Sahsiah guru lengkap DOC

Title Sahsiah guru lengkap
Author Fatin Daud
Pages 11
File Size 75 KB
File Type DOC
Total Downloads 21
Total Views 561

Summary

1. Pengenalan Profesion perguruan atau menjadi sebagai guru merupakan beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion yang mulia serta dipandang mulia oleh masyarakat dan paling utama di dalam proses penyerapan il...


Description

1. Pengenalan Profesion perguruan atau menjadi sebagai guru merupakan beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion yang mulia serta dipandang mulia oleh masyarakat dan paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Guru juga berperanan besar membentuk pelajar menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai dan jati diri yang tinggi serta bermoral. Para pendidik juga berperanan menerapkan nilai kerjasama dan toleransi di kalangan pelajar. Jika kita lihat, orang-orang Islam telah diikat oleh satu peraturan supaya hidup berjiran dan bersahabat dengan mereka. Hak jiran tidak boleh dikurangi dan tidak boleh boleh dilanggar sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam pembentukan negara Islam. Dengan ini, terciptalah satu masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan demi mewujudkan kebahagiaan bersama dalam satu masyarakat dan satu negara. Sikap toleransi yang diterapkan oleh guru dapat membentuk hubungan yang baik dalam masyarakat yang mampu melahirkan integrasi nasional. Prinsip utama seorang guru yang cemerlang adalah ia mesti faham bahawa tugas mengajar dan mendidik serta meneladani adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru yang mengajar anak bangsanya perlu menganggap profesion ini sebagai satu jihad yakni menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan dan menjadikannya sebagai suatu ibadah. Sebagai tambahan, sahsiah seorang guru yang baik itu penting kepada murid-murid khususnya, hal ini kerana segala kelakuan yang hadir dalam diri guru tersebut sedikit sebanyak akan mempengaruhi kelakuan muid-muridnya. Seeloknya sebagai seorang guru seharusnya menunjukkan sahsiah yang terpuji untuk diteladani oleh murid-murid untuk melahirkan generasi yang akan datang. 2. Etika Profesion Perguruan 1...


Similar Free PDFs