Artikel - Pendidikan dan Proses Perpaduan di Malaysia PDF

Title Artikel - Pendidikan dan Proses Perpaduan di Malaysia
Author Ahmad Ilham Alwi
Course HUBUNGAN ETNIK
Institution Universiti Malaya
Pages 12
File Size 187.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 133
Total Views 210

Summary

PENDIDIKAN DAN PROSES PERPADUAN DI MALAYSIAAnuar Ahmad Fakulti Pendidikan, UKMABSTRAKPendidikan sudah diterima sebagai komponen penting dalam membina perpaduan kaum di negara ini. Persoalannya, sejak merdeka 58 tahun lalu, bagaimanakah pendidikan untuk membina perpaduan dapat diukur samada telah ber...


Description

PENDIDIKAN DAN PROSES PERPADUAN DI MALAYSIA Anuar Ahmad Fakulti Pendidikan, UKM ABSTRAK Pendidikan sudah diterima sebagai komponen penting dalam membina perpaduan kaum di negara ini. Persoalannya, sejak merdeka 58 tahun lalu, bagaimanakah pendidikan untuk membina perpaduan dapat diukur samada telah berjaya atau tidak? Bagi menjawab persoalan tersebut kertas ini cuba mengemukakan tiga objektif utama yang perlu diperjelaskan. Pertama, kertas ini cuba meneliti sejauhmanakah etnisiti di dalam aliran sisitem pendidikan vernakular telah mempengaruhi pembentukan ‘nation of intent’ di negara ini. Kedua, kertas ini cuba meneliti sejauhmanakah etnisiti telah mempengaruhi perdebatan berkaitan dasar dasar utama pendidikan negara. Ketiga, kertas ini cuba mengenalpasti sejauhmanakah penerimaan pelbagai etnik terhadap idea pembentukan sebuah sistem pendidikan kebangsaan di negara ini.

PENGENALAN Pelan Perancangan Pendidikan 2013-2025 (mukasurat 3-21) menyatakan: “Keunikan sifat kepelbagaian Malaysia, etnik, agama dan budaya-sentiasa menjadi kekuatan dan cabaran terbesar dalam pelbagai perkara. Dalam keadaan dunia yang semakin berkonflik kerana kepelbagaian, maka menjadi semakin penting bagi rakyat untuk membentuk satu identiti Malaysia dan menerima kepelbagaian warisnnya. Sebagai ruang yang dimiliki bersama untuk semua rakyat, sekolah mempunyai peluang unik sebagai tempat untuk menjalin perpaduan. Namum begitu, sehingga kini, sistem tersebut menhadapi kesukaran bagi mengukur perpaduan secara sistematik. Data terbaik sedia ada menunjukkan bahawa meraikan kepelbagaian murid dan guru di sekolah kebangsaan semakin berkurang.” Selepas merdeka Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kemajmukan masyarakat yang tinggi. Walaupun ada ketikanya berlaku beberapa insiden kecil konflik hubungan kaum, pada umumnya masyarakat Malaysia masih berjaya menguruskan kepelbagaian mereka secara harmoni dan negara terus membangun dengan baik. Pada Oktober 2013, Laporan Bank Dunia telah meletakkan Malaysia di tangga ke 15 dari 189 buah negara yang paling kompetetif di dunia. Malaysia berada di atas Australia (tangga ke 16), United Kingdom (tangga ke 18) dan China (tangga ke 21). Di kalangan negara yang pendapatan rakyatnya di bawah RM20,000 setahun, Malaysia berada di tangga pertama di dunia, dan di kalangan negara ASEAN, Malaysia berada di tangga ke dua di belakang Singapura sebagai negara yang paling kompetatif. Ini membawa makna yang sangat siknifikan bagaimana keupayaan Malaysia mengekalkan kepercayaan pihak pelabur luar untuk terus membuat pelaburan yang besar dan berjangka panjang di negara ini. Kepercayaan pelabur antarabangsa juga membuktikan

Page 1  of  12

keyakinan mereka terhadap keupayaan Malaysia menguruskan kestabilan politik dan sosial negara ini. Malah cara Malaysia telah diiktiraf dan boleh dianggap sebagai satu model bagaimana sebuah negara membangun “menguruskan masyarakat majmuk” kepada masyarakat dunia. Malaysia merupakan sebuah negara yang ‘dipaksa’ menerima kepelbagaian etnik sebagai satu fenomena sosial dan identiti masyarakatnya khususnya bermula di bawah dasar kolonialisme. Secara epistimeloginya, kepelbagaiannya ini telah mempengaruhi banyak ruang sosial masyarakat termasuklah ruang pendidikan. Sebelum merdeka, urusan pendidikan adalah satu yang bersifat laissez faire di mana pihak kolonial British mengambil sikap membenarkan setiap kumpulan etnik menjalankan urusan membangunkan sekolah untuk anak anak dalam ruang etnik masing masing. Maka terbentuklah sekolah sekolah berasaskan bahasa ibunda yang diuruskan secara berasingkan di negara ini. Kertas ini bertujuan mengenalpasti sejauh mana pengaruh pendidikan dan etnisiti saling pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain yang pada akhirnya berjaya mengekalkan keharmonian dalam kehidupan yang dilabelkan sebagai ‘stable tension’ oleh Shamsul (1996). Walaupun dikenali sebuah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik yang tinggi, Malaysia masih berupaya menguruskan masyarakatnya dalam keadaan dengan baik. Salah satu kejayaan ini disumbangkan melalui keupayaan sistem pendidikan negara memberikan peluang pendidikan kepada ahli masyarakatnya yang berbeza etnik, budaya, agama dan bahasanya. Pendidikan: Antara Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatupaduan Shamsul (2013) telah memerihalkan bagaimana masyarakat majmuk ini telah diuruskan di Malaysia dengan melihat proses proses yang telah dan sedang berlaku. Antara lain beliau mengesyorkan supaya kita meneliti kembali tiga istilah asas yang selalu digunakan tetapi masih tidak difahami sepenuhnya. Pertama istilah perpaduan, keduanya kesepaduan dan ketiganya penyatupaduan. Perpaduan dalam bentuk unity in uniformity merujuk kepada usaha menyatukan semua kumpulan etnik menjadi satu dan berpadu dan seragam (Shamsul.2013). Perpaduan dibayangkan sebagai matlamat akhir kepada semua usaha membentuk satu bangsa Malaysia. Malah acapkali setiap ucapan pimpinan negara di dalam program program bersama rakyat, mantra perpaduan selalu digunakan. Begitu juga dengan kandungan dokumen rasmi negara. Di dalam Laporan Pelajaran Razak 1956 dan Laporan Pelajaran Rahman Talib 1960, matlamat utama pendidikan ialah untuk mewujudkan perpaduan melalui pendidikan. Begitu juga di dalam Dokumen Laporan Pelajaran Kabinet 1979, Pelan Induk Pendidikan Negara 1996-2010 dan terbaru di dalam dokumen Pelan Perancangan Pendidikan 2015-2025. Istilah perpaduan melalui pendidikan menjadi sesuatu yang sangat sinomin dalam usaha menwujudkan hubungan kaum di negara ini. Soalnya apakah perpaduan melalui pendidikan ini benar benar boleh di capai atau ia sebenarnya satu fantasi yang berjaya dibina seolah olah benar benar akan berjaya di capai pada masa depan? Kesepaduan merujuk kepada satu proses yang mempunyai kemajuan (progress) ke arah impian perpaduan. Kesepaduan (unity in diversity) membawa makna kita sedar bahawa negara Page 2  of  12

ini mempunyai rakyat yang multietnik, berbagai budaya, agama, bahasa dan adat tetapi mempunyai keupayaan untuk bersepadu sebagai rakyat diMalaysia. Proses kesepaduan ini memerlukan rakyat yang sanggup toleransi, mempunyai kematangan bertindak serta menggunakan perundingan sebagai 'alat' menyelesaikan konflik yang timbul antara kaum di negara ini (Shamsul 2008). Penelitian sejarah hubungan kaum menunjukkan selain apa yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969, secara keseluruhanya masyarakat negara ini berjaya menguruskan hubungan etnik mereka secara matang dan bergerak atas keinginan membina kesepaduan sosial yang menujukan progress ke arah perpaduan kaum pada masa hadapan. Manakala penyatupaduan pula merujuk kepada usaha usaha penyelesaian kepada konflik, kontradiksi dalam sebuah masyarakat plural. Kontrakdiksi ini boleh timbul hasil fenomena etnisiti, agama, ideologi politik,kelas sosial, aliran pendidikan, bahasa gender dan sebagainya. Semua langkah yang diambil dan dilaksnakan bagu menyelesaikan atau mengurangkan kontradiksi ini merupakan proses-proses penyatupaduan dalam masyarakat. Latar Belakang: Masyarakat Plural dan Sistem Pendidikan Vernakular di Malaysia. Secara sejarahnya, kesan langsung dasar pendidikan kolonial Inggeris ialah kewujudan polarisasi etnik melalui perlaksanaan sistem persekolahan vernakular. Hasil pelaksanaan mengamalkan sistem pendidikan vernakular, maka sejak kecil anak-anak ini akan diasingkan mengikut aliran persekolahan yang berbeza. Orang Melayu di sekolah rendah kebangsaan (SRK), orang Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina SRJK (Cina) manakala masyarakat India akan menghantar anak mereka ke sekolah SRJK (Tamil). Sekolah Inggeris pula dibuka untuk anak anak bangsawan Melayu dan juga kalangan anak ketua masyarakat dan para peniaga peniaga Cina dan India yang berjaya. Maka secara sejarahnya, aliran persekolahan di negara ini bukan sahaja ‘terpisah’ berasaskan etnik tetapi juga dalam keadaan tertentu turut terpisah disebabkan kelas sosial. Hasilnya terbentuklah sistem pendidikan vernakular dan berterusan diamalkan dalam sistem pendidikan kebangsaan walaupun setelah negara mencapai kemerdekaan. Kini, Malaysia mempunyai tiga aliran persekolahan utama berasaskan kumpulan etnik iaitu sekolah aliran kebangsaan (Melayu), sekolah aliran jenis Cina dan sekolah aliran jenis Tamil. Ketiga-tiga aliran persekolahan beroperasi dari peringkat pendidikan rendah (umur 7 tahun hingga 12 tahun) hinggalah peringkat menengah (umur 13 tahun hingga 19 tahun). Sistem pendidikan berasaskan etnik (pendidikan vernakular) yang bermula hasil dari kewujudan masyarakat plural dan pengaruh kolonialisme telah dijadikan model oleh pihak berkuasa pasca merdeka dalam membina satu pendidikan kebangsaan. Sejurus sebelum merdeka, ada percubaan oleh pihak British untuk mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang seragam di Tanah Melayu tetapi tidak berjaya. Walaupun sistem pendidikan kebangsaan ditawarkan secara percuma atau dengan kos yang sangat rendah, masyarakat Cina masih tidak memberikan respon yang baik malah menolak rancangan ini. Menurut Purcell (1967), yang penting bagi etnik Cina ialah menjayakan satu sistem pendidikan melalui bahasa pengantar sendiri. Sentimen ini telah ditanam oleh semangat nasionalisme yang dirangsangkan melalui gerakan revolusi di China. Ekoran itu, British memperkenalkan pula Laporan Barnes (1950) mengenai pendidikan Melayu dan Laporan Fenn-Wu (1951), mengenai pendidikan Cina. Tujuan utama Laporan Page 3  of  12

Pelajaran Barnes ialah menetapkan supaya dikuatkuasakan hanya satu bentuk sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sepenuhnya. Manakala penggunaan bahasa pengantar Mandarin dan Tamil dihentikan sepenuhnya di semua sekolah. Peralihan daripada pemerintahan penjajah kepada pemerintahan sendiri bagi negara yang mencapai kemerdekaan sering membabitkan peninjauan semula peranan pendidikan sebagai alat pembinaan negara bangsa dan sebagai saluran mobiliti sosial. Hal ini amat benar dalam kes perkembangan pendidikan di Malaysia pada tahun 1950an dan awal tahun 1960an. Sistem pendidikan dalam keadaan kepelbagaian telah cuba disatukan memandangkan kerajaan kolonial British sejak sekian lama telah menginstitusikan sistem pendidikan yang diasingkan mengikut kaum. Sistem pendidikan yang berasingan ini bukan sahaja menghalang interaksi etnik secara bebas dan terbuka, malahan mobiliti sosial khususnya di kalangan di orang Melayu dan India berlaku sangat perlahan, tidak seperti etnik Cina dan Eropah. Tugas berat ini diserahkan kepada kerajaan Perikatan. Kerajaan Perikatan tidak menyusun semula sistem pendidikan ini secara mendadak. Sebaliknya ia menggunakan pendekatan kompromi untuk mengakodomasi keperluan pendidikan semua kumpulan etnik Persekutuan Tanah Melayu. Salah satu tugas utama kerajaan perikatan ialah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pendidikan dalam tahun 1955 untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara. Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran pada ketika itu, menjadi pengerusi bagi Jawatankuasa Pendidikan itu. Laporan Razak merupakan sejarah terpenting negara dalam pembinaan Negara bangsa pelbagai kumpulan etnik melalui dasar pendidikan kebangsaan. Dasar Pendidikan negara yang mengimpikan satu sistem pendidikan ‘Kebangsaan’ telah dimulakan dengan Laporan Barnes 1950, Ordinan Pelajaran 1951 dan seterusnya diperkukuhkan melalui Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran 1979. Kesemua dokumen dasar ini secara konsisten menetapkan teras utama sistem pendidikan kebangsaan mestilah mengutamakan agenda perpaduan negara. Menariknya pada masa yang sama sistem pendidikan negara meraikan kepelbagaian sistem aliran pendidikan berasaskan etnisiti. Ini boleh dianggap satu usaha ‘kesepaduan’ dalam mencapai hasrat perpaduan (Shamsul 2011). Sejak sekian lama kita sering cuba untuk menguruskan isu permuafakatan etnik di negara ini dengan menggunakan dua istilah yang sering diulang ulang. Pertama, konsep perpaduan dan keduanya integrasi (Shamsul 2008). Dan sejak sekian lama konsep ini yang dimulakan melalui pengekalan ilmu kolonial penjajah diterima tanpa pertikaian di kalangan para ahli akademik dan pakar pendidikan tempatan. Menurut Shamsul; “Ilmu kolonial bukan hanya digunakan sebagai lensa untuk pemerintah dan pegawai kerajaan kolonial memerhati dan memahami mereka yang dijajak, yang lebih utama ilmu kolonial adalah cukup penting sebagai alat ‘ideologikal’ untuk melentur pemikiran mereka yang dijajah dalam satu bentuk atau arah tertentu. Ini bererti ilmu kolonial itu akhirnya dicerna, disisipsulam dan diiktiraf ke dalam sistem pendidikan kolonial untuk tujuan idelogikal berkenaan.” (Shamsul. 2008)

Page 4  of  12

Pengaruh kemajmukan etnik sebagai satu fenomena sosial telah mempengaruhi ruang pendidikan sejak sekian lama. Rekod terkini Perangkaan Pendidikan Malaysia (2012) menunjukkan terdapat 7,644 buah sekolah rendah berdaftar di Malaysia. Dari jumlah tersebut Sekolah kebangsdaan berjumlah 5,787, sekolah jenis kebangsan Cina 1,290 sekolah kebangsaan Tamil 523 buah. Keadaan ini membuktikan sistem vernakular sudah menjadi satu realiti sosial pendidikan yang semakin kukuh. Persoalannya bagaimana sistem persekolahan terus kekal sebagai satu sistem dalam pendidikan negara. Bagaimanakah untuk kita meneliti bentuk hubungan antara kepelbagaian aliran persekolahan dan kepelbagaian etnik dalam konteks perpaduan kaum di Malaysia. Pendidikan vernakular dan Impian Perpaduan –‘Unity in Uniformity’ Bila Malaysia mula melangkah untuk mencapai kemerdekaan, idea-idea untuk menyeragamkan ahli masyarakat melalui satu sistem pendidikan bermula. Wujud keinginan penguasa untuk mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang dikatakan akan menjadi asas perpaduan ‘satu negara, satu bangsa dan satu bahasa’. Sebenarnya pemikiran untuk mewujudkan sebuah negara yang rakyatnya bersatu padu telah bermula setahun sebelum merdeka melalui Laporan Pelajaran Razak 1956. Antara intipati utama laporan itu ialah pemimpin negara ini percaya pendidikan adalah satu alat untuk membina perpaduan yang paling berkesan. Sebagai contoh, Laporan Razak telah meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kepada semua sekolah untuk membina satu 'bangsa malaysia' yang berkongsi satu bahasa. Sejak 1957, konsep perpaduan melalui pendidikan telah diutarakan oleh ramai pakar pendidikan. Terdapat beberapa cubaan untuk mengunakan pendidikan bagi tujuan membina sebuah masyarakat yang bersifat kesatuan dalam seragam (unity in uniformity) tetapi telah ditolak oleh ahli masyarakat yang pelbagai etnik di negara ini. Laporan Barnes 1950, antara yang mula mula sekali mencadangkan diwujudkan satu sistem persekolahan yang seragam dengan bahasa pengantarnya bahasa Inggeris. Laporan Barnes juga telah mencadangkan supaya semua sekolah Cina dan Tamil dimansuhkan sepenuhnya. Cadangan ini telah mendapat bantahan di kalangan semua kumpulan etnik yang merasakan bahasa ibunda mereka akan terpinggir jika dasar Barnes di laksanakan di Persekutuan Tanah Melayu. Kalangan pimpinan etnik Cina dan etnik India mendesak Laporan Barnes ini dibatalkan kerana dianggap tidak mengambilkira identiti etnik bukan Melayu ketika itu. Mereka sebaliknya mengambil keputusan mendesak British mewujudkan sebuah pasukan khas (Jawatankuasa FennWu 1951) bagi menyediakan satu maklum balas kepada Laporan Barnes. Akhirnya pada 1951, pemimpin bukan Melayu khususnya etnik Cina sepakat untuk menerima Laporan Pelajarn Fenn Wu 1951 yang mencadangkan pengekalan sekolah Cina dan Tamil dalam negara ini dan bahasa Mandarin dan Tamil terus digunakan di sekolah sekolah berkenaan. Ini merupakan satu titik mula kepada kewujudan “konflik membina satu pendidikan yang “unity in uniformity” di negara ini yang dipengaruhi sepenuhnya oleh etnisiti. Menariknya, konflik ini wujud bila usaha menyatukan masyarakat baru ingin dimulakan. Hal ini tidak pula berlaku sebelum merdeka ketika ‘dasar pecah dan perintah’ penjajahan British Page 5  of  12

berlangsung sejak sekian lama. Punca penentangan terhadap Laporan Barnes ini dilihat sebagai cubaan memansuhkan bahasa ibunda masyarakat Melayu, Cina dan India. Bahasa telah diterima sebagai “Custodian of the Culture” bagai orang Melayu, Cina dan India di Tanah Melayu. Mereka menolak cadangan kerajaan Inggeris untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah. Mereka mahu bahasa ibunda kekal sebagai bahasa yang digunakan dalam sekolah sekolah yang dihadiri oleh anak anak mereka. Akhirnya usaha untuk membina masyarakat yang bersifat unity in uniformity telah gagal dilaksanakan sehingga menjelang merdeka pada 1957. Usaha mengukuhkan sistem pendidikan vernakular oleh kumpulan kumpulan etnik di negara ini dan menolak kewujudan satu sistem pendidikan yang homogenous bahasa pengantarnya membawa kita kepada satu kesimpulan bahawa mewujudkan perpaduan yang bersifat seragam dan homogenous (unity in uniformity) melalui satu sistem persekolahan yang sama adalah sesuatu yang sukar dilakukan. Masyarakat plural di negara ini sudah menerima kepelbagaian aliran persekolahan sebagai satu realiti sosial. Oleh itu, walaupun setelah lebih 56 tahun merdeka, perpaduan yang diharapkan masih belum tercapai melaui pendidikan. Ini juga menjawab persoalan beberapa kajian terdahulu mengapa perpaduan (unity in uniformity) masih belum tercapai sepenuhnya melalui pendidikan sepertimana yang digagaskan. Lihat misalnya beberapa kajian yang telah dijalankan misalnya oleh Norhasimah (2007), Hazri (2003), Kua Kia Siong (2009). Kita masih terikat dengan perdebatan ‘nation of intent’, tentang bagaimanakah bentuk negara bangsa yang ingin kita bina di negara ini walaupun perpaduan yang seragam telah diangkat menjadi satu mantra dasar dasar pendidikan dalam menguruskan pendidikan negara. Apabila sudah terbukti kewujudan etnisiti plural di Malaysia sebagai satu realiti sosial dan setiap kumpulan etnik mempunyai “nation of intent” yang berbeza antara satu dengan yang lain, bagaimanakah pendidikan sebagai satu agen sosialisasi dapat membangunkan sebuah negara bangsa di Malaysia? Bolehkah dengan kepelbagaian ‘bangsa impian’, pendidikan boleh dijadikan alat untuk membina sebuah negara bangsa seperti yang disebut oleh Dewey (1928), Apple (2006), White (2010), Awang Had Salleh (1986) dan ramai pengkaji pendidikan yang lain. Apakah ada jalan penyelesaian kepada persoalan ini. Bagaimanakah masyarakat yang pelbagai sifat budayanya dapat disatukan sebagai satu bangsa? Dan bagaimana pula pendidikan boleh memainkan peranan tersebut?Masyarakat negara ini walaupun secara secara epistimeloginya berada dalam keadaan kepelbagaian ‘nation of intent’ termasuklah dalam ruang pendidikan, mereka juga pada masa yang sama bersetuju untuk berada dalam situasi tersebut dan menerima realiti sosial yang bersifat kesatuan dalam kepelbagaian (unity in diversity) (Shamsul. 2012). Maka konsep inilah sebenarnya yang boleh disulamkan dan diamalkan di dalam melaksanakan sistem persekolahan vernakular sebagai satu sistem pendidikan ‘unity in diversity’ sebagai satu mekanisme terbaik menjayakan fungsi sistem pendidikan negara di dalam membina kesepaduan sosial di kalangan masyarakat Malaysia. Kertas ini juga bersetuju bahawa apa yang diutarakan oleh Shamsul (2009) boleh dijadikan panduan untuk kita meneliti kembali bahawa bukan perpaduan yang seragam (unity in uniformity) yang ingin kita capai tetapi sebenarnya pendidikan perlulah diaturkan ke arah membina satu kesepaduan dalam masyarakat negara ini. Mengisi kesepaduan, mengimpikan perpaduan

Page 6  of  12

Walaupun pakar pakar pendidikan terdahulu, misalnya Awang Had Salleh (1980) di dalam bukunya bertajuk “Pendidikan Ke Arah Perpaduan”, sering menyatakan pendidikan adalah alat untuk mencapai perpaduan, penelitian kajian ini mendapati semua dasar dasar Pelajaran yang digubal sejak 50 tahun lalu sebenarnya merujuk dan selari dengan konsep membina kesepaduan melalui pendidikan. Sebagai contoh Laporan Razak 1956 menekankan pengukuhan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semua jenis sekolah, tetapi pada masa yang sama semua sekolah Cina dan Tamil diberikan keistimewaan untuk terus menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Malah sejak merdeka, bilangan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah bertambah samada yang mendapat pembiayaan kerajaan ataupun secara p...


Similar Free PDFs