Kesan-kesan Pluralisme Di Malaysia terhadap masyarakat, individu & agama PDF

Title Kesan-kesan Pluralisme Di Malaysia terhadap masyarakat, individu & agama
Author park jimin
Course Falsafah
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 7
File Size 142.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 49
Total Views 128

Summary

KESAN-KESAN PLURALISME DI MALAYSIASeperti yang telah dijelaskan, pluralisme merupakan suatu fahaman yang menyeleweng daripada asas agama Islam, sebagai umat islam, penelitian implikasi terhadap sesuatu perkara itu adalah perlu supaya bukan sahaja dapat melihat pluralism daripada pemahaman mata kasar...


Description

KESAN-KESAN PLURALISME DI MALAYSIA

Seperti yang telah dijelaskan, pluralisme merupakan suatu fahaman yang menyeleweng daripada asas agama Islam, sebagai umat islam, penelitian implikasi terhadap sesuatu perkara itu adalah perlu supaya bukan sahaja dapat melihat pluralism daripada pemahaman mata kasar, akan tetapi memahami dan meneliti kesannya secara khusus dalam konteks individu, masyarakat Islam dan agama. a) INDIVIDU Pertama, kesan pluralisme boleh dikesan pada individu itu sendiri aqidahnya mulai berubah sedikit demi sedikit. Aqidah dapat didefinasikan secara ringkas sebagai suatu kepercayaan (Al-Qur’an: al-Baqarah: 63, 84). Menurut Islam, aqidah bererti kepercayaan seorang umat Islam yang teguh terhadap Allah S.W.T. Seseorang Islam itu terjalin dengan suatu ikatan yang disebut ‘murtabid’ iaitu aqidah yang teguh dan kuat (Prof. Madya Dr Adnan Abd Rashid, 2013). Salah satu bukti keteguhan aqidah seseorang Islam yang dinyatakan di dalam Al-quran boleh dilihat di dalam surah Al-kahfi ayat 14, “Dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami tidak menyeru tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kami berbuat demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran.” Erti surah Al-Kahfi ini merupakan salah satu bukti tentang sahihnya ikatan yang disebut ‘murtabid’ yang ada pada seseorang Islam, muslim dan muslimin di muka bumi ini (Shafik, S. S. A., & Bakar, N. S. A., 2009). Pluralisme agama ini mampu meruntuhkan aqidah inidividu umat Islam yang murni secara langsung dan tidak langsung. Hal ini demikian kerana, melalui kepercayaan pluralisme ini ia sebenarnya telah membuka jalan kepada kekufuran dan kesyirikan. Apabila individu muslim atau muslimin ini telah terpesong aqidahnya, maka jati diri keagaamaan atau yang disebut akhlak juga akan runtuh dan tergadai. Hal ini menjurus kepada keruntuhan iman dan seterusnya boleh mengakibatkan seseorang itu murtad yakni keluar daripada agama Islam.

Ini kerana menurut Islam, akhlak itu seharusnya berlandaskan

keimanan seseorang. Menurut buku ‘Al Islam’ penulisan oleh Hasbi Ash Shiddieyq, hubungan aqidah dan akhlak ini hampir setaraf atau boleh juga disebut sedarjat mengikut pandangannya berdasarkan Al-quran. Maka, amatlah penting bagi seseorang Islam kerana aqidah merupakan asas, dasar dan landasan bagi semua perbuatan. (Alnida Azty, Fitriah,

Lufita Sari Sitorus, Muhammad Sidik, Muhammad Arizki, Mohd. Najmi Adlani Siregar, Nur Aisyah Siregar, Rahayu Budianti, Sodri & Ira Suryani, 2008). Di era globalisasi ini, walaupun umat Islam zaman kini sedar bahawa terdapat banyak kelemahan yang perlu diatasi untuk mengukuhkan kemurnian aqidah, namun tidak banyak usaha yang dilakukan untuk menyekat kepercayaan yang menyelewang daripada agama Islam seperti pluralisme ini sendiri. Hal ini kerana terdapatnya pihak-pihak atasan yang mengambil mudah isu ini dan mengabaikannya. Walaubagaimanapun, pluralisme ini boleh dikatakan seperti suatu fahaman moden dengan imej Islam yang datang secara halus. Akibatnya, nilai-nilai murni yang diajarkan di dalam agama Islam seperti bertolak ansur dan hormat menghormati antara satu sama lain akan terhakis di dalam diri seseorang Islam itu disebabkan fahaman pluralisme yang mencampur adukan pelbagai agama dalam satu fahaman. b) MASYARAKAT Fahaman pluralisme ini juga boleh menyebabkan keutuhan masyarat yang beragama terjejas dengan erti kata lain, fahaman pluralisme ini dapat memecahbelahkan kaum masyarakat . Hal ini demikian kerana, dengan wujudnya fahaman pluralisme, krisis dua pihak akan berlaku. Masyarakat yang berpegang teguh dengan fahaman Islam dan masyarakat yang mulai termakan dengan fahaman pluralisme itu sendiri. Apabila wujud dua pihak berlainan fahaman seperti ini, perbalahan dan pergaduhan akan berlaku kerana tidak sependapat. Malahan mungkin akan berlakunya pertumpahan darah kerana pendapat yang berbeza. Perpecahan dan perbalahan antara masyarakat menjadi antara salah satu punca kemunduran umat sejagat. Selain itu, fahaman pluralisme yang tidak mempunyai pemahaman yang tetap dan hanya menggunakan pandangan daripada pelbagai agama ini boleh meruntuhkan insitusi kekeluargaan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, fahaman pluralisme ini membawa budaya-budaya barat dan luar dan disebarkan kepada anak-anak muda. Anak-anak muda kini mudah terpengaruh dengan anasiranasir luar dan sanggup mempertahankan pendapat mereka yang salah itu walaupun perlu menderhakai ibu bapa mereka sendiri. Budaya-budaya luar yang dimaksudkan berunsurkan hedonistik. Hedonistik didefinasikan sebagai satu perilaku ‘sub-budaya’ yang berunsurkan negatif dan bertentangan dengan adat ketimuran serta yang diajar dalam agama (Sidek Baba, 2006).

Budaya hedonistik ini boleh diklasifikasikan seperti, skinhead, punk black metal dan sebagainya. Budaya-budaya negatif lain seperti seks bebas juga tergolong dalam budaya hedonistik ini (Rahman, W. R. A., & Norazlan, N. E., 2016).Seks bebas atau zina ini memberi kesan buruk kepada sesiapa sahaja yang mencubanya. Contohnya, seseorang yang melakukan seks bebas boleh dijangkiti penyakit HIV, gonorrhoea dan penyakit kelamin yang lain (Abdullah, S., Ghani, S. A., & Sipon, S., 2014).

Oleh itu, Allah S.W.T telah menegaskan dan melarang umat Islam untuk mendekati zina kerana zina ini membawa penyakit kepada manusia. Allah S.W.T berfirman, dalam surah Al-Isra ayat 32, yang bermaksud, “Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.”Budaya-budaya seperti ini merupakan budaya yang tidak diajar oleh agama Islam dan kebanyakkannya bercanggah dengan Islam. Apabila anak-anak muda diperkenalkan dengan budaya seperti ini, sifat ingin mencuba hadir dan menyebabkan mereka terjelumus dalam kancah budaya barat yang diterapkan dalam fahaman pluralisme. Perkara seperti ini melenyapkan dan meruntuhkan nilai-nilai baik yang diterapkan dalam agama Islam (AM bin Ismail, & AM binti Daud, Z., 2015). c) AGAMA Fahaman pluralisme ini menjadi salah satu punca panduan kehidupan manusia yang meliputi pelbagai aspek dalam agama Islam pudar seterusnya dihapuskan serta merta. Kesannya, ia menyebabkan agama Islam yang suci ini berubah menjadi sebuah agama kepercayaan sahaja. Fahaman ini menjurus ke arah mensia-siakan perjuangan agama dan perutusan kitab-kitab suci yang telah secara susah payah disebarkan oleh para rasul-rasul A.S pada zaman terdahulu dengan menentang golongan kuffur. Seterusnya mengakibatkan hak asasi manusia untuk menganut dan mempercayai agama masing-masing juga dihapuskan. Ideologi penyebaran fahaman pluralisme adalah untuk membolehkan pertukaran agama berlaku tidak kira apa pun agama yang dianuti seseorang itu. (Musa, N. A., & Shah, H. A. R., 2020). Mengikut penulisan di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada tahun 2019, permohonanan pindaan Perkara 121 (1a) telah dibuat oleh pihak tertentu berkaitan kedudukan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang dianggap mengancam hak kebebasan beragama. Pihak ini bersungguh-sungguh mendapatkan sokongan daripada orang ramai agar pindaan Perkara 121 (1a) dilakukan. Hal ini adalah untuk membuktikan tafsiran mereka tentang isu kebebasan beragama dengan beranggapan bahawa semua orang bebas

dan layak menukar agama tanpa mengira apa-apa agama termasuk agama Islam. Pindaan di bawah Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang dimaksudkan ialah “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4) mengembangkan ugamanya" (Khambali, K. M., & Haled, M. H. M., 2008). Ini bermaksud mereka mahu isu penentuan agama tidak lagi diputuskan oleh Mahkamah Syariah malah memohon supaya Mahkamah Sivil yang mengambil alih isu tersebut. Kumpulan ini memperjuangkankan tafsiran kebebasan agama berdasarkan Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948 (Universal Declarations of Human Rights, 1948) yang menyatakan bahawa 'Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief ” (Jalil, F., & Halim, R., 2014). Secara ringkasnya Artikel 18 ini menyatakan bahawa semua orang mempunyai hak serta kebebasan dalam berfikir, bersuara serta beragama dan hak kebebasan menukar agama atau kepercayaan. (Ismail, A. M., & Mujani, W. K., 2020).Seperti yang diketahui bahawa hukum menukar agama yakni murtad itu berdosa besar dan tidak diampuni oleh Allah S.W.T melainkan mereka bertaubat (Ibn Smith, A. R., 2012). Umat Islam yang murtad perlu dijatuhkan hukuman hudud. Seperti dalam hadis Rasullullah S.A.W, yang membawa maksud, “Barangsiapa yang menukar agamanya, bunuhlah dia.” Murtad secara ringkasnya bererti kembali manakala dari segi istilah bererti kembali daripada agama Islam ke agama lain dengan niat, perkataan atau perbuatan (Nasri, M. S., & Shiddeq, M. S., 2016). Seorang Islam jatuh murtad apabila dia menyekutukan Allah S.W.T melalui iktikad, ucapan atau perbuatan. Mereka juga jatuh murtad apabila mengingkari rukun-rukun dalam agama Islam yang diketahui jelas dan sahih atau seseorang yang mengiktikadkan tidak wajib berhukum dengan hukum yang diperintahkan atau diturunkan oleh Allah S.W.T. (Mutawali, M., 2020). Keadaan seperti ini merupakan salah satu ciri dalam fahaman pluralisme.

ANALISA

DAN

PERBINCANGAN:

CADANGAN

MENGHENTIKAN

ISU

IDEOLOGI PLURALISME DI MALAYSIA Berdasarkan perbincangan tentang isu,cabaran dan kesan pluralisme dapat disimpulkan bahawa faham pluralisme ini memberi impak yang negatif kepada ibu bapa, komuniti masyarakat, anak-anak remaja, aqidah dan syariah Islam. Fahaman pluralisme jika

dilihat dari perspektif berbeza boleh dianggap sebagai serangan pemikiran dari barat secara halus untuk melupuhkan institusi dan pertahanan agama Islam. Ia juga terbukti meruntuhkan jati diri serta keimanan umat Islam. Oleh itu, sebagai umat Islam, wajiblah untuk berusaha menangani isu ini daripada terus menular. Antara cadangan yang boleh dilakukan ialah, memperkasakan lagi bidang pendidikan. Bidang pendidikan adalah salah satu bidang yang hampir semua masyarakat Islam ketahui. Melalui pendidikan, ilmu asas iaitu ilmu agama dapat diperkasa. Ilmu asas ini merupakan pegangan utama pelajar-pelajar muslim.Ianya adalah penting untuk menguasai ilmu asas ini agar asas agama dalam diri sesorang Islam itu teguh dan dapat mengelakkan diri daripada mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar seperti fahaman pluralisme ini. Seterusnya, ibu bapa hendaklah memantau kegiatan keagamaan anak masing-masing secara langsung atau tidak langsung. Ibu bapa juga hendaklah mengambil tahu akan perubahan anak-anak yang sedang membesar. Hal ini demikian kerana, anak-anak yang sedang meningkat dewasa amat mudah terpengaruh. Peranan ibu bapa amatlah penting supaya dapat membendung anak-anak daripada terjebak dengan fahaman pluralisme ini. Pastikan anak-anak sentiasa berada dalam landasan agama yang benar, mengambil tahu dengan siapa mereka berkawan dan bagaimana keadaan sekeliling kenalan-kenalan mereka. Ibu bapa juga perlu sentiasa memberikan nasihat berbentuk didikan agama. Dengan berbuat demikian, anak-anak pasti tidak akan terjerumus ke kancah kesesatan kerana ibu bapa telah mendidik mereka tentang bahayanya fahaman plularisme ini. Akhir sekali, media massa harus digunakan untuk menyebarkan kepada orang awam tentang fahaman pluralisme yang menyelewang daripada fahaman ahlul Sunnah waljamaah. Hal ini supaya dapat mendedahkan kepada semua orang bagaimana rupa bentuk pemikiran faham pluralisme ini yang boleh merosakkan aqidah seorang Islam secara halus. Penggunaan iklan di televisyen, radio dan media sosial memainkan peranan penting dalam menyebarkan kesalahan ideologi ini. Penyiaran forum dan perbincangan oleh ahli-ahli agama seperti ustaz dan ustazah serta pendakwah tentang salahnya fahaman pluralisme juga perlu diperbanyakkan supaya dapat menjadi sumber rujuk masyarakat Islam yang lain selain daripada merujuk Al-quran dan hadis.

RUJUKAN A.M. bin Ismail, & A.M. binti Daud, Z. (2015). Pemikiran Tidak Beragama Dalam Kalangan Belia Islam Di Malaysia. Satu Kajian Rintis. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 11, 40. Baba, S. (2006). Pendidikan Rabbani: mengenal Allah melalui ilmu dunia. Alaf 21. Abdullah, S., Ghani, S. A., & Sipon, S. (2014). Harga Diri Remaja Terlibat dengan Seks Bebas. Musa, N. A., & Shah, H. A. R. (2020). Penyebaran Fahaman Bertentangan Akidah Islam Di Media Sosial Dari Perspektif Undang-Undang Dan Syariah Di Malaysia. Perdana: International Journal of Academic Research, 9(1), 24-35. Khambali, K. M., & Haled, M. H. M. (2008). Toleransi beragama dan amalannya di Malaysia: rujukan kepada artikel 11 perlembagaan persekutuan Malaysia. Jurnal Usuluddin, 27, 81-92. Jalil, F., & Halim, R. (2014). Kebebasan beragama: gambaran Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia, 26(2), 220-235. Nasri, M. S., & Shiddeq, M. S. (2016). Murtad: Antara hak kebebasan beragama dan kesalahan jenayah syariah di Malaysia. Jurnal'Ulwan, 1(1), 1-17. Mutawali, M. (2020). Hukuman Mati Bagi Orang yang Murtad Dalam Perspektif Hadis. Ibn Smith, A. R. (2012). Rekonstruksi Makna Murtad dan Implikasi Hukumnya. Al-Ahkam, 22(2), 177-196. Baihaqi, A. (2015, April 15). Kedudukan Murtad Menurut Perspektif UndangUndang

di

Malaysia.

Academia.edu.

Retrieved

December

5,

2021,

from

https://www.academia.edu/11956092/KEDUDUKAN_MURTAD_MENURUT_PERSPEKTI F_UNDANG_UNDANG_DI_MALAYSIA.

Shafik, S. S. A., & Bakar, N. S. A. (2009). Tauhid Membina Keutuhan Akidah Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 2, 81-101. Ismail, A. M., & Mujani, W. K. (2020). Had Kebebasan Bersuara dalam Hak Kebebasan Beragama di Malaysia: Limits of Expression in Religious Freedom Rights in Malaysia. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 7(2), 176-192. Rahman, W. R. A., & Norazlan, N. E. (2016). BUDAYA HEDONISME DALAM KALANGAN PELAJAR PASCASISWAZAH MELAYU: CULTURE OF HEDONISM AMONG THE MALAYS GRADUATE STUDENTS. Jurnal Pengajian Melayu/Journal of Malay Studies (JOMAS), 27(1), 1-24. Azty, A., Fitriah, F., Sitorus, L. S., & Suryani, I. (2018, December 30). (PDF) Hubungan Antara Aqidah Dan Akhlak Dalam Islam. ResearchGate. Retrieved December 5, 2021,https://www.researchgate.net/publication/332270280_Hubungan_antara_Aqidah_dan_ Akhlak_dalam_Islam.

DAFTAR PUSTAKA Ash-Shiddieqy, H. (1964). Al Islam. Beirut: Dar Ihya’ al-Kutub al-Islamiyah...


Similar Free PDFs