Dualisme Dalam Pendidikan DI Malaysia CTU554 PDF

Title Dualisme Dalam Pendidikan DI Malaysia CTU554
Course Library Management
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 25
File Size 360.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 232
Total Views 775

Summary

CTU552: FALSAFAH DAN ISU SEMASAKUMPULAN: (IM1I)TUGASAN 1TAJUKPENGARUH DUALISME DALAM PENGAMALAN PENDIDIKANDI MALAYSIANAMA PENSYARAH: DR MOHD IZZAT AMSYAR BIN MOHD ARIFNAMA NOMBOR PELAJARNURAERISSA BINTI FADZIL 2020813404SITI ZUBAIDAH BINTI ZULKIFLI 2020496098AIN NUR MAISARA BINTI ROSLI 2020495304NUR...


Description

CTU552: FALSAFAH DAN ISU SEMASA KUMPULAN: (IM1I) TUGASAN 1

TAJUK PENGARUH DUALISME DALAM PENGAMALAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA NAMA PENSYARAH: DR MOHD IZZAT AMSYAR BIN MOHD ARIF

NAMA

NOMBOR PELAJAR

NURAERISSA BINTI FADZIL

2020813404

SITI ZUBAIDAH BINTI ZULKIFLI

2020496098

AIN NUR MAISARA BINTI ROSLI

2020495304

NUR FADZIATUL FAZILLA BINTI ABDUL HALIM

2020852962

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillahi Rabbil’alamin, segala puji buat

junjungan

Nabi Muhammad S.A.W.. Bersyukur kami ke hadrat Ilahi Yang Maha Esa yang telah memberikan limpahan rahmat serta nikmat masa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami kerana dapat kami jayakan tugasan ini dengan baik sekali.

Pertamanya, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami yang mengajar subjek CTU552, Falsafah dan Isu Semasa iaitu Dr. Mohd Izzat Amsyar Bin Mohd Arif yang banyak membantu serta memberi panduan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupakan rakan-rakan sepertugas yang memberi sepenuhnya kerjasama dalam membaiki dan menambaikpulih tugasan ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini. Wassalam.

ISI KANDUNGAN

1

BIL

KANDUNGAN

M/S

1.

Penghargaan

1

2.

Isi Kandungan

2

3.

Abstrak

4.

Permasalahan Kajian

5.

3-4 5 6-12

Pengenalan 1.1 Sejarah Ringkas Kemunculan Dualisme Dalam Pendidikan 1.2 Reformasi Pendidikan 1.3 Definisi Istilah Dualisme Dalam Pendidikan

6.

Laporan Kajian

13-15

7.

Isu Dan Cabaran

16-21

2.1 Isu Dualisme Dalam Pendidikan 2.2 Cabaran Dualisme Dalam Pendidikan 8.

Penutup

22

9.

Rujukan

23-25

ABSTRAK

2

Dualisme membawa maksud kepada teori yang berasaskan dua dasar berlainan atau perihal yang mendua, sesuatu yang berasaskan dua hal yang bertentangan. Dualisme dalam pendidikan pula membawa kepada wujudnya dua sistem pendidikan yang berbeza iaitu sistem pendidikan tradisional Islam dan sistem pendidikan moden. Pengasingan ilmu ini dikatakan mempunyai kaitan dengan penjajahan British di negara Malaysia yang berlaku pada bulan Ogos 1945. Di bawah satu jawatankuasa khas yang dibentuk oleh penjajah British, telah terhasil Laporan Pelajaran Cheeseman 1946 yang merupakan percubaan penjajah untuk mencuba menyusun polisi pendidikan menyebabkan pendidikan sekular ini berlaku sehingga kini. Kedatangan para pedagang dari negara Cina, Arab dan India ke negara Malaysia telah membawa pengaruh kepada penyebaran agama Islam dengan meluas sehingga terwujudnya satu sistem pendidikan Islam tidak formal di Tanah Melayu. Penyebaran agama Islam di Tanah Melayu menunjukkan perkembangan apabila para pendakwah Arab berjaya mempelopori Sistem Pondok sebagai tempat pengajian bagi pelajar-pelajar madrasah. Namun kedatangan penjajah British telah menjadi kebimbangan kepada pemuda-pemuda Islam terhadap penyebaran ideologi penjajah British tentang sekularisme. Pihak British menganggap bahawa hal-hal agama merupakan hak raja-raja negeri manakala ideologi berkenaan dengan sekularisme berkembang dengan pesat sehingga tertubuhnya sekolah-sekolah Inggeris dan akhirnya madrasah-madrasah menjadi terbiar. Dengan ini, terdapat dua golongan iatu “golongan moden-pro Barat” iaitu golongan yang terlahir dari sistem pendidikan sekular dan “golongan tradisional” iaitu golongan yang masih mengikuti ajaran agama Islam. Perkara ini berlarutan disebabkan isu dan cabaran yang perlu dihadapi untuk menangani pengaruh dualisme.

Pengajaran yang tertumpu kepada satu aspek pendidikan telah menyebabkan pelajar dan ibubapa hanya berfokus kepada pendidikan yang boleh menjamin masa depan dan kerjaya

3

pelajar.Selain itu, kewangan turut menjadi isu kepada ibubapa berdasarkan perbezaan antara Sekolah Kebangsaan dan madrasah yang ketara menjadikan pilihan bagi ibubapa lebih tertumpu kepada Sekolah Kebangsaan dan akhirnya membawa kepada keruntuhan akhlak pelajar kerana kurangnya penghayatan kepada pendidikan Islam. Ketidakseimbangan antara kehidupan duniawi dan ukhrawi menjadi cabaran kepada proses pemulihan pengaruh ini. Keperluan dunia yang perlu dipenuhi menyebabkan pelajar alpa dengan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Seterusnya, peluang yang terhad bagi pelajar lepasan sekolah Agama ke Institut Pengajian Tinggi telah mengehadkan kepada perkembangan ajaran Islam yang pesat serta tanggapan kepada pelajar yang mempunyai kelulusan dalam bidang lain selain bidang agama Islam lebih mendapat perhatian masyarakat menyebabkan pemikiran ini sukar untuk dipulihkan. Oleh itu, kajian ini akan memperlihatkan dengan lebih jelas tentang pengaruh dualisme terhadap pendidikan di negara Malaysia.

PERMASALAHAN KAJIAN

4

Permasalahan kajian dilakukan untuk mengetahui tentang isu dualisme terhadap pendidikan dengan lebih terperinci. Dualisme dalam pendidikan ini berlaku hampir di seluruh negara Islam termasuklah negara Malaysia. Kewujudan dualisme dalam pendidikan memperlihatkan dua aliran yang tidak selari iaitu sama ada pendidikan akliah bergerak berasingan dengan pendidikan rohaniah yang sifatnya tradisional atau pendidikan yang berjalan dalam sisi yang berbeza iaitu agama dan akademik tetapi tidak mempunyai integrasi. Proses pendidikan merupakan proses yang amat penting dalam membangun insan. Pembangunan insan yang memberi fokus kepada pembangunan faktor kognitif semata akan menjadi tidak lengkap kerana pembangunan efektif dalam diri insan tidak berlaku. Akhirnya menyebabkan dikotomi iaitu pemisahan antara fikir dan zikir. Dua sistem pendidikan yang berlainan ini sangat berkait rapat dengan sejarah dan falsafah yang berbeza antara Islam dan Barat, serta situasi dalaman dan luaran yang berlaku oleh umat Islam yang terdahulu. Penjajahan yang berlaku ke atas negara muslim telah menunjukkan bahawa wujudnya dualisme dalam sistem pendidikan umat Islam.

Dualisme dalam pendidikan tidak mampu membangun peribadi holistik. Hal ini kerana pendidikan berjalan secara formal dan memberi fokus kepada pendidikan akademik, sains dan teknologi. Akan tetapi, pendidikan Islam dipihak swasta pula dijalankan secara tradisional. Dualisme ini menyebabkan integrasi tidak berlaku dan ketidaksepaduan tasawur dalam pendidikan. Akibatnya, bakal lahir generasi penerus yang mempunyai ilmu dan kemahiran akademik, sains dan teknologi tetapi kefahaman terhadap agamanya terbatas. Dualisme dalam pendidikan ini juga akan melahirkan kelompok yang kuat dalam tradisi keagamaan tetapi kurang dalam orientasi akademik, sains dan teknologi. Akhirnya, dualisme dalam pendidikan menyebabkan peranan membangun negara dan sistem menjadi tidak seimbang. Justeru itu, kajian ini akan memperlihatkan pengaruh dualisme dalam pendidikan di negara Malaysia dan impak yang berlaku kepada rakyat Malaysia.

PENGENALAN

5

Pendidikan adalah suatu perkara yang sentiasa dianggap penting dan mencabar dalam kehidupan seharian manusia. Tanpa pendidikan yang sempurna, manusia tidak dapat mengenal huruf, nombor, membaca, dan pengetahuan sama ada dari segi formal ataupun tidak formal. Tuntutan untuk menuntut ilmu juga dititikberatkan didalam Al-Quran. Sebagaimana firman Allah didalam Surah Al-Alaq ayat satu hingga lima yang bermaksud :

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan (1). Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah (2). Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Mulia (3). Yang mengajar manusia dengan pena dan tulisan (4). Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya (5).

Jelas sekali, tuntutan supaya menuntut ilmu itu adalah wajib dan perlu bagi setiap manusia. Walaubagaimanapun, apabila tamadun manusia semakin berkembang dari hari ke hari, tradisi keilmuan juga mula berpecah menjadi dua cabang ilmu yang mengasingkan konsep ilmu duniawi dan juga ilmu ukhrawi. Inilah dikatakan sebagai dualisme dalam pengamalan pendidikan. Kini, sistem pendidikan di Malaysia menjadi satu kebiasaan dan tidak asing dengan menggunakan konsep dualisme. Natijahnya, terdapat dua golongan atau generasi yang bertentangan yang wujud dalam membangunkan masyarakat. Matlamat dan tujuan kedua-dua sistem dan bentuk pendidikan ini jauh berbeza serta menimbulkan jurang pemisahan antara pelajar kedua-dua aliran tersebut. Aliran sekolah kebangsaan yang semua subjek pelajarannya bersifat duniawi, lebih menekankan penguasaan ilmu-ilmu akademik dan keterampilan, namun kurang menumpukan aspek kerohanian dan mental para pelajar sehingga akhirnya akan menimbulkan kekosongan jiwa. Demi melahirkan masyarakat yang berinteragi, keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi perlu dititikberatkan dengan menggabungkan sistem dualisme ini menjadi satu.

1.1 Sejarah Ringkas Kemunculan Dualisme Dalam Pendidikan

6

Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, sekolah-sekolah di Tanah Melayu menggunakan sistem pendidikan berteraskan keagamaan. Sekolah yang ada pada ketika itu adalah sekolah al-Quran dan pondok, dimana pada peringkat sekolah al-Quran, murid-murid Islam diajar mengenai cara membaca al-Quran dan asas-asas agama seperti cara mendirikan sembahyang. Selepas daripada itu, barulah diajarkan Bahasa Melayu dalam tulisan jawi dan nahunya. Institusi pondok diasaskan daripada Ulama’-ulama’ Makkah pada awal kurun ke-18. Penekanan pendidikan berasaskan institusi pondok pada zaman itu, terbatas daripada skop ilmunya, namun ia bersesuaian dengan kehidupan ketika itu.

Sistem pendidikan sekular bermula dengan tubuhnya sekolah Free School oleh pemerintah Inggeris, dimana sekolah tersebut menggunakan pengantar Bahasa Inggeris. Sekolah tersebut tidak mendapat sambutan lantaran dengan kedudukannya yang jauh dari desa dan takutnya masyarakat Melayu tergugat aqidah mereka sebagai pemeluk Islam. Selepas itu, pihak Inggeris pula, membina sebuah sekolah vernakular Melayu di sisi sekolah Inggeris, sekolah ini juga kurang mendapat sambutan daripada masyarakat Melayu. Rentetan daripada itu, pihak Inggeris bersepakat membuka sekolah vernakular dari sekolah al-Quran dan membuahkan hasil dimana pengajian agama mula dipinggirkan. Matlamat pendidikan pihak Inggeris adalah memberi pendidikan sekular dan liberal.

Walau pada peringkat mulanya, sekolah vernakular Melayu dan sekolah Inggeris kurang mendapat perhatian, pihak Inggeris berusaha menggalakkan masyarakat Melayu untuk mendapat pendidikan. Misalnya, mengenakan denda kepada ibubapa yang tidak menghantar anaknya ke sekolah dan membuka peluang pekerjaan seperti polis dan sebagainya hanya pada mereka yang mempunyai kelulusan daripada sekolah tersebut. Akhirnya, pada tahun 30-an masyarakat Melayu mula memberi perhatian kepada sekolah Inggeris dan sekolah vernakular Melayu. Perkembangan antara kedua-dua sistem pendidikan ini, agama dan barat saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Cabaran dari pendidikan Barat mula diambil perhatian oleh pendokong pendidik Islam untuk menubuhkan institusi pendidikan bercorak baru yang lebih formal, teratur dan kurikulum yang lebih luas. Pengajian madrasah pernah menjadi kegemilangan selepas berlakunya perang

7

dunia kedua dek kerana kekurangan peluang anak-anak Melayu mendapat pendidikan sekolah menengah vernakular, pendidikan agama tidak terdapat di sekolah tajaan Inggeris dan kesukaran anak-anak Melayu melanjutkan pelajaran menengah ke sekolah Inggeris.

1.2 Reformasi Pendidikan

a. Laporan Cheeseman Rancangan laporan Cheeseman 1946 ialah untuk menjadikan pendidikan peringkat rendah iaitu asas diberikan secara percuma dalam semua bahasa pengantar seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan sebagainya. Seterusnya, rancangan laporan Cheeseman 1946 juga ingin pendidikan peringkat menengah iaitu sekolah pertengahan menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Kemudian, didalam laporan Cheeseman, Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib bagi semua sekolah vernakular yang ada di Tanah Melayu. Kelemahan laporan Cheeseman 1946 adalah kurangnya fokus terhadap intergrasi sosial dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Dengan kelemahan yang dihadapi, mengakibatkan mansuh dan lupusnya laporan Cheeseman 1949 ini selepas mansuhnya Malayan Union pada tahun 1949.

b. Laporan Barness 1951 Laporan Barnes ialah percubaan awal untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang bercirikan ‘kebangsaan’ apabila mengusulkan supaya matlamat pendidikan mestilah membentuk satu rupa bangsa. Sistem vernakular yang berasingan perlulah dibubarkan dan digantikan dengan satu jenis sekolah yang sama bagi semua kaum iaitu Sekolah Nasional (Kebangsaan). Perubahan yang radikal yang dicadangkan dalam Laporan Barnes ialah pemindahan bahasa pengantar kepada Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pula untuk semua jenis sekolah di Persekutuan Tanah Melayu. Manakala Bahasa Cina dan Bahasa Tamil akan diajarkan sebagai mata pelajaran tambahan di sekolah sahaja. Rasional perubahan ini adalah dalam mencapai objektif integrasi sosial dan perpaduan di kalangan kanak-kanak berbilang kaum. Laporan ini bertujuan untuk

8

mempertingkatkan kepentingan Bahasa Inggeris di samping mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Walaubagaimanapun, laporan Barness ini mendapat bantahan daripada kaum-kaum di Tanah Melayu. Kaum Melayu membantah kerana tidak setuju dengan Bahasa Inggeris untuk menjadikan alat sebagai menyatupadukan rakyat. Kaum Cina pula menentang kerana masyarakat Cina bimbang dengan saranan Laporan Barnes adalah untuk peminggiran sekolah Cina dan bahasa Mandarin yang boleh menggugat perkembangan pendidikan, identiti dan budaya orang Cina. Manakala kaum India, membuat bantahan melalui menghantar morendum dek kerana takut hilangnya bahasa dan warisan budaya bangsa mereka.

c. Laporan Fenn-Wu.

Berikutan daripada perasaan tidak puas hati kaum Cina terhadap Laporan Barnes tersebut, maka Laporan Fenn-Wu telah diperkenalkan. Di samping mempertahankan kedudukan bahasa Cina, laporan ini ditugaskan untuk memberi nasihat tentang penyediaan buku teks disekolah Cina yang berorientasikan kepada Tanah Melayu sebagai cara untuk mendekatkan masyarakat Cina dengan situasi kehidupan di Tanah Melayu. Kepimpinan masyarakat Cina pada asasnya ingin mempertahankan kedudukan bahasa Cina.

d. Laporan Pelajaran Razak 1956

Pada tahun 1955, jawatankuasa Pendidikan Tanah Melayu yang dipengerusikan oleh Abdul Razak b. Hussein telah ditubuhkan. Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada lima belas anggota Majlis Perundangan yang mewakili antara ketiga-tiga kaum di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India. Tugas-tugas Jawatankuasa Pendidikan adalah untuk membentuk sistem pendidikan yang boleh diterima oleh semua rakyat kerana susulan kegagalan penyatuan sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak British. Laporan Razak merupakan usaha pertama ke arah memupuk integrasi sosial melalui pendidikan. Antara matlamat yang diutamakan dalam Laporan Razak adalah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi, mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang sangat berkesan, merapatkan jurang antara kaum-kaum, mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisiplin,

liberal,

progresif

serta

memenuhi

9

keperluan

negara

merdeka

dan

memperkembangkan sistem pendidikan juga ingin melahirkan perpaduan antara kaum.

e. Laporan Pelajaran Rahman Talib 1960

Laporan pelajaran Rahman Talib 1960 ialah bantahan dari kalangan orang Melayu dan Cina yang mana memaksa kerajaan untuk membuat jawatankuasa baru untuk mengkaji semula Laporan Razak. Pada 1960, laporan jawatankuasa ini telah siap dan dinamakan Laporan Rahman Talib sempena nama pengerusi jawatankuasa dan Menteri pelajaran ketika itu iaitu Abdul Rahman bin Talib. Pada asasnya, Laporan Rahman Talib (LRT) ini bertujuan untuk memperteguhkan dan memperbaiki matlamat, konsep dan sistem pendidikan yang terkandung dalam Laporan Razak. Laporan Rahman Talib telah memperakui Laporan Razak bahawa pendidikan adalah mempunyai laluan untuk mencapai perpaduan.

1.3 Definisi Istilah Dualisme Dalam Pendidikan

Perkataan ‘dualisme’ berasal dari gabungan dua perkataan daripada Bahasa Latin iaitu perkataan ‘dualis’ atau ‘duo’ dan perkataan ‘ismus’ atau ‘isme’. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Baru cetakan ke ketiga 2002, Dualisme bermaksud teori yang berasaskan dua dasar yang berlainan atau perihal yang mendua, sesuatu yang berasaskan dua hal yang bertentangan.

Manakala pendidikan pula membawa maksud :

i) Proses belajar dan mengajar; pengalaman menerima (ajaran, latihan, didikan); membentuk, kaedah, perihal mendidik (dalam ajaran, latihan, didikan). (Kamus Bahasa Melayu 1997)

ii) Perihal mendidik; ilmu pendidikan pengetahuan mendidik, ilmu didik; didikan,latihan, ajaran (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002)

iii) Tarbiyyah. Kalimah tarbiyyah berasal daripada kata dasar ‘rabba’ (mengasuh, memelihara

10

atau memimpin). Ia juga merujuk kepada proses perkembangan potensi individu, mengasuh atau mendidik untuk menuju kepada satu keadaan yang selesa dan matang (Halsted 2004).

Apabila dicantumkan antara definisi dualisme dalam pendidikan membawa makna seperti berikut:

Menurut Abdul Halim Ramli, di dalam rencana tulisannya, Memecah Dualisme Hamoniskan Ilmu : Reformasi Sistem Pendidikan Menurut Perspektif Syeikh Mohamad Abduh dan Sayyid Ahmad Khan mengatakan bahawa dualislisme ialah wujudnya dua sistem pendidikan yang berbeza iaitu sistem pendidikan tradisional Islam dan sistem pendidikan moden. Sistem pendidikan tradisional Islam lebih menumpukan perhatiannya terhadap ilmu-ilmu keagamaan semata-mata dengan mengabaikan ilmu-ilmu moden. Manakala sistem pendidikan moden hanya menitikberatkan ilmu-ilmu moden dengan mengabaikan ilmu-ilmu keagamaan.

Menurut Nik Azis Nik Pa pula, di dalam bukunya, Program Pendidikan pintar Cerdas : Teori dan Praktik menjelaskan bahawa dualisme ialah program pendidikan yang dimajukan di Barat tidak sesuai untuk masyarakat negara ini kerana program tersebut mengamalkan prinsip dualisme dan sekularisme yang memisahkan ilmu keduniaan dan ilmu agama.

Manakala menurut Dato’ Seri Najib Tun Razak, bekas Menteri Pendidikan Malaysia dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya mengatakan bahawa dualisme adalah masalah masyarakat Islam rata-rata, bukan sahaja di Malaysia, ialah kita telah mewujudkan dualisme di antara ilmu wahyu atau naqliah dengan ilmu aqliah ataupun ‘sciences’. Berdasarkan definisi antara ketiga-tiga berikut, dualisme dalam pendidikan boleh diringkaskan sebagai pengasingan di antara ilmu agama dan ilmu moden. Pengasingan ilmu ini boleh dikaitkan dengan penjajahan British atau barat di negara Malaysia yang berlaku pada bulan Ogos 1945. Di mana penjajah British telah dibentuk satu jawatankuasa khas yang menghasilkan Laporan Pelajaran Cheeseman 1946. Ini merupakan percubaan pertama kerajaan kolonial British

11

untuk menyusun semula polisi pendidikan di bawah pentadbiran Malayan Union. Kemudian, ianya berlarutan sehingga sekarang yang mengamalkan pendidikan sekular.

Oleh itu, sebagai gambaran yang lebih jelas dualisme dalam pendidikan membawa erti pemfokusan kepada satu aspek sahaja dalam pendidikan iaitu sama ada dalam ilmu pendidikan agama seperti aqidah dan tauhid ataupun dalam ilmu pendidikan umum seperti sains, matematik, geograf...


Similar Free PDFs