Analisis Kesalahan Bahasa (BMM110) PDF

Title Analisis Kesalahan Bahasa (BMM110)
Course Interpersonal Communication for Office Skill
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 11
File Size 306.3 KB
File Type PDF
Total Downloads 568
Total Views 1,043

Summary

FALKULTIPENGURUSAN DAN PERNIAGAANDIPLOMAPENGURUSAN DAN TEKNOLOGI PEJABATKURSUS:BAHASA MELAYUPENGURUSAN PEJABAT (BBM110)TAJUK:ANALISIS KESALAHAN BAHASANAMA PENSYARAH:PUAN LEVIANA ANDREWNAMA:NUR FARHANA BINTI SINANING(2019407402)TARIKH PENGHANTARAN:20 APRIL 20202 ISI KANDUNGANBIL. PERKARA MUKASURAT ▪ ...


Description

FALKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN DIPLOMA PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI PEJABAT KURSUS: BAHASA MELAYU PENGURUSAN PEJABAT (BBM110) TAJUK: ANALISIS KESALAHAN BAHASA NAMA PENSYARAH: PUAN LEVIANA ANDREW NAMA: NUR FARHANA BINTI SINANING (2019407402) TARIKH PENGHANTARAN: 20 APRIL 2020

2.0 ISI KANDUNGAN

BIL.

PERKARA

MUKA SURAT

1.



Muka Hadapan

2.



1.0 Isi Kandungan

2

3.



2.0 Penghargaan

3

4.



3.0 Pengenalan

4

5.



4.0 Pendahuluan

5-9



4.1 Analisis Kesalahan Bahasa •

4.1.1 Penggunaan Kata



4.1.2 Penggunaan Frasa



4.1.3 Penggunaan Tanda Baca



4.1.4 Ejaan



4.1.5 Aspek-Aspek Yang Berkaitan ▪

Struktur Ayat

6.

5.0 Kesimpulan

10

7.

6.0 Rujukan

11

2

2.0 PENGHARGAAN Di sini saya sekali lagi ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Puan Leviana Andrew iaitu pensyarah bagi kursus “Bahasa Melayu Pengurusan Pejabat (BBM110)” di atas sokongan dan nasihat serta tunjuk ajar yang di berikan kepada saya sepanjang kajian saya ini. Saya amat hargai segala bimbingan yang puan berikan dari awal hinggalah akhir sangat bermanfaat terhadap saya bagi menyelesaikan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada keluarga saya yang sentiasa

memberikan kata-kata semangat dan doa kepada saya untuk terus maju tanpa berputus asa.

Diharap kajian tentang analisis kesalahan bahasa ini dapat membantu dan menjadi rujukkan proses pembelajaran di masa yang akan datang.

3

3.0 PENGENALAN Artikel yang dikaji dan di analisis bertajuk “Bahaya Kebencian Jadi Modal Politik”. Artikel ini dipetik dari “Utusan Melayu (M) Bhd”. Pertamanya, dibuat bagi menganalisis unsurunsur perkataan seperti aspek-aspek ejaan, tanda baca, penggunaan kata majmuk, kata hubung, kata sendi dan lain-lain lagi. Daripada artikel ini, kebanyakan kesalahan adalah kesalahan penggunaan imbuhan kata kerja sperti mengper-, men-, -kan. Selain itu, dari segi penggunaan kata bilangan kesalahan sering berlaku kerana penggunanya tidak menggunakan kata bilangan dengan tepat serta pengguna juga sering melakukan kesalahan dalam penggunaan kata jamak.

Disamping itu, pengguna tidak mengunakkan rujukkan

kehormat yang betul pada nama orang yang berpangkat atau gelaran. Justeru itu, saya juga akan menganalisis kesalahan dari struktur ayat. Hal ini kerana kita perlu mengkaji proses pembinaan ayat seperti hukum-hukum yang menentukan sama ada pembinaan ayat yang digunakan adalah betul ataupun salah.

4

4.0 PENDAHULUAN Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, analisis kesalahan bahasa bermaksud penghuraian atau pengupasan sesuatu perkara untuk mengetahui selok-beloknya, buruk dan baiknya atau mengkaji sesuatu perbuatan yang salah dalam suatu kata-kata yg disusun menurut tatabahasa yang digunakan oleh seseorang dalam percakapan mahupun penulisan. Hal ini demikian, untuk menganalisis kesalahan bahasa berdasarkan satu petikan artikel undang-undang dari segi unsur perkataan ataupun struktur ayat. Dari aspek unsur perkataan, terdapat banyak kesalahan Bahasa dari segi penggunaan kata imbuhan, kata bilangan, kata hubung, kata pemeri, ejaan dan sebagainya. Manakala bagi aspek kesalahan sintaksis pula lebih tertumpu kepada kesalahan struktur ayat.

4.1 ANALISIS BAHASA 4.1.1 PENGGUNAAN KATA Maksud: Pengetahuan dan pemilihan tentang kata-kata yang tepat serta berkesan untuk mengungkapkan idea, peristiwa dan banyak lagi secara bertulis mahupun lisan.

Bil.

Perenggan/baris

Kesalahan

1.

Perenggan 2, baris

Amat jelas

9

sekali

Pembetulan Amat jelas

Huraian Penulis telah melakukan kesalahan pada penggunaan kata dibahagian kata penguat iaitu “amat jelas sekali” manakala perkataan yang sesuai adalah amat jelas. Oleh itu, saya sarankan penulis untuk membuat rujukan semula.

5

2.

Perenggan 1, baris

Ahli-ahli politik

3

politik

Ahli-ahli politik

Penulis membuat kesalahan perkataan dibahagian kata jamak iaitu “ahli-ahli politik politik” manakala perkataan yang tepat adalah “ahli-ahli politik”.

4.1.2 PENGGUNAAN FRASA Maksud: Penggunaan perkataan atau frasa yang berlainan bagi menyatakan idea yang sama tanpa sebarang perbezaan dari segi penjelasan atau penekanan kepada pengucapan tersebut.

Bil. Perenggan/baris 1.

Perenggan 8, baris

Kesalahan

Pembetulan Huraian

Gulungan

Golongan

41

Penulis menggunakan unsur perkataan yang salah iaitu “gulungan” manakala perkataan yang lebih tepat adalalah “golongan”.

2.

Perenggan 11, baris 59

bersemaraknya lahirnya

Penulis telah melakukan kesalahan dengan meletakkan perkataan “bersemaraknya”. Perkataan ini tidak sesuai dengan struktur ayat yang dibina oleh penulis.

6

Perkataan yang sesuai adalah “lahirnya”. Penulis hendaklah membuat rujukan dalam penulisan artikel dan sebagainya.

4.1.3 PENGGUNAAN TANDA BACA Maksud: Proses atau perbuatan yang memerenggankan sesuatu.

Bil. Perenggan/baris 1.

Perenggan 1, baris

Kesalahan

Pembetulan

PERISTIWA

Peristiwa

1

Huraian Penulis telah melakukan kesalahan pada bahagian penggunaan tanda baca iaitu menulis perkataan “PERISTIWA” dengan menggunakan huruf besar. Penulis perlu membuat rujukan berkenaan dengan situasi ini.

2.

perenggan 5, baris

akhirnya

akhirnya

penulis telah melakukan

28

mencetuskan

mencetuskan

kesalahan pada bahagian

permusuhan

permusuhan

penggunaan tanda baca iaitu tidak meletakkan tanda noktah “.” di akhir ayat tersebut.

7

4.1.4 EJAAN Maksud: Cara atau peraturan menulis perkataan dengan menggunakan huruf.

Bil. Perenggan/baris 1.

Perenggan 1, baris

Kesalahan

Pembetulan Huraian

Puteh

Putih

Penulis melakukan kesalahan ejaan iaitu “puteh” manakala

1

ejaan yang tepat adalah “putih”. Ini menyebabkan penulis tidak mengikut hukum kelarasan vokal. Penulis perlu membuat rujukan untuk penulisan di masa yang akan datang. 2.

Perenggan 6, baris

Sesetengah-

Setengah-

Penulis telah melakukan

30

sesetengah

setengah

kesalahan ejaan pada “sesetengah-sesetengah”, ejaan yang lebih tepat ialah “setengahsetengah”.

8

4.1.5 ASPEK-ASPEK YANG BERKAITAN 4.1.5.1 STRUKTUR AYAT AYAT PERTAMA (Perenggan 6, baris 29) Kesalahan: Sebab itulah kita terganggu dengan kenyataan-kenyataan tidak masuk akal pembetulan: sebab itulah kita terganggu dengan kenyataan-kenyataan “yang” tidak masuk akal huraian: Penulis melakukan kesalahan dengan struktur ayat yang tidak lengkap dan tergantung. AYAT KEDUA (perenggan 10, baris 49) Kesalahan: Jadi matanglah dalam berpolitik. Pembetulan: Jadilah matang dalam berpolitik. Huraian: Penulis melakukan kesalahan dengan struktur ayat yang terbalik. Ini akan akan menyebabkan pembaca tidak memahami ayat tersebut.

9

5.0 KESIMPULAN Pada pandangan saya, berdasarkan analisis teks daripada artikel “Bahaya Kebencian Jadi Modal Politik”, maka dapat saya simpulkan bahawa penulis sering melakukan kesalahan yang berulang dalam skrip penulisan beliau. Antara kesalahan bahasa yang sering dilakukan oleh penuli adalah kesalahan dari aspek morfologi iaitu dari segi kesalahan penggunaan kata dan kesalahan penggunaan frasa.

Selain itu, dari aspek-aspek yang berkaitan seperti struktur pembinaan ayat juga banyak dilihat dalam artikel “Bahaya Kebencian Jadi Modal Politik” ini. Hal ini tidak boleh di ambil ringan kerana ia melibatkan masyarakat yang membacanya.

Kesimpulannya, penulis perlu memberi perhatian penuh dalam penulisan artikel ini kerana kesalahan yang dilakukan oleh penulis adalah bukan suatu perkara yang baru kerana kesalahan ini juga sering dilakukan oleh penulis-penulis yang lain. Walaubagaimanapun, sebagai penulis perlu memastikan bahawa skrip atau teks yang ditulisnya tidak mempunyai kesalahan yang banyak, bak kata pepatah tiada manusia di dalam dunia ini yang sempurna tetapi tidak salah apabila kita mencoba kerana kemungkinan besar banyak masyarakat mahupun pelajar yang akan menggunakan skrip ataupun teks sebagai rujukan mereka.

10

6.0 RUJUKAN http://ohnota.blogspot.com/2011/09/analisis-kesalahan-bahasa.html http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=analisis+kesalahan+bahasa http://wakeez.blogspot.com/2017/11/analisis-kesalahan-bahasa.html https://prezi.com/ob7ebmxmqen8/analisis-kesalahan-bahasa-dalam-penulisan/ http://tatabahasabm.tripod.com/tata/salahtata.htm

11...


Similar Free PDFs