PENGARUH KPOP DALAM MASYARAKAT PDF

Title PENGARUH KPOP DALAM MASYARAKAT
Course philosophy and current issue
Institution Universiti Teknologi Malaysia
Pages 32
File Size 736.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 216
Total Views 326

Summary

TUGASAN BERKUMPULANFALSAFAH DAN ISU SEMASATAJUK:GLOBALISASI BUDAYA:PENGARUH K-POP DAN BUDAYAHEDONISMEISI KANDUNGAN PENGENALAN 2- BIL KANDUNGAN MUKA SURAT KONSEP 4- OBJEKTIF KAJIAN METODOLOGI KAJIAN PERMASALAHAN KAJIAN 8- FAKTOR PERMASALAHAN KAJIAN 11- KESAN PERMASALAHAN KAJIAN 14- LANGKAH MENGATASI ...


Description

TUGASAN BERKUMPULAN FALSAFAH DAN ISU SEMASA TAJUK: GLOBALISASI BUDAYA: PENGARUH K-POP DAN BUDAYA HEDONISME

ISI KANDUNGAN

BIL

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

PENGENALAN

2-4

2.

KONSEP

4-5

3.

OBJEKTIF KAJIAN

6

4.

METODOLOGI KAJIAN

7

5.

PERMASALAHAN KAJIAN

8-10

6.

FAKTOR PERMASALAHAN KAJIAN

11-13

7.

KESAN PERMASALAHAN KAJIAN

14-16

8.

LANGKAH MENGATASI PERMASALAHAN KAJIAN

17-19

9.

DAPATAN KAJIAN

20-29

10.

KESIMPULAN

30

11.

RUJUKAN

31

1.0 PENGENALAN Kebudayaan merupakan konsep fundamental dalam disipilin ilmu antropologi. E.B Taylor, salah satu ahli antropologi mendefnisikan kebudayaan sebagai hal yang melingkupi semua pengalaman manusia. E.B Taylor mengatakan bahawa kebudayaan meliputi pengetahuan, seni, moral, hukum, serta kapasiti dan perilaku lainnya yang diterima atau dipelajari oleh manusia dan anggota masyarakat (Taylor 1887). Dari definisi tersebut, dapat dikatakan bahwa budaya merupakan produk yang diciptakan oleh manusia dimana budaya tersebut lah yang juga membentuk manusia dalam kehidupan seharian. Manusia memperoleh budaya secara sedar melalui pembelajaran langsung mauhupun secara tidak sedar melalui interaksi (Rendell 2010). Budaya bersifat dinamis serta dapat tumbuh dan berkembang mengikuti perubahan zaman, karena budaya dikontruksi dan direkontruksi oleh manusia. Namun, terdapat budaya yang tidak dapat di ubah. Koentjaraningrat membahagi budaya menjadi dua iaitu fisik dan non-fisik (Koentjaraningrat 1982). Budaya yang berwujud fisik berbentuk produk dan sulit mengalami perubahan. Sedangkan budaya non-fisik merujuk kepada idea dan aktiviti manusia yang dinamik dan terbuka terhadap perubahan serta sesuai dengan konteks zaman. Budaya non-fisik berupa aktiviti meliputi ritual, adat istiadat, tarian dan sebagainya. Budaya non-fisik memiliki kaitan yang erat dengan globalisasi karena sifatnya yang dinamis dan dapat berubah sesuai dengan zaman. Oleh kerana itu, dalam konteks globalisasi definisi budaya merujuk pada budaya non-fisik dalam bentuk idea dan aktiviti. Perkembangan globalisasi menyentuh setiap lini kehidupan manusia dan juga memberi impak terhadap perubahan budaya. Seperti yang diketahui, globalisasi menjadi isu yang mendapat perhatian besar sejak akhir abad ke-20 hingga awal abad ke-21. Globalisasi membawa maksud suatu proses mengetepikan sekatan untuk mewujudkan dunia terbuka dan tanpa sempadan. Proses ini membabitkan pengaplikasian teknologi secara menyeluruh agar penyampaian maklumat menjadi lebih cepat dan terkini. Dalam proses globalisasi, batasan geografi suatu negara menjadi kabur sehingga proses globalisasi dapat mengancam eksistensi budaya suatu bangsa karena budaya lain dapat masuk dengan mudah dalam suatu kehidupan bangsa. Tidak dapat disangkal jika pengaruh globalisasi dalam penyebaran budaya semakin terlihat dengan adanya perkembangan teknologi informasi, sehingga penyebaran budaya tidak lagi harus melalui migrasi namun dapat dilakukan melalui media sosial dan media massa. Adanya akses internet telah memudahkan penyerapan budaya kerana hampir semua orang berhubung melalui jaringan internet. Media menjadi senjata utama dalam penyebaran budaya di era globalisasi, mengingat media berperanan sebagai agen penyebaran budaya yang menjadi

jambatan antara agen dan konsumer. Media merupakan saluran yang berpengaruh dalam distribusi kebudayaan global yang secara langsung memengaruhi perubahan gaya hidup masyarakat dan menjadikan masyarakat sebagai konsumen suatu budaya. Hal ini diperkuat dengan hasil penelitian oleh para ahli yang mengatakan bahwa media seringkali dijadikan sebagai alat perubahan masyarakat (Li 2004). Globalisasi dalam konteks budaya selama ini selalu dikaitkan dengan dominasi negaranegara Barat terhadap negara timur. Namun muncul sebuah fenomena baru dalam era globalisasi yang menjadi trend masyarakat di seluruh dunia yakni budaya K-pop yang telah menjadi penyumbang kepada ketersebaran budaya hedonisme. Oleh kerana itu, dapat dikatakan bahawa saat ini terdapat dua budaya yang mendominasi kebudayaan global iaitu K-pop sebagai sebagai nilai-nilai budaya Korea Selatan dan Hedonisme sebagai kebudayaan dengan nilainilai budaya yang memaksimumkan kenikmatan dan keseronokan dalam kehidupan. Istilah hedonisme ialah cantuman daripada dua perkataan iaitu ’hedone’ dan ’isme’. Perkataan pertama iaitu hedone merupakan istilah Greek (Yunani) yang bererti kesenangan atau keseronokan. Maksud perkataan kedua iaitu isme dijelaskan dalam Kamus Dewan sebagai akhiran asing kepercayaan, gerakan politik atau keagamaan, sikap, serta perlakuan. Perkataan hedonisme diertikan sebagai suatu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Oxford English Dictionary mendefinisikan hedonisme sebagai satu doktrin atau teori etika yang menyatakan bahawa keseronokan merupakan tahap kebaikan tertinggi atau matlamat akhir sesuatu tindakan. Menurut Abdul Ghafar Hj. Don, para hedonis sentiasa berusaha memperbaiki cara hidup mereka masing-masing untuk memaksimumkan prinsip kegembiraan dan keseronokan dalam kehidupan. Prinsip ini berdasarkan kepada doktrin falsafah dan psikologi yang menjelaskan bahawa segala tingkah laku atau kelakuan manusia adalah berasaskan kepada usaha untuk mencari kegembiraan. K-pop di Malaysia lebih banyak dipandang negatif kerana budaya ini berisikan nilainilai kebudayaan hedonisme yang cenderung bertentangan dengan budaya di Malaysia yang majoriti rakyat mengamalkan ajaran Islam. Kemunculan budaya K-pop ini menyebabkan masyarakat tidak keberatan untuk menghabiskan wang dan masa demi mendapatkan kepuasan dan kesenangan. Penggemar K-Pop menyatakan bahawa mereka mendapatkan kesenangan dan keseronokkan dari membeli barang-barang yang berhubungan dengan idola mereka dan menghadiri konsert-konsert artis idola kesukaan mereka. Keinginan untuk melihat idola dari dekat secara langsung melalui konsert membuat penggemar tidak segan-segan untuk merogoh kocek mereka dengan membeli tiket yang mahal. Harga tidak pernah menjadi persoalan saat

penggemar sudah mempunyai nilai kesetiaan kepada idolanya. Hedonisme boleh dilihat dari bagaimana penggemar dengan sukarela membeli tiket konsert, mempersiapkan penginapan yang tentunya akan menambah pengeluaran wang semasa perjalanan. Keinginan untuk mengoleksi barang-barang yang datang bersama album dan bahkan nilai sentimental yang mereka rasakan menjadi alasan untuk penggemar terus melakukan pembelian album yang tanpa mereka sedari sudah masuk ke dalam perilaku hedonisme. Melihat realiti sebahagian pemuda pemudi Islam di Malaysia ini yang terlalu mudah terpengaruh dengan budaya hedonisme melampau seolah sama seperti mereka yang tidak pernah mendengar atau mengetahui perintah dan larangan Allah mendatangkan pertanyaan bahawa sejauh manakah tahap kefahaman masyarakat tentang Islam itu sendiri? Selain itu, terdapat segelintir wanita Islam yang rela membiarkan diri dipeluk, cium dan bersentuhan dengan idola-idola K-pop ini yang jelas berlainan jantina dan agama. Bukan itu sahaja, budaya ‘couple’, ber’dating’ ke sana sini, kesedaran menutup aurat dengan betul yang sangat rendah (betudung tetapi memakai baju lengan pendek, bertudung pendek tidak menutup dada, berbaju dan berseluar ketat, tidak bertudung dan berpakaian menjolok mata) bagi wanita muslim, memakai seluar pendek bagi lelaki muslim, dan lain-lain lagi bermacam adegan artis-artis tempatan dan lakonan dunia hiburan nakal yang tidak langsung menunjukkan diri pelaku sebagai seorang muslim yang benar-benar takut dan tunduk dengan suruhan Allah s.w.t. mendatangkan persoalan lain iaitu apakah punca berlaku segala kepincangan dan kelemahan akidah dalam kalangan pemuda pemudi Islam di negara kita ini?

2.0 KONSEP 2.1 Globalisasi Menurut Kamus Dewan, globalisai didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

2.2 Budaya Budaya didefinisikan sebagai kemajuan fikiran, cara berfikir dan berkelakuan Kamus dewan (2005). Budaya juga merupakan suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi system sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Budaya meliputi adat, istiadat, seni, hukum, moral, dan lain-lain kemahiran yang diperolehi oleh seseorang manusia dalam sesebuah masyarakat. Budaya bersifat dinamis serta dapat tumbuh dan berkembang mengikuti perubahan zaman, karena budaya dikontruksi dan direkontruksi oleh manusia (Suwardi Endraswara 2006).

2.3 Hedonisme Hedonisme didefinisikan sebagai pegangan atau pandangan hidup yg mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup (Kamus Dewan Edisi Keempat). Hedonisme juga merupakan suatu pola pemikiran yang menyatakan bahawa memaksimumkan keseronokan adalah perkara terbaik dan amat disukai dalam kehidupan manusia di alam ini. Hedonisme juga diertikan sebagai kepuasan rasa dan kenikmatan yang menjadi ukuran tingkah laku sesuatu perbuatan yang baik (Haron Din et al 1990). Hedonisme menilai kebaikan hanya berdasarkan kepada keseronokan semata-mata. Nilai moral dianggap mempunyai persamaan dengan nilai kebaikan yang diperoleh dalam budaya hedonisme ini (Mustaffa Kamil Ayub 1994). Penganut fahaman ini dikenali sebagai hedonis dan sifat golongan ini yang mementingkan

keseronokan disebut sebagai hedonistik (Kamus Dewan 523). 2.4 Kpop K-pop merupakan singkatan dari Korean Pop. K-pop adalah genre muzik yang berasal dari Korea Selatan yang dicirikan oleh pelbagai jenis audiovisual. Walaupun ia terdiri daripada semua genre muzik popular di Korea Selatan, istilah ini lebih kerap digunakan dalam pengertian sempit untuk menggambarkan bentuk muzik pop Korea Selatan yang kebanyakannya melayari pop, balada pop, elektronik, rock dan hip-hop. Aliran ini telah menjadi satu cabang kebudayaan dalam kalangan remaja dan orang dewasa di seluruh dunia yang menimbulkan minat terhadap gaya dan fesyen daripada penyanyi dan kumpulan muzik Korea (Kamus Corsica).

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 1. Menjelaskan kewujudan budaya hedonisme 2. Mengkaji faktor dan kesan pengaruh Kpop dalam kalangan remaja 3. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi budaya hedonisme daripada berterusan menjajahi budaya di Malaysia

4.0 METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian merupakan satu pendekatan saintifik yang digunakan untuk mencari jawapan atau penyelesaian kepada sesuatu masalah yang hendak dikaji. Pengkaji dapat menerangkan kaedah yang digunakan untuk menyiasat sesuatu masalah melalui metodologi kajian. Metodologi kajian meliputi teknik mereka bentuk, kaedah kajian, instrumen kajian yang digunakan dan cara mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti untuk menyokong sesuatu kesimpulan. Antara kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah data numerikal. Untuk kajian ini kami telah menggunakan Borang Google (Google Form) untuk mengumpul maklumat dan mendapatkan maklum balas daripada responden. Google Form ini akan diberikan kepada responden secara atas talian. Google Form ini terdiri daripada 4 bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C dan bahagian D. Bahagian A terdiri daripada demografi dan maklumat responden. Seterusnya, bahagian B faktor-faktor penularan pengaruh K-pop dan budaya hedonisme. Bahagian C pula membincangkan kesan-kesan terhadap pengaruh K-pop dan budaya hedonisme. Akhir sekali, bahagian D membincangkan soalan-soalan cara-cara mengatasi pengaruh K-pop dan budaya hedonisme. Analisis data secara statistik telah dijalankan untuk menganalisis data daripada responden didalam google form. Data yang diperoleh dianalisis menggunkan bilangan dan peratusan. Segala data yang telah dikumpul bagi setiap soalan akan dipersembahkan di dalam jadual, carta pai dan graf bar.

5.0 PERMASALAHAN KAJIAN 1. Menghadapi masalah psikologi Kpop adalah aliran muzik popular yang berasal daripada Korea Selatan. Aliran ini telah menjadi satu cabang kebudayaan dalam kalangan remaja dan orang dewasa di seluruh dunia yang menimbulkan minat terhadap gaya dan fesyen terhadap penyanyi dan kumpulan muzik Korea. Genre ini sedang mengembang pengaruhnya di rantau ini. Namun, terdapat sesetengah remaja amat meminati artis Korea kegemaran mereka sehingga mengalami masalah psikologi serius yang dinamakan Sindrom Memuja Selebriti (CWS). Hal ini kerana seseorang mengalami ketaksuban yang tinggi boleh mempengaruhi mental dan pemikiran individu. Mereka sanggup berbelanja ribuan ringgit sama ada untuk membeli pakaian dan barangan berkaitan dengan artis pujaan mereka atau ke Korea bagi menyaksikan konsert secara langsung. Selain itu, mereka akan mencari peluang untuk berjumpa secara berhadapan dengan artis Korea kegemaran mereka. Menurut Berita Harian Online, mangsa membuat pengakuan bahawa beliau sendiri mengalami CWS iaitu beliau sanggup membelanjakan sejumlah wang sebanyak RM10,000 untuk mendapatkan cakera padat digital (CD), poster, majalah, koleksi buku foto, sarung kaki, pen, baju, tiket konsert dan sebagainya. Hal ini kerana baginya tindakan sedemikian dapat membuktikan bahawa dia mempunyai persamaan dan mengetahui setiap perkembangan artis Korea tersebut. Tambahan lagi, beliau sangup meluangkan masa selama lapan jam sehari untuk mendengar lagu dan menonton konsert Korea. Hal ini berkait rapat dengan kes obses kritikal iaitu seseorang dapat membayangkan artis kesayangan sebagai pasangan mereka dan menyakini artis tersebut mencintainya juga. Seseorang akan cenderung mengalami halusinasi seksual dan dua personaliti yang berbeza apabila kegilaan itu melampau. CWS adalah sindrom yang menyebabkan peminat merasakan diri mereka mempunyai ikatan secara langsung dengan artis idola tetapi pada hakikatnya artis Korea berkenaan tidak mengenalinya. Peminat Kpop mempunyai pengaruhnya yang tersendiri sehingga dapat menarik hati peminat yang mendengarnya. Sebut sahaja artis kumpulan bernama BTS, EXO, Big Bang, Beast, I.O.I, Girls generation, EXID, IKON dan A Pink kepada peminat Kpop pasti teruja. Secara tidak langsung unsur Kpop telah menjajah ke negara Malaysia melalui material, mental dan pemikiran.

2. Lagu Kpop mempunyai unsur penghinaan Terdapat lirik pada lagu kpop mempunyai unsur penghinaan agama yang segelintir individu di Malaysia tidak memahami baik-baik lirik yang diperkatakan. Mereka hanya mendahulukan kesedapan untuk didegari tanpa memeriksa lirik yang diperkatakan. Contoh lagu kpop yang menghina agama ialah Act Serious yang menggunakan lantunan azan yang diremix pada awal melodi dalam lagu Loco.

3. Pengaruh budaya Pengaruh kpop sedang meningkat naik dengan adanya pakej yang lengkap bagi seseorang artis Korea itu sendiri. Antaranya, artis Korea memiliki paras rupa yang cantik dan kacak. Menurut International Society of Aesthetic Plastic Surgery (ISAPS), Korea Selatan menjadi pasar terbesar di dunia untuk prosedur bedah kosmetik atau kecantikan. Namun, terdapat juga artis Korea yang mengekalkan wajah asal mereka. Korea Selatan adalah pusat operasi plastik bagi mereka yang ingin meningkatkan rasa kepercayaan diri yang tidak hanya pada kalangan artis malah masyarakat Korea Selatan juga telah menjadi kebiasaan melakukan operasi plastik. Operasi plastik dilakukan untuk menyempurnakan diri secara fizikal seperti memperbesar kelopak mata, pengurangan rahang, menghilangkan keriput di wajah, pemangkasan tulang pipi, memancungkan hidung dan menipiskan bibir. Hal ini dapat memukau pandangan peminat dengan adanya artis idola mereka memiliki rupa paras yang kacak dan comel.Terdapat juga rakyat Malaysia ke Korea bagi melakukan pembedahan plastik pada muka dan tubuh. Hal ini kerana mereka telah obses dengan artis kpop sehingga sanggup mengubah identiti sendiri yang dapat seiring kelihatan cantik dan tampak sebaris artis kpop. Menurut pandangan Islam, seseorang makhluk manusia dilarang sama sekali untuk mengubah fitrah yang telah tuhan jadikan pada makhluknya.

4. Tindakan luar kawalan Pengaruh unsur Kpop di Malaysia menjadi serius sehingga membawa kepada tindakan yang negatif. Antaranya, terdapat segelintir orang yang meratapi kematian bintang Kpop kegemaran mereka iaitu artis Kim Jong-Hyun. Tindakan sedemikian melibatkan wanita Melayu yang beragama Islam mengikuti acara penghormatan terakhir kepada artis kesayangan mereka. Menurut Mufti Perak, orang melayu yang beragama Islam dilarang melakukan tindakan menyalakan lilin dan membawa belon sebagai tanda memperingati kematian Kim Jong-Hyun (NST, 2017). Selain itu, terdapat

kes wanita Melayu bertudung memeluk artis Korea Selatan iaitu B1A4 di atas pentas yang merupakan artis berkumpulan di suatu konsert bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail. Wanita berkenaan adalah peminat bagi artis kumpulan B1A4. Oleh itu, perbuatan demikian berkait rapat dengan budaya hedonisme iaitu suatu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan. Konsep budaya hedonisme adalah menekankan kepada pegangan falsafah hidup yang mementingkan kebebasan manusia yang bertuhankan hiburan.

6.0 FAKTOR PERMASALAHAN 1. Peranan media massa dan media cetak Pada era globalisasi ini, peranan media massa dan media cetak banyak menyumbang kepada penyebab seseorang lebih mudah terpengaruh dengan budaya asing iaitu budaya hedonism seperti pengaruh K-Pop. Pendedahan dan penyebaran budaya ini semakin berleluasa akibat perkembangan teknologi yang kian maju. Pihak media massa zaman sekarang lebih mengutamakan hiburan dan pergaulan bebas melalui pelbagai medium. Stesen televisyen banyak menyiarkan rancanganrancangan hiburan seperti nyanyian dan muzik. Selain itu, penggunaan sosial tanpa had menyebabkan seseorang lebih mudah mengikuti perkembangan semasa tentang K-Pop. Sebagai contoh, negara Malaysia merupakan antara negara yang mencatat rekod tertinggi iaitu di tempat ke 7 dalam membahas banyak tentang populariti K-Pop dalam laman sosial Twitter. Penggunaan sosial tanpa had ini mengakibatkan remaja sanggup menghabiskan masa dan tenaga untuk mencapai kepuasan minat terhadap apa yang mereka suka. Seterusnya, perkembangan trend masa kini di internet juga banyak dilakukan oleh masyarakat muda zaman sekarang ini. Hal ini demikian kerana mereka merasakan perkara yang menjadi ikutan orang ramai ini merupakan satu bentuk hiburan yang menyeronokkan tanpa membezakan mana perkara yang baik dan buruk. Misalnya, banyak anak muda mengikuti cabaran yang viral untuk memperoleh perhatian orang ramai. Di samping itu, media cetak juga menjadi faktor pendorong seseorang terpengaruh kepada Kpop kerana telah banyak mengeluarkan buku atau majalah yang mengandungi kandungan yang tidak berfaedah bagi masyarakat muda. Namun, ada sesetengah masyarakat muda sanggup menghabiskan banyak wang untuk membelinya. Tegaslah bahawa bentuk hiburan yang melampau akan menyebabkan anak muda menjadi taksub melalui perkembangan teknologi.

2. Pengaruh rakan sebaya Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang mendorong seseorang terpengaruh dengan budaya K-Pop dan hedonisme. Individu yang rapat di sekeliling banyak mempengaruhi diri seseorang dalam memilih cara hidup dan cara menilai kehidupan. Ajakan dari rakan sebaya menyebabkan seseorang mudah tertarik dan terjebak. Remaja zaman sekarang mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat mendalam dan inginkan keseronokan hidup sehingga terjebak dengan perkara yang memudaratkan dan merosakkan aqidah. Kebebasan dalam bergaul dan bebas

berkeliaran menyebabkan remaja cenderung untuk melakukan perkara-perkara negatif. Pengaruh Kpop mempunyai daya tarikan tersendiri dan kini menjadi ikutan bagi anak-anak muda s...


Similar Free PDFs