Kesepaduan dalam Kepelbagaian: Perpaduan di Malaysia sebagai work-in-progress PDF

Title Kesepaduan dalam Kepelbagaian: Perpaduan di Malaysia sebagai work-in-progress
Author Shamsul AB
Pages 36
File Size 1.4 MB
File Type PDF
Total Downloads 20
Total Views 220

Summary

Shamsul Amri.indd 1 1/12/2012 8:36:32 AM Shamsul Amri.indd 2 1/12/2012 8:36:35 AM Shamsul Amri Baharuddin Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi l 2011 http://www.ukm.my/penerbit Shamsul Amri.indd 3 1/12/2012 8:36:36 AM Cetakan Pertama / First Printing, 2011 Hak cipta / Copyright Universiti K...


Description

Shamsul Amri.indd 1

1/12/2012 8:36:32 AM

Shamsul Amri.indd 2

1/12/2012 8:36:35 AM

Shamsul Amri Baharuddin

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia bangi l 2011 http://www.ukm.my/penerbit

Shamsul Amri.indd 3

1/12/2012 8:36:36 AM

Cetakan Pertama / First Printing, 2011 Hak cipta / Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit UKM terlebih dahulu. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from Penerbit UKM. Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 UKM Bangi, Selangor D.E. Malaysia

http://www.ukm.my/penerbit e-mel: [email protected] Penerbit UKM adalah anggota / is a member of the MAJLIS PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA / MALAYSIAN SCHOLARLY PUBLISHING COUNCIL PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA / MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION

No. Ahli / Membership No. 198302 Atur huruf oleh / Typeset by CARD INfoRMATIoN SDN. BHD.

49, Jalan 31/10A Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu 68100 Kuala Lumpur, Malaysia. e-mel: [email protected] Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by PENERBIT UKM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 Bangi, Selangor D.E. Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia

Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan / Cataloguing-in-Publication Data

Shamsul Amri Baharuddin, 1951Kesepaduan dalam kepelbagaian: perpaduan di Malaysia sebagai work-inprogress / Datuk Shamsul Amri Baharuddin. (Siri syarahan kepimpinan profesor ulung) 1. Multiculturalism--Malaysia. 2. Malaysia--Ethnic relations. 3. Malaysia--Race relations. I. Judul. II. Siri. 305.8009595 ISBN 978-967-412-005-4

Shamsul Amri.indd 4

1/12/2012 8:36:36 AM

abstrak Untuk sekian lamanya ungkapan unity in diversity atau ‘perpaduan dalam kepelbagaian,’ telah digunakan untuk memerihalkan sifat unggul masyarakat Malaysia. Pada waktu yang sama, rakyat dan pemimpin Malaysia telah berulang kali menyatakan kerinduan mereka terhadap ‘perpaduan’ yang diidamkan. Daripada era Tunku Abdul Rahman hinggalah ke era Najib Tun Razak, kita telah mengungkapkan kerinduan kita dalam pelbagai slogan, seperti ‘Bersatu Teguh Bercerai Roboh’ ke ‘Matlamat Akhir DEB adalah Perpaduan Nasional’ ke ‘Wawasan 2020: Ke Arah Pembinaan Bangsa Malaysia’ dan yang terkini ‘1Malaysia.’ Kalaulah ‘perpaduan’ belum wujud, apakah yang sudah wujud semenjak Merdeka sehingga sekarang? Malaysia kini pada tangga ke-19 daripada 153 negara di dunia seperti yang terdapat dalam Global Peace Index 2011 (GPI 2011). Kalaulah ‘perpaduan’ belum wujud di Malaysia, apakah yang membuat Malaysia dianggap sebagai negara contoh oleh negara mundur dan membangun di seluruh dunia? oleh yang demikian, adalah menjadi tujuan syarahan ini untuk menghujah-huraikan bahawa biarpun ‘perpaduan’ sehingga kini belum wujud di Malaysia. Namun dari sudut imaginasi sosiologikal, Malaysia menikmati ‘kesepaduan sosial’ (social cohesion) yang bertiangserikan perundingan, tolak ansur dan persetujuan antara pelbagai kelompok sosial berbeza, biarpun setiapnya bebas untuk menyuarakan kepentingan masing-masing. Justeru itu ‘acuan Malaysia’ sebenarnya telah dibentuk oleh ‘kesepaduan dalam kepelbagaian’ (cohesion in diversity) dengan destinasi terakhirnya unity in diversity atau perpaduan nasional. Biarpun demikian, kesepaduan sosial, berdarjah tinggi yang dinikmati Malaysia tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang alamiah dan diambil ringan (taken-for-granted). Dalam kata lain, ‘perpaduan’ yang kita idamkan itu masih dalam bentuk work-in-progress yang tidak boleh dihitung dan dinilai dengan nombor kaku. Yang mampu dan perlu kita

Shamsul Amri.indd 5

1/12/2012 8:36:36 AM

lakukan secara berterusan adalah untuk memantau apa yang berlaku dalam proses work-in-progress ini. Memantau dari sudut makro dan mikro keadaan semasa kesepaduan sosial di Malaysia adalah suatu usaha yang pastinya remeh, rumit, ruwet dan memerlukan dana serta tenaga yang cukup besar. Sampailah sudah masanya untuk Malaysia melihat dirinya di cermin besar dan bertanya “apakah yang perlu aku lakukan segera untuk memperkukuh daya ketahanan aku ini, agar aku terus hidup 1000 tahun lagi?” Jawapan saya ialah Malaysia memerlukan R&D (Research & Development) bukan sahaja dalam bidang Sains dan Technologi (S&T), bahkan juga dalam bidang sosial, justeru R&D SoSIAL. Usaha ini memerlukan, pertamanya suatu senarai bidang teras sebagai fokus penyelidikan dan kedua, dana yang lumayan untuk beberapa lapis penyelidikan dalam setiap bidang teras itu dapat direncana-laksanakan dengan baik. Produk daripada R&D SoSIAL ini adalah dalam bentuk suatu korpus maklumat berkualiti, himpunan ilmu pengetahuan yang terperinci dan luas liputannya serta analisis serius yang mampu menelah ‘keadaan kesihatan sosial negara.’ Dengan korpus produk berkualiti ini kita bersedia dan boleh membangun satu ‘sistem amaran awal’ (early warning system) sekali gus ‘sistem pemercik sosial’ untuk memantau keadaan kesihatan sosial negara. Dengan itu, negara bersiap sedia untuk berhadapan dengan sebarang cabaran terhadap kesepaduan, keamanan dan kestabilan negara. Dengan termansuhnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa peruntukan lain yang mengekang kebebasan di Malaysia selama ini, adalah imperatif untuk diperkenal dan dilaksanakan dengan serius R&D SoSIAL sebagai satu pendekatan yang aman dan tidak intrusif bagi kita membina mapan daya ketahanan masyarakat kita.

Shamsul Amri.indd 6

1/12/2012 8:36:37 AM

Kesepaduan dalam Kepelbagaian / 7

abstract For decades the phrase ‘unity in diversity’ has been in use to describe the ideal nature of Malaysian society. Over the same period, Malaysians have repeatedly expressed their desire for the elusive dream of ‘unity.’ From the era of Tuanku Abdul Rahman to that of Najib Tun Razak we have been articulating this desire in various slogans, such as “united we stand, divided we fall,” or ”the overriding objective of the Second Malaysia Plan is national unity,” or “Vision 2020: Towards Bangsa Malaysia,” and the latest is “1Malaysia.” If unity has eluded us for over half a century since Merdeka, what then exists in its place? Something in fact that has put Malaysia on 19th position among 153 countries in the Global Peace Index 2011 (GPI 2011). If unity is yet to be achieved what then exists in Malaysia that makes the underdeveloped and developed countries perceived us as a model? It is my aim in this lecture to describe and argue that even though Malaysia has yet to attain the desired state of unity, it nevertheless, in the ‘sociological imagination’ sense, enjoys ‘social cohesion’ that is anchored in processes of negotiation, compromises and consensus between the different social groups, even though each is free to express its own interests. As such ‘the Malaysian mould’ has indeed shaped by the phenomenon ‘cohesion in diversity’ with ‘unity in diversity’ or ‘national unity’ as the ultimate goal. Although Malaysia has arguably enjoyed a high level of peace and stability, according to the GPI 2011, nevertheless this cannot be taken for granted as something natural. In other words, the unity that we strive to achieve is still a ‘work-in-progress,’ something that cannot be calibrated and evaluated using mere statistics. We can only ‘monitor’ this ‘work-in-progress,’ and this we must do, a challenging macro and micro task, not only arduous, complicated and complex but also requiring much funding and human resources. The time has come for Malaysia to look itself in the mirror and ask, “What do I have

Shamsul Amri.indd 7

1/12/2012 8:36:37 AM

to do now to enhance my resilience so that I can survive a 1000 years more?” My answer is from now on Malaysia needs Research & Development (R&D) not only in Science and Technology (S&T) but also in the social ield. Hence I offer the concept of SOCIAL R&D. This effort needs, irstly, a list of selected thrust areas as research focii and, secondly, generous research funding to roll-out the many layers of research integral to each area. The products of this SOCIAL R&D will take the form of in-depth quality information, providing a broader and deeper knowledge base for systematic short- and long-term analyses of the ‘social health’ of the country. From this corpus of quality products we can also monitor the state Malaysia’s of social health. This could be done, for example, through the construction of an ‘early warning system’ of ethnic relations across the country, which also to serve as a smoke detector as it were that would then activate the social sprinkler system that could immediately and effectively resolved a particular issue which, if remains unresolved would develop into something that could challenge the cohesion, peace and stability that the country has been enjoying. With the Internal Security Act (ISA) and other related regulations that limit our freedom, soon to be repealed, it is imperative that SOCIAL R&D be implemented immediately and earnestly as a more peaceful and non-intrusive approach designed to sustain and enhance the resilience of our society.

Shamsul Amri.indd 8

1/12/2012 8:36:37 AM

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Ketua Pengarah Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) Kementerian Pengajian Tinggi Para Profesor dan Ahli Akademik dan Para Tetamu Sekelian

Sebuah Syarahan, Suatu Imaginasi Sosiologikal The sociological imagination enables us to grasp history and biography and the relations between the two within society. This is its task and its promise. (Mills 1959, 6)

Syarahan ini memberi peluang keemasan kepada saya untuk merumuskan di hadapan sebuah khalayak terhormat lagi terpelajar bagaimana biograi diri saya, sebagai seorang ahli akademik, pada paras mikro lagi bersifat kerdil, telah tersulam halus atau dicorakbentuk oleh sebuah konteks sejarah yang cukup luas dan mendalam, iaitu sejarah masyarakat Malaysia khususnya, dan sejarah global

Shamsul Amri.indd 9

1/12/2012 8:36:38 AM

10 / Kesepaduan dalam Kepelbagaian

pada amnya. Usaha ini bukan bertujuan untuk menonjolkan egotisme saya. Di sebaliknya saya ingin memerihal sekali gus mengupas bagaimana sejarah masyarakat Malaysia dan sedunia mengesankan setiap aspek perkembangan kehidupan saya sebagai seorang individu dan anggota beberapa kolektif sosial serentak. Saya adalah anggota sebuah keluarga luas Adat Perpatih dan sebuah universiti. Berkhidmat untuk beberapa jabatan, badan dan kementerian kerajaan di samping menyumbang kepada sekumpulan NGo, CBo dan Po beberapa stesen radio dan TV tempatan dan antarabangsa. Saya juga adalah anggota sebuah komuniti elektronik dan digital yang menggegarkan. Sambil bercerita tentang pengalaman peribadi saya, sebenarnya saya juga serentak menceritakan mengenai dinamika sejarah Malaysia dan sedunia. Khususnya bahagian yang berinteraksi aktif dengan diri saya atau yang saya perhatikan, sejauh dan seluas lagi sedalam dan seterperinci mungkin, sebagai seorang ahli antropologi-sosiologi. Dalam suasana inilah kadang-kadang saya ditenggelami hal makro yang melewati sempadan negara, bersifat global namun berwajah lokal. Saya alaminya bukan sahaja di Bahau, Seremban, Kuala Lumpur, Melbourne, Paris, London, New York dan Rio de Janeiro, tetapi juga yang terpapar di kaca tv atau terbaca di Internet atau ketika menyemak lembaran beberapa buku baru di MPH Mid-Valley. Tenggelam, tetapi saya tidak lemas. Dibuai lelan, tetapi tidak hanyut dibawa arus keghairahan pemikiran semasa. Ketika itu, dalam sekelip mata, tiba-tiba teringat sejarah, teringat budaya sambil diselubungi releksi kritis lalu teringat pula sebuah ungkapan sekali gus konsep, iaitu sociological imagination (imaginasi sosiologikal). Konsep ini telah diperkenal dan hurai oleh C. Wright Mills (1959) dalam sebuah buku beliau yang sama tajuknya. Saya diberitahu mengenai konsep ini semasa mengikuti sebuah kursus Sains Sosial 101, di Dewan Kuliah f, Universiti Malaya, bersama 173 siswa baru lain yang memilih disiplin antropologi-sosiologi kerana tak tahu tapi ingin tahu apakah disiplin yang berirama eksotik itu bila diucapkan. Konsep imaginasi sosiologikal ini seperti mengajak kita mengamati masyarakat dengan menggunakan suatu lensa zoom kerana ketika mengambil foto menggunakan lensa ini kita sering

Shamsul Amri.indd 10

1/12/2012 8:36:38 AM

Kesepaduan dalam Kepelbagaian / 11

merobah-robah fokusnya sesuai dengan apa yang kita hendak perhatikan, mendekatkan yang jauh dan membesarkan lagi yang dekat. Begitu jugalah dalam hidup kita setiap hari, ada ketikanya kita mendekati yang jauh melalui lensa zoom minda kita. Ada pula ketikanya kita gunakan lensa telefoto untuk merakam raut wajah dengan lebih dekat dan jelas, sama ada wajah yang menggawatkan kalbu atau yang penuh jerawat. oleh kerana sekian lamanya dibesarkan dalam bidang antropologi-sosiologi dengan sociological imagination yang senantiasa diasah tajam setiap masa, pastinya ini telah memberi kesan terhadap cara saya berikir, mengamati dan cuba memahami kehidupan sosial sekitar saya dalam masyarakat saya dan di pentas global. Ini saya lakukan dari pelbagai sudut dan dimensi, sama ada dari perspektif bottom-up mahupun top-down. Dalam konteks inilah, lahirnya sekelompok konsep/alat analisis berasaskan penyelidikan yang telah saya jalankan. Hasilnya saya analisis dan tulis dan kemudiannya dipersembahkan sebagai kuliah, kertas kerja, seminar dan selainnya. Himpunan konsep ini telah menjadi hueristic device dari segi pengajaran dan pembelajaran dalam kursus yang saya kendalikan. Pada waktu yang sama, himpunan konsep ini telah menjadi alat analisis untuk pelajar siswazah saya aplikasikan dalam penyelidikan masing-masing. Kesemua konsep ini, seperti yang dihurai berikut, telah membantu saya sendiri dan para pelajar saya dan penyelidik dari luar negeri membina serta mengasah imaginasi sosiologikal masing-masing. Pasangan konsep academic analyses dan public advocacy saya perkenalkan untuk mengungkap peranan dan cabaran yang mahu tidak mahu mesti dihadapi oleh setiap ahli akademik dalam kerjayanya. Kemudiannya, konsep authority-deined dan everydaydeined pula membantu mereka yang mengkaji mengenai pembinaan identiti, hubungan antara yang memerintah dan diperintah dan pola perilaku dalam ruang politik (Shamsul 1996a). Konsep knowledge baseline pula memberi kefahaman baru yang menekankan kesinambungan epistemologikal dan ontologikal antara konsep plurality dan plural society. Konsep ini sering kita guna dalam pengamatan mengenai perubahan yang berlaku dalam masyarakat Nusantara sebelum dan selepas penjajah Eropah (Shamsul 2003). Dengan meluaskan aplikasi konsep colonial

Shamsul Amri.indd 11

1/12/2012 8:36:38 AM

12 / Kesepaduan dalam Kepelbagaian

knowledge yang diperkenalkan oleh Cohn (1996) saya berpeluang memberikan suatu huraian lanjut lagi agak terperinci mengenai wajah penjajahan berbentuk epistemological conquest. Huraian ini merungkai plural society di Malaysia, sekali gus membentuk kategori dan identiti etnik yang sedia ada (Shamsul 2001, 2003). Kepelbagaian kategori dan identiti etnik ini telah membina subur beberapa ‘bangsa idaman’ kalangan masyarakat di Nusantara. Konsep nation-of-intent memberikan legitimasi kepada cita-cita politik setiap kelompok sosial, majoriti atau minoriti, mengabstrak ‘bangsa idaman’ masing-masing biarpun kebanyakannya hanya tinggal sebagai imaginasi politik semata-mata (Shamsul 1996b). Berpuak-puak yang timbul dalam arena politik dan di luarnya telah mewujudkan suatu fenomena yang menarik dalam konteks pascakolonial Malaysia, iaitu fenomena ‘kepembangkangan’ atau oppositionism. Sebagai sebuah konsep, kepembangkangan, adalah suatu alat analisis untuk kita mengenal pasti bahawa politik kepartian hanyalah satu bentuk kepembangkangan. Keterlibatan NGo dan anggota komuniti siber dalam arena politik merencamkan realpolitik kepembangkangan di Malaysia (Shamsul 2008). Rangkaian konsep yang telah disenarai-hurai tersebut merupakan sebilangan kecil daripada suatu koleksi yang lebih besar yang dihasilkan semenjak 1976. Saya terus-menerus berusaha menambahnya lagi demi membuktikan betapa berguna dan pentingnya imaginasi sosiologikal dalam pembinaan korpus ilmu pengetahuan mengenai Malaysia, khususnya. Usaha seperti ini penting dilanjutkan untuk mengelakkan ideologi dan chauvinism ‘menculik’ dan menggantikan epistemologi. Termasuk dalam golongan ‘penculik’ ini adalah mereka yang terlalu ghairah tetapi kelabu, yang berbicara rancak tentang ‘kalbu’ persis seorang armchair anthropologist. Kejumudan imaginasi sosiologikal mereka terbuhul jelas. Syarahan hari ini merupakan selangkah lagi, biarpun kecil sifatnya, dalam keseluruhan usaha saya untuk memperinci dengan lebih halus imaginasi sosiologikal yang telah saya bina bersama rakan dan murid dalam dan luar negeri, semenjak 35 tahun lalu, mengenai Malaysia khususnya, dan pengalaman kemanusiaan global amnya. Dari sudut epistemologi, apa yang bakal saya bincangkan kali ini masih lagi mengenai perubahan sosial amnya, dan modenisasi secara khususnya, yang telah pun saya wacanakan

Shamsul Amri.indd 12

1/12/2012 8:36:38 AM

Kesepaduan dalam Kepelbagaian / 13

dalam Syarahan Perdana saya, pada 1993, berjudul Antropologi dan Modenisasi, dan sebelumnya saya perincikan dalam monograf From British to Bumiputera Rule (Shamsul 1986). Biarpun sudah banyak perubahan yang dilalui oleh negarabangsa (nation-state) moden yang dulunya pernah dijajah, namun sebahagian besarnya hanya berjaya mewujudkan ‘negara’ (state) yang berfungsi, tidak ‘bangsa’ (nation) seperti yang diidamkan oleh para pejuang nasionalis masing-masing. Malah ada beberapa negara tersebut cukup mantap dari segi ‘pembangunan ekonomi’ tetapi masih terus berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan dalam bidang ‘pembinaan bangsa.’ Malaysia adalah salah sebuah daripada negara tersebut, berjaya mengangkat dirinya daripada suatu keadaan ekonomi yang dikatakan mundur kepada sedang membangun dan kini berpendapatan menengah tinggi. Terbukti bahawa Malaysia berkemampuan, malah berjaya menangani masalah kemiskinan, membina sistem infrastruktur kemas dan mengadakan pelbagai kemudahan sebagai social safety net, sekali gus menjamin kelangsungan kesejahteraan hidup rakyatnya. Ini semua telah dicapai dalam pelbagai keadaan ekonomi, daripada yang stabil, yang tak menentu ke keadaan krisis yang menggegarkan. Ketahanan ekonomi ini menjadi landasan asas kepada kesejahteraan sosial yang dinikmati oleh semua rakyat Malaysia hari ini. Malah banyak negara di sekitar Asia, Afrika dan Amerika Latin melihat Malaysia sebagai sebuah ‘model pembangunan.’ Tetapi rakyat Malaysia sendiri, termasuk pucuk pimpinannya, masih tertanya-tanya, mengapakah dengan kekuatan dan ketahanan ekonomi ini Malaysia masih belum berjaya dalam usahanya membina suatu bangsa, ‘bangsa Malaysia’ yang diidamkan itu. Untuk mengupas keadaan ini, yang dianggap oleh beberapa pemerhati sebagai suatu kontradiksi sosial, ianya memerlukan imaginasi sosiologikal sebagai konsep dan alat analisis.

Sebuah Negara, Dua Imaginasi Sosiologikal: Antara ‘Perpaduan’ atau ‘Kesepaduan’ Ungkapan unity in diversity atau ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ sudah menjadi mantra dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Shamsul Amri.indd 13

1/12/2012 8:36:39 AM

14 / Kesepaduan dalam ...


Similar Free PDFs