PCE Text Book (Bahasa) PDF

Title PCE Text Book (Bahasa)
Author Yee Tiger
Pages 225
File Size 4.3 MB
File Type PDF
Total Downloads 127
Total Views 268

Summary

PCEIA Edisi Baharu 2014 PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS Edisi Baharu 2014 © 2014 The Malaysian Insurance Institute Buku teks Peperiksaan Pra Kontrak Untuk Ejen Insurans (PCEIA) ini diterbitkan oleh The Malaysian Insurance Institute (35445-H), j...


Description

PCEIA Edisi Baharu 2014

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Edisi Baharu 2014 © 2014 The Malaysian Insurance Institute Buku teks Peperiksaan Pra Kontrak Untuk Ejen Insurans (PCEIA) ini diterbitkan oleh The Malaysian Insurance Institute (35445-H), juga dikenali sebagai MII. Buku teks ini dihasilkan untuk membantu ejen insurans menghadapi peperiksaan pra kontrak yang dikendalikan oleh MII. Bahagian A adalah wajib untuk semua ejen; Bahagian B untuk ejen-ejen Insurans Am dan Bahagian C untuk ejen Insurans Hayat. Edisi baharu ini dicetak pada 2014, menggantikan edisi ke 8 yang telah dicetak pada tahun 2009. HAK CIPTA TERPELIHARA Maklumat yang terkandung di dalam buku teks pembelajaran ini adalah hak cipta dan tidak boleh diterbitkan semula keseluruhannya atau sebahagian daripadanya, termasuk salinan foto atau rakaman, untuk sebarang tujuan tanpa kebenaran bertulis daripada The Malaysian Insurance Institute. Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum mana-mana bahagian penerbitan ini boleh disimpan dalam sistem yang boleh didapati semula dalam sebarang bentuk. Buku teks ini diedarkan untuk tujuan pembelajaran pembeli asal buku ini sahaja dan ia tidak boleh dijual, dipinjamkan, disewa atau diberi kepada orang lain. Semua usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan isi kandungan teks ini; walau bagaimanapun, penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang ditanggung dalam apa jua cara oleh mana-mana individu yang bergantung semata-mata kepada maklumat yang terkandung dalam penerbitan ini. Teks ini diterbitkan semata-mata bagi tujuan persiapan menghadapi peperiksaan dan tidak boleh dianggap sebagai muktamad disisi undang-undang. DICETAK DI MALAYSIA OLEH REKA CETAK SDN. BHD. No. 14, Jalan Jemuju Empat 16/13D, Seksyen 16 40200 Shah Alam, Selangor D.E., MALAYSIA [email protected] PENGHARGAAN The Malaysian Insurance Institute ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) atas sumbangan tidak ternilai, sokongan dan bantuan yang diberikan dalam menjayakan penerbitan teks edisi baharu ini. Ucapan terima kasih kepada Caroline Darlington, Datin Veronica Selvanayagy, Yap Wai Teck, Yap Hong Chiew, Goay Peng Hock, Teh Chooi Hoon dan Tan Lee Lee.

Perpustakaan Negara Malaysia

Cataloguing-in-Publication Data

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS - PCEIA Edisi 2014. ISBN 978-983-2432-06-7 1. Insurance--Malaysia. 2. Insurance agents--Malaysia. 3. Life insurance--Malaysia. I. Institut Insurans Malaysia. 368.9595

ISI KANDUNGAN TABLE OF BAHAGIAN A – ASAS-ASAS INSURANS (Bab 1 hingga 6) Bab 1

Risiko dan Insurans 1.1 Pengertian Risiko 1.2 Pengkelasan Risiko 1.3 Peril, Bahaya dan Kerugian 1.4 Pengurusan Risiko 1.5 Kaedah Mengawal Risiko 1.6 Insurans dan Takaful 1.7 Fungsi Pemindahan 1.8 Manfaat Insurans 1.9 Ciri-ciri Risiko Boleh Diinsuranskan 1.10 Insurans Hayat dan Insurans Am 1.11 Pasaran Insurans 1.12 Pencapaian Industri Insurans 1.13 Soalan Penilaian Diri

1 1 1 2 2 3 4 5 7 8 11 11 12 13

Bab 2

Prinsip-prinsip Asas Insurans 2.1 Apakah Enam Prinsip Asas Insurans? 2.2 Penuh Percaya Mutlak 2.3 Kepentingan Boleh Insurans 2.4 Indemniti 2.5 Subrogasi 2.6 Sumbangan 2.7 Sebab Hampiran 2.8 Soalan Penilaian Diri

15 15 15 19 23 23 25 26 29

Bab 3 Perundangan dan Perlindungan Pengguna 3.1 Undang-undang Insurans 3.2 Akta Syarikat 1965 3.3 Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 3.4 Literasi Kewangan dan Pendidikan 3.5 Aduan dan Pertikaian Kewangan Pengguna 3.6 Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 3.7 Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 3.8 Akta Persaingan 2010 3.9 Soalan Penilaian Diri

31 31 35 36 37 37 40

Bab 4

49 49 49

Kontrak Insurans 4.1 Undang-undang Kontrak 4.2 Pembentukan Kontrak Insurans

42 44 46

iii



4.3 4.4 4.5

Kontrak Batal, Boleh Batal dan Tidak Boleh Dikuatkuasakan Struktur Polisi Soalan Penilaian Diri

52 54 56

Bab 5

Undang-undang Agensi 5.1 Undang-undang Agensi 5.2 Tanggungjawab Ejen Insurans terhadap Prinsipal 5.3 Tanggungjawab Prinsipal terhadap Ejen 5.4 Kuasa Ejen 5.5 Kontrak Insurans yang Dibentuk Melalui Ejen 5.6 Penamat Perkhidmatan Ejen 5.7 Amalan Perniagaan yang Dilarang 5.8 Soalan Penilaian Diri

59 59 60 61 61 63 63 63 65

Bab 6

Insurans Perubatan dan Kesihatan 6.1 Pengenalan 6.2 Jenis-jenis Produk Insurans Kesihatan dan Perubatan (MHI) 6.3 Organisasi Pengurusan Kesihatan 6.4 Peraturan di Bawah Insurans Perubatan dan Kesihatan 6.5 Prosedur dan Pengunderaitan Polisi 6.6 Insurans Perubatan dan Kesihatan Berkelompok 6.7 Langkah Mengurangkan Kos 6.8 Pembaharuan Polisi Insurans Perubatan dan Kesihatan 6.9 Penamatan Polisi Secara Automatik 6.10 Pengecualian Cukai Pendapatan Persendirian 6.11 Soalan Penilaian Diri

69 69 69 71 72 74 76 77 79 80 80 81

BAHAGIAN B – INSURANS AM (Bab 7 hingga 10) Bab 7

Perniagaan Insurans Am 7.1 Pengenalan 7.2 Insurans Motor 7.3 Insurans Harta 7.4 Insurans Marin 7.5 Insurans Liabiliti 7.6 Insurans Kemalangan Pelbagai 7.7 Insurans Kejuruteraan 7.8 Soalan Penilaian Diri

83 83 83 89 95 100 102 106 110

Bab 8

Pengunderaitan Insurans Am 8.1 Pengenalan 8.2 Proses Pengunderaitan 8.3 Garis Panduan Pengunderaitan 8.4 Penetapan Premium Insurans Am 8.5 Penggunaan Tarif 8.6 Pengiraan Premium Motor 8.7 Pengiraan Premium Kebakaran 8.8 Pertimbangan Pengunderaitan dan Faktor Pengkadaran 8.9 Insurans Semula 8.10 Dokumen Insurans Am 8.11 Soalan Penilaian Diri

113 113 113 114 114 115 115 116 117 118 119 122

iv

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Bab 9

Tuntutan Insurans Am 9.1 Pengenalan 9.2 Langkah-langkah Penyelesaian Tuntutan 9.3 Dokumen Tuntutan 9.4 Penyelesaian Tuntutan 9.5 Mendapatkan Kembali Bayaran Tuntutan 9.6 Aplikasi Averaj (Purata) dalam Tuntutan 9.7 Biro Insurer Motor 9.8 Perjanjian Langgar-sama-Langgar (KFK) 9.9 Pangkalan Data Berpusat Membuat Anggaran Kos Pembaikan Kenderaan 9.10 Pertikaian Mengenai Tuntutan 9.11 Tindakan Selepas Penyelesaian Tuntutan 9.12 Garis Panduan Amalan Penyelesaian Tuntutan 9.13 Soalan Penilaian Diri

Bab 10 Peraturan dan Pendaftaran Ejen Insurans Am 10.1 Pengenalan 10.2 Peraturan Pendaftaran Ejen Insurans Am (GIARR) 10.3 Fungsi Ejen Insurans Am 10.4 Pendaftaran Ejen Insurans Am 10.5 Kelayakan Kemasukan Minimum (Berkuatkuasa mulai 1 April 2003) 10.6 Sijil Pendaftaran 10.7 Sijil Pendaftaran Dwi-Tahunan 10.8 Penetapan Kawasan Menjalankan Perniagaan 10.9 Pemberitahuan Perubahan oleh Ejen 10.10 Konflik Kepentingan 10.11 Penolakan atau Pembatalan Pendaftaran 10.12 Syarat Minimum Pengekalan Jawatan 10.13 Kod Amalan 10.14 Premium atau Bayaran yang Dikutip bagi Pihak Prinsipal 10.15 Pematuhan Syarat ‘Tunai Sebelum Lindung’ (CBC) untuk Polisi Insurans Motor 10.16 Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) 10.17 Penama Korporat 10.18 Penentangan terhadap Peraturan dan Pendaftaran Ejen Insurans Am (GIARR) 10.19 Siasatan terhadap Aduan 10.20 Soalan Penilaian Diri

125 125 125 127 128 129 130 130 131 132 133 134 134 136 139 139 139 140 140 141 141 141 142 142 143 144 145 145 148 149 150 150 151 151 153

BAHAGIAN C – INSURANS HAYAT (Bab 11 hingga 16) Bab 11

Aspek-aspek Perundangan Insurans Hayat 11.1 Pengenalan 11.2 Salah Nyata Umur 11.3 Bantahan terhadap Polisi Insurans Hayat 11.4 Kepentingan Boleh Insurans 11.5 Kapasiti Kanak-kanak (Minor) untuk Diinsuranskan 11.6 Wang Polisi Dibayar tanpa Potongan 11.7 Penyerahan Polisi Insurans Hayat 11.8 Tidak Membayar Premium 11.9 Polisi Jelas Dibayar

157 157 157 157 158 158 159 159 160 160

v



11.10 11.11 11.12 11.13

Bab 12

Produk Insurans Hayat 12.1 Pengenalan 12.2 Jenis-jenis Polisi Insurans Hayat 12.3 Insurans Penyakit Kritikal 12.4 Insurans Hayat Kumpulan 12.5 Kontrak Tambahan 12.6 Kontrak Sertaan dan Bukan Sertaan 12.7 Kaedah Pengagihan Surplus/Lebihan 12.8 Soalan Penilaian Diri

167 167 167 171 172 173 173 174 176

Bab 13

Pengkadaran Premium Insurans Hayat 13.1 Pengenalan 13.2 Menilai Risiko 13.3 Premium Paras 13.4 Premium Kasar dan Premium Bersih 13.5 Beban Luar Jangka 13.6 Premium Insurans Berkumpulan 13.7 Pelepasan Cukai Pendapatan Individu 13.8 Soalan Penilaian Diri

179 179 179 181 181 181 182 182 184

Bab 14

Pengunderaitan dan Dokumen Insurans Hayat 14.1 Pengenalan 14.2 Pemilihan Risiko 14.3 Garis Panduan Pengunderaitan 14.4 Menanggung Risiko 14.5 Peranan Ejen Insurans dalam Proses Pengunderaitan 14.6 Dokumen Insurans 14.7 Soalan Penilaian Diri

187 187 187 188 190 191 191 193

Bab 15

Tuntutan Insurans Hayat 15.1 Pengenalan 15.2 Jenis-jenis Tuntutan 15.3 Tuntutan Kematian 15.4 Tuntutan Matang 15.5 Tuntutan Penyakit Kritikal 15.6 Tuntutan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh 15.7 Tuntutan Kemalangan Diri 15.8 Buku Daftar Tuntutan 15.9 Soalan Penilaian Diri

195 195 195 196 197 198 198 198 199 200

Bab 16

Kod Amalan Ejen Insurans Hayat 16.1 Pengenalan 16.2 Kod Etika 16.3 Kod Amalan 16.4 Penjualan Insurans Hayat 16.5 Menyediakan Perlindungan Insurans 16.6 Keperluan Pendedahan

203 203 203 204 204 205 205

vi

Keperluan Pendedahan Keperluan Berkaitan Polisi Fasal Tanpa Tanding di bawah Kontrak Insurans Hayat Soalan Penilaian Diri

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

161 161 161 163

Jawapan Indeks

16.7 Aspek Perakaunan dan Kewangan 16.8 Pemegang Polisi Sedia Ada 16.9 Tuntutan 16.10 Soalan Penilaian Diri

206 206 207 208 211 213

vii

Risiko dan Insurans

1.1 Pengertian Risiko

Risiko bermaksud bahaya yang mungkin menyebabkan berlakunya kerugian atau kecederaan, tahap kebarangkalian berlaku kerugian, individu, perkara pokok atau faktor yang menyebabkan berlakunya kerugian atau keadaan yang merbahaya. Risiko juga dinyatakan dalam suatu bentuk perumpamaan. Contohnya, mendedahkan diri kepada sesuatu bahaya atau melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti yang boleh mengundang kecelakaan boleh diumpamakan seperti ‘melintas di jalan yang sibuk dengan lalu lintas’.



Syarikat insurans boleh meramalkan jangkaan kerugian sekiranya terdapat sejumlah besar pendedahan risiko yang sama ciri-cirinya; walau bagaimanapun, terdapat unsur-unsur ketidakpastian kerana kerugian sebenar mungkin tidak sama dengan kerugian yang dijangka.









Risiko boleh didefinisikan sebagai kepelbagaian akibat yang timbul dari sesuatu situasi atau keadaan tertentu dan ia dirujuk sebagai:• Kemungkinan berlakunya kerugian • Terdedah kepada bahaya • Perkara pokok insurans

BAB 1

BAB 1

1.2 Pengkelasan Risiko boleh dikelaskan kepada empat kategori utama iaitu: Risiko 1. Risiko Tulen iaitu asas kepada perlindungan insurans.

2. Risiko Spekulatif iaitu terdapat kemungkinan untuk meraih keuntungan kewangan 3. Risiko Asas ialah risiko yang tidak dapat dinilai atau ditaksirkan dari sudut kewangan

RISIKO DAN INSURANS

1

BAB 1

4. Risiko Khusus ialah risiko yang hanya memberi kesan kepada individu tertentu sahaja, berbeza dengan risiko asas yang memberi kesan kepada masyarakat secara keseluruhannya. Risiko

Akibat

Risiko Tulen



Risiko Spekulatif



Risiko Asas



Risiko Khusus



Contoh

Mungkin mengakibatkan kerugian kewangan atau tidak mengalami sebarang kerugian.

Kebakaran kilang atau risiko mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya.

Mungkin memberi kesan kepada sebahagian besar masyarakat pada satu-satu masa.

Wabak penyakit, bencana alam, peperangan, kekacauan, inflasi atau penyerahan kuasa.

Mungkin menyebabkan kerugian, meraih keuntungan atau tiada kerugian.

Mungkin memberi kesan kepada individu, keluarga atau sekumpulan individu yang mengembara bersama.

Melabur di pasaran saham atau pasaran matawang asing.

Kematian, sakit atau kemalangan.

1.3 Peril, Bahaya dan Kerugian BAHAYA keadaan yang meningkatkan kemungkinan berlaku kerugian

PERIL punca kerugian

Risiko Kebakaran Kecurian Kemalangan Sakit Banjir Gempa bumi

Bahaya

Contoh

Fizikal

Risiko berlaku kebakaran semakin meningkat apabila wujud bahaya fizikal seperti bangunan yang diperbuat dari kayu, berbanding dengan bangunan konkrit atau batu bata.

Moral

Bahaya moral wujud dalam insurans motor sekiranya pemandu adalah seorang penagih dadah; atau dalam insurans kesihatan di mana individu yang diinsuranskan berniat untuk membuat tuntutan palsu.

Perundangan

Bahaya perundangan wujud dalam insurans motor – risiko liabiliti pihak ketiga, di mana sejumlah besar award mahkamah berkaitan kecederaan diri dianugerahkan.

1.4 Pengurusan Risiko

2

KERUGIAN susut atau hilang nilai ekonomi

Pengurusan risiko ditakrifkan sebagai “proses mengenalpasti dan kawalan ekonomi ke atas risiko yang berpotensi mengancam sumber pendapatan sesuatu perniagaan’’. Proses pengurusan risiko melibatkan tiga langkah utama:

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

2. MENGANALISA • Menilai tahap kerugian aset disebabkan ancaman tertentu • Menganalisa dan menilai aspek kuantitatif dan kualitatif • Memilih risiko yang boleh diterima

BAB 1

1. MENGENALPASTI • Ciri-ciri ancaman • Pemeriksaan fizikal • Kajian semula struktur organisasi dan proses operasi

3. KAWAL • Mengurus risiko yang tidak boleh diterima • Mengawasi risiko yang tidak boleh dikawal • Melaksanakan pelan kecemasan untuk mengurangkan kerugian kewangan

1.5 Kaedah Mengawal Risiko

Terdapat beberapa kaedah mengawal risiko, tetapi antara kaedah utama kawalan risiko adalah seperti berikut:

1.5.1 Elak

Risiko dapat dielakkan dengan tidak menyertai mana-mana aktiviti yang dianggap berisiko seperti penglibatan dalam sektor pembuatan bagi mengelakkan risiko dikenakan tindakan saman kerugian atau kecederaan akibat kecacatan produk yang dihasilkan, atau pengilang memberhentikan pengeluaran produk dan/atau menarik balik barangan dipasaran sekiranya berlaku kecacatan kepada produk yang telah dijual atau kecacatan produk telah dikenalpasti.

1.5.2 Cegah

Risiko dapat dicegah dengan melaksanakan amalan pengurusan risiko secara berhemah, dengan menjadikannya sebagai amalan tindakan proaktif bagi mencegah dari berlakunya kerugian.

1.5.3 Kawal

Risiko mengalami kerugian yang teruk boleh dikurangkan dengan melaksanakan pelan pemulihan bencana dan pelan penerusan perniagaan bagi memastikan urusniaga berjalan seperti biasa dalam tempoh masa yang singkat. Sebagai tambahan, penggunaan bahan kalis api atau pemasangan sistem perenjis air otomatik dipremis perniagaan dapat membantu mengurangkan kebarangkalian berlakunya kebakaran mengikut kemampuan kewangan seseorang.

1.5.4 Bendung

Kerugian kecil boleh dibendung atau ditanggung mengikut kemampuan kewangan seseorang.

1.5.5 Pemindahan

Insurans adalah mekanisma pemindahan risiko dari individu yang diinsuranskan kepada syarikat insurans. Insurans semula pula adalah proses memindahkan risiko dari penanggung insurans kepada syarikat insurans semula dengan objektif untuk mencapai kesejahteraan emosi, menstabilkan kos dan lain-lain manfaat insurans.

RISIKO DAN INSURANS

3

BAB 1

1.6 Insurans dan Takaful

Apakah yang dimaksudkan dengan insurans? Ketika zaman awal pengenalan insurans, objektif utama yang ingin dicapai oleh individu yang menanggung risiko mengalami kerugian (tahap kerugian kewangan) dan kebarangkalian untuk mengalami kerugian ialah risiko tersebut boleh diukur dan dinilai secara yang lebih wajar. Insurans marin bermula apabila pemilik kargo memindahkan risiko kehilangan dan kerosakan kargo ketika dalam pelayaran dengan membayar sejumlah kecil premium kepada sekumpulan peniaga (underwriter) yang sanggup menanggung risiko berkenaan. Bermula dari detik tersebut, peranan insurans terus berkembang dan proses mengurus ‘ketidakpastian’ yang berkaitan dengan risiko terus dikemaskini. Walau bagaimanapun, peranan asal insurans sebagai suatu mekanisma pemindahan risiko masih kekal sehingga kini.



Sungguhpun insurans menyediakan bayaran pampasan sekiranya berlaku kematian yang tidak dijangka dan/atau perlindungan kewangan dari berlakunya kerugian atau kerosakan disebabkan kebakaran atau banjir, masih terdapat individu atau harta yang tidak diinsuranskan atau terkurang insurans, di mana tuntutan insurans tidak boleh dilakukan. Oleh yang demikian, adalah penting agar pengurusan risiko dapat membantu mencapai objektif insurans dengan menguatkuasakan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kemungkinan berlakunya kerugian. Insurans juga membantu meminimumkan risiko gangguan perniagaan dan dengan ini kehidupan dapat diteruskan seperti biasa.



Di Malaysia, terdapat beberapa jenis insurans yang diwajibkan di bawah undang-undang sedia ada. Contohnya, insurans motor adalah diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memastikan mangsa kemalangan jalan raya menerima bayaran gantirugi dari pemandu cuai dan didapati bersalah. Indemniti professional juga diwajibkan dalam kerjaya perundangan, broker insurans dan penasihat kewangan bagi memastikan pengguna mempunyai hak untuk membuat tuntutan mahkamah dan mendapat bayaran gantirugi yang sewajarnya.



Apa itu Takaful? ‘Takaful’ adalah katanama bahasa Arab yang bermaksud “untuk melindungi” atau “untuk menjamin”. Takaful adalah alternatif kepada kontrak insurans masakini berasaskan prinsip saling membantu, di mana peserta (pemilik polisi) memiliki dana takaful yang diuruskan oleh pengendali takaful. Peserta menyerahkan hak individu untuk mendapatkan hak bersama ke atas sumbangan dan manfaat. Sebuah syarikat takaful dikenali sebagai ‘pengendali’, yang bertindak sebagai pemegang amanah, pengurus dan usahawan.

4

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS

Operasi dan amalan perniagaan takaful adalah bebas dari pengaruh Riba (faedah/bunga) dan lain-lain pengaruh tidak Islamik. Takaful mendokong konsep Mudharabah (berkongsi keuntungan dan kerugian), Tabarru’ (menderma) dan lain-lain prinsip Shariah.



Majlis Pengawasan Syariah (SAC) Bank Negara Malaysia Majlis Pengawasan Syariah (Syariah Advisory Council – SAC) dianggotai oleh para alim ulama terkemuka, pakar undang-undang dan ahli perniagaan yang merupakan individu-individu yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman luas di dalam sektor perbankan, kewangan, ekonomi, undang-undang dan aplikasi syariah dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam. Ditubuhkan pada Mei 1997 sebagai Majlis Jawatankuasa Syariah tertinggi dalam kewangan Islam di Malaysia, SAC telah diberi kuasa untuk melaksanakan undang-undang Islam bagi tujuan perniagaan perbankan Islam, perniagaan takaful, perniagaan kewangan Islam, perniagaan pembangunan kewangan Islam atau apa-apa bentuk perniagaan lain yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).



Sebagai sebuah badan rujukan dan majlis penasihat kepada BNM mengenai perkar...


Similar Free PDFs