MPU3313 PDF

Title MPU3313
Author Siti Elvyana
Course Kesihatan dan Kesejahteraan
Institution Open University Malaysia
Pages 12
File Size 212.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 56
Total Views 292

Summary

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE (FEL)SEMESTER 1 / 2017MPU 3313KESIHATAN DAN KESEJAHTERAANNO. MATRIKULASI :NO. KAD PENGENALAN :NO. TELEFON :E-MEL : yayahuu_88@yahooPUSAT PEMBELAJARAN : KENINGAUIsi kandunganBI LPERKARA MUKA SURAT1 1 pengenalan 1 2 2 Enam Manfaat dan Kepentingan Komprehensif Hasil Da...


Description

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE (FEL)

SEMESTER 1 / 2017

MPU 3313

KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

NO. MATRIKULASI

:

NO. KAD PENGENALAN

:

NO. TELEFON

:

E-MEL

:

[email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN

:

KENINGAU

Isi kandungan BI

PERKARA

MUKA SURAT

L 1 2

1.0 pengenalan 2.0 Enam Manfaat dan Kepentingan Komprehensif

1

Hasil Daripada Amalan Gaya Hidup Sihat Dan

2

Sejahtera

2.1 Peningkatan Kecekapan Kardiovaskular Atau

3-4

Jantung Dan Salur Darah

2.2 Peningkatan Tonus (Tone), Kekuatan, Fleksibiliti

4-5

dan Ketahanan Otot

2.3 Peningkatan Kawalan Kendiri, Kecekapan Kendiri

5

dan Harga Diri

2.4 Peningkatan Pengurusan Tekanan dan Pandangan

6-7

dalam Kehidupan

2.5 Peningkatan Hubungan Interpersonal

7

2.6 Penurunan Kes Kematian dan Morbiditi Akibat

8

Penyakit 3 4

3.0 Kesimpulan Apendiks Rujukan

9 10

MPU3313

1.0 Pengenalan

Mengamalkan gaya hidup sihat merupakan sikap yang sangat baik dan mampu memberikan impak positif dalam kehidupan seharian kepada individu, keluarga dan masyarakat. Gaya hidup boleh disifatkan sebagai tingkah laku yang diamalkan oleh seseorang individu dalam masyarakat. Gaya hidup manusia berbeza-beza mengikut budaya masyarakat setempat sama ada d Bandar atau di luar Bandar. Gaya hidup sihat merujuk kepada tabiat atau amalan yang boleh meningkatkan tahap keishatan dan meninggalkan kebiasaan yang memudaratkan keishatan. Amalan gaya hidup sihat mempunyai banyak manfaat kepada manusia. Kehidupan alaf baru yang serba-serbi pantas menyebabkan manusia mengabaikan amalan gaya hidup sihat yang komprehensif. Gaya hidup merangkumi pelbagai aspek sama ada dari senaman, pola pemakanan dan kitaran tidur yang betul. Terdapat pelbagai manfaat yang boleh diperoleh sekiranya kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan kaedah yang betul. Mengamalkan gaya hidup sihat akan menghasilkan tubuh badan yang sihat dari segi mental dan fizikal. Badan yang sihat dan cergas akan menjadikan seseorang itu kuat dan tubuh badan mampu melawan pelbagai penyakit. Selain itu, seseorang yang sihat akan dapat menjalani kehidupan yang lebih bermakna kerana amalan ini dapat menghindarkan seseorang daripada pelbagai gejala sosial dimana pengamal akan dapat memikirkan secara waras dan rasional tentang akibat sekiranya terlibat dengan penyakit sosial. Oleh itu, amalan gaya sihat sihat memberikan seseorang itu kehidupan yang lebih baik dan secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti kehidupan seharian kepada individu tersebut.

1

MPU3313

2.0 ENAM FAEDAH DAN KEPENTINGAN KOMPREHENSIF HASIL DARIPADA AMALAN GAYA HIDUP SIHAT DAN SEJAHTERA

Mengamalkan gaya hidup sihat secara komprehensif mampu memberikan banyak manfaat kepada setiap individu. Terdapat beberapa komponen yang terlibat dalam amalan gaya hidup sihat seperti makanan yang seimbang, kebersihan diri, tidak menyalahgunakan bahan, bersenam dan rehat yang cukup. Gaya hidup yang sihat hanya boleh dicapai sekiranya individu dan masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Beberapa manfaat mengamalkan gaya hidup sihat secara komprehensif adalah seperti dalam rajah 1 MANFAAT GAYA HIDUP SIHAT YANG KOMPREHENSIF Peningkatan Kecekapan

Peningkatan Tonus (Tone),

Peningkatan Kawalan

Kardiovaskular Atau

Kekuatan, Fleksibiliti dan

Kendiri, Kecekapan

Jantung Dan Salur Darah

Ketahanan Otot

Kendiri dan Harga Diri

Peningkatan Pengurusan

Peningkatan Hubungan

Penurunan Kes Kematian

Tekanan dan Pandangan

Interpersonal

dan Morbiditi Akibat

dalam Kehidupan

Penyakit Rajah 1

2

MPU3313

2.1 Peningkatan Kecekapan Kardiovaskular Atau Jantung Dan Salur Darah Jantung adalah organ penting yang bertanggungjawab mengepam darah melalui sistem peredaran darah bagi membolehkan oksigen masuk ke dalam badan dan membantu mengeluarkan bahan buangan daripada sel. Sistem kardiovaskular yang lebih baik akan mengekalkan fungsi ini dengan mudah sepanjang umur hidup seseorang dan membolehkan individu untuk berfungsi dengan tekanan yang minimum. Jantung yang sihat akan menjana dan mengekalakna tekanan darah dan mengalirkan darah ke seluruh tubuh. Jumlah darah yang dialirkan adalah berbeza bergantung kepada kadar denyutan jantung. Contohnya semasa bersukan, jumlah darah yang dialirkan adalah lebih banyak berbanding semasa dalam keadaan berehat. Banyak manfaat yang akan diperoleh oleh individu yang mengamalkan penjagaan jantung dengan baik. Mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam secara konsisten, tabiat pemakanan yang baik dan tidak merokok adalah kunci kepada usaha memastikan jantung terpelihara daripada pelbagai penyakit. Faktor pemakanan memainkan peranan penting untuk mengawal paras gula dalam darah termasuklah paras kolesterol dan tekan darah serta berat badan yang berkaitan secara langsung dengan risiko penyakit kardiovaskular. Masalah metabolik seperti kencing manis atau diabetis, hipertensi, hiperkolesterolimia dan obesiti yang akhirnya mendedahkan jantung kepada pelbagai penyakit berkait rapat dengan pemakanan yang tidak seimbang. Melakukan senaman secara konsisten dapat mencegah seseorang daripada jantung tersumbat. Peningkatan kecergasan kardiovaskular akan menjadikan tubuh badan seseorang lebih cergas dan mudah melakukan sebarang pergerakan. Jumlah penghidap penyakit berkaitan jantung juga akan berkurangan. Individu yang mengamalkan bersenam terhindar daripada kadar kolesterol yang tinggi dalam darah. Secara tidak langsung bersenam juga mencegah seseorang daripada kegemukan atau obesiti. Dengan itu, individu tersebut tidak perlu menjalani kehidupan yang sulit seperti terpaksa mengikut jadual pengambilan ubat-ubatan dan terpaksa berulang kali melakukan rawatan ke hospital.

3

MPU3313

Terdapat beberapa kepentingan daripada manfaat peningkatan kecekapan kardiovaskular atau jantung dan salur darah iaitu pengurangan kos rawatan, kualiti kerja yang lebih baik dan mempunyai banyak masa untuk diri sendiri dan keluarga. Penyakit yang berkaitan dengan jantung dan salur darah adalah salah satu penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi. Apabila mengamalkan gaya hidup sihat dan kecekapan kardiovaskular dan salur darah meningkat, maka individu tersebut telah terlepas dari menanggung beban kos rawatan. Seseorang yang sihat tidak perlu bersusah payah datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Selain itu juga, individu yang sihat mampu melakukan kerja dengan baik seterusnya individu tersebut akan memberi hasil kerja yang berkualiti. Prestasi kerja yang meningkat secara tidak langsung akan meberikan keyakinan dan kesan positif kepada individu tersebut. Jantung yang sihat dan terhindar daripada pelbagai penyakit kronik akan menjadikan seseorang hidup lebih lama dan mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama kelurga dan orang sekeliling. Oleh itu, peningkatan kecekapan kardiovaskular dan salur darah memberikan banyak manfaat dan kepentingan dalam kehidupan seharian.

2.2 Peningkatan Tonus (Tone), Kekuatan, Fleksibiliti dan Ketahanan Otot

Bersenam adalah salah satu amalan gaya hidup sihat. Mengamalkan senaman yang konsisten dengan cara yang betul memberi manfaat kepada peningkatan tonus, kekuatan, fleksibiliti dan ketahanan otot. Kekuatan otot bermaksud tahap kekuatan otot untuk menampung sesuatu aksi tertentu. Ketahanan otot pula ialah keupayaan kumpulan otot menampung sesuatu aksi tertentu. Manakala fleksibiliti membawa maksud keupayaan untuk melentur dan bergerak dengan lembut dan berupaya melakukan pergerakan dalam lingkungan yang penuh.

Otot yang baik mampu memberikan bentuk badan serta keupayaan untuk anggota badan bergerak dan bertindak menjalankan aktiviti harian. Peningkatan kekuatan otot akan menyokong aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan kualiti hidup seseorang. Individu yang sihat fizikal lazimnya akan membuat pilihan yang baik dalam kehidupan. Dalam masa yang sama, individu tersebut juga lebih menikmati fleksibiliti dan ketahanan terhadap tekanan dan keletihan. Tulang dan sendi yang kuat mampu menyokong pergerakan badan, memberi ketangkasan dan kekuatan 4

MPU3313

agar melindungi tubuh daripada kecederaan. Risiko kecederaan akibat regangan dan terseliuh juga dapat dihindari sekiranya sistem Muskuloskeletal terbentuk dengan baik.

2.3 Peningkatan Kawalan Kendiri, Kecekapan Kendiri dan Harga Diri

Seseorang yang mempunyai kawalan terhadap kesihatan yang baik cenderung mempamerkan harga diri yang lebih tinggi dan mereka berasa gembira tentang diri mereka. Seseorang yang mempunyai harga diri yang tinggi akan sentiasa berasa dirinya baik terhadap sesuatu perkara dalam kehidupan individu tersebut dan juga terhadap orang lain di sekelilingnya.

Orang yang mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap kesihatan dilihat mempamerkan harga diri yang lebih tinggi dan mereka berasa gembira tentang diri mereka. Seseorang yang mempunyai harga diri yang tinggi sentiasa berasa dirinya baik Perasaan kebaikan dan keyakinan diri seperti itu boleh memberi impak positif terhadap perkara lain dalam kehidupan seseorang dan juga orang lain di sekelilingnya.

Seseorang yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat akan selalu berada dalam mood yang tidak menentu dan pastinya sering mengganggu aktiviti atau pekerjaan yang hendak dilakukan. Akhirnya hasil kerja yang diperolehi tidak berkualiti. Dengan menerapkan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan juga akan mendorong seseorang berfikiran positif dan lebih berkeyakinan sehingga dapat meningkatkan mood dan produktiviti kerja yang lebih berkualiti.

Mengamalkan gaya hidup sihat seperti rehat yang cukup, diet seimbang dan sebagainya menjadikan seseorang berasa selesa melakukan aktiviti harian dan mampu tampil sihat dan positif.

5

MPU3313

2.4 Peningkatan Pengurusan Tekanan dan Pandangan dalam Kehidupan Seseorang yang sihat adalah lebih berkemungkinan untuk mempunyai pandangan positif terhadap kehidupan dan dapat mengawal tekanan dan mengubah persepsi yang membawa kepada tekanan yang tidak perlu. Di samping itu, seseorang itu juga mempunyai potensi untuk pulih dengan cepat daripada peristiwa yang penuh tekanan dan mampu berfikir dengan jelas mengenai pilihan untuk menghadapi tekanan. Orang yang ada keyakinan diri biasanya lebih bersedia untuk menghadapi cabaran dan rintangan dan melihat perkara itu sebagai peluang dan pengalaman untuk perkembangan diri.

Mental yang sihat bermaksud keadaan seseorang individu boleh mencapai potensi diri, mampu menghadapi tekanan biasa setiap hari, bekerja secara produktif dan memberi sumbangan kepada masyarakat. Pekerja hendaklah berada dalam keadaan mental yang sihat untuk berfungsi dengan baik. Persaingan global dan peningkatan fleksibiliti pasaran buruh mewujudkan lebih banyak pekerjaan yang tidak menentu dan tiada jaminan. Hal ini menyebabkan tekanan disebabkan pengurangan pekerja,kurangnya jaminan kerja, kewangan yang tidak stabil dan peningkatan hutang. Melakukan pelan pengurusan risiko dan mengukuhkan sokongan sosial di tempat kerja amat penting.sokongan rakan sekerja boleh membantu mengurangkan tekanan, kebimbangan dan kerisauan pekerja. Individu yang mengamalkan gaya hidup sihat perlu meningkatkan komunikasi dan kemahiran menyelesaikan masalah, mahir mengendalikan rasa marah dan mengurus masa dengan baik. Pengurusan tekanan yang baik akan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan pekerja akan rasa lebih dihargai, budaya kerja lebih positif dan prestasi organisasi bertambah baik kerana pekerja lebih produktif dan pelanggan dilayan lebih serta keperluan mereka dapat dipenuhi.

Kepentingan mengamalkan gaya hidup yang sihat kepada peningkatan pengurusan tekanan dan pandangan dalam kehidupan seseorang antaranya ialah meningkatkan kesihatan umum seseorang. Bukan sahaja sihat tubuh badan malah sihat mental dan juga fizikal. Seterusnya individu tersebut akan dapat mengambil pendekatan yang lebih positif kepada kehidupan. Selain itu juga, individu tersebut mampu meningkatkan kecekapan kerja kerana dapat memberikan lebih 6

MPU3313

banyak tumpuan pada tugas-tugas yang diarahkan. Hal yang paling penting ialah mampu mengurus emosi diri dan baertindak balas secara positif terhadap sebarang perkara yang berlaku di sekeliling.

2.5 Peningkatan Hubungan Interpersonal

Hubungan interpersonal yang baik memerlukan dinamik sosial yang kompleks termasuk pelbagai jenis kesejahteraan fizikal dan psikologi yang terdapat dalam diri individu. Sentiasa bersikap positif adalah salah satu cara untuk seseorang itu berusaha memaksimumkan daya tarikan sosialnya.

Melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama keluarga atau rakan bukan sahaja menyihatkan badan, malah hubungan antara keluarga dan rakan-rakan juga akan semakin erat. Selain itu, ketika melakukan riadah di luar seperti berjoging, individu tersebut berpeluang berjumpa dan berkenalan dengan rakan baru dan meluaskan lagi hubungan sesama manusia. Hubungan interpersonal yang baik dengan orang sekeliling juga memberi manfaat lain contohnya seseorang yang mengamalkan gaya hidup sihat akan menarik ramai orang kerana orang sekeliling cenderung mempercayai dan memberi sokongan. Ketika kita mempercayai orang lain dan menerima orang lain dengan sebaiknya, begitu juga yang akan dilakukan oleh orang sekeliling kepada kita.

Kepentingan hubungan interpersonal antaranya ialah mengeratkan perhubungan apabila keupayaan berkomunikasi secara berkesan secara lisan atau bukan lisan akan dapat menggambarkan tahap hubungan antara individu. Segala maklumat, arahan dan pesanan yang tepat dapat disampaikan dengan baik dan mudah difahami. Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran pula, pelajar berupaya mendapatkan pemahaman yang maksimum bergantung kepada keupayaan pendidik menyampaikan pengajaran yang berkesan.

7

MPU3313

2.6 Penurunan Kes Kematian dan Morbiditi Akibat Penyakit Tahap kecergasan fizikal menyokong sistem imun badan agar berfungsi dengan baik dan melindungi badan daripada pelbagai penyakit berjangkit. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti rehat yang mencukupi, mengurus tekanan dengan baik, tabiat pemakanan yang sihat, dan senaman yang meningkatkan kecergasan kardiovaskular dan fungsi badan yang optimum akan mencegah seseorang daripada mendapat serangan penyakit kronik. Selain itu, mengamalkan gaya hidup sihat juga membantu melindungi tubuh daripada kematian awal dan menggalakkan pemulihan sepenuhnya dengan cepat daripada penyakit.

Menurut anggaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, satu pertiga daripada penyakit kanser boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Orang ramai juga perlu mengelakkan risiko menghidap penyakit kanser dengan cara tidak mengambil tembakau dalam bentuk apa seklai pun, mengekalkan berat badan unggul sepanjang hayat dan melakukan senaman fizikal selama 20 minit sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Perangkaan yang dibuat menunjukkan bahawa pesakit yang menghidap penyakit kronik akibat tidak melakukan gaya hidup yang sihat semakin meningkat bilangannya diseluruh dunia terutamanya di negara-negara membangun dan miskin yang jelasnya kurang pengetahuan tentang penyakit kronik dan tidak mempunyai perkhidmatan perubatan yang mencukupi untuk mendapatkan rawatan. Penularan penyakit kronik boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Amalan gaya hidup yang sihat terbukti dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit dan usaha serta kerjasama semua pihak bagi membendungnya juga amat diperlukan.

Beberapa kepentingan penurunan kes kematian akibat penyakit iaitu mengurangkan beban kos rawatan, contohnya jika kita menghidap penyakit kronik sudah tentu rawatan terpaksa dibuat dan memerlukan kos rawatan yang sangat tinggi. Bagi individu yang tidak berkemampuan, rawatan yang sebaiknya tidak dapat dilakukan kerana kekurangan kos. Keluarga individu tersebut juga akan terbeban akibat kos rawatan yang terpaksa ditanggung. hal ini turut menjejaskan majikan sekiranya pekerja menghidapi penyakit kronik dan berlakunya kematian, majikan terpaksa mencari pekerja baru dan melatih semula dari awal dimana hal ini menyebabkan terdapat pembaziran masa dan tenaga. 8

MPU3313

3.0 Kesimpulan Kesimpulannya, mengamalkan gaya hidup sihat yang komprehensif memberikan banyak manfaat dan kepentingan kepada individu, keluarga dan masyarakat. Individu yang optimis diyakini akan mempengaruhi diri untuk membebaskan diri dari tekanan dan menghindarkan penyakit berbahaya yang boleh menjejaskan kehidupan harian. Hidup yang lebih teratur, tubuh yang cergas dan mental yang sihat memberikan kehidupan seseorang lebih berharga. Kesihatan tubuh badan menjadikan seseorang mempunyai kesempatan mencapai usia tua dengan tubuh yang sihat. Dengan mengamalkan pola hidup yang sihat seperti tidur dengan nyenyak, bekerja secara berdisplin,berfikir secara sihat dan positif, keyakinan yang tinggi dan komunikasi yang baik mampu menjadikan diri seseorang sentiasa sihat dan cergas meneruskan kehidupan seharian.

9

MPU3313

Apendiks Rujukan

Mok Soon Sang, (2008). Pengurusan Bimbingan & Kaunseling. Puchong Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Mok Son Sang, (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran & Pembelajaran. Puchong Selangor: Penerbitan Multimedia sdn. Bhd

Gross, R. (2001). Psychology The science of Mind and Behaviour. 4th ed. London: british Library Cathaloguing in Publication Data

Gagne, R. M. (1985). The Learning and Theory of Instuction. 4th Ed. New York: holt, Rinehart & Winston.

Rujukan internet Komunikasi Interpersonal: definisi, tujuan dan faktor yang mempengaruhi Komunikasi Efektif (online). http://jurnal-sdm.blogspot.my/2010/01/komunikasi-interpersonal-definisi.html (Dirujuk pada 02 April 2017)

10...


Similar Free PDFs