FAKTOR PERKEMBANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DOCX

Title FAKTOR PERKEMBANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Author Rikiko Xiangling
Pages 1
File Size 12.8 KB
File Type DOCX
Total Downloads 16
Total Views 51

Summary

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA Perkembangan Kesultanan Melayu Melaka dapat dilihat sejak menyertakan diri dalam pemerintahan Parameswara sekitar 1400 sehingga kemangkatannya. Walau bagaimanapun, ahli sejarah pula berpendapat dan telah menyatakan bahawa kemuliaan Kesultanan Melay...


Description

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA Perkembangan Kesultanan Melayu Melaka dapat dilihat sejak menyertakan diri dalam pemerintahan Parameswara sekitar 1400 sehingga kemangkatannya. Walau bagaimanapun, ahli sejarah pula berpendapat dan telah menyatakan bahawa kemuliaan Kesultanan Melayu Melaka yang hakikatnya berlaku semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah (1459 – 1477). Dalam perkembangan Kesultanan Melayu Melaka , terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi perkembangan ini ia merangkumi Kebijaksanaan Sultan Pemerintah Melaka, Melaka sebagai Pusat Perdagangan dan Melaka Menjadi Pusat Ilmu Pengetahuan. Sistem pentadbiran yang sistematik dibentukkan oleh Sultan Melaka dan ia juga telah melantik pembesar-pembesar yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal seri dewan. Dalam pentadbiran tersebut, terdapat 40 orang bentara yang menjalankan perintah raja dan melantik biduanda kecil. Seterusnya, bagi melincinkan pengurusan Negara, Sultan Melaka akan melantik Pembesar Empat Lipatan yang dikenali sebagai Pembesar Berempat dan diikuti oleh Pembesar Berlapan Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua. Mereka berperanan menjalankan tanggungjawab iaitu membantui Pembesar Empat Lipatan dengan setia dan jujur. Mereka diberi kuasa untuk mentadbir wilayah, sungai atau pulau-pulau yang dikenali sebagai "Kawasan pegangan". Di samping itu, mereka telah diberi tugas untuk memungut cukai. Dalan proses pengukuhan pentadbiran dan pemerintahan, pembesar-pembesar juga telah memberikan sokongan padu dan kesetiaan kepada Sultannya yang akhirnya menjadikan negara kuat dan maju. Dengan ini, Melaka dapat menjadi sebuah Negara yang aman damai, kuat, rakyat yang bersatu-padu, dan kukuh pentadbiran. Selain itu, Sultan Melaka juga iman dan cerdas dalam menyelesaikan pertikaian rakyatnya, menjaga keamanan dan keselamatan negeri. Tokoh pembesar yang berwibawa seperti Bendahara Tun Perak yang berjaya mengalahkan serangan dari Siam. Kebijaksananya telah berhaya membantu dan menasihati Sultan menjadikan Melaka yang kukuh dan berjaya mengembangkan pengaruh dan wilayah di Asia Tenggara. Tuntasnya, sesebuah Negara akan aman, kuat dan maju akan wujud apabila rakyatnya bertaat kepada pemimpin negara, bekerjasama membangunkan ekonomi, bersedia untuk mempertahankan negara bersatu-padu untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan setia dan jujur....


Similar Free PDFs