Tamadun India dan Pengaruhnya Terhadap Masyarakat Melayu di Malaysia PDF

Title Tamadun India dan Pengaruhnya Terhadap Masyarakat Melayu di Malaysia
Course Islamic & Asian Civilisation
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 10
File Size 388.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 209
Total Views 754

Summary

Kandungan Pendahuluan Penghargaan i Latar Belakang Tamadun India Sistem Pemerintahan Agama, Kepercayaan dan Adat Resam Bahasa dan Kesusasteraan Senibina dan Seni Ukir Kesimpulan Rujukan Pendahuluan Tamadun atau pun dalam Bahasa Inggeris civilization adalah bermaksud peradaban. Perkataan tamadun bera...


Description

Kandungan Penghargaan …………………………………….……………………………………

i

Pendahuluan …………………………………….…………………………………….

1

Latar Belakang Tamadun India ………………….…………………………………..

1

Sistem Pemerintahan ………………….……………………………………………..

2

Agama, Kepercayaan dan Adat Resam ……………………………………………

3

Bahasa dan Kesusasteraan ………………………………………………………..

5

Senibina dan Seni Ukir ……………………………………………………………

7

Kesimpulan ………………………………………………………………………….

8

Rujukan ………………………………………………………………………………

9

M u k a s u r a t 1 | 10

Pendahuluan Tamadun atau pun dalam Bahasa Inggeris civilization adalah bermaksud peradaban. Perkataan tamadun berasal dari perkataan Arab “madana”, “mudun”, yang bermaksud kota. Perkataan civilization pula berasal dari Bahasa Greek “civitas” yang bererti bandar. Para ilmuan di serata dunia mempunyai definisi mereka yang tersendiri dalam menerangkan konsep tamadun. Masyarakat barat misalnya, mendefinisikan tamadun sebagai keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Ibnu Khaldun di dalam bukunya Al-Mukaddimah, mengistilahkan tamadun sebagai umran yang membawa maksud masyarakat yang mempunyai ciri-ciri pegangan agama yang kuat, sistem kenegaraan dan perundangan yang teratur, kehidupan cara bandar, pencapaian kaedah penulisan yang tinggi dan kepakaran dalam bidang senilukis dan senireka. Ibnu Khaldun merupakan ilmuan yang terawal mengkaji dan menulis tentang peradaban.

Menurut Syed Naquib al-Attas pula, tamadun ialah

pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Secara amnya, konsep tamadun bukan hanya mengutamakan pencapaian dari segi lahiriah sahaja, tetapi hendaklah selari dengan pencapaian kerohanian, moral dan tatasusila.

Latar Belakang Tamadun India Tamadun India merupakan antara tamadun yang terawal di dunia. Ia dianggap sebagai tamadun yang terbesar dan banyak memberi kesan terhadap tamadun-tamadun selepasnya. Tamadun ini bermula di lembah Indus yang disaliri oleh sungai Indus. Sungai ini berpunca dari pergunungan Himalaya dan mengalir ke laut Arab.

Bandar utama semasa

kegemilangannya ialah Harappa dan Mohenjo-Daro. Tamadun India dikesan sekitar 2500 sebelum Masihi hasil penemuan arkeologi di kawasan Mehonjo-Daro. Penemuan tersebut membuktikan bahawa masyarakat di lembah Indus telah mencapai peradaban yang tinggi.

Negara India terbahagi kepada dua kawasan geografi iaitu India Selatan dan India Utara yang dipisahkan oleh pergunungan Vindhya.

Faktor geografi ini telah menyebabkan

perkembangan budaya dan Bahasa yang berbeza di antara keduanya. Masyarakat India Utara dikenali sebagai Indo-Arya dan menggunakan Bahasa Sanskrit; masyarakat yang berada di Selatan India pula menggunakan Bahasa Tamil.

Kedatangan Tamadun India ke Tanah Melayu Pengaruh tamadun India dianggarkan telah bertapak dan berkembang di Kepulauan Melayu sejak berabad lamanya. Ahli arkeologi telah menemukan sisa jeti, tapak peleburan besi dan binaan batu-bata bertarikh 110 sebelum Masihi di Lembah Bujang, Kedah. Penemuan binaan

M u k a s u r a t 2 | 10

tersebut direkodkan sebagai binaan manusia yang tertua di Asia Tenggara. Selain itu, terdapat juga patung-patung, batu bersurat atau prasasti dan peralatan yang mempunyai kaitan dengan tamadun India sekaligus membuktikan telah wujud satu hubungan antara tamadun India dan Semenanjung Tanah Melayu pada ketika itu. Kedatangan orang India ke Semenanjung Tanah Melayu dipercayai melalui perbagai cara seperti perdagangan, penyebaran agama dan penjelajahan.

Selat Melaka misalnya,

merupakan kawasan perdagangan maritim yang amat strategik sehingga berjaya menjadi salah sebuah pelabuhan entrepot. Logam emas dan timah adalah antara barangan yang menjadi tumpuan pedagang asing sehinggakan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera digelar sebagai Suvarnadvipa dan Suvarnabhumi (Semenanjung Emas). Hasil pertembungan unsur-unsur luar, masyarakat Tanah Melayu telah mengalami perubahan di pelbagai sudut.

Sistem Pemerintahan Pada awal kemunculannya, tamadun India mengamalkan sistem teokrasi iaitu pemimpin adalah dari golongan pendeta dan berkuasa mutlak. Sistem beraja atau monarki dimulai oleh Chandragupta Maurya semasa pemerintahan kerajaan Maurya. Dalam sistem monarki, raja berada di puncak tertinggi pemerintahan diikuti dengan kerabat diraja, pembesar dan ahli agama iaitu Brahmin. Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan meliputi pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara. Takhta raja diwariskan kepada putera raja secara turun-temurun. Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib ditaati. Bagi mengukuhkan kedaulatan raja, diwujudkan adat-istiadat seperti pertabalan raja yang disertai pula dengan pelbagai alat kebesaran diraja.

Walaupun sistem monarki di India runtuh dan lenyap setelah penjajahan British ke atas India, namun pengaruhnya kepada sistem pemerintahan beraja di Malaysia kekal sehingga hari ini. Gelaran ‘raja’ turut digunakan tetapi ditukar kepada Sultan setelah kedatangan Islam. Di Malaysia, Yang di Pertuan Agong merupakan ketua tertinggi negara. Yang di-Pertuan Agong dilantik dikalangan sembilan Sultan Negeri-negeri Melayu secara bergilir setiap lima tahun. Adat-istiadat tertentu dilakukan sewaktu pertabalan Sultan dan Yang di-Pertuan Agong. Semasa pertabalan Sultan Negeri Perak contohnya, terdapat upacara seperti Adat Istiadat Tabal Kerajaan, Istiadat Tabal Adat dan Istiadat Tabal Pusaka. Keris Diraja, Kalung Diraja, Cogan Alam, Cogan Agama dan Cokmar adalah sebahagian daripada alat-alat kebesaran yang digunakan semasa majlis pertabalan.

Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang besar dalam perkembangan sesebuah tamadun. Antara agama yang menjadi pegangan masyarakat India adalah Hindu, Buddha,

M u k a s u r a t 3 | 10

Islam, Jaina dan Sikh. Agama Hindu merupakan agama yang dominan. Nama asal agama Hindu ialah Sanatana-dharma bererti perinsip dan peratuan kerohanian yang kekal abadi. Perkataan Hindu itu berasal dari perkataan Siddhu, iaitu suatu tempat di lembah Sungai Indus. Agama Hindu dianggap bersifat politisme kerana memuja banyak dewa. Tiga dewa yang utama ialah Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Penjaga) dan Shiva (Dewa Pemusnah). Agama Hindu gemilang semasa empayar Gupta iaitu antara 320-520 sebelum Masihi.

Agama, Kepercayaan dan Adat resam Agama Hindu mempercayai hukum karma iaitu suatu hukuman hasil dari tingkah laku dan perbuatan seseorang. Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula selepas mati di mana sistem ini bergantung kepada amalan-amalan seseorang itu semasa hidupnya.

Mencapai moksya iaitu kebebasan mutlak adalah matlamat hidup

penganut agama ini. Seseorang yang berjaya mencapai moksya akan bersatu dengan tuhan dan tidak perlu lahir lagi ke dunia. Kesannya, penganut akan sentiasa berbuat baik sesama makhluk semasa hayat mereka demi mencapai moksya.

Masyarakat beragama Hindu dikelaskan mengikut stratifikasi sosial yang dikenali sebagai sistem kasta. Golongan Brahmin yang terdiri dari pendeta, guru-guru agama dan pengendali upacara kuil berada di hierarki teratas struktur sistem ini. Ia diikuti oleh Ksatriya iaitu golongan pemerintah, pasukan tentera dan keselamatan negara; Vaisya iaitu golongan perekonomian seperti petani dan pedagang; dan Sundra iaitu buruh. Sistem kasta ini dicetuskan oleh orangorang Arya yang datang dari Persia dan membentuk masyarakat Indo-Arya.

Reaksi daripada agama Hindu, muncul pula agama Buddha sekitar 600 sebelum Masihi. Buddha berasal dari perkataan budh yang bermaksud yang mendapat kesedaran. Agama Buddha diasaskan oleh putera raja bernama Siddharta Gautama.

Agama ini berkembang

semasa pemerintahan Maharaja Asoka. Semasa pemerintahannya banyak stupa dan tugutugu dibina dan diukir dengan ciri-ciri keagamaan Buddha. Kitab Tripitaka yang mengandungi tiga pitaka (Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka dan Abidhamma Pitaka) merupakan kitab-kita ajaran agama Buddha.

Kelahiran agama ini selalu dirujuk sebagai bantahan golongan Ksyatria terhadap dominasi golongan Brahmin dalam soal agama dan kehidupan. Sistem kasta dilihat terlalu tegar dan dianggap punca masyarakat tidak teratur. Agama Buddha menolak sistem kasta kerana berlakunya kezaliman dan ketidakadilan terhadap golongan bawahan.

Agama ini

menyampaikan ajaran-ajaran psikologi dan etika yang berhubung kait dengan kehidupan.

M u k a s u r a t 4 | 10

Hal-hal ketuhanan dan falsafah tidak diajarkan, sebaliknya agama Buddha menekankan ahisma iaitu ajaran untuk tidak melakukan kekejaman.

Sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha ke Tanah Melayu, animisme merupakan kepercayaan manusia primitif. Kepercayaan animisme ialah kepercayaan kepada roh dan makhluk halus. Menurut kepercayaan ini, setiap benda dan kawasan tertentu di muka bumi ini mempunyai roh atau semangat yang mesti dihormati dan dipuja supaya tidak menggangu kehidupan manusia. Kesan dari kedatangan tamadun India, masyarakat telah menukar kepercayaan animisme kepada pegangan agama Hindu dan Buddha yang lebih formal dan tersusun.

Candi Lembah Bujang adalah bukti bahawa agama Hindu dan Buddha adalah anutan masyarakat Melayu pada waktu itu. Candi adalah istilah yang merujuk kepada suatu tempat ibadah keagamaan purbakala tinggalan agama Hindu dan Buddha. Keluasan candi Lembah Bujang ialah 144 batu persegi. Ia dikaitkan dengan Kerajaan Kedah Tua. Antara yang ditemui di sekitar candi ini adalah patung-patung dan arca, batu bersurat serta peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat kuno.

Candi Lembah Bujang (Gambar ihsan Google).

M u k a s u r a t 5 | 10

Pengaruh agama Hindu dan Buddha merosot selepas kedatangan agama Islam. Namun begitu, disebabkan agama Hindu telah terlalu lama dianuti, terdapat budaya dan adat resam yang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sebagai contoh, persiapan-persiapan yang dilakukan sebelum upacara perkahwinan seperti merisik, bertunang dan mandi lulur adalah pengaruh dari agama Hindu. Tidak terkecuali adat seperti berinai, bersanding dan tepung tawar yang dilakukan semasa perkahwinan juga merupakan amalan yang berasal dari masyarakat Hindu. Bahasa dan Kesusasteraan Bahasa-bahasa yang terdapat di India pada hari ini seperti Bahasa Hindi, Urdu, Tamil, Telegu, Malayalam dan lain-lain pada asasnya bermula dari dua rumpun Bahasa utama di India iaitu Bahasa Sanskrit dan Bahasa Dravida. Bahasa Sanskrit adalah bahasa kasta tinggi dalam agama Hindu dan digunakan sebagai bahasa pengantara agama Hindu, Buddha dan Sikh. Penemuan prasasti-prasasti Talang Tuwo dan Kedukan Bukit di Palembang yang berunsur Bahasa Sanskrit membuktikan bahawa bahasa ini telah meresap ke Tanah Melayu sejak sekian lama.

Kemasukan unsur Bahasa Sanskrit memberi kesan positif terhadap perkembangan Bahasa Melayu. Selain memperkayakan perbendaharaan kata, banyak istilah baru diperkenalkan meliputi seluruh aspek kehidupan seperti nama-nama bahagian tubuh, nama binatang, keagamaan, pelayaran, sistem cakerawala, tumbuhan dan sebagainya.

Ia menjadikan

bahasa itu lengkap sekaligus telah mengangkat martabat Bahasa Melayu yang pada asalnya Bahasa bertaraf rendah menjadi Bahasa yang bertaraf tinggi dan standard. Terdapat 677 bahasa Sanskrit yang diserap ke dalam Bahasa Melayu. Berikut disertakan antara perkataanperkataan yang berasal dari Bahasa Sanskrit dan masih digunakan dalam Bahasa Melayu sehingga hari ini:

Bahasa Sanskrit

Bahasa Melayu

Bahasa Sanskrit

Bahasa Melayu

Agama

Agama

Akasa

Angkasa

Anka

Angka

Arghah

Harga

Arthah

Harta

Asthanam

Istana

Bhagya

Bahagia

Bhakti

Bakti

Bhasa

Bahasa

Bheda

Beza

Bhumi

Bumi

Bhuddi

Budi

Cakram

Cakera

Caravala

Cakerawala

M u k a s u r a t 6 | 10

Bahasa Sanskrit

Bahasa Melayu

Bahasa Sanskrit

Bahasa Melayu

Chaya

Cahaya

Cidra

Cedera

Danda

Denda

Deva

Dewa

Devi

Dewi

Dukham

Duka

Gambhira

Gembira

Juala

Nyala

Maha

Maha

Mantri

Menteri

Manusya

Manusia

Nagaram

Negara

Panajaram

Penjara

Parameswari

Permaisuri

Pitaka

Peti

Putrah

Putera

Rajha

Raja

Rupa

Rupa

Saiavrka

Serigala

Samananta

Sementara

Samsara

Sengsara

Samudhara

Samudera

Santosa

Sentosa

Sarojanetra

Seroja

Sastram

Sastera

Sodara

Saudara

Surya

Suria

Svami

Suami

Tamrika

Tembaga

Tarunya

Teruna

Taruka

Teratai

Upama

Umpama

Upavasa

Puasa

Vaca

Baca

Vaha

Bahu

Vamsa

Bangsa

Vancana

Bencana

Vidyadhari

Bidadari

Bahasa Tamil yang berasal dari rumpun Bahasa Dravida turut memberi sumbangan dalam menambahkan kosa kata Bahasa Melayu. Berikut antara perkataan-perkataan yang diambil dari Bahasa Tamil.

Bahasa Tamil

Bahasa Melayu

Bahasa Tamil

Bahasa Melayu

Akka

Kakak

Amma

Emak

Ayya

Ayah

Kadai

Kedai

Kappal

Kapal

Kattil

Katil

Kaval

Kawal

Kulam

Kolam

Mampalam

Mempelam

Mutal

Modal

Paricai

Perisai

Petti

Peti

Vagai

Bagai

Vanali

Benda

M u k a s u r a t 7 | 10

Perkembangan dalam bidang bahasa secara langsung mempengaruhi perkembangan bidang penulisan dan kesusasteraan. Bidang kesusateraan India adalah berbentuk vedik, epic dan sajak dan terbahagi kepda dua bahagian iaitu kesusasteraan Indo-Arya dan kesusasteraan Dravida.

Kesusasteraan Indo-Arya adalah yang tertua dan lebih menonjol berbanding

kesusasteraan Dravida. Antara yang terkemuka ialah kitab-kitab Veda (Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda) yang berkisarkan ajaran-ajaran dan falsafah-falsalah agama. Bagi tujuan memberi pemahanan yang tepat terhadap kitab-kitab Veda, enam kitab Vedanga iaitu Siksa (fonetik), Chanda (pola irama) Nirukta (tafsiran), Kalpa (tatacara), Vyakarana (nahu) dan Jyotisa (astronomi).

Seterusnya kesusasteraan Sanskrit turut menghasilkan

berberapa buah epik terkenal seperti Ramayana dan Mahabrata.

Epik Ramayana ditulis oleh Valmiki mengisahkan tentang Rama, putera Raja Dasaratha yang terpaksa meninggalkan kerajaan bersama isterinya Sita dan adiknya Laksman.

Ia

menampilkan unsur-unsur kasih sayang, kesetiaan, keberanian dan keadilan. Adaptasi dari Epik Ramayana, terhasil Hikayat Seri Rama. Episod-episod menarik dalam Hikayat Seri Rama ini kemudiannya dipentaskan pula dalam bentuk tayangan wayang kulit sebagai hiburan dan tauladan kepada masyarakat.

Epik Mahabrata dihasilkan oleh Vyasa. Ia menceritakan tentang pemerintahan kerajaan Kurukshetra di Utara India. Bermula dengan 24,000 seloka, ia telah berkembang menjadi 100,000 sekola sekaligus menjadikan Mahabrata sebagai puisi terpanjang di dunia. Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa, Hikayat Panda Delima dan Hikayat Sang Boma adalah diinspirasikan dari mahakarya Mahabrata. Ia mengajarkan manusia agar berpegang kepada janji dan menjauhi perkara-perkara yang tidak baik.

Senibina dan Seniukir Tamadun India amat terkenal dengan perancangan bandar yang canggih dan berteknologi maju.

Bandarnya dibahagikan kepada dua bahagian yang dikelilingi oleh benteng.

Sebahagian daripada bandar dikhususkan sebagai pusat pentadbiran dan keagamaan manakala sebahagian lagi merupakan kawasan perumahan. Susunan bandar-bandarnya berasaskan blok-blok berbentuk segiempat. Blok-blok ini pula dipisahkan oleh jaringan jalan raya berbentuk lurus yang bersambung antara satu sama lain. Selain jalan raya, bandarbandar ini turut dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan. Setiap bandar dilengkapi dengan sistem saliran dan pembentungan yang terancang. Sistem saliran dan pembentungan yang dibangunkan pada ketika itu jauh lebih maju berbanding yang digunakan di Pakistan dan India pada hari ini.

M u k a s u r a t 8 | 10

Sebahagian dari Mohenjo-Daro (gambar ihsan Google).

Masyarakat India menitikberatkan agama dalam kehidupan, kerana itu bidang seni bina India kebanyakkannya berunsurkan keagaamaan.

Stupa Besar di Sanchi misalnya, dibina

berteraskan agama Hindu dan Buddha. Maharaja Asoka yang berusaha mengembangkan agama Buddha, telah membina banyak kuil Buddha semasa zaman pemerintahannya. Beribu-ribu stupa yang diperbuat daripada batu dan berbentuk kubah turut dibina. Kesenian Buddha banyak menggunakan elemen geometri, iaitu bentuk segi empat dan bulat. Selain itu, masyarakat India juga mempunyai kemahiran mengukir. Mereka menggunakan tanah liat untuk membentuk mengukir patung-patung dan perhiasan seperti tiang Asoka.

Pengaruh senibina India tidak memberi impak yang besar kepada senibina di Tanah Melayu hari ini. Binaan-binaan bangunan masyarakat terdahulu yang berunsurkan agama Hindu dan Buddha dipercayai telah dirobohkan selepas kedatangan Islam. Kuil-kuil Hindu yang terdapat hari ini didirikan oleh masyarakat India yang beragama Hindu. Namun begitu, terdapat pengaruh senibina dari Selatan India yang mempengaruhi binaan masjid.

Masjid Kling

Kapitan yang dibina oleh masyarakat India Muslim di Pulau Pinang adalah salah satu contoh senibina Selatan India.

Kesimpulan Unsur agama dan kepercayaan merupakan teras utama dalam proses pembentukan dan perkembangan tamadun di India. Unsur-unsur keagamaan dilihat banyak mempengaruhi sistem pemerintahan, perancangan bandar, struktur binaan, bahasa, kesusasteraan dan kesenian masyarakat India.

Pengaruhnya telah memberi impak yang besar kepada corak

M u k a s u r a t 9 | 10

kehidupan masyarakat Melayu lebih-lebih lagi sebelum kedatangan Islam. Walaupun India tidak pernah menakhluk tanah Melayu melalui penjajahan tapi pengaruhnya boleh dilihat di banyak segi antaranya sistem pemerintahan, kebudayaan, bahasa, kesusteraan dan seni bina di Malaysia. Adalah penting untuk mempelajari sejarah ketamadunan agar dapat mengetahui latar belakang, keunikan, kelebihan, kekurangan dan kemerosotan sesuatu tamadun. Melalui kajian terhadap tamadun, kita dapat memahami persamaan dan perbezaan kepercayaan dan kebudayaan sesuatu bangsa atau masyarakat. Kefahaman ini akan mendorong sikap saling memahami, hormat-menghormati dan bertoleransi antara satu sama lain di kalangan masyarakat berbilan...


Similar Free PDFs