KEWUJUDAN KOTA MELAYU MELAKA PDF

Title KEWUJUDAN KOTA MELAYU MELAKA
Author Aisyah Mokhtar
Pages 32
File Size 2.8 MB
File Type PDF
Total Downloads 55
Total Views 98

Summary

KEWUJUDAN KOTA MELAYU MELAKA Noor Aisyah Binti Mokhtar, Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abdul Rahman, Kamarul Afizi Bin Kosman Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi Selangor Abstrak Penceritaan dan gambaran Kota Melayu Melaka sering disebut di dalam pen...


Description

KEWUJUDAN KOTA MELAYU MELAKA Noor Aisyah Binti Mokhtar, Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abdul Rahman, Kamarul Afizi Bin Kosman Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi Selangor

Abstrak Penceritaan dan gambaran Kota Melayu Melaka sering disebut di dalam penulisan sejarah mahupun hikayat Melayu dan nusantara sebagai antara sebuah kota Melayu yang agung, gah dan kukuh. Kota Melayu Melaka dalam konteks kertas kerja ini didefinisikan sebagai kota pentadbiran kerajaan Melayu Melaka sebelum dijajah Portugis pada tahun 1511. Walau sekian banyak pengkisahan mengenai kemahsyuran Kota Melayu Melaka ini, kewujudannya masih diragui dan dipersoalkan lantaran tiada bukti nyata atau fizikal jelas yang dapat dijadikan asas dan menyokong kesahihan kewujudannya. Lantas, kajian ini bertujuan untuk membongkar dan mengenalpasti bahan-bahan sejarah dan ilmiah, bukti-bukti tinggalan dan seumpamanya yang menyatakan tentang kesahihan kewujudan Kota Melayu Melaka. Skop kajian ini hanya tertumpu kepada ruang binaan fizikal (yang diyakini daripada bukti-bukti sejarah) Kota Melayu Melaka di muara Sungai Melaka dalam batas Bandar Hilir, Melaka sekarang. Kaedah yang difokuskan dalam kertas kerja ini ialah melalui sumber-sumber sejarah, penulisan ilmiah, kajian-kajian terdahulu di dalam dan luar negara serta rekod-rekod saintifik berkaitan. Penyelidikan ini sedikit sebanyak dapat membuktikan bahawa sesungguhnya Kota Melayu Melaka sememangnya wujud dalam lembaran penulisan sejarah dan peta dunia silam, dan setakat pengkajian ini dijalankan, kota ini berbentuk geometri empat segi yang sesuai dengan falsafah dan cara hidup masyarakat Melayu silam. Namun begitu, kajian lanjut secara saintifik perlu dilakukan untuk memperincikannya sekurang-kurangnya hingga kepada bukti saintifik fizikal. Implikasi daripada kajian ini boleh menjadi pemangkin kepada kajian berterusan dan lebih mendalam di tapak asal Kota Melayu Melaka demi membuktikan kesahihan kewujudannya sebagai bukti keagungannya yang setanding dengan kerajaan-kerajaan silam sezaman. Kertas kerja ini diharap dapat dijadikan asas kajian lanjut kepada kajian lapangan secara saintifik menggunakan teknologi pemetaan satelit dan lain-lain yang setara dengannya dalam usaha mengetahui dan mensahihkan kewujudan, kedudukan dan reka letak Kota Melayu Melaka di tamadun peradaban Tanah Melayu. Sebagai kesimpulan, kota ini wujud dan kewujudannya seharusnya dikaji dan dibuktikan dengan sejelas-jelasnya demi membina semula tamadun bangsa Melayu amnya yang sudah lama bertapak di Tanah Melayu dan membuktikan ketinggian tamadun Melaka khususnya.

(Kata kunci : Kota Melayu Melaka, kewujudan, empat segi)

PENGENALAN Diiktiraf UNESCO sebagai bandar warisan dunia, Melaka dikenali bukan kerana sifatnya yang melambangkan asal usul Tanah Melayu, sebaliknya pengiktirafan itu merujuk kepada bangunan-bangunan lama peninggalan penjajah dan imigran dari luar Tanah Melayu sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke zaman penjajahan. Maka, sifat dan ciri Tanah Melayu dan bangsa Melayu yang menjadi asas kepada asal-usul empayar Melaka seperti langsung ditelan sejarah dan seolah-olah seperti tidak wujud atau mana-mana pelosok bumi Melaka tidak diiktiraf di mata dunia. Malah, pengiktirafan tersebut seolah memberi kenyataan bahawa penjajahan pihak luar adalah lebih bermakna daripada empayar yang dimusnahkan dan tanah orang lain yang dijajah. Sikap menerima dan berdiam generasi kini sama ada di Malaysia atau seluruh dunia terhadap pengiktirafan yang seolah menidakkan kemampuan kerajaan silam yang gah semakin membuatkan kebenaran sejarah silam kabur dan keinginan untuk membongkar dan mencari bukti semakin lemah. Menafikan kewujudan Kota Melayu Melaka seperti menafikan kewujudan keagungan empayar Melayu Melaka yang banyak dinyatakan dalam catatan sejarah nusantara dan penjajah atau penakluk dari Barat. Namun, untuk menyatakan dengan lantang dan yakin bahawa Kota Melayu Melaka itu wujud, pelbagai bukti fizikal, penulisan dan saintifik diperlukan untuk menepis bangkangan golongan yang meragui dan menafikan kewujudan kota Melayu silam tersebut. Tanpa bukti fizikal seperti tapak asal dan bahan binaan yang disahihkan kewujudannya dan diiktiraf, perkara ini akan terus menjadi perdebatan berterusan dalam dunia sejarah. Kertas kerja ini cuba menjalin kronologi Kota Melayu Melaka sepanjang pensejarahan yang diketahui, seterusnya menyelongkar dan membongkar bukti-bukti kewujudan Kota Melayu Melaka sebelum kota tersebut dimusnahkan dan dibangunkan semula mengikut acuan penjajah. Jalinan ini diwujudkan untuk mengenalpasti perbezaan kecirian rekabentuk mahupun susunatur pelan antara Kota Melayu Melaka dan Kota Melaka yang dikenal dunia di Bandar Hilir seterusnya melakukan perbandingan yang dapat menguatkan hujah hipotesis tentang kewujudan Kota Melaka. Sesungguhnya terdapat perbezaan yang jelas antara rekabentuk, perancangan susunatur, kecirian dan falsafah kota Melayu dan kota Eropah.

KAEDAH PENYELIDIKAN Dalam usaha membahas atau membuktikan kewujudan Kota Melayu Melaka ini, pelbagai aspek dan kaedah dilakukan untuk mencari padanan dan perbandingan paling sesuai yang secara tepat atau hampir tepat menggambarkan rekabentuknya sekaligus menguatkan dan membuktikan kewujudan Kota Melayu Melaka. Tinggalan dan pelan Kota Melaka sekarang sejak zaman British akan dijadikan asas kepada kewujudannya.

Seterusnya, imbasan ke zaman belakang terhadap pelan-pelan dan catatan sejarah mengenai Kota Melaka ini dari zaman pemerintahan Belanda dan seterusnya Portugis akan dilakukan untuk mencari bukti kota dan rekabentuk terawal Kota Melaka. Kemudian, catatan-catatan sejarah mengenai Kota Melayu Melaka daripada sumber Melayu dan nusantara, China, Portugis dan Belanda akan digambarkan ke dalam rekabentuk Kota Melayu Melaka. Sebagai pengukuhan, falsafah rekabentuk kota di Alam Melayu akan diketengahkan di samping membentangkan perbandingan di antara Kota-Kota Melayu sezaman sekitar nusantara dengan Kota Melayu Melaka.

KOTA MELAKA DALAM SEJARAH Garis masa pemerintahan dan penjajahan Melaka

Kota Melaka ketika pemerintahan British Mengambil-alih pemerintahan Melaka daripada kerajaan Belanda melalui perjanjian dengan East India Company semasa perang Napolean sekitar tahun 1795 (Rpbert K.H.Leo, 2008), Kota Melaka yang telah diperkukuhkan dan diperbesarkan ketika pemerintahan Belanda mengalami kemusnahan apabila pada tahun 1807, Willam Farquhar, Gabenor Melaka ketika mengarahkan pemusnahan keseluruhan tembok dan benteng kota dan beberapa bangunan tinggalan Belanda. Pemusnahan hanya dihentikan apabila Sir Stamford Raffles yang mendapat perkhabaran tersebut di Singapura terus datang ke Melaka untuk melihat kesan pemusnahan sebelum menghentikannya. Maka, tinggallah saki-baki kesan tinggalan Kota A’Famosa dengan pintu gerbang Santiago antara yang terselamat.

Gambarajah : Gambaran keseluruhan bekas kawasan Kota Melaka dari pantai Melaka hingga bangunan Stadhyus sekitar tahun 1900-an selepas British meruntuhkan lebih 90% Kota Melaka pada tahun 1807. (Sumber : Jabatan Warisan Negara.)

Gambarajah : Hanya tinggalan Gereja St Paul di Bukit St Paul (Bukit Melaka) yangmasih ada selain gerbang kubu Santiago. (Sumber : Jabatan Warisan Negara dan Muzium Melaka.)

Walaupun sudah beratus tahun sejak Kota Melayu Melaka dimusnahkan (atau diubahsuai), namun hingga kini masih terdapat satu tinggalan pada pintu gerbang Santiago yang sangat signifikan menunjukkan saling kaitan di antara Kota Melaka tinggalan penjajah sekarang dengan Kota Melayu Melaka. Jika diamati dengan teliti pada bahagian atas pintu gerbang tersebut, terdapat ukiran keris bersilang yang masih jelas ketara. Persoalannya, jika benar Kota Santiago ini tinggalan benar penakluk Portugis yang bersungguh-sungguh menghapuskan bukti kegemilangan Melaka semasa penaklukannya pada 1511, mengapa mengabadikan simbol kesatriaan, asalusul, budaya dan perlambangan yang sangat signifikan dengan orang Melayu itu sendiri iaitu keris? Mungkinkah sebenarnya gerbang Kota Santiago ini sebahagian tinggalan kota atau pintu gerbang kota yang asalnya ialah Kota Melayu Melaka?

Gambarajah : Aselium yang terdapat di bahagian atas pintu gerbang Santiago. Perhatikan perbezaan di antara senjata api Portugis di bulatan sebelah kiri dan keris Melayu di bulatan atas gambar. Nota : Gambar ini adalah sumber rawak daripada Google Image atau daripada mana-mana sumber lain demi membuktikan walau dalam gambar sesiapapun, gambaran ini adalah jelas dan nyata; bukan eksploitasi penulis. (Sumber : Google Image dan penulis.)

Kota Melaka ketika pemerintahan Belanda Pakatan antara Belanda, Johor dan Acheh untuk mengambil-alih semula pemerintahan Melaka daripada Portugis telah membuka peluang penjajah bangsa Eropah tersebut mempunyai agenda sendiri iaitu untuk menjadikan Melaka sebagai pusat pemerintahan dan perdagangannya di rantau ini selain Batavia (Jakarta), bukannya hendak membantu pewaris kerajaan Melaka ketika itu di Johor untuk mentadbir semula Melaka (Abdul Latiff Abu Bakar, 1984). Perjanjian ini menjadikan impian pewaris kerajaan Melaka mentadbir semula Melaka semakin jauh dan harapan pemerintah rumpun Melayu serantau untuk melihat Melaka ditadbir semula oleh bangsa Melayu semakin luntur (Bahasa Othman, 1988).

Gambarajah : Antara percubaan pakatan Johor-Acheh untuk menakluk semula Melaka daripada Portugis pada tahun 1563 sebelum Belanda menyertai pakatan. Serangan dari Johor dapat dilihat pada sebelah kanan lukisan manakala serangan dari Acheh kebanyakkannya daripada laut. (Sumber : Jabatan Warisan Negara.)

Pemerintahan Belanda di Melaka menyaksikan pelbagai pembangunan kota dijalankan untuk memenuhi fungsi sebuah kota pentadbiran di rantau ini. Pemerintah Belanda telah mengubahsuai dan memperbesarkan Kota Melaka selepas Portugis menyerah kalah dalam peperangan pakatan Johor-Acheh-Belanda. Benteng kota ditambah dan diperkukuhkan, bastion ditambah dan dibesarkan.

Gambarajah : Pelan Kota Melaka pada tahun 1792 semasa era pemerintahan Belanda dari tahun 1641 hingga 1795. (Sumber : Jabatan Warisan Negara.)

Pada ketika ini, Kota Melaka merupakan rekabentuk kota pemerintahan antara paling gah di Tanah Melayu selepas era pemerintahan Melaka. Selain memadamkan bukti kegemilangan Portugis, Belanda telah menukar motif pada gerbang kota dengan menunjukkan askar-askar Belanda dan lambang VOC (masih dapat dilihat pada gerbang Kota Santiago) di samping menambah perkataan ANNO 1670 sebagai lambang penaklukan dan pemerintahan yang gah. Menurut kajian, Belanda telah mengambil masa lebih kurang 30 tahun untuk memperbaiki dan menambahbesarkan Kota Melaka. Nama-nama pada bahagian kota juga ditukar kepada nama Belanda selain membina banyak bangunan-bangunan di dalam Kota Melaka seperti bangunan Stadhuys, rumah-rumah kediaman Gabenor dan pembesarpembesar (Syed Ahmad Syed Kasim, 2012).

Gambarajah : Kota Melaka era pemerintahan Belanda di Melaka sekitar tahun 1700-an. (Sumber : Jabatan Warisan Negara.)

Kota Melaka pada ketika ini terus dibaik pulih dan dibesarkan fungsinya selain mewujudkan kawasan-kawasan lain untuk keperluan makanan dan kepentingan pemerintahan Belanda di Melaka. Rumah-rumah dibina dan kawasan pertanian untuk menampung keperluan hidup Belanda selain mengenakan cukai kepada penduduk dan pedagang telah memakmurkan Belanda di Melaka. Ini jelas dapat dilihat daripada antara lukisan terawal Kota Melaka di bawah pemerintahan Belanda selepas perang merebut Melaka dari pakatan Johor-Acheh-Belanda pada tahun 1646 seperti di bawah.

Gambarajah : Kota Melaka era Portugis sebelum diperintah Belanda. (Sumber : Livro do Estado da India Oriental, oleh Pedro Barreto de Resende, 1646; British Library, Sloane MS 197)

Kota Melaka ketika penjajahan Portugis Selepas berjaya menakluk Melaka pada Ogos 1511, Portugis terus memulakan operasi memusnahkan segala bukti peradaban Kesultanan Melayu Islam Melaka. Istana, masjid, makam dan rumah-rumah pembesar telah dimusnahkan dan digunakan untuk membangunkan kota pemerintahan Portugis di Melaka. 3000 pucuk meriam gangsa dan ribuan senjata serta segala macam perbendaharaan negara di istana telah dirampas. Sebahagiannya digunakan untuk memulakan peradaban Portugis di Melaka dan sebahagian lagi dibawa pulang ke Portugal namun karam di Selat Melaka (Eredia & Pintado, 2012). Alfonso De Albuquerque telah mengarahkan pembinaan Kota A’Famosa di sekeliling Bukit Melaka (kini disebut Bukit St Paul) untuk mempertahankan Kota Melaka daripada serangan balas Sultan Mahmud Syah dan sekutu-sekutunya seperti Acheh. Kota ini dibina dari runtuhan istana, masjid, rumah-rumah pembesar malah makam-makam dan kubur serta batu laterit dari sekitar Pulau Upeh, dan Pulau Jawa dengan menggunakan tongkang China. Kota ini siap dibina sekitar awal 1512 hasil kerahan tenaga buruh-buruh paksa dan penduduk tempatan (Joseph Sta Maria; terjemahan Syed Ahmad Syed Kasim, 2012).

Gambarajah : Kota Melaka era Portugis sekitar 1620 sebelum diperintah Belanda. (Sumber : Anonimo-Manuel Godinho de Eredia; Portvgaliae Monumenta Cartographiga VolumeI-VI, Lisbon 1960)

KOTA MELAKA KETIKA PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA MENURUT CATATAN SEJARAH NEGARA-NEGARA LUAR Catatan dan Lukisan dari Eropah Tom Pires menyatakan dalam Suma Oriental sebuah perbandingan yang menjadi sebutan Portugis dan bangsa Eropah iaitu “...orang tidak dapat mentafsir nilai Melaka kerana kebesaran dan keuntungannya. Di sana kamu boleh dapat semua yang kamu kehendaki dan kadangkala lebih daripada yang kamu cari. Sesiapa yang menjadi tuan di Melaka, seperti menguasai Venice di Eropah.”

Gambarajah : Kota Venice pada kurun ke-15 yang merupakan kota tumpuan perdagangan Eropah utama untuk negara-negara Eropah Timur . (Sumber : Muka depan „Edition Paesi‟, 1521)

Venice di Italy pada kurun ke-15 melambangkan kemakmuran aktiviti perdagangan di Eropah. Kemakmuran ini diperlihatkan melalui beberapa aspek fizikal – pedagang dan pembeli, pemerintahan yang stabil dan paling menonjol adalah bangunan di bandar perdagangan itu sendiri. Betapa kemakmuran dan kestabilan membolehkan sesebuah pelabuhan, bandar atau kawasan maju secara fizikal dan lain-lain. Gambar di atas merupakan gambaran Venice sebagai kota perdagangan Eropah pada kurun ke-15. Perbandingan yang Tom Pires lakukan dapat memberikan beberapa gambaran realistik ketika itu yang menyatakan, pertama, aktiviti perdagangan di Melaka sama atau lebih maju daripada Venice. Perdagangan di Melaka yang menghubungkan dagangan antara Barat dan Timur boleh mengancam perdagangan Eropah yang bertumpu di Venice. Ketiga, dengan gambaran lukisan Kota Venice tersebut, sedikit sebanyak menyatakan bahawa Kota Melaka juga memiliki kemakmuran aktiviti dagang dan pembangunan fizikal kota dan perbandaran yang sama atau lebih kurang seperti Venice. Maka, adalah munasabah untuk menyatakan bahawa Kota Melayu Melaka itu sendiri sememangnya sebuah kota batu bata yang kukuh seperti Venice. Aktiviti navigasi dan pelayaran yang dilakukan oleh sekian banyak negaranegara Eropah yang terkemudian daripada penjelajah Arab dan China telah mewujudkan aktiviti merekod dan mendokumentasi setiap perihal, bentuk muka bumi, gambaran fizikal, sosio-budaya dan ekonomi semua tempat dan negara yang dilawati. Laluan laut yang diikuti menjadikan lukisan lebih tertumpu kepada daratan persisiran pantai dan memperincikan lukisan atau lakaran kepada segala sesuatu yang dilihat secara objektif, dan kemungkinan sekali tiada unsur naratif atau hiperbola kepada segala rekod tersebut.

Gambarajah : Kota Melaka yang dilukis pada peta dunia pengembara Barat pada tahun 1510 menunjukkan dengan jelas bahawa terdapat kota batu pada geografi kedudukan Melaka setahun sebelum Portugis menyerang dan menjajah Melaka. (Sumber : Anonimo, Jorge Reinel; Portvgaliae Monumenta Cartographiga VolumeI-VI, Lisbon 1960)

Lantas, lukisan pelayaran oleh Jorge Reinel di atas sesungguhnya sesuatu yang menakjubkan dan sukar dinafikan. Dia menggambarkan sebuah kota batu yang besar dengan gaya kota Eropah bertentangan dengan Pulau Sumatera berskala kecil

(yang jelas sekali kerana tidak dilawati, sekadar mengetahui dan nampak daratan Pulau Sumatera). Gaya Eropah ini lazim kerana daripada lukisan peta dunia tersebut, kota di peta tersebut dilukis lebih kurang sama iaitu kota gaya Eropah. Kota batu bata yang gah dengan aksara beberapa huruf pada ruang penyata di atas lukisan kota yang sukar dibaca namun dapat diperhatikan terdapat enam atau tujuh huruf padanya dengan diakhiri huruf ‘A’. Gambaran dan petunjuk ini seolah memberitahu tentang kewujudan sebuah Kota Melayu Melaka kerana pertama, lukisan ini dibuat pada tahun 1510 iaitu setahun sebelum Portugis menakluk Melaka. Kedua, Melaka ketika itu telah mencapai kemuncak segala pembangunan fizikal dan stabil dari segi aktiviti perdagangan walau pentadbiran semakin lemah. Ketiga, satu-satunya kota yang maju dan dikenali seantero dunia pada tahun tersebut di Semenanjung Tanah Melayu adalah Kota Melaka. Maka, lukisan Reinel ini membantu membuktikan bahawa Kota Melayu Melaka itu wujud dan kotanya diperbuat daripada batu bata. Semasa bangsa Eropah rancak menjelajah dan meluaskan jajahan atau laluan perdagangan, pelukis dan penulis turut sama dalam siri penjelajahan sebagai perakam utama sesebuah tempat atau peristiwa. Mereka boleh juga menjadi pengintip atau pembekal maklumat kepada armada tentera ketika aktiviti perluasan empayar rancak dilakukan oleh negara-negara Eropah. Siri lukisan adalah suatu catatan atau bukti yang dengan mudah dipertikaikan dalam arena pembuktian fakta sejarah. Ini jelas kerana lukisan boleh menjadi objektif, subjektif atau punyai unsur seni dan naratif yang berlebihan. Namun, sesuatu lukisan gambaran atau kota yang dilukis pada zaman itu boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah sinar-x, mempunyai tanda air (watermark) sezaman, serta konsistensi gaya lukisan dan gaya melukis yang sama.

Gambarajah : Lukisan-lukisan oleh pengintip Eropah mengenai Melaka. (Sumber : Lisbon Library dan Arkib Kebangsaan Portugal serta koleksi British Library)

Lukisan-lukisan dalam simpanan kerajaan-kerajaan Eropah di atas dipercayai dilukis oleh pengintip-pengintip Belanda dan Portugal sebelum mereka meluaskan empayar jajahan ke kawasan Asia. Hal ini munasabah kerana lukisan-lukisan ini bertujuan untuk memperlihatkan keadaan semasa Kota Melayu Melaka dan bandarnya kemudian dianalisa sebelum melakukan sebarang tindakan perluasan kuasa atau perdagangan. Sebenarnya mereka mahu meluaskan kuasa kerana mereka berpaksikan kepada „Gold‟ (kekayaan), „Gospel‟ (agama) dan „Glory‟(kemahsyuran) yang diserap sejak kegagalan Perang Salib di Eropah. Lantas, lukisan perlulah tepat dan benar dalam merangka strategi penaklukan. Selain itu, gaya dan cara lukisan yang memperlihatkan kesamaan ciri dan karakter lukisan era Eropah ketika itu menguatkan kebenaran lukisan-lukisan tersebut. Stroke yang seakan-akan, gaya kecirian awan, bangunan, orang serta lukisan yang tidak semestinya berskala tepat merupakan ciri dan karakter sepadan lukisan-lukisan tersebut. Ini menunjukkan bahawa lukisan-lukisan itu lebih mementingkan kecirian karakter sesuatu tempat dan kecirian perbandaran berbanding nilai seni sesebuah lukisan. Dalam lukisan-lukisan tersebut, terdapat ciri-ciri menonjol yang menggambarkan empayar dan Kota Melayu Melaka. Banyaknya kapal yang datang berlabuh memenuhi persamaan sekian banyak catatan sejarah. Kota Melayu Melaka yang meliputi kawasan Istana Melaka, Masjid Agung Melaka, rumah-rumah pembesar dan bangunan-bangunan pentadbiran ditonjolkan sebagai binaan batu-bata dengan binaan bangunan ada yang setingkat atau dua tingkat, dengan majoriti bahan batu dan terdapat juga binaan kayu. Ini sesuai dengan catatan Eredia, Alfonso dan anaknya yang menyebut bahawa Kota Melaka era Portugis itu dibina di atas runtuhan Kota Melaka sebelumnya. Gaya senibina yang ditunjukkan pula mempunyai kesinambungan karakter senibina dari negara China, Timur Tengah dan Melayu dengan senibina dari China yang lebih menonjol. Ketiga-ketiga lukisan tersebut menampakkan karakter yang sama maka adalah sukar u...


Similar Free PDFs