Analisa Surah al Mulk PDF

Title Analisa Surah al Mulk
Author Aihan Hilmi
Course Sains Matematik
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 11
File Size 181.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 26
Total Views 398

Summary

Tadabbur Surah al-Mulk Ayat 1- 30Tafsir ringkas ayat 1: Kekuasaan Mutlak dalam Kerajaan Allah Ayat pertama surah Al Mulk ini dimulai dengan lafaz ‘tabaraka’ (daripada perkataan ‘baraka’) yang disandarkan kepada Allah. Ia bermaksud membesarkan dan meninggikan zat Allah mengatasi selainNya. Dialah Tuh...


Description

Tadabbur Surah al-Mulk Ayat 1-30

Tafsir ringkas ayat 1: Kekuasaan Mutlak dalam Kerajaan Allah 1. Ayat pertama surah Al Mulk ini dimulai dengan lafaz ‘tabaraka’ (daripada perkataan ‘baraka’) yang disandarkan kepada Allah. Ia bermaksud membesarkan dan meninggikan zat Allah mengatasi selainNya. Dialah Tuhan Yang Maha Berkat di mana keberkatan atau kebaikan-Nya sangat banyak, semakin bertambah sehingga melimpah ruah dan juga berkekalan. 2. Ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT memiliki segala keberkatan dan kebaikan kerana Dialah yang memegang dan menguasai seluruh kerajaan dan pemerintahan di langit dan bumi, dari dunia hingga akhirat. Allah adalah raja, penguasa dan pemerintah yang mengatur, mengurus, memakmurkan dan menjaga kelangsungan alam ini. Seluruh kerajaan dan pemerintahan itu adalah hak eksklusif Allah SWT sahaja dan tiada siapa yang memilikinya selain Allah. 3. Penghujung ayat ini menjelaskan kesempurnaan kuasa Allah di mana Dia bukan hanya memegang pemerintahan alam ini tetapi Dia juga Maha Menentukan segala sesuatu. Allahlah yang menjadikan semua makhluk dan menetapkan hukum dan peraturan untuk mereka mengikut kehendakNya. Tafsir ringkas ayat 2 : Bukti Kekuasaan Allah pada Diri Manusia 1. Selepas ayat pertama yang menerangkan tentang kehebatan Allah SWT yang memegang seluruh kerajaan dan juga Maha Berkuasa atas segala sesuatu, ayat kedua ini mula menghuraikan salah satu tanda kekuasaan Allah iaitu penciptaan kematian dan kehidupan yang dilalui oleh setiap manusia. Ayat ini mengajak manusia merenungi dan memikirkan rahsia di sebalik kejadian hidup dan mati termasuklah hikmah di sebalik perencanaan Allah dan ujianNya agar manusia dapat melihat dan memahami kebesaran kuasa Allah, kebijaksanaan dalam mengatur segala urusan dan kesempurnaan pentadbiranNya. 2. “Dia lah yang telah menciptakan (‫ )خلق‬kematian dan kehidupan”, ayat ini dijadikan dalil oleh sebahagian ulama bahawa kematian dan kehidupan juga adalah suatu bentuk makhluk yang wujud kerana ia diciptakan oleh Allah. Ayat ini juga bermaksud Allahlah yang telah menjadikan proses kematian dan kehidupan ataupun menetapkan masa kematian dan kehidupan seseorang. 3. Dalam ayat ini Allah menyebut kematian dahulu diikuti dengan kehidupan. Mati (‫ )الموت‬di sini bermaksud ‘tanpa kehidupan’ yang merangkumi fasa sebelum kelahiran dan selepas kehidupan seseorang manusia. Manakala hidup (‫ )الحياة‬pula meliputi kehidupan di alam dunia dan kehidupan di alam Akhirat. Terdapat ayat lain dalam Al Quran yang menyebutkan kematian dan kehidupan dengan makna yang sama sebagaimana firman Allah:

1

฀ ْ ‫بال ِلكُو‬ َ َ‫يَا َ ُكَ ْمث ُيُم َِميت َُ ُكَ ْمث ُيُمَ ْحيِي َ ُكَ ْمثُمإَِل‬ ََ‫ي ُْر ِهجَ عُون‬ َۖ ‫فَتأًاَ ْح‬ ْ‫ت‬ ‫نت ُ ْم أََ َْم او‬ ََ ِ

‫ْف‬ َ‫ك‬ ََ ‫تَي ْك‬ ََ‫ون‬ َ ‫فُ ُر‬

“Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah: 28) 4. Seterusnya ayat ini menjelaskan bahawa Allah menjadikan kematian dan kehidupan dengan tujuan untuk menguji siapakah makhluk ciptaanNya yang paling baik amalnya. Setiap manusia akan melalui ujian saringan bagi mengenalpasti siapakah yang paling taat dan ikhlas dalam beramal. Ayat ini menunjukkan bahawa penilaian amal di sisi Allah adalah pada kualiti amal tersebut, bukan semata-mata pada kuantitinya kerana dalam ayat ini Allah tidak mengatakan: “yang paling banyak amalnya.” 5. Di akhi r ayat ini All ah menyatakan bahawa “Dan Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampun”. Dua sifat Allah yang ditonjolkan dalam frasa hujung ini menunjukkan kesempurnaan sifatNya. Allah itu Maha Perkasa dalam melakukan penilaian dan hukuman, maka manusia mestilah melakukan segala amal dengan penuh kesungguhan, berhati-hati dan berdisiplin agar amalan mereka diterima oleh Allah. Pada masa yang sama, Allah juga bersifat Maha Pengampun pada hambaNya yang melakukan kesilapan dan sentiasa memohon keampunanNya serta berusaha untuk mentaati perintahNya. Tafsir ringkas ayat 3-4 : Bukti Kekuasaan Allah Pada Alam Semesta 1. Selepas menjelaskan tentang kejadian hidup dan mati dalam ayat sebelumnya, dalam ayat ketiga pula, Allah mengajak manusia agar merenungi tanda kekuasaanNya yang lain pula yang berada di bawah kerajaan milik Allah iaitu kejadian langit. Ayat ini menjelaskan bahawa Allahlah yang telah menciptakan tujuh langit yang berlapis-lapis atau bertingkat-tingkat. Keadaan langit dalam tujuh tingkat atau lapis ini juga telah disebutkan dalam beberapa ayat Quran yang lain dan juga hadith. Contohnya ayat 15 surah Nuh dan juga hadith mengenai peristiwa Isra’ Mikraj. 2. Terdapat beberapa pandangan dari sudut ilmu astronomi yang telah dikemukakan bagi menerangkan maksud tujuh tingkatan atau lapisan langit tersebut. Antaranya, tujuh lapisan langit itu merujuk kepada galaksi-galaksi, planet-planet dan juga lapisan atmosfera. Walau bagaimanapun, belum ada kepastian tentang ketepatan maksud-maksud tersebut kerana teori dan hasil kajian astronomi ini mungkin berubah dengan perkembangan sains dan teknologi semasa. Oleh itu, dalam mentafsirkan maksud ayat ini, Sayyid Qutb menasihatkan kita supaya beriman dengan maksud ayat ini secara zahirnya dan menyerahkan hakikatnya kepada Allah SWT. 3. Dalam ayat ini juga Allah menyatakan bahawa Dia telah menjadikan langit tanpa ada sebarang kepincangan atau ketidakseimbangan yang boleh dilihat dengan pancaindera kita. Kemudian, Allah mencabar manusia agar kembali memerhati kejadian langit, jika mereka berupaya menemui sebarang kecacatan atau kekurangan pada ciptaanNya. Hasilnya, sudah pastilah tiada 2

sebarang kecacatan yang kita boleh lihat dengan pancaindera yang terbatas ini kerana Allah telah mencipta langit dengan sangat rapi, sempurna, tanpa ada sedikit pun kekurangan. 4. Dalam ayat keempat, Allah memerintahkan manusia agar mengulangi pemerhatian mereka terhadap kejadian langit berulang kali kerana lazimnya manusia tidak dapat menemui kekurangan pada sesuatu perkara melainkan setelah dilihat atau dikaji berkali-kali. Namun, manusia tetap tidak dapat mencari kekurangan dalam penciptaan langit kerana tiada sebarang kekurangan yang ditemui. Bahkan mereka hanya mendapat keletihan dari usaha yang sia-sia itu. Tafsir Ringkas ayat 5 : Bukti Kekuasaan Allah pada Alam Semesta (2) 1. Dalam ayat sebelum ini, Allah menyatakan salah satu kejadian alam yang hebat dan bebas dari sebarang kecacatan iaitu langit. Dalam ayat ini, Allah menjelaskan lagi kehebatan yang ada pada makhuk ciptaan-Nya ini. 2. Allah menyatakan bahawa langit dunia iaitu langit yang terdekat dan yang dilihat oleh mata kasar manusia, diperhiasi dengan ‘pelita-pelita’. Yang dimaksudkan dengan pelita-pelita adalah bintang-bintang yang bertaburan di halaman langit itu. Bintang-bintang yang memiliki pelbagai bentuk dan warna itu, menjadikan langit serba indah apabila dipandang pada waktu malam. Jika tiada bintang pasti langit menjadi gelap gelita dan suram. 3. Di samping menjadi perhiasan bagi langit, bintang-bintang juga berfungsi sebagai alat pelempar syaitan yang cuba untuk mencuri dengar berita di langit. Berdasarkan satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari menyatakan bahawa syaitan yang mencuri dengar berita itu akan terkena lemparan api bintang dahulu sebelum sempat mereka memberitahu khabar tersebut kepada penduduk bumi. Menurut Qatadah, Allah menjadikan bintang untuk tiga tujuan sahaja iaitu sebagai perhiasan langit, alat pemanah syaitan dan penunjuk arah bagi musafir. 4. Imam Ibnu Kathir berpendapat, ayat “dan Kami jadikan b i ntang -bintang itu” tidak dituju kepada bintang yang beredar di langit semata-mata. Ini kerana sekali-sekala terdapat bintang yang meluncur dengan sangat laju yang dinamakan sebagai meteor ataupun tahi bintang. Api yang terhasil daripada pergeseran meteor dan udara itulah yang melempar syaitan-syaitan yang mengganggu manusia dalam menegakkan iman kepada Allah. 5. Rejaman dari bintang itu adalah balasan dunia terhadap syaitan. Namun, di hujung ayat ini, Allah menjelaskan bahawa Dia menyediakan balasan yang jauh lebih dahsyat di akhirat nanti buat syaitan dan para pengikutnya iaitu api neraka yang marak menjulang.

3

Tafsir Ringkas ayat 6-7: Isyarat Kekuasaan Allah pada Penciptaan Api Neraka (1) 1. Selepas Allah SWT menyatakan secara khusus azab yang disediakan kepada syaitan, didatangkan pula pada ayat keenam akan balasan bagi para pengikut jejak syaitan, iaitu orangorang kafir. 2. Orang kafir adalah mereka yang enggan dan ingkar untuk tunduk kepada Allah SWT akibat terpedaya dengan hasutan syaitan. Mereka ini disediakan dengan seburuk-buruk tempat kembali iaitu azab api neraka. Ibn ‘Asyur menyatakan ayat ini menyempurnakan makna ayat sebelumnya, yang menjelaskan bahawa neraka bukan hanya khusus untuk syaitan, tetapi juga disediakan untuk orang-orang kafir dan musyrik secara umum. 3. Dalam ayat ketujuh, Allah SWT menggambarkan betapa dahsyatnya seksaan yang diterima oleh penghuni neraka. Sejurus mereka dihumban ke dalam neraka, terdengarlah suara pekikan mereka yang menggambarkan ketakutan dan kesakitan yang dirasai, akibat api neraka yang panas menggelegak itu. 4. Sufyan al-Thauri membayangkan ahli neraka itu dihumban dan dibolak-balikkan umpama biji benih yang sedikit dimasukkan ke dalam air menggelegak yang banyak. Bayangkanlah. Tafsir Ringkas ayat 8 : Isyarat Kekuasaan Allah pada penciptaan api neraka (2) 1.Di dalam ayat sebelum ini, Allah SWT menggambarkan betapa ngerinya suasana dalam neraka yang penuh dengan hiruk pikuk jeritan suara orang-orang kafir sejurus mereka dihumban ke dalamnya. 2. Pada awal ayat ini pula Allah SWT menjelaskan tindak balas neraka terhadap golongan kufur ini dengan menggambarkan kemarahannya yang amat sangat terhadap kekufuran mereka. ‫َ ز‬ Perkataan ‫ تم َ ّي‬menggambarkan seolah-olah neraka itu hampir pecah berkecai lantaran kemarahannya terhadap para penghuni neraka itu. 3. Ayat ini juga menjelaskan bahawa mereka yang masuk dalam neraka itu dalam kumpulan yang ramai. Dalam keadaan demikian, malaikat Zabaniyah mencela dan mencerca mereka dengan bertanya, “Tidak pernahkah datang kepada kamu seorang Rasul yang diutus Allah SWT yang memperingatkan kamu kepada azab hari kiamat yang menimpamu pada saat ini?” Tapi sayang sekali kerana mereka tidak mengendahkan seruan Rasul ketika di dunia. 4. Ayat ini jelas menunjukkan keadilan Allah SWT terhadap makhluk, iaitu Dia tidak akan mengazab seseorang melainkan setelah mengutus seorang Rasul kepadanya, seperti yang disebutkan di dalam firman-Nya: ‫سول‬ ُ َ‫حَتَىَثََ ًَ ر‬ ‫ينَََبْع‬ ‫َوماك ُمُنعََا ِذبِ ن‬ “dan Kami tidak mengazab sebelum Kami mengutus seorang Rasul.” (Al-Isra: 15)

4

Tafsir Ringkas ayat 9 : Dialog Ahli Neraka 1. Setelah menggambarkan kemarahan neraka serta lontaran pertanyaan yang mengecam penghuni neraka dalam ayat yang sebelumnya, maka ayat ini diteruskan dengan dailog ahli neraka yang menzahirkan penyelesalan mereka. 2. Orang kafir sudah tiada lagi hujjah dan terpaksa akhirnya mengakui bahawa memang sungguh telah datang kepada mereka seorang rasul yang memberi peringatan tapi mereka tetap juga mendustainya dengan menolak dakwah dan menafikan semua kebenaran yang disampaikan. 3. Orang kafir bukan sekadar mendustakan seruan para Rasul, bahkan mereka turut mengejek dan mendakwa bahawa Rasul dan para pengikutnya itulah yang telah jauh sesat. Al-Zamakhsyari menyatakan bahawa hujung ayat ini boleh juga ditafsirkan sebagai kata-kata malaikat penjaga neraka terhadap orang kafir yang sesat akibat perbuatan mereka ketika di dunia itu. Tafsir Ringkas ayat 10-11 : Penyesalan dan Pengakuan Ahli Neraka 1. Pada ayat sebelumnya, orang kafir mula menyesali dosa-dosa mereka dengan mengakui bahawa mereka telah mendustakan, menafikan dan menolak seruan dakwah yang sampai kepada mereka. Rentetan itu, ayat ini menggambarkan penyesalan mereka semakin besar. 2. Orang kafir menyesali kedegilan diri mereka sendiri, yang dahulu semasa di dunia langsung tidak mahu mendengar risalah yang disampaikan, juga tidak mahu memikirkan nasihat yang disampaikan oleh para penyampai risalah. Namun, pengakuan dan penyesalan itu ternyata siasia kerana mereka telahpun menjadi penghuni neraka. 3. Tafsir Al Azhar menjelaskan bahawa dosa paling besar adalah kufur. Ada beberapa bentuk kekufuran, antaranya: i) menafikan adanya Tuhan; ii) percaya adanya Tuhan tetapi enggan mengakui ketuhanan; iii) tidak mengiktiraf suruhan dan larangan Tuhan; iv) menolak Rasul yang diutuskan dan risalah yang disampaikan. 4. Kalimah ‘‫ ’سحقا‬pada hujung ayat bermaksud injak, injakan atau diinjak. Penghuni neraka bukan sahaja disiksa, malah mereka juga dihina sehina-hinanya.Begitulah azabnya neraka. Ayat ini menunjukkan betapa jauhnya penghuni neraka daripada rahmat dan keampunan Allah sehingga tiada peluang lagi untuk mereka menyelamatkan diri daripada azab neraka. Tafsir Ringkas ayat 12 : Isyarat Kekuasaan Allah pada Ilmu-Nya yang Sangat Halus pada Penciptaan-Nya (1) 1. Setelah menyatakan tentang situasi orang kafir di akhirat sebagai satu bentuk tarhib iaitu ancaman dan peringatan, Allah SWT menarik hati manusia dengan cara targhib iaitu memberi gambaran yang indah tentang situasi orang beriman. 2. Bagi orang beriman yang meyakini akan perkara-perkara ghaibiyyat yang terangkum di dalam rukun iman, akan muncul dalam hati mereka rasa takut kepada Allah SWT melebihi takutnya 5

kepada perkara yang lain. Disebabkan keyakinan ini, mereka akan berasa sentiasa diawasi oleh Allah SWT pada setiap perkara yang dilakukan dan pada setiap masa walaupun mereka tidak nampak Allah sedang mengawasi mereka ataupun pada ketika mereka terlindung daripada pandangan orang lain. 3. Kewaspadaan dan kesedaran inilah yang melayakkan mereka mendapat keampunan dan beroleh ganjaran yang besar dari Allah SWT. Tafsir Ringkas ayat 13-14 : Isyarat Kekuasaan Allah Pada Ilmu-Nya yang Sangat Halus Pada Penciptaan-Nya (2) 1. Setelah Allah mengambarkan seksaan yang tidak terperi azabnya terhadap golongan kafir serta janji keampunan buat golongan yang beriman, maka pada ayat ini Allah susuli dengan satu penegasan buat manusia tentang keluasan ilmu serta pengetahuan-Nya. 2. Dalam ayat 13, dengan menggunakan kata seruan, Allah mencabar manusia sama ada mereka mengucapkan sesuatu secara terang-terangan ataupun tersembunyi, semuanya berada dalam pengetahuan-Nya hatta apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Menurut Ibn Abbas, ayat ini diturunkan berkenaan kaum musyrikin yang telah mengutuk Nabi Muhammad SAW dan mereka menyembunyikan hal tersebut sesama mereka agar tidak diketahui oleh Tuhan Muhammad. 3. Seterusnya, dalam ayat 14 Allah SWT menimbulkan persoalan kepada manusia, bahawa bukankah Dia Yang Maha Mencipta segala apa yang ada di alam ini? Persoalan ini agar manusia berfikir bahawa segala yang ada dan berlaku di bumi ini adalah dalam pengetahuan Allah SWT. 4. Ayat ini menerangkan betapa Maha Halusnya dan Mendalamnya Pengetahuan Allah yang mengetahui segala-galanya tentang semua makhluk ciptaan-Nya. Dia amat teliti dengan segala penciptaan-Nya, daripada sebesar-besar makhluk seperti matahari hingga sekecil zarah. Sudah pasti Allah mengetahui segala-galanya kerana Dialah yang mengawal semua urusan makhluk-Nya sama ada yang zahir mahupun batin. 5. Kedua-dua sifat Allah yang disebutkan di sini berkaitan dengan ayat-ayat sebelumnya. Surah ini menceritakan tentang manusia yang mengambil pengajaran lalu mendapat kebaikan dan manusia yang salah memilih jalan lalu mendapat kerugian dan penyesalan. Allah juga memberitahu kesan-kesan yang mereka akan hadapi daripada tindakan mereka itu. Tafsir Ringkas ayat 15 : Bukti Kekuasaan Allah pada Penciptaan Muka Bumi 1. Setelah ditegaskan dalam ayat sebelumnya bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Halus PentadbiranNya dan Maha Luas PengetahuanNya, maka dalam ayat ini sekali lagi Allah membuat penegasan tentang kekuasaanNya. Allah SWT telah menciptakan bumi untuk ummat manusia jelajahinya dengan mudah serta dapat memanfaatkannya dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti pertanian, perniagaan, pengangkutan dan sebagainya. Ayat ini juga menunjukkan bahawa segala usaha yang telah dilakukan di atas muka bumi ini tidak akan membawa sebarang manfaat jika Allah tidak memudahkannya. 6

2. Kemudian, di pertengahan ayat ini, terdapat dorongan kepada manusia untuk mencari rezeki dan bekerja bersungguh-sungguh. Setelah mereka berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakkal dalam mencari rezeki yang melata di atas muka bumi ini, Allah SWT memberi kebenaran kepada mereka untuk mengambil serta memakan sebahagian daripada pelbagai rezeki yang Allah telah sediakan di seluruh dunia. 3. Di akhir ayat ini pula, Allah SWT juga telah memberi peringatan bahawa setelah manusia dibangkitkan daripada kubur masing-masing, mereka akan dikumpulkan untuk menuju Allah bagi mendapat balasan terhadap amal perbuatan mereka ketika hidup di dunia. Hanya kepada Allah sahajalah tempat mereka dikembalikan. Tafsir Ringkas ayat 16-18 : Bukti Kekuasaan Allah pada malapetaka di muka bumi 1. Dalam ayat-ayat sebelum ini Allah SWT menerangkan dalil-dalil yang menunjukkan kesempurnaan ilmu Allah SWT dan keluasan lingkungan kekuasaanNya untuk mencetuskan rasa takut dan gerun kepada golongan kafir. Seterusnya dalam ayat ini, Allah SWT mengemukakan dalil yang lain bertujuan untuk mengancam dan mengugut manusia jika mereka tetap dalam kekafiran. 2. Peringatan ini diberikan Allah kerana golongan kafir seakan-akan merasa aman dan terhindar daripada siksa Allah setelah mendapat rahmat iaitu kesenangan duniawi. Oleh itu, Allah SWT mengingatkan bahawa amat mudah bagi-Nya untuk menghapuskan mereka dengan sekelip mata sahaja sama ada dengan menimbus mereka ke dalam bumi atau dengan menimpakan ke atas mereka ribut angin yang kencang. 3. Kemudian Allah SWT memerintahkan agar orang-orang kafir memperhatikan penderitaan yang telah dialami umat-umat terdahulu kerana telah mendustakan para rasul yang telah diutus kepada mereka. Antaranya kaum Nuh AS yang telah ditenggelamkan banjir, kaum Syuaib AS yang telah dibinasakan dengan petir, serta Fir’aun dan kaumnya yang tela h ditenggelamkan dalam Laut Merah. Tafsir Ringkas ayat 19 : Bukti Kekuasaan Allah pada Sifat Burung 1. Selepas beberapa amaran dan ancaman dalam ayat-ayat sebelumnya, ayat ini mengajak manusia memerhati dan berfikir tentang kejadian burung yang berterbangan di udara dengan mengembang dan menguncupkan sayapnya sebagai suatu keajaiban ciptaan Allah yang membuktikan kekuasaan-Nya. 2. Ayat ini menjelaskan bahawa burung boleh berterbangan dan terapung di udara bukanlah semata-mata kerana kemampuan dan daya semulajadi burung menggerakkan sayapnya. Sebenarnya, kekuasaan Allah Yang Maha Pemurah jualah yang menahan burung itu daripada jatuh ke bumi. Lantaran pemurahnya Allah, diciptakan burung dalam bentuk aerodynamic bagi membolehkannya terbang. Tanpa rahmat-Nya, nescaya burung tidak akan mampu terapung di udara. Perkara ini juga dijelaskan dalam Surah Al Nahl, ayat 79: 7

฀ َ َََ‫إن‬ ‫جَوِالسَمَ اءَِمَ ا‬ ََ‫يَاتلِقَويُْؤَْم ِمنُون‬ ‫سكُهُنََََ إِل لَ ُلاََۗ ِ ذ‬ ‫َِيلِكََ َ َ ل‬฀‫ف‬ َ ‫يمَر َْ ِاإلوَى الطَِ ُميسْرَخَ رَََ اتفِي‬ َْ َ‫أَل‬ ِ ‫يُ ْم‬ Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayanglayang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman. 3. Di hujung ayat ini, Allah menegaskan bahawa Dia Maha Melihat akan tiap-tiap sesuatu. Ini bermakna Allah sentiasa memerhati dan mengetahui segala perkara yang berlaku. Oleh sebab itu Allah menyedia, mengatur, memberi tenaga kekuatan dan memelihara segala-galanya di setiap saat dengan penuh teliti dan pengetahuan yang mendalam. Tafsir Ringkas ayat 20 : Bukti Kekuasaan Allah pada nikmat pertolonganNya buat manusia. 1. Dalam ayat sebelum ini, Allah SWT mengajak manusia merenung kejadian burung yang berterbangan di angkasa sebagai salah satu bukti kekuasaan-Nya. Dalam ayat ini, sekali lagi Allah SWT mengajak manusia merenung dan berfikir tentang hakikat kekuasaan-Nya. 2. Allah SWT menempelak orang kafir dengan menimbulkan persoalan, adakah mana-mana tentera atau penolong ...


Similar Free PDFs