

KANDUNGAN

Prakata Penghargaan Kata Kunci Matlamat dan Objektif Kursus BAB 1

ix xi xiii xv

PENGENALAN DASAR AWAM

Objektif Bab 1.1 Pengenalan 1.2 Definisi Konsep Dasar Awam 1.2.1 Sifat Dasar Awam 1.3 Bentuk-Bentuk Dasar Awam 1.4 Klasifikasi Dasar Awam 1.5 Sistem Dasar Awam 1.6 Kesimpulan BAB 2

1 1 2 4 5 7 9 10

TEORI-TEORI DASAR AWAM

Objektif Bab 2.1 Pengenalan 2.2 Teori-Teori Dasar Awam (Model Kuasa) 2.2.1 Teori Institusionalisme: Polisi Sebagai Aktiviti yang Institusional 2.2.2 Teori Neo-Institusionalisme 2.2.3 Teori Kelompok: Polisi Sebagai Satu Perimbangan Kumpulan 2.2.4 Teori Elit: Polisi Sebagai Pilihan Elit 2.2.5 Teori Rasionalisme: Polisi Sebagai Pencapaian Matlamat yang Paling Cekap 2.2.6 Teori Incrementalisme 2.2.7 Teori Permainan: Polisi Sebagai Pilihan Rasional dalam Permintaan yang Berasingan 2.2.8 Teori Sistem 2.2.9 Teori Anarki Terancang 2.3 Kesimpulan Soalan Penilaian Kendiri Jawapan Soalan dalam Teks

v

11 11 12 13 16 18 21 25 30 32 34 37 38 39 40

Dasar Awam

BAB 3

FAKTOR DALAM PEMBUATAN DASAR AWAM

Objektif Bab 3.1 Pengenalan 3.2 Aktor-Aktor Dasar (Policy Actors) 3.3 Aktor Rasmi 3.3.1 Parlimen 3.3.2 Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) 3.3.3 Perdana Menteri 3.3.4 Menteri-Menteri/Eksekutif 3.3.5 Birokrat/Pentadbir Awam 3.4 Aktor Tidak Rasmi 3.4.1 Agensi Swasta 3.4.2 Media 3.4.3 Kumpulan Bukan Kerajaan 3.4.4 Kumpulan Berkepentingan 3.4.5 Individu Awam 3.5 Kesimpulan BAB 4

43 43 44 44 45 46 47 50 53 54 54 55 58 59 61 61

PROSES PENGGUBALAN DAN SUMBER DASAR AWAM

Objektif Bab 4.1 Pengenalan 4.2 Ahli-Ahli Politik dan Pentadbir Sebagai Aktor Pembuat Dasar 4.3 Parti Politik Sebagai Pembuat Dasar 4.3.1 Parti Sebagai Pembuat Dasar 4.4 Pembentukan Dasar Terpimpin 4.5 Barisan Nasional (BN) 4.6 Sumber-Sumber kepada Dasar Awam 4.7 Sokongan Terhadap Cadangan Dasar Awam 4.8 Kesimpulan BAB 5

63 63 64 65 67 68 71 72 75 76

DASAR AWAM DARI PERSPEKTIF ANALITIK

Objektif Bab 5.1 Pengenalan 5.2 Ekonomi Malaysia: Pengeluaran

79 79 Gabungan

Semua

Punca 80

vi

Dasar Awam

5.3

5.4

5.5

5.6

5.7 5.8 BAB 6

Sistem Pasaran dan Syarat-Syarat Pasaran 5.3.1 Isi Rumah 5.3.2 Perniagaan 5.3.3 Pasaran Kegagalan Pasaran: Perlunya Tindakan yang Kolektif 5.4.1 Monopoli, Pengurangan Kos dan Ketidakcekapan Ekonomi 5.4.2 Ketidakcekapan Ekonomi dan Spill Over Ekonomi Spill Over 5.5.1 Tindakan Kolektif dan Spill Over 5.5.2 Prinsip-Prinsip Keberuntungan Sosial yang Maksimum: Satu Rangka Penilaian Keputusan Kerajaan 5.5.3 Prinsip-Prinsip Keberuntungan Sosial yang Maksimum Kos Sosial dan Keuntungan Sosial 5.6.1 Model I – Saiz Projek Kerajaan yang Optimum 5.6.2 Model II – Pemindahan Pendapatan dan Kebajikan Sosial Kos Sosial dan Keputusan Awam 5.7.1 Jenis Cukai Kesimpulan

90 91 92 94 94 95 96 97 99 101 102 103

SISTEM EKONOMI DAN KEGAGALAN KERAJAAN

Objektif Bab 6.1 Pengenalan 6.2 Sistem Ekonomi 6.2.1 Sistem Ekonomi Perancangan Pusat (SEPP) 6.2.2 Sistem Ekonomi Pasaran (SEP) 6.2.3 Sistem Ekonomi Campuran (SEC) 6.3 Kegagalan Kerajaan 6.4 Langkah Kerajaan Membetulkan Kegagalan Pasaran 6.5 Kesimpulan Jawapan Soalan dalam Teks BAB 7

84 84 85 86 90

105 105 105 106 106 107 108 111 113 113

APLIKASI DASAR-DASAR PEMBANGUNAN

Objektif Bab 7.1 Pengenalan

115 115 vii

Dasar Awam

7.2 7.3 7.4 7.5 7.6 7.7 7.8 7.9

Isu Krisis Ekonomi 7.2.1 Pendekatan Menangani Kegawatan Ekonomi Perspektif Wawasan 2020 Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Persyarikatan Malaysia Dasar Belia Negara Dasar Penswastaan Malaysia Kesimpulan

BIBLIOGRAFI

115 117 121 124 126 131 133 134 139 143

viii

Dasar Awam

PRAKATA

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengikuti kursus DASAR AWAM kepada semua pelajar program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia. Kursus DASAR AWAM ini merupakan kursus teras program Sarjana Muda Pengurusan Awam bagi pelajar sepenuh masa dan program PJJ Universiti Utara Malaysia. Modul DASAR AWAM dihasilkan berdasarkan rangka kursus dan silibus yang digunakan oleh pelajar sepenuh masa Universiti Utara Malaysia. Modul ini dihasilkan bertujuan untuk memastikan agar kualiti kelulusan dan pencapaian pelajar program PJJ sama taraf dengan pelajar sepenuh masa. Dalam penulisan modul ini, pihak kami telah mengambil kira keadaan pelajar yang akan mengikuti bentuk pembelajaran kendiri. Modul ini dapat membantu para pelajar untuk memahami konsep atau definisi, teori-teori, aktor, proses pembuatan dan analisis dasar awam berdasarkan perkembangan dasar awam di Malaysia. Walaupun sebelum ini kursus Dasar Awam kurang diberi penekanan di mana-mana institusi pendidikan tinggi, tetapi kini kursus ini telah menjadi satu kursus yang diwajibkan di kebanyakan universiti awam dan ia telah menarik minat pelajar dan pengkaji yang berkaitan dengan pentadbiran awam dan sains politik. Untuk menambahkan lagi pengetahuan berkaitan dengan dasar awam, para pelajar disarankan merujuk pelbagai bahan bacaan tambahan berkaitan dengan dasar awam. Soalan Dalam Teks (SDT) disediakan bagi perbincangan setiap topik dan Soalan Penilaian Kendiri (SPK) disediakan di akhir setiap bab dalam modul ini untuk dibincangkan dan diselesaikan oleh pelajar. Bagi memudahkan para pelajar, penulis menyediakan jawapan bagi SDT dan SPK untuk menyemak ketepatan pelajar menjawab soalan-soalan yang disediakan. Penulis berharap agar modul ini dapat membantu pelajar untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan dan menambahkan pengetahuan tentang dasar awam. Modul ini hanya sekadar panduan asas kepada pelajar. Oleh itu, pelajar dinasihatkan supaya menambahkan bahan bacaan daripada pelbagai sumber.

ix

Dasar Awam

Akhir kata, penulis mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar program PJJ, Universiti Utara Malaysia dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Ahmad Atory Hussain Malike Brahim Nur Syakiran Akmal Ismail Zalinah Ahmad

x

Dasar Awam

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, modul Dasar Awam ini dapat disiapkan sebagai rujukan asas pelajar program PJJ. Dengan adanya modul ini, diharap para pelajar program PJJ mendapat manfaat sepanjang mengikuti kursus ini. Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam menghasilkan modul ini terutamanya pihak Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang dan Unit Pendidikan Jarak Jauh (UPJJ), Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) yang telah memberi peluang, kerjasama dan kesempatan kepada penulis untuk menghasilkan dan menyiapkan sepenuhnya modul ini. Penulis juga merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Puan Farah Mat Din, Pegawai Penerbitan di Jabatan Penerbitan dan Teknologi Media. Segala kekurangan dan kelemahan dalam modul ini adalah tanggungjawab penulis sepenuhnya khususnya dalam edisi awal ini. Sebarang komen dan cadangan yang membina adalah dialu-alukan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik dan berkualiti tinggi untuk manfaat bersama. Ahmad Atory Hussain Malike Brahim Nur Syakiran Akmal Ismail Zalinah Ahmad

xi

Dasar Awam

xii

Dasar Awam

KATA KUNCI

Terdapat beberapa lambang yang akan anda lihat dalam modul ini. Lambang tersebut memberi maksud tertentu seperti yang dinyatakan di bawah. Lambang ini disediakan bagi membimbing dan melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran anda. Soalan dalam teks (SDT) ialah soalan latihan yang merujuk kepada perbincangan dalam teks yang dipelajari. Contoh jawapan disediakan di akhir setiap bab/pelajaran. Soalan Penilaian Kendiri (SPK) ialah soalan ulangkaji yang berkaitan dengan perbincangan keseluruhan bab/pelajaran. Cadangan jawapan disediakan di akhir modul kursus. Anda boleh menyemak jawapan latihan anda dengan cadangan/skima jawapan yang disediakan di akhir bab/pelajaran atau modul kursus. Anda dinasihatkan membuat latihan terlebih dahulu sebelum menyemak jawapan tersebut. Anda dikehendaki berfikir sejenak tentang situasi di sekeliling anda atau mengimbas kembali pelajaran yang lepas. Pelbagai soalan yang berkaitan dengan pelajaran tersebut akan dikemukakan.

xiii

Dasar Awam

xiv

Dasar Awam

MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURSUS

MATLAMAT Modul Dasar Awam ini memaparkan kepada para pelajar mengenai kepentingan dasar awam yang dilaksanakan dalam sesebuah negara termasuk Malaysia bagi mengatasi atau menyelesaikan sesuatu isu atau masalah yang berlaku dalam masyarakat. Dasar awam berkaitan dengan keputusan dan tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan sama ada untuk menyelesaikan masalah dalam masyarakat atau mencapai matlamat mereka. Kursus ini merupakan kursus pemantapan kepada kursus-kursus lain dalam Program Pengurusan Awam yang memberi penekanan terhadap aspek konsep dan teori dasar awam, aktor-aktor dan prosesproses pembuatan serta analisis dasar awam yang ditinjau daripada model analitik (ekonomi). OBJEKTIF Di akhir pembelajaran modul ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4.

Memahami dasar awam daripada pelbagai pendekatan akademik. Memahami konsep dan teori-teori dalam dasar awam. Membincangkan peranan aktor-aktor dalam membuat dasar awam. Memahami tentang dasar-dasar awam di Malaysia dan realiti kewujudannya. 5. Memahami perkembangan dasar awam selari dengan prinsip-prinsip ekonomi. 6. Mendedahkan isu-isu semasa yang berkaitan secara langsung dengan dasar awam.

xv

Dasar Awam

BAB 1 PENGENALAN DASAR AWAM

OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memberikan tafsiran dan maksud konsep dasar awam. 2. Menjelaskan kepentingan dasar awam bagi sesebuah negara. 3. Membincangkan sifat dasar awam. 4. Membezakan bentuk-bentuk dasar awam. 5. Menjelaskan kategori dasar awam. 6. Mengenal pasti komponen yang membentuk sistem dasar. 1.1

PENGENALAN

Pengkajian dasar awam merupakan satu bidang pengkajian yang terdapat dalam bidang pentadbiran awam. Pengkajian dasar awam merujuk kepada mengkaji tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan yang memerintah dalam membangunkan sesebuah negara. Dasar awam merupakan nadi kepada penggerak utama kerajaan ke arah membangunkan negara. Ia sebagai panduan dana hala tuju bagi kerajaan untuk memandu negaranya ke arah mana yang diingini. Dasar awam yang dipraktikkan menjadi penentu sama ada negara tersebut maju atau mundur dan mampu atau tidak mampu berdaya saing dalam era globalisasi yang semakin mencabar. Dasar yang diamalkan oleh negara terbabit menjamin akan penerimaan dan keyakinan rakyatnya terhadap arah tuju kerajaan dan seterusnya menjadi perhatian oleh negara lain di peringkat antarabangsa. Contohnya, negara Jepun dianggap sebuah negara yang dapat bangkit dengan cepat menjadi sebuah negara maju sungguhpun negara berkenaan telah hampir hancur pada Perang Dunia Kedua. Malaysia juga disegani di peringkat antarabangsa kerana dasarnya yang toleran dan mampu menstabilkan keadaan politik sungguhpun mempunyai pelbagai etnik. Oleh yang demikian, amatlah perlu kita mengkaji dasar awam dan kepentingannya kepada negara.

1

Dasar Awam

1.2

DEFINISI KONSEP DASAR AWAM

Cuba anda fikirkan sejenak apakah yang dimaksudkan dengan dasar awam? Adakah peraturan yang digubal oleh kerajaan merupakan satu dasar awam? Atau, adakah peraturan yang digubal oleh sesebuah organisasi swasta dianggap sebagai satu dasar awam? Sekiranya anda mengatakan bahawa peraturan yang digubal oleh kerajaan merupakan satu dasar awam, maka anda betul. Dasar awam hanya terhad kepada apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan sahaja kerana kerajaan mementingkan kebajikan orang awam khususnya dan langkah yang diambil lebih ke arah meningkatkan kebajikan orang awam. Beberapa definisi dasar yang dikemukakan oleh para sarjana Barat akan digariskan di bawah. Definisi pertama diutarakan oleh Thomas R. Dye (1995: 3) iaitu “public policy is whatever governments choose to do or not to do”. Apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah beliau mendefinisikan dasar awam sebagai apa jua pilihan yang diambil oleh kerajaan sama ada untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu. Jika kita meneliti definisi ini, kita dapat melihat bahawa kita mengkaji apa yang dilakukan oleh kerajaan, persoalan mengenai mengapa kerajaan melakukannya dan apakah perbezaan yang dapat dilihat apabila kerajaan melakukannya atau memilih untuk tidak melakukannya. Definisi kedua diutarakan oleh Rose (dlm. Anderson, 1995) iaitu dasar awam ialah “A long series of more-or-less related activities and their consequences for those concerned rather than discrete decision”. Apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah dasar awam merupakan satu siri tindakan atau aktiviti yang dilakukan oleh kerajaan dan bukan hanya memadai sebagai keputusan untuk melakukan sesuatu. Tafsiran ini agak khusus kerana tindakan kerajaan dilihat sebagai satu siri atau pattern yang diambil dan bukan hanya melibatkan proses pembuatan keputusan sahaja. Definisi ketiga diutarakan oleh Friederich (dalam Anderson, 1995) yang melihat dasar awam sebagai “A proposed course of action of a person, group, or government within a given environment providing obstacles and opportunities which the policy was proposed to utilize and overcome in an effort to reach a goal or realize and objective or a purpose.” Ada beberapa perkara yang kita dapat lihat daripada definisi yang diutarakan oleh beliau. Antaranya ialah

2

Dasar Awam

(i) (ii) (iii) (iv)

Dasar merupakan tindakan yang dicadangkan oleh individu, kumpulan atau kerajaan dalam satu-satu persekitaran. Persekitaran ini menyediakan halangan-halangan dan peluangpeluang. Dasar yang dicadangkan itu mampu memanfaatkan persekitaran yang ada. Ia dilihat sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat dan merealisasikan objektif yang telah ditetapkan.

Definisi yang diutarakan oleh Friederich agak terperinci kerana ia memasukkan elemen persekitaran, iaitu tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan bersesuaian dengan keadaan persekitaran yang wujud. Selain itu, penekanan kepada pencapaian matlamat dan objektif diutamakan memandangkan matlamat dan objektif inilah merupakan panduan kepada pelaksanaan dasar. Definisi keempat dikemukakan oleh Anderson (1995) yang melihat dasar sebagai “relatively stable, purposive course of action followed by an actor or set of actors in dealing with a problem or a matter of concern”. Definisi yang dicadangkan oleh Anderson adalah hampir sama dengan definisi sebelumnya tetapi beliau menekankan bahawa dasar awam merupakan apa yang telah diambil tindakan sahaja (what is actually done) dan apa jua hasrat atau cadangan kerajaan untuk melakukan sesuatu belum lagi dikira sebagai satu dasar awam. Kesimpulannya, definisi yang diutarakan oleh para sarjana ini merupakan tafsiran yang berbeza mengenai maksud dasar awam. Namun begitu, beberapa kesimpulan dapat dilakukan berdasarkan kepada definisi yang dibincangkan. Antaranya ialah (i)

(ii)

(iii)

Dasar awam merupakan tindakan kerajaan yang bertujuan dan bermatlamat (goal-oriented) dan bukannya tindakan kerajaan secara rawak atau nasib (chances). Oleh itu, dasar yang dicadangkan berbentuk hipotesis, iaitu tindakan-tindakan ini boleh diuji (can be tested). Setiap dasar mengandungi siri tindakan atau patterns of action yang dilakukan sepanjang masa oleh kerajaan dan ini bermaksud bahawa dasar bukan setakat menerima pakai undang-undang tetapi meliputi keputusan yang dibuat ekoran daripadanya. Dasar awam melibatkan apa yang sebenarnya dilakukan oleh kerajaan dan bukannya apa yang dihasratkan atau apa yang dikatakan akan dilakukan.

3

Dasar Awam

(iv)

Dasar awam melibatkan pihak yang membuat keputusan dan pihak yang melaksanakan keputusan tersebut. Pihak ini boleh terdiri sama ada individu atau kumpulan yang mempunyai kuasa untuk memutuskan keputusan dasar dan diberi mandat untuk melaksanakan dasar berkenaan.

1.2.1

Sifat Dasar Awam

Hasil daripada definisi dasar awam tersebut, kita dapat mengenal pasti ada lima sifat dasar awam. Penerangan secara terperinci mengenai sifat dasar awam adalah seperti berikut: (i)

Permintaan atau tuntutan dasar (policy demands) – merujuk kepada permintaan dan tuntutan yang disalurkan kepada kerajaan oleh individu atau kumpulan tertentu seperti NGO, organisasi swasta dan sebagainya. Tuntutan yang dibuat oleh pihak ini bertujuan meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap sesuatu. Dasar awam yang digubal merupakan reaksi kepada tuntutan yang disalurkan.

(ii)

Keputusan dasar (policy decisions) – merujuk kepada keputusan yang diambil oleh kerajaan berhubung dengan tuntutan yang disalurkan ini. Kerajaan akan membuat keputusan mengenai kandungan dan arah tuju dasar awam yang diputuskan. Dalam konteks ini, kerajaan mungkin juga memilih untuk tidak membuat apa-apa kerana dengan tidak mengambil sebarang keputusan (non-decision) juga merupakan satu dasar awam. Ini termasuklah maklumat terperinci bagaimana dasar itu akan dilaksanakan seperti penguatkuasaan undang-undang.

(iii)

Kenyataan dasar (policy statements) – merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan secara formal. Ia mungkin individu atau kumpulan yang mewakili pihak kerajaan. Contohnya, kenyataan yang dikeluarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan sebagainya.

(iv)

Keluaran atau output dasar (policy outputs) – merujuk kepada tindakan-tindakan yang diambil untuk mencapai keputusan dan kenyataan dasar. Ia meliputi jumlah belanjawan yang diperlukan untuk menyokong mencapai matlamat dasar dan jumlah tenaga kerja yang diperlukan untuk menguatkuasakan undang-undang apabila sesuatu dasar itu dilaksanakan.

4

Dasar Awam

(v)

Hasilan dasar (policy outcomes) – merujuk kepada kesan yang lebih luas terhadap masyarakat ekoran daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan. Ia juga dikenali sebagai “policy’s societal consequences” (Anderson, 1995). Persoalan yang cuba diutarakan ialah adakah tindakan kerajaan akan menambahbaikkan keadaan yang ada ataupun sebaliknya. SOALAN DALAM TEKS

1. Berikan definisi dasar awam. 2. Jelaskan dengan ringkas maksud (i) Hasilan dasar (ii) Kenyataan dasar (iii) Keputusan dasar

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.3

BENTUK-BENTUK DASAR AWAM

Dasar awam yang diputuskan oleh kerajaan mempunyai pelbagai bentuk. Pada umumnya, terdapat empat bentuk dasar awam, iaitu undangundang, rancangan, program dan projek (Sabitha, 1997). Setiap bentuk ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan dasar yang dihasilkan melalui bentuk-bentuk ini mengikut kesesuaian selaras dengan usaha untuk menyelesaikan masalah awam. Bolehkah anda bezakan antara bentukbentuk dasar ini dan berikan contoh untuk setiap satu bagi situasi di Malaysia. (a)

Undang-Undang

Merujuk kepada peraturan yang digubal berdasarkan kepada proses perundangan yang memerlukan kelulusan di peringkat Parlimen. Dasar yang dibentuk melalui undang-undang tidak mudah untuk dibatalkan dan perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Segala pindaan dan perubahan perlulah mendapat kelulusan pihak perundangan (legislative). Undang-undang ini mempunyai unsur-unsur hukuman yang bertujuan untuk mengawal tingkah laku individu. Dengan adanya pengenaan hukuman, maka individu rakyat akan melakukan perkara yang ter...


Similar Free PDFs