Assignment BBM110 analisis kesalahan bahasa PDF

Title Assignment BBM110 analisis kesalahan bahasa
Author Ashikin Bunyie
Course Bahasa Melayu Pengurusan Pejabat
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 12
File Size 289.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 341
Total Views 1,000

Summary

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARABBM110 – BAHASA MELAYU PENGURUSAN PEJABATTUGASAN INDIVIDU: ANALISIS KESALAHAN BAHASA20%KUMPULAN: BA1182ADisediakan Oleh:No NAMA NO. PELAJAR1 ASHIKIN BUNYIE ANAK MANGGI 2020495278ISI KANDUNGAN1 Pengenalan ..........................................................................


Description

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BBM110 – BAHASA MELAYU PENGURUSAN PEJABAT

TUGASAN INDIVIDU: ANALISIS KESALAHAN BAHASA 20%

KUMPULAN: BA1182A

Disediakan Oleh: No

NAMA

NO. PELAJAR

1

ASHIKIN BUNYIE ANAK MANGGI

2020495278

ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan …………………………………………………………………………..1 2.0 Konsep Analisis Kesalahan Bahasa…………………………………………...2

3.0 Kata Jamak…………………………………………………………………………...3 4.0 Kata Ganti Nama Diri……………………………………………………………...4 5.0 Kata Sendi Nama…………………………………………………………………....5

6.0 Pemakaian Imbuhan……………………………………………………………….6 7.0 Hukum D – M………………………………………………………………………….7

8.0 Kata Hubung………………………………………………………………………….8 9.0 Tanda Baca……………………………………………………………………………9

10.0

Kata Penguat……………………………………………………………………..10

Pengenalan Artikel yang dianalisis dan dikaji ini merupakan artikel tentang “Wabak COVID- 19” di dalam artikel terdapat beberapa kesalahan bahasa yang harus diubah atau diperbaiki mengikut konsep kesalahan bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, analisis kesalahan bahasa ialah penghuraian atau pengupasan perkara untuk mengetahui adakah buruk atau baiknya suatu perbuatan yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau tulisan. Dalam mempelajari sesuatu bahasa baik ibunda mahupun bahasa kedua atau bahasa asing seseorang pelajar pasti akan melakukan kesalahan dalam berbahasa atau bercakap bahasa tersebut baik dalam menghasilkan bahasa lisan mahupun tulisan. Untuk mengatasi perkara ini, satu pendekatan diterapkan iaitu Analisis Kesalahan Bahasa. Analisis Kesalahan Bahasa ialah bidang linguistik terapan yang digunakan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dengan melakukan analisis kesalahan bahasa seperti ini, pelajar boleh mengetahui cara terperinci mengenai rumus – rumus bahasa yang tepat dan betul. Selain itu, boleh dikatakan banyak yang menjadi punca timbulnya kesalahan bahasa dalam pembinaan ayat Bahasa Melayu. Antara sebab utama ialah sikap yang ditunjukkan oleh penutur atau penulis tersebut yang lebih gemar menggunakan kata pinjaman. Bahkan bukan itu sahaja, jika selalu menggunakan kata pinjaman ianya akan menyebabkan kesilapan berlaku dalam pembentukan Bahasa Melayu hingga boleh menyebabkan perkataan asal Bahasa Melayu jarang digunakan serta tatabahasa bahasa lain diserap ke dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa jenis kesalahan bahasa antaranya ialah, kesalahan pinjaman, kesalahan kata hubung, kesalahan pemakaian imbuhan, kesalahan kata jamak, kesalahan ayat tanya, kesalahan tanda baca, kesalahan kata bilangan, kesalahan penjodoh bilangan, kesalahan kata penguat, kesalahan kata sendi nama, kesalahan kata ganti nama diri dan kesalahan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. Semua yang disenaraikan tersebut antara kesalahan yang biasa dilakukan oleh penutur atau penulis. Melalui Analisis Kesalahan Bahasa ini kita dapat mengetahui apa dan di mana kesalahan bahasa yang terdapat di dalam petikan tersebut,

Konsep Analisis Kesalahan Bahasa •

Berikut menurut Hartman dan Stok (1972), melalui pendekatan Analisis Kesalahan Bahasa adalah satu teknik untuk menyukat kemajuan bahasa pelajar sesuatu bahasa, iaitu dengan cara mencatat dan mengklasifikasikan kesalahan – kesalahan yang dibuat oleh seseorang atau kelompok.



Ellis (1994) mengatakan analisis kesalahan bahasa adalah “a set of procedures for identifying, describing and explanation errors in learner language”.



Bagi Raminah Sabran (1982), Analisis Kesalahan Bahasa adalah satu bidang yang diperlukan dalam meneliti dan menganalisis kesilapan-kesilapan bahasa yang dilakukan oleh para pelajar ataupun pengguna suatu bahasa.

1. Kata Jamak Kata jamak ialah tergolong dalam Frasa Nama. Kesalahan – kesalahan ini terbentuk biasanya merupakan bentuk dari kesalahan frasa. Kesalahan ini jarang untuk diketahui terutamanya dalam kalangan pelajar kerana maksud ayat yang tidak terjejas dan masih tepat. Walau bagaimanapun, dari pembentukan Frasa Nama terdapat kesalahan pembentukan dan penggunaan kata jamak yang tidak tepat. Contohnya: i. ii. iii.

Beberapa ekor rama – rama Semua gula – gula Tiga orang kanak – kanak Salah i. ii. iii.

Betul Lima orang askar – askar Semua bahan – bahan Beberapa helai kertas – kertas

Lima orang askar Semua bahan Beberapa helai kertas

Ayat dari Petikan: a. Kata Jamak: banyak negara – negara •

Krisis ini sebab banyak negara – negara melaksanakan perintah berkurung atau perintah kawalan pergerakan yang menjejaskan pelbagai sector seperti ekonomi, pelancongan dan perdagangan.

b. Kata Jamak: semua institusi – institusi • Situasi ini juga mendesak banyak negara mengambil langkah proaktif dengan menutup sementara semua institusi – institusi pendidikan dalam usaha mengelakkan penularan COVID- 19.

2. Kata Ganti Nama Diri Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti nama dri atau orang yang bertutur.

Contohnya: Kata Ganti Nama Diri Diri Pertama (Penutur)

Tunggal aku saya patik hamba

Betul kami kita

Diri Kedua (Pendengar)

awak engkau kamu cik, encik saudara saudari tuan puan anda tuanku tuan hamba

awak semua, kamu semua, saudara sekalian, saudari sekalian

Diri Ketiga (Orang yang diceritakan halnya)

dia ia beliau baginda

mereka

Ayat dari petikan: a. Kata ganti nama diri: diorang



Penutupan sekolah ini mengubah gaya hidup remaja kerana diorang perlu berada pada rumah dan mengasingkan diri untuk jangka tertentu, sekaligus membataskan aktiviti sosial.

3. Kata Sendi Nama Kata sendi nama ialah kata yabg digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa – frasa den ayat. Kata sendi nama diletakkan di depan kata nama. Frasa nama atau kata ganti nama dipisahkan daripada perkataan yang mengikutnya. Kata sendi nama digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata – kata atau frasa – frasa yang lain.

Contohnya: Kata Sendi Nama 1. Dengan 2. Di 3. Umpama 4. Kepada 5. Terhadap 6. Sampai 7. Dalam 8. Akan 9. Tentang

Ayat dari petikan: a. Kata sendi nama:pada



Penutupan sekolah ini mengubah gaya hidup remaja kerana diorang perlu berada pada rumah dan mengasingkan diri untuk jangka tertentu, sekaligus membataskan aktiviti sosial.

4. Pemakaian Imbuhan Pemakaian imbuhan dikenali sebagai penambahan. Imbuhan – imbuhan ini ditambah kepada kata dasar bagi menghasilkan kata terbitan seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata keterangan dan kata bilangan. Imbuhan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis atau kumpulan seperti imbuhan penerangan diletakkan di hadapan kata dasar beR-, di-, ke-, meN-, peN-, pe- peR-, se-, teR-. Contoh: • • • • •

Berbual Bertumbuk Berjoging Berlari Berlakon

Ayat dari petikan: a. Pemakaian Imbuhan: suka



Bagi remaja, penutupan sekolah dan jarak sosial mungkin sangat mencabar kerana mereka suka kebebasan kehidupan dan lebih mengutamakan hubungan dengan rakan sebaya berbanding ibu bapa.

5. Hukum D – M Peraturan menyesuaikan kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan atau diringkaskan. Hukum DM juga merupakan frasa dalam bahasa Malaysia. Frasa dalam bahasa Malaysia berlawanan dengan Bahasa Inggeris. Contoh: Salah dia menaiki mini bas

Betul dia menaiki bas mini

makan di Aisyah Restoran

makan di Restoran Aisyah

makan Maggie mee

makan mee Maggie

Ayat di Petikan: a. Hukum D – M: rumah ruang



Lebih serius, apabila rumah ruang begitu terhad dan bilangan ahli keluarga ramai serta kemudahan pembelajaran tidak lengkap, memberikan tekanan kepada mereka.

6. Kata Hubung Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata yang lain. Kata terhubung terbahagi kepada tiga iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan. Contoh: Contoh Kata Hubung: 1. Agar 2. Apabila 3. Hingga 4. Supaya 5. Walaupun Ayat dari Petikan: a. Kata Hubung: mempunyai



Keberadaan di rumah juga memberikan gangguan kepada rutin harian menimbulkan perasaan bosan seterusnya dikaitkan pengambilan makanan mempunyai kuantiti tenaga yang besar dan perubahan waktu tidur tidak menentu.

b. Kata Hubung: pada



Dalam situasi ini, mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu pada kadar segera yang menyebabkan risiko kepada emosi kesepian dan kekecewaan seterusnya meningkatkan tekanan semasa di rumah.

c. Kata Hubung: dan



Tanpa disedari, mereka makan dalam jumlah banyak dan masa singkat.

7. Tanda baca Tanda baca ialah simbol yang bertindak untuk sebagai struktur dan penyusunan penulis dan biasa juga. Ia diletakkan di tempat – tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya. Contoh: Tanda noktah atau titik = ( . ) Tanda koma = ( , ) Tanda tanya atau soal = ( ? ) Tanda seruan = ( ! )

Ayat dari Petikan: a. Tanda Baca: ( , ) Antara isu utama ialah perubahan pola tidur dan bangun remaja kerana mereka tidak mempunyai jadual waktu rutin teratur, pengurangan pendedahan kepada suasana persekitaran luar terutama pada waktu siang menyebabkan rasa bosan terhadap kehidupan harian.

8. Kata penguat Kata penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif dan kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Contoh: Agak Benar

Amat Paling

Nian Sungguh

Terlalu Sangat

Ayat dari Petikan: a. Kata Penguat: sekali



Sokongan sekolah dan ibu bapa amat penting sekali dalam membantu remaja untuk mendapatkan input berkaitan kesihatan awam yang betul dan membantu memperkembangkan tingkah laku kesihatan positif ketika di rumah....


Similar Free PDFs