persepsi pelajar terhadap pendidikan islam PDF

Title persepsi pelajar terhadap pendidikan islam
Author A. Ahmad
Pages 92
File Size 527.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 290
Total Views 429

Summary

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM, PERAK LIK 5016 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAJUK TUGASAN: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM KAJIAN DI DUA BUAH SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR DISEDIAKAN OLEH: NOR HAFIZAH BINTI ABDUL RAHIM L20081002181 ASNUURIEN NAJMA BIN...


Description

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM, PERAK

LIK 5016 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAJUK TUGASAN: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM KAJIAN DI DUA BUAH SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR

DISEDIAKAN OLEH: NOR HAFIZAH BINTI ABDUL RAHIM ASNUURIEN NAJMA BINTI AHMAD

L20081002181 L200810022

DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ MISNAN JEMALI KETUA JABATAN TITAS FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM

SEMESTER II 2007/2008

1

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA KANDUNGAN 1. Abstrak

HALAMAN 1

2-20 2. Bab Satu – Pendahuluan

1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6

Pengenalan Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Signifikan Kajian Skop dan Batasan Kajian Teori-teori Pembelajaran (Teori Konseptual) 1.6.1 Konsep Pembelajaran 1.6.2 Kaedah Pendidikan Islam 1.6.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam 1.6.4 Kaedah Pengajaran Ibn Khaldun 1.7 Definisi Istilah 1.7.1 Persepsi 1.7.2 Persepsi Pelajar 1.7.3 Pendidikan 1.7.4 Pendidikan

1.8 Kesimpulan

21-43 3. Bab Dua – Kajian Literatur

3.0 3.1 3.2 3.3 3.4

Pengenalan Falsafah Pendidikan Islam Dasar-dasar Pendidikan Islam Matlamat Pendidikan Islam Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia

2

3.5 3.6 3.7 3.8

3.4.1 Pendidikan Islam Awal di Tanah Melayu 3.4.2 Sistem Sekular 3.4.3 Zaman Penjajahan 3.4.4 Zaman Selepas Merdeka Kurikulum Mata Pelajaran Pendidikan Islam Fungsi Pendidikan Islam Kajian-kajian Lepas Berkenaan Persepsi atau Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam Kesimpulan 44-50

4. Bab Tiga – Metodologi Kajian

3.0 3.1

Pengenalan Reka bentuk kajian 3.1.1

Kajian Deskriptif

3.1.2

Kajian Tinjauan

3.2

Sampel Kajian

3.3

Instrumen Kajian 3.3.1

Soal Selidik Pelajar

3.3.2

Soal Selidik Guru

3.4

Prosedur Melaksanakan Kajian

3.5

Temu bual

3.6

Kebolehpercayaan dan kesahan

51-63 5. Bab Empat – Dapatan Kajian

4.0 4.1 4.2 4.3 4.4

Pendahuluan Latar Belakang Sampel Kajian Persepsi Pelajar Terhadap mata Pelajaran Pendidikan Islam Persepsi Pelajar Terhadap Cara Pengajaran Guru Pendidikan Islam Persepsi Guru Pendidikan Islam Terhadap Pelajar Semasa Mempelajari Mata Pelajaran Pendidikan Islam

3

4.5

Analisis Dapatan Temu Bual Pelajar

64-70 5.0 Bab Lima – Rumusan dan Cadangan

5.0 5.1 5.2 5.3 5.4

Pengenalan Kualiti Pengajaran Kesesuaian Aras Pengajaran Insentif Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam 5.5 Persepsi Pelajar Terhadap Cara Pengajaran Pendidikan Islam 5.6 Persepsi Guru Terhadap Pelajar Semasa Mempelajari Pendidikan Islam 5.7 Cadangan Untuk Memupuk Minat Positif Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Ini 5.8 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 5.9

Kesimpulan

6.0

Bibliografi

7.0

Lampiran

4

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DI DUA BUAH SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR Nor Hafizah binti Abdul Rahim Asnuurien Najma binti Ahmad

L20081002181 L20081002213

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Program Pendidikan Islam) Jabatan TITAS, Fakulti Sains Sosial & Kemasyarakatan Universiti Pendidikan Sultan Idris Penyelia Ustaz Misnan bin Jemali ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat persepsi pelajar-pelajar Tingkatan Dua terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Persepsi yang dikaji diukur berdasarkan kepada pernyataan-pernyatan berikut; anda berminat dengan mata pelajaran Pendidikan Islam, anda suka mengulangkaji mata pelajaran Pendidikan Islam, anda suka mata pelajaran Pendidikan Islam ditambah lagi masanya, anda sentiasa berasa seronok belajar Pendidikan Islam dan nada berasa mata pelajaran Pendidikan Islam sangat bermanfaat dengan menambah pengetahuan Islam dalam diri. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat persepsi pelajar-pelajar Tingkatan Dua terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dengan beberapa pemboleh ubah bebas yang dipilih iaitu jantina, tahap pendidikan ibu bapa, taraf sosioekonomi keluarga, lokasi sekolah dan persepsi pelajar terhadap pengajaran guru Pendidikan Islam. Kajian ini juga melihat persepsi guru terhadap pelajar semasa mempelajari Pendidikan Islam. Sample yang diambil dalam menjalankan kajian ini terdiri daripada 100 orang pelajar Tingkatan Dua dan seramai 7 orang guru Pendidikan Islam yang dipilih dari dua buah sekolah daerah Hulu Selangor iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu. Signifikan hubungan ini akan dilihat dan dianalisis berdasarkan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dengan pengajaran guru Pendidikan Islam.

5

BAB SATU PENDAHULUAN 1.0

Pengenalan Pengkaji berasakan satu kajian khusus mengenai mata pelajaran Pendidikan Islam adalah amat perlu kerana mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan satu mata pelajaran yang dapat membentuk diri seorang insan menjadi insan kamil dan bertanggungjawab atas dirinya terhadap urusan dunia dan akhirat. Hal ini amat penting kerana mata pelajaran Pendidikan Islam ini bukan sahaja dipelajari oleh pelajar supaya lulus dalam peperiksaan semata-mata, tetapi untuk melahirkan seorang manusia yang benar-benar memahami tugasnya sebagai khalifatullah atas muka bumi ini dengan melaksanakan segala ilmu yang telah dipelajarinya. Secara tidak langsung, mata pelajaran Pendidikan Islam ini sebenarnya adalah untuk melahirkan individu yang soleh dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan di dunia pula adalah untuk melahirkan individu yang dapat beramal dengan amalan-amalan Islam.1

Menurut Zainal Abdul Kadir, mata pelajaran Pendidikan Islam ini telah berjalan sejak zaman penjajah lagi iaitu selama lebih 400 tahun sehinggalah wujudnya Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960. 2 Dalam kedua-dua penyata tersebut, jelaslah menunjukkan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam telah diletakkan di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, kewujudan Akta Pelajaran 1961 telah memasukkan mata pelajaran Agama Islam dalam jadual waktu dengan peruntukan masa belajarnya sebanyak 120 minit seminggu bermula pada tahun 1962.3 Hal ini menunjukkan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam kini tidak lagi tertinggal atau diabaikan oleh pemerintah. Kesannya, pelajar-pelajar Islam sama ada di sekolah-sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, sekolah rakyat

Ahmad Mohd Saleh. (2004), Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI):Pendidikan Islam – Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran, Edisi Semakan, Shah Alam: Oxford Fajar, m.s 25. 2 Ibid., m.s. 54. 3 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mangkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (7 November 1979), Cetakan Ketiga, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia, m.s.176.

1

6

mahupun swasta berpeluang mendapat pendidikan Islam tanpa perlu menghadiri sekolah-sekolah agama pada sebelah petang. Laporan Jawatankuasa Kabinet telah menegaskan seperti berikut : “Memandangkan pentingnya mata pelajaran Pendidikan Islam ini, maka diperakukan semua murid Islam bukan sahaja mesti mengikuti mata pelajaran ini tetapi hendaklah diwajibkan mengambilnya dalam peperiksaan awam”4

Laporan ini seterusnya menyatakan : “Untuk meninggikan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Agama Islam adalah diperakukan bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini diberi latihan ikhtisas yang cukup, seterusnya tugas-tugas penyeliaan ini juga perlu penting”5

Setelah mata pelajaran Pendidikan Islam diwajibkan kepada semua pelajar Islam, timbul pula permasalahan mata pelajaran Pendidikan Islam tidak diminati dan kurang penghayatan dalam kalangan pelajar. Dalam hal ini, boleh dikatakan mutu pengajaran Pendidikan Islam di sekolah masih boleh dikatakan berada pada tahap yang rendah.6

1.1

Pernyataan Masalah Pendidikan Islam merupakan salah satu mata pelajaran yang terdapat dalam sistem pendidikan negara kita dan wajib dipelajari dan diajar di sekolahsekolah yang terdapat pelajar-pelajar yang beragama Islam. Peruntukan ini dapat dilihat berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Seksyen 50 (1): “Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri”.7

Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988 bagi mata pelajaran bahasa dan pada tahun 1989 bagi semua mata pelajaran termasuk Pendidikan Islam merupakan satu reformasi dalam Sistem Pendidikan di Malaysia. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, satu 4

Ibid., m.s 71. Ibid., m.s 73. 6 Kementerian Pendidikan Malaysia. (1988), Kajian Status Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Malaysia, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 7 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih (2003), Seksyen 50(1), Petaling Jaya : International Law Books Services, m.s. 36. 5

7

perubahan besar telah dibuat yang melibatkan perubahan sukatan pelajaran di mana peruntukan masa dalam Kurikulum Lama Sekolah Menengah hanya 3 waktu kepada 6 waktu seminggu di sekolah menengah peringkat menengah rendah 4 (3+1 (Amali) + 2 (Tambahan) dan di peringkat menengah atas 4(3+1 (Amali) atau 40 minit adalah berdasarkan Peraturan-peraturan Pendidikan 1997 PERKARA 3:4 (Akta Pendidikan 1996).8

Dalam hal ini, kurikulum Pendidikan Islam yang lama jika dilihat hanya memberi penekanan terhadap aspek maklumat dan pengetahuan sematamata manakala dalam KBSM lebih menumpukan kepada kefahaman dan penghayatan ilmu itu sendiri. Oleh sebab kehendak atau matlamat kurikulum pada masa itu, maka guru-guru juga telah menumpukan peranan mereka untuk mengajar dan memberikan ilmu pengetahuan mengenai Islam semata-mata seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Jika dilihat pelajar-pelajar pula, lebih banyak menghafaz fakta daripada menghubungkaitkan fakta-fakta tersebut dengan penghayatan Islam yang sebenar. Mereka mempelajari Pendidikan Islam hanya sekadar untuk lulus dalam peperiksaan yang diambil.

Perubahan

kurikulum

lama

kepada

kurikulum

bersepadu

ini

menimbulkan pelbagai kejutan dan implikasi kepada tugas dan peranan guruguru Pendidikan Islam. Pendidikan Islam KBSM menuntut guru-guru Pendidikan Islam agar lebih berdedikasi dan cemerlang dalam melaksanakan tugasnya. Tugas guru-guru Pendidikan Islamlah yang amat penting untuk menggunakan kaedah penggabungjalinan dan perentasan dalam tradisi pengajaran Pendidikan Islam dengan mengaitkan pelajaran-pelajaran seperti Sains, Matematik, Geografi dan Sejarah. Pengajaran Pendidikan Islam seharusnya tidak bergantung kepada sukatan pelajaran semata-mata, tetapi perlu disepadukan dengan kegiatn di sekolah dan mata pelajaran lain. Tugas guru Pendidikan Islam dalam hal ini adalah mengislamkan sepenuhnya pelajar-pelajar agar menjadi seorang muslim yang berakhlak, berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa.

8

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

8

Pendidikan Islam dalam konteks hari ini perlu diperkenalkan sebagai ‘Ad-Deen’ bukan sahaja sebagai satu pengenalan ilmu yang diperkenalkan secara berpisah-pisah, tetapi ilmu yang memberi penekanan kepada amalan dan penghayatan Islam kepada pelajarnya secara menyeluruh.9 Aspirasi dan harapan Pendidikan Islam yang tinggi ini tidak akan tercapai jika pengajaran Pendidikan Islam masih lemah dan mata pelajaran ini kurang diberi tumpuan oleh pelajar. Kelemahan dan pencapaian pengajaran Pendidikan Islam masih diperkatakan oleh pelbagai pihak. Penghayatan nilai dan akhlak serta keberkesanan Pendidikan Islam dalam melahirkan pelajar muslim yang sebenar masih lagi dipertikaikan.

Satu perkara lagi yang perlu disedari oleh guru-guru Pendidikan Islam ialah pengajaran terhadap mata pelajaran ini. Guru-guru agama perlulah memperbanyak kaedah amalan, tunjuk cara, pengalaman, dan latih tubi yang berterusan dengan setiap satu topiknya berteraskan kepada kaedah amali sebenar seperti bacaan al-Quran, ibadah, akidah, akhlak dan sirah. Pendidikan Islam kini dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan melalui pelbagai cabaran pendidikan.

Untuk itu, kerajaan telah mengubah dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan sistem pendidikan di negara kita. Cabaran dunia pendidikan pada dekad 90-an ini semakin serius menjelangnya alaf baru tahun 2000. Biarpun begitu banyak perubahan yang telah dilakukan, namun mata pelajaran Pendidikan Islam masih lagi terpinggir dan tersisih.10 Jika dilihat, mata pelajaran Pendidikan Islam masih lagi berada pada tahap lama dan masih tidak menerima taraf sebagai mata pelajaran nasional seperti mana pentingnya mata pelajaran sains, matematik dan bahasa. Kepentingan ketiga-tiga mata pelajaran ini menjadi paling utama dalam pemilihan bagi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM yang dijadikan sebagai penentu gred dalam setiap peperiksaan tersebut.

9

Nazri Hamid. (2000), Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam di Dua Buah Sekolah, Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan. 10 Ghazali Darusalam. (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Cetakan Kedua, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., m.s. 118.

9

Timbullah persoalan di sini apabila mata pelajaran ini tidak diutamakan, maka Pendidikan Islam tidak begitu ditekankan khasnya dalam peperiksaan awam. Impak yang paling besar adalah para pelajar tadi hanya belajar sekadar untuk memenuhi jadual waktu persekolahan mereka sahaja. Kesannya, para pelajar mengambil lewa mata pelajaran ini, mudah terjebak dan terdedah dengan gejala sosial yang tidak sihat seperti pergaulan bebas, penipuan, terlibat dengan jenayah, keruntuhan moral dan sebagainya. Oleh yang demikian, guru Pendidikan Islam merupakan penggerak dan pelaksana Falsafah Pendidikan Islam itu sendiri, menjadikan pembelajaran dan pengajaran itu menarik dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu tercapai.

Malah timbul beberapa persoalan yang sering berlegar difikiran kita iaitu adakah para pelajar menerima mata pelajaran ini sebagai salah satu mata pelajaran yang diajarkan di sekolah? Bagaimanakah persepsi para pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dan adakah guru

turut

mempengaruhi persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam ini. Imej mata pelajaran Pendidikan Islam KBSM ini seharusnya tidak dipandang rendah lagi oleh semua pihak. Mutu pengajaran guru Pendidikan Islam perlu ditingkatkan kepada tahap yang lebih cemerlang agar kelas Pendidikan Islam tidak lagi membosankan pelajar-pelajar, malah akan bersa tenteram, tenang, seronok dan gembira apabila mengikuti kelas-kelas Pendidikan Islam.

1.2

Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut: 1.

Mengenal pasti penerimaan pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.

2.

Mengenal pasti kaedah pengajaran guru terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.

3.

Mengenal pasti hubungan persepsi pelajar terhadap mata pelajaranoh knik Pendidikan Islam dengan kaedah pengajaran guru.

10

1.3

Persoalan Kajian Kajian ini adalah untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan: 1. Apakah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam? 2. Bagaimanakah kaedah pengajaran guru Pendidikan Islam mengikut pandangan pelajar? 3. Apakah kaedah pengajaran guru turut mempengaruhi persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam?

1.4

Signifikan Kajian Maklum balas yang diterima daripada kajian yang dijalankan ini boleh digunakan oleh bakal-bakal guru Pendidikan Islam agar dapat mengambil langkah-langkah dan kaedah-kaedah pengajaran terbaik supaya dapat menarik minat lebih ramai lagi pelajar untuk mempelajari dan mendalami Pendidikan Islam. Hal ini demikian kerana, guru merupakan salah satu faktor yang dapat menarik minat pelajar ke arah mempelajari sesuatu ilmu.

Selain itu, kajian ini diharapkan dapat membantu para guru khususnya guru Pendidikan Islam untuk mendapat gambaran sebenar teknik dan pengajaran yang mereka gunakan sepanjang pengajaran dan pembelajaran mereka terhadap pelajar-pelajarnya. Walaupun kaedah dan teknik pengajaran ini adalah merupakan pandangan atau persepsi pelajar sahaja, namun diharapkan ianya dapat membantu bakal-bakal guru Pendidikan Islam terutama lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dapat mengubah corak pengajaran dan kaedah pengajaran mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam serta mengubah sikap agar lebih komitmen, berdedikasi, berketerampilan serta berakhlak dalam aspek kehidupan mereka.

Hasil kajian ini juga diharapkan boleh digunakan oleh para guru untuk merangka strategi yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Di samping itu, diharapkan kajian ini dapat membantu pihak sekolah dan guru Pendidikan Islam membaiki corak pengajarannya kerana ianya mempunyai perkaitan dengan pencapaian dan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran ini. Seterusnya diharapkan kajian ini memberi impak yang paling besar kepada 11

pelaksanaan dan dasar pendidikan untuk menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam ini sebagai satu mata pelajaran yang wajib mendapat kepujian pada peringkat peperiksaan SPM untuk melayakkan seseorang pelajar bagi memohon kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi terutama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

1.5

Skop dan Batasan Kajian Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah membataskan kajian ini kepada beberapa bahagian tertentu iaitu kawasan kajian di mana pengkaji telah memilih daerah Hulu Selangor sebagai kawasan kajian. Dalam daerah ini terdapat banyak sekolah, namun hanya dua buah sekolah sahaja yang dijadikan bahan kajian iaitu SMK Gedangsa dan SAMT Kuala Kubu Bharu. Justifikasi pengkaji memilih kedua-dua buah sekolah ini adalah bertujuan untuk melihat perbandingan antara persepsi pelajar sekolah menengah harian dengan persepsi pelajar sekolah menengah agama terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Selain itu, pengkaji mendapati belum terdapat lagi kajian yang dijalankan di kedua-dua buah sekolah tersebut beberapa tahun kebelakangan ini.

Seterusnya, pengkaji membataskan kajian ini kepada pelajar-pelajar Tingkatan Dua sahaja daripada kedua-dua buah sekolah ini. Pengkaji terpanggil untuk mengkaji pelajar Tingkatan Dua kerana mereka akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun hadapan. Justeru, kajian ini diharapkan agar dapat mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dan seterusnya menimbulkan minat mereka terhadap mata pelajaran ini. Jika persepsi pelajar positif terhadap mata pelajaran ini, secara tidak langsung akan meningkatkan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam.

12

1.6

Teori-teori Pembelajaran (Teori Konseptual) 1.6.1

Konsep Pembelajaran Pembelajaran berlaku pada setiap hari, setiap detik baik secara sedar mahupun secara tidak sedar. Pembelajaran adalah satu pemindahan dan penambahan ilmu,

nilai,

kemahiran dan sikap. Pembelajaran

sebenarnya tidak semestinya terbatas kepada apa yang dirancangkan sahaja, tidak semestinya berlaku dalam suasana yang formal, berstruktur dan teratur. Menurut Guy Le Francois dalam bukunya Psycological Theories and Human Learning menyatakan bahawa pembelajaran mer...


Similar Free PDFs