Faktor-faktor yang mempengaruhi adat masyarakat melayu DOCX

Title Faktor-faktor yang mempengaruhi adat masyarakat melayu
Pages 2
File Size 16.1 KB
File Type DOCX
Total Downloads 212
Total Views 780

Summary

Faktor-faktor yang mempengaruhi adat masyarakat melayu Melayu bukan suatu etnik atau suku bangsa sebagaimana yang kita fikir. Ia sebenarnya merupakan bangsa atau kumpulan etnik-etnik serumpun yang menganut agama yang sama dan menggunakan bahasa yang sama. Di dalam terdapat penduduk daripada keturuna...


Description

Faktor-faktor yang mempengaruhi adat masyarakat melayu Melayu bukan suatu etnik atau suku bangsa sebagaimana yang kita fikir. Ia sebenarnya merupakan bangsa atau kumpulan etnik-etnik serumpun yang menganut agama yang sama dan menggunakan bahasa yang sama. Di dalam terdapat penduduk daripada keturunan yang berbeza seperti Arab,Persi,Cina, dan India dan daripada Nusantara. Hal ini demikian kerana mereka menetap dalam tempoh yang lama bersama orang Melayu. Selain itu, kebanyakan dari mereka memeluk agama Islam serta menggunakan bahasa melayu dalam penuturan seharian mereka. Etnik-etnik serumpun yang lain pada umumnya menetap di suatu daerah sahaja. Berbeza dengan masyarakat orang Melayu, mereka tinggal di beberapa daerah yang terpisah. Walaubagaimanapun bahasa dan agama mereka tetap sama. Adat istiadat mereka juga sama kerana didasarkan atas asas agama dan budaya yang sama. Terdapat empat faktor yang menyebabkan orang melayu mengidentifikasikan diri dan kebudayaannya dengan islam : 1. Perdagangan 2. Perkahwinan 3. Politik 4. Tiga lingkaran pusat peradaban Perdagangan Kedatangan pedagang-pedagang Muslim dari negeri Arab dan Persia telah menyebabkan agama islam sudah mula bertapak di Tanah Melayu pada ketika itu sejak abad kelapan dan sembilan Masihi. Pada mulanya Islam hanya terdapat di kawasan kota-kota pesisir yang merupakan kawasan pelabuhan utama atau kawasan transit pada zamannya. Perdagangan dianggap sebagai saluran utama bagi pesatnya perkembangan Islam di Kepulauan Nusantara....


Similar Free PDFs