TEKS FORUM BAHASA MELAYU DOCX

Title TEKS FORUM BAHASA MELAYU
Author Bayyinah Raflis
Pages 5
File Size 20.1 KB
File Type DOCX
Total Downloads 35
Total Views 1,004

Summary

Contoh Teks Forum Remaja PENDISIPLINAN PELAJAR : TANGGUNGJAWAB SIAPA Forum Remaja Pencetus Kecemerlangan Diri (Pengerusi) Forum Remaja Jendela Kematangan Minda (Panel 1) Forum Remaja Pintu Kesuburan Rohani (Panel 2) Forum Remaja Membentuk Insan Insani (Panel 3) FORUM REMAJA KUNCI REVOLUSI MASYARAKAT...


Description

Contoh Teks Forum Remaja PENDISIPLINAN PELAJAR : TANGGUNGJAWAB SIAPA Forum Remaja Pencetus Kecemerlangan Diri (Pengerusi) Forum Remaja Jendela Kematangan Minda (Panel 1) Forum Remaja Pintu Kesuburan Rohani (Panel 2) Forum Remaja Membentuk Insan Insani (Panel 3) FORUM REMAJA KUNCI REVOLUSI MASYARAKAT BERVISI (Semua) Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil 'alamiin, wassolatu wassalaamu 'alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'iin. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam 1 Malaysia. Warga dewan sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapat kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja bersama saya Nur Hasmira Hasbullah pada pagi/petang yang berbahagia ini. Hadirin yang dirahmati Alah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, kita sedia maklum, dewasa ini, masalah disiplin dalam kalangan pelajar boleh dikatakan berada dalam tahap yang agak membimbangkan semua pihak. Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Sesuai dengan tajuk forum kita pada kali ini Pendisiplinan pelajar: Tanggungjawab Siapa? Persoalan inilah kunci utama forum yang ingin kita gunakan sebagai pembuka pintu-pintu kecemerlangan pendidikan akhlak di sekolah khususnya dalam persoalan mengatasi masalah disiplin pelajar. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara/saudari _______________________ yang merupakan __________________________ Apa khabar saudari? Panel Pertama : AlHamdulillah sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi macamana? Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari/saudara____________________________, jawatan. Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari/saudara _________________. Selamat datang juga buat saudara. Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, apakah sebenarnya konsep tanggungjawab dan disiplin. Panel Pertama: Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa rasional persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu kehormat, kombinasi intelektual kehakiman, rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Pada pendapat saya, tanggungjawab dan disiplin tidak dapat dipisahkan dan sudah semestinya...


Similar Free PDFs