Assignment Health (MPU2312) PDF

Title Assignment Health (MPU2312)
Author SYAZA NUR NABIHAH BI STUDENT
Course business and management
Institution Open University Malaysia
Pages 14
File Size 255.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 682
Total Views 936

Summary

<KOD KURSUS>DIPLOMA IN MANAGEMENTSEMESTER 3 / JANUARY 2022MPUKESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 1NO. MATRIKULASI : 010724080632001NO. KAD PENGENALAN : 010724080632NO. TELEFON : 0164407201E-MEL : [email protected] PEMBELAJARAN : PP OUM MANJUNGARAHAN Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dal...


Description

DIPLOMA IN MANAGEMENT

SEMESTER 3 / JANUARY 2022

MPU2312

KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 1

NO. MATRIKULASI

:

010724080632001

NO. KAD PENGENALAN

:

010724080632

NO. TELEFON

:

0164407201

E-MEL

:

[email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN

:

PP OUM MANJUNG

0

MPU2312

ARAHAN  Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.  Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN (ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Open University Malaysia (OUM) bagi tugasan kursus berkenaan.  Tugasan anda hendaklah mematuhi bilangan patah perkataan seperti di dalam arahan soalan tugasan dan TIDAK termasuk rujukan.  Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.  Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.  Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.  Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.

1

MPU2312

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Daya_tahan_kardiovaskular

2

MPU2312

BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN

Mengamalkan gaya hidup sihat merupakan sebagai satu amalan kehidupan yang dapat membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Amalan gaya hidup sihat memang mempunyai banyak kepentingan kepada manusia dan gaya hidup manusia berbeza-beza mengikut budaya masyarakat setempat sama ada di dalam bandar mahupun di luar bandar. Selain itu, dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, seseorang akan sentiasa sihat, bertenaga dan cergas. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini, gaya hidup sihat dapat menjadikan satu matlamat yang perlu diterapkan segera.

Amalan gaya hidup yang sihat mempunyai banyak faedah kepada manusia kerana pada zaman kini terlalu ramai manusia mengabaikan amalan gaya hidup yang sihat sehingga tidak menghiraukan tentang faktor kesihatan diri sendiri. Di samping itu, gaya hidup merangkumi pelbagai aspek seperti pola pemakanan, senaman dan kitaran tidur yang betul. Mengamalkan gaya hidup yang sihat akan membuatkan tubuh badan menjadi sihat sama ada dari segi mental dan fizikal. Selain itu, badan yang sihat dan cergas akan menjadikan seseorang itu kuat dan tubuh badan mampu untuk melawan pelbagai penyakit. Oleh itu, mengamalkan gaya hidup yang sihat dapat memberikan kehidupan seseorang itu menjadi lebih baik dan ia juga dapat meningkatkan kualiti kehidupan seharian kepada individu tersebut.

3

MPU2312

2.0 ENAM FAEDAH GAYA HIDUP KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN YANG MENYELURUH

Mengamalkan gaya hidup yang sihat secara menyeluruh dapat memberikan banyak faedah kepada setiap individu. Dengan ini, terdapat beberapa komponen yang terlibat dalam amalan gaya hidup kesihatan dan kesejahteraan seperti kebersihan diri, memakan makanan yang seimbang, tidak menyalahgunakan bahan, bersenam dan rehat dengan secukupnya. Bukan itu sahaja, gaya hidup yang sihat mampu dicapai sekiranya individu dan masyarakat dapat mengamalkan semua aspek kehidupan berasaskan ciri-ciri kehidupan manusia yang sihat. Selain itu, dalam meniti arus kemodenan pada zaman sekarang yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, faktor kesihatan masyarakat pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan. Oleh hal yang demikian, kita haruslah menangani perkara tersebut dan perlu mementingkan penjagaan gaya hidup yang sihat.

Pertama sekali, salah satu faedah untuk amalan gaya hidup yang sihat ialah mengambil makanan yang seimbang. Dalam kehidupan sekarang, orang ramai lebih menyukai untuk mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pemakanan yang merupai makanan ringan ataupun makanan segera. Oleh sebab itu, masyarakat kita pada hari ini mudah lupa bahawa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan gula, garam atau sodium glutamit yang tinggi boleh mendatangkan pelbagai penyakit yang kronik. Antaranya ialah sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dan boleh menyebabkan kematian. Dalam pada itu, tumbesaran yang seimbang mestilah ditentukan dari pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang mengandungi tujuh bahagian antaranya ialah karbohidrat, vitamin, mineral, protein, lemak, air serta serat. Lebih-lebih lagi ibu bapa perlulah menanam sifat atau tabiat pemakanan yang seimbang kepada anak-anak sejak mereka berusia muda supaya mereka akan terbiasa untuk tidak memakan makanan yang tidak seimbang. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. 4

MPU2312

Sementara itu, pengambilan minuman berkarbonat dan minuman keras haruslah dielakkan kerana minuman sebegini tidak memberikan kebaikan kepada kita malah ia mengandungi kandungan gula yang berlebihan. Oleh sebab itu, anak-anak perlulah diajar untuk mengambil minuman seperti air kosong atau jus buah-buahan yang asli serta mengutamakan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan diet mereka. Seterusnya, ibu bapa juga digalakkan untuk makan di rumah berbanding makan di luar kerana makanan di luar khususnya gerai-gerai makanan yang berada di sekitar jalan biasanya digoreng dengan penuh minyak. Jelaslah bahawa mengambil pemakanan yang seimbang dapat memastikan tubuh badan kita sentiasa menerima semua khasiat yang diperlukan.

Sementara itu, mengamalkan gaya hidup yang sihat dapat melahirkan sikap atau mentaliti yang positif supaya dapat menangani cabaran dan pancaroba yang berlaku di dunia luar. Lanjutan daripada itu, terdapat beberapa contoh bagi gaya hidup sihat yang dapat mengurangi tekanan dan stres di dalam kehidupan, iaitu mendapatkan rehat dengan secukupnya dan melakukan senaman. Hal ini demikian kerana, rehat yang mencukupi sangat memainkan peranan yang penting di dalam pengamalan gaya hidup yang sihat kerana ia dapat mengecas semula organ-organ di dalam badan kita bagi meneruskan kehidupan pada keesokan harinya. Maka, kita perlulah berehat di antara 6 hingga 8 jam sehari. Lain daripada itu, apabila kita membuat aktiviti seperti bersukan kita dapat mengekalkan gaya hidup yang sihat dan sejahtera kerana air peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman membuatkan semua toksin dalam badan dapat dikeluarkan bersama.

Di samping itu, kita juga mampu untuk membina tahap imunisasi yang tinggi di dalam badan terhadap serangan penyakit dan aktiviti bersukan juga mampu mencergaskan minda kita malah dapat menyihatkan badan. Hal ini disebabkan, ketika bersukan oksigen yang ada akan diserapkan ke dalam badan dengan begitu cepat dan ia akan mengaktifkan sel-sel dalam badan untuk menjalankan proses respirasi sekali gus mempercepatkan aliran oksigen ke dalam otak. Oleh itu, kita tidak mudah untuk merasa mengantuk ketika 5

MPU2312

berada di sekolah ataupun di tempat bekerja. Dengan keadaan sedemikian, sudah pasti produktiviti kerja ataupun proses pembelajaran akan lebih efisien dan lebih bagus. Justifikasinya, apabila dapat rehat dengan secukupnya dan membuat aktiviti seperti sukan dapat melahirkan minda yang cergas serta badan yang sihat.

Lain daripada itu ialah, pencegahan serangan penyakit. Kebelakangan ini, membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala merupakan satu kaedah untuk menjamin suatu kehidupan yang lebih sihat. Seterusnya, membuat pemeriksaan kesihatan sekurangkurangnya dalam enam bulan sekali sudah memadai kerana pihak doktor boleh mengesan sebarang simptom awal penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia. Hal ini demikian kerana ia dapat memudahkan pesakit untuk menjalani rawatan dengan teknologi moden pada zaman serba canggih ini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Pada waktu yang sama, orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri untuk memastikan kita dapat terhindar daripada sebarang penyakit. Antaranya keperluan asas kita seperti mandi, menggosok gigi dan berpakaian bersih supaya ia dijadikan amalan hidup kita setiap hari. Seterusnya, bagi mengelakkan terkena jangkitan kuman atau penyakit kita mestilah menerapkan asas-asas kebersihan yang lain juga seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan supaya tidak terdedah daripada dihinggapi oleh lalat dan juga memilih tempat makan yang bersih bagi menjamu selera.

Dalam pada itu, kita perlu mengutamakan kebersihan diri dan masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Contohnya, orang ramai digalakkan untuk mengadakan pembersihan ataupun gotong-royong bagi membersihkan kawasan taman perumahan. Oleh itu, perbuatan seperti ini dapat mengelakkan suatu pembiakan agenagen yang membawa penyakit seperti lipas, nyamuk, lalat dan sebagainya. Pembiakan nyamuk juga boleh terjadi di merata tempat sama ada di dalam mahupun di luar rumah seperti tempat takungan air dan pelapik pasu bunga, maka ia haruslah sentiasa dibersihkan dan ditukar. Dengan ini diharapkan, kita semua dapat menjauhkan diri 6

MPU2312

daripada sebarang penyakit serta dapat membentuk kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.

3.0 EMPAT BIDANG UNTUK MENCAPAI KECERGASAN KARDIORESPIRATORI SEPERTI YANG DISYORKAN OLEH AMERICAN COLLEGE OF SPORT MEDICINE

Seperti yang diketahui, kardiorespiratori berkait rapat dengan kecekapan jantung, paruparu dan sistem pembuluh darah untuk menghantar oksigen ke seluruh tubuh. Kesihatan adalah salah satu perkara yang amat penting untuk manusia kerana ia dapat mempengaruhi perkara atau aktiviti yang kita lakukan dalam kehidupan seharian. Kecergasan kardiorespiratori adalah gabungan dari sistem kardiovaskular dan sistem respiratori. Istilah ini merujuk kepada kemampuan kardiovaskular dan pernafasan untuk menyalurkan oksigen daripada udara yang kita sedut ke seluruh badan semasa melakukan aktiviti fizikal dan menyingkirkan bahan sisa daripada otot dan organ-organ lain seperti karbon dioksida. Sistem kardiovaskular adalah berkaitan dengan jantung dan hati manakala sistem respiratori adalah paru-paru dan laluan udara. Seterusnya, jantung merupakan organ yang penting untuk mengepam darah ke seluruh tubuh melalui kitaran vaskular dan saiz jantung adalah sebesar penumbuk tangan kita dan beratnya kurang dari satu paun. Terdapat empat ruang pada jantung iaitu atrium kanan, atrium kiri, ventrikel kanan dan ventrikel kiri. Jadi, sistem kardiovaskular dan sistem respiratori memerlukan antara satu sama lain bagi menjalankan tanggungjawab tersebut.

Oleh yang demikian, memulakan aktiviti kecergasan salah satu perkara terbaik yang boleh kita lakukan untuk kesihatan diri. Tambahan pula, aktiviti fizikal dapat mengurangkan risiko penyakit kronik, meningkatkan keseimbangan dan koordinasi, membantu untuk menurunkan berat badan dan juga dapat meningkatkan harga diri. 7

MPU2312

Lebih-lebih lagi kita boleh meraih faedah ini tanpa mengira umur, keupayaan fizikal mahupun

jantina.

Selain

itu,

Jabatan

Kesihatan

dan

Perkhidmatan

Manusia

mengesyorkan bagi orang dewasa yang sihat melakukan aktiviti aerobik dan latihan kekuatan dalam mencapai kecergasan mereka. Misalnya, sekurang-sekurangnya dalam 150 minit bagi aktiviti aerobik sederhana atau 75 minit bagi aktiviti aerobik cergas untuk seminggu atau gabungkan sekali bagi aktiviti aerobik sederhana dan cergas. Ini kerana, apabila setiap aktiviti itu perbuatannya laju, maka masa yang diambil adalah cepat dan jika aktiviti itu perbuatannya lambat maka masa yang diambil juga lambat. Latihanlatihan yang menggunakan semua kekuatan kumpulan otot utama sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu.

Di samping itu, melakukan senaman dengan kerap dapat membantu kita untuk mengawal berat badan, mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser tertentu serta dapat menguatkan tulang dan otot badan. Tetapi jikalau sudah lama tidak bersenam dan mempunyai kerisauan tentang kesihatan, kita haruslah berbincang dengan doktor sebelum memulakan rutin kecergasan yang baharu. Seterusnya, melakukan senaman aerobik dengan kerap boleh membantu kita untuk hidup lebih lama dan lebih sihat. Tidak syak lagi, senaman aerobik dapat mengurangkan risiko kesihatan, mengekalkan berat badan yang berlebihan, menguatkan jantung dan juga meningkatkan mood individu. Ia juga boleh mengurangkan risiko kematian daripada semua sebab malah senaman aerobik juga boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Dengan berbuat demikian, ia dapat mengurangkan masa untuk kita duduk bersahaja tanpa melakukan sebarang aktiviti kecergasan. Ini kerana, lebih banyak jam yang kita duduk setiap hari, lebih tinggi risiko untuk mati atas sebarang sebab walaupun kita sudah mencapai jumlah aktiviti fizikal harian yang telah disyorkan.

8

MPU2312

Tambahan pula, bersenam dengan kadar yang maksimum untuk tempoh yang singkat seperti lari pecut selama 30 saat dan kemudian berjalan selama 60 saat dan ulangi ini dalam beberapa kali. Akhir-akhir ini, bagi kebanyakan orang lain untuk berjalan kaki adalah pilihan yang bagus untuk membuat senaman aerobik. Malah, berjalan adalah satu bentuk senaman yang semula jadi. Senaman aerobik sangat mudah dan juga selamat untuk dilakukan secara konsisten bagi rutin harian kita. Walaubagaimanapun, terdapat banyak latihan kecergasan berbanding berjalan. Pilihan popular yang lain seperti aktiviti berenang, berbasikal, berjoging dan sebagainya. Akhir sekali, aktiviti seperti menari, lompat tali dan bermain bola keranjang juga boleh dijadikan sebagai satu aktiviti kecergasan dan ia juga akan menjadi lebih kreatif.

4.0 KESIMPULAN Pada kesimpulannya, mengamalkan gaya hidup sihat dan sejahtera amat penting kepada semua lapisan masyarakat supaya dapat menikmati tahap kesihatan yang baik serta optimum. Oleh itu, gaya hidup sihat dan sejahtera mampu dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan kriteria manusia yang sihat. Kita semua haruslah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

Penggayaan hidup yang tidak sihat akan mendatangkan kesan yang negatif kepada kesihatan kita. Oleh itu, orang ramai perlu sedar bahawa kepentingan kesihatan perlu ditingkatkan. Dengan ini, kita perlulah mengamalkan gaya hidup yang sihat mulai dari sekarang dan amalan gaya hidup sihat dapat membantu untuk mencegah jangkitan penyakit.

Seseorang yang mengamalkan gaya hidup yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitarannya. Dengan mementingkan kebersihan, maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar. Di samping itu, kita juga dapat merasai hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan seperti menjaga 9

MPU2312

kebersihan diri serta persekitaran melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah dapat membentuk diri menjadi seorang yang berdisiplin. Langkah-langkah ini penting agar setiap individu dapat mendisiplinkan diri terutama dalam aspek pemakanan dan penjagaan kebersihan.

10

MPU2312

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

C. (2016, November 1). Kepentingan amalan gaya hidup sihat. Wattpad. https://www.wattpad.com/328733773-contoh-karangan-bm-kepentingan-amalan-gayahidup

Fitness. (2019, October 11). Mayo Clinic. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/fitness/basics/fitness-basics/hlv-20049447

Quinn, E. (2022, January 1). Cara Mengukur Kecergasan Kardiorespiratori. Elizabeth Quinn. Retrieved January 27, 2022, from https://ms.julinse.com/cara-mengukur kecergasan-kardiorespiratori/

Rasid, J. (2017, November 1). MPU3313 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN.doc. J.Rasid. https://www.academia.edu/35005272/MPU3313_KESIHATAN_DAN_KESEJAHTERA AN_doc

Wikipedia contributors. (2019, June 25). Daya tahan kardiovaskular. Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Daya_tahan_kardiovaskular

11

MPU2312

Zahra, F. (2021, September 15). Cara Mencegah Penyakit Jantung: Amalkan 7 Tip Ini Untuk Lebih Sihat. Hello Doktor. https://hellodoktor.com/penyakit-jantung/sakit-jantung/cara-mencegah-penyakit-jantung/

12

MPU2312

TUGASAN 2

JURNAL REFLEKTIF

Faedah Gaya Hidup Kesihatan Dan Kesejahteraan Yang Komprehensif Dan Pencapaian Kecergasan Kardiorespiratori Untuk Memastikan Kehidupan Yang Lebih Bermakna OLEH : Syaza Nur Nabihah Binti Mohd Shahril

1. Pendahuluan

Jurnal reflektif kesihatan ini dikarang bertujuan untuk melaporkan setiap kerja yang telah dilakukan oleh saya melalui pembacaan saya serta perbincangan di dalam sesi tutorial dan e-Forum bersama Madam Kok Mong Lin. Di dalam tugasan yang diberikan kepada saya bertajuk “Faedah Gaya Hidup Kesihatan Dan Kesejahteraan Yang Komprehensif Dan Pencapaian Kecergasan Kardiorespiratori Untuk Memastikan Kehidupan Yang Lebih Bermakna”. Tugasan ini melibatkan tentang pandangan saya sendiri.

2. Faedah Gaya Hidup Kesihatan Dan Kesejahteraan Yang Komprehensif

13...


Similar Free PDFs