Permasalahan kemahiran menulis bahasa melayu dalam kalangan murid sekolah rendah DOCX

Title Permasalahan kemahiran menulis bahasa melayu dalam kalangan murid sekolah rendah
Author Bersepah Tuu
Pages 18
File Size 36.5 KB
File Type DOCX
Total Downloads 7
Total Views 44

Summary

1 1.0 Pendahuluan Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang diperakukan dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan dengan itu, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi rakyat Malaysia yang mempunyai fungsi tertentu khususnya dalam soal pendidikan. Akta Pendidikan 1961 menyatakan bahawa b...


Description

1 1.0 Pendahuluan Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang diperakukan dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan dengan itu, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi rakyat Malaysia yang mempunyai fungsi tertentu khususnya dalam soal pendidikan. Akta Pendidikan 1961 menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Dalam usaha menjayakan lagi pembelajaran bahasa Melayu, kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang meletakkan usaha meningkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa Melayu. Pelan tersebut menyasarkan selepas tiga tahun persekolahan, murid dapat menguasai 100 peratus literasi asas dalam bahasa melayu. Namun, keadaan berlaku bertentangan dengan usaha yang telah dilakukan. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir murid yang masih belum menguasai kemahiran literasi sepenuhnya terutamanya dalam penulisan. Pada bahagian ini akan dibincangkan permasalahan menulis dalam kalangan murid di sekolah rendah. Pendidikan di sekolah rendah merupakan peringkat paling penting untuk pembinaan asas-asas kemahiran berbahasa. Realitinya, semua murid mula belajar menulis ketika mereka memasuki alam persekolahan, iaitu di sekolah rendah. Tampaknya, tempoh pembelajaran murid di sekolah rendah selama enam tahun sangat tidak mencukupi untuk memantapkan kemahiran menulis. Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak boleh dijadikan kayu pengukur kepada tahap penguasaan kemahiran menulis murid semata. Kajian harus dilakukan agar faktor utama penyebab masalah ini mampu diketahui dan seterusnya langkah proaktif boleh diambil....


Similar Free PDFs