BATU ACEH SUATU KAJIAN ARKEOLOGI DI UJONG PANCU, ACEH-INDONESIA PDF

Title BATU ACEH SUATU KAJIAN ARKEOLOGI DI UJONG PANCU, ACEH-INDONESIA
Author Amir Husni
Pages 19
File Size 499.3 KB
File Type PDF
Total Downloads 492
Total Views 789

Summary

BATU ACEH: SUATU KAJIAN ARKEOLOGI DI UJONG PANCU, ACEH BESAR Amir Husni* Mokhtar Bin Saidin** * Pelajar Sarjana Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia ** Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia __________________________________________________...


Description

BATU ACEH: SUATU KAJIAN ARKEOLOGI DI UJONG PANCU, ACEH BESAR

Amir Husni* Mokhtar Bin Saidin** * Pelajar Sarjana Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia ** Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia ________________________________________________________________________________ 1.

Abstrak

Artikel ini bertajuk “Batu Aceh: Suatu Kajian Arkeologi di kawasan Ujong Pancu, Aceh Besar, Sumatera, Indonesia. Ujong Pancu terletak di hujung barat Pulau Sumatera. Jumpaan nisan dengan pelbagai bentuk, hiasan dan inskripsi menjadi daya tarik dijalankan penyelidikan di wilayah ini. Pengumpulan data meliputi dua tahap iaitu kajian perpustakaan dan kerja lapangan. Semua data yang dijumpai dianalisis menggunakan analisis arkeologi. Artikel ini bertujuan untuk menyelidiki taburan Batu Aceh di Ujong Pancu dan kaitannya dengan persekitaran. Batu nisan Aceh di Ujong Pancu bertabur di lima kampung iaitu di Kampung Meunasah Tuha, Lamteungoh, Lam Tutui, Lamguron dan Lam Badeuk. Dari 335 buah nisan keseluruhan yang dijumpai terbahagi ke dalam beberapa bentuk iaitu pipih sayap kecil, pipih sayap besar, pipih bahu runcing, pipih bahu bulat, blok, blok sayap, oktagonal dan silinder. Keempat bentuk pipih tersebut berasal dari kurun ke-15 dan 16 Masihi, bentuk blok dari kurun ke-16 dan ke-17 Masihi, bentuk oktagonal dan silinder dari kurun ke-17 sampai kurun ke-19 Masihi. Adanya perbezaan bentuk batu nisan di Ujong Pancu berlaku sekali dengan kewujudan dan perkembangan Kerajaan Aceh. Jumpaan pahatan biografi pada sepasang batu nisan menjadi jawapan tentang tingkat sosial yang berlaku dalam masyarakat Ujong Pancu. Selanjutnya, Ujong Pancu merupakan bahagian daripada negeri (nanggroë) Meuraxa/sagi 25 (sagoë XXV) pada masa Kerajaan Aceh. Batu nisan Aceh di Ujong Pancu tidak hanya sebagai suatu sumber sejarah Islam regional sahaja, tetapi ianya juga sebagai sumber sejarah yang dapat mewakili mulai masa kewujudan hingga keruntuhan Kerajaan Aceh (15-19 Masihi).

Kata kunci; Batu Aceh, Nisan, Ujong Pancu. ________________________________________________________________________________

Kertas kerja ini telah dipresentasikan pada Seminar Arkeologi Kebangsaan, 12-13 Julai 2017 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang-Malaysia. 1

2.

Pendahuluan

Penanda kubur Islam paling indah yang pernah dijumpai di Asia Tenggara iaitu batu nisan berukir yang memiliki bentuk sangat spesifik (Ambary, 1998; Perret, 2007). Aceh merupakan tempat sebenar penghasil batu ini sehingga dikenal dengan nama batu Aceh (Ambary, 1998; Perret, 2007; Yatim, 1988). Pahatan kaligrafi, motif flora dan geomteris pada badannya menjadi pembeda antara batu ini dengan penanda kubur Islam lainnya. Selain dijumpai di seluruh Aceh, batu ini juga digunakan pada kubur-kubur Islam di Semenanjung Malaysia, Pattani di Thailand, Sulawesi, Jawa, dan di sebahagian kawasan Pulau Sumatera. Ianya dipercaya dieksport mulai kurun ke-15 Masihi sampai ke-19 Masihi (Ambary, 1998; Perret, 2007; Yatim, 1988). Kedudukan batu nisan Aceh sangat penting di antara sumber-sumber sejarah lainnya. Data tekstual yang dipahat pada badannya menceritakan pelbagai dimensi informasi (Husaini, 2016). Oleh itu ianya berjaya menjawab soalan-soalan seperti periodesasi sebuah kerajaan, peristiwa penting yang pernah berlaku pada suatu masa, hubungan antara sebuah kawasan dengan kawasan lainnya, status sosial masyarakat, jenis kelamin, jumlah penduduk mahupun informasi penting lainnya. Berlatarkan fungsi tersebut, banyak sarjana telah melakukan penyelidikan terhadap batu Aceh di pelbagai wilayah (Ambary, 1998; Husaini, 2016; Lambourn, 2008; Montana, 1997; Perret, 2007; S. Suprayitno, 2016; Yatim, 1988). Namun penyelidikan mereka umumnya hanya dijalankan di tapaktapak terkenal sahaja seperti di Banda Aceh, Pasai dan lain sebagainya. Adapun batu Aceh di Ujong Pancu belum ada sarjana yang mengkaji. Jumpaan pelbagai bentuk dan hisan batu nisan Aceh menjadi daya tarik dijalankan penyelidikan di wilayah ini. Secara geografis lokasi Ujong Pancu sangat strategis. Ianya terletak di pantai barat Aceh Besar dan berhadapan langsung dengan Selat Melaka. Berlatarkan kajian sejarah, Ujong Pancu merupakan kawasan penting dalam Kerajaan Aceh (Takeshi, 2013). Kuat dugaan Ujong Pancu memiliki nilai sosio histori dan sosio arkeologi. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengetahui kedudukan kawasan Ujong Pancu dalam Kerajaan Aceh berdasarkan batu nisan. Selepas pendahuluan, kertas kerja ini akan membincangkan kajian terdahulu tentang batu nisan Aceh. Berikutnya akan dibahas letak taburan nisan di kawasan Ujong Pancu. Selepas itu juga dibincangkan bentuk, hiasan dan inskripsi nisan. Hasil analisis terhadap jumpaan Batu Aceh di kawasan Ujong Pancu akan disajikan pada akhir bahagian.

2

3. Kajian Terdahulu Tentang Batu Aceh Penyelidikan terhadap batu Aceh telah bermula sejak masa penjajahan Belanda awal kurun ke-20 Masihi (Perret, 2007). J.J. de Vink merupakan orang pertama yang melakukan penyelidikan tentang batu Aceh iaitu pada tahun 1914 Masihi. Ianya berjaya membuat fotografi 300 buah Aceh dengan teknik rubbing yang dijumpai di wilayah Banda Aceh dan Pasai (Soedjatmoko, 1965). Pada masa yang sama, Moquette melakukan penyeledikan dekorasi pada batu Aceh (Simanjuntak, 2006). Penyelidikan epigrafi ini terus dilanjutkan pada masa-masa selanjutnya oleh Winstedt, Wilkinson, Linehan dan Abdul Hamid sampai tahun 1930an. Kajian epigrafi ini memberikan sumbagan besar kerana berjaya mengungkap sejarah politik Kerajaan Pasai dan Kerajaan Aceh. Kajian mereka menjadi model penyeledikan epigrafi oleh sarjana pada masa selanjutnya (Tjandrasasmita, 2009).

Penyelidikan secara konperhensif tentang batu nisan Aceh mula mula sekali dijalankan pada tahun 1970an dan 1980an. Othman M. Yatim mengkaji taburan batu Aceh di Semenanjung Malaysia. Ia berjaya membuat tipology, periodesasi dan memecahkan misteri tentang asal usul batu Aceh di Malaysia (Yatim, 1988). Hasan Muarif Ambary dari Indonesia juga berjaya menyusun periodesasi dan tipologi batu nisan Aceh. Kedua mereka sepakat bahawa batu ini dibuat di Aceh dan berjaya di eksport ke luar Aceh mulai kurun ke-15 sampai kurun ke-19 Masihi (Ambary, 1998).

Pada tahun 1990an Herwandi melakukan survey pada seluruh kubur di wilayah Banda Aceh dan Aceh Besar dan kemudian membuat tipologinya sendiri (Herwandi, 2003). Pada masa yang sama, jawatan arkeologi tempatan juga melakukan pencatatan tapak arkeologi pertama sekali di Aceh. Selain itu, Daniel Perret juga melakukan survey terhadap batu Aceh di Semenanjung Malaysia, Thailand dan Indonesia mulai tahun 1990an sampai 2003 (Perret, 2007).

Tahun 2004, Elizabeth Lambourn melakukan penyelidikan lebih spesifik iaitu tentang hiasan pada batu Aceh. Ianya berjaya menjumpai asal usul hiasan yang digunakan pada batu Aceh (Lambourn, 2008). Tahun 2006 Husaini Ibrahim dari Aceh melakukan penyelidikan terhadap taburan batu nisan ini di seluruh Aceh. Hasilnya iaitu menjumpai data baru tentang data awal masuknya Islam ke Nusantara (Husaini, 2016). Penyelidikan terakhir tentang batu Aceh di Indonesia dan Semenanjung Malaysia dijalankan oleh Suprayitno tahun 2016. Ianya berjaya membuat kronologi dan tipologi baru batu Aceh di Semenanjung Malaysia (S. Suprayitno, 2016). Semua penyelidik yang telah 3

disebutkan di atas tidak pernah membuat kajian tentang batu Aceh di Ujong Pancu yang mana wilayah ini merupakan kawasan penting dalam sejarah kedatangan dan kemunculan kerajaan Islam di Asia Tenggara.

4. Taburan Batu Aceh di Kawasan Ujong Pancu Batu Aceh di kawasan Ujong Pancu bertabur di lima kampung (gampông) iaitu di Kampung Meunasah Tuha, Lamteungoh, Lam Tutui, Lamguron dan Lam Badeuk. Kelima kampung tersebut dijumpai nisan dengan jumlah yang bervariasi. Batu nisan bertabur di pelbagai tempat seperti di tepi pantai, area perkebunan, pemukiman penduduk dan di tepi gunung. Posisi nisan ada yang masih berdiri tegak dan sebahagiannya sudah mengalami transformasi. Penyebabnya iaitu gejala alam seperti bencana tsunami tahun 2004 silam dan perbuatan manusia. Umumnya, nisan-nisan terletak di atas gundukan tanah yang mana gundukan tersebut mengikut arah timur ke barat, sedangkan batu nisan mengikut arah utara ke selatan. Taburan batu nisan di Kampung Meunasah Tuha dijumpai di sebelah timur kampung. Wilayah ini merupakan pemukiman penduduk dan sebahagiannya digunakan sebagai lahan perladagan. Umumnya batu nisan terletak di atas gundukan tanah, sebahagian nisan masih berdiri tegak dan sebahagiannya lagi sudah miring dan tertidur. Selain itu, beberapa buah nisan sudah rosak dan di atas gundukan tanah ditumbuhi rerumputan. Setiap gundukan tanah dijumpai minimal satu buah nisan dan paling banyak 10 buah. Jumlah keseluruhan batu nisan di Kampung Meunasah Tuha iaitu 49 buah yang terletak di 10 buah gundukan tanah. Bentuknya iaitu pipih sayap besar (AP 10), pipih bahu runcing (AP 9), pipih bahu bulat (AP 5) dan blok (AB 1). Taburan baru nisan di Kampung Lamteungoh dijumpai di sebelah selatan kampung. Wilayah ini merupakan lahan perladagan yang juga digunakan untuk kawasan menternak binatang. Nisan-nisan terletak di atas gundukan tanah dan setiap gundukan tanah dijumpai minimal dua buah nisan. Gundukan tanah mengikut arah timur barat, sedangkan nisan di atasnya mengikut arah utara selatan. Sebahagian nisan masih berdiri tegak dan sebahagiannya lagi sudah rosak. Dijumpai 53 buah nisan yang terletak di 10 buah gundukan tanah. Nisan-nisan yang dijumpai berbentuk pipih sayap kecil (AP 2), pipih sayap besar (AP 10), pipih bahu runcing (AP 9), pipih bahu bulat (AP 5), oktagonal (AS 3) dan silinder (AS 9). Taburan batu nisan di Kampung Lam Tutui dijumpai di sebelah selatan kampung. Wilayah ini merupakan lahan perladangan penduduk tempatan yang terletak di tepi gunung. Umumnya, nisan 4

yang dijumpai masih berpasangan, kondisinya masih berdiri tegak dan ada juga yang telah rosak. Dijumpai 154 buah nisan yang terletak di 26 buah gundukan tanah. Bentuk-bentuknya iaitu pipih sayap kecil (AP 2), pipih sayap besar (AP 10), pipih bahu runcing (AP 9), pipih bahu bulat (AP 5), blok (AB 1), blok sayap (AB 2), oktagonal (AS 3) dan silinder (AS 2). Selain itu, di sebelah barat kampung ini dijumpai serpihan seramik porselin biru putih dengan pelbagai corak hiasan seperti floral, geometris dan fauna. Serpihan seramik jenis stoneware berglaiz dan serpihan tembikar juga dijumpai di lokasi yang sama. Selanjutnya, taburan batu nisan di Ujong Pancu dijumpai di wilayah timur Kampung Lamguron. Wilayah ini merupakan kawasan tepi pantai, apabila air laut pasang maka kesemua batu nisan akan ditenggelami air. Kesemua batu nisan bertabur secara tidak beratur dan juga tidak memiliki gundukan tanah. Berdasarkan informasi daripada penduduk tempatan, kawasan ini secara perlahan terkikis oleh air laut dan pengikisan paling hebat berlaku semasa tsunami tahun 2004 dahulu. Dijumpai 54 buah nisan, umumnya permukaan batu nisan telah ditutupi oleh kerang laut jenis tiram. Bentuk-bentuk nisan yang dijumpai iaitu pipih sayap besar besar (AP 10), pipih bahu runcing (AP 9) dan oktagonal (AS 3). Serpihan-serpihan seramik dengan pelbagai jenis juga turut dijumpai seperti porselin biru putih, porselin enamel polikrom, stoneware dan tembikar. Selain itu, satu buah struktur bangunan yang dibuat daripada susunan batu juga dijumpai di wilayah ini. Bentuknya persegi panjang yang mengarah dari timur ke barat dan di dalamnya terdapat empat buah nisan yang mengarah dari utara ke selatan. Taburan batu nisan terakhir di wilayah Ujong Pancu dijumpai di sebelah utara Kampung Lam Badeuk. Lokasi ini merupakan kawasan tepi pantai dan terletak di tepi lokasi taburan batu nisan di Kampung Lamguron. Apabila air laut pasang maka kesemua batu nisan akan ditenggelami air. Kesemua batu nisan bertabur tidak beratur, kondisinya sama seperti batu nisan di kampung sebelumnya. Jumlah keseluruhan jumpaan batu nisan di wilayah ini iaitu 41 buah dan terbahagi dalam beberapa bentuk seperti pipih sayap besar (AP 10), pipih bahu runcing (AP 9), pipih bahu bulat (AP 5), oktagonal (AS 3) dan silinder (AS 1). Selain itu, serpihan seramik porselin biru putih, porselin enamel polikrom, stoneware berglaiz dan tembikar turut dijumpai di lokasi ini. Berdasarkan perbincangan di atas diketahui bahawa taburan nisan di kawasan Ujong Pancu bertabur di lima kampung mulai di tepi pantai, pemukiman penduduk, lahan perladangan, dan di tepi gunung. Jumlah keseluruhan batu nisan yang dijumpai iaitu 355 buah dengan pelbagai bentuk. Selain itu

5

artifak lain juga dijumpai seperti serpihan seramik porselin, stoneware, tembikar dengan pelbagai saiz dan corak. 5.

Bentuk dan Ornament Batu Nisan di Kawasan Ujong Pancu.

Jumpaan batu nisan Aceh di Ujong Pancu tidak jauh beza dengan tipologi batu nisan Aceh yang telah disusun oleh Othman, Ambary dan Suprayitno. Bentuk dan ornament batu nisan yang dijumpai iaitu sebagai berikut: 5.1. Pipih Sayap Kecil (AP 2) Batu Aceh bentuk pipih sayap kecil di Ujong Pancu semuanya dibuat daripada batu pasir (sandstone) dan memiliki permukaan yang halus. Puncak batu nisan dibentuk menyerupai sebuah kendi yang diletakkan di atas bahu batu nisan. Pada bahagian puncak dipahatkan ukiran floral corak daun bunga. Saiz sayapnya kecil dan tidak melengkung ke atas. Selain itu, kepala batu nisan juga tidak begitu tinggi sehingga nisan terlihat lebih rendah. Batu nisan pipih sayap kecil di Ujong Pancu memiliki persamaan dengan batu nisan Malik as-Saleh di Samudera Pasai. Kaligrafi berupa kalimah syahdah dipahatkan pada kedua sisi badannya, sementara hiasan corak floral dipahatkan pada kedua sayap dan corak geometris diukir di bahagian kaki. Batu nisan bentuk ini hanya dijumpai tiga buah sahaja di Ujong Pancu iaitu di Kampung Lamteungoh. Yatim (1988) menyebut nisan ini tipe A, Ambary (1998) menyebut jenis gabungan sayap dan Suprayitno (2009) menyebut jenis AP 2. 5.2. Pipih Sayap Besar (AP 10) Batu nisan bentuk pipih sayap besar di Ujong Pancu dibuat daripada batu pasir (sandstone). Kepala nisan dibentuk menyerupai sebuah kendi yang bertingkat-tingkat yang seakan-akan diletakkan di atas bahu sehingga kepala nisan terlihat lebih tinggi. Saiz sayapnya lebih besar daripada batu nisan sebelumnya. Yatim (1988) berpendapat bahawa bentuk sayap melengkung ke atas merupakan peralihan bentuk daripada bentuk sebelumnya. Biasanya terdapat hisan floral dan medallion pada kedua sayapnya. Pada badan nisan dipahatkan kaligrafi kalimah syahdah dan tidak dijumpai satupun pahatan biografi pada batu nisan bentuk ini. Lengkung pada peti dituliskan kaligrafi menyerupai lengkung Persia (Rice, 1975). Snouck Hurgronje (1906) berpendapat bahawa lengkungan tersebut merupakan pengaruh Persia pada batu nisan Aceh. Bahagian tepi badan nisan dipahatkan hiasan geometris, 6

sedangkan pada bahagian kaki terdapat hisan floral dan geometris. Jumlah keseluruhan batu nisan bentuk ini iaitu 135 buah. Yatim (1988) menyebut nisan ini tipe C, Ambary (1998) menyebut jenis gabungan sayap dan Suprayitno (2009) menyebut tipe AP 10.

5.3. Pipih Bahu Runcing (AP 9) Semua batu nisan bentuk pipih bahu runcing (AP 9) yang dijumpai di kawasan Ujong Pancu dibuat daripada batu pasir (sandstone). Kepala batu nisan dibentuk menyerupai sebuah kendi yang diletakkan di atas bahu batu nisan. Yatim (1988) meyakini bentuk ini merupakan variasi daripada bentuk nisan pipih sebelumnya. Jika diperhatikan, sayapnya nampak seperti telah dipotong sejajar dengan badan sehingga menghasilkan bahu yang runcing. Umumnya pada kedua sisi badan nisan dipahatkan kaligrafi kalimah syahdah. Selain itu, informasi tentang biografi pemilik nisan tidak dijumpai pada seluruh batu nisan bentuk ini. Hiasan corak geometris dipahat di setiap tepi batu nisan sehingga memberi kesan penuh dengan hiasan. Pada bahagian kaki dipahatkan hisan corak jala yang dikombinasi dengan kelopak bunga. Nisan bentuk ini dijumpai 122 buah di seluruh kawasan Ujong Pancu. Yatim (1988) menyebut nisan ini tipe D, Ambary (1998) membagi nama pipih dan (Suprayitno, 2009) menyebut nama AP 9.

5.4. Pipih Bahu Bulat (AP 5) Batu nisan bentuk pipih bahu bulat (AP 5) di kawasan Ujong Pancu dibuat daripada batu pasir (sandstone). Nisan bentuk ini juga salah satu variasi daripada batu nisan bentuk pipih lainnya, namun yang membezakan hanya pada bahagian bahu kerana bahu nisan ini dibuat menjadi bulat (Yatim, 1988). Kepala nisan dibuat menyerupai sebuah kendi, namun ianya juga tidak tinggi sehingga nisan terkesan lebih rendah. Pada keempat sisi badan batu nisan dipahatkan kaligrafi berupa kalimah syahdah dan informasi biografi tentang pemilik nisan juga tidak dijumpai pada seluruh batu nisan bentuk ini di Ujong Pancu. Lengkungan bingkai pada badan nisan juga menyerupai lengkungan Persia (David, 1975). Selain itu, di setiap tepi badan nisan dipahatkan ornament corak jala. Motif 7

yang sama juga dipahatkan pada kaki nisan dan dikombinasi dengan motif kelopak bunga. Nisan bentuk ini dijumpai 27 buah di Ujong Pancu. Yatim (1988) menyebut nisan ini tipe E, Ambary (1998) menyebut jenis pipih dan (Suprayitno, 2009) menyebut tipe AP 5. 5.5. Blok (AB 1) Nisan bentuk blok di Ujong Pancu semuanya dibuat daripada batu pasir (sandstone). Bentuk batu nisan ini sangat sederhana, keempat sisi badannya simetris sehingga menyerupai sebatang tiang atau blok. Puncak batu nisan dibentuk menyerupai sebuah mahkota yang dihiasi dengan corak floral. Hiasan pada setiap tepi badan nisan iaitu corak floral dan pada bahagian kaki penggabungan antara corak floral dan kelopak bunga. Nisan bentuk blok hanya dua buah sahaja dijumpai di kawasan Ujong Pancu dan nisan ini saling berpasangan. Kaligrafi yang dipahat pada badan nisan juga sangat berbeza dengan batu nisan lainnya. Pada batu nisan kepala di sisi timur dipahatkan ayat al-Quran potongan surah al-Ikhlas, di sisi barat dipahatkan potongan surah an-Nas, di sisi selatan dipahatkan surah al-Falaq sedangkan pada sisi utara tidak terbaca kerana sudah rosak. Pada nisan kaki di sebelah barat dipahatkan ayat yang berbunyi: hazal qobru al-Malik asy-Syaif ad-Din (Malik Syaifuddin) atau bermakna “inilah kubur Malik Syaifuddin”. Ayat ini diduga nama orang pemilik batu nisan tersebut. Pada nisan kaki di sebelah timur dan selatan tidak boleh dibaca kerana sudah rosak. Yatim (1988) menyebut nisan ini tipe G, (Ambary, 1998) membagi nama rectangular dan Suprayitno (2009) menyebut nama AP 1.

5.6. Blok Sayap (AB 2) Batu nisan bentuk blok sayap (AB 2) yang dijumpai di kawasan Ujong Pancu semuanya dibuat daripada batu pasir (sandstone). Bentuk ini merupakan variasi daripada bentuk blok, namun ianya telah ditambahkan sayap di keempat sisinya (Yatim, 1988). Puncnak nisan dibentuk menyerupai sebuah mahkota yang bertingkat tingkat dan dibagi hiasan corak floral sehingga terkesan lebih tinggi. Pada keempat sisi badan nisan dipahatkan kaligrafi berupa kalimah syahdah dan biografi pemilik nisan tidak dijumpai pada semua nisan bentuk ini. Pada bahagian kaki dihias menggunakan corak jala dan kelopak bunga. Batu nisan bentuk ini dijumpai 19 buah di seluruh kawasan Ujong Pancu. Yatim (1988) menyebut nisan ini tipe H, Ambary (1998) membagi nama rectangular dan Suprayitno (2009) dengan nama AB 2. 8

5.7. Oktagonal (AS 3) Batu nisan bentuk oktagonal (AS 3) yang dijumpai di kawasan Ujong Pancu semuanya dibuat daripada batu pasir (sandstone). Puncak nisan dibentuk bulat menyerupai kelopak bunga teratai. Saiz bahu nisan lebih besar daripada saiz kaki sehingga bentuk nisan terkesan lebih langsing. Batu nisan ini sangat minim hiasan khususnya pada bahagian badan. Hiasan corak jala dan kelopak bunga hanya dipahat pada bahagian kaki sahaja. Jumlah keseluruhan batu nisan ini di Ujong Pancu iaitu 26 buah. Yatim (1988) menyebut tipe J, Ambary (1998) memanggil jenis cylindreque dan Suprayitno (2009) membagi nama AS 4.

5.8. Silindris (AS 9) Bentuk terakhir batu nisan yang dijumpai di Ujong Pancu iaitu silindris yang dibuat daripada batu pasir (sandstone). Batu nisan ini sangat sederhana, tidak memiliki inskripsi dan tidak berhias juga. Nisan ini berbentuk bulat dan menyerupai sebatang tiang dan hanya dijumpai tiga buah sahaja di Ujo...


Similar Free PDFs