Alat Muzik Tradisional Masyarakat Melayu PDF

Title Alat Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Author Iskandar Suhaimi
Course Malaysian Nationhood Studies
Institution Universiti Utara Malaysia
Pages 21
File Size 320.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 597
Total Views 763

Summary

1Alat muzik traditional merupakan warisan budaya dan lambang bagi setiap kaum di Malaysia. Setiap kaum mempunyai alat muzik traditional sendiri tidak terkecuali kaum Melayu. Masyarakat Melayu di Malaysia kaya dengan pelbagai jenis alat muzik tradisional yang unik dan istimewa. Alat muzik traditional...


Description

1.0 PENGENALAN Alat muzik traditional merupakan warisan budaya dan lambang bagi setiap kaum di Malaysia. Setiap kaum mempunyai alat muzik traditional sendiri tidak terkecuali kaum Melayu. Masyarakat Melayu di Malaysia kaya dengan pelbagai jenis alat muzik tradisional yang unik dan istimewa. Alat muzik traditional Melayu merupakan satu jenis kebudayaan yang berperanan sebagai saluran komunikasi dan hiburan dengan cara mengiringi seni persembahan dalam masyarakat melalui penghasilan alunan bunyi yang pelbagai. Penggunaan alat muzik traditional Melayu sebagai media warisan yang amat penting dalam proses komunikasi manusia. Alat muzik bukan sahaja melibatkan manusia dalam permainan malah peralatan membantu proses itu. Alat-alat muzik tadisional yang dimainkan oleh orang Melayu adalah kompang, gong, rehab, erofon, serunai, gambus, angklung, kordofon, canang, gambang kayu dan sebagainya. Alatalat muzik traditional Melayu akan dimainkan semasa Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, majlis perkahwinan. perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. (Nasuruddin, 1992) Dalam kajian ini, kumpulan kami akan mengkaji tentang alat muzik angklung, kordofon, kompang dan erofon. Angklung akan digetarkan agar dapat berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi alat muzik angluang akan menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan. Alat muzik kordofon ialah alat muzik yang dimainkan dengan menggunakan cara petikan. Ini bermaksud setiap alat muzik kordofon menggunakan tali yang direngangkan. Alat muzik kordofon akan menghasilkan bunyi melalui getaran pada tali yang ditegangkan. Kompang dimainkan dengan memegang sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain. Peralatan muzik erofon dimainkan melalui hembusan atau tiupan. Kaum Melayu mempunyai banyak kebudayaan yang istimewa yang semakin dilupai oleh orang ramai. Kebudayaan tradisional haruslah diwarisi dari generasi kepada generasi supaya tidak terputus.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian tentang alat-alat muzik tradisional Melayu di Malaysia merangkumi objektifobjektif berikut: a. Untuk mengkaji sejarah dan latar belakang alat-alat muzik tradisional Melayu. b. Untuk mengenal pasti jenis-jenis alat muzik tradisional Melayu. c. Untuk mengkaji fungsi dan peranan serta cara untuk bermain alat-alat muzik tradisional.

3.0 HASIL KAJIAN

3.1 ALAT IDIOFON

Jenis-jenis alat yang mana suaranya dapat dihasilkan secara spontan melalui kaedah-kaedah seperti laga, goyang dan ketukan mengikut keadaan dan bentuk semulajadi sesebuah alat itu. Yakni sifat alat tidak memerlukan persediaan awal bagi maksud penalaan untuk menghasilkan bunyi. Jenis alat muzik idiofon terbahagi kepada tiga :i.

Knobbed gong – Gong / Tetawak, Anak dan Ibu , Gong Terinai, Gong Nobat, Gong Agung , Gong Suwukan, Keromong / Monang, Canang, Cak Lempong, Mong dan Kempul.

ii.

Slabed-type iaitu alat muzik yang berbilah, yang diperbuat daripada perunggu, kuningan, besi, kayu dan buluh . Contoh alat ini ialah Saron Demung , Saron Barung, Penerus, Slentem, Gambang Kayu, Gambang Buluh, Gender, Kecerek dan Kelinang.

iii.

Tubed-type iaitu yang ‘bertabungs’ ataupun ‘tabung’ yang diperbuat daripada buluh atau kayu. Contohnya ialah Angklung , Kertuk Buluh dan Kertuk Kayu . 3.1.1

ANGKLUNG

Dalam konteks ini , alat muzik Angklung akan diterangkan dengan lebih terperinci.

3.1.1.1 ASAL USUL ANGKLUNG Sejak kapan angklung muncul masih belum bisa diketahui secara pasti. Namun, ada angklung tertua yang usianya sudah mencapai 400 tahun. Angklung tersebut merupakan Angklung Gubrag yang dibuat di Jasinga, Bogor, Jawa Barat. Di Serang, angklung jenis ini dianggap sebagai alat musik sakral yang digunakan saat mengiringi mantera pengobatan orang sakit atau menolak wabah penyakit (Johari,2017) . Namun pada awalnya, Angklung dimainkan untuk memanggil Dewi Sri turun ke bumi untuk memberikan kesuburan dan kemakmuran pada tanah pasundan. Pada masa penjajahan Belanda, angklung menjadi alat musik yang membangkitkan semangat nasionalisme penduduk pribumi. Karena itu, pemerintah

Belanda melarang permainan angklung, kecuali jika dimainkan oleh anak-anak dan pengemis karena dianggap tidak memberikan pengaruh apa pun.Setelah mengalami pasang surut, Daeng Soetigna berhasil menaikkan derajat alat musik angklung. Bahkan, angklung diakui oleh seorang musikus besar asal Australia Igor Hmel Nitsky pada 1955. Angklung dengan suara diatonis yang diciptakan oleh Daeng membuat angklung turut diakui pemerintah sebagai alat pendidikan musik.

3.1.3 DEFINISI DAN CIRI-CIRI ANGKLUNG Angklung adalah alat musik yang terbuat dari dua tabung bambu yang dikaitkan pada rangka. Tabung ini berbeda satu sama lainnya. satu kecil dan yang lain lebih besar. Kedua tabung ini akan menghasilkan bunyi dengan menggoyangkan rangakanya sehingga badan tabung beradu dengan rangakanya. Terdapat beberapa nada/laras yang bisa dihasilkan dari alat musik angklung yaitu Pelog, Salendro, Pentatonis dan Diatonis. Laras ini dibentuk pada saat pembuatan tabungnya, penyeteman atau penyesuaian nadalah yang menentukan nada tiap angklung. Penggunaan alat musik ini pada awalnya adalah digunakan untuk upacara yang berhubungan dengan padi dengan tujuan menghormati Dewi Padi pemberi kehidupan (hirup-hurip), yaitu mulai dari menanam padi di huma (ladang), ngubaran pare (mengobati padi) sekitar tiga bulan dari sejak ditanamnya padi (Baduy/Kanekes), setelah panen seluruh masyarakat mengadakan acara Serah Taun di pusat kampung. Sesuai dengan perkembangan kesenian angklung digunakan untuk hiburan dan penyebaran agama islam. (Pratiwi,2013)

3.1.4 BAHAN PEMBUATAN Buluh yang digunakan sebagai bahan Angklung adalah adalah buluh hitam(awi wulung) dan buluh putih(awi ternen) . Tiap nada yang dihasilkan berasal dari bunyi tabung buluhnya yang berbentuk bilah setiap ruas buluh dari ukuran kecil hingga besar.

3.1.5 JENIS – JENIS ANGKLUNG

i.

Angklung Kanekes Angklung di daerah Kanekes digunakan terutamaya untuk pemujaan padi, bukan hanya untuk hiburan semata. Angklung digunakan atau dibunyikan ketika petani menanam padi di ladang. (Sugeng HR,2013)

ii.

Angklung Reyog Angklung Reyog merupakan alat muzik untuk mengiringi tarian reyog ponorogo di jawa timur. Angklung Reyog memiliki bunyi yang spesifik dari segi suara yang sangat keras, memiliki dua nada serta bentuk lengkungan rotan yang menarik dan bentuknya tidak seperti Angklung umum yang berbentuk kiub. Angklung ini memiliki hiasan benang berumbai dengan warna yang cantik.

iii.

Angklung Banyuwangi Angklung ini berbentuk seperi calung dengan nada budaya banyu wangi.

iv.

Angklung Bali Angklung bali memiliki bentuk dan nada yang melambangkan Bali.

v.

Angklung Dogdog Lojor Kesenian

dogdog

lojor

terdapat di masyarakat

Kasepuhan

Pancer

Pangawinan atau kesatuan adat Banten Kidul yang tersebar di sekitar Gunung Halimun. Meski kesenian ini dinamakan dogdog lojor, iaitu nama salah satu instrumen di dalamnya, tetapi di sana juga digunakan Angklung kerana kaitannya dengan acara pemujaan padi.

vi.

Angklung Gubrag Angklung gubrag terdapat di kampung Cipining, wilayah Cigudeg, Bogor. Angklung ini telah berusia dan digunakan untuk menghormati dewi padi dalam kegiatan menanam padi, mengangkut padi, dan menempatkan ke gudang.

vii.

Angklung Badeng Badeng merupakan jenis kesenian yang menekankan segi musikal dengan Angklung sebagai alat muzik yang utama. Badeng terdapat di Desa Sanding, wilayah Malangbong, Garut.

viii.

Angklung Padaeng Angklung padaeng adalah Angklung yang dikenalkan oleh Daeng Soetigna sejak sekitar tahun 1938. Kelebihan pada Angklung padaeng ialah bunyi Angklung ini selaras nada Diatonik yang sesuai dengan sistem muzik barat. Oleh itu, Angklung padaeng dapat memainkan lagu-lagu antarabangsa, dan dapat bermain dalam Ensembel dengan alat muzik yang lain.

Angklung Sarinande Angklung sarinande adalah istilah untuk Angklung padaeng yang hanya memakai nada bulat saja (tanpa nada kromatik) dengan nada dasar C. Unit kecil Angklung sarinade berisi 8 Angklung (nada Do Rendah sampai Do Tinggi), sementara sarinade plus berisi 13 Angklung (nada Sol Rendah hingga Mi Tinggi). Angklung Toel Angklung toel diciptakan oleh Kang Yayan Udjo pada tahun 2008. Pada alat ini, ada rangka setinggi pinggang dengan beberapa Angklung diletakkan dengan posisi terbalik dan diikat getah. Untuk memainkannya, seorang pemain perlu menarik Angklung tersebut, dan Angklung akan bergetar beberapa saat kerana adanya getah. Angklung Sri-Murni Angklung ini merupakan diasaskan Eko Mursito Budi yang khusus diciptakan untuk keperluan robot Angklung. Sesuai namanya, satu Angklung ini memakai dua atau lebih tabung suara yang nadanya sama, sehingga akan menghasilkan nada murni (mono-tonal). Ini berbeza dengan Angklung padaeng yang multi-tone.

Angklung solo Angklung solo adalah konfigurasi dimana satu unit Angklung digantung pada suatu palang sehingga boleh dimainkan satu orang saja. Sesuai dengan konvensi nada diatonis, maka ada dua jajaran gantungan Angklung, yang bawah berisi nada penuh, sedangkan yang atas berisi nada kromatik. Angklung Solo ini diasaskan oleh Yoes Roesadi tahun 1964, dan dimainkan bersama alat musik basanova dalam group yang menamakan diri Aruba (Alunan Rumpun Bambu). Sekitar tahun 1969, nama Aruba ini disesuaikan menjadi Arumba. 3.1.6 TEKNIK PERMAINAN ANGKLUNG Cara memainkan Angklung boleh dikatakan sangat mudah kerana pemuzik hanya perlu memegang rangka Angklung pada salah satu tangan (biasanya tangan kiri) sehingga Angklung tergantung bebas, sementara tangan lainnya (biasanya tangan kanan) menggoyangnya hingga berbunyi. Dalam hal ini, ada tiga teknik dasar menggoyang Angklung: i.

Kurulung (getar), merupakan teknik paling umum dipakai, dimana tangan kanan memegang tabung dasar dan menggetarkan ke kiri-kanan berkali-kali selama nada ingin dimainkan.

ii.

Centok (sentak), adalah teknik dimana tabung dasar ditarik dengan cepat oleh jari ke telapak tangan kanan, sehingga Angklung akan berbunyi sekali saja (stacato).

iii.

Tengkep, mirip seperti kurulung tetapi salah satu tabung ditahan tidak ikut bergetar. Pada Angklung melodi, teknik ini menyebabkan Angklung mengeluarka nada murni (satu nada melodi saja, tidak dua seperti biasa). Sementara itu pada Angklung akompanimen mayor, teknik ini digunakan untuk memainkan akord mayor (3 nada), apabila yang akord dominan septim (4 nada) dimainkan.

Sementara itu untuk memainkan satu unit Angklung guna membawakan suatu lagu, pemuzik perlulah dipimpin oleh seorang konduktor. Pada setiap pemuzik akan diberikan satu hingga empat Angklung dengan nada berbeza. (Zulfa Azizah, 2014)

3.2 ALAT KORDOFON 3.2.1 Sejarah Ringkas – Alat Alat tali yang Bergesek

Idea terawal menggunakan kaedah gesekan bagi alat-alat tali di dunia dikatakan bermula dari kalangan orang-orang nomad yang telah mendiami di kawasan lapang di Utara Kirghiz, Kazakh dan Mongolia. Mereka juga dipercayai telah turut memperkenalkan alat-alat lutes yang digesek ke kawasan benua India dan sekaligus turut mengubah bentuk-bentuk alat tali dari jenis yang berleher pendek seperti mana yang ada sekarang ini. Alat-alat seperti ‘’Sarang’, ‘Sarinda’, ‘Sarod’ dan juga ‘Sarangi’ yang berkembang di India, Pakistan, Kashmir dan Afghanistan adalah terhasil daripada pengaruh pemikiran mereka dan melihat begitu berbeza sekali berbanding dengan bentuk-bentuk alat gesek yang terdapat di kawasan Barat Daya dan Timur Tengah. Kini sejenis alat yang digesek dan diakui tertua masih dapat dikesan di Mongolia. Ianya dikenali sebagai ‘Morin Khuur’. Adapun, kaedah gesekan yang dikatakan bermula dari empayar Islam dan Byzantine hampir seribu tahun yang lalu adalah dianggap baru jika dibandingkan dengan kelahiran awal lutes di dunia yang dikatakan bermula dari kalangan orangorang Sumer, kemudiannya Babylon dan Egypt. Setelah itu, pada abad kelapa sebelum Masihi ataupun lebih awal lagi, muncul pula sejenis lute yang berleher pendek dan mempunyai bentuk badan yang membujur. Alat ini telah ditemui di Parsi, dikenali dengan naman ‘barbat’ dan merupakan ancestor kepada alat Úd’ seperti mana yang kita fahami dengan istilah ‘Gambus’ iaitu alat bertali yang terpenting dalam muzik klasik Arab. Adapun alat fiddles sepertimana yang diketahui umum, adalah lutes di mana talinya digesek. Ianya merupakan satu ekstensi ataupun lanjutan daripada alat-alat lutes yang dipetik dan sifatnya adalah deriavatif. Zaman keagungan Islam turut membawakan alat-alat fiddles ke seluruh pelusuk dunia hingga ke negara China dan turut berkembang dengan keadaan bentuk, nama serta fungsi yang pelbagai hasil daripada pengaruh setempat. Secara evolusi, alat fiddles wujud dalam dua jenis dan mempunyai kaitan rapat antara satu sama lain. Pertama, yang diasaskan daripada lutes yang berleher panjang di mana kebanyakkan daripadanya mempunyai spike ataupun ‘kaki’ dan lehernya

dipasang menembusi badannya yang ditutup dengan bahan yang berkualiti. Maka alat-alat ini secara umum telah ditakrifkan sebagai The Spike Fiddles. Di antaranya, seperti Rebab yang terdapat di Malaysia dan Indonesia, Saw Sam Sai di Thailand, Lira di Greece, Gichak di Afghanistan, Gebab di Jordan dan Egypt, Joze di Iraq, Kamancha di Iran dan Mosenqo di Ethiopia, adalah antara contoh-contoh alat yang terdapat di golongan di bawah sistem The Spike Fiddles. Manakala jenis kedua yang diasaskan daripada lutes yang berleer pendek dan badannya kelihatan membujur serta ramping di tengah-tengah dan tidak mempunyai spike ataupun ‘kaki’. Secara umum ianya telah ditakrifkan sebagai The Non-Spike Fiddles. Alat alat seperti Rebab yang dapat di Maghribi, Kemayche di India dan Violin di Barat adalah tergolong di bawah sistem ini. Manakala alat Rebab seperti yang terdapat di Afghanistan adalah jenislute yang berleher pendek tetapi talinya dipetik dan mempunyai bentuk yang sama seperti alat Rebab yang terdapat di Maghribi di mana talinya digesek. Di kalangan masyarakat orang-orang nomad dari kaum Badwi yang mendiami di kawasan Padang Pasir terdapat sejenis fiddles bertali satu yang digunakan sebagai alat iringan untuk nyanyian syair mereka dan alat ini dikenali sebagai Rabab. Mengikut sejarah, Rabab bertali satu telahpun muncul sejak zaman kegemilangan dan keagungan Parsi lagi dan di Parsi alat ini digunakan untuk mendeklamasikan sajak atau syair, dikenali sebagai Rabab Ul-Shaer. 3.2.2 Rebab Tiga Tali

3.2.2.1 Asal- Usul Rebab Tiga Tali Alat gesek tanpa fret. Ianya berasal dari Timur Tengah, juga dikatakan sebagai satu legasi ataupun warisan peninggalan terhasil daripada penyebaran agama Isla di rantau ini. Secara fizikal, perkembangan Rebab tiga tali di Malaysia dapat dilihat sebagai satu objek seni yang mengandungi kedua-dua unsur yang sering berkaitan iaitu adaptational dan idiosyncratic. Secara adaptasi rebab mempunyai makna simbologi yang terdiri daripada segi estetiknya yang berhubungan dengan bentuk, hiasan dan struktur fizikalnya.

3.2.2.2 Cara Pembuatan Rebab Tiga Tali Secara morfologi, komponen rebab tiga talu dalam pembinaannya telah distrukturkan mengikut system pernamaan yang disenut sebagai human metaphorical anatomy. Dimana mempunyai kepala, leher, tengkok, muka dan kaki. Manakala, bagi akustik bunyinya pula sering dikaitkan dengan bunyi dengung atau drone dari sejenis ungags, spesis kumbang. Maka itu, alat ini juga secara analoginya sebagai Sri Kumbang atau Sri Umbang oleh masyarakat setempat. Manakala dari pengaruh ‘idiosinkretik’ ianya perlu dilihat terhadap aspek morfologinya yang asal seperti pemasngan leher (tengkuk), menembusi badan (tempurung muka) dan dilengkapkan dengan kaki ( spike). Mukanya ditutup dengan bahan daripad kulit. Bagi rebab tiga tali, kulit ari dari bahagian dalam perut lembu digunakan bagi tujuan ini. 3.2.2.3 Acara Yang Menggunakan Rebab Tiga Tali Rebab tiga tali digunakan sebagai alat melodi dalam ensemble Mak Yong, Main Petri, Menora dan Tarik Selampit yang asalnya berkembang di negeri Kelantan. Dalam Tarik Selampit ianya digunakan sebagai alat gandingan dengan penceritanya yang bergelar Tok Selampit atapun penglipur lara. 3.2.2.4 Ciri-ciri Rebab Tiga Tali Kini rebab tiga tali yang dikategorikan di bawah system silk instrument pada suatu ketika dahulu telahpun menggunakan tali-tali gitar akustik yang bersesuaian bagi menggantikan tali-tali dari benang dari atli sutera. Dimana tali satu telah diselaraskan kepada sistem pic Barat iaitu ‘B Flat’ yang berada pada Major 2nd dibawah Middle C sebagai tali ‘FA’, manakala bagi tali dua dilaraskan kepada nada ‘F’ sebagai ‘DOH’ dan tali tiga dilaraskan kepada nada ‘C’ sebagai nada ‘SOL’ yakni, dalam keadaan ‘empat gelap’ menurun. Ini bagi membolehkannya berfungsi dengan lebih positif bagi kepuasan estetikanya mengikut zaman. Dalam pembinaan melodinya yang bermelismatik itu, terdapt jeda-jeda yang bersifat microtone iaitu lebih kecil dari semitone ataupun separa ton dan tali-talinya digesek secara berduaan (in double course) dan teknik double stopping sering dilakukan bagi nada bernilai panjang.

3.2.2.5 Spesifikiasi Rebab Tiga Kali Di negeri Kedah terdapat Rebab tiga tali yang pernah digunakan dalam permainan Mak Yong di Kedah. Tali-talinya masih menggunakan tali-tali yang dipintal daripada benang kapas dan dilaraskan tidak mengikut pic yang spesifik. Bentuk tempurung ataupun mukanya adalah bujur dan mempunyai kaki paksi yang tinggi. Ini seolah-olah menyerupai dengan sejenis Rebab yang terdapat di negara jiran iaitu Thailand, dikenali sebagai ‘Saw Sam Sai’. Manakala di Kelantan juga pada suatu ketika dahulu terdapat sejenis Rebab bertali dua yang pernah digunakan dalam permainan Wayang Kulit Melayu. Alat ini dikatakan mempunyai pengaruh serta ciri-ciri ekustik yang sama yang terdapat di Tanah Jawa, Indonesia. Berkemungkinan besar ianya dibawa dari Jawa bagi mengiringi teater Wayang Kulit Melayu yang juga berasal dari Jawa, iaitu yang memusatkan ceritanya kepada epik Mahabhrata. Kini tradisi berkenaan telah pun pupus. Oleh yang demikian apabila fenomena seperti ini berlaku maka ianya bukan sahaja turut menghapuskan segala sistem muzik bahkan sekali gus dimensi budaya rakyat serta falsafahnya yang amat berkait rapat dengan prinsip ketuhanan serta hubungan manusia dengan alam sebagai prinsip dasar dalam kehidupan. 3.2.3 Gambus 3.2.3.1 Asal- Usul Gambus Alat tali dari keluarga ‘Ud’. Ianya berasal dari Timur Tengah dan telah ditakrifkan secara umum sebagai alat lute yang berleher pendek. Di Malaysia terdapat dua jenis Gambus yang sering digunakan untuk memainkan muzik yang berunsur Arab dan juga Ghazal (Hilarian, n.d.). Satu dikenali umum sebagai Gambus Hadramaut dan mempunyai sebelas tali, manakala yang satu lagi dikenali sebagai Gambus Hijaz, iaitu dari wilayah Arab termasuk Iraq sekarang ini yang pada seketika dahulu dikenali sebagai Wilayah Hijaz. Gambus Hijaz mempunyai lapa tali kesemuanya. 3.2.3.2 Ciri-ciri Gambus Bagi Gambus Hadramaut, badannya berbentuk seperti buah pir diperbuat daripada cantuman beberapa kepingan kayu daripada jenis seperti ‘seraya merah’, ‘seraya bunga’, ‘merawan’dan ‘durian belanda’. Lehernya telah dibuat dariapda kayu ‘nangka’manakala mukanya telah ditutup dengan sejenis kayu ‘ pine’. Kayu ini dikatakan yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai papan mukanya. Lubang suara yang bertebuk itu, diukir daripada kayu papan lapis. Bagi Gambus Hijaz yang sering digunakan dalam persembahan ‘Hamdolok’di Johor, badannya diperbuat daripada

kayu ‘nangka’dan ditebuk untuk dijadikan ruang gemanya. Pada permukaan tersebut ditutup dengan kulit kambing sebagai resonator. 3.2.3.3 Cara Pembuatan Gambus Kebanyakkan daripada alat Gambus yang didapati berkembang di Malaysia adalah dibuat oleh tukang-tukang yang mahir yang terdapat di Johor dan Kedah. Ianya telah diakui dapat menghasilkan mutu suara yang terbaik di rantau ini. Gambus Hadramaut tidak mempunyai f...


Similar Free PDFs