BAHASA MELAYU KUNO : SUATU PENGENALAN PDF

Title BAHASA MELAYU KUNO : SUATU PENGENALAN
Author Shamsul Aizuwani
Pages 13
File Size 1.4 MB
File Type PDF
Total Downloads 199
Total Views 507

Summary

BAHASA MELAYU KUNO : SUATU PENGENALAN Shamsul Aizuwani Nawi, PhD [email protected] IPG Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai, Kuala Lumpur Pengenalan Bahasa Melayu Kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang di Nusantara antara abad ke-7 hingga abad ke-13 berdasarkan penemuan pelbagai batu bersura...


Description

Accelerat ing t he world's research.

BAHASA MELAYU KUNO : SUATU PENGENALAN shamsul aizuwani

Related papers Menurut Harry Judge Hamizol Sapong Sejarah Sast ra / Bahasa Melayu Qot run Nada X PENGENALAN Hanna Syahira

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

BAHASA MELAYU KUNO : SUATU PENGENALAN

Shamsul Aizuwani Nawi, PhD [email protected] IPG Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Pengenalan Bahasa Melayu Kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang di Nusantara antara abad ke-7 hingga abad ke-13 berdasarkan penemuan pelbagai batu bersurat yang bertarikh pada abad ke-7 Masihi dan selepasnya. Pada ketika itu, kerajaan yang berkuasa ialah kerajaan Sriwijaya dan besar kemungkinan bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar kerajaan tersebut. Namun menurut Abdul Rashid (2006), terdapat penemuan sebuah batu bersurat berbahasa Melayu di Dong Yen Chau, di Teluk Taurane Vietnam bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Batu bersurat tersebut ditulis menggunakan penyesuaian huruf Pallava bahasa Sanskrit.

Batu bersurat yang ditemui kebanyakannya menggunakan tulisan dari India atau tulisan daripada pengaruh tulisan India seperti Devanagiri, Pallava, Vangki, Jawa Kuno, Kawi dan lain-lain. Menurut Nik Safiah et al., (1996) terdapat juga bekas-bekas tulisan telah dijumpai dan dipercayai bertarikh sejak tahun 450 Masihi, iaitu yang ditemui di kaki gunung dekat Bogor dan di daerah Tanjung Periuk dekat Jakarta dan ditulis dalam bahasa Jawa Kuno atau Sanskrit. Hal ini berikutan beberapa buah kerajaan penting terutama kerajaan Hindu telah muncul sejak abad pertama tahun Masihi.

Perkembangan Bahasa Melayu Kuno

Perkembangan bahasa Melayu pada abad ke-7 amat dipengaruhi oleh budaya luar yang datang ke Nusantara seperti budaya India. Dari segi sejarah, sebelum abad ke-7 ramai peniaga dan pedagang India (dari Barat) bertukar-tukar barang perniagaan dengan pedagang Cina (dari Timur). Mereka lazimnya singgah di kepulauan Melayu untuk tujuan pertukaran barangan ini dan secara tidak langsung turut menyebarkan unsur-unsur budaya mereka. Malah menurut Asmah (2009), tradisi Jawa mencatatkan bahawa orang yang membawa agama, ketertiban masyarakat dan aksara India ialah Aji Saka yang tiba ke Pulau Jawa pada tahun 78 Masihi. Satu kesan pengaruh budaya India ialah penggunaan bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit ialah bahasa kebudayaan terpenting di India. Bahasa Sanskrit digunakan bagi penghasilan karya klasik, ilmu pengetahuan dan hal ehwal agama. Justeru pertembungan budaya India dan bahasa Sanskrit di

22 Nusantara telah menghasilkan evolusi bagi bahasa Melayu dalam mengungkapkan kata-kata berkaitan bidang kebudayaan, kesenian, dan agama. Malah bahasa Sanskrit turut mempengaruhi pelbagai cabang kehidupan orang Melayu.

Batu bersurat Bahasa Melayu Kuno Pelbagai batu bersurat yang ditemukan di beberapa tempat di Asia Tenggara terutama di Sumatera dan Jawa menunjukkan tarikh pada abad ke-7 Masihi dan selepasnya. Batu bersurat-batu bersurat yang ditemukan ini ditunjukkan seperti yang berikut:

Pulau Jawa

Pulau Sumatera

• Sajamerta, Bukateja, Dang Pu Hawang Galis, Manjusyrigraha, Sang Hyang Wintang, Gunung Sundoro, Kebun Kopi (Jawa Barat)

• Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Telaga Batu, Kota Kapur, Karang Brahi, Palas Pasemah, Bungkuk di Lampung, Pagar Ruyung dan Bukit Gombak di Sumatera Barat, Propinsi Lampung di Sumatera Selatan, Bengkulu, Riau, dan di Sumatera Utara.

Tanah Semenanjung

• Seberang Perai, Kedah

Thailand

• Chaiya, Takua Pa, Ligor

Vietnam Tengah

• Phutuan

Rajah 2.1: Batu bersurat-batu bersurat Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno pada Batu Bersurat Batu-batu bersurat bukanlah satu perkara yang baru dijumpai di daerah di Kepulauan Melayu. Batubatu bersurat terawal yang dijumpai menggunakan bahasa Melayu dipercayai ditulis pada kira-kira abad ke-7. Terdapat empat batu bersurat terpenting iaitu: i.

Kedukan Bukit, Palembang bertarikh 683M.

ii.

Talang Tuwo, Palembang bertarikh 684M.

iii.

Kota Kapur, Pulau Bangka 686M.

iv.

Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi 686M.

23

Gambar 2.4 : Tempat-tempat Batu Bersurat Bahasa Melayu Kuno ditemui, iaitu di Jambi, Palembang dan Pulau Bangka.

Batu Bersurat Kedukan Bukit, Palembang, 683M Batu Bersurat ini telah diperoleh oleh M. Batenburg daripada sebuah keluarga Melayu yang menetap di kampung Kedukan Bukit pada 29 November 1920. Kampung ini terletak di tebing Sungai Tatang dalam wilayah Musi di bahagian barat daya Palembang. Batu bersurat ini berbentuk batu kecil berukuran 45 x 80 cm dan ditulis dalam tulisan Pallava. Terdapat sepuluh baris ayat yang diukir pada batu yang berbentuk bujur. Tulisan pada batu ini terpelihara dengan baik, kecuali tiga baris terakhir yang tidak dapat dibaca kerana terserpih (Coedes, 2009).

Dari segi tatabahasanya, walaupun ayat pada batu bersurat ini pendek-pendek dan kurang lancar, tetapi memperlihatkan sifat bahasa Melayu. Transliterasi batu bersurat Kedukan Bukit dinyatakan seperti berikut:

Swasti Syri Syakawarsatita 605 ekadasyi syuklapakasya Bulan Waisyakha dapunta hiyang naik disambau mengalap sidhayatra Di saptami syuklapaksa bulan Jyestha dapunta hiyang merlepas dari Minanga Tamvan (Tamvar) mewawa yang bala dua laksa dengan*…dua ratus tshara disambau dengan jalan seribu telu ratus sepuluh dua banyaknya. Datang di Matajap (Matanya?)sukhatsyitta. Di patsyami syuklapaksa bulan … laghu mudik datang Merbuat benua … Syriwijaya jayasiddhayatra subhiksa.

24

Maksudnya:

Selamat dan bahagia! Dalam Shaka 605, pada sa-belas hari bulan terang dari bulan Waisjakha Baginda naik kapal menchari untong-nya. Pada tujoh hari bulan terang dari bulan Djjestha Baginda berangkat dari Muara Tamvan (Tamvar?) membawa bala dua laksa dengan…….. Dua ratus pawang di-kapal dengan yang jalan kaki sa-ribu tiga ratus dua belas banyak-nya. Datang di-Matajap (Mataya?) sukachita. Pada lima hari bulan terang dari bulan……belayar mudek, datang membuat benua……..Seriwijaya, kota yang jaya, yang berbahagia dan yang ma’mor (Emeis, 1968)

Batu Bersurat Talang Tuwo 684M Batu bersurat Talang Tuwo ditemui oleh Louis Constant Westenenk (Residen Palembang) pada tahun 1920 di kaki Bukit Seguntang / Bukit Siguntang dan merupakan salah satu peninggalan Kerajaan Sriwijaya. Batu bersurat ini berukuran 50 cm × 80 cm dan dipahat di atas batu pasir. Catatan tahun yang ditemui ialah 606 Saka iaitu 684 Masehi dan ditulis dalam Aksara Pallava (Coedes,2009); Batu bersurat ini merupakan piagam yang menyatakan bahawa Raja Jayanash telah membuat sebuah taman bunga dan berjanji bahawa segala apa yang dikerjakan di sini semoga memberi kebahagiaan kepada semua makhluk. Sebahagian daripada batu bersurat Talang Tuwo ditunjukkan seperti berikut:

di assannakala di antara marga lai temu muwah ya ahara dgan ayer diminumnya sawanyaknya wuatnya huma parlak manchak muwah ya manghidupi pasu prakara marhulun tuwi werddhi muwah ya jangan ya nikenai Sawanyaknya yang upasarga Pidana swapnawigna

25 Maksudnya:

Apabila mereka (orang2 itu) lapar, di-tempat perhentian atau di-tengah2 perjalanan, harus-lah mereka mendapatkan makanan dan ayer minuman. Moga2 segala perhumaan dan kebun2 yang mereka perbuat akan memberi hasil yang banyak. Moga2 selamat segala macham ternak dan sekalian hamba sahaya mereka itu. Mudah2 an jangan mereka di-timpa oleh sa-suatu mala petaka, atau di-seksa oleh penyakit tak dapat tidor (Abdul Rashid 2006). Batu Bersurat Kota Kapur 686M

Batu bersurat Kota Kapur merupakan tiang batu bersurat berbentuk tugu setinggi 1.77 meter yang ditemui di pesisir barat Pulau Bangka, di sebuah dusun kecil yang bernama Kota Kapur. Kota Kapur merupakan sebuah kawasan di Pulau Bangka di bahagian Utara Sungai Menduk, iaitu di antara tebing sungai tersebut dengan tempat bernama Pangkal Mundo. Tulisan pada batu bersurat ini ditulis dalam aksara Pallava, dan merupakan salah satu dokumen bertulis tertua dalam bahasa Melayu. Batu bersurat ini ditemui oleh J.K. van der Meulen pada tahun 1892 (Coedes, 2009). Batu bersurat Kota Kapur bertarikh 686 Masihi dan mengandungi 10 baris yang terpelihara dengan baik sehingga sekarang. Teks dalam batu bersurat ini menurut Coedes (2009) serupa dengan batu Karang Brahi, tetapi mengandungi dua perenggan yang tidak terdapat dalam batu bersurat Karang Brahi. Menurut Abdul Rashid (2006), kandungan batu bersurat Kota Kapur ini ditunjukkan seperti yang berikut:

Siddha titam hamba nvari i avai kandra kayet ni paihumpaan namuha ulu lavan tandrun luah makamatai tandrun luah vinunu paihumpaan hakairum muah kayet ni humpa unai tunai. Umentern bhakti ni ulun haraki. unai tunai kita savanakta devata mahardika sannidhana. manraksa yan kadatuan çrivijaya. kita tuvi tandrun luah vanakta devata mulana yan parsumpahan. paravis. kadadhi yan uran didalanna bhami paravis hanun. Samavuddhi lavan drohaka, manujari drohaka, niujari drohaka talu din drohaka. tida ya.

26 Marppadah tida ya bhakti. tida yan tatvarjjawa diy aku. dngan diiyan nigalarku sanyasa datua. dhava vuathana uran inan nivunuh ya sumpah nisuruh tapik ya mulan parvvanda datu çriwi-jaya. Talu muah ya dnan gotrasantanana. tathapi savankna yan vuatna jahat. makalanit uran. makasuit. makagila. mantra gada visaprayoga. udu tuwa. tamval. Sarambat. kasihan. vacikarana.ityevamadi. janan muah ya sidha. pulan ka iya muah yan dosana vuatna jahat inan tathapi nivunuh yan sumpah talu muah ya mulam yam manu-ruh marjjahati. yan vatu nipratishta ini tuvi nivunuh ya sumpah talu, muah ya mulan. saranbhana uran drohaka tida bhakti tatvarjjava diy aku, dhava vua-tna niwunuh ya sumpah ini gran kadachi iya bhakti tatvjjava diy aku. dngan di yam nigalarku sanyasa dattua. çanti muah kavuatana. dngan gotrasantanana. Samrddha svasthi niroga nirupadrava subhiksa muah vanuana paravis chakravarsatita 608 din pratipada çuklapaksa vulan vaichaka. tatkalana Yan manman sumpah ini. nipahat di velana yan vala çrivijaya kalivat manapik yan bhumi java tida bhakti ka çrivijaya Maksudnya: Berjaya (diikuti dengan satu sumpahan yang tidak difahami). Oh, Dewa-dewa yang berkuasa yang berkumpul bersama-sama dan yang melindungi propinsi (Kadatuan) Crivijaya, dan engkau juga Tandrun Luah ( ? ), serta semua dewa lain yang diseru pada permulaan semua ungkapan sumpah. Apabila dalam semua bumi (bhumi) (di bawah takluk propinsi-kadatuan) – orang yang memberontak ….bersubahat dengan para pemberontak berbincang dengan para pemberontak, mendengar para pemberontak, mengenal para pemberontak dan tidak menghormati dan tidak patuh dan tidak setia kepada beta dan kepada sesiapa yang dikurniakan tugas sebagai seorang datu, adakah orang itu, iaitu orang-orang yang melakukan perbuatan itu (3), akan dibunuh dengan kutukan, hendaknya biar satu bola (ditujukan kepada mereka) dihantar dengan serta-merta di bawah pimpinan seorang (atau beberapa) orang datu dari kerajaan Crivijaya, dan hendaklah mereka dihukum berserta dengan kaum dan keluarga mereka. Di samping itu, hendaknya semua kegiatan jahat, (seperti) mengganggu fikiran manusia yang membuat mereka jatuh sakit, membuat mereka jadi gila, menggunakan ungkapan-ungkapan tertentu, menggunakan racun upas dan tuba, ganja, saramvat minuman sihir menyerakah orang kepada keinginan mereka dan sebagainya, hendaknya mereka juga terbunuh dengan kutukan itu. Tambahan pula, hendaknya mereka yang mendorong merosakkan batu itu atau yang terus merosakkan batu itu terbunuh dengan kutukan itu dan dihukum pula. Hendaknya para pembunuh, pemberontak dan yang tidak penuh pengabdian, tidak setia kepada beta, biarlah orang yang melakukan perbuatan itu dibunuh dengan kutukan itu. Walau bagaimanapun jikalau orang patuh dan setia kepada beta dan kepada yang ditugaskan sebagai datu, hendaknya restu diberi atas usaha mereka dan juga kepada kaum dan keluarga: kejayaan, kesenangan, kesihatan, ketiadaan malapetaka, dan rezeki yang melimpah-limpah di serata negeri. Tahun Caka 608 pada hari pertama bahagian pertama bulan Vaicākha, pada masa itu, kutukan itu diumumkan: dipahat pāda waktu tentera Crivijaya baru memulakan serangan ke atas bumi Jawa yang tidak berada di bawah pemerintahan Crivijaya.(Coedes, 2009)

27

Batu Bersurat Karang Brahi 686M

Batu bersurat Karang Brahi merupakan batu bersurat peninggalan Kerajaan Sriwijaya yang ditemui di Kampung Berahi, daerah hulu Sungai Merangin, Jambi pada tahun 1904 Masihi oleh Kontrolir L.M Berkhout. Sewaktu dijumpai batu ini digunakan sebagai lapik untuk membasuh kaki di sebuah masjid di Jambi. Batu bersurat Karang Brahi ini tidak bertarikh, namun para sarjana sepakat memperkirakan bahawa batu bersurat Karang Brahi ini dibuat sekitar tahun 686 Masihi atau akhir abad ke-7Masihi. Batu bersurat Karang Brahi terbuat dari batu berukuran 90x90x10cm dan berbentuk seperti separuh telur. Menurut Ismail Hussein (1966), tulisan pada batu bersurat ini menyeru dewa-dewa dan makhluk-makhluk lain untuk melindungi kedatuan Sriwijaya supaya memberi kebahagiaan kepada mereka yang mengabdi kepada raja. Sebahagian daripada batu bersurat Karang Brahi ini ditunjukkan seperti yang berikut:

Siddha titam vari avai kandra kayet ni Paihumpaan namuha iui lavan tandrun luah makamatai ta Ndrun luah ninunu paihumpaan hakairu muah kayet nihumpa 7 Nai tunai umentem bhakti niuiun haraki unai tunai kita savanakta de Vata maha(d)dhika sannidhana mamraksa yam kadatuan srivijayaa kita tuvi tandrum Luah vanakta devata mulana yam parsumpahan paravis drohaka hanun samavuddhhi la Van drohaka manujari drohaka.niujari drohaka tahu dim drohaka tida Ya mar(p)padah tida ya bhakti tida ya tatvarjjava diy aku ndan di iyam Nigalarku sanyasa datua nivunuh Terjemahan mengenai batu bersurat Karang Brahi ini tidak dapat ditemukan dengan selengkapnya kerana menurut Coedes (2009), “huruf-hurufnya rosak teruk pada beberapa bahagian dan pembacaannya pasti sukar tanpa bantuan yang diberikan oleh Inskripsi Kota Kapur.” Berdasarkan batu bersurat Karang Brahi, diperturunkan beberapa kata yang sama atau hampir sama dengan bahasa Melayu iaitu:

Vari Kayet Bhakti Kita Devata Yam Uram drohaka manujari

= = = = = = = =

beri kait bakti kita devata yang orang = derhaka mengujari

28

Pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu Kuno Perkembangan bahasa Melayu pada abad ke-7 banyak dipengaruhi oleh budaya yang datang ke Nusantara seperti budaya India. Dari segi sejarah, sebelum abad ke-7 ramai peniaga dan pedagang India (dari Barat) yang bertukar-tukar barang perniagaan dengan pedagang China (dari Timur) dan untuk memudahkan urusan perdagangan, mereka telah singgah di Nusantara. Kesan kemasukan pedagang ini telah mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu terutama dari segi percambahan kosa kata.

i.

Pengaruh Bahasa Sanskrit Penghijrahan orang dari India ke dunia Melayu telah mempengaruhi perubahan masyarakat

tempatan berabad-abad lamanya sejak dari kurun pertama Masihi. Mereka bukan sahaja membawa agama Buddha dan Hindu tetapi juga pemerintahan beraja, kesusasteraan, geografi, hukum, ilmu nujum, ubat, seni pahat, pengolahan logam, kain sutera dan sebagainya. Oleh yang demikian, beberapa faktor yang berkaitan dapat ditemukan dalam perkataan Sanskrit yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu. Mengikut Ismail Hussein (1966), melalui pengaruh bahasa Sanskrit, bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama iaitu dari bahasa yang agak rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya ke arah bahasa sarjana. Banyak perkataan baharu diterima masuk ke dalam bahasa Melayu, iaitu perkataan-perkataan yang menyatakan aspek-aspek kebudayaan dari India dan hal-hal yang belum dialami oleh kaum bumiputera seperti nama bahagian tubuh badan, barang-barang perdagangan, alat perkakas, nama binatang, tumbuh-tumbuhan dan senjata, perkataan-perkataan agama, ilmu pengetahuan dan sebagainya yang sebahagiannya ditunjukkan seperti yang berikut:

Nama tubuh badan

•bahu, kepala, rupa, muka

Barang perdagangan

•neraca, laba, kedai, kodi

Alat perkakas

•bajan, pili, jala, penjara, sutera

Ilmu Pengetahuan

• guru, pujangga, bahasa, sastera, bijaksana

Nama binatang

•gajah, singa, serigala, angsa, kuda

Tumbuh-tumbuhan

•biji, cempaka, cendana, delima, kasturi

Senjata

•cemeti, sauku, sena

Perkataan Agama

• dosa, surga, neraka, agama, puasa

Rajah 2.2: Kata-kata Pinjaman daripada Bahasa Sanskrit

29 Pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu begitu berkesan disebabkan sifat bahasa Melayu itu sendiri yang mudah dibentuk dan dilentur untuk disesuaikan dengan segala keadaan dan keperluan. Hal ini menurut Mohamed Anwar (2011), bahasa Melayu bersifat luwes, mudah lentur dan mudah menerima istilah dan konsep dari bahasa-bahasa lain.

Bentuk-bentuk tulisan bahasa Melayu kuno. Batu bersurat yang ditemui di beberapa kawasan di Nusantara membuktikan bahawa masyarakat berbahasa Melayu telah mula menggunakan tulisan sekurang-kurangnya pada abad ke-7 Masihi. Tulisan pada batu-batu bersurat tersebut dipercayai tulisan Pallava, iaitu yang dibawa oleh orang Hindu semasa mereka tiba di kawasan-kawasan Melayu. Namun beberapa sarjana seperti Jaspan dan Siti Hawa Salleh (1997) mempercayai bahawa sebelum menggunakan tulisan Pallava, orang Melayu telah pun mempunyai tulisan sendiri iaitu tulisan rencong. Seterusnya, sistem tulisan selepas Pallava ialah sistem yang dikatakan turunan daripada sistem Pali, iaitu tulisan Kawi. Penerangan secara ringkas mengenai tulisan-tulisan bahasa Melayu Kuno ini dijelaskan seperti yang berikut:

i.

Tulisan Rencong

Tulisan Rencong merupakan bentuk tulisan terawal di Nusantara. Tulisan ini

banyak digunakan di Sumatera Selatan iaitu di Bangkahulu, Hulu Palembang, Lampung, Rejang, Jambi serta Minangkabau. Bentuk tulisan ini banyak ditulis di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu bersurat. Malah, tulisan Rencong ini telah dijumpai pada tahun 1892 di sebatang tiang batu di Kota Kapur, iaitu di Bangka Barat. Tulisan ini kekal hingga abad ke-18, iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.

Gambar 2.9 : Tulisan Rencong (sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Aksara_Rencong#/media/File:Kerinci_Rencong_id.png)

30 ii.

Tulisan Pallava Tulisan Pallava berasal dari India dan dibawa oleh orang Hindu semasa mereka tiba di kawasan-kawasan Melayu seperti Srivijaya dan Palembang (Nik Safiah, 2010). Justeru tulisan Pallava banyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit. Ketika itu bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini terhad dalam kalangan golongan istana sahaja disebabkan tiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan membaca dan menulis. Penemuan terawal tulisan Pallava ialah pada tiang batu persembahan (Yupa) di daerah Muara Kaman iaitu pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala. Yupa tersebut dijumpai oleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879. Kini, Yupa tersebut disimpan di Muzium Nasional Jakarta.

Gambar 2.10 : Tulisan Pallava (Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Pallava#/media/File:Huruf_Pallawa.JPG)

31 iii.

Tulisan Kawi

Tulisan Kawi merupakan sistem tulisan selepas Pallava yang dikatakan turunan daripada sistem Pali. Perkataan Kawi berasal daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud penyair Tulisan ini dikatakan berasal daripada huruf Vangki (Wenggi), iaitu huruf yang dibawa oleh orang-orang India dari Coromandel. Tulisan Kawi ini digunakan untuk menulis dalam bahasa Kawi yang dituturkan oleh orang Jawa ketika itu. Pada peringkat awal tulisan Kawi ini ditulis pada daun lontar dan kemudiannya diubah suai dan ditulis pada batu. Bukti pen...


Similar Free PDFs