Article Review Assignment PDF

Title Article Review Assignment
Author NURAERISSA BINTI FADZIL
Course Sejarah Malaysia
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 13
File Size 167.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 98
Total Views 178

Summary

icm 451...


Description

PENGENALAN Bola sepak (association football or soccer) sukan berpasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia. Permainan ini dimainkan di peringkat professional di seluruh dunia. Mengikut kajian Federation Internationale de Football Association (FIFA) lebih 240 juta orang bermain bola sepak dalam lebih 200 negara di seluruh pelosok dunia termasuklah Malaysia. Di Malaysia, permainan ini telah diperkenalkan oleh tentera inggeris pada tahun 1825. Permainan ini mula diketengahkan pada tahun 1905, apabila tertubuhnya Liga Bola Sepak Amatur Selangor.Permainan ini terus berkembang dengan tertubuhnya Pasukan Bola Sepak Malaya(Pasukan Bola Sepak Malaysia) pada tahun 1926, yang bergabung dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa(FIFA) pada tahun 1956. Kajian ini membawa pengkaji kepada sukan bola sepak di Simpang Renggam oleh Kelab Bola Sepak Kami Anak Simpang Renggam (KASR Fc). KASR Fc ialah sebuah kelab bola sepak yang ditubuhkan pada tahun 2011. Kelab bola sepak ini dianggotai oleh pemainpemain bola sepak dari tiga sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’Abdul Rahman Andak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ibrahim Majid. Kelab ini telah mencapai kemenangan setelah muncul sebagai juara peringkat negeri dalam pertandingan Liga 1MCC Zon Selatan pada tahun 2013 mengalahkan kelab Footwork Skills dari Batu Pahat. KASR Fc atau Kami Anak Simpang Renggam Fc, mula ditubuhkan pada tahun 2011 dan diasaskan oleh beberapa orang antaranya Encik Amir Hamzah.Encik Zulfadhli Ateman, Encik Rosman dan Encik Zahri Affendi . KASR Fc juga mempunyai dua kategori pemain iaitu kategori bawah 14 tahun dan kategori bawah 18 tahun. KASR Fc ini ditubuhkan untuk menyertai pertandingan 1MCC yang dianjurkan oleh pertubuhan Klang Valley. Nama Liga 1 MCC ini membawa maksud “1 Malaysia Connecting Communities”.Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk membangunkan belia dengan menyediakan laluan dan memberi peluang yang sama dalam persekitaran yang menyeluruh serta memberi belia hak asas untuk menyertai pertandingan bagi mencapai potensi peribadi mereka yang tertinggi sekaligus melahirkan individu yang seimbang dari segi akademik dan sukan. Dengan itu, pertubuhan Klang Valley menggunakan sukan bola sepak sebagai salah satu medium untuk menggalakkan penyertaan belia-belia dari seluruh Malaysia. Selain itu, anjuran ini juga mempunyai misi yang menerapkan nilai-nilai semangat berpasukan, kesetiaan,minda yang 1

inklusif dan positif dalam pasukan1. Pertubuhan Klang Valley juga memastikan bahawa setiap pertandingan yang dijalankan mematuhi setiap aspek yang ditetapkan oleh pertubuhan dan berada dalam persekitaran yang selamat dan sihat. Pada asalnya, Encik Amir merancang untuk membawa pasukan sekolah menyertai pertandingan ini,tetapi syarat pertandingan tidak membenarkan penyertaan dari mana-mana pasukan di bawah nama sekolah. Maka, Encik Amir mengambil pendekatan untuk menubuhkan sebuah kelab bola sepak sebagai pasukan yang akan dihantar untuk menyertai pertandingan tersebut. Hasil perbincangan beliau bersama guru-guru SMK Simpang Renggam, mereka bersetuju untuk mengambil pelajar yang berbakat dalam bidang bola sepak dari tiga sekolah iaitu SMK Simpang Renggam, SMK Dato’ Abdul Rahman Andak dan SMK Dato’ Ibrahim Majid sebagai pemain kelab ini. Seterusnya, nama kelab Kami Anak Simpang Renggam juga diambil dari pertubuhan Kumpulan Kami Anak Simpang Renggam yang merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan oleh komuniti Simpang Renggam sendiri kemudian ditambahkan FC bagi menunjukkan bahawa kelab tersebut merupakan kelab bola sepak. Menurut Encik Amir, jurulatih bagi kelab ini hanya terdiri daripada guru-guru SMK Simpang Renggam sahaja iaitu Encik Zulfadhli,Encik Rosman dan Encik Izwan. Mereka juga melantik Encik Rosli Utoh iaitu jurulatih luar sebagai jurulatih bersama bagi mengendalikan sesi latihan pemain sekiranya guru-guru terikat dengan jadual sekolah.2

2

Sejarah perkembangan Kelab Bola Sepak Kami Anak Simpang Renggam (KASR FC) Pengkaji meneruskan kajian dengan sejarah perkembangan yang diperlihatkan oleh Kelab Bola Sepak Kami Anak Simpang Renggam. Selepas pertubuhan kelab pada tahun 2011, penyertaan pertama bagi kelab bola sepak Kami Anak Simpang Renggam (KASR Fc) dalam pertandingan tersebut tidak membuahkan hasil seperti yang disasarkan oleh Encik Amir apabila KASR Fc tidak berjaya mendapatkan tempat tiga teratas dalam pertandingan Liga 1MCC Zon Selatan pada tahun 2011 begitu juga pada tahun 2012.Namun begitu, kelab bola sepak Kami Anak Simpang Renggam(KASR FC) mengatasi kekalahan dengan menyertai pertandingan tersebut sekali lagi pada tahun 2013 dan KASR Fc akhirnya berjaya merangkul gelaran johan pertandingan kategori bawah 14 tahun mengalahkan Kelab Footwork Skill dari Batu Pahat dengan skor 2 berbalas 1. (sila rujuk lampiran 1) Walaupun kemenangan tersebut dikatakan sebagai kemenangan tipis tetapi KASR Fc berjaya menunjukkan corak permainan dan komitmen secara berpasukan yang baik semasa perlawanan. Kelab bola sepak Kami Anak Simpang Renggam (KASR Fc) mendapat cek sebanyak RM 1500.00 dan piala kemenangan serta pingat (sila rujuk lampiran 2) bagi setiap pemain.Kejayaan mereka juga turut mendapat perhatian pihak media apabila pihak mStar merakamkan kemenangan mereka dalam surat khabar mStar News yang menceritakan kejayaan kelab bola sepak KASR Fc sebagai johan pertandingan dan pemain terbaik bagi setiap posisi yang dimainkan.(sila rujuk lampiran 3) Kelab bola sepak Kami Anak Simpang Renggam (KASR Fc) masih mengekalkan prestasi yang baik apabila berjaya merangkul gelaran naib johan bagi pertandingan tersebut pada tahun 2014. Pada tahun 2015, kelab ini menunjukkan prestasi yang kurang baik dari segi corak permainan yang dimainkan apabila mereka tidak berjaya mendapatkan tempat sebagai tiga teratas. Mengikut info yang diberikan, anjuran pertandingan bola sepak Liga 1MCC Zon Selatan tidak diadakan lagi pada tahun seterusnya. Bermula pada tahun 2016 kelas JDT telah ditubuhkan di setiap sekolah di negeri Johor. Jadi, Encik Amir menggunakan peluang ini untuk membentuk pasukan dan kelab bola sepak yang baru.3

3

Cabaran yang dihadapi dalam oleh pasukan dalam sukan bola sepak di SMK Simpang Renggam dan inisiatif yang dilakukan.

Selanjutnya, pada bahagian isi juga pengkaji akan menerangkan tentang cabaran yang dihadapi oleh kelab bola sepak Kami Anak Simpang Renggam (KASR Fc). Menurut Encik Zahri Affendi yang menjalankan tugas sebagai pengurus bagi kelab bola sepak KASR Fc di Simpang Renggam, cabaran yang dihadapi dalam mengurus kelab bola sepak ialah pengurusan pelajar atau pemain. Pengkaji difahamkan bahawa sebahagian pemain pasukan dianggotai oleh pelajar dari asrama ASPURA. Sebagaimana yang diketahui bahawa asrama merupakan institusi yang terikat dengan peraturan dan disiplin yang perlu dipatuhi oleh penghuni asrama itu sendiri. Sekiranya pertandingan yang dilakukan melibatkan kawasan yang di luar sekolah, pihak pengurusan pasukan perlu mendapatkan kebenaran khas dari warden berkaitan dengan rekod keluar masuk pelajar asrama. Hal ini kerana, warden telah diamanahkan untuk menjaga keselamatan penghuni asrama serta memantau pergerakan keluar masuk pelajar ke dalam asrama. Perkara ini sedikit sebanyak menganggu kelancaran latihan dan pertandingan. Begitu juga pelajar yang duduk di luar, seperti warden, ibubapa juga berasa risau akan keselamatan anak-anak mereka kerana jarak dari rumah ke tempat latihan agak jauh, Jadi, pihak pengurusan perlu mengeluarkan surat kebenaran kepada ibubapa dan mengambil pelajar di rumah mereka untuk menjalani latihan bola sepak yang dilakukan di tempat-tempat khas seperti padang atau stadium. Cabaran lain yang dihadapi selain daripada pengurusan pelajar ialah pergerakan pelajar. Pada kebiasaannya, pergerakan pelajar diawasi oleh guru pembimbing yang bertanggungjawab untuk mengiringi pelajar. Maka, pihak pengurusan mengalami kesukaran untuk mengurus kenderaan bagi menempatkan pelajar dan guru pembimbing. Hal ini dikatakan kerana, guru juga membawa kenderaan yang hanya boleh menempatkan empat hingga lima orang. Justeru itu, perkara ini menyebabkan pihak pengurusan mengambil tindakan dengan menyewa kereta sebagai kenderaan tambahan bagi menempatkan pelajar dan penginapan bagi pelajar untuk berehat selepas pertandingan. Berikutan dengan ini, pihak pengurusan juga menghadapi masalah kewangan. Masalah ini dikatakan berlaku pada setiap tahun kerana kelab ini merupakan kelab yang ditubuhkan di bawah pertubuhan luar yang

4

menggunakan sumber kewangan persendirian atau sumbangan dana dari pertubuhanpertubuhan lain. Namun begitu, pelbagai inisiatif dilakukan oleh pihak pengurusan, jurulatih dan guru pembimbing. Pihak pengurusan berusaha untuk mendapatkan dana dari sumbangan yang diberi oleh masyarakat dan penaja luar. Menurut maklumat yang diberi, penaja utama bagi pasukan bola sepak ialah Kedai Cetak Cikgu Simpang Renggam manakala penaja sampingan yang turut membantu memberi sumbangan ialah persatuan politik dan individu persendirian. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan juga tidak terkecuali dari masalah disiplin pelajar sebagai pemain bola sepak. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin yang berat seperti menghisap rokok, ponteng sekolah dan terlibat dengan pergaduhan akan diambil tindakan dengan menggantung perlawanan iaitu tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan yang diadakan. Bagi masalah kecukupan pemain, Kelab Bola Sepak ini mempunyai pemain yang cukup bagi kedua-dua kategori iaitu pemain bawah 14 tahun dan pemain di bawah 18 tahun. Sekiranya didapati bahawa pemain bagi salah satu kategori ini tidak mencukupi, jadual adalah fleksibel bagi pemain untuk mengganti pemain yang tidak hadir dalam kedua-dua kategori.4 Bagi Encik Amir Hamzah selaku jurulatih, cabaran yang dihadapi oleh beliau pula dari segi membentuk pemain. Setiap tahun beliau menerima pemain yang berbeza-beza. Terdapat pemain yang menduduki kelas atas seperti pemain dari kelas KAA, SA dan SNT dan ada juga pemain dari kelas pertengahan dan kelas bawah. Beliau akui bahawa membentuk pemain dari kelas atas lebih mudah berbanding pemain kelas pertengahan dan kelas bawah kerana pemain kelas atas dapat mentafsir setiap teknik yang diajarkan oleh Encik Amir dengan cepat. Begitu juga masalah disiplin, masalah disiplin bagi pemain kelas pertengahan dan kelas bawah dikatakan agak ketara berbanding pemain kelas atas. Namun, masalah ini tidak mematahkan semangat beliau untuk melatih pemain-pemain malah beliau mengambil pendekatan untuk menyelesaikan masalah dan berfikiran positif serta memberi perhatian yang lebih pada pemain-pemain agar permainan yang terbaik dapat diberikan dalam setiap pertandingan. Selain itu, pengkaji juga bertanya kepada Encik Amir Hamzah berkaitan dengan kecergasan fizikal pemain. Kecergasan fizikal pemain dapat diukur melalui latihan yang diberikan kepada pemain dan diet yang diamalkan oleh pemain agar tidak ‘overweight’ yang membolehkan pemain mudah berasa lesu dan letih. Beliau menyatakan bahawa agak sukar

5

untuk beliau menetapkan pemakanan bagi setiap atlet kerana mereka tinggal di tempat yang berlainan dan pelajar asrama hanya mengambil makanan berdasarkan menu yang ditetapkan oleh pihak pengurusan asrama. Beliau hanya melakukan pemantauan berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain dan memberi penekanan serta panduan pemakanan yang betul kepada pemain. Menurut beliau lagi, untuk mencapai kejayaan dalam pertandingan bukan perkara yang mudah. Sebagai jurulatih, beliau memasukkan unsur keseronokan kepada pemain ketika beraksi di padang. Hal ini kerana, beliau berpendapat sekiranya unsur keseronokan dimasukkan dalam permainan, pemain tidak berasa tertekan ketika bermain dan semangat berpasukan lebih mudah dicapai oleh pemain bola sepak. Dalam sesi menemubual bersama pengkaji, beliau juga menyebut bagaimana beliau mengawal motivasi pemain dan strategi yang digunakan dalam permainan sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Strategi yang dilakukan oleh Encik Amir sebelum pertandingan ialah beliau akan memeriksa kecergasan dan stamina pemain. Beliau juga akan memastikan bahawa pemain mendapat rehat yang secukupnya sehari sebelum hari pertandingan diadakan. Encik Amir turut mengadakan perlawanan persahabatan dengan sekolah-sekolah menengah di sekitar Simpang Renggam. Hal ini dilakukan bertujuan untuk memanaskan badan pemain dan meneruskan budaya yang dilakukan oleh beliau pada setiap tahun. Beliau cuba untuk mempelbagaikan pasukan pihak lawan supaya pemain dapat mencuba sesuatu yang baru untuk dijadikan sebagai pengalaman. Ini merupakan salah satu strategi yang digunakan oleh beliau terhadap pemain sebelum bermain dalam perlawanan sebenar. Dari segi corak permainan, Encik Amir menggunakan formasi bergantung kepada kesesuaian pemain contohnya pemain yang memegang posisi bertahan (defend) lebih ramai berbanding pemain penyerang (striker), formasi permainan yang digunakan adalah 4-4-2 . Formasi ini memperlihatkan kekuatan pertahanan dalam sebuah pasukan untuk membalas sepakan yang dibuat oleh pihak lawan. Walaupun formasi ini mengetengahkan posisi pemain bertahan dalam perlawanan tetapi formasi ini juga boleh digunakan untuk menyerang bergantung kepada kekuatan pemain yang memegang posisi bertahan dan menyerang. Formasi ini sangat fleksibel dan stabil untuk digunakan oleh pasukan bola sepak dalam perlawanan5. Seterusnya, perkara yang dilakukan oleh Encik Amir kepada pemain semasa perlawanan ialah memberitahu pemain supaya sentiasa fokus dalam perlawanan dan menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk menjaringkan gol. Pemain juga diberitahu untuk

6

menjaga tatasusila ketika bermain dan tidak mengelurakan perkataan yang membolehkan pemain dikenakan kad merah. Selain itu, Encik Amir juga sentiasa peka dengan skor antara kelab bola sepak Kami Anak Simpang Renggam (KASR Fc) dan pasukan lawan. Sekiranya KASR Fc sedang mendahului pihak lawan, beliau mengingatkan pemain supaya tidak terlalu teruja dan terus mengekalkan corak permainan yang bagus sehingga perlawanan tamat manakala jika berlaku sebaliknya, beliau memberi nasihat kepada pemain supaya bertenang dan menukar formasi permainan pada separuh masa kedua untuk meningkatkan skor kelab. Perkara yang sama juga ditekankan kepada pemain selepas pertandingan bahawa menang dan kalah merupakan adat sebuah pertandingan. Bagi Encik Amir sendiri, sama ada menang atau kalah, beliau perlu berusaha untuk memperbaiki cara beliau dalam membentuk pemain, penggunaan latihan dan kemahiran, formasi permainan dan skil yang ditunjukkan oleh pemain. Selain daripada mendapat sijil, pingat dan piala, Encik Amir dan guru-guru yang lain akan mengadakan majlis secara kecil-kecilan sebagai tanda penghargaan beliau di atas usaha yang ditunjukkan oleh pemain-pemain dan pengorbanan yang dilakukan oleh guru-guru yang menjadi faktor penyebab kepada kejayaan yang dicapai oleh Kelab Bola Sepak Kami Anak Simpang Renggam ( KASR Fc).6

7

Kejayaan yang dicapai oleh tokoh kelab bola sepak KASR Fc. Selain daripada kejayaan yang ditunjukkan oleh kelab bola sepak Kami Anak Simpang Renggam(KASR Fc) sendiri, kelab ini juga berjaya melahirkan tokoh sukan bola sepak iaitu Mohamed Amrin Salihi bin Mohamed Nasir. Beliau dilahirkan di Hospital Enche’ Besar Hajah Kalsom, Kluang, Johor pada tarikh 31 Mac 2000. Beliau juga menetap di Level 1, Seksyen 3, No 1, Quarters Penjara Simpang Renggam bersama keluarga. Beliau juga mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam dalam bidang sastera. Menurut beliau semasa sesi temu bual diadakan, beliau mula berkecimpung dalam bidang bola sepak ini sejak berumur 10 tahun dan pasukan bola sepak pertama yang disertai oleh beliau ialah Pasukan Belia Negeri Kelantan. Pasukan Belia Negeri Kelantan merupakan pertubuhan. Beliau mula bergiat aktif dalam sukan bola sepak dengan menyertai kelab-kelab bola sepak contohnya kelab bola sepak Simpang Renggam(SRFC),Kami Anak Simpang Renggam(KASR Fc) dan Harimau Mega FC (sila rujuk lampiran 4). Bagi beliau, setiap kelab bola sepak yang disertai mempunyai kekuatan, cara permainan dan strategi yang tersendiri. Melalui penyertaan ini juga beliau memperoleh pengalaman dari setiap pertandingan. Beliau menegaskan bahawa faktor yang mendorong beliau untuk menceburi bidang ini adalah di atas minat beliau sendiri dan bukan faktor-faktor lain. Di sebalik kejayaan yang dicapai, tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh Amrin Salihi untuk menjadi tokoh bola sepak antaranya ialah tentangan dari keluarga. Menurut beliau pada awalnya, pihak keluarga menentang minat beliau dalam bidang ini dan keputusan beliau untuk menjadikan minat ini sebagai karier apabila beliau meningkat dewasa. Tetapi, selepas kejayaan demi kejayaan yang ditunjukkan oleh dirinya, beliau akhirnya berjaya membuktikan kepada keluarga bahawa bakat yang dimiliki olehnya bukanlah perkara yang sia-sia. Beliau juga menyatakan bahawa sokongan dari keluarga yang menguatkan lagi semangat beliau untuk meneruskan minat beliau dalam bidang sukan bola sepak.

8

Selanjutnya, kecergasan fizikal yang tidak sesuai untuk bermain. Beliau berkata agak sukar untuk menetapkan kecergasan fizikal sebagai seorang pemain bola sepak. Beliau sendiri berusaha untuk mengekalkan prestasi beliau ketika beraksi di dalam padang. Beliau mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini dengan mengamalkan diet yang betul. Beliau tidak begitu mementingkan pengambilan makanan yang diambil tetapi beliau mengambil makanan mengikut masa yang ditetapkan supaya tenaga dapat digunakan dengan cara yang betul pada masa yang betul. Hal ini juga dapat mengelakkan beliau dari berasa letih ketika perlawanan. Pengkaji juga mengajukan soalan tentang faktor kejayaan beliau dalam sukan ini. Beliau menyatakan bahawa sokongan dari keluarga dan kawan-kawan merupakan salah satu faktor penting bagi beliau dalam mencapai kejayaan dalam sukan bola sepak. Pengkaji juga difahamkan bahawa beliau mempelajari sendiri asas untuk bermain bola sepak dan beliau terpilih untuk menjadi pemain bagi kelab Kelantan Fc (kelab yang disertai sekarang) . Beliau hanya menerima latihan kecergasan dari jurulatih untuk memperkukuhan skil dan kemahiran dalam bola sepak. Beliau sentiasa memperbaiki prestasi diri sama ada menang atau kalah dalam pertandingan kerana bagi beliau setiap kekuatan yang dimiliki oleh setiap pasukan berbeza dan sebagai seorang pemain beliau perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi pihak lawan untuk pertandingan yang akan datang. Perkara ini dikuatkan lagi dengan penglibatan beliau dalam bola sepak pada peringkat antarabangsa iaitu mewakili negara Malaysia untuk bermain di Singapura. Pertandingan ini merupakan anjuran pertubuhan luar yang melibatkan penyertaan dari negara luar. Beliau mewakili Malaysia di bawah nama Kelab Bola Sepak Harimau Mega pada tahun 2015 dalam pertandingan Singapore League (sila rujuk lampiran 5) . Ini merupakan pencapaian tertinggi yang pernah dicapai oleh beliau, Namun, kelab ini tidak berjaya mendapat tempat sebagai pemenang. Walaubagaimanapun, beliau tidak menjadikan perkara ini sebagai satu kegagalan sebaliknya menggunakan ia sebagai pengalaman ketika bermain di Malaysia. Pada tahun 2016, kelab ini berjaya menjadi pemenang dalam pertandingan yang sama dan menjadi titik tolak kepada Amrin Salihi untuk terus maju dalam sukan bola sepak. Beliau mengembangkan minat ini dengan menjadi salah seorang pemain kelab bola sepak di Kelantan iaitu Kelantan Fc. Beliau ingin menjadikan minat ini sebagai karier dan berhasrat untuk mewakili pasukan bola sepak Malaysia. Beliau turut menjadikan Toni Kroos dari pasukan bola sepak Real Madrid sebagai idola beliau dalam bidang bola sepak kerana

9

permainan yang cantik sering ditunjukkan oleh Toni Kroos dalam setiap pertandingan yang dipertandingkan. Beliau juga mengatakan bahawa beliau meminati Toni Kroos kerana posisi yang dimainkan oleh Toni Kroos sama dengan posisi yang dimainkan oleh beliau iaitu posisi ‘defensive midfield’.

Pada akhir sesi temu bual, beliau mengatakan harapan sebagai seorang pemain agar galakan diberikan kepada para belia yang mempunyai bakat dalam ...


Similar Free PDFs