ARKEOLOGI PDF

Title ARKEOLOGI
Author Md Hasri
Pages 13
File Size 143.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 67
Total Views 277

Summary

“Terdapat kelemahan-kelemahan yang mengaburkan prasejarah, ini telah membuktikan bahawa terdapat masalah dalam kajian arkeologi (Zuraina: 1990), walaupun telah berjaya mendeskripsikan sesebuah budaya melalui penemuan material. Bahaskan secara kritis. Md Hasri B Rajali Sejarah & Arkeologi Pusat P...


Description

“Terdapat kelemahan-kelemahan yang mengaburkan prasejarah, ini telah membuktikan bahawa terdapat masalah dalam kajian arkeologi (Zuraina: 1990), walaupun telah berjaya mendeskripsikan sesebuah budaya melalui penemuan material. Bahaskan secara kritis. Md Hasri B Rajali Sejarah & Arkeologi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan [email protected]

PENGENALAN

Secara umumnya, arkeologi merupakan satu subbidang antropologi yang mempunyai beberapa subbidang yang lain antaranya antropologi fizikal, antropologi budaya, linguistik dan arkeologi sendiri (Zuraina, 1996: 1). Menurut G. Clark, dalam buku Archeology and Society menyatakan arkeologi merupakan suatau studi yang sistematik tentang benda-benda kuno sebagai suatu alat untuk merekonstruksi masa lampau (Uka, 2009: 2-3). Maka, di sini tidak hairanlah jika kita mengatakan kajian arkeologi ini adalah

suatu

kaedah

untuk

mengklasifikasikan,

menghuraikan,

dan

megembangkan sesuatu budaya masyarakat melalui beberapa aspek seperti gambaran tentang bentuk, tekstur dan artistiknya. Di sini arkeologi tidak

dapat

terpisah

dengan

budaya

kerana

dikatakan

kajian

ini

sememangnya dapat membedakan antara sesuatu budaya dengan budaya yang lain sama ada perbedaan material, kepercayaan, kesenian dan lain-lain.

1

Budaya

atau

culture

yang

mengambil

kata

kultivatis

iaitu

pemeliharaan ternak, hasil bumi, proses keagamaan, yang dulu diambil daripada istilah cult atau kultus (Mudji & Hendar, 2005: 7). Menurut William, budaya juga merangkumi perkembangan

intelektual, dan spritiual

seseorang individu atau juga sekelompok manusia. Bidang arkeologi telah member sumbangan yang banyak kepada bidang-bidang yang lain, maka tanpa arkeologi agak sukar bagi kita untuk mendeskripsikan sesebuah budaya melalui nilai-nilai materialistic sesebuah budaya seperti budaya kesenian, budaya pembinaan, budaya teknologi batuan, budaya memburu, budaya keintelektualan dan sebagainya. Secara tidak langsung, hubungan arkeologi sememangya tidak dapat dipisahkan

dengan antropologi,

sesuatu bidang yang mengkaji budaya. Maka dalam penulisan ilmiah ini saya

akan

menfokuskan

kepada

zaman

Pra-Sejarah.

Persoalannya,

bagaimana ahli arkeologi dapat menkonstruksi sesebuah budaya dengan hanya penemuan artifak, ekofak dan sisa bahan lampau lain-lain? Adakah dengan penemuan bahan tersebut mampu membuktikan kehebatan kemahiran dan daya pemikiran manusia pada zaman Paleolitik? Namun, mungkin berlaku ketidakadilan dalam kalangan pakar arkeologi proses menginterprestasikan sesebuah budaya? Hal ini kerana majoriti pakar arkeologi atau pakar antropologi menkonstruksi masa dengan hanya menilai satu atau dua bahan penemuan eskavasi terhadap sesuatu kawasan yang dikatakan berpotensi, masalah ini juga akan dirungkaikan dalam penulisan ilmiah ini nanti?

2

BUDAYA TEKNOLOGI BATUAN

Teknologi batuan merupakan salah satu daripada peralatan atau alat penggunaan yang penting bagi masyarakat Paleolitk. Sebab alat tersebut amat penting kerana ia merupakan alat untuk memburu, alat untuk mempertahankan diri daripada musuh dan binatang pengancam. Jika kita melihat setiap zaman terdapat perbezaan teknologinya dalam penciptaan alatan, misalnya Zaman Paleolitik yang masih menggunakan alat yang berjenis

batuan

berbanding

dengan

zaman

logam,

masyarakatnya

menggunakan bahan-bahan logam untuk menghasilkan alat-alat untuk keperluan kehidupan.

Alat-alat batu merupakan alat-alat yang dijumpai ahli arkeologi bagi membuktikan bahawa ada penciptaan, penghasilan atau bengkel kerja paleditik daripada masyarakat khususnya masyarakat Paleolitik. Misalnya di Indonesia, penjumaan alat-alat batuan dari permukaan bukit-bukit di sekitar Werloka yaitu di Tonggong Ras, Tonggong Wae Jawa, Tonggong Wae Kerek, Tonggong Kampung Baru, dan Golo Werloka (Soejono, 1985: 2). Penelitian ini dilakukan oleh Pusat Penelitian Arkeologi Nasional yang dilakarkan dalam Laporan Penelitian Arkeologi Werloka pada tahun 1981. Unutk menceritakan serba sedikit bahan yang dinyatakan dalam laporan tersebut ialah penemuan tiga jenis kapak perimbas yang berbeza bahan-bahan dan ciriciri fizikalnya walaupun serpihan-serpihan batuan ini dalan keadaan

3

berselerak tetapi masih di sekitar lokasi yang sama. Ciri-ciri fizikal dan jenis bahan akan dinyatakan dalam jadual 1.0:

BAHAN-BAHAN

CIRI-CIRI FIZIKAL

Batu Andestik

Kepanjangan: 7-14 cm Kelebaran: 7-12 cm Ketebalan: 2-6 cm

Batu Kayu Fosil

10 x 10 x 3.5 cm mempunyai bentuk dan pengerjaan yang serupa

Batu Gamping Kersikan

Berbentuk tapal kuda. Ukuran 10 x 9 x 6 cm (Soejono: 1992)

Jadual 1.0 menunjukkan contoh-contoh hasilan masyarakat Paleolitik di salah satu kawasan Werloka, Indonesia. Penemuan eskavasi ini telah membuktikan bahawa terdapat budaya yang mahir dalam teknologi di kawasan tersebut. Masyarakatnya mungkin sudah

bijak

menghasilkan

lain-lain

peralatan

yang

banyak

bagi

memudahkan dan melicinkan kehidupan mereka. Di Malaysia, terdapat bukti-bukti melalui alat-alat batu yang diperbuat daripada

batu repih

merupakan tradisi kebudayaan Hoabinh yang tidak wujud secara jelas seperti di Kelantan berbeza dengan Gua Niah di Sarawak. Kebanyakan alat4

alat batuan terhasil daripada batuan teras yang di ambil dari sungai seperti alat-alat batuan yang direpih. Alat-alat batu seperti ini dijumpai bersama dengan tembikar bentuk konservatif di Gua Cha. Selain itu, sebilangan penduduk kampung yang menjadikan barang sepeninggalan ini sebagai salah satu koleksi kesukaan mereka seperti arwah Encik Wan Abdullah merupakan ahli Lembaga Muzium Negeri Pahang ketika dulu yang menjadikan muzium tersebut sebagai wadah untuk menyimpan artifak seperti alat batu zaman Neolitik seperti beliong batu, pisau Tembeling dan alatan perhiasan. Jadi kebanyakan ahli arkeologi dan sebahagian ahli antropologi telah mentafsirkan bahawa Sungai Tersang di Padang Tengku, Lipis pernah dijadikan salah satu kawasan aktiviti pertanian yang dijalankan semasa zaman Neolitik (Nik Hassan Suhaimi, 1997: 36). Maka disni dapat kita simpulkan wujudnya penggunaan alat batuan dalam kalangan masyarakat zaman Prasejarah. Walaupun zaman moden sekarang kita mengangglap alat batuan seperti repihan ini tidak berguna bagi kehidupan kita tetapi ia amat bernilai bagi masyarakat Prasejarah kerana kehidupan mereka amat bergantung kepada alat tersebut unutk hidup dan mencari makanan serta alat perlindungan.

BUDAYA PENGGUNAAN TEMBIKAR DAN AKSESORI MANIK

Selain daripada teknologi batuan juga terdapat bukti lain yang menunjukkan kehebatan kemahiran masyarakat Prasejarah khususnya dalam penghasilan 5

tembikar dan aksesori manik-manik. Namun persoalannya apakah terdapat hubungkait

antara

bahan-bahan

tembikar

dan

manik-manik

dengan

pengaruh luar (di luar sempadan masyarakat dahulu)? Atau hanya sebahagian identiti sesebuah budaya bagi menunjukkan terdapat suatu kepercayaan, kehidupan dan keinginan yang juga dapat mempermudahkan para arkeologi dan para antropolgi? Di Malaysia sendiri terdapat tempat/lokasi yang dapat dikenalpasti penemuan-penemuan tembikar, misalnya di Pahang sendiri yang terkenal dengan aktiviti pelancongan yang bersumberkan bahan-bahan penemuan seperti tembikar-tembikar, kuburan-kuburan dan aksesori-akesori. Misalnya, penemuan tapak membuat seramik atau klin dan serpihan tembikar yang berhias cap tali di Gua Tok Long (Nik Hassan Suhaimi: 1997). Jika kita lihat balik di Gua Tok tersebut dapat kita buat suatu intrespretasi terhadap tapak membuat seramik atau klin tersebut dimudahkan dengan bantuan persekitaraan yang sesuai dengan tempat bengkel penghasilan mereka. Ini kerana pihak arkeologi antaranya Evans pada tahun 1917 telah menjumpai ketulan tanah liat di sekitar tapak pembuatan seramik ketika beliau membuat kajian di Gunung Senyum (Nik Hassan Suhaimi: 1997). Dalam kajian tersebut, telah menyatakan bahawa terdapat suatu aktiviti telah dijalankan oleh masyarakat Prasejarah pada ketika itu dan membuktikan budaya yang boleh menghasilkan suatu lambang atau tanda terhadap bahan yang dihasilkan. Suatu penemuan yang menarik apabila terdapat sesetengah bahan artifak tempatan menyerupai tembikar di luar kawasan (luar negara). Misalnya, stail dan jenis tembikar hitam di Bukit Tengku Lembu, 6

Perlis telah dikaitkan dengan tembikar Yunani pada abad ke-4 dan ke-5 S.M (Sieveking: 1962). Maka disini kita berpendapat bahawa terdapat pengaruh Yunani terhadap tembikar tersebut atau terdapat hubungan antara Yunani dengan masyarakat dahulukala di Bukit Tengku Lembu, Perlis antara abad ke4 hingga abad ke-5.

PERMASALAHAN BIDANG ARKEOLOGI Seperti mana yang kita tahu, sejak permulaan arkeologi hingga merdeka tiga karya utama yang boleh dianggpa sumber yang sahih dalam menrungkaikan zaman Prasejarah Malaysia antaranya sintesis prasejarah oleh karya Tweedie tahun 1953; Laporan Ekskavasi Gua Cha oleh Sieveking pada tahun 1955; Asal-usul Zaman Logam oleh Loewenstein pada tahun 1956 (Zuraina: 1996). Menariknya dalam masa tiga tahun tersebut tidak terjumpa mana-mana tapak prasejarah kecuali ekskavasi tapak-tapak lama seperti Gua Cha yang diketuai oleh Adi pada tahun 1985. Sejak tahun 1950, para arkeologi menjadikan karya Tweedie kerana tiada karya yang setaraf dengan karya Tweedie tetapi harus dinilai atau dibahaskan secara kritis dan saintifik dalam memastikan kesahihan data yang dinyatakan dalam karya tersebut. Antara kelemahan dalam sintesis tersebut ialah penggunaan satu jenis artifak yang kabur, stratigrafi budaya yang kabur dan akhir sekali penggunaan data yang menpunyai asas yang lemah (Zuraina: 1996). Maka Tweedie telah menklasifikasikan zaman Prasejarah kepada tiga bahagian 7

antaranya zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik (Hobianh) (Tweedie: 1953). Dalam sintesis Tweedie telah meletakkan Kota Tampan merupakan wakil zaman Paleolitik di Tanah Melayu, maka bukti yang tidak mencukupi Tweedie telah member meneruskan perbincangan tentang perkembangan kebudayaan

Hobianh

dan

Neolitik.

Tweedie

juga

yakin

bahawa

ekskavasinya di Gua Musang dan Gua Madu mempunyai perbezaan daripada aspek etnik dan masa. Manakala, ekskavasi Sieveking terhadapa Gua Cha telah menunjukkan terdapat perbezaan Hoabianh dengan Neolitik kerana hanya perbezaan daripada cara pengebumian dan populasi bentuk badan dan budaya (Sieveking, 1955: 92). Namun dengan teknik eksperimen yang baru, dalam ekskavasi Adi tahun 1982 di Gua Cha misalnya telah menentang pendapat dua sarjana tadi melalui kaedah pentarikhan kronometrik. Antara pandangan yang berbeza adalah persamaan teknologi tembikar dan batu antara kedua-dua peringkat kebudayaan dan tidak terdapat perbezaan yang nyata dalam konsep pengebumian antara kubur Hobianh dengan kubur Neolitik. Maka, sumber yang dikatakan sebagai rujukan utama ahli arkeologi juga menjadi masalah dalam mengkontrusksi sesebuah budaya. Dalam karya Zuraina Majid, “Prasejarah Malaysia: Sudahkah Zaman Gelap Menjadi Cerah” tahun 1996 menlaporkan bahawa lebih kurang 90 peratus data yang diperolehi pada masa lalu tidak boleh digunakan dalam proses analisis kerana tiada data yang releven ditemui bagi membentuk suatu sintesis yang

prasejarah yang mutakhir. Antara kelemahan data

ekskavasi tersebut ialah pertama, tidak membenarkan perbandingan antara 8

tapak; kedua, tinggalan budaya yang dijumpai di atas lantai terbuka; ketiga, mengharapkan data artifak sahaja yang tidak menggunakan data bukan artifak; akhir sekali, kesukaran menentukan tapak sezaman (Zuraina: 1996). Secara umumnya, terdapat laporan-laporan arkeologi dahulu tidak membenarkan perbandingan antara tapak. Hal ini kerana terdapat perbezaan kaedah, pendekatan ahli arkeologi; juga kekurangan data arkeologi yang releven seperti pelan, potongan, lukisan dan ukuran yang merakamkan kedudukan artifak bawah tanah. Data-data penting seperti ini tidak dapat dipulihkan kerana kita tidak dapat mengambarkan kehidupan pubakala. Jika kita tidask mengumpulkan data tersebut semasa ekskavasi maka kita akan kehilangan lebih banyak bukti. Mungkin penghapusan data ini disebabkan oleh gangguan biologi alam dan juga gangguan manusia yang juga ekskavasi ahli arkeologi seperti yang berlaku pada ekskavasi Harrisson yang telah memusnahkan data tapak akibat menggunakan pendekatan yang banyak, namun tapak tersebut sempat diselamatkan ahli sains (Medwey: 1985). Seperti yang dinyatakan tadi kebanyakan penemuan data dijumpai di atas lantai gua, tebing sungai atai tempat terbuka yang lain. Majoritinya ialah hasilan mendapan sekunder akibat penggalian guano, pengorekkan binatang, hakisan sungai dan proses semula jadi. Misalnya, ekskavasi yang dijalankan oleh Tom Harrisson di Gua Niah, Sarawak telah menjumpai tengkorak Homo sapiens berusia 30 ribu tahun dahulu berdasarkan kaedah pentarikhan radiokarbon yang dijalankan bersama-sama sisa arang yang 9

dijumpai berdekatan tengkorak. Namun, peliknya tengkorak tersebut tidak diberikan pentarikhan radiokarbon dan hanya arang tersebut sahaja. Maka, timbul persoalan daripada sarjana arkeologi lain yang mempersoalkan sama ada ia tinggalan indigenues atau jatuh daripada lapisan atas ke bawah (infiltrated) oleh Peter Bellewood. Maka dapat disimpulkan disini terdapat 2 proses redeposition material iaitu berlaku perpindahan data dari tempat asal ke tempat lain. Kedua, ialah upward migration iaitu bahan data naik ke atas lantai atau permukaan tanah dikenali sebagai residual. Terdapat faktorfaktor yang menyebabkan situasi ini berlaku antaranya, kegiatan haiwan, aktiviti manusia purba, dan juga proses semula jadi seperti hakisan tanah dilereng bukit, hakisan sungai, proses leansing, dan proses leaching. Misalnya, di Gua Tabon dan Pulau Pulawan yang terganggu stratrigrafi guanya melalui kajian Fox menemui terdapat gangguan burung Megapod yang telah mencakar tah-tahi kelawar dan pasir yang lembut untuk membuat lubang yang dalam untuk proses penetasan. Lubang tersebut mencecah 130 cm sehingga menganggu data yang berada di situ (Fox: 1970). Seterusnya, kesukaran untuk menentukan tapak-tapak yang sezaman. Kumpulan tinggalan budaya untuk pentarikhan relatif dan pentarikhan kronometriks adalah petunjuk untuk tapak sezaman ialah data yang tertumpu kepada jenis dan stail artifak sahaja, data-data runag masa yang tidak lengkap dan akhir sekali artifak yang tidak terjumpa ditempat asalnya serta pentarikhan kronometrik yang agak baru pada masa itu. Mungkin

10

kekurangan-kekurangan tersebut boleh dikatakan kurangnya pengetahuan dan kekuatan teknologi pada masa itu (Zuraina: 1996).

KESIMPULAN

Akhirnya, dalam bidang arkeolgi dapat mengwujudkan suatu suasan budaya dengan menginterprestasikan sesuatu data melalui kajian-kajian ekskavasi

lalu pemeriksaan eksperimen dilakukan bagi membenarkan

hipotesis. Misalnya, bengkel alat batuan yang dijumpai di Kota Tampan, pihak ekskavasi telah menjumpai banyak batu repehan disekeliling bati pelandas. Manakala, batu teras didapati berdekatan dengan batu yang direpeh dan boleh dicantum dengan sisa-sisa repehen asal batuan teras. Namun, penemuan Kota Tampan ini merupakan tapak yang tidak terganggu, bagaimana pula dengan tapak-tapak yang terganggu di kawasan lain yang sudah diklasifikasikan budayanya dengan hanya penemuan satu artifak sahaja lalu terus ditafsirkan sebagai keseluruhan sebuah budaya seperti tembikar di Bukit Tengku Lembu, Perlis. Maka, sudah tentu para arkeologi akan cuba mengambil iniasiatif dalam memastikan kebenaran zaman Prasejarah dengan meningkatkan lagi pengetahuan atau teknologi dalam mencari gali jumpaan-jumpaan yang masih tersembunyi dan yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera manusia.

11

BIBLOGRAFI Fox, R. B. 1970. The Taboon Caves: Archeologyexplorations And Excavations On Palawan Island, Philipines. Manila: National Museum. G. Solhem Ii Wilhem. 1968. Prehistoric Archeology In Eastern ,Mainland Southest Asia And The Philipines. Harrison Tom. 1985. The Cave Of Niah: A History Of Preshistory. Sarawak Museum Journal VIII. Hole Frank dan Heizer F. Robert. 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. Herbert Foriester. 1998. Ribuan Gunung Ribuan Alat Batu: Prasejarah Song Keplek, Gunug Sewu, Jawa Timur. Jakarta Selatan: Kepustakaan Popular Gramedia. Lombard Denys. 1996. Nusa Jawa: Silang Budaya Warisan Kerajaan-Kerajaan Kosentris. Indonesia: Gramedia Pustaka Utama. Nik Hassan Suhaiami et.al. 1997. Pembangunan Arkeologi Pelancongan: Negeri Pahang. Pahang: Lembaga Muzium Negeri Pahang. Soejono R. P. 1985. “Temuan Baru Alat-Alat Paleolitik Di Indonesia”, Pertemuan Ilmiah Arkeologi Ke-III, 23 hingga 28 Mei 1983. Indonesia: Pusat Penelitian Arkeologi Nasional.

12

Truman Sumanjuntak et.al. 2006.

Archaeology: Indonesian Perspective, R.

Soejono Festschrift. Jakarta: LIPI Press. Tweedie, M. W. F. 1953. The Stone Age of Malaya. Journal of Royal Asiatic Society, Malayan Branch. Artikel 749. Uka

Tjandrasasmita.

2009.

Arkeologi

Islam

Nusantara,

Indonesia:

Kepustakaan Popular Gramedia. Zuraina Majid. 1989. Kota Tampan, Penentuan Sebagai Tapak Bengkel Kerja Palolitik Pada Akhir Zaman Plestosin. Purba: Jurnal Persatuan Muzium Malaysia. Zuraina Majid. 1996. Prasejarah Malaysia: Sudahkah Zaman Gelap Menjadi Gelap? (Siri Syarahan Umum). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

http://www.usm.my/index.php/ms/arkib-berita/9882-penyelidik-usm-temuiartifak-prasejarah-di-bingkor.html- diakses pada tarikh 11 November 2012. http://arkeologi.web.id/articles/arkeologi-prasejarah?start=10- diakses pada 10 November 2012.

13...


Similar Free PDFs