Assignment Pengurusan tingkah laku pendidikan sekolah rendah . PDF

Title Assignment Pengurusan tingkah laku pendidikan sekolah rendah .
Course Abnormal psychology
Institution Open University Malaysia
Pages 23
File Size 208.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 115
Total Views 627

Summary

Definisi Tingkah lakudefinisi Tingkah Laku BermasalahJenis-jenis Masalah Tingkah LakuTingkah laku bermasalah atau tingkah laku mencabar adalah tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain contoh tingkah laku negatif adalah seperti berikut:a) sebagainya.c)Disruptif/menggan...


Description

Definisi Tingkah laku

definisi Tingkah Laku Bermasalah

Jenis-jenis Masalah Tingkah Laku Tingkah laku bermasalah atau tingkah laku mencabar adalah tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain.Beberapa contoh tingkah laku negatif adalah seperti berikut: a) sebagainya.

c)Disruptif/mengganggu Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah. b) Agresif Tingkah laku bermasalah jenis agresif dapat dikenal pasti apabila terdapat beberapa perubahan pada individu. Antaranya seperti tidak dapat tidur malam dan mimpi ngeri, perasaan takut yang amat sangat dan tingkah laku agresif. Selain itu, kanak-kanak ini juga akan cepat naik marah, tidak sabar menunggu

giliran dan tidak menerima teguran atau komen orang lain. Kanak-kanak ini juga sering melawan dan menganggap dirinya adalah yang terbaik.

c) Separation Anxiety Tingkah laku ini juga dikenali sebagai kebimbangan. Tingkah laku ini dapat ditunjukkan melalui perasaan kurang senang atau takut akibat andaian bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Perkara ini terjadi akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang pernah dialami oleh seseorang. d) Overdependency Tingkah laku overdependency adalah tingkah laku yang sering bergantung kepada orang lain. Kanak-kanak seperti ini tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri kerana memilik pendirian yang kurang tegas dan tiada tujuan. Perkara ini terjadi kerana kanak-kanak mendapat perlindungan yang terlalu melampau dan sering kali dimanjakan. Ini menyebabkan kanak-kanak itu menjadi kurang yakin. Mereka akan sering bimbang dan tertekan jika tiada pertolongan diberikan. e) Withdrawal Withdrawal atau pengasingan diri adalah tingkah laku yang suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku yang ditunjukkan ini dijadikan sebab untuk membela diri supaya dapat elakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.

f) Temper Tantrums Menunjukkan kemarahan yang kuat secara tiba-tiba.Tidak menerima pujukan atau ajakkan orang lain walau pun telah diberikan apa yang diminta.

KEPENTINGAN MENGURUS TINGKAH LAKU Dengan adanya pengurusan tingkah laku yang berkesan,guru dapat mewujudkan tingkah laku yang terpuji di kalangan

pelajar dismping

mengurangkan atau menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini. Tingkah laku terpuji penting bagi melahirkan murid yang bersifat sanggup melaksanakan tanggungjawab pada diri, keluarga, institusi dan negara. Tanpa tingkah laku terpuji,mereka lebih rela melakukan kesalahan berbanding melakukan perbuatan baik kerana bagi mereka, tiada faedahnya mereka melakukan kebaikan.Ia juga penting bagi mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin, berkesan, dan penuh ceria. Apabila murid yang bermasalah daripada segi disiplin ini tidak wujud dalam kelas, tidak ada murid yang membuat bising dan mengganggu murid lain belajar.Maka,guru juga tidak perlu meninggikan suara ataupun bercakap kasar dengan murid disebabakan berbagai-bagai masalah.Mereka akan mematuhi segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, hubungan antara guru dan murid dapat diperbaiki dan kemesraan dapat diwujudkan,dan seterusnya minat bagi menimba ilmu dapat dipertingkatkan.

Kebiasaannya,murid-murid akan menjadi lebih tekun dan produktif apabila mereka mempunyai tingkah laku yang terurus. Apabila mereka mengikut disiplin yang telah ditetapkan, jadual mereka dan tingkah laku mereka dapat berubah. Mereka dapat melakukan sesuatu perkara secara sistematik dan mengikut laluan yang betul tanpa menyalahi undang-undang. Mereka dapat menjadi lebih produktif lagi dalam menghasilkan idea yang menarik dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kemahiran. Masa dapat dijimatkan kerana segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Disiplin diri yang tinggi dapat menghalang perkara-perkara yang tidak perlu dilakukan. Sebagaimana yang kita tahu, murid-murid kini lebih banyak melakukan tingkah laku bermasalah sehingga hilang pegangan dan hala tuju. Pengurusan tingkah laku di kalangan murid mampu menghiasi diri murid dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab, kasih sayang, berkerjasama, cintakan kebersihan dan hormat menghormati. Oleh itu, dengan adanya pengurusan tingkah laku,mereka sentiasa ingat dan menanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri dan membuang sifat-sifat negatif yang tidak perlu ada dalam diri mereka.

Biodata subjek kajian

Nama

:

Jivithiran A/L Mohan

Jantina

:

Lelaki

Umur

:

10 thn

Bangsa

:

India

Agama

:

Hindu

Warganegara :

Malaysia

Tarikh Lahir :

27/09/2001

Alamat

No,2361,Jalan SJ 2/2c Taman Seremban Jaya,

:

Seremban,Negeri Sembilan. Sekolah

:

SJK(T) Lobak,Seremban.

Anak ke berapa

:

Guru Kelas :

Pn.Vukareswari

Kategori

Masalah Pembelajaran dan pertuturan.

:

kedua

(speech and developmental delay)

Kajian kes tingkah laku bermasalah Latar belakang murid

Saya telah melakukan kajian terhadap seorang murid lelaki yang benama Jivithiran dan dia lebih suka dikenali sebagai Jiva.Jivithiran sedang bersekolah di SJK(T) Lobak di Unit Pendidikan Khas. Dia yang menghadapi masalah pembelajaran dan khususnya dikategorikan sebagai kelewatan pertuturan dan perkembangan

oleh pakar-pakar perubatan.Dia juga mempunyai masalah

jantung berlubang.Kini Jivithiran berumur 10 tahun.Jiva merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik.Kakanya yang bernama Latha Sri juga merupakan murid pendidikan khas di sekolah yang sama. Bapanya adalah seorang pekerja pembersihan swasta dan ibunya adalah suri rumah tangga.Jiva merupakan kanak-kanak yang mampu mengurus dirinya sendiri. Menurut ibunya, Jivithiran sudah pandai mengurus dirinya sendiri seperti mandi, memakai baju, memakai kasut tanpa bantuan orang lain dan membeli makanan di kantin. Jivithiran

tidak

menghadapi

masalah

psikomotor

dan

masalah

pendengarannya semakin pulih selepas pembedahan.Kini Jivithiran menumpang rumah bapa saudaranya yang juga merupakan guru arus perdana di sekolah yang sama.

Tingkah laku Jivithiran dari sudut pandangan guru-guru dan pembantu di Unit PPKI SJK(T) Lobak,seremban.

1) TINGKAH LAKU Murid ini tidak senang duduk di tempat yang ditetapkan dan suka merayaurayau di dalam kelas.Dia juga suka mengacau dan mengganggu orang lain. 2) PERLAKUAN AGRESIF Dia suka mengacau dan membuli kawan-kawan yang lain.Apabila diusik,dia cepat marah dan suka memukul kawan yang lain. .3) PERLAKUAN PASIF Murid ini seorang yang malas dan tidak mahu membuat kerja.Perhatiannya mudah terganggu terhadap faktor-faktor luaran seperti hujan.Dia juga lembap dalam menyiapkan latihan yang diberi oleh guru.Dia kerap mengantuk dan kadang kala tidur di dalam kelas.Dia degil dan tidak suka mengikut arahan.Adakalanya dia tidak bertindak balas apabila disoal. 4) TINGKAH LAKU KOGNITIF Masa pembelajaran,dia kurang memberikan tumpuan .Dia juga sukar memahami pelajaran yang diajar oleh guru.Apabila disoal,dia tidak dapat menjawab soalan tersebut.Dia tidak memahami arahan yang diberikan.Murid ini juga

tidak

boleh

menguasai

3M(membaca,menulis,mengira).Dia

lambat

menyiapkan sesuatu tugasan dan cepat lupa. 5) TINGKAH LAKU EMOSI Murid ini suka mengasingkan diri dengan murid lain.Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan murid ini selalu suka berkhayal. Dalam pertuturan,dia

seorang yang gagap dan pelat tetapi suka menyampuk.Dia juga selalu leka dan asyik.Dia tidak mempunyai keyakinan diri dalam melakukan sesuatu pekerjaan. 6) TINGKAH LAKU SOSIALISASI Murid ini tidak menunjukkan minat dalam pelajaran.Dia suka ambil mudah dan berkelakuan tidak apa dalam semua perkara.Dia juga suka becakap bohong.

Penaksiran tingkah laku David Lambert dan David Lines 2000,mengatakan bahawa Penaksiran adalah proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan. Gearheat 1990 pula

mengatakan bahawa

penaksiran

adalah

proses

yang

melibatkan

pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi dan penempatan.

Terdapat beberapa cara membuat penaksiran tingkah laku secara formal mahupun bukan formal..Antaranya adalah: a) Pemerhatian Bagi murid yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku, pemerhatian akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar muridtersebut secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya murid tidak berpura-pura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain. Pemerhatian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam kumpulan dan sebagainya.

Sepanjang tempoh pemerhatian yang dilakukan oleh saya dan juga guruguru lain selama dua minggu, banyak tingkah laku negatif dapat dikesan. antaranya adalah dia seorang yang suka mengganggu, suka mencubit, suka memukul rakan-rakannya dan tidak memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Menurut

Duke(1980)

setiap

individu

bertanggungjawab

terhadap

perlakuannya sendiri.Kata-kata beliau boleh diaplikasikan dalan hidup murid ini.Menurut guru kelasnya,Jivithiran suka mencubit rakan sekelasnya yang tidak rapat dengannya. Selain itu, jika rakannya itu tidak memenuhi kehendak dia akan memukul kepala rakannya dengan apa sahaja yang ada ditangannya. Contohnya, semasa bermain-main gabus dengan rakan-rakannya di bahagian belakang kelas dia telah memukul kepala rakannya dengan gabus kerana rakannya itu tidak mengendahkan arahan dia supaya jangan bermain ditempat yang sama dengannya. Semasa proses pengajaran dan pengajaran berlangsung, dia akan meninggalkan tempat duduknya dan berkeliaran di luar kelas dan tidak mengendahkan arahan guru.Jivithiran tidak menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Kenyataan ini dibuktikan oleh pakar bernama Despert(1965)yang mengatakan kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi,neurotic atau psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat,selalu suka mengganggu melawan,ingkar dan tidak stabil. Jiva juga suka memarahi rakan-rakannya tanpa sebab kerana rakanrakannya yang lain tidak suka berkawan dengannya yang suka menjelir lidah dan memukul. Rakan-rakannya tidak berapa rapat dengannya kerana tabiaatnya yang suka memukul dan menjelir lidah itu. Namun begitu, walaupun Jiva mempunyai banyak tingkah laku negatif tetapi dia juga mempunyai beberapa tingkah laku positif.Jivithiran merupakan kanak-kanak yang mampu mengurus dirinya sendiri, dia boleh makan dan

meletakkan kembali pinggan ditempat yang telah disediakan. Menurut ibunya yang juga seorang guru, Jiva sudah pandai mengurus dirinya sendiri seperti mandi, memakai baju dan memakai kasut tanpa bantuan orang lain.Jiva juga Tingkah laku negatifnya itu sahaja yang belum dapat diubah. Menurut ibunya lagi, dia juga suka mengganggu kakaknya semasa berada di rumah. Dia juga suka memukul dan menjelir lidah. Namun, setelah ditegur Jivithiran akan berhenti melakukan perbuatan tersebut seketika.

Tingkah laku sasaran Tingkah laku manusia ada bermacam-macam dan setiap detik kita boleh perhatikan pelbagai ragam tingkah laku ditunjukkan oleh orang disekeliling kita sama ada bersifat positif atau negatif.Begitu juga kajian kes saya iaitu JIvithiran telah menunjukkan pelbagai pemerhatian.Saya

tingkah laku positif dan negatif semasa

tidak mampu mengubah atau memodifikasikan kesemua

tingkah laku negatif tetapi hanya menumpukan perhatian kepada satu tingkah laku spesifik atau prominen yang dinamakan sebagai tingkah laku sasaran. Tingkah laku sasaran yang saya pilih ialah sikap suka mengganggu rakan

semasa

proses

pengajaran

dan

pembelajaran,Jivithiran

suka

mengganggu rakan sekelasnya dan juga suka mengganggu kakanya di rumah.Saya akan melaksanakan pelbagai kaedah dan teknik yang sistematik serta intervensi yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku Jivithiran yang negatif ini.

Teknik / kaedah merekod data Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh pemerhati bagi merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling, event/ frequency recording, duration recording, interval recording, senarai semak, rekod anekdot dan sekil kadar. Menurut Salvia dan Ysseldy 1978 ,Kaedah pengumpulan data ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan mengesan masalah murid dan membuat keputusan mengenai murid. Pengumpulan data ini juga meliputi usaha memahami masalah pembelajaran pelajar dan faktor-faktor yang memberi kesan kepada pencapaian sekolah dan perkembangan diri murid dari berbagai peringkat umur.

a)Senarai Semak Senarai Semak merupakan satu dokumen utama yang mengandungi maklumatmaklumat penting seseorang individu.Ia digunakan sebagai alat/instrumen

semakan semasa membuat pemerhatian.Senarai hasil pemerhatian hendaklah mengambil kira domain kognitif,afektif dan psikomotor.Saya telah menggunakan senarai semak untuk mengumpul maklumat-maklumat tentang diri kajian kes iaitu Jivithiran.(Rujuk rajah 1.1

dalam lampiran)

Berdasarkan hasil dapatan, menurut tinjauan guru-guru di sekolahsekolah tersebut didapati enam belas tingkah laku agresif

kekacauan

yang terdapat dalam senarai semak tersebut. Namun tiga daripada enam belas tingkah laku tersebut didapati tingkah laku ketara,iaitu meninggalkan mengganggu atau memukul orang lain,.cepat marah dan lembap membuat sesuatu. Walau bagaimanapun masalah mengganggu orang lain merupakan tingkah laku yang paling menonjol.

b) Temu Duga / Temu Bual Temu duga merupakan satu pendekatan siasatan yang khusus.Ia memberi fokus kepada interaksi sosial.Maklumat yang diperolehi hampir sama dengan maklumat hasil soal selidik. Saya telah menemu bual dengan bapa Jivithiran dan juga guru kelasnya untuk mendapatkan maklumat peribadi tentang murid ini.Kerjasama yang ditunjukkan oleh mereka telah membantu saya untuk memahami diri Jivithiran dengan lebih dekat lagi.(Rujuk Lampiran)

c) Rekod Anekdot

Rajah 1.2

dalam

Rekod Anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan perubahan yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar. Kegunaan rekod anekdot adalah bagi merekod tingkah laku kanakkanak yang khusus bagi tujuan perancangan aktiviti individu dan bagi kes konferensi.

Oleh itu, dalam tempoh pemerhatian,saya telah meminta guru-guru lain dan juga PPM yang bertugas di SJK(T)Lobak supaya merekodkan segala peristiwa yang melibatkan kajian kes saya iaitu Jivithiran. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru dan tindakan guru.(Rujuk Rajah 1.3 dalam lampiran)

d)Perekodan kekerapan/peristiwa (Frequency/Event Recording) Kaedah yang telah saya pilih ialah kaedah Event Recording.kaedah ini digunakan untuk mencatatkan sama ada event/tingkah laku sasaran dapat diperhatikan pada suatu jangkamasa tertentu..Saya telah merekod tingkah laku sasaran Jivithiran,iaitu meninggalkan tempat duduk dalam masa 30 minit waktu Bahasa Malaysia.

Kekerapan tingkah laku telah dicatatkan seperti berikut:Nama Murid : M.Jivithiran TARIKH

HARI

KEKERAPAN TINGKAHLAKU

CATATAN

31/01/2011 1/02/2011 2/02/2011 3/02/2011 4/02/2011

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat

IIII IIII II IIII IIII IIII I IIII III

e)Perekodan Interval (Interval Recording) Perekodan Interval adalah teknik perekodan yang lebih terperinci untuk mencatat tingkah laku sasaran dalam satu jeda masa yang tertentu.Tempoh masa catatan tingkah laku dibahagikan kepada beberapa selang masa yang sama dan lebih singkat.Contohnya,jeda masa 5 minit dalam perhatian tempoh 30 minit waktu pertama.

Pendahuluan Tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan oleh manusia.Ia adalah berbeza-beza bagi setiap individu.Pengurusan tingkah laku merupakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan dalam pendidikan khas.Tanpa pengurusan ini,pembelajaran tidak akan mencapai objektifnya secara menyeluruh. Di samping itu juga,dalam hal pembelajaran,perubahan tingkah laku menjadi kayu ukur untuk menentukan samaada individu telah mempelajari sesuatu yang negatif atau positif.Ia juga bertujuan untuk membolehkan pembelajaran yang efektif dan memupuk sikap berdikari dalam diri murid-murid. Selain daripada itu,guru juga dapat membentuk tingkah laku yang diterima oleh masyarakat serta maruah murid khususnya murid pendidikan khas.Para ibu bapa atau penjaga juga tidak akan terbeban jika anak mereka dapat menyesuaikan diri dengan orang lain serta dapat inklusifkan diri dalam kegiatan masyarakat yang biasa.

Pelaporan intervensi tingkah laku Jenis intervensi yang digunakan adalah pelbagai namun kaedah pengukuhan

negatif

adalah

pilihan

intervensi

yang

terakhir

jika

sesuatu tingkahlaku negatif masih dilakukan oleh murid.Peneguhan yang saya telah lakukan untuk mengubah tingkahlaku Jivithiran ialah peneguhan positif. Peneguhan merupakan satu bentuk objek, stimuli atau perbuatan. Ia diberikan kepada tingkah laku sasaran dengan tujuan untuk meningkatkan kekuatan dan kekerapan tingkah laku tersebut. Dalam membuat peneguhan,ganjaran yang diberikan hendaklah sesuai, berkesan dan juga disukai oleh murid.Saya telah berjaya mengubah tingkah laku sasaran dengan cara motivasi,hadiah dan ganjaran yang disukainya iaitu gula-gula.Murid-murid seperti Jivithiran mudah dipengaruhi oleh ganjaran seperti ini. Selain daripada itu,ganjaran terlazim seperti bintang , token ,puzzle dan permainan komputer juga telah membantu saya untuk memberhentikan tingkah lakunya

yang

suka

mengganggu

rakan

sebayanya.Saya

juga

telah

mengeluarkan kata-kata seperti bagus,pandai dan budak baik sekiranya dia tidak menonjolkan tingkahlaku negatifnya itu.

Daripada kajian ini saya dapati bahawa Jivithiran amat menggemari permainan komputer dan dia sanggup lakukan apa jua untuk mendapatkan permainan tersebut.Maka saya telah mengambil kesempatan ini untuk memberi peluang kepadanya bermain Komputer

bagi menghapuskan tingkah lakunya

yang tidak diingini.Selain daripada itu,pemberian token untuk digantikan dengan barangan yang digemari amat berkesan.Jivithiran tidak mengganggu murid lain semata-mata untuk mendapatkan token yang boleh ditukarkan dengan makanan kegemarannya iaitu ais kerim.Hasilnya sungguh memuaskan sehingga guruguru di sini juga terpegun dengan respon yang diberikan oleh Jivithiran.

Peneguhan merupakan satu bentuk objek, stimuli atau perbuatan. Ia diberikan kepada tingkah laku sasaran dengan tujuan untuk meningkatkan kekuatan dan kekerapan tingkah laku tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa tingkah...


Similar Free PDFs