Dakwah Dalam Masyarakat Di Malaysia DOCX

Title Dakwah Dalam Masyarakat Di Malaysia
Author Mohamad A Bakar
Pages 21
File Size 56.8 KB
File Type DOCX
Total Downloads 65
Total Views 256

Summary

1.0 Penghargaan Penghargaan ini saya tujukan kepada Pensyarah Metodologi Dakwah Di Malaysia Dr. Mohd Shukri bin Hanapi yang banyak membimbing dan memperturunkan ilmu dakwah di Malaysia sehingga selesai penulisan tugasan ini. Tidak lupa saya kalungkan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah Pengaj...


Description

1.0 Penghargaan Penghargaan ini saya tujukan kepada Pensyarah Metodologi Dakwah Di Malaysia Dr. Mohd Shukri bin Hanapi yang banyak membimbing dan memperturunkan ilmu dakwah di Malaysia sehingga selesai penulisan tugasan ini. Tidak lupa saya kalungkan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah Pengajian Islam OUM, isteri saya Pn. Maimunah bt Mohamed Beon yang juga sedang melanjut pelajaran, anak-anak saya Ruqaiyah, Mohamad Mujahid, Sumaiyah, Humaira', Mohamad Huzaifah, Solehah dan anak angkat saya Nabisya. Di atas pengorbanan dan kesabaran dan doa kalian akhirnya penulisan ini dapat disiapkan dengan baik. Kepada semua teman-teman, adik beradik dan rakan-rakan, terima kasih kerana memahami kesibukan saya. Moga doa tuan-tuan diberkati dan mendapat ganjaran didunia dan diakhirat 2.0 Pengenalan Khidmat ummah ialah kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakat yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai objektif dan matlamat tertentu. Kerja-kerja ini jika dilaksanakan dengan sempurna pasti akan menghasilkan sesuatu impak yang berguna. Bagi masyarakat Islam, khidmat ummah adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara masyarakat Islam. Bukan itu sahaja, malahan dengan perancangan khidmat ummah yang sempurna akan mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim dan jalinan persahabatan dalam masyarakat serta menguatkan pegangan agama di kalangan umat Islam. Matlamat khidmat ummah boleh di senaraikan seperti berikut: (a) Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri individu terhadap masyarakat yang ada di persekitaran. (b) Memupuk serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap individu. (c) Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran kepada masyarakat dan negara (d) Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain. (e) Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira, bangsa, warna kulit dan ideologi. (f) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. (g) Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan tulang membantu orang lain yang memerlukan bantuan. 1...


Similar Free PDFs