02 Topik 1 - Lecture notes 1-14 PDF

Title 02 Topik 1 - Lecture notes 1-14
Course Values and Civilization II
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 30
File Size 1.8 MB
File Type PDF
Total Downloads 105
Total Views 934

Summary

Pengenalan Penghayatan Etika danPeradaban dalam Acuan Malaysia####### Topik 1Kursus Penghayatan Etika dan PeradabanSinopsisEtika dan peradaban penting dalam sesebuah masyarakat, namun tahap penghayatannya berbeza dan dipengaruhi oleh perkembangan sejarah, struktur sosial dan biografi masyarakat berk...


Description

Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban

Topik 1

Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban dalam Acuan Malaysia

Sinopsis Etika dan peradaban penting dalam sesebuah masyarakat, namun tahap penghayatannya berbeza dan dipengaruhi oleh perkembangan sejarah, struktur sosial dan biografi masyarakat berkenaan. Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh dihuraikan dan difahami mengikut ‘acuan Malaysia’ berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya, iaitu, Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial (PrK-Kol-PcK). Sifat dan kefahaman mengenai etika berciri moden diperkenal dan dilaksanakan semasa era kolonial Eropah. Sebelumnya, pada era pra-kolonial, dalam wilayah Alam Melayu, konsep ‘adab’ dan ‘adat’ (adat istiadat dan adat resam), merupakan sebahagian daripada bentuk etika ketika itu, telah wujud mendukung sistem nilai pemerintahan, masyarakat tradisional serta peradaban. Gabungan kedua-dua bentuk etika, tradisional dan moden tersebut, telah tergarap pada era pascakolonial yang pula tersulam dalam acuan Malaysia. Penekanan kepada ‘penghayatan’ mengundang kita mengupas secara terfokus terhadap idea, proses dan praktis etika dan peradaban dalam masyarakat Malaysia, dulu dan sekarang. Inilah kekuatan Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (KPE&P).

Sinopsis: Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Dalam Acuan Malaysia Memahami Etika (pembentukan berasas susur masa)

Prakolonial

telah ada

(tradisional)

• Adab • Adat Istiadat • Adat Resam

Menghayati Etika dan Peradaban Acuan Malaysia

Sejarah

+ Kolonial (moden)

datang

• Etika • Etos • Etiket

membentuk & mentakrif

Biografi

tersulam

• Individu • Keluarga • Komuniti

Struktur Sosial

Pascakolonial (gabungan)

Bercampur gaul

Etika Moden (Adab, Adat Istiadat, Adat Resam, Etika, Etos, Etiket)

• Masyarakat • Negara • Pasaran

membentuk & mentakrif

Objektif Membina kerangka pemikiran dan analisis penghayatan etika dan peradaban.

Hasil Pembelajaran • Menjelaskan kerangka pemikiran penghayatan etika dan peradaban. • Menganalisis etika dan peradaban dari segi individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Kandungan 1. Pengenalan Etika dan Peradaban. 2. Susur masa Etika dan Peradaban berdasarkan Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial. 3. Kerangka menganalisis Etika dan Peradaban acuan Malaysia melalui sejarah, struktur sosial dan biografi (riwayat). 4. Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut peringkat individu, keluarga, komuniti, dan masyarakat (lokal dan global). 5. Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut konteks masyarakat, negara dan pasaran.

Pengenalan Etika dan Peradaban

1. Pengenalan Etika dan Peradaban • Etika dan peradaban penting dalam sesebuah masyarakat supaya: • berkeperibadian tinggi; • saling menghormati; • hidup harmoni; • membina negara bangsa; dan • lain-lain.

Adab • [Bahasa: Kamus Pelajar Edisi Kedua] budi pekerti yg halus; tingkah laku yg baik; budi bahasa. • Kurang adab tidak tahu adat; kurang sopan. • Beradab = baik budi bahasanya; sopan: Orang yg beradab tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya. • Beradab = telah maju tingkat kehidupannya. peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. Sumber: carian perkataan adab di http://prpm.dbp.gov.my

Contoh: Adab Bugis https://www.telukbone.id/pengertian-siri-napesse-dan-sirina-passe/

Adat Resam • [Bahasa: Kamus Pelajar Edisi Kedua] adat yg menjadi kebiasaan kpd sesuatu kaum (daerah dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua). • Contoh: adat resam berkaitan perkahwinan – merisik, bertunang, majlis perkahwinan dll.

Sumber: carian perkataan adat istiadat di http://prpm.dbp.gov.my

Adat Istiadat • [Bahasa: Kamus Pelajar Edisi Kedua] berbagai-bagai adat yang diikut. • Berbagai-bagai adat dan kebiasaan. M rasmi untuk menyambut sesuatu peris (spt pertabalan, perkahwinan, dsb). • Berbagai-bagai adat (peraturan) yang dituruti. w

Sumber: carian perkataan adat istiadat di http://prpm.dbp.gov.my

https://www.indahnyaislam .my/2019/07/institusi-yangdi-pertuan-agong-bukansekadar-simbol/

Adab: Aktiviti 1 • Berdasarkan pemerhatian dan pergaulan anda dalam dunia nyata atau alam siber: 1. Bincangkan insiden yang boleh dianggap sebagai kurang adab. 2. Berikan justifikasi mengapa insiden kurang beradab tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Etika • [Bahasa] prinsip moral atau nilainilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. ((Kamus Pelajar Edisi Kedua). • [Sosiologi] satu standard menyeluruh mengenai benar atau salah yang menjelaskan apa yang sebenarnya perlu dilakukan oleh manusia dalam konteks apa yang benar, tanggungjawab, manfaat kepada masyarakat atau sifat baik. Sumber: carian perkataan etika di http://prpm.dbp.gov.my

Etos • Etos: [Bahasa] sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era, dll: pelukis Malaysia boleh menghasilkan karya yg benar-benar mencerminkan aspirasi, falsafah dan ~ masyarakat dan negara kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat). • Etos: [Sosiologi] Usaha membangunkan bangsa berdasarkan latar individu, keluarga dan komuniti berbagai serta berbeza sejarah, etnik, bahasa, agama, budaya dan latar geografi melebihi kesepakatan ciri asas negara atau bangsa. Sumber: carian perkataan etos di http://prpm.dbp.gov.my

Etiket • Etiket: adat

dan peraturan bkn kesopanan (terutamanya dlm kehidupan sosial atau dlm profesion tertentu): wanita bangsa kita belum mahir tentang ~ yg lazim di rumah-rumah orang besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Sumber: carian perkataan etiket di http://prpm.dbp.gov.my

Susur masa Etika dan Peradaban berdasarkan Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial

2. Susur masa Etika dan Peradaban berdasarkan Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial • Sebelum kedatangan kolonial telah wujud etika dalam masyarakat yang disebut adab, adat istiadat dan adat resam. • Proses migrasi dalam Kepulauan Melayu dan luar Kepulauan Melayu menjadikan adab, adat istiadat, dan adat resam bercampur baur akibat proses pinjam meminjam dan tersulam dalam masyarakat.

Wilayah Alam Melayu

Sumber: https://www.lembagaperadabanmelayu.org/

2. Susur masa Etika dan Peradaban berdasarkan Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial • Prakolonial – zaman negara ini belum dikenali sebagai Malaysia dan belum dijajah. • Etika telah terjelma dalam tingkah laku serta kehidupan seharian, formal atau tidak formal, disebut sebagai adab, adat resam dan adat istiadat.

Prakolonial (tradisional)

telah ada

• Adab • Adat Resam • Adat Istiadat

2. Susur masa Etika dan Peradaban berdasarkan Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial • Kolonial – zaman negara kita dijajah. • Etika dibawa dalam bentuk berpakaian, percakapan, pentadbiran, ketuanan dll. • Cara makan, memberi tabik hormat, dll

Kolonial

datang

• Etika • Etos • Etiket

2. Susur masa Etika dan Peradaban berdasarkan Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial • Zaman Pascakolonial merupakan era moden. • Masyarakat telah menerima variasi dan percampuran versi etika secara langsung atau melalui teknologi. • Nilai etika bercampur baur ini wujud dalam persekitaran formal dan tidak formal kehidupan kita. • Kerisauan kita ialah budi pekerti, tingkah laku dan budi bahasa kita merosot disebabkan kegagalan kita mempelajari dan menghayati E&P negara kita.

Pascakolonial (moden)

Bercampur gaul

Etika Moden (Adab, Adat Istiadat, Adat Resam, Etika, Etos, Etiket)

Kerangka Menganalisis Etika dan Peradaban Acuan Malaysia melalui Sejarah, Struktur Sosial dan Biografi

3. Kerangka Menganalisis Etika dan Peradaban Acuan Malaysia melalui Sejarah, Struktur Sosial dan Biografi (Riwayat) • Tahap penghayatan etika dan peradaban adalah berbeza dan dipengaruhi oleh perkembangan sejarah, struktur sosial dan biografi masyarakat berkenaan.

3. Kerangka Menganalisis Etika dan Peradaban Acuan Malaysia melalui Sejarah, Struktur Sosial dan Biografi (Riwayat) • Tahap penghayatan dan peradaban adala berbeza dan dipengar oleh perkembangan sej

struktur sosial biografi masyarakat berkenaan.

3. Kerangka Menganalisis Etika dan Peradaban Acuan Malaysia melalui Sejarah, Struktur Sosial dan Biografi (Riwayat) • Tahap penghay dan peradaban berbeza dan dip oleh perkembang struktur sosial biografi masy berkenaan.

Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut peringkat Individu, Keluarga, Komuniti, dan Masyarakat (lokal dan global)

4. Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut peringkat – Individu, Keluarga, Komuniti, dan Masyarakat (lokal dan global)

Individu

Keluarga

Komuniti

Masyarakat

Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut konteks Masyarakat, Negara dan Pasaran

5. Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut konteks Masyarakat, Negara dan Pasaran

Masyarakat & Negara Pasaran

Sekian, Terima kasih

MBANGUNAN MODUL DAN VIDEO MODUL PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN INSTITUT KAJIAN ETNIK (KITA-UKM) Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (KITA-UKM) Prof. Dr. Mansor Mohd Noor (KITA-UKM) Prof. Madya Dr. Fazilah Idris (PUSAT CITRA-UKM) Prof. Madya Dr. Nazri Muslim (PUSAT CITRA-UKM) Prof. Madya Dr. Mohd Sobhi Ishak (SMMTC-UUM) Prof. Madya Dr. Dr. Shamrahayu Ab Aziz (UIAM) Prof. Madya Dr. Mohd Mahadee Ismail (UPM) Dr. Hairol Anuar Mak Din (KUIS) Dr. Nur Azlili Hasan (UTAR) Ahmad Zul Hakimi Hassim (KITA-UKM)...


Similar Free PDFs