Tutorial 4 - kitaran PDF

Title Tutorial 4 - kitaran
Course PRINSIP PERAKAUNAN
Institution Universiti Kebangsaan Malaysia
Pages 6
File Size 192.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 480
Total Views 769

Summary

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSANSemester 2 Sesi 2019-BAHAGIAN AEPPD1033 Prinsip PerakaunanTutorial 4 : Kitaran lengkap perakaunanSOALAN 1Berikut adalah imbangan duga terlaras bagi Pusat Tuisyen Bijak Bistari (PTBB) pada 31 Oktober 2019, yang dimiliki oleh Miss Mary:Pusat Tuisyen Bijak Bistari (PTBB) I...


Description

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN Semester 2 Sesi 2019-2020 EPPD1033 Prinsip Perakaunan Tutorial 4: Kitaran lengkap perakaunan BAHAGIAN A SOALAN 1 Berikut adalah imbangan duga terlaras bagi Pusat Tuisyen Bijak Bistari (PTBB) pada 31 Oktober 2019, yang dimiliki oleh Miss Mary: Pusat Tuisyen Bijak Bistari (PTBB) Imbangan Duga Terlaras Pada 31 Oktober 2019 Debit (RM) Kredit (RM) Tunai 1,000 Bekalan 300 Insuran Prabayar 2,000 Peralatan 24,000 Susutnilai Terkumpul — Peralatan 4,900 Akaun Belum Bayar 2,400 Sewa Belum Bayar 600 Nota Belum Bayar 4,000 Modal, Miss Mary 15,300 Ambilan, Miss Mary 2,400 Hasil 4,900 Belanja utiliti 400 Belanja Bekalan 800 Belanja Insurans 200 Belanja Susutnilai 400 Belanja Sewa 600 Jumlah 32,100 32,100 Dikehendaki: a)

Sediakan Penyata Pendapatan PTBB bagi bulan berakhir 31 Oktober 2019.

b)

Sediakan Penyata Ekuiti Pemilik PTBB bagi bulan berakhir 31 Oktober 2019.

c)

Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan PTBB pada 31 Oktober 2019.

d)

Sediakan catatan penutup pada 31 Oktober 2019.

SOALAN 2 Encik Imran merupakan pemilik Brother Big Services yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan pemindahan barang. Berikut merupakan imbangan duga yang disediakan sendiri oleh Encik Imran untuk tempoh perakaunan lengkap sehingga 31 Mac 2018. Brother Big Services Imbangan Duga Pada 31 Mac 2018 Dt. RM Tunai 35,000 Perabot dan peralatan 40,000 Kenderaan 220,000 Bekalan 3,500 Susutnilai terkumpul – kenderaan Susutnilai terkumpul – perabot dan peralatan Pinjaman Hasil perkhidmatan belum terperoleh Modal Ambilan 15,000 Hasil Perkhidmatan Belanja insurans kenderaan 17,500 Belanja am pejabat 2,500 Belanja upah pekerja 20,000 Belanja susut nilai – kenderaan 20,000 Belanja susut nilai – perabot dan peralatan 2,000 Belanja telefon 2,100 Belanja pengangkutan 13,300 Jumlah 390,900

Kt. RM

20,000 2,000 20,000 15,000 100,000 233,900

390,900

Setelah meneliti amaun yang terdapat di imbangan duga tersebut, Encik Imran berasa raguragu tentang perekodan dan urus niaga yang dilakukan sebelum ini. Setelah meneliti kembali dokumen-dokumen urus niaga yang ada, beberapa perkara menimbulkan keraguan kepada beliau. Beliau meminta anda untuk menyemak beberapa perkara seperti berikut: i

Perkhidmatan pemindahan barang berjumlah RM8,000 telah selesai diberikan kepada pelanggan pada 15 Mac 2018. Namun begitu, invois hanya dikeluarkan pada 3 April 2018.

ii

Brother Big Services telah mengambil insurans untuk perlindungan semua pekerja bernilai RM24,000 bagi tempoh setahun bermula 1 Februari 2018. Namun begitu, urus niaga ini masih belum di rekod.

iii Upah pekerja untuk kerja-kerja lebih masa bagi bulan Mac 2018 bernilai RM2,300. Upah ini akan dibayar bersama gaji bulan April.

iv

Semakan yang dibuat mendapati 2/5 daripada hasil perkhidmatan belum terperoleh telah dilaksanakan dan boleh diiktiraf.

v

Baki bekalan pada 31 Mac 2018 bernilai RM1,700.

vi

Perabot dan peralatan dijangka dapat digunakan selama 20 tahun dan mempunyai nilai sisa sebanyak RM5,000. Namun begitu, nilai sisa ini tidak diambil kira dalam penyediaan imbangan duga di atas.

vii

Sehingga 31 Mac 2018, sejumlah RM1,500 bil utiliti masih belum dibayar.

viii

Pinjaman ditandatangani pada 1 Januari 2018 untuk tempoh sembilan bulan mempunyai nilai faedah 12%, dan belum diambil kira dalam penyediaan imbangan duga di atas.

Dikehendaki: 1.

Sediakan jurnal catatan pelarasan. Sila abaikan keterangan.

2.

Sediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Mac 2018.

3.

Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2018.

4.

Sediakan catatan penutup yang berkaitan.

SOALAN 3 Encik Firdaus merupakan pemilik Pelangi Color Services yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan mengecat rumah kediaman dan bangunan komersil. Berikut adalah imbangan duga pada 30 September 2019 yang disediakan oleh Encik Firdaus sendiri. PELANGI COLOR SERVICES Imbangan Duga Pada 30 September 2019 Dt. RM Tunai 28,200 Bekalan mengecat 51,200 Perabot dan peralatan 40,000 Kenderaan 35,000 Susut nilai terkumpul – kenderaan Susut nilai terkumpul-perabot dan peralatan Pinjaman (12.5% matang 2015) Hasil perkhidmatan belum terperoleh Modal Ambilan 35,000 Hasil Perkhidmatan Belanja yuran firma Perakaunan 5,200 Belanja insurans kenderaan 2,300 Belanja faedah atas pinjaman 2,500

Kt. RM

3,500 6,000 20,000 10,000 47,400 164,000

Belanja am pejabat Belanja upah pekerja Belanja telefon Belanja pengangkutan Jumlah

5,800 23,000 7,900 14,800 250,900

250,900

PELANGI COLOR SERVICES Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 30 September 2019 RM RM Hasil perkhidmatan 164,000 Tolak: Yuran firma perakaunan 5,200 Belanja insurans kenderaan 2,300 Belanja faedah atas pinjaman 2,500 Belanja am pejabat 5,800 Belanja upah pekerja 23,000 Belanja telefon 7,900 Belanja pengangkutan 14,800 61,500 Keuntungan Bersih 102,500 Setelah meneliti penyata pendapatan yang disediakan oleh beliau sendiri, Encik Firdaus raguragu tentang kesahihan penyata tersebut. Anda diminta oleh Encik Firdaus untuk menyemak penyata di atas dan menyediakan kembali penyata yang betul menurut prinsip perakaunan diterima umum. Setelah membuat semakan anda mendapati perkara berikut belum diambil kira: 1. Invois telah dikeluarkan kepada pelanggan pada 3 Oktober 2019 untuk kerja-kerja mengecat yang telah selesai dalam bulan September berjumlah RM9,000. 2. Insurans untuk perlindungan pekerja sepanjang tahun hadapan berjumlah RM6,000 telah pun dibayar tetapi belum direkodkan. 3. Upah pekerja untuk kerja-kerja lebih masa bulan September telah dikira sebanyak RM1,500. Upah ini akan dibayar pada akhir minggu pertama bulan Oktober 2019. 4. Susutnilai atas kenderaan adalah pada kadar 10% setahun ke atas kos. 5. Perabot dan peralatan dijangka dapat digunakan selama 10 tahun dan bernilai sisa RM10,000. 6. En Firdaus telah menerima bayaran sebanyak RM10,000 untuk tempahan kerja-kerja mengecat. Walau bagaimanapun sehingga 30 September 2019 hanya ¾ daripada keseluruhan kerja tersebut telah dilaksanakan.

Dikehendaki: a) Sediakan catatan jurnal pelarasan. b) Sediakan Imbangan Duga Terlaras pada 30 September 2019. c) Sediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 September 2019. d) Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 September 2019.

BAHAGIAN b 1. Maklumat untuk menyediakan imbangan duga diambil daripada a. penyata pendapatan b. akaun lejar c. catatan jurnal d. dokumen perniagaan 2. Selepas catatan pelarasan dijurnalkan dan diposkan ke akaun lejar, baki dalam setiap akaun seharusnya selari dengan baki yang ditunjukkan dalam: a. imbangan duga terlaras b. imbangan duga selepas penutupan c. jurnal d. kolum pelarasan dalam lembaran kerja 3. Jika jumlah kolum debit melebihi jumlah kolum kredit dalam kolum penyata kewangan di lembaran kerja, ini bermaksud: a. syarikat menjana untung bersih b. berlaku kesilapan kerana jumlah debit tidak sama dengan jumlah kredit c. syarikat mengalami kerugian d. catatan perlarasan perlu dilakukan 4. Akaun Ringkasan Pendapatan adalah a. akaun kekal b. item dalam Penyata Kedudukan Kewangan c. item dalam Penyata Pendapatan Komprehensif d. akaun sementara 5. Catatan penutup adalah perlu untuk a. akaun kekal sahaja b. akaun sementara sahaja c. akaun kekal dan sementara d. akaun kekal atau akaun sebenar sahaja 6. Ringkasan Pendapatan dilakukan a. untuk menamatkan perniagaan syarikat b. supaya semua aset, liabiliti dan modal pemilik mempunyai baki sifar apabila tempoh perakaunan seterusnya bermula

c. supaya untung bersih (atau rugi) dan ambilan dipindahkan ke akaun modal pemilik d. supaya Penyata Pendapatan Komprehensif dapat disediakan 7. Catatan Penutup a. disediakan sebelum Penyata Pendapatan Komprehensif b. mengurangkan jumlah akaun kekal c. menyebabkan akaun hasil dan belanja mempunyai baki sifar d. meringkaskan aktiviti dalam setiap akaun 8. Catatan penutup mungkin disediakan daripada maklumat dalam sumber berikut KECUALI: a. baki terlaras dalam akaun lejar b. penyata pendapatan dalam kolum lembaran kerja c. penyata kedudukan kewangan d. penyata pendapatan dan modal pemilik Berikut adalah maklumat daripada Penyata Pendapatan Syarikat Archer Enterprise bagi bulan berakhir 30 Jun 2018: RM Hasil Belanja: Belanja gaji Belanja sewa Belanja iklan Belanja bekalan Belanja insurans Jumlah belanja Untung Bersih

RM 7,000

3,000 1,000 800 300 100 5,200 1,800

9. Merujuk kepada Penyata Pendapatan Syarikat Archer Enterprise diatas, catatan untuk menutup akaun hasil termasuklah a. debit ringkasan pendapatan RM1,800 b. kredit ringkasan pendapatan RM1,800. c. debit ringkasan pendapatan RM7,000. d. kredit ringkasan pendapatan RM7,000. 10. Merujuk kepada Penyata Pendapatan Syarikat Archer Enterprise diatas, catatan untuk menutup akaun belanja termasuklah a. debit ringkasan pendapatan RM1,800. b. kredit belanja sewa RM1,000. c. kredit ringkasan pendapatan RM5,200. d. debit belanja gaji RM3,000...


Similar Free PDFs