ANALISIS & MENGENAL PASTI KEPERLUAN LATIHAN PDF

Title ANALISIS & MENGENAL PASTI KEPERLUAN LATIHAN
Pages 2
File Size 46.3 KB
File Type PDF
Total Downloads 308
Total Views 503

Summary

ANALISIS & MENGENAL PASTI KEPERLUAN LATIHAN 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Analisa & Mengenal Pasti Keperluan Latihan? Mengenal Pasti Keperluan Latihan merupakan proses di mana kakitangan dan Ketua-Ketua Jabatan menilai Keperluan Latihan bagi kakitangan supaya dapat melaksanakan tugas sem...


Description

ANALISIS & MENGENAL PASTI KEPERLUAN LATIHAN 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Analisa & Mengenal Pasti Keperluan Latihan? Mengenal Pasti Keperluan Latihan merupakan proses di mana kakitangan dan Ketua-Ketua Jabatan menilai Keperluan Latihan bagi kakitangan supaya dapat melaksanakan tugas semasa. Analisa Keperluan Latihan merupakan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Sumber Manusia dalam menggabungkan dan menganalisis Keperluan Program Latihan Syarikat dan Belanjawan Latihan. 2. Mengapakah syarikat perlu menjalani Analisa & Mengenal Pasti Keperluan Latihan? Analisa Keperluan Latihan membolehkan keperluan program latihan Kemahiran Teknikal dan Ilmiah bagi kakitangan dikenalpasti secara sistematik bagi memudahkan kakitangan menjalankan tugas. Ia mengurangkan keperluan latihan secara mendadak dan tidak dijangka. Ini merupakan cara yang cekap untuk menguruskan kos program latihan. Ketua Jabatan dan kakitangan dapat merancang tempoh latihan mereka dengan sewajarnya. 3. Bilakah masa yang sesuai bagi menjalankan Pengenalpastian Keperluan Latihan? Analisa Keperluan Latihan biasanya dilakukan selaras dengan Proses Pengurusan Prestasi Kakitangan agar Ketua Jabatan tidak perlu mengisi bilangan borang yang banyak. Ia biasanya dimasukkan didalam borang yang sama di bawah perkara "Ulasan Keseluruhan berkenna Kekuatan dan Keperluan Pembangunan Kakitangan". Ia juga digunakan sebagai bahan perbincangan bagi Ketua Jabatan untuk menyokong kakitangan dalam menyempurnakan Penunjuk Prestasi Utama (KPI) mereka. 4. Bagaimana melaksanakan Pengenalpastian Keperluan Latihan? Kakitangan boleh mengisi Borang Keperluan Latihan mereka sendiri dan seterusnya berbincang dengan Ketua Jabatan untuk mendapatkan kelulusan. Jabatan Sumber Manusia boleh memberi senarai Program Latihan dan Kos Latihan untuk dipilih oleh kakitangan dan pengurus.

ANALISIS & MENGENAL PASTI KEPERLUAN LATIHAN

5. Bilakah Analisa Keperluan Latihan perlu dilaksanakan? Ia biasanya dilaksanakan dalam tempoh penyediaan Belanjawan Tahunan. 6. Bagaimana Keperluan Latihan dianalisa? Analisa Keperluan Latihan digabungkan mengikut keperluan Bahagian. Jabatan Sumber manusia perlu membuat analisis dalam bidang berikut: a. Latihan yang biasanya diperlukan oleh semua kakitangan di seluruh syarikat b. Kos latihan yang diperlukan oleh setiap Bahagian c. Peratus (%) kos latihan bagi setiap kos tenaga kerja mengikut Bahagian d. Mengenal pasti Program Latihan khusus untuk diberi fokus dalam syarikat e. Mengenal pasti Program Latihan khusus untuk dijalankan secara dalaman (‘in-house’) di syarikat f. Bagaimana hendak mengagihkan Belanjawan Latihan secara berkesan. 7. Peranan dalam Analisa Keperluan Latihan Ketua Jabatan dan kakitangan perlu mengenal pasti Keperluan Latihan. Jabatan Sumber Manusia akan mengkonsolidasi keperluan dan kos latihan untuk mendapatkan kelulusan. Jabatan Sumber Manusia akan memantau sama ada pelaksanaan mengikut seperti yang dirancang dan belanjawan dan memohon kelulusan untuk apa-apa perubahan atau permohonan latihan yang baru....


Similar Free PDFs