PEMBANGUNAN EKONOMI DI MALAYSIA DOCX

Title PEMBANGUNAN EKONOMI DI MALAYSIA
Author Noraihan Zainol
Pages 4
File Size 22.3 KB
File Type DOCX
Total Downloads 712
Total Views 908

Summary

PEMBANGUNAN EKONOMI DI MALAYSIA Perniagaan Pembangunan negara akan lebih dinikmati jika wujud keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan pembangunan sosial. Pembangunan bukan hanya seimbang malah perlu bersifat lestari atau “sustainable”. Bagi mencapai pembangunan lestari ini, kerajaan berhasrat su...


Description

PEMBANGUNAN EKONOMI DI MALAYSIA Perniagaan Pembangunan negara akan lebih dinikmati jika wujud keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan pembangunan sosial. Pembangunan bukan hanya seimbang malah perlu bersifat lestari atau "sustainable". Bagi mencapai pembangunan lestari ini, kerajaan berhasrat supaya penilaian impak sosial diamalkan dalam proses perancangan dan pelaksanaan pembangunan dan seterusnya mengesyorkan tindakan untuk mengurangkan impak negatif sebelum pelaksanaaan direalisasikan. Kaedah ini adalah untuk memastikan sesuatu aktiviti pembangunan yang dirancang mendatangkan faedah kepada masyarakat dan tidak sebaliknya. Pendekatan penilaian impak sosial juga melibatkan masyarakat didalam perancangan aktiviti pembangunan dengan membuka peluang masyarakat memberi input tentang keperluan pembangunan masyarakat setempat. Secara asasnya, aktiviti perniagaan merupakan salah satu cabang daripada sektor ekonomi penting dan menjadi faktor ekonomi yang membantu pembangunan di sesebuah negara. Rosmin & Katiman (2014) mengatakan bahawa kegiatan ekonomi seperti aktiviti perniagaan, perindustrian, pengangkutan dan perkhidmatan boleh mempengaruhi pertumbuhan Negara. Aktiviti perniagaan sama ada sektor formal dan sektor tidak formal sentiasa mendapat perhatian, sokongan dan galakan daripada kerajaan di peringkat persekutuan, negeri mahupun tempatan. Selain itu, sektor perniagaan turut memainkan peranan penting dalam pembangunan tenaga kerja serta menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi. Justeru itu, bagi memastikan persekitaran yang bersih, sihat dan produktif serta mampu memenuhi keperluan dan aspirasi negara. Ia juga bertujuan bagi mengenal pasti pendekatan bersepadu dengan strategi yang berkesan kos dan dapat menghasilkan faedah yang berlipat ganda pada masa hadapan dengan lebih mapan....


Similar Free PDFs