Analisis Kesalahan Bahasa PDF

Title Analisis Kesalahan Bahasa
Author Farah Arissa
Course Office Management and Technology
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 20
File Size 1.1 MB
File Type PDF
Total Downloads 6
Total Views 771

Summary

DIPLOMA PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI PEJABATFAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAANPROJEK INDIVIDUMALAY LANGUAGE FOR OFFICE MANAGEMENTBBM 110FOLIO ANALISIS KESILAPAN BAHASAPUAN NOOR MAS ALWANI BINTI MOKHTARDisediakan oleh:FARAH NUR ARISSA BINTI HASBULLAH 2019405166Dihantar pada: 16 April 20201 DIFTONGDiftong meru...


Description

DIPLOMA PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI PEJABAT FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN

PROJEK INDIVIDU MALAY LANGUAGE FOR OFFICE MANAGEMENT BBM 110

FOLIO ANALISIS KESILAPAN BAHASA

PUAN NOOR MAS ALWANI BINTI MOKHTAR

Disediakan oleh: FARAH NUR ARISSA BINTI HASBULLAH Dihantar pada: 16 April 2020

0

2019405166

1.0 DIFTONG Diftong merupakan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas.  Diftong dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal atau huruf tetapi bertindak sebagai satu fenom. Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga jenis diftong iaitu ai, au, dan oi.  Dalam keadaan lain pula, kedudukan diftong untuk ai dan au boleh berlaku dia awal, tengah dan akhir perkataan.

Depan

  

ai Aidilfitri Aising Aidiladha

  

au Aura Aurat Audio

Tengah

  

Laici Ghairah Zaitun

  

Tauliah Tauhu Saudara

Akhir

  

Hai Tupai Gulai

  

Tapau Surau Limau

 Manakala perkataan tengah untuk diftong oi hanya terhad dan selalu berada di akhir perkataan sahaja.

Tengah



Oi Boikot

Akhir

  

Amboi Dodoi Cakoi

1

1.2 CONTOH

https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/04/673488/harimau-malaya-positifcovid-19

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/04/673188/bintang-epl-digesa-boikot-jikaliga-diteruskan

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/673230/covid-19-bekalan-sayurandijangka-terjejas-ramadan%C2%A0aidilfitri-ini 2

2.0 HUKUM D-M  Hukum D-M ialah hukum tentang penyusunan kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat. Untuk mematuhi Hukum D-M, pastikan subjek berada di hadapan predikat.  “D” bermaksud unsur yang diterangkan, manakala “M” bermaksud unsur yang menerangkan. Contoh: Salah Goreng pisang Arissa Restoran Jeruk mangga Mini bas Cili sos

Betul Pisang goreng Restoran Arissa Mangga jeruk Bas mini Sos cili

 Namun, ada frasa nama yang terkecuali daripada Hukum D-M disebabkan oleh kebiasaan dalam penggunaan. Kebanyakkan frasa nama ini berkaitan dengan nama-nama jawatan seperti contoh berikut: Menerangkan (M) Perdana Naib

Diterangkan (D) Menteri Presiden

Antara kesalahan ayat yang tidak mengikut Hukum D-M:

3

2.1 CONTOH

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/617899/kerja-pertama-saya-jualpisang-goreng

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/673839/terkejut-nama-restorandisebut-perdana-menteri

4

3.0 KATA JAMAK  Kata jamak ialah kata yang mewakili bilangan yang banyak atau ramai yang melebihi daripada satu. Kata jamak juga dapat dinyatakan dalam empat bentuk. 

Pengulangan kata nama seperti haiwan-haiwan. Namun terdapat beberapa kata nama yang diulangi tetapi tidak menunjukkan bentuk jamak sebaliknya hanya membentuk kata ganda yang menunjukkan kata nama sahaja seperti gula-gula. Jika bentuk kata nama ini menunjukkan banyak (jamak) perlu menerima kata bilangan seperti semua gula-gula.



Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik



Penggunaan kata bilangan yang membawa maksud jamak seperti semua guru



Pengulangan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat

Salah Penduduk-penduduk Semua bahan-bahan Baju-bajunya mahal-mahal belaka

Betul Penduduk Semua bahan Baju-bajunya mahal belaka

3.1 CONTOH

https://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2020/04/674761/covid-19-penduduk-miskinmesir-tambah-parah

5

4.0 KATA GANDA  Kata ganda boleh berbentuk kata nama, kata kerja dan kata sifat. Bagi kata nama, kebiasaanya penggandaan digunakan untuk menandakan sifat jamak seperti “lima buah kereta”. Penggandaan untuk kata kerja pula mempunyai fungsi yang berbeza-beza.  Kata ganda terdiri daripada empat. Antaranya ialah: (i) Kata Ganda Seluruh/Penuh 

Ia melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.



Contoh: meja-meja, cantik-cantik, jaga-jaga dan sebagainya.

(ii) Kata Ganda Separa 

Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Bunyi vokal pada suku kata pertama berbuah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘E’.



Contohnya:

Layang-layang

Lelayang

Siku-siku

Sesiku

(iii) Kata Ganda berima/berentak  Kata ganda ini merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut. 

Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu:

Jenis Kata Ganda

Contoh

Contoh Ayat

Persamaan bunyi di hujung

Kuih-muih

Kuih-muih itu terhidang di atas meja.

Persamaan bunyi dipangkal

Bukit-bukau

Bukit-bukau di kampong itu semakin gondol kerana aktiviti pembalakan haram.

Persesuaian bunyi keseluruhan

Kusut-masai

Rambutnya kusut-masai kerana ditiap angin.

6

4.1 CONTOH

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/04/674584/covid-19-ben-amirberjaga-jaga-biarpun-ujian-negatif

7

5.0 KATA PENGUAT Kata penguat adalah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam ayat adjektif. Kata penguat mempunyai tiga jenis iaitu :

(i) Kata penguat hadapan yang hadir sebelum kata adjektif Contoh Perkataan Penguat Hadapan Agak

Contoh Ayat Lukisan itu agak cantik

Terlalu

Anak itu terlalu manja

Paling

Syakir paling comel

(ii) Kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif Contoh Perkataan Penguat Belakang

Contoh Ayat

Nian

Pemandangan di situ indah nian

Betul

Masakan itu sedap betul

sekali

Alif kacak sekali

(iii) Kata penguat bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif Contoh Perkataan Penguat Bebas Sungguh

Contoh Ayat  

Adik sungguh rajin Adik rajin sungguh

Sangat

 

Danish baik sangat Danish sangat baik

Amat

 

Pakaian lelaki itu amat kemas Pakaian lelaki itu kemas amat

8

6.0 KATA HUBUNG  Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan ayat majmuk menjadi ayat tunggal. Kata Hubung

Contoh Ayat (i) Semua murid berdiri tegak apabila lagu ‘Negaraku’ dimainkan.

Apabila (ii) Deniel sedang mengulangkaji apabila saya tiba di rumahnya. (i) Arissa suka minum teh atau kopi? Atau (ii) Kamu mahu KFC atau McDonald? (i) Syakir dan Danish sedang berlatih bermain alat muzik. Dan (ii) Alif dan Adam perlu menghadiri latihan kawad kaki. (i) Daniff suka makan semua buah kecuali durian. Kecuali

(ii) Semua orang hendak pergi bercuti di Korea kecuali Farah. (i) Arissa suka Haikal kerana sifatnya yang budiman.

Kerana (ii) Adik menangis kerana ibu melarangnya bermain permainan video. (i) Abang bermain komputer sambil mendengar lagu. Sambil (ii) Kakak makan sambil menonton televisyen.

(i) Shafie rajin bekerja manakala tunangnya malas bekerja. Manakala (ii) Sehun menetap di Korea manakala kawannya menetap di Scotland.

9

6.1 CONTOH

https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/04/675203/tumbuk-ibu-kerana-tisutandas

10

7.0 KATA BILANGAN  Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menhitung sesuatu benda atau kata yang digunakan untuk menyatakan banyak dan bilangan sesuatu.  Kata bilangan ada tujuh jenis iaitu: Jenis Kata Bilangan (i) Kata Bilangan Tentu

Contoh Satu, dua, tiga, empat, lima, dan seterusnya. Contoh: Dua ekor kucing.

(ii) Kata Bilangan Tak Tentu

Beberapa, segala, seluruh, setengah-setengah, sekalian, dan sebagainya. Contoh: Segala maklumat akan dikumpulkan.

(iii) Kata Bilangan Himpunan

Kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, dan sebagainya. Contoh: Pokok durian itu mengambil masa berbulan-bulan untuk berbuah. Tiap-tiap, masing-masing, dan sebagainya.

(iv) Kata Bilangan Pisahan

(v) Kata Bilangan Pecahan

Contoh: Cikgu Uzairi menyuruh murid-murid duduk ditempat masing-masing. Suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya. Contoh: Abah makan telur separuh masak untuk sarapan tadi.

(vi) Kata Bilangan Tingkat

Pertama, kedua, ketiga, keempat, dan seterusnya. Contoh: Mia mendapat tempat pertama dalam pertandingan melukis.

(vii)Kata Bilangan Tanya

Berapa?

11

8.0 KATA GANTI DIRI Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Kata ganti diri terdiri daripada: (i) Kata Ganti Diri Pertama.  Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap. Kata Ganti Diri Pertama

Penggunaannya

Contoh Ayat

Aku

Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau Tuhan.

“ Aku nak makan murtabak ” “ Aku memohon pertolonganMu ”

Saya

Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi

“ Nama saya Farah Nur Arissa ”

Hamba

Digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu

“ Maafkan hamba ”

Patik

Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.

“ Ampunkan patik Tuanku ”

Beta

Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.

“ Beta ingin beradu ”

Kami

Digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.

Kita

Digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.

12

“ Kami mahu pergi bercuti ”

“ Mari kita main badminton ”

(ii) Kata Ganti Diri Kedua  Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang. Kata Ganti Diri Kedua Anda

Penggunaannya

Contoh Ayat

Digunakna untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita

“ Sila ambil nombor giliran anda ”

Awak

Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

“ Awak dah makan ke belum? ”

Engkau

Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

“ Engkau pergi mana tadi? ”

Tuanku

Digunakan apabila bercakap dengan sultan atau raja

“ Daulat Tuanku ”

Kalian

Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap

“ Kalian buat apa disini? ”

Kamu

Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

“ Kamu sudah bersedia? ”

(iii) Kata Ganti Diri Ketiga  Kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga. Kata Ganti Diri Ketiga Baginda

Penggunaannya

Contoh Ayat

Digunakan untuk raja, sultan, atau nabi.

“ Baginda mempunyai akhlak terpuji.”

Beliau

Digunakan untuk tokoh dan orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, dan pemimpin.

“ P. Ramlee seorang yang baik hati. Beliau merupakan tokoh seniman yang dikagumi ramai.”

Dia

Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.

“ Dia suka mengusik saya.”

Mereka

Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

“ Kumpulan mereka hebat bermain bola sepak.”

13

9.0 KATA KERJA TRANSITIF  Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek iaitu frasa nama untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat. Contoh: Fiona mendengar radio Kata kerja

Objek (kata nama)

 Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-’ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, membacakan, mempersilakan, mempengaruhi dan sebagainya. Kata Kerja Transitif Membaca

Contoh Ayat

Contoh Kesalahan Ayat

Adik sedang membaca buku

Adik baca buku

Menjahit

Kakak sedang menjahit baju kurung

Kakak sedang jahit baju kurung

Mencuci

Abang selalu mencuci keretanya

Abang selalu cuci keretanya

Memukul

Haziq memukul seekor ular

Haziq pukul seekor ular

10.0 KATA KERJA TAK TRANSITIF  Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, iaitu kata kerja tidak ada objek.  Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber…an, dan ber…kan. Contohnya:   

Qiu Qi belum datang lagi. Murid-murid sedang belajar. Sungai itu mengalir deras.

14

11.0 POLA AYAT DASAR  Terdapat empat pola ayat dasar berdasarkan unsur-unsur binaan ayat: 

Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN)



Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK)



Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA)



Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FS)

 Dalam setiap frasa ada perkataan yang dikenali sebagai inti frasa, contohnya berdasarkan pola FN + FN Contoh: Kakak saya seorang pramugari 

‘kakak’ dan ‘pramugari’ adalah inti frasa kepada kedua-dua pola tersebut.

 Jenis perkataan yang menjadi inti frasa menentukan sama ada ia menjadi frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama. Contoh ayat:

(i)

FRASA NAMA Encik Ahmad +

FRASA NAMA seorang Ketua Jabatan Personal.

(i)

FRASA NAMA Muhammad +

FRASA KERJA sedang membaiki komputer riba.

(ii)

FRASA NAMA FRASA ADJEKTIF Buku teks Sejarah + sungguh tebal.

(iii)

FRASA NAMA FRASA SENDI NAMA Pejabat Hal Ehwal Akademik + terletak di aras dua.

15

12.0 AYAT BERITA / PENYATA  Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau menerangkan tentang sesuatu cerita, benda, kejadian dan sebagainya. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Contoh ayat:  Kakak sedang menyiram bunga  Lembu itu akan dijual hari ini  Budak-budak nakal itu bermain di tepi longkang 13.0 AYAT PERINTAH  Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh, melarang, meminta seseorang melakukan sesuatu.  Dalam tulisan atau ayat, ayat perintah selalunya diakhiri dengan tanda seru (!), dan dalam lisan, diakhiri dengan nada yang menaik sedikit. Contoh Ayat:   

Tolong buang sampah ke dalam tong sampah. Tolong senyap ! Jangan minum air itu !

13.1 CONTOH

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/04/671975/covid-19-tolong-janganmasuk-kampung-kami

16

14.0 AYAT SERUAN  Ayat seruan diucapkan untuk mengungkapkan perasaan seperti takut, marah, hairan, kagum, geram, sakit, duka, terperanjat, dam sebagainya.  Ayat seruan ini biasanya mempunyai tanda seru (!) diakhir ayat.  Ayat seruan juga dimulakan dengan ayat seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya. Contohnya: Kata Seru

Ayat Contoh

(i) Aduh

Aduh, sakitnya perut !

(ii) Aduhai

Aduhai, malang sunggu nasibku !

(iii) Amboi

Amboi, mahal betul harga kek itu !

(iv) Eh

Eh, kamu rupanya !

(v) Hai

Hai, sudah lama kita tidak bertemu !

(vi) Wah

Wah, segaknya Alif !

(vii)Syabas

Syabas, kelas kita berjaya mendapat Hadiah Kelas Terbersih bulan ini !

17

15.0 AYAT MAJMUK  Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan menggunakan dua atau lebih subjek atau predikat.  Ayat majmuk juga ayat terbitan yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih. Percantuman ayat-ayat tunggal itu dibuat dengan cara tertentu, antaranya dengan menggunakan kata hubung.  Ayat majmuk terdiri daripada empat jenis, iaitu: (i) Ayat Majmuk Gabungan 

Ayat majmuk gabungan ini terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicampurkan dengan kata hubung seperti dan, atau, lalu, maka, dan sebagainya atau hentian nada suara sebagai petanda.



Contohnya: Rees menjerit lalu menangis.

(ii) Ayat Majmuk Pancangan Relatif ‘Yang’ 

Ayat yang mengandungi satu ayat utama serta beberapa ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubung yang.



Contohnya: Almari yang ditempah untuk kegunaan pihak tuan telah selamat sampai.

(iii) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen  Ayat majmuk pancangan komplemen ini terdiri daripada ayat induk yang dipancangkan dengan ayat komplemen. Ayat yang baru itu menggunakan kata hubung untuk, supaya, dan bahawa. 

Terdapat juga ayat majmuk pancangan keterangan yang berfungsi memberikan keterangan kepada predikat.



Contohnya: Tempoh PKP dilanjutkan selama dua minggu untuk memutuskan rangtaian Covid-19.

(iv) Ayat Majmuk Campuran 

Ayat majmuk campuran ini terdiri daripada beberapa jenis ayat tunggal atau campuran beberapa jenis ayat.



Contohnya: Majlis Graduasi akan diadakan pada 7 November 2021 bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur dan para jemputan hendaklah datang awal sebelum majlis bermula.

18

16.0 RUJUKAN (i) Kata Penguat  http://salambahasa.weebly.com/8-kehadiran-kata-penguat-dalam-kataadjektif.html (ii) Kata Hubung  http://bmkatatugas.weebly.com/kata-hubung.html (iii) Kata Bilangan  http://izam15369.blogspot.com/2012/11/kata-bilangan-1.html?m=1 (iv) Pola Ayat Dasar  http://inasakinah.weebly.com/sintaksis--pola-ayat-dasar--frasa.html (v) Ayat Perintah  https://prezi.com/pjnehsajsaeynu/ayat-perintah/ (vi) Ayat Seruan  https://tatabahasap1.weebly.com/ayat-seruan.html (vii) Contoh (gambar artikel)  https://www.bharian.com.my/ (viii) Modul BBM110 (manual Bahasa Melayu Pengurusan Pejabat)

19...


Similar Free PDFs