HBML 4803 : PERBANDINGAN TATABAHASA MELAYU PDF

Title HBML 4803 : PERBANDINGAN TATABAHASA MELAYU
Author Ranjini Valauthan
Pages 199
File Size 1.9 MB
File Type PDF
Total Downloads 166
Total Views 307

Summary

HBML 4803 : PERBANDINGAN TATABAHASA MELAYU ______________________________________________________________________________ FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2009 ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 PENGHARGAAN ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH……… Segenap pujian ...


Description

HBML 4803 : PERBANDINGAN TATABAHASA MELAYU ______________________________________________________________________________

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2009

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

PENGHARGAAN ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH……… Segenap pujian dan rasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan modul bertajuk HBML 4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu mengikut sedikit proformanya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W., rasul pilihan yang diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam serta sahabat – sahabatnya.

Jutaan terima kasih dihulurkan kepada Ketua Jabatan dan semua pensyarah Pengajian Melayu IPSAH yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan dalam ilmu linguistik. Semoga segala tunjuk ajar berguna pada suatu hari kelak.

Di samping itu, huluran kasih dan penghargaan yang teristimewa kepada ayahanda dan bonda saya yang tersayang. Mereka tidak pernah jemu menjadi tulang belakang saya dalam apa jua yang saya lakukan. Dorongan, pengorbanan dan kasih sayang mereka takkan saya lupakan selagi nyawa dikandung badan. Insya Allah. Dan kepada insan yang tersayang, Nor Nadia bt. Rosli yang sentiasa menjadi pelita dalam menerangi kehidupan ini.

Selain itu, tidak dilupakan kepada rakan-rakan tersayang yang banyak membantu

menyumbangkan

idea-idea

yang

bernas

kepada

saya.

Semoga

persahabatan yang terjalin berkekalan hingga akhir hayat.

Akhir kalam, jauh di sudut hati saya sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua. Semoga dengan terhasilnya modul tidak seberapa ini memberi manfaat kepada semua. Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.........Wassalam

Muhammad Norrudin b. Abdul Aziz. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

DEDIKASI

Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani Akulah insan kerdil di dunia-Mu ini Buat ayah dan ibuku Abdul Aziz Adnan Che Yam Mat Daud

Buat adikku: Siti Nuraisyah Siti Aminah Siti Zabedah Siti Nurfardziah Awanis Natasha Dan insan yang tersayang sentiasa Nor Nadia bt. Rosli Para guru Yang setia mengajarku Mengenali Bahasa Melayu Dan yang terutamanya Encik Mohd Ali b. Syed Abu Tahir Encik Muhammad Khairi b. Mohamed Nor Encik Mohd Noor b. Ahmad Tidak lupa kelas PISMK-OUM 8 A

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Muhammad Norrudin 21 – 09 – 2009 ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

ISI KANDUNGAN

Penghargaan dan Dedikasi

Bab 1

Falsafah Tatabahasa

Bab 2

Susur Galur Penulisan Tatabahasa Melayu

Bab 3

Tokoh dan Aliran Dalam Tatabahasa Melayu

Bab 4

Tatabahasa Tradisional

Bab 5

Tatabahasa Struktural

Bab 6

Tatabahasa Transformasi Generatif

Bab 7

Pembentukan Kata Bahasa Melayu

Bab 8

Penggolongan Kata Bahasa Melayu

Bab 9

Penjenisan dan Pengkelasan Frasa BM

Bab 10

Penjenisan dan Pengkelasan Ayat BM

Rujukan

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

BAB 1

1.1

FALSAFAH TATABAHASA – BENTUK DAN FUNGSI

PENGENALAN

Bahasa Melayu

ialah satu bahasa yang tersohor dan terkenal di Asia Tenggara.

Dengan pengangkatan martabat bahasa Melayu melalui bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa pengantar pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Morfologi dan sintaksis merupakan komponen terpenting yang mendasari atau pegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu khususnya di Malaysia dengan menggunakan tatabahasa. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis.

1.2

Definisi Tatabahasa

Di sini kita akan menyelusuri definisi tatabahasa yang dahulunya dikenali sebagai nahu.

1.2.1

Awang Sariyan

Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara ringkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa (kata, frasa dan ayat) yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturanperaturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Peraturan atau tatabahasa inilah yang menentukan salah betulnya sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan oleh penutur sesuatu bahasa, baik dalam ucapan mahupun tulisan. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

1.2.2 Abdullah Hassan

Abdullah

Hassan

dalam

Tatabahasa

Pedagogi

Sekolah

Menengah

(2008)

mendefinisikan tatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa.

1.2.3

Siti Hajar Hj. Abdul Aziz

Menurut Siti Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Dengan perkataan

lain,

tatabahasa

ialah

rentetan

ucapan,

pengelompokan

serta

pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.

1.2.4

Salleh Mohd. Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood

Menurut Salleh Mohd. Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood (1977), „nahu‟ atau tatabahasa ialah undang-undang jalan bahasa, iaitu sistem yang tertentu dalam sesuatu bahasa yang dipatuhi penutur bahasa itu. Sistem-sistem yang tertentu, umpama sistem bunyi dan bentuk-bentuk ayat yang betul, pengimbuhannya betul, maksudnya tentu, tepat dan gramatis.

Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumusrumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifatnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

1.3

Konsep Tatabahasa

Kita rujuk kembali kepada definisi tatabahasa kerana itulah konsep penting kepada tatabahasa. Tatabahasa merupakan satu cabang daripada linguistik umum yang menerangkan peraturan-peraturan penggabungan kata-kata untuk menghasilkan bunyi dan frasa menggunakan formula-formula tertentu. Cara kajian tersebut dilakukan secara saintifik dengan mengikut rumus-rumus tertentu. Kajian tatabahasa bermula daripada unsur-unsur yang membina perkataan, proses pembentukan perkataan dan proses penyusunan perkataan dalam membentuk ayat-ayat gramatis. Lazimnya tatabahasa bersifat preskriptif, iaitu terdiri daripada peraturan-peraturan dan undangundang bagi pengucapan dan penulisan bahasa yang betul.

Sekurang-kurangnya terdapat tiga konsep tatabahasa yang diketengahkan oleh ahli-ahli bahasa, iaitu: Seperangkat pola penataan kata dalam sesuatu bahasa, yang mula dikuasai oleh kanak-kanak selepas usia 5 atau 6 tahun. Salah satu cabang telaah dan kajian linguistik atau analisis morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa. Etika berbahasa, betul-salah, tepat-kurang dan tidak tepat ketika seseorang itu berbahasa.

Berdasarkan konsep tatabahasa di atas, menunjukkan bahawa keteraturan berbahasa memang wujud dan menjadi hukum yang normal dalam masyarakat bahasa mana pun di dunia ini. Peraturan atau hukum bahasa itulah yang dimaksudkan dengan tatabahasa. Peraturan itu akan menentukan bahasa yang kita gunakan itu dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji cara-cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan sintaksis pula ialah bidang yang mengkaji cara perkataan itu disusun menjadi ayat. Ini bermakna, konsep tatabahasa berkait secara langsung dengan proses pewujudan hukum. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

1.3.1

Pendapat Tentang Tatabahasa

Menurut Arbak Othman (1983) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataanperkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Katanya, tatabahasa tidak lain

adalah

tentang

struktur

rentetan

ucapan

dan

pengelompokan

serta

pengklasifikasian unsur-unsur ucapan yang berulang-ulang yang ditinjau menurut fungsinya berdasarkan lingkungan yang diduduki oleh sesuatu unsur serta hubungan antara satu sama lain yang menghasilkan struktur-struktur tertentu. Tambahannya lagi, tatabahasa dapat didekati dengan ukuran hubungan sintagmatis dan paradigmatis. Tegasnya, perihal itu dapat dibuat dengan menggunakan analisis tatabahasa daripada pengucapan sebenar bahasa itu atau dengan mencapai rumus-rumusnya dengan cara meneliti bagaimana pengucapan itu berlaku atau terjadi. Manakala Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985) telah mentakrifkan tatabahasa sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji dan memerikan bahasa secara saintifik dan kajiannya ditumpukan kepada perkataan, proses pembentukan dan penyusunannya dalam membentuk ayat. Asraf pula (1981) mendefinisikan tatabahasa itu dari sudut takrif bahasa itu sendiri dan bahasa menjadi alat bagi seseorang untuk menyatakan perasaan dan fikirannya. Tegasnya, bahasa yang diucapkan atau dituliskan oleh seseorang itu terjadi daripada ayat-ayat yang terbatas panjangnya tetapi tidak terbatas jumlahnya. Tiap-tiap ayat itu pula terjadi daripada kata-kata yang disusun menurut ketetapan-ketetapan tertentu yang berupa sistem dalam bahasa itu. Setiap ketetapan itu menjadi hukum atau peraturan yang harus dipatuhi oleh setiap pengguna bahasa. Himpunan hukum ini disebut tatabahasa. Namun begitu, Lufti Abas (1975) telah meninjau formula aliran Transformasi Generatif - Noam Chomsky yang menjelaskan tatabahasa sesuatu bahasa sebagai sejumlah aturan, dengan aturan-aturan itu dihasilkan bentuk-bentuk linguistik (ayatayat, frasa-frasa, kata-kata, morfem-morfem, suku kata dan yang lain) yang gramatis dalam bahasa itu. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

Dengan kata lain, mengikut Slametmuljana (1960) tatabahasa itu bukan hanya huraian tentang „wujud sistem bahasa‟ (decoding), tetapi juga, malahan ini yang terpenting, alat untuk membentuk ayat-ayat, frasa-frasa, kata-kata, morfem-morfem, suku kata dan yang lain) yang gramatis dalam sesuatu bahasa (coding). Tegasnya lagi, sebagaimana undang-undang dan peraturan dalam sesuatu negara atau dalam agama, menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul salahnya sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang dalam hidup bermasyarakat dan beragama, maka demikianlah tatabahasa menjadi pedoman dan pegangan untuk menentukan betul salahnya sesuatu bentuk bahasa yang diucapkan atau dituliskan oleh seseorang dalam sesuatu masyarakat bahasa.

1.3.2

Sistem Tatabahasa

Bahasa mempunyai tiga sistem utama iaitu sistem fonologi, tatabahasa dan semantik. Begitu juga halnya tatabahasa yang merangkumi dua sistem utama iaitu morfologi dan sintaksis. Tatabahasa merupakan aspek yang terpenting dalam sistem bahasa kerana ketika berbahasa kita menggunakan tatabahasa sebagai peraturan tertentu. Morfologi merupakan satu bidang yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini lebih tertumpu dan berfokus kepada unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses perkataan dan bentuk perkataan yang terhasil. Menurut Bloomfield (1935), morfologi sesuatu bahasa adalah binaan-binaan dalam mana bentuk-bentuk berikut hadir di antara konstituennya. Lyons (1970) pula mendefinisikan morfologi sebagai bidang yang mempelajari struktur dalam bentuk-bentuk kata. Menurut pakar bahasa tempatan, Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) berpendapat morfologi ialah bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Bagi Abdullah Hassan (2006) pula, morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Tokoh bahasa terkenal, Nik Safiah Karim (1996) mengaitkan morfologi dengan mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Malahan menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

(2008) dengan tegasnya

mendefinisikan morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infeksi atau imbuhan, terbitan dan pemajmukan. Sintaksis dipinjam daripada perkataan Yunani iaitu „suntutein‟ yang bermaksud menyusun atau susunan. Dalam bidang linguistik, pengertian sintaksis membawa kepada pembentukan ayat. Asmah (1968) menyatakan bahawa sintaksis adalah bahagian daripada linguistik deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi katakata dalam rangkai kata dan ayat. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Abdullah Hassan (2006) dalam buku bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu ada menyatakan unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa. Menurut Abdullah Hassan (2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang memerihal sintaksis melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membina ayat. Oleh yang demikian, dapat dirumus bahawa morfologi merupakan kajian yang spesifik dan terperinci di mana ia berfokuskan kepada struktur dalaman bahasa yang melibatkan perubahan struktur kata, golongan kata dan juga maksud makna kata. Sintaksis pula dapat dilihat bagaimana ayat dibina, ini kerana sintaksis merupakan pelengkap dan lanjutan kepada proses morfologi. Tanpa sintaksis, morfologi tidak dapat berdiri sendiri. Begitu juga sintaksis kerana kedua-dua kajian ini amat berkait rapat dan saling bergantungan.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

1.3.3

Fungsi Tatabahasa

Tatabahasa berfungsi untuk memisahkan bentuk yang gramatis dengan bentuk yang tidak gramatis. Kenapa perkara ini terjadi? Seperti yang sedia maklum, sesuatu bahasa mempunyai sistem dan ciri bahasa tersendiri, justeru panduan dan peraturan tatabahasa

adalah untuk membentuk perkara

yang betul dan

mengelakkan

penggunaan bahasa yang salah. Jika penggunaan bahasa yang salah dan tidak gramatis, ini mencerminkan bahasa yang bertaraf rendah. Kita dapat lihat kesannya dari segi sosial, politik malah martabat bahasa itu sendiri. Inilah penekanan fungsi tatabahasa kerana ukurannya tidak didasarkan pada korpus ujaran, kriteria makna atau darjah penggunaannya tetapi berasaskan bentuk ujaran dan ketuntasan makna bahasa itu. Oleh demikian, fungsi tatabahasa ialah fungsi yang dibawa oleh perkataan atau frasa yang berlaku dalam ayat. Dengan lain perkataan, inilah yang dikatakan fungsi sintaktik sesuatu perkataan atau frasa. Fungsi tatabahasa secara khusus merujuk kepada subjek, predikat, objek, keterangan dan lain-lain.

1.3.4

Tugas Tatabahasa

Tatabahasa mempunyai tugas tersendiri. Perkara paling penting yang mendukung tugas tatabahasa ialah penghuraian ayat yang sempurna. Penghuraian ayat yang sempurna bermaksud pemerian ayat yang melengkapi segala aspek dalam linguistik yakni dari segi fonetik, fonologi, morfologi dan sintaksis. Hal ini penting kerana tatabahasa tidak boleh dianggap remeh dan diubah secara arbitrari (kesamaran). Sebagai contoh, peraturan berbahasa yang betul dan cekap menggambarkan ketinggian sesuatu bahasa dari segi tatabahasa kerana tatabahasa amat berkait dengan fonetik, fonologi dan morfologi serta sintaksis. Malah dalam perkembangan linguistik yang semakin maju, tatabahasa juga dikaitkan dengan semantik kerana ia merupakan kriteria penting dalam memberi makna mengikut konteks sama ada budaya mahupun konteks yang lain.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

1.3.5

Ciri-Ciri Penting Tatabahasa

Pada bahagian ini, saya hanya menyenaraikan secara ringkas mengenai ciri-ciri penting tatabahasa: Mempunyai sistem tatabahasa. Tatabahasa memainkan peranan atau tugas tertentu dan berfungsi dalam bahasa. Struktur tatabahasa mengikut pola-pola tersendiri misalnya subjek, predikat, objek, keterangan dan sebagainya. Unit tatabahasa mendukung tugas struktur yang berbeza skala tatatingkat tatabahasa.

1.3.6

Unit / Tatatingkat Tatabahasa

Ayat

Tingkat Atas

Bidang Sintaksis

Klausa

Frasa

Kata Bidang Tingkat Bawah

Morfem

Morfologi

Susunan unit-unit tatabahasa pada skala mengikut saiz. Skala di sini disebut tatatingkat. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

Tatatingkat tatabahasa terdiri daripada 5 peringkat iaitu:  Ayat: unit tatabahasa tertinggi, ungkapan fikiran yang lengkap dan tuntas, intonasi sempurna, dimulai dan diakhiri kesenyapan, mempunyai subjek dan predikat.  Klausa:unit lebih rendah daripada ayat, terdiri daripada satu kumpulan atau lebih.  Frasa:kata yang membentuk unit sintaksis, letaknya antara kata dan klausa.  Kata:morfem atau gabungan morfem sama ada bebas dan terikat. Kata ialah unit terkecil yang berstatus ayat atau ujaran. Kata memain peranan penting dalam aspek mofologi bagi penentuan sesuatu unsur misalnya Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas.  Mofem:unit tatabahasa terkecil yang bermakna leksikal atau fungsian.

1.4

Tatabahasa Pegangan

Tatabahasa Dewan (2008) dijadikan sebagai tatabahasa pegangan. Perkara sebegini diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam institusi pendidikan Malaysia. Ini membolehkan keseragaman pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu di semua institusi pendidikan. Tatabahasa pegangan penting dalam memartabatkan sesuatu bahasa. Tatabahasa pegangan adalah tatabahasa yang dipilih oleh pihak berwajib bagi menentukan sesuatu tatabahasa itu dijadikan pedoman umum untuk semua sekolah, institut perguruan dan universiti. Maknanya di sini, rumus-rumus tatabahasa yang terdapat dalam buku tatabahasa pegangan hendaklah dijadikan pedoman bagi mengajar bahasa di semua peringkat pendidikan. Langkah ini bertujuan untuk menyeragamkan pengajaran bahasa berkenaan. Tatabahasa pegangan menjadi rujukan penting untuk semua peringkat. Justeru, semua rumus-rumus tersebut hendaklah dipatuhi agar pengguna bahasa menggunakan bahasa secara betul dan baik dalam menghasilkan ayat yang gramatis. Keadaan ini bersifat lebih kepada preskriptif.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

1.4.1

Definisi Tatabahasa Peganga...


Similar Free PDFs