CTU554 Kumpulan 2 Etika & Peradaban Masyarakat Melayu Melaka PDF

Title CTU554 Kumpulan 2 Etika & Peradaban Masyarakat Melayu Melaka
Course Values and Civilization II
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 23
File Size 364.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 838
Total Views 915

Summary

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN MELAKA KAMPUS JASINSEMESTER 4 SESI 2020/ OKTOBER 2020 – FEBRUARI 2021CTU PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN IITAJUK ETIKA & PERADABAN MASYARAKAT MELAYU MELAKADISEDIAKAN OLEH: ALIFF IZDIYAD BIN AZMI ( 2020358621 ) MUHAMMAD AFHAM BIN KAMARUDDIN (2020127775) M...


Description

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN MELAKA KAMPUS JASIN SEMESTER 4 SESI 2020/2021 OKTOBER 2020 – FEBRUARI 2021 CTU554 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN II TAJUK ETIKA & PERADABAN MASYARAKAT MELAYU MELAKA DISEDIAKAN OLEH: ALIFF IZDIYAD BIN AZMI (2020358621) MUHAMMAD AFHAM BIN KAMARUDDIN (2020127775) MUHAMMAD IRFAN BIN NOOR AZAM ( 2020953757) NUR SYAFIQAH BINTI YUSMAHAIDI ( 2020974221) NUR QISTINA BINTI AMERUDIN ( 2020964743) SURIA ANIZA BINTI MD SAIDI (2020980483) WILLMA ANAK JOSEPH (2020319745)

KELAS: M3CS2554A KUMPULAN: 2 DISEMAK OLEH: USTAZ MUHAMMAD FAIDZ BIN MOHD FADZIL PENILAIAN: PERKARA PENGENALAN

MARKAH TUGASAN 2

ISI & HURAIAN

8

CADANGAN / KESIMPULAN

2

RUJUKAN

4

ETIKA & MORAL PROFESIONAL

4

JUMLAH

20

MARKAH PELAJAR

ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN

1

2.0 SUSUR-GALUR MENGIKUT UNDANG-UNDANG MELAKA

2

2.1 MENGKAJI CIRI-CIRI KEKUATAN MELAYU ASASI

2

2.2 PENJAJAHAN BARAT KE ATAS PERADABAN MELAYU MELAKA

3

3.0 ANALISA IMPAK KOLONIALISME TAMADUN BARAT KEPADA PERADABAN MELAYU MELAKA

6

3.1 KESAN NEGATIF

6

3.2 KESAN POSITIF

8

3.3 RAFFLES: PENGASAS ILMU KOLONIAL DI ALAM MELAYU

11

4.0 FAKTOR-FAKTOR PENGUKUHAN DALAM PEMBINAAN PERADABAN MELAYU 4.1 MEMANTAPKAN HATI BUDI MELAYU KINI

14 14

4.2 MEMANTAPKAN BUDAYA ILMU, SAINS DAN TEKNOLOGI ORANG MELAYU 15 4.3 MEMANTAPKAN ORGANISASI DAN OPERASI PRASARANA DAN INSTITUSI BUDAYA DAN MASYARAKAT MELAYU SETEMPAT, SEWILAYAH DAN SEJAGAT BERASASKAN NILAI DAN ETIKA MORAL

16

5.0 KESIMPULAN

18

6.0 RUJUKAN

19

1 1.0 PENGENALAN

Peradaban mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa, iaitu kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. Terlalu banyak perbezaan telah berlaku seiring dengan kemajuan sesebuah peradaban, hasil daripada interaksi antara pihak luar, dan juga campuran bangsa yang terjadi daripada sesebuah tempat atau peristiwa, contohnya kepesatan Pelabuhan Selat Melaka yang memberikan titik permulaan percampuran bangsa di Tanah Melayu. Melayu terkenal akan etika dan adabnya yang penuh sopan santun, tinggi budi bahasa impak daripada dalam didikan yang dipupuk sejak kecil oleh kerana generasi terdahulu yang sangat mementingkan sikap dan adat. Hasil percampuran ini telah memberikan ruang buat ideologi luar, antaranya dari Barat dalam memperluaskan lagi pengaruhnya demi kepentingan yang tersendiri. Beberapa ideologi yang semakin berkembang seperti liberalisme, sekularisme dan juga kolonialisme. Kertas kerja ini akan memfokuskan tentang kolonialisme yang telah menyerang dan memberikan kesan yang mendalam terhadap masyarakat Tanah Melayu. Pengaruh ideologi telahpun meresap sehingga memberikan kesan perubahan adat dan etika, malahan infrastruktur masyarakat kini, dampakan pengaruh ideologi Barat. Melihat daripada perspektif negeri Melaka, pembangunan kota A’ Famosa diangkat sebagai sebuah tempat bersejarah, serta perkahwinan campuran Melayu-Portugis yang telah mencipta suatu sejarah besar dalam pembentukkan tamadun dan peradaban Tanah Melayu. Selain pembangunan kubu A’ Famosa, salah satu gereja tertua di Malaysia telah didirikan pada tahun 1753 di Melaka, iaitu Gereja Christ. Gereja ini telah didirikan oleh Belanda dan kini menjadi peninggalan yang memberi kesan terhadap masyarakat yang mengenali sejarahnya. Bukan setakat itu sahaja, pengaruh Barat juga turut memberi impak terhadap corak pemerintahan dan memberikan perubahan besar terhadap sistem politik, ekonomi dan sosial Tanah Melayu. Melalui kertas kerja ini, kita akan membincangkan sejarah sebelum dan selepas pembentukan Melaka, serta pembentukan Melaka sebelum dan selepas kedatangan kuasa Barat ke Tanah Melayu.

2 2.0 SUSUR-GALUR MENGIKUT UNDANG-UNDANG MELAKA Melaka amat terkenal dengan keunikan sejarahnya. Seperti yang diceritakan dari turun temurun, sejarah Melaka bermula apabila putera raja dari Palembang iaitu Parameswara terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit, baginda telah melarikan diri mencari perlindungan dek kekalahan ditumpaskan oleh Majapahit. Pada mulanya baginda ke Temasik untuk mencari perlindungan tetapi telah dihalau oleh penduduk Siam. Kemudian, Parameswara serta pengikutnya bergerak ke Muar dan akhirnya ke Bertam yang juga berdekatan dengan muara sungai Melaka. Ketika keberadaan baginda di Bertam, baginda telah melihat seekor pelanduk putih menendang anjing perburuannya. Dek kekaguman baginda terhadap peristiwa tersebut, Parameswara telah mendapat ilham untuk membuka negeri di situ dan menamakan negeri tersebut bersempena dengan nama pokok yang baginda bersandar tadi untuk berteduh iaitu pokok Melaka. Maka, dengan itu terbinalah sebuah negeri yang diberi nama negeri Melaka.

2.1 MENGKAJI CIRI-CIRI KEKUATAN MELAYU ASASI Kedua-dua isi di atas merujuk kepada beberapa kekuatan Melayu asasi yang membina peradaban Melayu Melaka dan menjadikan Melayu sebagai sebuah kabilah dunia yang global. Pertama sekali, konsep Melayu yang dijadikan sebagai entiti budaya boleh merangkumi pelbagai etnik, suku bangsa dan keturunan seperti India, Cina, Jawa dan lainlain. Konsep Melayu ini terdiri daripada mahir berbahasa Melayu, beragama Islam serta beradat resam dan berbudaya Melayu yang merangkumi budi pekerti yang halus, saling menghormati dan menjaga kebajikan orang ramai serta hormat dan khidmat terhadap orang tua dan tetamu dan tidak kasar atau ganas. Konsep Melayu ini dapat menjadikan Melayu amat terbuka kepada kaum etnik yang lain. Contohnya, kaum Peranakan Baba Nyonya yang sangat terkenal di negeri Melaka mempunyai persamaan dengan kaum Melayu seperti bahasa yang digunakan, makanan serta budaya walaupun agama yang dianutnya berbeza.

Seterusnya, budaya Melayu adalah keseluruhan cara hidup masyarakat Melayu yang diwarisi sejak beberapa dekad lalu. Ia dapat dibuktikan kedinamikannya dari sejarah peradaban Melayu. Budaya Melayu yang sangat terbuka dan mampu mengadaptasi unsurunsur positif dari luar demi membangunkan pendidikan dan teknologi peralatan yang menjadikan Melayu satu kabilah dunia yang global. Contohnya, beberapa laporan telah dibuat pada tahun 1950an hingga 1960an berkaitan dengan pendidikan untuk seluruh kaum yang menetap di Malaysia. Tetapi laporan tersebut mempunyai beberapa kelemahan. Setelah beberapa laporan yang kelebihannya mementingkan kaum sendiri demi mengekalkan

3 kedudukan mereka di Tanah Melayu, satu laporan yang dipercayai dapat menyatupadukan penduduk Tanah Melayu dari segi pendidikan. Hal ini dapat menunjukkan budaya Melayu yang mampu mengadaptasi unsur-unsur positif dari kesilapan laporan-laporan sebelumnya dapat membina satu sistem pendidikan yang mungkin masih ada sedikit kelemahan tetapi satu sistem pendidikan yang dapat menyatupadukan kaum di Tanah Melayu dan disetujui oleh seluruh kaum terutamanya India dan Cina. Akibat daripada penjajahan Inggeris, Belanda dan Portugis, masyarakat Melayu semakin ketinggalan dek kerana penyisihan daripada arus perkembangan perdagangan antarabangsa serta kemajuan ilmu sains dan teknologi menjadikan Melayu merupakan sebuah masyarakat yang terbantut dan terpinggir. Pelaut Melayu dan pedagang maritim juga semakin pupus sejak Portugis menjalankan sistem pentadbiran yang baru seperti kapal pedagang wajib membayar cukai dan mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang.

2.2 PENJAJAHAN BARAT KE ATAS PERADABAN MELAYU MELAKA Seperti yang kita tahu tentang sejarah negara kita, negeri Melaka merupakan negeri yang terkenal dengan hasil dagangan dari pelbagai negara. Melaka menjadi tempat pelabuhan pelbagai negara untuk berdagang dan menukar hasil dagangan. Bandar pelabuhan Melaka menguasai selat Melaka yang sempit tetapi strategik membuatkan semua kapal-kapal dagang yang melalui selat Melaka akan berhenti untuk berdagang. Maka, disebabkan perkara ini, Raja Manuel I dari Portugal membuat rancangan untuk menakluki Kota Melaka dan berjaya mengawal dan menggagalkan perdagangan Islam di Lautan Hindi. Pada tahun 1511, Portugis berjaya menakluki Melaka. Pada awalnya, mereka berjaya mencuri hati Sultan dengan memberi kiriman warkah dan hadiah tetapi orang-orang India dan Arab Muslim mendesak sultan untuk tidak mempercayai pihak Portugis. Sehingga terjadinya pertempuran antara tentera Portugis dengan tentera Melayu. Pada tahun 1641, Belanda pula menakluki Melaka. Belanda menakluki Melaka adalah tempoh paling lama Melaka dibawah kuasa asing. Belanda menyerang Melaka yang sedang dibawah kuasa Portugis semenjak tahun 1511 bertalu-talu sehingga menamatkan penaklukan Portugis terhadap Melaka. Serangan dari Belanda juga diperkuatkan dengan bantuan Sultan Johor dengan membawa seramai 1500 orang tentera. Setelah 183 tahun menakluki Melaka, mereka lebih memilih Batavia (Jakarta) sebagai pusat ekonomi dan pentadbiran. Tujuan mereka menakluki Melaka adalah untuk menghalang kota tersebut dari dikuasai oleh negara Eropah yang lain.

4 Pada tahun 1824, Perikatan British-Belanda dibuat yang mana memecahkan alam Melayu kepada dua iaitu Malaya dan Singapura kepada British manakala Kepulauan Nusantara kepada Belanda. Pada tahun 1826, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura disatukan menjadi negeri-negeri Selat. Setelah itu, pada tahun 1941, Perang Dunia ke-2 berlaku dimana Jepun mengebom Pearl Harbour (Pangkalan Laut di Hawaii). Pada tahun 1942, Melaka jatuh di tangan Jepun. Jepun telah membahagikan Melaka kepada 3 daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Pentadbiran Jepun di Melaka telah membawa keamanan dengan cara paksaan dan hukuman-hukuman berat. Jepun menyerah kalah di tanah melayu pada tahun 1945. Pada tahun 1945, British kembali menguasai Melaka. Setelah itu pada tahun 1948, Komunis menyerang dan menguasai Malaya selama 14 hari sehingga pihak British mengisytiharkan darurat sehingga tahun 1960. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan setibanya beliau dari London. Peradaban di Melaka dikuasai oleh keturunan Baba dan Nyonya. Baba dan Nyonya atau dikenali juga sebagai Peranakan adalah dikalangan kaum Cina tetapi mereka enggan mengakui bahawa mereka orang Cina sebaliknya mereka mengatakan mereka adalah rakyat British. Baba dan Nyonya mengikut warisan tradisi Cina tetapi mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Dari segi agama, mereka mengekalkan agama Buddha namun ramai juga dari kalangan remaja yang menganuti agama Kristian. Baba dan Nyonya mempunyai Bahasa sendiri iaitu Bahasa Baba iaitu sejenis dialek melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Masakan Baba dan Nyonya juga agak unik kerana mereka menggabungkan masakan Cina, Melayu dan budaya Asia Tenggara dalam resepi masakannya. Kesan penjajahan Barat terhadap peradaban Melayu Melaka adalah dari segi kesenian. Dunia diperkenalkan dengan aliran-aliran muzik barat yang pelbagai seperti rock dan jazz. Disebabkan aliran muzik dari Barat ini, muzik tradisional telah dipinggirkan oleh masyarakat masa kini.

5 Selain itu, perubahan dari segi Bahasa. Pada abad ke-14, ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, Bahasa Melayu merupakan lingua franca di kepulauan Melayu menjadikan Bahasa Melayu bahasa yang dituturkan oleh penduduk tempatan mahupun saudagar yang mengunjungi Melaka melalui Selat Melaka. Namun, pada masa kini, Bahasa Inggeris menjadi bahasa yang diutamakan dalam segala aspek termasuklah pendidikan di negara ini. Seterusnya, penjajahan Barat memberi kesan terhadap tulisan. Sekitar tahun 1300 Masihi, tulisan yang digunakan di Tanah Melayu adalah tulisan Jawi kerana perkembangan berhubung kait dengan ketibaan Islam. Tetapi kini, tulisan Jawi berubah menjadi rumi setelah sistem

pendidikan vernakular diperkenalkan. Sistem

ini merupakan sistem yang

menggunakan Bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar. Seperti kini, kaum Melayu menggunakan Bahasa Melayu, kaum Cina menggunakan Bahasa Mandarin dan kaum India menggunakan Bahasa Tamil. Tambahan juga, kesan penjajahan Barat juga mempengaruhi aspek politik. Barat telah memperkenalkan sistem demokrasi yang mana sistem ini menghapuskan sistem feudal melayu (Pemerintahan Beraja). Sistem demokrasi ini mementingkan suara rakyat dan rakyat berkuasa penuh dalam penentuan pemimpin mereka. Negara kita pada masa kini menggunakan sistem Demokrasi Berparlimen sejak mendapat kemerdekaan daripada British.

6 3.0 ANALISA IMPAK KOLONIALISME TAMADUN BARAT KEPADA PERADABAN MELAYU MELAKA. Kolonialisme mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat ialah dasar atau amalan oleh sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas sesebuah negara lain. Di dalam konteks ini, Malaysia yang terdahulunya dikenali sebagai sebahagian daripada Tanah Melayu merupakan negara yang telah dijajah oleh kuasa Barat seperti Portugis, Belanda serta penjajah dari Asia iaitu Jepun. Sehingga kini, kesan kolonial masih lagi berbekas didalam sesetengah masyarakat Malaysia, yang boleh dilihat daripada ikutan masyarakat terhadap sifat pemuja Inggeris atau “anglophile”, (Iszhanid, 2016). 3.1

KESAN NEGATIF KOLONIALISME

Kolonialisme telah memberikan impak yang sangat mendalam terhadap Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Penjajahan kuasa Barat mahupun Jepun sendiri telah menyebabkan ideologi kolonialisme itu diserapkan ke dalam masyarakat Melayu. Akibat daripada itu, masyarakat Melayu sehingga kini semakin mengikuti ideologi yang berasaskan dari Barat, mengagungkan kuasa Barat lebih daripada ajaran, serta adat Melayu itu sendiri. Perkara ini telahpun mempengaruhi pelbagai aspek masyarakat Melayu dan seterusnya memberikan impak yang lebih besar dan bukan sekadar kepercayaan seorang Melayu terhadap ideologi Barat sahaja. Terdapat beberapa aspek yang dapat dilihat yang dipengaruhi oleh ideologi kolonialisme. 3.1.1 Ekonomi Seperti sejarah yang telah tertulis, Tanah Melayu terdahulunya terkenal dengan kemahsyuran Pelabuhan di Selat Melaka yang menjadi salah satu tempat pilihan ramai dari segala pelusuk dunia untuk berdagang. Bahkan, sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka, terdapat sejarah tentang pembayaran ufti kepada beberapa pihak seperti ke negara China, Pagaruyung dan sebagainya sebagai tanda hubungan diplomatik antara dua negara. Ini menunjukkan kekukuhan ekonomi pada zaman tersebut sebagaimana coretan sejarah itu. Za’ba melihat situasi masyarakat Melayu pada era 1990an hidup dalam keadaan serba kekurangan, miskin dan juga mundur dalam segala aspek (Rohana et al, 2017). Akibat daripada kemiskinan inilah, masyarakat Melayu dilihat sebagai bangsa yang ketinggalan jauh berbanding bangsa-bangsa yang lain. Gaya hidup yang sederhana, keperluan yang cukup tidak cukup membuatkan masyarakat Melayu hidup dalam kehidupan yang sempit dan jauh berbeza daripada bangsa yang lain dari segi perlumbaan kemajuan seiring pembangunan negara. Bukan sahaja daripada segi kewangan, bahkan daripada segi asuhan dan didikan yang sempurna seperti masyarakat terdahulu juga masyarakat Melayu ‘miskin’.

7 3.1.2

Sosial Dan Keagamaan

Terdapat pelbagai campuran asing yang telah menghasilkan campuran bangsa dan agama yang datang dari luar Tanah Melayu sekaligus membawa ideologi mereka yang tersendiri. Kepercayaan tradisional yang masih meninggi dilihat sebagai suatu keadaan dimana masyarakat telah menyimpang daripada amalan dan ajaran Nabi Muhammad S.A.W. yang pada zaman itu masih lagi ada masyarakat beragama Islam yang mengikuti pengaruh animisme dan pengaruh Hindu. Mengikut fahaman Za’ba, kekurangan ilmu agama juga membawa kepada penyakit sosial (Rohana et al, 2017). Akibat daripada campur tangan ideologi luar seperti liberialisme, masyarakat Melayu terdedah dengan perkara yang boleh merosakkan jiwa seperti tontonan filem yang ‘terbuka’ menunjukkan babak yang tidak sepatutnya, memberikan kesan terhadap psikologi lebih-lebih lagi bagi golongan remaja yang sedang membesar.

Pengaruh ideologi Barat juga

mempengaruh pendidikan dan amalan seharian masyarakat. Melihat cara gaya hidup masyarakat kini, masyarakat berkecenderungan untuk mengikuti cara hidup seperti ajaran Barat yang lebih terbuka. 3.1.3 Pendidikan Masyarakat Tanah Melayu pada mulanya diterapkan dengan pendidikan berasaskan agama dimana pelbagai pendidikan yang diberikan bermula di pondok-pondok, surau, masjid dan tempat tempat agama. Pendidikan yang terdiri daripada pembelajaran kitab-kitab membantu masyarakat pada zaman itu membaca dan meneliti sebab munasabab setiap ayat yang diturunkan didalam Al-Quran misalnya. Tetapi pendidikan bukanlah untuk semua kerana pada zaman tersebut, setiap masyarakat itu mempunyai kepentingan lain, selain daripada menuntut ilmu. Seperti contoh, terdapat masyarakat yang perlu mementingkan pencarian rezeki demi kelangsungan hidup daripada menuntut ilmu yang lebih menggunakan kos yang tinggi. Kedatangan British yang telah mengasingkan pendidikan bagi masyarakat Tanah Melayu adalah suatu perbuatan yang menunjukkan rendah mutu kerana akibat daripada tindakan tersebut, telah wujudnya jurang yang besar terhadap sesama masyarakat berbeza bangsa yang dapat kita lihat hingga kini kesannya. Pendidikan formal diperkenalkan setelah peluang British meluaskan Kawasan jajahan termeterai melalui Perjanjian Pangkor pada 1874 (Rohana et al, 2017).pendidikan yang diterapkan oleh pihak British bersifat vernakular, dimana ia bermaksud pecah dan perintah. Masyarakat dibahagikan mengikut bangsa dan pendidikan diberikan berbeza, pendidikan yang diberikan bersesuaian serta dipantau oleh pihak British. Kewujudan sekolah-sekolah Inggeris pada zaman penjajahan Barat bukanlah

8 suatu perkara penubuhan yang ikhlas, kerana ia merupakan satu usaha dari kuasa Barat untuk menerapkan idealism Inggeris dalam kalangan masyarakat tempatan, (Iszahanid, 2016). Akibatnya, sistem pendidikan tidak konsisten telah melanda di tanah Melayu menyebabkan hak pendidikan buat masyarakat Tanah Melayu mempunyai perbezaan sedangkan semua layak dan sepatutnya mendapatkan pendidikan yang samarata. Melihat kepada keadaan sistem pendidikan negara kini, kita dapat lihat perpecahan yang berlaku kerana wujudnya jenis-jenis sekolah yang berbeza, mengikut bangsa yang terdapat di Malaysia. Terdapat banyak sekolah-sekolah yang diasakan pada zaman kegemilangan Britih menjajah Tanah Melayu. Spesifik di Melaka, terdapat satu sekolah yang diasaskan pada zaman penjajahan British iaitu Sekolah Tinggi Melaka atau Malacca High School, telah berusia 189 tahun.

3.2

KESAN POSITIF KOLONIALISME

3.2.1 Kegiatan Ekonomi Berkembang Pada awalnya, masyarakat Asia Tenggara mengamalkan bentuk ekonomi sara diri. Namun, selepas kedatangan kuasa barat ke Tanah Melayu, bentuk corak ekonomi mereka berubah ke arah sektor berasaskan perdagangan. Perubahan ini memberi impak yang besar kepada masyarakat Tanah Melayu, terutamanya masyarakat Melayu Melaka kerana terletak di lokasi yang strategik. Selat Melaka menjadi tumpuan persinggahan para pedagang. Melalui proses perdagangan ini, masyarakat diperkenalkan dengan proses import dan eksport tanaman baharu seperti kopi, teh, tebu, nanas dan getah. Pemodal Eropah juga telah memperkenalkan sektor perladangan, perindustrian dan perlombongan. Oleh kerana kawasan perladangan yang diterokai semakin besar, keperluan tenaga pekerja juga menjadi semakin tinggi. Oleh itu, tenaga buruh telah dibawa dari India dan China untuk memenuhi permintaan tenaga buruh yang tidak mencukupi. Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu berlaku dengan pesat sekali. Hal ini dikatakan sedemikian kerana revolusi perindustrian yang berkembang di Eropah. Perkara ini dapat dikaitkan apabila negara -negara Eropah saling bersaing untuk menghasilkan barangan industri. Oleh itu, perkara ini telah menyebabkan tanah – tanah jajahan British berusaha mendapatkan hasil industri yang banyak terdapat di Tanah Melayu dan negara – negara jajahan yang turut terlibat dalam aktiviti perdagangan. Melalui proses ini, Selat Melaka yang merupakan laluan kapal – kapal dagang menjadi pusat per...


Similar Free PDFs