Tugasan Berpasangan (Analisis Kesalahan Terjemahan) Bahasa Melayu PDF

Title Tugasan Berpasangan (Analisis Kesalahan Terjemahan) Bahasa Melayu
Course Bahasa Melayu Professional dan Komunikasi
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 17
File Size 274 KB
File Type PDF
Total Downloads 827
Total Views 1,034

Summary

1 Pengenalan Perkataan terjemah atau al-tarjamah dalam bahasa Arab berasal daripada bahasa proto- semitik (al-Arab) yang bermaksud mentafsirkan perkataan lisan atau tulisan menggunakan perkataan dalam bahasa lain. Penterjemahan merupakan suatu proses memindahkan perkataan atau teks dari satu bahasa ...


Description

1.0 Pengenalan Perkataan terjemah atau al-tarjamah dalam bahasa Arab berasal daripada bahasa protosemitik (al-Arab) yang bermaksud mentafsirkan perkataan lisan atau tulisan menggunakan perkataan dalam bahasa lain. Penterjemahan merupakan suatu proses memindahkan perkataan atau teks dari satu bahasa ke bahasa yang lain. Eugene A. Nida merupakan tokoh yang paling berpengaruh dalam bidang teori dan amali terjemahan dinamis yang diperkenalkannya. Menurut beliau, terjemahan dinamis bermaksud penterjemahan iaah penyalinan semula ke dalam bahasa penerima maklumat (bahasa sasaran) daripada bahasa sumber dalam bentuk persamaan yang terdekat dan sejadi iaitu dari segi makna dan gaya penulisan. Menurut Kamus Dewan (2007), terjemah bermaksud “... pindahan (karangan, dll.) daripada satu bahasa ke suatu bahasa yang lain, alihan bahasa…” Menurut Jakobson (1959), terjemahan terbahagi kepada tiga jenis iaitu intralingual, interlingual dan intersemiotik. Intralingual ialah penterjemahan melibatkan variasi dalam bahasa yang sama manakala interlingual melibatkan penterjemahan dua bahasa. Akhir sekali, intersemiotik ialah penterjemahan melibatkan teks verbal dan nonverbal ke dalam bentuk simbol. Dunia terjemahan mula berkembang melalui teori-teori yang dibangunkan oleh ahli penterjemah. Pada tahun 1940, teori prinsip dan amalan diperkenalkan oleh Etienne Dolet yang membincangkan penterjemah perlulah benar-benar memahami maksud dan tujuan sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis asal serta menguasai bahasa sumber dan bahasa sasaran dengan baik. Pada tahun 1680, penterjemah dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu metafrasa, parafrasa dan tiruan yang dibangunkan oleh John Dryden. Seterusnya, pada tahun 1078, George Campbell telah memperkenalkan tiga prinsip dalam kaedah penterjemahan iaitu penterjemah hendaklah mengekalkan makna yang terkandung dalam teks asal, mengekalkan sifat-sifat teks asal dan memastikan penterjemahan itu seolah-olah sebuah karya asli, mudah dibaca dan difahami. Pada tahun 1790, Alexander fraser Tytler memperkenalkan teknik yang diguna pakai

hingga hari ini iaitu penterjemah boleh membuat tambahan sekiranya hal itu penting bagi mengekalkan makna asal dan pengurangan perkataan boleh dilakukan sekiranya perkataan itu tidak berfungsi dan tidak mencacatkan makna asal teks sumber. Seterusnya, prinsip penterjemahan terus berkebang melalui pendekatan linguisitk yang diperkenalkan oleh ahli-ahli penterjemah seperti Vinay dan Darbelnet (1958), Eugene A Nida (1963), JC Catford (1965) dan Peter Newmark (1981).

2. 0 Analisis 2.1 Analisis Kesalahan Padanan Terjemahan

TEKS SUMBER

TEKS SASARAN

“…Proclamation of Emergency to be

“...Proklamasi Darurat yang bermula di

enforced in this country…”

negara ini…”

Berdasarkan teks sasaran yang telah diterjemahkan daripada teks sumber, kesalahan pertama yang dapat dikenal pasti ialah “... Proklamasi Darurat yang bermula di negara ini…”. Berdasarkan teks sumber iaitu “… Proclamation of Emergency to be enforced in this country…”, terjemahan frasa yang digunakan tidak tepat kerana tidak menepati makna denotasi atau dikenali sebagai makna rujukan dan makna kognitif. Selain itu, makna detonasi juga merupakan makna kamus iaitu makna pertama yang tersenarai di dalam kamus. Dalam kes ini, frasa ‘bermula’ lebih sesuai digantikan dengan “... Proklamasi Darurat yang berkuatkuasa di negara ini…”. Berdasarkan carian yang dibuat di laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu, frasa Inggeris ‘enforced’ lebih sesuai diterjemahkan kepada frasa Melayu ‘berkuatkuasa’ dan lebih selari dengan konteks ayat yang membincangkan tentang peraturan atau undang-undang negara.

TEKS SUMBER “... I am here before all of you...”

TEKS SASARAN “...saya berdiri sebelum saudara…”

Seterusnya, kesalahan kedua yang dikenal pasti ialah “...saya berdiri sebelum saudara…”. Berdasarkan teks sumber, bahasa sumber yang digunakan ialah bahasa Inggeris

dan berbunyi “... I am here before all of you...”. Terjemahan secara literal daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu adalah salah kerana frasa yang digunakan adalah tidak tepat. Hal ini demikian kerana terjemahan tersebut tidak menepati makna denotasi iaitu makna sebenar sesuatu kata, benda, atau perkara yang dibayangkan atau dianggap oleh pendengar atau penutur. Selain itu, pemilihan makna bergantung kepada konteks ayat tersebut. Oleh itu, terjemahan yang lebih tepat ialah “... saya berdiri di hadapan saudara…” kerana frasa ‘hadapan’ lebih sesuai untuk menggantikan frasa ‘before’ apabila berdiri sambil memberi ucapan di hadapan khalayak umum bersesuaian dengan konteks ayat tersebut.

TEKS SUMBER

TEKS SASARAN

“...granted an audience by his Majesty

“... diterima berjumpa oleh Ke Bawah

the Yang di-Pertuan Agong…”

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong…”

Selain itu, kesalahan ketiga yang dikenal pasti ialah “... diterima berjumpa oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong…”. Berdasarkan teks sumber, “...granted an audience by his Majesty the Yang di-Pertuan Agong…”. Walaupun secara dasarnya terjemahan tersebut adalah benar, namun demikian terjemahan tersebut tidak menepati ciri makna figuratif. Makna figuratif ialah makna yang dipengaruhi oleh aspek budaya masyarakat yang mengamalkannya. Makna tersebut tidak boleh diterjemahkan sewenang -wenangnya dengan menggunakan kaedah terjemahan secara literal atau harfiah. Dalam konteks ini, terjemahan frasa yang paling sesuai digunakan ialah “... diterima mengadap oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong…”. Di Malaysia, terdapat beberapa frasa khas yang digunakan untuk merujuk kepada golongan diraja sebagai contoh bersemayam, mangkat dan santap hasil

daripada budaya masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja bermula dari zaman kesultanan Melaka lagi.

TEKS SUMBER “...for

His

Majesty

to

TEKS SASARAN issue

Proclamation of Emergency…”.

a

‘’...

agar

Seri

Paduka

Baginda

mengeluarkan Proklamasi Kecemasan …”

Di samping itu, kesalahan keempat yang dapat dikenal pasti ialah ‘’... agar Seri Paduka Baginda mengeluarkan Proklamasi Kecemasan …” yang telah diterjemah dari teks sumber iaitu “...for His Majesty to issue a Proclamation of Emergency…”. Terjemahan secara literal menggunakan kata frasa ‘kecemasan’ adalah tidak tepat kerana tidak sesuai dengan makna kolokasi iaitu makna yang berbeza berdasarkan penggunaan sesuatu kata pada tempat atau dengan perkataan yang lain dan perlu digantikan dengan frasa ‘darurat’. Hal ini demikian kerana penterjemah hendaklah memilih gandingan kolokasi yang sesuai berdasarkan konteks. Dalam kes ini, kata frasa atau gandingan kolokasi yang lebih sesuai berdasarkan konteks ayat berbunyi “... agar Seri Paduka Baginda mengeluarkan Proklamasi Darurat …”.

TEKS SUMBER

TEKS SASARAN

“... a declaration of emergency can

“... suatu pemberitahuan kecemasan

be made…”

boleh dibuat…”

Seterusnya, berdasarkan teks sasaran, kesalahan yang kelima yang dapat dikenal pasti ialah “... suatu pemberitahuan kecemasan boleh dibuat…” yang telah diterjemah dari teks sumber iaitu “... a declaration of emergency can be made…”. Terjemahan frasa yang digunakan tidak tepat kerana tidak menepati makna denotasi yang juga merupakan makna kamus iaitu makna pertama yang tersenarai di dalam kamus. Berdasarkan carian yang telah dibuat di laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu, frasa Inggeris “declaration of emergency’ lebih tepat diterjemah ke frasa bahasa Melayu yang berbunyi “pengisytiharan darurat” yang terdapat di dalam Kamus Dewan. Oleh itu, ayat yang tepat ialah “... suatu pengisytiharan darurat boleh dibuat…”.

TEKS SUMBER

TEKS SASARAN

“… there are several states in Malaysia

“… terdapat beberapa negeri di Malaysia

such as Johor, Pahang and Kelantan

seperti Johor, Pahang dan Kelantan yang

currently experiencing heavy flooding,

sedang mengalami bencana banjir berat

directly posing major threats…”

yang telah secara langsungnya turut menjadi ancaman besar...”

Padanan kata berat di dalam teks sasaran di atas merujuk jenis makna denotasi iaitu makna sebenar atau makna dasar sesuatu perkataan yang biasa dibayangkan oleh penutur dan pendengar. Makna kata yang digunakan biasanya merupakan makna pertama yang terdapat di dalam kamus. Namun begitu, padanan kata bukan semata-mata perlu merujuk kepada makna denotasi sebaliknya perlulah disesuaikan dengan konteks kehadiran kata selepasnya. Dalam kesalahan padanan kata di atas, kata “heavy” dalam teks sumber diterjemah menggunakan makna denotasi dan pemilihan kata berat tidak disesuaikan dengan konteks ayat yang menjelaskan tentang keadaan banjir seperti yang ingin dimaksudkan oleh penterjemah dalam teks sasaran. Oleh hal yang demikian, padanan

makna yang tepat bagi kesalahan padanan kata “ berat” di atas ialah “besar” kerana perkataan “besar” ini lebih sesuai untuk menggambarkan keadaan banjir.

TEKS SUMBER

TEKS SASARAN

“After considering the advice of the

“Setelah

mempertimbangkan

Cabinet, His Majesty was satisfied that

Kumpulan Menteri, Seri Paduka Baginda

there was a need to issue an Emergency

telah

Proclamation…”

keperluan

berpuas

hati

bahawa

mengeluarkan

nasihat

adanya

Proklamasi

Darurat…”

Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, kata “cabinet” dalam teks sumber boleh diterjemah menjadi kata kabinet yang disesuaikan mengikut kaedah pinjaman langsung. Kata kabinet juga merujuk kepada frasa “Jemaah Menteri” yang telah diterima pakai secara umum dalam Bahasa Melayu. Kedua-dua kata “kabinet” dan “Jemaah Menteri” membawa definisi yang sama iaitu badan eksekutif dan pembuat dasar sesebuah negara yang terdiri daripada menteri-menteri kerajaan yang memerintah. Namun begitu, oleh kerana istilah padanan kata cabinet iaitu frasa Jemaah Menteri telah wujud dalam bahasa sasaran dan digunapakai oleh penutur Bahasa Melayu di Malaysia, padanan terjemahan yang lebih tepat bagi kata “cabinet” dalam teks sumber ialah “Jemaah Menteri” berbanding kata kabinet atau Kumpulan Menteri.

TEKS SUMBER

TEKS SASARAN

“… a need to issue an Emergency

“… keperluan mengeluarkan Proklamasi

Proclamation to enable the Ordinance to

Darurat

be promulgated under Clause (2B) of

dimasyhurkan di bawah Klausa (2B)

bagi

membolehkan

Ordinan

Article 150…”

Artikel 150…”

Menurut Asmah Hj. Omar (1982), klausa merupakan unit di atas frasa dan di bawah ayat. Klausa adalah lebih kecil berbanding ayat dan lebih besar daripada frasa dan perkataan. Berdasarkan Tatabahasa Dewan (1993) juga, klausa didefinisikan sebagai satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat dan menjadi konstituen kepada ayat. Oleh hal yang demikian, kata “klausa” yang terdapat dalam bahasa sasaran tidak memberi maksud yang sama dalam bahasa sumber. Justeru, padanan frasa yang tepat bagi frasa “Clause (2B) of Article 150” dalam teks di atas ialah frasa “Fasal (2B) Artikel 150”. Definisi “fasal” menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat pula ialah bahagian daripada bab seksyen tertentu dalam dokumen undang-undang. Justeru, jelas sekali bahawa perkataan “fasal” ialah kata yang tepat untuk menterjemah perkataan “clause”.

TEKS SUMBER

TEKS SASARAN

“… as to provide the necessary powers to

“… bagi memperuntukkan kuasa-kuasa

curb and prevent…”

perlu untuk mengekang dan menghalang…”

Kesalahan seterusnya ialah pilihan padanan kata yang terdapat dalam teks sasaran di atas telah diambil secara terus daripada bahasa sumber. Kesalahan ini mungkin berlaku kerana penterjemah ingin mengekalkan gaya bahasa sumber tanpa membuat penyesuaian yang sepatutnya dalam bahasa sasaran. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kata yang boleh digunakan untuk menggantikan sesuatu yang tidak disebutkan namanya ialah kata ‘tertentu’. Justeru, pilihan padanan kata yang sesuai bagi kata “necessary” dalam teks

di atas ialah kata “tertentu” bagi menunjukkan kuasa-kuasa yang tidak dinyatakan di dalam ayat.

TEKS SUMBER

TEKS SASARAN

“…the States Executive Council will

“… Majlis Eksekutif Negeri akan terus

continue to function…”

berfungsi menurut Perlembagaan Persekutuan…”

Kesalahan padanan terjemahan yang terdapat dalam teks sasaran yang seterusnya ialah frasa “Majlis Eksekutif Negeri”. Frasa tersebut diterjemah secara langsung iaitu berasaskan makna sebenar atau makna biasa kata-kata yang digunakan. Frasa “States Executive Council” diterjemah ke dalam bahasa sasaran tanpa mengubah mana-mana perkataan dan tidak disesuaikan dengan penggunaan yang telah diterima pakai oleh penutur Bahasa Melayu. Oleh itu, padanan frasa yang lebih sesuai bagi frasa di atas ialah “Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri” kerana frasa tersebut merupakan frasa yang diterima umum untuk merujuk kepada badan kepimpinan atau eksekutif negeri.

TEKS SUMBER

TEKS SASARAN

“… the administrative and public service

“… jentera pentadbiran dan perkhidmatan

machineries of the Federal and State

awam Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan

Governments will not be disrupted by this

Negeri tidak akan terganggu dengan

declaration of emergency.”

pemberitahuan darurat ini.”

Perkataan “declaration” dalam bahasa sumber mempunyai beberapa padanan dalam bahasa sasaran seperti pengiystiharan, pengumuman, pemberitahuan, pengakuan, perisytiharan dan penegasan namun, tidak semua terjemahan boleh disesuaikan dengan pelbagai situasi. Oleh itu, padanan kata yang paling sesuai bagi kata “declaration” di atas ialah “pengisytiharan”. Hal ini demikian kerana, perkataan yang dipilih mestilah mempunyai makna afektif iaitu makna emosi yang terdapat pada perkataan yang menyebabkan pembaca atau pendengar bertindak balas. Kata “pengisytiharan” jelas sekali memberi makna yang lebih berkesan kepada pendengar dalam konteks ayat di atas berbanding kata “pemberitahuan”.

2.2 Kaedah Terjemahan Kaedah terjemahan yang pertama digunakan ialah kaedah persamaan. Kaedah persamaan melibatkan proses penggantian situasi bahasa sumber dengan bahasa terjemahan yang setanding atau yang membawa maksud yang sama. Kaedah ini bertujuan untuk menyampaikan fungsi kata yang sama seperti dalam bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran. Terjemahan melalui kaedah persamaan memerlukan penyesuaian konteks dan

budaya teks sumber dan teks sasaran di mana kaedah tersebut bergantung sepenuhnya kepada konteks, norma, gaya dan budaya. Menurut Nida (1969), persamaan yang perlu dilakukan oleh seseorang penterjemah ialah persamaan yang paling hampir dan persamaan yang paling lazim (closest and natural equivalent). Kaedah ini banyak digunakan untuk menterjemah peribahasa, perumpamaan metafora dan bahasa figuratif kerana seseorang penterjemah perlu memahami bahawa tidak ada dua perkataan yang benar-benar sama maknanya dalam dua bahasa yang berlainan. Oleh itu, kaedah persamaan diaplikasikan menggunakan persamaan yang paling dekat atau paling hampir maknanya. Sebagai contoh, frasa “to be enforced” daripada teks sumber boleh diterjemah menggunakan kaedah persamaan menjadi “berkuatkuasa” berbanding “bermula” yang digunakan dalam teks sasaran. Hal ini demikian kerana konteks ayat yang difahami berdasarkan teks sumber ialah pelaksanaan suatu undang-undang di sebuah negara. Berdasarkan Pusat Rujukan Persuratan Melayu, frasa ‘enforced’ lebih sesuai digantikan dengan frasa ‘berkuatkuasa’ apabila disesuaikan dengan konteks ayat di mana mesej yang ingin disampaikan melibatkan urusan rasmi undang-undang sebuah negara. Contoh yang seterusnya ialah frasa “granted an audience” daripada teks sumber lebih sesuai digantikan dengan frasa “diterima mengadap” berbanding “diterima berjumpa” seperti yang terdapat dalam teks sasaran. Dalam kes ini, kedua-dua frasa iaitu ‘berjumpa’ dan ‘mengadap’ membawa maksud yang sama. Namun demikian, dalam konteks ayat tersebut, mesej yang dapat difahami ialah Perdana menteri telah diterima untuk bertemu dengan Yang- di-Pertuan Agong. Oleh kerana pertemuan tersebut melibatkan seseorang yang berada dalam golongan diraja, oleh itu kaedah persamaan perlu digunakan untuk menggantikan frasa ‘berjumpa’ dengan ‘mengadap’. Frasa ‘mengadap’ lebih sesuai digunakan kerana frasa tersebut merupakan bahasa istana yang sah dan telah diterima pakai penggunaannya. Oleh itu, kaedah persamaan telah digunakan bagi menggantikan frasa ‘berjumpa’ dengan ‘mengadap’ yang membawa maksud yang sama

namun penggunaannya terhad hanya untuk merujuk kepada individu yang berasal dari golongan diraja sahaja. Berdasarkan padanan terjemahan yang telah disesuaikan di atas, perkataan “heavy” diterjemah menggunakan kaedah persamaan menjadi kata “besar”. Oleh sebab padanan kata “berat” akan mengubah maksud ayat dan tidak memberi makna yang boleh difahami kepada pembaca dan penutur dalam bahasa sasaran sekiranya diterjemah secara literal, proses penterjemahan kata ini perlu merujuk kepada kaedah persamaan. Perkataan “heavy” diterjemah kepada kata “besar” yang merupakan salah satu pilihan terjemahan kerana kata “besar” mempunyai maksud atau makna yang hampir sama dengan perkataan “heavy” mengikut konteks ayat. Padanan terjemahan bagi kata “necessary” juga perlu melalui kaedah persamaan untuk mengekalkan maksud dan konteks ayat yang terdapat dalam bahasa sumber. Berdasarkan teks yang disediakan, sekiranya konteks ayat difahami untuk menyatakan jenis-jenis kuasa yang tidak dijelaskan, maka padanan perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah kata “tertentu” yang diterjemah dengan mengambil kata yang membawa maksud terhampir dengan kata “necessary” dalam bahasa sumber. Rujukan kepada kaedah persamaan dalam menterjemah juga perlu bagi kata “declaration” dalam teks sumber. Kata “pengisytiharan” yang terdapat dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka memiliki fungsi yang sama dengan kata “pemberitahuan”. Namun demikian, kata yang membawa makna yang terhampir dengan kata “declaration” mengikut konteks ayat dalam teks sumber ialah kata “pengisytiharan”. Bukan itu sahaja, kata “pengisytiharan” ini juga lebih lazim dikaitkan oleh penutur dengan istilah darurat berbanding kata ‘pemberitahuan’ untuk menggambarkan keadaan yang serius. Seterusnya, kaedah terjemahan yang terlibat dalam menterjemah teks sasaran ialah kaedah adaptasi. Adaptasi merupakan kaedah yang menggabungkan beberapa kaedah

seperti modulasi, transposisi dan persamaan. Kaedah adaptasi dianggap sebagai kaedah terjemahan yang paling bebas dan banyak digunakan oleh penterjemah kerana sifat bebasnya yang membolehkan penterjemah menentukan gaya yang tersendiri berdasarkan budaya bahasa terjemahan. Kaedah tersebut melibatkan pengubahan terus struktur serta makna teks. Kaedah ini juga digunakan kerana wujudnya jurang sosiobudaya antara bahasa sumber dan bahasa sasaran. Dalam menterjemah melalui kaedah ini, frasa daripada teks sumber tidak diambil secara keseluruhan dan diterjemah, sebaliknya hanya maklumat yang penting sahaja yang akan dikekalkan. Sebagai contoh, berdasarkan teks sasaran yang telah diberikan, padanan kata “berdiri sebelum” telah ditukar kepada “berdiri di hadapan”. Hal ini demikian kerana terjemahan frasa secara literal tidak dapat dilakukan kerana pengga...


Similar Free PDFs