Adat Perkahwinan Masyarakat India di Malaysia PDF

Title Adat Perkahwinan Masyarakat India di Malaysia
Author Grace Wong
Course tamadun melayu
Institution Tunku Abdul Rahman University College
Pages 14
File Size 224.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 287
Total Views 590

Summary

TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY COLLEGE Faculty of Social Science and Humanities Department of Mata Pelajaran Pengajian Umum MPU-3123 TAMADUN ISLAM DAN ASIA BORANG PEMARKAHAN PENILAIAN 1 (Semester 2, Year 2021/2022) TAJUK LAPORAN : Adat Perkahwinan Masyarakat India di Malaysia PROG. / KUMP. TUTORIAL :...


Description

TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY COLLEGE Faculty of Social Science and Humanities Department of Mata Pelajaran Pengajian Umum MPU-3123 TAMADUN ISLAM DAN ASIA BORANG PEMARKAHAN PENILAIAN 1 (Semester 2, Year 2021/2022) TAJUK LAPORAN : Adat Perkahwinan Masyarakat India di Malaysia PROG. / KUMP. TUTORIAL : RPA YEAR 3 SEM 2 KUMPULAN TUTORIAL NAMA PENSYARAH :

SKOR: 1 – Sangat Lemah

2 – Lemah

3 – Memuaskan

PENILAIAN 1 : LAPORAN KAJIAN LAPANGAN (30 %) SUB-ATRIBUT Kemahiran kerja

4 – Baik

5 – Sangat Baik

SKOR

Tanggungjawab dan akauntabiliti Kemahiran interpersonal Rasional terhadap masyarakat pelbagai budaya Sumbangan kepada masyarakat

Jumlah (100 markah) ____ / 25 x 100 = Komen umum:

*For Reviewer use only: Name of Examiner Name of Reviewer Signature of Reviewer Date

Isi Kandungan PERKARA Pengenalan

MUKA SURAT 2

Objektif Kajian

3

Kaedah Kajian

4

1. Temu bual atas talian 2. Melayari Internet Hasil Kajian 1. Latar belakang adat perkahwinan India

5~7

2. Pantang larang perkahwinan India

8~9

dalam masyarakat India 3. Sumbangan adat perkahwinan India

10 ~ 11

kepada budaya masyarakat Malaysia Kesimpulan

12

Bibliografi

13

Lampiran ● Gambar

14 ~ 19

● Transkrip temubual

20 ~ 27

● Borang pengakuan

28

● Borang draf tugasan

29

● Laporan keaslian

30

Pengenalan

1

Malaysia merupakan sebuah negara yang terbentuk daripada berbilang kaum dan etnik dan ini telah membentukkan Malaysia yang bermasyarakat majmuk ini kaya dengan berbagai-bagai adat resam, budaya dan kesenian. Bagi masyarakat India, perkahwinan merupakan adat yang terpenting dalam senarai upacara kitaran hidup. Sebuah upacara perkahwinan akan dilangsungkan penuh dengan kemeriahan dan adat istiadat. Maka, jelaslah adat perkahwinan India amat dititikberatkan. Perkahwinan orang India menggabungkan dua individu untuk hidup bersama supaya mereka dapat meneruskan dharma (kewajipan), Artha (kemewahan), Kama (keinginan) dan moksha (kebebasan dari ikatan duniawi) bersama-sama (BBC 2021). Hubungan antara dua individu daripada jantina yang bertentangan sebagai pasangan seksual dan teman serumah melalui upacara keagamaan dan ini adalah sah dari segi undang-undang.

Kebanyakan orang India di Malaysia tidak memiliki banyak pengetahuan tentang adat istiadat tradisional India. Hal ini berpunca daripada adat tradisional kaum India mempunyai amat banyak proses. Kami tertarik untuk mengkaji topik ini kerana dapat memperluas pengetahuan kami tentang tradisi kaum India. Justeru, kajian ini kami laksana bertujuan untuk memahami adat perkahwinan dalam masyarakat India di Malaysia. Kami telah mengagihkan tugas kepada ahli kumpulan. Pertamanya, semua ahli kumpulan membincangkan tajuk kajian dan objektif kajian bersama-sama.

2

Objektif kajian 1) mengkaji latar belakang adat perkahwinan India 2) mengkaji pantang larang perkahwinan India dalam masyarakat India 3) mengkaji sumbangan adat perkahwinan India kepada budaya masyarakat Malaysia

3

Kaedah Kajian Dua kaedah kajian telah digunakan oleh ahli-ahli kumpulan penyelidik untuk menyelesaikan kerja kursus Tamadun India tersebut. Kaedah- kaedah yang digunakan seperti berikut: 1. Temu bual atas Talian Kaedah pertama yang digunakan oleh pengkaji ialah menjalankan temu bual atas talian dengan individu yang berpengetahuan dengan. Terdapat tiga orang responden iaitu Puan Thevanirosa Davaraju, Cik Salini Selamban dan Cikgu Para telah melaksanakan temu bual talian melalui Whatsapp dan Instagram. Responden akan menerangkan saksi and mengkongsikan pengenalan yang berkaitan dengan latar belakang adat perkahwinan India, pantang larang perkahwinan India dalam masyarakat India dan sumbangan adat perkahwinan India kepada budaya masyarakat Malaysia. Gambar telah diambil sebagai tanda bukti temu bual atas talian. Yang pertama, Puan Thevanirosa Davaraju (Rujuk Gambar 1), berusia 27 tahun. Beliau merupakan seorang akauntan. Temu bual kedua dilaksanakan dengan Cik Salini Selamban (Rujuk Gambar 2), berusia 21 tahun. Beliau merupakan seorang pelajar dari UTAR. Pengkaji juga melaksanakan temu bual dengan Cikgu Para (Rujuk Gambar 3), berusia 50 tahun. Beliau merupakan seorang guru tadika. 2. Melayari Internet Kaedah kedua ialah pengkaji melayari internet untuk mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan latar belakang adat perkahwinan India, pantang larang perkahwinan India dalam masyarakat India dan sumbangan adat perkahwinan India kepada budaya masyarakat Malaysia. Beberapa laman web telah dilayari oleh pengkaji untuk mendapat maklumat yang lebih teliti and menyokong sumber pertama. Antara sumber online yang dirujuk adalah “Hindu Beliefs” yang dipaparkan oleh BBC untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan perkahwinan orang India. Selain itu, sumber online yang dirujuk adalah “Adat Resam Perkahwinan Kaum di Malaysia’ yang dituliskan oleh Muhammad Harith Bin Mokhtar, Ahmad Syahir Hazzil dan Baskaren A/L Padmanathan. Sumber ini berkaitan dengan menjelaskan beberapa adat resam perkahwinan kaum India di Malaysia. Seterusnya, kami juga merujuk dua sumber online seperti ‘Sumbangan Tamadun India Kepada Dunia’ dan ‘Adat Perkahwinan Masyarakat India ke Arah Mewujudkan Masyarakat Majmuk di Malaysia’.

4

Hasil Kajian Hasil Kajian 1: Mengkaji latar belakang adat perkahwinan India Dalam tradisi masyarakat India, mereka terlalu berpegang kepada adat dan budaya. Terdapat beberapa suku dalam masyarakat India, hal ini membuatkan latar belakang perkahwinan mereka adalah berbeza sedikit. Mari kita melihat dengan lebih dekat tentang adat dan budaya kaum India, terutamanya dalam latar belakang perkahwinan.

1.1 Merisik Mengikut pandangan responden kami Cik Salini Selamban, beliau menyatakan merisik merupakan pengantin lelaki akan berkunjung ke rumah pengantin perempuan. Ini bertujuan untuk memahami keadaan semasa atau situasi, sikap dan kemahiran gadis itu. Beberapa aspek seperti faktor etnik, sub teknik, kasta dan agama perlu diberi perhatian. Seterusnya, faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial, termasuk umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga diambil kira. Pengantin lelaki juga akan memperkenalkan diri sendiri dan ahli keluarganya di rumah pengantin perempuan.

1.2 Kunjungan Ke Rumah Pengantin Mengikut pandangan responden kami Cik Salini Selamban, beliau menyatakan adat ini dikenali pen paarttal bermakna melihat bakal isteri. Selepas tiba di rumah pengantin perempuan, kedua-dua pihak akan mengadakan mesyuarat perbincangan perkahwinan. Ketika itu, wakil lelaki mestilah datang dalam jumlah ganjil. Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Pemberian hantaran ini merupakan tanda hormat dan niat baik mereka untuk menjalinkan hubungan antara kedua-dua keluarga, terutamanya antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Pengantin perempuan akan memakai sari dan akan menghidang air minuman kepada rombongan pengantin lelaki, termasuk pengantin lelaki sendiri. Selepas itu, wakil pengantin perempuan perlu membalas kunjungan ini dengan berbuat sedemikian akan tetapi tanpa kehadiran pengantin perempuan. (Siti Noormaisarah Binti Mohd Noor 2016).

5

1.3 Ikat Janji (Niccayam) Menurut responden kami Cik Salini Selamban, beliau menyatakan setelah mendapat persetujuan kedua-dua pihak. wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah ganjil dengan membawa barangan seperti kelapa, sirih, pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Pengantin lelaki akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini pengantin perempuan. Sebagai tanda ikatan, kedua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal.

1.4 Adat Parisma Menurut temu bual dengan responden kami Cik Salini Selamban, beliau menyatakan parisam adalah seperti majlis pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini hanya boleh disediakan oleh wanita yang sudah berkahwin, yang dipanggil cumanggali. Pihak perempuan akan menyediakan buyung ‘puurana kumbum’ diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak ‘kuttu vilakku’ diletakkan di sebelah ‘puurana kumbum’ sebagai menunjukkan kurniaan Tuhan (Rujuk Gambar 4). Upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam dengan sari kepada anaknya. Pengantin perempuan akan menulis sesuatu dengan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Selepas itu, pihak lelaki dan tetamu boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat. Pada hari itu, pengantin perempuan memakai sari parisam dan dibawa ke ruang tamu oleh wanita lain. Saudara-mara boleh meletakkan kalungan bunga pada pengantin perempuan dipanggil 'orrai-maalai' atau kalungan tunggal.

1.5 Nalunggu Mengikut responden kami Cik Salini Selamban, beliau memberitahu bahawa ibu pengantin perempuan ingin menghadiahkan hadiah kepada ibu mertuanya. Seterusnya, sesi Nalunggu adalah upacara akan dilakukan sebelum tiga hari majlis perkahwinan berlangsung. Wanita yang sudah berkahwin akan sapukan pes kunyit pada pipi, tangan dan kaki pengantin, dan memberkati mereka dengan menyapu kumkum di dahi mereka (Rujuk Gambar 5). Nalunggu juga adalah upacara penyucian dan penyucian yang dipercayai untuk mempersiapkan pasangan, baik dari segi jasmani dan rohani untuk perkahwinan ketika mereka memulakan kehidupan baru.

6

1.6 Mukuurtta Kaal Menurut bahan bacaan dari sumber internet Muhammad Harith Bin Mokhtar, Ahmad Syahir Hazzil dan Baskaren A/L Padmanathan (2015), adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Pokok yang muda dan lurus akan ditebang sebagai mukurtta kaal. Batang pokok adalah dua atau tiga meter panjang. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan.

1.7 Selepas Majlis Perkahwinan Menurut bahan bacaan dari sumber internet Siti Noormaisarah Binti Mohd Noor (2016), ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan. Khemah biasanya akan dirobohkan pada hari ketiga selepas perkahwinan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Tetapi amalan ini tidak lagi diamalkan pada hari ini. Jamuan ringan hanya diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan. Sekiranya perkahwinan diadakan di kuil, sayur-sayuran akan disediakan untuk tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran disediakan, kecuali daging kerana agama Hindu melarang daging.

7

Hasil Kajian 2: Mengkaji pantang larang perkahwinan India dalam masyarakat India Perkahwinan adalah salah satu perkara yang paling penting dalam masyarakat India. Orang India mempunyai banyak adat dan pantang larang apabila mereka berkahwin. Ramai orang India mengambil berat tentang pantang larang perkahwinan India kerana mereka percaya bahawa ketidakpatuhan akan membawa bencana kepada kehidupan masa depan mereka. Melalui kajian ini, kami telah mempelajari beberapa pantang larang yang masih wujud sebelum, semasa dan selepas perkahwinan kaum India.

2.1 Pantang larang sebelum majlis perkahwinan Mengikut responden kami Puan Thevanirosa Davaraju, beliau mengatakan tiga hari sebelum majlis perkahwinan diadakan, bakal pengantin tidak dibenarkan keluar dari rumah. Hal ini disebabkan oleh, nasib buruk bagi pengantin lelaki untuk melihat pengantin perempuan dalam pakaian perkahwinannya sebelum majlis perkahwinan. Oleh itu, perkara ini sudah menjadi tradisi bahawa pengantin lelaki hanya dibenarkan bertemu di majlis perkahwinan supaya pengantin lelaki tidak berpeluang mengubah fikirannya. Selain itu, pasangan pengantin akan diminta makan makanan sayuran sebelum perkahwinan. Bukan sahaja pasangan pengantin, tetapi juga keluarga mereka.

Lain daripada itu, menurut responden kami Cikgu Para, beliau mengatakan kad jemputan perlu dibuat dengan lengkap dan tanpa kesilapan sebelum majlis perkahwinan. Hal ini disebabkan oleh orang India menitikberatkan jemputan perkahwinan ini. Jika ada kesilapan, perkahwinan tidak berjalan lancar. Kad jemputan juga terlibat kad jemputan jamuan makan. Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

2.2 Pantang larang semasa majlis perkahwinan Mengikut responden kami Puan Thevanirosa Davaraju, beliau menerangkan jika majlis perkahwinan diadakan di kuil, hanya sayur-sayuran yang disediakan untuk tetamu. Orang india percaya bahawa perkahwinan sepatutnya menjadi penyatuan dua 'jiwa' di hadapan Tuhan. Dan di mana sahaja ada Tuhan, adalah tidak biasa untuk mempunyai daging atau apa-apa yang seperti itu sebab itu hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan. Tambahan pula, makanan lain tidak boleh 8

dihidangkan khas, terutamanya daging lembu, kerana ia dianggap tuhan, dan agama Hindu melarang pengambilan daging lembu.

2.3 Pantang larang selepas majlis perkahwinan Menurut responden kami Puan Thevanirosa Davaraju, pengantin lelaki dan pengantin perempuan pasti memakai cincin ‘metti’ pada jari kaki (Rujuk Gambar 6) sebagai tanda menunjukkan status perkahwinan. Perempuan yang telah berkahwin mesti memakai thaali sepanjang hidup dan memakai pottu warna merah yang meletak di dahi sebagai tanda yang menunjukkan status perkawinan.

Hal ini dapat dibuktikan melalui pandangan responden kami Puan Thevanirosa Davaraju, beliau mengatakan thaali iaitu rantai suci perkahwinan yang akan meningkatkan kesejahteraan suami dan keluarga dan tidak boleh dipaparkan di depan umum. Thaali juga dikenali untuk melindungi institusi perkahwinan dari segala kejahatan. Jadi, thaali hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia. Menurut responden kami Cikgu Para, thaali telah digantikan dengan thaali emas pada masa kini. Kali terakhir thaali diperbuat daripada tali kapas.

Seterusnya, menurut pandangan responden kami Puan Thevanirosa Davaraju, pengantin lelaki dan pengantin perempuan dilarang balik pulang lewat malam selama beberapa bulan kerana dibimbangi berlaku kemalangan. Bukan itu sahaja, pengantin perempuan dilarang tinggal di rumah ibu bapanya tetapi pindah ke rumah keluarga pengantin lelaki. Ini menunjukkan bahawa pengantin perempuan diasuh dengan baik dan layak untuk menjadi isteri yang baik kepada pengantin lelaki.

Tambahan pula, menurut responden kami Cikgu Para, beliau mengatakan pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka berkahwin. Selepas itu, pengantin lelaki juga diperlukan pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu, ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

9

Hasil Kajian 3: Mengkaji sumbangan adat perkahwinan India kepada budaya masyarakat Malaysia Tamadun India yang dianggap sebagai salah satu tamadun yang tertua telah membawa banyak sumbangan kepada dunia. Tamadun India mempunyai pencapaian yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti bidang sains dan teknologi, seni bina, bahasa dan kesusasteraan dan sosial kesenian termasuk adat perkahwinan. (Sew, WM n.d.) Masyarakat India kaya dengan ciri-ciri adat perkahwinan dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan India telah membawa banyak perubahan dan kesan kepada corak adat perkahwinan dan sosio-budaya masyarakat Malaysia. Sebagai contohnya, apabila kaum Melayu dan kaum Cina dijemput ke majlis perkahwinan India, mereka berpeluang untuk mengetahui pakaian tradisional yang dipakai oleh pasangan pengantin dan para jemputan India. Kaum lain juga boleh memakai pakaian tradisional India seperti Dhoti (Rujuk Gambar 7) dan Sari (Rujuk Gambar 8) apabila mengunjungi ke rumah kawan India pada hari perayaan atau upacara tradisional. Tindakan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Kawan India akan bersyukur demi kawan kaum lain menyukai dan menghormati terhadap kebudayaan India.

Selain itu, jemputan kaum Melayu dan Cina juga dapat menjamu makanan tradisional India yang enak seperti nasi Biryani (Rujuk Gambar 9) dan ayam Tandoori (Rujuk Gambar 10) dalam majlis perkahwinan. Oleh itu, kaum-kaum lain dapat mengenalkan kebudayaan dan adat resam perkahwinan India yang berbeza daripada upacara kaum mereka. Keunikan rasa kuih-muih dan makanan India dapat menarik minat kaum lain terhadap bahan-bahan dan rempah yang digunakan untuk membuat makanan tersebut. Kaum lain boleh membuat makanan tradisional India dan berkongsi dengan kawan India. Perkongsian pengalaman dalam proses memasak juga dapat mengukuhkan hubungan yang erat antara satu sama lain. Dengan demikian, adat perkahwinan India sedikit demi sedikit telah berjaya melunturkan kegemilangan dalam masyarakat Malaysia dan berjaya mewujudkan perpaduan, kemesraan dan semangat bantumembantu antara satu sama lain.

Demi majlis perkahwinan India, ‘henna tattoo’ (Rujuk Gambar 11) iaitu mehndi yang dilukis pada tangan dan kaki pengantin perempuan sebagai satu perlambangan setu terhadap pengantin 10

perempuan juga dipopulerkan dalam masyarakat Malaysia. Umumnya, lukisan mehndi hanya dapat ditemui dalam perayaan tradisional India. Menurut responden kami Cikgu Para, beliau mengatakan kecantikan dan keunikan mehndi telah menarik minat kaum lain, mereka akan mencuba kesenian mehndi pada bila-bila masa selain dari perayaan India. Dengan demikian, terbentuklah masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai hubungan yang erat, walaupun masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa dan keturunan. Secara tidak langsung, apabila hubungan masyarakat sudah kukuh tali persaudaraannya, tentunya negara Malaysia menjadi kuat dan stabil serta dapat mempertahankan diri daripada gangguan dan ancaman anasir-anasir luar. Adat perkahwinan tamadun India telah menyumbangkan kepada masyarakat Malaysia dari beberapa aspek.

11

Kesimpulan Dalam pelaksanaan laporan kajian ini berkaitan adat perkahwinan masyarakat India di Malaysia, pengalaman dan pengetahuan berkaitan keunikan adat perkahwinan ini kami timba dan faham dengan lebih mendalam. Ini disebabkan oleh semua ahli kumpulan tidak memahami adat perkahwinan India di Malaysia dengan mendalam pada awalnya. Kami berpeluang menjalankan temu bual dengan responden yang beragama Hindu. Ini telah mendalami pengetahuan kami terhadap adat istiadat perkahwinan yang menarik dalam masyarakat India dan merapatkan hubungan kemasyarakatan. Dalam masa yang sama bagi kaum India pula pegangan agama Hindu dapat dimantapkan dan inilah merupakan lambang identiti mereka.

Kesimpulannya, laporan kajian ini membolehkan kami menyedari bahawa kami patut berbangga dengan kewujudan masyarakat majmuk di negara kita. Kami juga memahami bahawa sesetengah adat perkahwinan masyarakat India dipengaruhi oleh budaya Barat pada zaman sekarang. Sebagai contoh, sesetengah generasi muda zaman ini juga memakai gaun putih dan baju kot selain daripada pakaian tradisional India (Rujuk Gambar 12). Maka, kewujudan adat dan budaya yang berbagai-bagai memberikan generasi muda untuk mempelajari. Kami berharap agar generasi muda boleh mengenali adat dan budaya perkahwinan India yang unik ini supaya budaya ini tidak ditelan zaman.

(2,493 patah perkataan)

12

Bibliografi BBC

2021,

‘Hindu

Beliefs’,

diakses

pada
...


Similar Free PDFs