Tugasan Analisis Kesalahan Tatabahasa BBM110 PDF

Title Tugasan Analisis Kesalahan Tatabahasa BBM110
Author Chelsea Chrystal
Course Malay Language for Office Management
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 14
File Size 348.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 16
Total Views 54

Summary

BBM110 – BAHASA MELAYU PENGURUSAN PEJABATTUGASAN INDIVIDU: ANALISIS KESALAHAN BAHASADISEDIAKAN OLEH:CHELSEA CHRYSTAL NANIE ANAK NELSON JUGAH (2020476338)DISEDIAKAN UNTUK:PUAN EMELIA ABDUL RAHIMIsi Kandungan Muka Surat A. Penghargaan B. Pengenalan C. Bahan dan Analisis Kajian 5, - I. Kesalahan Penggu...


Description

1

BBM110 – BAHASA MELAYU PENGURUSAN PEJABAT

TUGASAN INDIVIDU: ANALISIS KESALAHAN BAHASA

DISEDIAKAN OLEH: CHELSEA CHRYSTAL NANIE ANAK NELSON JUGAH (2020476338)

DISEDIAKAN UNTUK: PUAN EMELIA ABDUL RAHIM

2 Isi Kandungan

Muka Surat

A. Penghargaan

3

B. Pengenalan

4

C. Bahan dan Analisis Kajian

5,6

I.

Kesalahan Penggunaan Imbuhan

7

II.

Kesalahan Kata Ganda

7,8

III.

Kesalahan Kata Ganti Nama Diri

8

IV.

Kesalahan Kata Sendi

8,9

V.

Kesalahan Penggunaan Huruf Besar

9,10

VI.

Kesalahan Kata Bantu

10

VII.

Kesalahan Tanda Baca

10

VIII.

Kesalahan Ejaan

10,11

IX.

Kesalahan Penggunaan Hukum D-M

11

X.

Kesalaan Kata Penguat

11,12

XI.

Kesalahan Penggunaan Kata Tidak Tepat

12

D. Rumusan

13

E. Rujukan

14

3 A. Penghargaan

Bersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan BBM110 ini iaitu Analisis Kesalahan Bahasa dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Emelia Abdul Rahim selaku pensyarah yang mengajar saya bagi subjek ini. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar serta memberi contoh bagi kerja kursus ini sejak awal lagi apabila tugasan ini diedarkan. Terima kasih juga puan kerana telah memberi kepercayaan kepada saya dan rakan-rakan sekelas dalam menjalankan tugasan ini dengan lancar.

Tidak lupa juga kepada ahli keluarga saya termasuk ibu bapa dan adik-beradik saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan. Tanpa sokongan dan dorongan kalian, mungkin saya tidak dapat menghasilkan tugasan ini dengan sempurna. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang bertungkus-lumus menghasilkan tugas ini walaupun sering mengeluh atas kesusahan yang dihadapi tetapi kita telah berjaya mengatasinya. Pertukaran idea-idea antara rakan-rakan juga amat membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, saya berharap agar segala tugasan yang saya hasilkan ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya. Selain itu, saya juga berharap dapat memberi manfaat kepada diri saya agar menjadi insan yang berpengetahuan luas dalam penggunaan bahasa, penggunaaan kata ataupun frasa yang betul.

4 B. Pengenalan

Analisis kesalahan bahasa ini merupakan bidang linguistik terapan yang biasanya digunakan dalam bidang pengajaran dan juga pembelajaran bahasa. Analisis kesalahan bahasa ini boleh membantu dalam mempelajari sesuatu bahasa sama ada bahasa pertama iaitu bahasa ibunda, bahasa kedua ataupun bahasa sasaran. Ini kerana terdapat sesetengah penulis masih melakukan kesilapan dalam penulisan mereka dan ia bukan sahaja terjadi kepada para pelajar sahaja malah para guru yang sudah terlatih juga. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, analisis kesalahan bahasa bermaksud penghuraian sesuatu perkara untuk mengetahui kesalahan kata yang disusun dan digunakan oleh seseorang dalam perbualan atau tulisan. Tugasan ini dilakukan bagi menganalisis unsur-unsur perkataan seperti aspek-aspek ejaan, tanda baca, penggunaan kata majmuk, kata hubung, kata sendi dan banyak lagi. Dari segi perbendaharaan kata, kesalahan sering berlaku apabila penggunanya sering menggunakan perbendaharaan bahasa pertama. Seterusnya, kita akan menganalisis kesalahan dari aspek struktur ayat. Ia bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Analisis kajian ini akan menggunakan petikan tentang kesan wabak COVID-19 terhadap remaja dan cara mengatasinya. Terdapat beberapa kesalahan bahasa dalam petikan tersebut.

5 C. Bahan Kajian Wabak COVID-19 merebak ke banyak negara hingga diisytiharkan Kecemasan Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC). Krisis ini sebab banyak negara- negara melaksanakan perintah berkurung atau perintah kawalan pergerakan yang menjejaskan pelbagai sektor seperti ekonomi, pelancongan dan perdagangan. Situasi ini juga mendesak banyak negara mengambil langkah proaktif dengan menutup sementara semua institusi-institusi pendidikan dalam usaha mengelakkan penularan COVID-19. Laporan Pertubuhan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) 2020 menganggarkan lebih 60 peratus populasi kanak-kanak dan remaja dunia terkesan dengan penutupan sekolah. Penutupan sekolah ini mengubah gaya hidup remaja kerana diorang perlu berada pada rumah dan mengasingkan diri untuk jangka tertentu, sekaligus membataskan aktiviti sosial. Bagi remaja, penutupan sekolah dan jarak sosial mungkin sangat mencabar kerana mereka suka kebebasan kehidupan dan lebih mengutamakan hubungan dengan rakan sebaya berbanding ibu bapa - gangguan ini boleh menimbulkan cabaran besar bagi kesejahteraan. Lebih serius, apabila rumah ruang begitu terhad dan bilangan ahli keluarga ramai serta kemudahan pembelajaran tidak lengkap, memberikan tekanan kepada mereka. Remaja juga mungkin bersedih disebabkan pelbagai aktiviti harian dan pembelajaran terganggu dan khuatir terhadap masa depan tidak menentu. Kegagalan remaja mengadaptasi rutin harian dan memaksimumkan masa serta ruang untuk aktiviti pembelajaran dan sosial di rumah boleh menyumbang kesejahteraan tingkahlaku. Keberadaan di rumah juga memberikan gangguan kepada rutin harian menimbulkan perasaan bosan seterusnya dikaitkan pengambilan makanan mempunyai kuantiti tenaga yang besar dan perubahan waktu tidur tidak menentu. Pada masa sama, rasa bosan mendengar atau membaca secara berterusan mengenai COVID-19 daripada media boleh menimbulkan tekanan. Tekanan mendorong remaja untuk makan secara berlebihan dikenali sebagai 'makan secara emosional' dan tidur berpanjangan boleh mengganggu kitaran tidur yang boleh memberikan risiko pada obesiti remaja. Antara isu utama ialah perubahan pola tidur dan bangun remaja kerana mereka tidak mempunyai jadual waktu rutin teratur, pengurangan pendedahan kepada suasana persekitaran luar terutama pada waktu siang menyebabkan berasa bosan terhadap kehidupan harian. Emosi bosan ini menyebabkan mereka banyak menghabiskan masa dengan penggunaan media elektronik berlebihan sehingga pada waktu malam seperti menonton filem, berbual dengan rakan dan kemas kini situasi pandemik yang boleh mengganggu pola tidur mereka. Penutupan sekolah menyebabkan mereka perlu berada di rumah dalam jangka masa tertentu hingga tidak bebas melakukan aktiviti di luar yang mengurangkan hubungan sosial dan fizikal dengan orang lain. Dalam situasi ini, mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu pada kadar segera yang menyebabkan risiko kepada emosi kesepian dan kekecewaan seterusnya meningkatkan tekanan semasa di rumah. Pengulangan rutin harian aktiviti sama menyebabkan berasa bosan berpanjangan terhadap kehidupan di rumah, sekali gus memberikan kesan kepada tekanan. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menyebabkan perubahan pembelajaran secara

6 fizikal kepada pembelajaran maya memerlukan remaja berada dalam talian dengan lama dan ditambah lambakan tugasan diberikan guru boleh menyebabkan keletihan. Ketiadaan rutin jelas dan penanda kepada masa serta ruang seperti pemisah antara rumah dan sekolah meningkatkan risiko tingkah laku makan tidak teratur. Hal ini berlaku terutama ketika keadaan emosi bosan dan tegang remaja ketika di rumah menyebabkan mereka cenderung makan makanan ringan. Tanpa disedari, mereka makan dalam jumlah banyak dan masa singkat. Malah, masalah ini menyebabkan tidak dapat berhenti dan mengawal tingkah laku kerana sentiasa makan berkemungkinan pada waktu malam. Pandangan ini mengetengahkan isu kesejahteraan tingkah laku remaja kesan daripada penutupan sekolah perlu diberi perhatian segera. Ada keperluan memperbaiki komunikasi kesihatan yang wujud dalam kalangan remaja terutama berkaitan kesihatan tingkah laku bagi meningkatkan kesedaran pengetahuan dan amalan remaja dalam situasi pandemik ini. Sokongan sekolah dan ibu bapa amat penting sekali dalam membantu remaja untuk mendapatkan input berkaitan kesihatan awam yang betul dan membantu memperkembangkan tingkah laku kesihatan positif ketika di rumah. Pembabitan pihak sekolah dan ibu bapa terhadap kesejahteraan remaja dapat membantu mereka untuk merancang serta melaksanakan aktiviti sesuai di rumah. Malah, ketidaktentuan situasi ini juga memerlukan media konsisten dalam menyampaikan mesej secara meluas mengenai kesihatan awam bagi meningkatkan pengetahuan dan stategi pencegahan COVID-19 serta aktiviti boleh menyumbang kepada kesejahteraan di rumah. Justeru, penambahbaikan strategi komunikasi ini memberikan ruang kepada remaja untuk mendapatkan maklumat yang dapat meningkatkan kesejahteraan remaja.

Analisis Kajian Analisis kajian ini merangkumi 11 kesalahan bahasa iaitu kesalahan penggunaan imbuhan, kesalahan kata ganda, kesalahan kata ganti nama diri, kesalahan kata sendi, kesalahan penggunaan huruf besar, kesalahan kata bantu, kesalahan tanda baca, kesalahan ejaan, kesalahan penggunaan hukum D-M, kesalahan kata penguat dan kesalahan pengunaan kata tidak tepat.

7 I.

Kesalahan Penggunaan Imbuhan

Imbuhan dikenali sebagai penambahan juga. Imbuhan-imbuhan ini ditambah kepada kata dasar untuk menghasilkan kata terbitan. Berikut merupakan data kesalahan yang tedapat dalam petikan:

Bil. 1.

2.

3.

Jadual 1: Kesalahan Penggunaan Imbuhan Kesalahan Kata Imbuhan Pembetulan Krisis ini sebab banyak negara- negara Krisis ini menyebabkan banyak negaramelaksanakan perintah berkurung atau perintah negara melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang menjejaskan pelbagai berkurung atau perintah kawalan sektor seperti ekonomi, pelancongan dan pergerakan yang menjejaskan pelbagai perdagangan. sektor seperti ekonomi, pelancongan dan perdagangan. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pelaksanaan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) menyebabkan perubahan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pembelajaran secara fizikal kepada pembelajaran menyebabkan perubahan pembelajaran maya memerlukan remaja berada dalam talian secara fizikal kepada pembelajaran dengan lama dan ditambah lambakan tugasan maya memerlukan remaja berada dalam diberikan guru boleh menyebabkan keletihan. talian dengan lama dan ditambahkan lambakan tugasan diberikan guru boleh menyebabkan keletihan. Hal ini berlaku terutama ketika keadaan emosi Hal ini berlaku terutamanya ketika bosan dan tegang remaja ketika di rumah keadaan emosi bosan dan tegang menyebabkan mereka cenderung makan makanan remaja ketika di rumah menyebabkan ringan. mereka cenderung makan makanan ringan. Jadual 1 menunjukkan kesalahan penggunaan imbuhan. Berdasarkan ayat 1, penggunaan imbuhan tidak digunakan dengan betul. Penggunaan sebab salah kerana ayat tersebut menjelaskan sebab atau punca. Penggunan yang betul adalah menyebabkan. Imbuhan yang ditambahkan ialah men-… dan …-kan. Ini menjadikan perkataan menyebabkan menggunakan imbuhan yang sesuai dengan ayat tersebut.

II. Kesalahan Kata Ganda Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi Bahasa (Nik Safiah Karim), kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh atau pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Berikut merupakan data kesalahan yang terdapat dalam petikan:

Bil. 1.

2.

Jadual 2: Kesalahan Kata Ganda Kesalahan Kata Ganda Pembetulan Krisis ini sebab banyak negara- negara Krisis ini sebab banyak negara melaksanakan perintah berkurung atau perintah melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan yang menjejaskan pelbagai perintah kawalan pergerakan yang sektor seperti ekonomi, pelancongan dan menjejaskan pelbagai sektor seperti perdagangan. ekonomi, pelancongan dan perdagangan. Situasi ini juga mendesak banyak negara Situasi ini juga mendesak banyak mengambil langkah proaktif dengan menutup negara mengambil langkah proaktif dengan menutup sementara semua

8 sementara semua institusi-institusi pendidikan dalam usaha mengelakkan penularan COVID-19.

institusi pendidikan dalam usaha mengelakkan penularan COVID-19.

Jadual 2 menunjukkan kesalahan kata ganda. Berdasarkan ayat 1, banyak negaranegara adalah salah kerana banyak sudah menandakan negara itu lebih daripada satu. Kata ganda juga memberi maksud sesuatu benda adalah lebih daripada satu. Jadi, cara yang betul adalah banyak negara sahaja ataupun negara-negara sahaja.

III. Kesalahan Kata Ganti Nama Diri Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Ia terdiri daripada bentuk tunggal dan bentuk jamak Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga. Berikut merupakan data kesalahan yang terdapat dalam petikan:

Bil. 1.

Jadual 3: Kesalahan Kata Ganti Nama Diri Kesalahan Kata Ganti Nama Diri Pembetulan Penutupan sekolah ini mengubah gaya hidup Penutupan sekolah ini mengubah gaya remaja kerana diorang perlu berada pada rumah hidup remaja kerana mereka perlu dan mengasingkan diri untuk jangka tertentu, berada pada rumah dan mengasingkan sekaligus membataskan aktiviti sosial. diri untuk jangka tertentu, sekaligus membataskan aktiviti sosial. Jadual 3 menunjukkan kesalahan kata ganti nama diri. Berdasarkan ayat 1, kata ganti nama diri ketiga yang salah iaitu dorang merupakan kata bagi bahasa yang tidak formal. Kata ganti nama diri yang betul adalah mereka.

IV. Kesalahan Kata Sendi Kata sendi ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim), kata sendi ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Berikut merupakan data kesalahan yang terdapat dalam petikan:

Bil. 1.

2.

3.

Jadual 4: Kesalahan Kata Sendi Kesalahan Kata Sendi Pembetulan Penutupan sekolah ini mengubah gaya hidup Penutupan sekolah ini mengubah gaya remaja kerana diorang perlu berada pada rumah hidup remaja kerana diorang perlu dan mengasingkan diri untuk jangka tertentu, berada di rumah dan mengasingkan diri sekaligus membataskan aktiviti sosial. untuk jangka tertentu, sekaligus membataskan aktiviti sosial. Bagi remaja, penutupan sekolah dan jarak sosial Bagi remaja, penutupan sekolah dan mungkin sangat mencabar kerana mereka suka jarak sosial mungkin sangat mencabar kebebasan kehidupan dan lebih mengutamakan kerana mereka suka kebebasan dalam hubungan dengan rakan sebaya berbanding ibu kehidupan dan lebih mengutamakan bapa hubungan dengan rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa Keberadaan di rumah juga memberikan gangguan Keberadaan di rumah juga memberikan kepada rutin harian menimbulkan perasaan bosan gangguan kepada rutin harian dengan seterusnya dikaitkan pengambilan makanan menimbulkan perasaan bosan mempunyai kuantiti tenaga yang besar dan seterusnya dikaitkan pengambilan perubahan waktu tidur tidak menentu makanan mempunyai kuantiti tenaga

9

4.

Tekanan mendorong remaja untuk makan secara berlebihan dikenali sebagai ‘makan secara emosional’ dan tidur berpanjangan boleh mengganggu kitaran tidur yang boleh memberikan risiko pada obesiti remaja.

5.

Emosi bosan ini menyebabkan mereka banyak menghabiskan masa dengan penggunaan media elektronik berlebihan sehingga pada waktu malam seperti menonton filem, berbual dengan rakan dan kemas kini situasi pandemik yang boleh mengganggu pola tidur mereka.

yang besar dan perubahan waktu tidur tidak menentu Tekanan mendorong remaja untuk makan secara berlebihan dikenali sebagai ‘makan secara emosional’ dan tidur berpanjangan boleh mengganggu kitaran tidur yang boleh memberikan risiko kepada obesiti remaja. Emosi bosan ini menyebabkan mereka banyak menghabiskan masa dengan penggunaan media elektronik berlebihan sehingga waktu malam seperti menonton filem, berbual dengan rakan dan kemas kini situasi pandemik yang boleh mengganggu pola tidur mereka.

Jadual 4 menunjukkan kesalahan kata sendi. Berdasarkan ayat 1, kesalahan kata sendi pada perlu digantikan dengan di. Hal ini kerana ayat 1 tersebut ingin menyatakan sesuatu tempat. Berdasarkan ayat 2, kata sendi dalam dan juga dengan diletakkan bagi mengukuhkan lagi ayat tersebut kerana ia digunakan untuk membandingkan dua pekara. Berdasarkan ayat 3, kata sendi dengan harus ditambah agar ayat tersebut menjadi lebih kukuh. Berdasarkan ayat 4, kesalahan kata sendi pada tidak sesuai digunakan kerana penggunaanya menunjukkan sesuatu tempat bagi perbuatan sesuatu kerja. Jadi, kata sendi yang sesuai adalah kepada kerana ayat 4 merujuk kepada unsur yang melibatkan penyambut atau seseorang yang tertentu. Berdasarkan ayat 5 pula, terdapat dua penggunaan kata sendi tidak sesuai. Kata sendi sehingga sahaja cukup bagi melengkapkan ayat tersebut.

V. Kesalahan Penggunaan Huruf Besar Huruf besar digunakan pada huruf pertama pada awal ayat. Begitu juga dengan huruf pertama dalam ayat yang menyusuli ayat lain selepas tanda noktah. Huruf besar juga digunakan untuk kata nama khas seperti nama seseorang atau nama tempat. Berikut merupakan data kesalahan yang terdapat dalam petikan:

Bil. 1. 2.

Jadual 5: Kesalahan Penggunaan Huruf Besar Kesalahan Penggunaan Huruf Besar Pembetulan - gangguan ini boleh menimbulkan cabaran besar Gangguan ini boleh menimbulkan bagi kesejahteraan. cabaran besar bagi kesejahteraan. Antara isu utama ialah perubahan pola tidur dan Antara isu utama ialah perubahan pola bangun remaja kerana mereka tidak mempunyai tidur dan bangun remaja kerana mereka jadual waktu rutin teratur, pengurangan tidak mempunyai jadual waktu rutin pendedahan kepada suasana persekitaran luar teratur. Pengurangan pendedahan terutama pada waktu siang menyebabkan berasa kepada suasana persekitaran luar terutama pada waktu siang bosan terhadap kehidupan harian. menyebabkan berasa bosan terhadap kehidupan harian. Jadual 5 menunjukkan kesalahan penggunaan huruf besar. Berdasarkan ayat 1, gangguan menunjukkan ayat seterusnya jadi huruf g haruslah berhuruf besar.

10 Berdasarkan ayat 2 pula, ayat tersebut terlalu panjang dan boleh dibahagikan kepada dua. Jadi huruf p bagi pengurangan bharuslah berhuruf besar.

VI. Kesalahan Kata Bantu Kata bantu membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nma. Kata bantu hadir sebelum frasa. Berikut merupakan data kesalahan yang terdapat dalam petikan:

Bil. 1.

Jadual 6: Kesalahan Kata Bantu Kesalahan Kata Bantu Pembetulan Lebih serius, apabila rumah ruang begitu terhad Lebih serius lagi, apabila rumah ruang dan bilangan ahli keluarga ramai serta kemudahan begitu terhad dan bilangan ahli keluarga pembelajaran tidak lengkap, memberikan tekanan ramai serta kemudahan pembelajaran kepada mereka. tidak lengkap, memberikan tekanan kepada mereka. Jadual 6 menunjukkan kesalahan kata bantu. Lebih serius harus ditambahkan dengan perkataan lagi bagi membina ayat yang sesuai.

VII. Kesalahan Tanda Baca Tanda baca ialah symbol atau tanda yang digunakan untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan. Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya. Berikut merupakan data kesalahan yang terdapat dalam petikan:

Bil. 1.

2..

Jadual 7: Kesalahan Tanda Baca Kesalahan Tanda Baca Pembetulan Remaja juga mungkin bersedih disebabkan Remaja juga mungkin bersedih pelbagai aktiviti harian dan pembelajaran disebabkan pelbagai aktiviti harian, terganggu dan khuatir terhadap masa depan tidak pembelajaran terganggu dan khuatir menentu. terhadap masa depan tidak menentu. Ant...


Similar Free PDFs