Prosiding seminar psh PDF

Title Prosiding seminar psh
Author Nurul Liyana
Pages 18
File Size 4.3 MB
File Type PDF
Total Downloads 183
Total Views 403

Summary

I E PROSIDING SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PERINGKAT KEBANGSAAN (SPSH 2020) Penerbit Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti Galeria Pjh, Aras 7, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya & Kolej Komuniti Masjid Tanah, Politeknik Dan Kolej Komuniti Melaka & ...


Description

I

E PROSIDING SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PERINGKAT KEBANGSAAN (SPSH 2020)

Penerbit Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti Galeria Pjh, Aras 7, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya & Kolej Komuniti Masjid Tanah, Politeknik Dan Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan

I

E PROSIDING SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PERINGKAT KEBANGSAAN (SPSH 2020) © Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti, Kolej Komuniti Masjid Tanah, Politeknik Dan Kolej Komuniti Melakan & Negeri Sembilan 2020

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti, Kolej Komuniti Masjid Tanah, Politeknik dan Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan

eISBN 978-967-2974-01-7 Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-Dalam-Penerbitan

EDITOR

Jasman Bin Esmon Nor Samsila Binti Ismail Sharina Ashikin Binti Yahaya Norhamimi Binti Mohd Nasir Nurul Harnizah Binti Mohd Zin Mohd Nordin Bin Marzuni Zaidi Bin Abdul Rahman Nurul Hafifi Bin Ahmad

II

Penerapan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat Terhadap Pelajar Bermasalah Pembelajaran Dan Guru Pendidikan Khas Di Sekolah Negeri Melaka Dalam Aspek Kemahiran Dan Keusahawanan Nurul Liyana binti Mahmod1, Suriyana Binti Sulaji2 Kolej Komuniti Selandar, Jalan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka. *[email protected] Abstrak Berdasarkan teras keenam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dengan meningkatkan mekanisme dan prasarana dalam menambah ilmu dan kemahiran mengikut kehendak masyarakat. Penyertaan pelajar pendidikan khas bersama guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sangat memberangsangkan kerana berlaku peningkatan permintaan saban tahun. Terdapat beberapa sekolah di Melaka yang mengikuti program PSH telah mengaplikasikan bidang keusahawanan di sekolah. Oleh itu, kajian dibuat bagi mendapatkan maklumbalas mengenai faedah PSH terhadap pengetahuan dan kemahiran, motivasi dan aspek keusahawanan. Fokus utama ialah mengenalpasti tren penglibatan pelajar dan guru dari tahun 2018 sehingga tahun 2020, mengenalpasti tahap pengetahuan dan kemahiran, motivasi dan penerapan keusahawanan. Populasi kajian terdiri daripada guru dan pelajar pendidikan khas dari lima buah sekolah iaitu SMK Datuk Bendahara, SMK Simpang Bekoh, SMK Seri Tanjung, SMK Pernu, dan SMK Durian Tunggal, Melaka. Seramai 130 orang sampel dipilih dan kajian berbentuk kuantitatif menggunakan soal selidik berbentuk skala likert 5 mata dan data sekunder sistem e-PSH. Dapatan kajian dianalisis menggunakan SPSS Version 23.0. Skala penilai mencatat kebolehpercayaan tinggi dengan nilai indeks sebanyak 0.856. Dapatan menunjukkan skor min bagi faedah PSH terhadap pengetahuan dan kemahiran serta motivasi diri di tahap tinggi dengan nilai min 4.000 – 5.000 manakala bagi kemahiran keusahawanan berada pada tahap sederhana tinggi iaitu 3.500 – 4.300. Analisis hubungan korelasi program PSH yang pernah disertai dengan peningkatan kemahiran keusahawanan menunjukkan hubungan signifikan melebihi 0.05. JPKK dan pihak kolej perlu mengambil pendekatan dalam meningkatkan kemahiran teknikal pensyarah yang mengajar khususnya dengan menyediakan lebih banyak kursus dan latihan. Program PSH membantu meluaskan jaringan sosial antara warga OKU dan masyarakat telah memberi pulangan kepada KKSL dari aspek jaringan dan kerjasama dengan komuniti. Kesimpulannya, program PSH berupaya meningkatkan kapasiti bakat selain menyumbang kepada kesejahteraan golongan OKU. Kemahiran yang diperolehi membantu dalam menambah sumber pendapatan dan mengurangkan kebergantungan dalam meneruskan kehidupan di masa akan datang.

Kata kunci: pendidikan khas, pengetahuan dan kemahiran, kemahiran keusahawanan 1.0

PENGENALAN Bersesuaian dengan matlamat pembangunan modal insan yang dihasratkan, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) digubal dan telah dilancarkan pada 27 Ogos 2007 dengan visi untuk mentransformasikan pengajian tinggi dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Transformasi ini merupakan peletakan asas ke arah kegemilangan dan kelestarian pengajian tinggi melangkaui tahun 2020. Berdasarkan teras keenam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dengan meningkatkan mekanisme dan prasarana bagi memudahkan PSH sebagai pusat ilmu dan kemahiran mengikut minat dan kehendak masyarakat.

Bagi menjadikan ianya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan maka Kolej Komuniti Selandar (KKSL) tidak terkecuali dalam merealisasikan misi Politeknik dan Kolej Komuniti iaitu memperkasakan komuniti melalui PSH. Pengaplikasian PSH di KKSL adalah secara kursus jangka pendek yang dijalankan yang meliputi program yang berbentuk pengurusan, kemahiran dan keusahawanan. 1.2 Penyataan Masalah Berdasarkan Buku Data Pendidikan Khas (2017), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) secara keseluruhannya adalah seramai 61,933 di seluruh Malaysia. Bagi Negeri Melaka, jumlah pelajar Murid Bekeperluan Khas (MBK) bagi PPPKI peringkat sekolah rendah dan menengah adalah seramai 2,874 orang. Pelajar MBK terdiri daripada pelbagai masalah pembelajaran seperti Kurang Upaya Penglihatan, Kurang Upaya Pertuturan, Masalah Pembelajaran dan Kurang Upaya Fizikal. Pengkaji hanya memilih dalam kalangan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sahaja. Penyertaan pelajar pendidikan khas bersama guru-guru sangat memberangsangkan kerana berlaku peningkatan tahun demi tahun permintaan terhadap kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Pada permulaan tahun 2016, telah wujud banyak kolaborasi di antara Kolej Komuniti Selandar dengan sekolah – sekolah di sekitar Negeri Melaka khusus bagi pelajar – pelajar bekeperluan khas. Antara kursus yang dijalankan adalah kursus kek dan pastri secara bersiri yang dijalankan pada setiap bulan sama ada dilaksanakan di kolej atau di sekolah terlibat. Terdapat beberapa sekolah di sekitar Melaka telah mengaplikasikan program PSH yang telah disertai dengan mengaplikasikan bidang keusahawan di sekolah. Pelajar terlibat dengan jualan produk kursus pendek PSH yang telah diikuti seperti menjual roti, donut, kek kepada guru-guru, kakitangan sekolah, pelajar sekolah dan juga mengambil tempahan daripada komuniti luar. Oleh yang demikian, satu kajian dibuat bagi mendapatkan maklumbalas mengenai pengetahuan dan kemahiran, motivasi yang diperolehi dan aspek keusahawanan yang diterapkan dalam kalangan pelajar pendidikan di sekolah terbabit setelah mengikuti kursus PSH di Kolej Komuniti Selandar, Melaka. Ini secara tidak langsung memberi rujukan dan panduan kepada sekolah – sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi mengaplikasi aspek perniagaan dan keusahawanan selain dapat mempertingkatkan ilmu mengenai kursus – kursus PSH yang telah disertai. 1.3 Objektif Kajian Objektif dalam kajian ini ialah: 1.3.1 Mengenalpasti trend penglibatan pelajar pendidikan khas bersama guruguru dalam kursus PSH yang dianjurkan dari tahun 2018 sehingga tahun 2020. 1.3.2 Mengenalpasti impak dari segi pengetahuan, kemahiran dan motivasi pelajar pendidikan khas dan guru PPKI selepas mengikuti kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). 1.3.3 Mengenalpasti penerapan aspek kemahiran keusahawanan diaplikasikan terhadap pelajar pendidikan khas dan guru-guru PPKI di sekolah selepas mengikuti program Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dianjurkan.

1.4 Persoalan Kajian Terdapat dua (2) persoalan kajian yang akan dilihat dalam kajian ini iaitu: 1.4.1 Bagaimanakah trend penglibatan pelajar pendidikan khas bersama guruguru dalam kursus PSH yang dianjurkan dari tahun 2018 sehingga tahun 2020. 1.4.2 Sejauh manakah impak dari segi pengetahuan, kemahiran dan motivasi pelajar pendidikan khas dan guru PPKI selepas mengikuti kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). 1.4.3 Adakah penerapan aspek kemahiran keusahawanan diaplikasikan terhadap pelajar pendidikan khas dan guru-guru PPKI di sekolah selepas mengikuti program Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dianjurkan. 1.5 Hipotesis Kajian Berdasarkan persoalan kajian yang dibina, hipotesis nul yang akan dikaji adalah seperti berikut:  Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara program PSH yang disertai dengan kemahiran keusahawanan kepada peserta pendidikan khas dalam program Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Negeri Melaka.  Ha: Terdapat hubungan yang signifikan antara program PSH yang disertai dengan kemahiran keusahawanan kepada peserta pendidikan khas dalam program Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Negeri Melaka. 1.6

Kerangka Konseptual Minat dan usaha Pelajar PPKI (Masalah pembelajaran)

Program PSH di Kolej Komuniti Selandar, Melaka

Faedah Penyertaan PSH (Tahap kemahiran, motivasi dan keusahawanan)

Dorongan Ibu bapa dan guru

Rajah 1: Kerangka Konseptual, Adaptasi dan ubahsuai dari Model Gagne Diferentiate Model of Giftedness and Talent (DMGT) Pada dasarnya setiap manusia dilahirkan dengan bakat yang tersendiri. Namun potensi dan bakat dalam diri tersebut perlu dikembangkan. Bagi pelajar pendidikan khas, bakat tidak dapat ditonjolkan kerana terdapat kelemahan diri yang dikategorikan sebagai bermasalah pembelajaran. Melalui Model Gagne, kebolehan semulajadi pelajar pendidikan khas dapat dikembangkan menjadi bakat jika diberi latihan dan pengukuhan. Pelajar juga perlu mempunyai motivasi dan minat di samping memperoleh dorongan daripada ibu bapa, guruguru mahupun rakan-rakan. Menurut Crow (2003), minat adalah daya

penggerak yang mendorong pelajar supaya memberi perhatian kepada seseorang dan juga tugas. Oleh itu, pelajar yang mempunyai minat yang tinggi akan lebih bersemangat serta bekerjasama dengan baik sepanjang program berlangsung. Program PSH yang dirancang secara tersusun antara KKSL dan pihak pengurusan sekolah ini juga boleh menjurus ke arah peningkatan bakat pelajar seterusnya boleh memberi peluang perniagaan serta pekerjaan kepada pelajar. Bukan pelajar sahaja dijangka menerima impak positif, malah guru dan sekolah juga memperoleh faedah dari penyertaan program PSH. 2.0

KAJIAN LITERATUR Bab dua ini membincangkan pendekatan dan dapatan yang diperolehi daripada kajian – kajian terdahulu yang berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan. Dalam kajian literatur ini, pengkaji membuat rujukan ke atas jurnal, buku ilmiah, atrikel dari laman sesawang dan tesis yang mengandungi matlumat, idea dan data yang berkenaan dengan kesediaan individu dalam menceburi bidang keusahawanan. Kesemua maklumat dan kajian - kajian lepas telah diringkaskan untuk memberi kefahaman dan gambaran yang bertujuan untuk menguatkan hujah-hujah berkaitan dengan tajuk yang hendak dikaji. 2.1 Pengenalan Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan merupakan elemen penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia. Menurut Mior Khairul Azrin (2011), sistem persekolahan yang terbaik adalah sistem yang meliputi keseluruhan kehidupan masyarakat Malaysia, di mana ia tidak hanya terhenti apabila seseorang individu tamat persekolahan atau tamat pengajian di institusi pengajian tinggi, tetapi ia menjadi kesinambungan dalam kehidupan hingga ke hari tua dengan memberi sumbangan bagi memartabatkan bangsa dan negara. Pembangunan sesebuah negara bergantung kepada banyak faktor, di antaranya adalah pembangunan manusia, industri, dan ekonomi secara lestari. Pembangunan lestari yang dimaksudkan adalah memberi perhatian kepada pemuliharaan dan pemeliharaan kesejahteraan manusia dan ekosistem ekonomi secara seiring dan seimbang. Manakala kelestarian ilmu adalah menjadi teraju utama dalam pembangunan diri manusia. Penyediaan ilmu yang berterusan kepada generasi muda hari ini adalah sangat penting dalam mendidik dan membentuk keperibadian serta keseimbangan generasi muda hari ini.

2.2 Penerapan Kursus PSH Terhadap Pelajar Pendidikan Khas Dalam Aspek Kemahiran dan Keusahawanan Berdepan dengan cabaran transformasi negara, pengetahuan dan kemahiran rakyat Malaysia perlu berkembang seiring dengan Teras Keenam Pelan Stategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat. PSH memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan negara dengan menyediakan peluang menimba pengetahuan dan kemahiran serta menyemai nilai dan etika positif melalui pendidikan dan latihan yang tidak terlalu formal dan lebih fleksibel kepada semua lapisan masyarakat Dalam konteks ini, ia telah dicadangkan bahawa tenaga buruh meluaskan skop kerjaya mereka dengan menceburi bidang keusahawanan sebagai satu cabang kerjaya. Keusahawanan akan membantu siswazah baru membangunkan kerjaya mereka sendiri dan juga akan menyelesaikan isu pengangguran dengan memperluaskan pasaran kerja (Othman, 2009). Keusahawanan telah diakui oleh kebanyakan penyelidik keusahawanan sebagai penyelesaian kepada masalah pengangguran (Osman, 2007). Pembangunan dalam bidang keusahawanan mempunyai kesan ketara di dunia perniagaan pada masa ini. Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan usahawan masa depan yang berdaya saing dalam pasaran global. Ini dapat dilihat dalam pelbagai program dan aktiviti dalam setiap agenda pembangunan negara termasuk menyediakan infrastruktur untuk meningkatkan bilangan usahawan terutamanya di kalangan bumiputera. Kesan ini sedikit sebanyak memberi impak peserta Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti untuk mendapatkan pekerjaan setelah tamat kursus. Sebagai langkah penyelesaian pihak kementerian mengambil keputusan untuk menjadikan usahawan sebagai salah satu penyelesaian kepada isu pengangguran dengan mewujudkan program Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti untuk melahirkan bakal – bakal usahawan. Oleh yang demikian, keusahawanan merupakan salah satu bidang yang menjadi tumpuan di kolej komuniti disebabkan wujudnya program Pembelajaran Sepanjang Hayat yang telah disediakan. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk melihat keberkesanan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) terhadap pelajar pendidikan khas selepas diadaptasikan dalam pengurusan Kolej Komuniti. Masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dapat memacu ke arah perubahan ekonomi yang baik dan ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan program PSH yang berkesan. Matlamat utama sekolah melaksanakan program PSH bersama Kolej Komuniti Selandar adalah untuk memastikan pelajar dilengkapkan dengan ilmu kemahiran sebelum menamatkan alam persekolahan. Latihan asas yang dipelajari oleh pelajar merupakan persediaan ke alam kerjaya nanti supaya mereka dapat bekerja dengan selamat dan teratur. Dalam Pelan Tindakan OKU 2016-2022, di bawah pelan strategik kedua adalah memperkasa ekonomi golongan OKU dengan meningkatkan penyertaan golongan OKU dalam pasaran pekerjaan terbuka, inklusif dan boleh diakses bagi membolehkan mereka hidup berdikari dan menyumbang kepada pembangunan Negara.

2.3

Kolaborasi Pogram PSH Dengan Sekolah Pendidikan Khas Bagi merealisasikan pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat, kolej komuniti telah menyediakan pelbagai kursus jangka pendek kepada pelbagai golongan masyarakat, jantina, agama dan pendidikan. Ini bermakna, golongan OKU juga boleh menyertai program PSH di kolej komuniti. Kelainan upaya serta kekurangan diri bukanlah penghalang untuk menuntut ilmu. Maka tidak hairanlah penyertaan program PSH bagi golongan OKU di Kolej Komuniti Selandar (KKSL) pada setiap tahun amat mengalakkan. Menyedari peningkatan penyertaan golongan ini, KKSL telah berkolaborasi dengan dua buah sekolah menengah harian sejak tahun 2016 dan bertambah kepada 2 buah sekolah menengah harian pada tahun 2016 di sekitar Melaka. Antara sekolah yang terlibat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pernu, Melaka. Bermula tahun 2016 lagi pelbagai kursus PSH yang telah dilaksanakan bersama golongan OKU untuk pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) ini. Namun perlaksanaan kursus PSH tidak dilaksanakan secara terancang dan berkala. Perlaksanaan program PSH ini dirancang dan pemilihan kursus ditetapkan mengikut keperluan dan kemampuan pelajar PPKI. Selain itu, penggunaan kemahiran serta fasiliti sedia ada di KKSL juga membolehkan yuran kursus yang minima dikenakan kepada peserta. 3.0 3.1

METODOLOGI KAJIAN Rekabentuk Kajian Kajian ini berbentuk tinjauan kuantitatif yang telah dirancang dengan menggunakan soal selidik dan data sekunder yang diperolehi dari sistem e-PSH. Data sekunder adalah data peserta program Pendidikan Khas yang telah menyertai kursus anjuran Kolej Komuniti Selandar dari tahun 2018 hingga 2020 yang digunakan untuk melihat tren penglibatan. Tinjauan soal selidik pula dibuat dalam kalangan guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan murid-murid pendidikan khas di lima (5) buah sekolah di sekitar Melaka. 3.2

Trend Penglibatan Peserta Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Berdasarkan data sekunder daripada sistem e-PSH, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), satu analisis telah dibuat berdasarkan data sekunder penglibatan peserta program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Kolej Komuniti Selandar, Melaka dari tahun 2018 sehingga tahun 2020. Peserta dikategorikan mengikut kluster iaitu katering dan sajian serta seni kreatif mengikut pilihan kluster yang telah ditetapkan dalam sistem e-PSH JPPKK. Kursus yang dipilih kebanyakannya adalah dari dua (2) kluster tersebut berdasarkan permohonan dari sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) di negeri Melaka.

Jadual 1: Trend Penglibatan Peserta Program PPKI Tahun 2018-2020 Jantina Tahun

2018 2019

Kluster L

P

143

152

295

86

44

130

468

413

881

9

20

29

Katering Dan Sajian

18

22

40

Seni Kreatif

19

20

39

Katering Dan Sajian Seni Kreatif Katering Dan Sajian Seni Kreatif

Sehingga Jun 2020

Jumlah

Jumlah Peserta Mengikut Tahun 295 910 79

Berdasarkan kepada Jadual 3, pada tahun 2018, seramai 295 orang peserta (71%) manakala pada tahun 2019 adalah seramai 910 peserta (23%) dan sehingga Jun 2020 seramai 79 (6%) peserta PPKI yang terdiri daripada guruguru dan pelajar yang mengikuti kursus PSH di Kolej Komuniti Selandar. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan berlaku peningkatan penyertaan dari tahun 2018 ke 2019 di mana bilangan penyertaan majoritinya adalah dari kluster katering dan sajian. Antara kursus yang mendapat sambutan ialah kursus penghasilan roti, kek dan pastri, kursus pengendalian makanan dan kursus hiasan kek. Dari segi kluster seni kreatif pula, kursus yang sering dilaksanakan ialah kursus seni felt dan kursus quilling art yang disertai oleh pelajar dan guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Kursus yang dipilih oleh sekolah PPKI secara amnya adalah sama bagi semua sekolah di negeri Melaka kerana ianya adalah mengikut sukatan kurikulum program yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Berdasarkan kursus PSH ...


Similar Free PDFs